Tuesday, September 27, 2005

Blogging is World.

Auntie sungguh sibuk dengan tugas pada minggu ini setelah sekian lama macam 'free' je kat ofis ni. Gitu le kerja dengan gomen ni. Kalau masa tak de kerja memang relax habis sampai kenkadang tu kena pulak tanya bos kalau-kalau dia ada apa-apa yang perlu kita bantu. Bila dah ada kerja tu datangnya bertalu-talu semua ada tag "segera" hingga tak dapat nak kenal pasti yang mana satu yang paling "segera" diantara yang segera"

Kali ni sibuk pulak dengan persiapan Team Bulding yang akan di adakan di Melaka mulai petang Jumaat ni sampai hari Ahad. Macam-macam nak di squeeze dalam program tu nanti. Pening jugak kepala memikirkannya. Alhamdulillah, hari ni dah selesai dah. Cuma yang jadi musykilnya malam last tu ada dinner dan bos dah mengeluarkan arahannya that everyone of us mesti menyanyi/karaoke...isy...tu yang rimas tu....Auntie mana pandai semua tu...kalau banyak masa diberi boleh jugak minta tolong Mak Andeh bawak pi karaoke praktis seround dua....
Lagu apa lah yang aku akan dendangkan tu...bos kata semua mesti nyanyi, no excuse!!! adoi!! kejam betul lah bos ni. Dengar kabonya bos ni memang kaki berkaraoke.Auntie bukan apa takut ter'unconcious' le pulak bila dah mula warm up tuh...he..he...perasan macam Siti atau Jacklyn Victor pulak!
Balik kerja ni kena tanya dengan Cik Din lagu apa yang sesuai Auntie bawakkan nanti...Lagu mesti setara dengan umur lahkan....gamaknya lagu 'Gunung Banang' sesuai le kot...tapi sah tak de dalam CD karaoke...payah sangat Auntie nyanyi lagu 60an...siap nari a-go-go...ha...baru le terbeliak mata bos!.........tunggu saja lah apa jadi nanti akan Auntie laporkan.

******************************************
Wah, huru-hara dunia blogging sejak hari Ahad, ni semua penangan Mak Cik Blurr kita lah. Seronok sungguh kita semua dok pasang angan-angan.
Ha, hari ni dalam surat khabar Kosmo pun ada lagi pasal blogging ni yang di tulis oleh Sean Yoong. Ni pasal kebebasan memberi pendapat melalui blog dan perihal beberapa penulis blog yang telah ditahan di Singapura akibat menulis komen yang berunsur hasutan dan perkauman.
Bagi penulis blog macam kita-kita ni nothing to worry...kita bukan tulis benda-benda macam tu.
Kita banyak bercerita berkisar keluarga dan kisah hidup masing-masing untuk dikongsi bersama. Akhirnya satu ikatan silaturahim tersimpul erat diantara kita.Bagi Auntie yang dah berusia ini berharap yang muda dapat menilai kisah hidup atau pengalaman yang telah kami lalui. Bagi Auntie pulak berharap dapat menimba ilmu dari generasi muda. Dulu kami tak de IT, IT, nih...cam Auntie nih terhegeh-hegeh nak buat blog walau pun dah 3 tahun lebih dok merapu dalam blog ni.
Memang, orang yang tahu saja yang faham atau yang dapat rasakan betapa seronoknya memblog nih. Kalau tak de idea...kita pi saja kat blog orang..dan boh komen...

Blogging is World!!!

Friday, September 23, 2005

Tudung Hitam, Baju Rimau.

Hemmm..nampak gayanya comment kat entry di bawah tu dah pun mencecah ke angka 40 lebih. Sebagaimana yang Auntie beritahu, keputusan akan di umumkan jugak dengan berat hati...

Macam-macam komen adakan. Sesetengah tu meneka beberapa kali. Yang hairan tu apasal ramai yang dok target kat "yang pakai tudung hitam tu". Ada jugak yang kala blind (Adiejin) tu, orang nampak kala biru , dia nampak kala hijau!..........;-) Nama pun teka, jadi semua pun pakat teka.

Keputusan pengadil adalah muktamad.

Ulasan : ramai macam dah tahu yang mana satu Auntie Yan tu...mungkin sebab telah di beri clue atau ada rahsia bocor...;-)..tak kisah le kan..

Sarah, Uda dan Anonymous meneka dengan tepat untuk 1st.try.
Cik Tenah dan En rojak buah mendapat jawapan sebenar dengan 2nd. try.

Anak dagang...main akur je dengan tekaan kali ke 2 rojakbuah tu.

Nonie pun hampir tepat tapi tak sure le pulak.

Ada yang teka jugak tapi salah.(Jubeiz & Jems)

Yang lain tak berani nak teka.(Oren, Kak Pah) ada yang cuba nak merasuah (Jokontan)...alhamdullillah....geng Auntie semuanya kuat pegang rahsia...rasuah tak main!

So......memang benar le pompuan yang pakai tudung hitam, baju rimau tu Auntie lah tu....

Auntie ucapkan ribuan terima kasih pada yang telah mencuba.
Hadiahnya belum pikir lagi.Hari tu Tenah dah tanya, Auntie kata boleh gi dating dengan Auntie.....tentu ramai tak setuju...apahal pulak nak dating dengan makcik kan??

Ada-sapa nak tolong sponser hadiah?............(see, Auntie Yan ni kalau boleh, semua dia nak free..;-)

Thursday, September 15, 2005

Lawatan Ke Penang.

Image hosted by Photobucket.com


Ha...ni gambar makcik masa makcik melawat projek kami kat Penang..Kat belakang tu gelap gulita...sebenarnya tunnel tuh...
Awek kat dalam gambo ni semuanya dari bahagian Auntie tu .Wanita yang bertudung biru belakang yg. pakai baju kuning tu bos Auntie.
Auntie pulak di antara gadis-gadis Melayu tulah.Hemm...agak-agak yang mana satu?. Gambar ni dah lama jugak...lebih kurang 6 atau 7 tahun lalu....masa tu Auntie lawa jugak le...hi..hi...:-)

p/s: hanya ada 4 orang saja rakan blogger yang dah jumpa Auntie...so depa boleh kenal le kot walau pun gambar lama tuh...tak banyak berubah tu.

Wednesday, September 14, 2005

Jejaka Perasan.

Last weekend tak banyak aktivity. Mulanya dah rancang nak ke Bangi je, boleh jugak bawak barang sesikit. Cik Din kata, tak payah pergi minggu ni..kita pack barang je, next week boleh terus saja angkat masuk kereta...

Minggu sebelum tu dah pergi, sempat le berkemas-kemas semak samun 'garden' yang sekangkang kera tu.Yang seronoknya jiran sebelah adalah orang baru. Dia baru beli rumah tu dari owner lama.Jiran baru ni renovate rumah tu, yang bestnya pagar yang sharing dengan rumah Auntie dia buat baru, dia naikkan tembok dalam 2 kaki kemudian dia pasang kayu cam deco...Auntie tumpang le tempiasnya hi..hi....sakan jugak nampaknya dia buat tu. Orangnya Auntie belum jumpa lagi. Harap-harap ok lah orangnya macam jiran yang lain tu. Deret rumah kami ni tak panjang, cuma ada ada 6 pintu je. Jiran-jiran pun semuanya ok,except jiran yang jual rumah tu.Dia ada kes dengan pejabat Agama, so mungkin dia malu, sebab tu terus jual je rumah tu.

Bila dah kerap sangat berulang alik ke rumah tu , dah rasa macam nak pindah sesangat., lagi pun jarak KL ke Putrajaya ni boleh tahan jugak le...tiap hari itu kereta kena isi minyak RM 10, bayar toll pergi balik RM3.40, belanja makan kami dua orang RM 10 (sehabis jimat tu)......hemmm...paling sengkek pun sehari RM 25. Sebulan dekat RM500. Elaun pindah Putrajaya hanya RM150. Sat ni dapat pulak surat 'cinta' daripada LHDN..............uwaaaaaaaaa!!! ada ke gaji ciput cam Auntie pun kena bayar jugak...isy nasib bagi dah buat potongan dah...tapi masih kena top-up le jugak tu....

Berbalik pasal rumah tu, hari Ahad kami berdua pi buat survey kat Jalan Pasar...ada banyak kedai lampu....sib baik tak terserempak dengan seorang Jejaka yang beli cermin mata 'Gucci' tu...hemmm, kalau tidak, harus Auntie minta dia belikan satu untuk Auntie jugak, lepas tu suruh ambil gambar dan begakan rupa Auntie pakai Gucci tu biar nampak macam Juhi Chawla !...boleh??

Survey punya survey, satu pun tak beli.....bukan tak berkenan, banyak yang berkenan...........semuanya yang bukan dalam budget kami...begitu le susahnya jadi orang semekin!!...don't worry, Auntie tak le frust....dah ada pun beberapa bijik lampu yang kami dah beli dulu tu, saja pi gatai tengok yang mahal sapa suruh....cuci mata saja...Anyway kalau nak jugak, kena impun duit dulu le...mana tahu kot lepas Pak Lah baca budget nanti dapat bonus dua tiga bulan...boleh terus pi grab (...cam cakap orang Amerika!) dua tiga bijik lampu tu..;-)

Hujung minggu ni Jim akan ikut rombongan sekolah melawat Pulau Pinang. Bukan sekolah dia yang buat. Ingat tak Cik Gu Ros? jiran Auntie tu, ha dia le ajak Si Jim pergi, sekolah dia punya rombongan tu. Dia nak bawak anak dia, Amirul, budak bertuah tu takmo ikut sebab tak de kawan dan sudah sebut nama Jim untuk temankan dia, so mak dia terus call Auntie minta izin nak bawak Si Jim.Ok saja lah...Auntie pun tak de le dalam perancangan nak pi Penang tu (takut nanti, jenuh le kawan Auntie yang sorang tu dok belanja makan mee udang....dah berapa ramai umat tu yang dia dah belanja....hemm, dia ni bukannya kisah sangat...almaklum lah Manager Kilang.......;-).......)

Jim bukan main suka lagi, dah siap korek tabung...nak buat belanja ke Penang. Auntie buat derk je...konon Auntie hanya akan bayar tambang basnya saja. Hemmm...rupanya dah banyak dia menabung.Yang kelakar dia dah siap berangan nak melawa. Sebabnya, murid Cik Gu Ros semuanya pompuan...budak sekolah Convent, tentu le pompuankan....
So, hari Jumaat malam depa akan pergi le. Auntie masa sekolah dulu tak merasa le nak ikut rombongan...mak mana kasi...dia akan kata..."jangan dok gatai, macam tak pernah pi" Memang, mak ayah Auntie rajin bawak kami adik beradik makan angin waktu cuti sekolah. Walau pun kami dok kat hulu di balik Banjaran Titiwangsa tu, kami tak le "perghak" ( macam jakun le ) sangat....kalau Ipoh, Penang atau KL memang le destinasi percutian kami.

Jim dah siapkan beg baju dia. Malam tadi, Auntie pereksa beg tu.....wah! dia dah siap berbagai...ada walkman, charger, tali pinggang, topi, kamera, bandangan...kain yang ikat tangan macam Si Adam AF2 tu.....dan...jangan marah cermin mata 'Ray-ban' yg. di beli di Jalan Pasar.....hemmm...jejaka perasan!!

Thursday, September 08, 2005

"30 Years ago...."

Dah macam berjangkit-jangkit pulak. Auntie terbaca kisah”20 years ago” untuk kali pertamanya diblog AdieJin, pada 26 Ogos lalu. Lepas tu, Auntie dok melompat dari satu blog ke satu blog…eh…awat macam ramai pulak yang dok cerita bab ni. Mulanya Auntie jugak nak blogkan pasal tu, tapi kang nanti Si Jin kata Auntie tiru dia, Auntie copycat….

Bila dipikir pikirkan, elok jugak kita buat satu topic tu, kemudian bloggers lain pun ikut sama dengan topic yang sama…so, dari situ kita boleh dapat berbagai versi cerita. Ni kadang-kadang kita (terutamanya Auntie) ketandusan idea apa nak tulis, tu yang kenkadang lama je blog Auntie tu jadi bisu. Ni dah ada yang suruh Auntie bercerita jugak le pasal “20 years ago” ni. Auntie ni rasanya tak boleh le start dengan 20…nak kena start dengan 30…dah lain ‘age group’ Auntie ni….he…he…orang lama dalam dunia baru.

Auntie rasa ramai yang boring bila baca ni, sebab Auntie ni bukan le di kalangan cerdik pandai yang masuk U ni, keluar U tu. Atau buat Master/Phd. dlm. bidang itu ini….Auntie tak sekolah tinggi…sekolah sekerat jalan saja. So, hantam saja lah….kita semua ada life yang tersendiri.

30 tahun lalu(1974-1977)
1. Gadis ayu- pemalu & sopan santun.
2. Sedang belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh Pk.
3.Baru nak kenal dunia, baru pandai nak berkenalan secara dekat dengan lelaki (sebelum tu sekolah pompuan, dok asrama, tak jumpa budak lelaki)
4.Happy sangat masa tu….dapat pulak boifren hensem, bercinta sakan…bulan madu atas pelangi….dunia aku punya.
5.1976 - tahun akhir…cinta pun berakhir, “hati hancur lebur bagai kaca terhempas ke batu…no more bulan madu atas pelangi….served you right!..padan le muka aku.
6.Alhamdulillah, exam clear like water….walau pun asyik berendam si air mata.
7.1977 - dapat kerja kat KL….yeyyy…dapat pegang duit sendiri.
8..Dapat boifren baru!!! ...yahooooooooo!

25 tahun lalu(1980)
1. Got married……….with my beloved Tamil Hero………yeyyyyy!!! after about 6-7 months courtship…..happy ending.
2.We tunggu, tunggu, after 4 years only, the first son was born, 4 years after that another son came out, and again after another 4 years the third son joined us. Total, 3 boys till now..:-)….....kilang sudah tutup maaa..
3. Those days bukan senang nak besarkan anak with gaji ciput like me and my Tamil hero. Kids were sent to nursery…kat Damansara, tempat orang kaya ( at that times tak banyak nursery untuk dipilih yang sesuai dengan budget kami, itu saja yang ada, dekat pulak dengan ofis. Orang lain hantar anak dengan BMW or Mercedes…or at least a Honda….kami…with our Toyota KE 30 buruk, yang badannya ada karat sana sini…..but, we buat muka bodoh and selamba-mamba je….
4.By 1987 we managed to buy a house….small one, enough for our family. We suffered a lot..nak bayar nursery fees yang mahal, nak bayar that kereta buruk and gaji already kena potong for the house loan…..we ikat perut….but…still, together we both smile:-) :-) :-) broadly…
5. Alhamdulillah….langit tidak selalu mendung…akhirnya cerah semula…bernafas semula when gaji pun dah naik, pangkat pun sikit naik, kereta dah habis bayar, anak dah besar, no need to stay kat nursery. Rumah yang di beli disewakan and kami duduk kat rumah gomen…..till now.


10 tahun lalu (1995)
1. Ekonomi dah Ok….anak-anak dah membesar. Semua sedang tekun belajar…yang malas tu kita tibai dengan rotan!!
2.Peristiwa sedih, ayah pergi menyahut panggilan illahi setelah hamper 7 tahun terlantar sakit.
3.Mak Ok, adik-adik pun dah kawin. (sorang lagi belum kawin..nak tunggu bidadari gamaknya)
4.Day in, day out sama saja…pi kerja balik kerja….lama-lama tua….


5 tahun lalu(2000)
1. Life goes on….father in law passed away.
2.Anak-anak dah mula melalu exam besar…UPSR, PMR, SPM.
3. 2002, doctor bagi tahu Auntie kena Osteoarthritis….
4.2003- mula kenal dengan dunia “blogging” mula buat blog sendiri.
5.Dapat ramai kenalan.....Cik Kieli, Nonie, Sri Diah, MBA, P-Nut, Zareda, Mat Jan, Tokei Pajak Gadai, Jubeiz, Mal , Ogy, Angah, Halela, Rasanubari, Rudy........ramai, ramai, ramai......minda terbuka luas…………….rasa macam muda semula.



This year
1. We are "50 years young".(Auntie & Cik Din le)
2. First time ever to be presented a bouquet of roses on my birthday...Thank You N...I'll treasure the memory till my last breath!!
3. First time jumpa Mak Andeh, N & Kak Wynn.
4. Kumpul lagi banyak kawan bloggers……….Kak Teh, Atenah, Ood, Anedra, Arena, Joe Bangla, AdieJin, Orenmanis, Ckunang, Mutiara, Ayu, Nazrah….to name but a few….
5. Terkini, berjumpa P-Nut.

Harapan untuk tahun-tahun mendatang.
Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki, dipanjangkan umur, di beri kesihatan yang baik…dilapangkan fikiran dan ditenangkan hati.Sentiasa beriman.Anak-anak beroleh kejayaan.Barang dijauhkan daripada kelalaian dunia dan dijauhkan dari segala mala petaka. Amin.

Monday, September 05, 2005

Bertemu P-Nut.

Tak sangka dapat bertemu kawan blogger. Sekali lagi Auntie keluar ke Alamanda pada Jumaat lepas. ....dan sekali lagi menunggu di bawah pokok klapak.

Auntie bertemu P-Nut.

Pada malam Merdeka tu kami dok berSMS. Dia kata nak jumpa. Auntie pun nampak gaya macam free. Lutut pun ok, so, kami buat janji akan berjumpa.Hemm..senang je nak kenal P-Nut, gambo dia dah Auntie tengok, so kalau dia datang jalan kaki pun Auntie boleh kenal. P-nut datang dengan kereta dia. Dari jauh Auntie dah boleh lambai... no. plate keretanya dah tahu. Masuk saja kereta Auntie salam & peluk dia....peluk dia memang best! tak caya tanya Tokei.....:-)

Macam pertemuan yang lain, tempat di tuju, tempat makan le.Perut pun memang tengah lapo. Kami makan nasi kandar...Auntie makan free, P-Nut belanja...he...he...asyik makan free je Auntie nih...Terima kasih le P-Nut...Sambil makan kami sembang. Macam dah pernah jumpa.... banyak perkara dah tahu melalui blog....P-Nut ni masih muda belia rupanya....macam dia kata Auntie boleh jadi mak dia...apa tidaknya, mak dia pun lebih muda dari Auntie....Lo....apasal ramai yang lebih muda dari Auntie nih???...tua dah rupanya Auntie nih....masih layak ke berkawan dengan orang muda?...harap-harap tak nampak janggal sangat.....

Auntie janji akan maintain macam orang tua....! Jadi orang tua pun seronok jugak...jangan suka melalut tak tentu pasal dah le....boring nanti.

Hari Sabtu, Auntie dengan Cik Din pi Bangi, bawak le serba sikit barang-barang. Kami bersikan kawasan depan rumah.Buka pintu, buka tingkap.
Dah duduk dalam rumah tu rasa macam nak pindah sesangat dah. Nampaknya kami kena datang setiap minggu dan bawak barang yang boleh diangkut dengan kereta dulu.

Hari ni dah 1 Syaaban. Bermakna sebulan lagi kita akan sambut Ramadan. Sempena bulan Syaaban, sat ni tadi ada ceramah Israk Mikrat.... Ustaz jemputan, ialah Ustaz Wan Sohor Bani Leman. First time Auntie tengok dia. Selalu kat TV je...O..boleh tahan jugak ustaz ni tinggi, besar, berkulit cerah....hensem....rambut stail Mawi. Dia tak pakai kopiah pun santai je. Ceramah dia memang memikat, macam selalu malah lebih umpph dari kat TV tu. Lepas makan ada jamuan. Makan free lagi. Bau nasi beriani semerbak....Auntie tak pergi makan sebab berpuasa...tercabar jugak rasanya....tapi buat dunno je...menonong menuju ka lift......:-(

**************************

Friday, September 02, 2005

Mana gajiku???

Dah seminggu orang lain dapat gaji. Auntie gigit jari, gaji belum masuk lagi...alahai! sesiapa yang kerja dengan gomen faham le akan kerenah birokrasi di pejabat-pejabat gomen ni. Dulu di bawah Kementerian Sumber Asli, sekarang di bawah Kementerian Pertanian, penyata gaji akhir (LPC- Last payment certificate) Auntie masih belum selesai....amboi mak! macam le gaji Auntie ni berpuluh ribu sehingga dah dua bulan ditempat baru, depa (bhg. yg. menyediakan gaji) dok pening kepala mengira gaji Auntie tu.
Nasib baik ada laki, boleh gak buat muka sedih...tapikan, kita biasa pegang duit sendiri...ya Allah rasa malu sungguh nak meminta dengan laki tu....Tak pernah Auntie minta duit dengan Cik Din...hiiiiiiiii!!!

Auntie dah buat muka tebal ni, tiap hari dok telefon bhg. gaji, bila gamaknya boleh selesai, bila gamaknya gaji boleh keluar...isy....agaknya depa nak tunggu Auntie gi ngadu dengan Karam Singh Walia baru selesai kot???? sabo ajelah....

p/s: inilah entry yang terpendek dalam sejarah .

********************************************