Tuesday, September 20, 2011

Kenduri Kawin di Kuala Lipis.


Assalamualaikum,

Kita dah sampai ke penghujung Syawal, tapi, hari yang masih berbaki, masih ada yang mengambil kesempatan untuk majlis sambutan raya.Raya kali ini, Auntie tak banyak menghadiri jemputan ke majlis open-house, maklum dah pencen, kalau tidak ada saja jemputannya. Kali ini Auntie cuma menumpang Cik Din saja ke majlis makan-makan ni.

Hari Ahad baru ini, Auntie ke Kuala Lipis Pahang menghadiri majlis perkahwinan anak saudara Cik Din. Asalnya kami nak pergi sehari sebelum majlis, tapi di saat akhir Cik Din ubah fikiran untuk pergi pada hari majlis diadakan. Auntie ikut saja walau pun sedikit rasa frust. Kami bergerak dari rumah pada pukul 8.00 pagi dan pukul 1o.30 dah sampai rumah pengantin. Majlis diadakan di Dewan Jubli Perak. Majlis dirumah pengantin pompuan telah pun selesai pada hari Sabtu. Pengantin pompuan tu orang Lipis juga.

Majlisnya meriah sekali. Bapa pengantin lelaki adalah seorang guru, jadi ramai le kenalan dia yang hadir, manakala pengantin lelaki dan perempuan pulak bertugas di Majlis Bandaran Kuala Lipis. Selesai makan, Auntie dan Cik Din pun bergerak balik menuju ibu kota.

Sama-samalah kita doakan agar mempelai hidup aman bahgia hingga ke akhir hayat. Amin.

Marilah kita layan gambar pengantinnya.


Pengantin: Affendy dan pilihan hatinya Zuraida.
........berjalan masuk ke Dewan Jubli Perak, Kuala Lipis, Pahang.

Pengantin lelaki, Si Fendi adalah anak saudara Cik Din, mak dia (Rozie) adik Cik Din.



Dua orang gadis cilik pengiring pengantin. (dua-dua anak buah Cik Din)







Pengantin tersenyum gumbira didepan sanak saudara.



Adik pengantin lelaki, Dida dan Topek.
ppssst...Dida ni pandai nyanyi, sedap suara dia.




Mak pengantin lelaki (Rozie) dan...errrr makcik pencen ;-)

Monday, September 12, 2011

Tetamu Raya.


Assalamualaikum,

Dah hampir dua minggu kita dalam bulan raya. Masih rancak sana sini beropen house.
Rumah Auntie macam tulah...kadang kadang open, kadang kadang close...he! he!

Semalam Auntie ikut Cik Din pergi ke 2 majlis kenduri kawin. Hostnya, sorang kawan ofis dan sorang lagi geng surau dia. Yang satu tu dekat rumah saja, yang satu lagi kat Sepang. Macam biasalah kenduri kat KL ni dua dua kenduri lauknya hampir sama kalau kita pergi open house pun sama juga...

Auntie ni pulak, kalau jalan sikit, balik rumah dah penat, pada hal pergi makan dan duduk dalam kereta tersandar saja. Sampai rumah terus saja baring. Terlelap le sekejap. Petangnya, Cik Din dah mula berexcersise dengan berjalan keliling taman perumahan. Sampai rumah dia bagi tahu jiran nak datang beraya. (yang datang time Auntie dah masuk tido beberapa hari lalu tu ) ok lah...dalam keadaan yang malas tu Auntie bingkas bangun dan buka peti ais tengok lah apa yang ada. Terus rendam bihun dan sediakan rencahnya. Lepas maghrib kelam kabutlah Auntie menggorengnya. Elok siap je tetamu pun sampai...alhamdulillah...bihun goreng bodo tu sedap juga rasanya walau pun bahannya yang terhad. Tetamu Auntie tak le ramai, cuma 4 orang dewasa dan sorang kanak....he!..he!..budak ni boleh tahan jugak nakalnya walau pun pompuan, dia ke dapur Auntie dan dibukanya segala pintu kabinet dan pintu peti ais....mak dia tengah makan dia boleh melompat dari satu sofa ke satu sofa......sabo je lah...setahun sekali dia masuk rumah Auntie pun! ;-)


Saturday, September 10, 2011

Maya Karin



Assalamualaikum,

Maya Karin memang manis. Senyum dia sangat manis. Kalau nak kata dia lawa, memang ramai lagi orang yang lebih lawa dari dia. Tapi senyum dia yang buat dia menarik dan jelita.

Dia dapat tawaran sebagai duta untuk berbagai produk. Terbaru, tilam Vono* Kebetulan tilam Auntie dah pun habis tarikh gerentinya, malah dah terlajak beberapa tahun pun. Bukan saja gerentinya dah habis, badan pun dah rasa kurang selesa bila berbaring....mungkin kerana tarikan senyuman Maya Karin, Auntie sepakat dengan Cik Din untuk ganti tilam baru....ingat nak beli sebelum raya, tapi, rasa macam "bila raya, tilam pun nak beli baru?"...segan jugak, kang nanti jiran-jiran terperasan bila tilam dihantar ke rumah. Jadi, pagi tadi Auntie pun sampai le hajat nak beli tilam baru....kami beli tilam Vono*...baru sekejap tadi sampai tilam tu.....masa tengok siang tadi langsung tak perasan...dah diletak atas katil kena sinaran lampu, baru perasan ada nama Maya Karin bertaburan kat atas tilam tu.....ha! ha! harap Cik Din tak mengigau memanggil nama Maya Karin!!!

Friday, September 09, 2011

Raya lagi ke?



Assalamualaikum dan salam Syawal.

Alhamdulillah Ramadhan telah pergi insyaallah panjang usia kita bertemulah Ramadan yang akan datang pulak. Kini sibuk dengan bulan Syawal yang katanya akan diraikan sehingga sebulan. Seingat Auntie masa dulu tak lah disambut sampai sebulan. Letih betul beraya sampai sebulan ni. Agak agaklah ye....

Raya Auntie macam biasa saja...dihari pertama terasa juga kelainan maklumlah dah berpuasa sebulan. Lepas solat Raya, kami berangkat balik ke Pahang, kampung Cik Din. Jalan raya tenang saja walaupun sesak sekejap di tok Gombak. Dua hari dua malam beraya di Pekan. Makan, minum, makan minum..sampai naik sebu perut ni. Raya ketiga kami berangkat baik ke Bangi, esoknya kami menuju ke Utara pulak untuk beraya di kampung Auntie pulak. Auntie hanya beraya dalam rumah saja menghabiskan masa bersama mak yang uzur. Alhamdulillah, walau pun di semakin uzur, tapi masih boleh bersembang dan nampak ceria.

Hari Ahad, pagi pagi lagi kami dah berangkat balik ke Ibu Kota untuk mengelak kesesakan.

Dah ada kat rumah barulah nak cari kueh raya...selalunya jiran2 Auntie akan datang bertandang. Nak bertandang atau ziarah ni kenalah juga ikut adabnya, walau pun hari raya, bulan raya, tak semestinya main redah saja. Ada orang, mentang mentang lah raya, sesuka hati saja nak datang, tak kira waktu maghrib atau waktu orang dah nak masuk tidur........

Sana sini sibuk pula dengan open house, Auntie idak le nak beropenhouse....budget pun dah lari nih....jemputlah datang kalau sudi, rumah Auntie memang sokmo terbuka walaupun bukan hari raya....tapi kena ingat le, waktu subuh, maghrib dan time tido tutup le... he...he....