Thursday, June 28, 2007

Pakcik Baru

Memulakan hidup baru setelah terjadinya sesuatu musibah atau kegagalan bulanlah satu perkara yang mudah.

Ada yang memulakan hidup baru setelah menempuhi kegagalan dalam berumah tangga, kegagalan kerana terkecewa dalam percintaan, kegagaln dalam pelajaran, kegagalan dalam perniagaan dan berbagai masalah dan musibah.

Macam PM kita, baru-baru ni memulakan hidup baru…berkahwin semula setelah isteri terdahulu meninggal dunia. Yang pergi tetap pergi, Yang tinggal perlulah meneruskan kehidupan. Bak kata Pak Lah, Allah menjadikan banyak ruang di hati kita untuk mencintai dan menyanyangi banyak orang dengan lain-lain perasaan kasih dan sayang …yang faham saja tahu…Bukan bermakna bila dah dapat yang baru, yang lama tidak lagi dikasihi. (kes kematian isteri/suami)

Tak lama dulu, (dalam blog lama) Auntie ada bercerita tentang seorang bapa saudara Cik Din yang sakit jantung..dia meninggal setelah hampir 6 bulan selepas pembedahan di buat. Ada komplikasi buah pinggang katanya. Pak Cik ni belum le tua sangat lagi sekitar 53 tahun. Makcik pun sebaya..
Setelah hampir 3 tahun hidup sendirian (anak-anak adalah) tetiba kami mendapat berita Makcik akan memulakan hidup baru!!

Cik Din amat terperanjat…tak sangka!!! Katanya Makcik nak kawin semula….Auntie juga terkejut dengan keputusan itu. Apa yang membuatkan Cik Din macam tak percaya adalah disebabkan Makcik dan Pakcik adalah pasangan kekasih yang sangat akrab dan romantis dizaman remaja dulu sebelum mereka di ikat dengan tali pernikahan…..dan masa tu Cik Din menjadi ‘posmen’ di antara mereka. Cik Din juga akan jadi body guard Makcik sekiranya Pakcik nak berjumpa! Sampai ke hujung usia perkahwinan mereka Pakcik dan Makcik memang pasangan yang bahgia. Jadi, kami semua tidak menjangkakan yang Makcik akan bekahwin lagi setelah Pakcik meninggal.

Tapi, itulah yang dikatakan ketentuan Ilahi…siapa dapat menghalangnya.

Satu pagi, Auntie menerima panggilan telefon . Sayup kedengaran suara Makcik…”Zian, ada rumah tak petang ni?…kami nak singgah ni “ “ada Makcik, jemput le, saya berbesar hati Makcik nak datang”. “Ok, insyaallah kami sampai dalam pukul 4.30 petang…jangan masak apa-apa, kami datang lepas jamuan kenduri kawin…” “ok”

Auntie pun apa lagi, macam lipas kudung bila dengar tetamu nak datang…kemas sana, kemas sini, lap sana, lap sini….almaklum rumah Auntie sokmo macam kapal nak belayar….

Tepat pukul 4.30 ptg. Kelihatan sebuah kereta memasuki jalan ke rumah Auntie…sah le Makcik dah sampai bersama Pakcik Baru!!! Auntie mempersilakan mereka masuk. Makcik tersenyum simpul mengintroduce suami barunya. Pakcik baru steady saja…kami bersalaman.

Sessi berkenalan berjalan lancar. Auntie rasa sedih jugak mengenangkan Pakcik Lama….tapi, Makcik nampak bukan main berseri-seri lagi…malah kelihatan sungguh romantis!!

Alhamdulillah, kelihatannya Pakcik Baru ini sangat mudah menyesuaikan dirinya dengan kami….apa tidaknya, usianya dah 75!!!!...seorang pesara kerajaan. Raut wajahnya bersih , ada janggut berjuntai…beberapa batang gigi dah tanggal…tapi masih kelihatan segak dan cergas. Dia seorang duda ada 4 anak yg. telah berumah tangga, telah kematian isteri pertama sejak berbelas tahun yang lalu. Kawin kali ke 2 dengan janda beranak sorang, tidak kekal, bercerai setelah 5 tahun kawin. Kini berkahwin pulak dengan Makcik, janda beranak 5….(semua dah besar)

Pakcik orang KL, Makcik orang Pekan Pahang. Tak tahu macam mana mereka berkenalan. Bila Auntie tanya Makcik, dia kata “biarlah rahsia” sambil tersenyum malu!

Yang penting Makcik sudah hilang duka laranya, sudah pulih dari kesedihannya.
Kalau dengan Pakcik Lama, Makcik panggil Pakcik dengan nama saja. Kini Makcik “berabang” dengan Pakcik Baru. " Orang tua pun tak pe lah...nak buat teman, hidup menjanda ni banyak dugaan dan cabarannya...serba tak kena" kata Makcik.

Sessi perkenalan yang singkat dengan Pakcik Baru sungguh mesra, memang Pakcik Baru orang lama yang berpengelaman. Cik Din dan Auntie terlopong mendengar cerita dia…macam dah kenal lama.

Hampir 2 jam mereka di rumah Auntie. Setelah mereka berangkat pergi, kami berdua rasa puas hati dan tumpang rasa bahgia melihat kebahgiaan Makcik di samping Pakcik Baru. Semoga jodoh mereka berkekalan. Amin.
------------------------------------------

Wednesday, June 27, 2007

Bayar cukai

Dua minggu sudah Auntie terima surat dari LHDN. Tak lah rasa apa-apa sebab masa mengisi borang on-line dulu Auntie dah tahu yang Auntie tak kena apa-apa bayaran pun, malahan telah terlebih bayar pulak. Mengikut kiraan Auntie, tak banyak mana pun terlebih bayarnya, takat nak beli keropok atau budu sebotol dua kat Kota Bharu nanti tentu le tak jadi masalah.

Buka saja envelopenya, memang, dia bagi tahu yang Auntie tak perlu bayar apa-apa. Lebihan bayaran sebanyak RM600.00 akan dikirim dalam masa 14 hari. :-)...nak diikutkan, sampai hari ini dah nak masuk 14 hari....tak dapat pun lagi???...;-( Harap-harap balik rumah nanti adalah cek ke hapa ke....isyyy...rasa gatal macam nak tepon tanya je.....

Sebelum ini, Auntie tak pernah le terima duit lebihan tu, kalau ada, dia orang terus je simpan untuk tahun yang akan datang. Auntie pun tak kisah sangat...kalau kena bayar tak le terasa kalau duitnya memang dah ada sesikit, tinggal tambahkan jika masih tak cukup juga. Auntie juga membuat potongan berjadual...jadi tak le nak pening-pening bila time nak bayar tu.

Dengan kenaikkan gaji baru ni, rasanya bayaran cukai tahun depan mencanak le naik nya...aduiiii!!!

Friday, June 22, 2007

Kursus

Setiap kakitangan kerajaan digalakkan menghadiri kursus selama 7 hari dalam setahun sekurang-kurangnya.

Tahun ni, dah nak habis bulan Jun, satu kursus pun Auntie belum pergi lagi. Sejak dari dulu lagi Auntie memang tak suka menghadiri kursus-kursus ni. Selalunya kursus dianjurkan oleh bahagian Latihan dan Kerjaya. Di awal tahun program kursus diedarkan
dan kami kena buat pilihan kursus apa nak attend.

Ada tiga pusat kursus yang khas untuk kami pergi, Ipoh, Kota Bharu dan KL. Ada juga kursus-kursus yang dibuat di lain-lain tempat seperti di hotel-hotel atau resort-resort yang terdapat di serata Malaysia.

Kursus pulak macam-macam lah. Yang berkaitan dengan kerja secara langsung atau tak langsung.

Yang berkaitan dengan kerja, kalau untuk Auntie ada berbagai topic le antaranya, Basic Course For Flood Mitigations, Geographical Information System(GIS), Erosion and Sediment Control Plan, Integrated Water Resources Management, Hydraulic & Catchment Modelling, Integrated Shoreline Management…..…dan banyak lagi.

Selain dari itu ada jugak kursus -kursus seperti..Basic Landscaping, Public Speaking, Kecergasan dan Gaya Hidup Sihat.. Pembentukan Modal Insan, Keutuhan Nilai dan Etika, Fotografi.

Kursus IT memang banyak le…PC Assembling And Trouble Shooting, Basic LAN & Wieless Networking, Auto Cad, Adobe Photoshop, Laman Web…..banyakkan?

Tahun ni rasanya Auntie nak ambil kursus yang dibuat di Kota Bharu Auntie nak pilih kursus yang tak memeningkan kepala, mungkin saja kursus motivasi. Dah tua-tua ni kena kasi sikit semangat untuk terus berkhidmat untuk Negara. Cewah!!!

Memang dah lama benar Auntie tak pergi kursus kat Kota Bharu…yelah, sejak sakit lutut ni . Nak pergi kena cari geng, boleh jugak minta tolong heret beg. Masa pergi tak pe le boleh heret sendiri, time balik, kot beg dah beranak pinak sapa pulak nak tolong?

Kota Bharu adalah tempat kursus yang menjadi pilihan ramai terutama orang pompuan lah kan, banyak agenda kami bila sampai ke sana tuh. Kursus tetap kursus. Lepas jam 5.00, acara bebas…hak ni le yang kami suka. Satu bandar kami pi sukat. Pasar Siti Khadijah lah menjadi tumpuan utama di samping lain-lain tempat untuk menjamu mata dan perabih duit! Bukan saja Kota Bharu, tentunya kami takkan lepas peluang ke Rantau Panjang juga.

Insya Alla, kalau tida aralmelintang, Auntie akan ke sana awal bulan nanti….yeszerrrr!
(tak padan dengan sakit lutut)
----------------------------------------------------------

Tuesday, June 19, 2007

Satu panggilan..

Bersemangat pulak rasanya pagi ini. Alhamdulillah!

Sampai ofis agak pagi juga. Agenda harian telah Auntie rancang sebelum balik semalam. Tugasan tak le banyak mana setakat nak menyemak maklumbalas saja.
Kalau rajin nak kemaskini rekod-rekod Pengaduan Awam yang diterima sejak bulan Januari lalu, itu pun tak le mana masalahnya sebab dah up-todate. Lain-lain cuma nak kemas sikit meja Auntie ni dah beserabut dan serabai, lemas pulak menengoknya.

Bos Auntie kini berada di Langkawi. Esok adalah. Meeting apa tah…
-------------------------------------

Sementara tunggu pukul 8.00 sempat le Auntie bertegur sapa dengan Si Melor, sambil mengopi dan makan bihun goreng yang dibawa dari rumah.

Tetiba telefon dimeja sebelah berdering. Tuan punya meja turun b/fast kat café, dia ni time masuk keja dia pukul 8.30 pagi.
Mulanya rasa malas jugak nak angkat, tetapi kenangkan tanggungjawab, Auntie angkat juga. Suara lelaki memberi salam….dia memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat ****
Nama, dia tak bagi tahu, terus dia nak bagi tahu nak bercakap dengan En.@@@

Dia : Saya nak cakap dengan En.@@@ bin &&&

Auntie : (tiada nama ni dari bahagian kami). Ooo…En.@@@ bukan dari bahagian ini
Encik.


Dia : …Tapi ni MOA kan?

Auntie : Ya Encik, memang MOA. Ini Bahagian ABCD…En. @@@ ni dari bahagian mana??

Dia :….dari Jabatan Pe*********….ha, berapa nombor dia???....(suara dia dah mula tinggi)

Auntie : Saya tak tahu nombor dia, tapi……(tak sempat nak cakap lagi, dia dah celah)

Dia :….ha, ini le pegawai Kerajaan , semua tak tahu, makan gaji buta, apa yang dibuat kat ofis tu…..esok, bila anak you besar isap dadah baru tahu , makan gaji buta….semua tak tahu…apa yang dia tahu?....bla..bla…bla….bla…bla….bla….

Auntie :….??????....(sian aku, pepagi dah kena maki) sabar dulu Encik, saya boleh tolong carikan nombornya, biarlah saya tengok Buku Panduan Telefon dulu…

Belum habis Auntie cakap dia dah letak telefon…habis camno??? Terkedu Auntie sekejap.

Tak semua penjawat awam kurang sopan, tak semua penjawat awam tak tahu apa-apa, tak semua penjawat awam makan gaji buta.

Tak dinafikan ramai juga penjawat awam yg. kurang sopan, yang selamba macam badak. Yang langsung tak bagi kerja sama, kerja sambil lewa, sombong. Yang ni memang yang jenis tak makan saman…yang jenis inilah yang membawa nama buruk yang melibatkan orang lain.

Niat Auntie sungguh ikhlas nak membantu, nak carikan nombor telefon. Takkan lah kita boleh ingat nombor telefon semua orang di satu Kementerian yang ada 2 blok bangunan setinggi 17 tingkat dan 2 blok lagi setinggi 4 tingkat…operator pun tak ingat weh!!!

Lain kali kalau nak telefon make sure sesaorang tu tahu nama orang yang nak dihubungi, tempat atau bahagian dia bertugas. Paling senang boleh tanya dengan operator sesuatu ofis tu. Atau, kalau dah termasuk ke bahagian lain, boleh tanya dulu semada pegawai yang nak dihubungi memang ada bertugas disitu. Kalau nada suara sentiasa dapat dikawal, tentu tak jadi masalah.

Kenkadang yang membuatkan kita bersifat kurang sopan adalah disebabkan ‘input’ nya pun kurang sopan, macam mana yang ‘output’ nak bersopan?

Setiap hari berbagai panggilan yang kami terima. Tak tahu hujang panggal masalahnya. Bila telefon marah-marah, habis macam mana kita pun tak menyirap darah.

Contoh:

i) Hello! Bercakap dengan Puan Siti?
(Siti mana?...semua orang kenal Siti ke?…lain le Datuk Siti)

ii) Hello! cek saya dah siap ke?...apasal check saya belum clear?
(Cek apa???...ingatnya satu donia ke tahu yang dia akan dapat cek? terangkan dulu...)

iii) Tak pelah…nanti saya akan hubungi PM…(trik lama..macam kita tak tahu, elllehh!!!)
(laaaa…nak hubungi PM lak…ingatnya PM tu ada masa ke nak settle perkara remeh macam tu…)

iv)…….apa ni? bila telefon tak de?...bukan kerja saya?...apa ni??
(ni pun satu hal juga)

Banyak lagi contohnya.

Kami di ofis bukan semua orang buat kerja yang sama, lain unit lain kerjanya…mana boleh kita senang-senang je beri jawapan, kang salah silap sapa nak jawap???...kami orang gomen ni…selain tugas , ada masa kena pergi dengar taklimat, ceramah, bengkel, kursus…ada masa kena berlatih sukan…ada masa nak ke toilet, nak makan, berbincang dengan bos, meeting. Semua ni bukan sesuka hati saja nak pergi…arahan weh!...suka tak suka kena patuh. Rasanya orang kerja Swasta pun samalah...

Tak sangka di satu pagi yang penuh bersemangat, dapat pulak satu panggilan yang boleh mematahkan semangat.

P/s : Kepada Encik yang pepagi lagi memaki Auntie tuh, terima kasih sajalah....semoga anak-anak dia tidak bersikap seperti dia. Semoga Allah lindungi anak-anak Auntie daripada doa jahat seorang manusia yang mungkin malam tadi tak dapat layanan dari isteri seperti yang diharapkan…..

Sekian.
-----------------------------

Monday, June 18, 2007

Hari Bapa.


Dua hari ujung minggu di habiskan memerap kat rumah saja. Hari Ahad keluar sekejap ke Bintang beli sikit keperluan dapur. (katanya sikit je...kedebuk-kedebab habis juga RM 75/)
Hari Sabtu bangun pagi lepas solat, mesin kain baju. Sambil tu masak air. Auntie jarang sangat menyediakan b/fast kalau hari ujung minggu. Selalunya beli saja.
Sejak kebelakangan ini Auntie suka beno makan thosai dan capati. Nak buat sendiri tak pandai le pulak, lagi pun anak-anak tak minat pulak. Depa lebih suka roti canai atau roti telur.
Thosai atau capati memang elok dimakan berbanding nasi lemak. Minyak kurang, lemak pun kurang.
















-----------------------------

Hari Sabtu malam, Auntie nonton drama dariTv3 yang bertajuk 'Ayah' sedap juga ceritanya, sempena Hari Bapa. Cik Din pun boleh nonton sama selalunya dia tak suka drama-drama ni. 'Cite Melayu, balik-balik cinta!, balik-balik frust'...kata dialah. Drama tu agak menyentuh hati juga. Kisah bagaimana seorang ayah membesarkan dua orang anak yang masih kecil sehingga dewasa setelah ditinggalkan isteri yang inginkan kehidupan yang lebih mewah. Yang haru tu, anak-anak tu pulak bukan lah anaknya sendiri, tetapi adalah anak isterinya bersama suami terdahulu. Pukul 12.00 baru ceritanya habis.

Auntie tidur sungguh nyenyak sungguh, mungkin sebab hari hujan sejak tengahari lagi........

Dannn....dan.....

......ada ke Auntie boleh mimpikan bf lama yang telah berabad tak diketahui samada masih ujud atau pun tidak!!!!....

kelako pulak rasanya!!!

---------------------

"SELAMAT HARI BAPA UNTUK SEMUA BAPA-BAPA"

Friday, June 15, 2007

3G, 5G


Ramai wanita Malaysia di ketogorikan dalam kumpulan 3G, GEMUK, GEMPAL, GEBU. Nak marah pun tak boleh jugak kalau memang dah kenyataan.

GEMUK: yang dah over size, terlebih berat.
GEMPAL : lebih kurang jugak..tapi mungkin agak mantap sikit
GEBU : sama jugak…













Hari ni, masa dalam kereta, Auntie dengar pulak juruhebah radio mengatakan , yang, kalau wanita dengan 3G, apa kurangnya lelaki??..sesuai dengan kaum lelaki yang memang suka melebihi wanita, lelaki dikatakan sebagai kumpulan 5G….loo…lebih 2 tuh!....he!he!...ada betulnya


5G tu adalah, GEMUK, GEMPAL, GEBU…(sama macam orang pompuan) dan 2 lagi adalah GENDUT dan GONDOL….Haaa…jangan marah!!!!

Tambahan 2 tu… GENDUT :…yang perut dah macam ngandung 6 bulan tapi date duenya entah bila!!!
GONDOL : ya ampuuunnn….yang semakin hari semakin ‘cerah’ dan semakin’ merelip’
Pppssttt…ada tu macam boleh buat cermin….!...ya ampunnnn!!!!

Faktor yang menyumbang kepada gejala-gejala di atas adalah cara pemakanan kita orang Malaysia. Memang kita ni mewah dengan makan.Bangun pagi je ingat makan…dok sekejap ingat makan, tengahari makan, petang makan, malam makan, larut malam makan…hatta sampai ke dini hari masih dok makan.

Menu makan pulak aduhai!...kalau b/fast kita ada nasi lemak, mee/ bihun/kue tiaw/nasi goreng, nasi dagang/kerabu/berlauk, pulut dan rendang, soto, roti canai/murtabak/ capati/tosey…..kueh-kueh…ohhh…banyaknya…list ini tak mungkin terhenti di sini saja.
Ini baru sarapan pagi.

Menu tengahari??...lagi le hebat. Nak di sebut ke??..ok sebut sikit…nasi puteh/beriani/tomato/minyak…lauk?...masak lemak cili padi rebung/paku/pucuk ubi.
Lemak nanas, lemak ketam, lemak nangka…kari kepala ikan, asam pedas, ikan bakar, ayam bakar, ayam golek, daging bakar…kerabu…ooooo!….uuuu…!...never ending one lo!!!
Memang kita mewah dengan makanan, manalah kita tak dapat all the Gsssssss



Tuesday, June 12, 2007

Berjumpa Dentist.


Petang semalam jam 6.30 petang sebagaimana yang dijanjikan, walau pun dalam keadaan ketakutan, ketaq lutut bebagai…akhirnya selesai jugak masalahnya yang dah lama menghantui fikiran…

Sebaik saja nama dipanggil masuk, Auntie buat macam berani sajalah. Menunggu di dalam seorang doctor muda..muka dia nampak separuh saja sebab dia dah pakai mask.


Melihatkan kelengkapan di sekeliling lagi le rasa kecut perut.Tapi apakan daya Auntie kuatkan jugak semangat.. kat luar tadi pun My Tamil Hero tu dah bagi berbagai kata perangsang..:-)….psst..yang sebenarnya dia pun bukan berani mana!..

Auntie explained lebih kurang kat dia. Rasanya tak payah explain pun tak pe dah, dia lagi tahu …kan ke kerja dia tu..?

So, dia suruh Auntie baring, dia check gigi Auntie. Tak perlu buat operation, just cabut secara biasa. Lega lah sikit bila dengar macam tu. Dia start bagi bius…tak rasa apa pun.
Then dia bagi tahu dia nak mula cabut dah. Sebelum tu, dia test dulu samada bius tu dah jalan atau tidak…


Alhamdulillah!...langsung tak rasa sakit…Cuma rasa seriau sebab dok dengar bunyi ‘kriok-kriok’ semasa dia nak cabut tu….Tak sampai 5 minit semuanya selesai..He!...he!...tak sakit langsungggg!!! Best!..best!!!...

Lain kali boleh datang lagi.

Kat luar Cik Din sedia menanti. Nampak saja Auntie keluar, dia cepat-cepat datang…” ok ke?...ok ke?”….dia pulak nampak risau. Mungkin macam tak percaya.

Dokter bagi ubat tahan sakit dan anti-biotik. Bayaran perkhidmatannya RM 45/- oklah kan servicenya bagus dan yang penting tak sakit…

Insyaallah lepas ni Auntie akan rajin melawat dentist…dah hilang phiobianya.

-------------------------------------------

Friday, June 08, 2007

Wati.

Lupa nak cerita kisah yang buat Auntie rasa tersentuh hati. Sabtu lepas, dah hampir pukul 10.00 pagi baru Auntie nak sidai baju di ampaian. Ampaian memang kat depat rumah dekat dengan pintu pagar.Kononnya ampaian tu sementara saja, tapi dah setahun lebih masih guna yang tu juga. memang tak de tempat pun nak buat ampaian, almaklum rumah teres yang keluasan tamannya hanya sekangkang kera.

(ni nak cerita amapaian ke, nak cerita kisah sayu mayu tuh?)

Baru Auntie nak mula menyidai, tetiba Auntie nampak sorang gadis berjalan menuju ke gate rumah sebelah, nampak macam dia pakai tongkat..memang nampak macam tongkat...la, memang ya pun, ....Allah!...rupanya kakinya hanya sebelah!!
Auntie terus jelah sidai kain sambil pasang telinga, tapi tak dapat tangkap apa yang dia cakap kat anak jiran. Tak lama lepas tu dia bagi salam kat Auntie pulak.

" Salamualaikum Makcik, saya Wati, nak minta derma sikit, saya nak beli kaki palsu baru"

"W'salam...kenapa dengan kaki kamu?"

"Saya kena langgar dengan lori....dah lama, dah 7 tahun..."

" Tak dapat claim insuran ke?"

"Apa pun tak dapat Makcik...saya kena langgar lari...bapa saya meninggal on the spot...kami naik motor..."

Ya Allah!...kesian betul nasib budak ni. Auntie tengok masa dia cakap tu, air mata dia bergenang dikelopak matanya..Budaknya manis Auntie tengoklah dokumen yang dia bawak, memang dia masih muda baru 22 tahun...

"Makcik, saya malu terpaksa meminta macam ni, tapi apa nak buat dah terdesak..."

"Makcik faham.." Auntie pulak yang rasa macam nak nangis...

Menurut Wati harga kaki palsu adalah RM14,000.00/- (ada tercatat dalam salah satu dokumen yang dia bawak). Alhamdulillah, Kerajaan sponser dalam RM10,000. Dia perlukan lagi RM4,000/.

Setelah Auntie menghulurkan sedikit sumbangan, Wati berlalu ke rumah jiran yang lain pulak.Hingga ke malam wajah Wati bemain difikiran Auntie...nasib malang seorang gadis!

Sedih betul mengenangkan nasibnya.

Ada orang, setakat RM4,000/...apalah sangat. Wati pulak terpaksa, berusaha gigih untuk mendapatkannya. Bukan mudah dia nak melenyapkan perasaan malunya, tapi apakan daya...Isyy...kalaulah Auntie ada banyak duit...tentunya Wati tak payah nak bertongkat ke sana sini...terus je dapat dari Auntie...

Auntie harap dengan sedikit sumbangan dari Auntie pada hari itu dapat menambahkan dananya dan yang penting sekali Wati akan dapat kaki palsunya secepat mungkin.

Thursday, June 07, 2007

Dentist 2


Oleh kerana Auntie nak mengadap dentist pada hari Isnin minggu depan dan perasaan takut mula melanda, Auntie terfikir-fikir jugak apa patut Auntie buat untuk menghilangkan perasaan takut ini. Sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit kenyakinan diri.

Auntie jumpa satu blog doctor gigi kat Petaling Jaya. Macam best je doctor ni. Rasanyalah tentu sekali servisnya bagus. Idak le Auntie nak ke kelinik dia…nun jauh di PJ. Kalau sapa nak tahu lebih lanjut, boleh le baca blog dia.

http://www.ismile.com.my
Ini bukan gambar gigi Auntie tau...
(sebelum treatment) (sesudah treattment)

Tuesday, June 05, 2007

Nak jumpa dentist.

Sabtu dan Ahad baru ni Auntie tinggal berdua saja dengan Jim. Amir tak balik sebab nak study katanya.Dia mula berexam minggu ni. Cik Din pulak pergi ke Kota Bharu, ikut rombongan ofis dia meraikan perkahwinan staf . Memang rasa sunyi je rumah Auntie.

Dah tinggal berdua, mulalah penyakit malas datang...malas nak memasak. Rasa tak berbaloi pun. Jim cuma makan lauk ayam, Auntie pulak kalau boleh malas nak makan nasi. Tapi kesian pulak kat Jim. So, malas-malas pun Auntie paksakan jugak diri untuk memasak.

Pagi Sabtu tu lepas b/fast je terus Auntie keluarkan ayam dan buat rendang sekaligus sekor...boleh tahan dua tiga hari.Untuk Auntie, Auntie bukak saja sadin setin dan buat sambal...save tenaga untuk memasak dua hari.

Bila Si Hero Tamil tak de di rumah, inilah masanya Auntie boleh buat banyak aktiviti lain...cuci kipas angin, cuci bilik air, bongkar baju-baju yang perlu di jahit butang dan kancing yang dah tercabut. Sesambil tu Auntie dok memantau jugak Si Jim buat latihan menjawab soalan...letih le Auntie dengan anak manja sekor ni...macam pahat dengan penukul...kita leka je, dia buat benda lain....dia lari naik ke bilik petik gitar le, dia bukak komik Ujang le....tak pun dia mengadap cermin menilik jerawat kat muka dia...tak pun, dia boleh lena sambil pegang pensil.....

Letih jugak rasa badan bila banyak benda nak dibereskan, apa lagi dengan keadaan Auntie yang tak berapa fit ni...buat sekejap, berenti sekejap. Tapikan, seronok jugak...banyak keluar peluh...terutama peluh malas!...

Malamnya pulak lepas maghrib Auntie ajar si Jim ngaji. Ajar sebaris, terangkan makna. Auntie guna Quran yang ada makna.Sambil tu dapat jugak diri sendiri mengulang kaji. Jim ni tak habis sekolah Agama. Dia belajar takat darjah empat saja...jadi Quraan nya pun sekerat jalan. Dulu masa Auntie dok kat KL memang hantar dia mengaji dengan Ustazah, dah kat BBB ni ingat nak hantar kat Ustazah dekat rumah ni je, dia malulah pulak...so, tak pe le, Auntie ni boleh le jugak ngaji sesikit...dapat le ajar dia tuh mengulang baca.

-----------------------------

Semalam Auntie cuti begitu jugak Cik Din. Banyak urusan nak disettlekan. Nak ke Bank le, nak Ke Tabung Haji le, Pejabat Pos...dan pergi jugak ke kelinik gigi.
Dah berzaman Auntie tak ke kelinik gigi. Last sekali, kalau tak silapnya, mungkin 6 tahun lalu....
Auntie ni memang tersangatlah phobianya dengan dentist, kalau tak betul-betul terpaksa, memang tak pergilalah....kirim salam sajalah dengan doktor gigi tuh!

Kali ni memang Auntie tersangat terpaksa pergi...sebab..keadaan memaksa...
Sebenarnya gigi yang dah hampir 30 tahun bertampal...dan dah agak setahun tampal tu terkeluar sedikit demi sedikit...dek kerana takut nak jumpa dentist, makin lama makin banyak yang terkeluar atau lekang.....gigi tu pun makin reput seiring dengan usia emas Auntie ni...
...tah macam mana Auntie tengah makan terasa sesuatu...tengok-tengok...gigi tu dah patah. Tunggulnya masih ada...so, nak kena keluarkan. Takut jugak jika dibiarkan lebih teruk pulak jadinya nanti.
Lepas selesai urusan di bank pergi lah pulak menuju kelinik gigi. Nampak macam tak de orang. Yang Auntie tahu kelinik ni kepunyaan dua orang adik beradik, yg. sorang doktor perubatan biasa dan sorang lagi dentist. Auntie jumpalah receptionist di kaunter...rupa-rupanya, punya lah ramai pesakit (gigi) hingga Auntie hanya boleh buat appoinment saja, tu pun hanya pada hari Isnin 11 haribulan!!

Ingatkan kelinik gigi kerajaan saja berappointment bebagai, kelinik swasta pun gitu jugak.
Kalau dah begitu ramai patients doktor gigi ni, gayanya kelinik dia mendapat sambutan...dan insyaallah service dia bagus, dan yang pentingnya tak sakit!

Hemmm...minggu depan lah pulak baru nak berkisah jumpa doktor gigi sekali lagi...

Friday, June 01, 2007

Birthday Lagi.


Hari ni birthday Jim yang ke 15...besar dah anak mak ni.
Malam tadi kami 3 beranak dah celebrate....makan kat kedai mamak favorite Jim...hadiah dah dapat awal...h/phone Motorola...yang murah-murah je. Dia happy sangat dapat h/phone tu...ada camera, boleh hantar e-mail ...ada apa tah lagi, Auntie pun tak tahu.
Semoga Allah terus memelihara Jim, sihat walafiat, menjadi anak yang soleh, menjadi manusia yang berguna. Amin.