Tuesday, June 29, 2010

Balik Kampung

Salam untuk semua,

Dah lama Auntie tak balik kampung. Rindu pada mak tuhan saja yang tahu. Apalah lagi mak Auntie tidaklah secergas dulu. Jalan dah terbongkok. Kakinya bertambah lemah. Penglihatan semakin kabur, pendengaran juga semakin tidak jelas.

Alhamdulillah, ingatannya masih kuat, dia tak nyanyuk walau pun ada masa dia lupa jugak macam kita. Dia masih tak lupa berapa banyak duit dia ada dalam bank. Dia masih mencatat setiap duit yang keluar masuk. Mencatat segala perbelanjaan setiap hari.
Mulutnya masih rancak bercakap, berleter pun sama naik.

Hari Sabtu lalu, setelah lama rindu rinduan, akhirnya, Auntie balik kampung menemui mak. Auntie balik dengan adik lelaki Auntie. Tiga jam setengah perjalanan sampailah kami ke sana.

Mak berseorangan dalam rumah. Terbongkok-bongkok dengan kerusi plastiknya...dia nak check samada pintu & grill dikunci atau tidak setelah adik Auntie dan anak-anaknya keluar ke pekan.


Terkejut dia melihat kami. Macam biasa dia terkilan kami tak bagi tahu terlebih dulu nak balik.


Dia risau. Katanya lauk apa pun tak de.....he!..he!...

Kami tuju ke dapur...wah!...terhidang juadah tengahari yang telah pun disediakan oleh adik Auntie sebelum dia keluar ke pekan. Bagi mak, apa yang terhidang tu...macam tak sempurna. Kalau boleh dia nak sediakan macam-macam lauk lagi.















Mak Auntie yang terbongkok-bongkok berjalan menggunakan kerusi plastik.


Kami dah belikan dia walking frame, adalah seminggu dia guna, lepas tu macam-macam alasan dia, susah le, berat le....last-last kami give up., dia nak guna kerusi plastik tulah jugak...suka hati mak lah....

















Mak Auntie dengan cucu kesayangannya, Solihin.


(Usia mak akan mencapai 82, September nanti, insyaallah, semoga Allah beri dia kesihatan yang baik lanjutkan usianya agar kami terus mendapat restunya).

















Solihin dengan kakaknya Nadia.


Dua malam Auntie bersama mak. Semalam Auntie balik semula ke KL menaiki bas express. Adik Auntie pulak menuju ke Penang rumah mertuanya.
Agak boring jugak naik bas sensorang ni. Bas tak penuh pun. Auntie duduk sorang. Dalam melayan blues sempatlah Auntie capture scenary di sepanjang perjalanan.
Gambar tak le cantik, maklumlah Auntie guna kemera cikai saja.

















Gambar kable pun nak ambik jugak.
















Anak-anak kelapa sawit.














Limestone hill.
























Hemmmm...kalau dah nampak bangunan-bangunan macam ni, maknanya dah sampai KL le.
Alhamdulillah, Auntie selamat sampai ke rumah jam 3.00 ptg.

Thursday, June 24, 2010

Jejaka ini...

Salam untuk semua,
Auntie tak tahu nak cerita apa hari ni.
Apa kata kita layan photo jejaka ini.








Sape le agaknya dia ni??....belek-belek PSP, ada duit ke nak beli?
Pening tau...kalau kita tak de duit, tapi kita nak juga....
Rasa macam cukup dah duit aku..nanti aku contact mak dulu, ok ke ? tak..kang kalau tak bagitau mak....ngamuk mak aku!

Tuesday, June 22, 2010

Macam Siti.....

Salam untuk semua,

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. (APC). Sesiapa yang bekerja dengan Gomen dah tahu sangat apakebendanya ni.

Meh Auntie cerita sikit. APC ni diberi kepada pegawai/kakitangan yang telah dinilai prestasi mereka oleh bos-bos dan seterus oleh penal APC.

Bagi mendapat anugerah tersebut, adalah garis panduan atau ciri-ciri yang boleh melayakkan sesorang tu untuk dinilai dan dianugerahkan APC tersebut. Antaranya, markah mesti tinggi.....at least 97/100 atau 98/100. Ganjaran bagi yang dapat ialah duit seribu ringgit dan sijil...

Cuti?...tak tahu pulak dapat ke tidak.

Kalau dulu, agak lumayan juga, duit boleh dapat sebulan atau setengah bulan gaji. Gaji pulak naik ke beberapa anak tangga (tangga gaji, bukan tangga yang nak panjat-panjat tu), dapat cuti seminggu (tak sure, seminggu ke tiga hari dah lupa), duit dapat RM300 dalam bentuk barangan elektrik. Rasanya dah beberapa tahun (10 tahun kot) ganjaran sebegini diubah.

Kalau Auntie silap fasal info ni, mahap ye, tolong betulkan sape yang tahu.

Ok, dah faham gamaknya semua yang baca ni.

Semalam adalah hari penganugerahan APC ni. Macam biasalah setiap tahun bila result keluar, maka ramailah yang tak puas hati. Auntie pun join sekaki jugak bab-bab tak puas hati ni.

Untuk bahagian Auntie ni, penerima APC adalah seramai 5 orang.Memang sah le depa ni hebat...rajin buat kerja, dedikasi, bermotivasi, berwawasan (2020).............................................

Tapi,......... ada tapi ok? yang buat ramai tak puas hati, ramai yang dok bising (dari belakang saja) .
Antara 5 orang penerima APC tu, 2 orang saja yang belum pernah dapat APC. Yang 3 ekor lagi tu...baru saja setahun dua dapat. Tu yang membuatkan ramai tak puas hati. Apalah salahnya bagi pada orang lain......depa sajakah yang rajin dan hebat??...ohhh...bos...tak perasan ke??..kalau diikutkan, katanya at least selepas 3 tahun, baru boleh dapat lagi, walaupun prestasi sesorang tu hebat, atau dapat markah 100 ! (ada ke?)..mosykel betul!.....tambah mosykel, yang sorang tu, last year dia berMC hampir 3 bulan punnnnn boleh dapat.

Entahlah, yang dapat tu tak boleh nak disalahkan dah bos rekemen.......terima sajalah.......rejeki depalah, apa lagi nak katakan.

Semalam, majlis penganugerahan di adakan di dewan kebanggaan kami. Pak Menteri dijemput untuk menyampaikan sijil kepada penerima. Majlis bermula dalam pukul 3.00 ptg lebih kurang. Semua di jemput hadir. Annoucement di buat melalui PA sistem. He!...he!...memula tu kata, semua dijemput hadir...dua tiga kali buat panggilan. Mungkin dewan tak penuh-penuh juga....akhirnya announcement di buat mewajibkan semua untuk hadir...sah le dewan tak berapa nak penuh. Auntie sah le tak pergi, walau pun wajib. (tak buat berdosa) ada banyak lagi kerja nak diselesaikan.

Adaku kisah????...tahun depan dah nak pencen pun!!

Pagi ni Auntie dapat tahu, bukan saja dari bahagian Auntie yang tak puas hati, rupa-rupanya, bahagian lain pun sama juga. Balik-balik muka yang sama dapat anugerah...macam Siti Norhalizalah agaknya, tiap tahun dia saja yang dapat.

Auntie nasihatkan kawan-kawan Auntie, tak pelah, tak dapat anugerah pun, Allah sentiasa melihat apa yang kita buat walaupun mungkin bos tak berapa nak nampak kita. Kerjalah dengan ikhlas dan jujur kerana Allah. Insyaallah, ada banyak masa lagi.





Monday, June 21, 2010

Ole-ole



Salam untuk semua,

Hari ini sekolah dah dibuka semula setelah 2 minggu bercuti. Auntie dah tak ada anak bersekolah, tapi tetap juga peka samada hari sekolah atau cuti, sebabnya, depan rumah Auntie ada sebuah sekolah rendah, jadi bila bercuti sunyi sepilah sekelilingnya kecuali kalau ada aktiviti di musim percutian.

Minggu lepas, kat ofis pun lengang saja. Ramai yang bercuti. Ramai yang balik kampung dan tak kurang juga yang melancung ke luar negara.

Di minggu pertama cuti, ofis Auntie ada satu lawatan ke Vietnam. Ramai jugak yang turut serta. Kalau di ikutkan hati, Auntie pun teringin jugak, tetapi, Auntie telah berjanji dengan diri sendiri yang tahun ini adalah tahun Auntie berjimat cermat dan juga melangsangkan apa-apa hutang puitang yang ada. Alhamdulillah, hutang rumah akan langsai dalam masa beberapa bulan saja lagi. Hutang kereta tak de...Kini Auntie bertungkus lumus melangsaikan hutang kredit kad saja. Tak banyak mana pun, kad pun ada satu saja. (ceh!)
Sebelum Auntie membebel lagi, meh Auntie tunjukkan ole-ole yang Auntie dapat dari beberapa orang yang ingat jugak dengan Auntie ( ole-ole dari Vietnam le).
















Kotak hitam tu adalah kotak barang kemas diberi oleh bos Auntie...sure dia ingat Auntie ada banyak barang kemas untuk disimpan dalam kotak tu. Hakikatnya, barang kemas Auntie, adalah apa yang ada pada badan saja... ha!...ha! jadi, Auntie buat le tempat menyimpan pin-pin dan kerosang tudung dan buat simpan jam tangan. Ok lah kan, tidak le bersepah-sepah barang-barang tu.

Yang berbentuk oval tu, adalah cermin kecil yang boleh disimpan dalam handbag...buat suluh-suluh muka atau bersuluh untuk touch-up make up...(macamlah Auntie ni bermakeup bagai) Ada dua tu, satu diberi orang budak lelaki yang selalu dok bantu kerja-kerja Auntie kat ofis, satu lagi pulak Auntie punya assistant yang bagi. Purse merah tu pulak diberi oleh sorang Cik Kak yang bilik dia dekat dengan meja kerja Auntie ni. Terima kasihlah semua atas ingatan. :-)
Entah bila Auntie nak sampai Vietnam...katanya bab makan agak susah sikit, maklumlah tak banyak komuniti Islam di sana.
Minggu lepas, Auntie bercuti jugak...tapi, tidak le melancung sana sini. Cuti dok kat rumah saja. Best sangat dok kat rumah ni walau pun tersangat letih. Mengemas rumah. Sapu sana sapu sini. Habuk bertimbun-timbun...rasanya dah lama tak menyapu...ha!...ha!
Dah cuti sampai lima hari, masih tak habis mengemas.... lain kalilah pulak....

Tuesday, June 15, 2010

Cermin mata.



Cermin Mata


Salam untuk semua,

Adakah anda seorang yang memakai cermin mata?

Auntie telah memakai cermin mata seawal usia 12 tahun. Pada masa itu, kat sekolah Auntie memang tak ada sorang budak pun yang memakai cermin mata. Jadi, bila Auntie menjadi murid yang pertama bercermin mata, Auntie telah menjadi tumpuan ramai.Malah, bila Auntie kemana-mana pun, seakannya satu yang aneh pulak. Seorang budak bercermin mata.Bila ke kedai, tokey kedai menegur " haiya!...lagi kecik sudah pakai cermin???..tarak nampak ke??"

Ada masanya rasa rimas juga, ada masa rasa malu, maklumlah masih anak-anak. Kerabunan Auntie di kesan oleh cikgu di sekolah apabila Auntie kerap menyalin perkataan yang tak berkaitan. Auntie juga selalu terjengket-jengket ke arah papan hitam bila menyalin nota.

Akhirnya, cikgu memberi tahu ayah Auntie yang akhirnya membawa Auntie memeriksa mata kat kedai cermin mata.Nak periksa mata pun kena pergi ke Taiping, kat home-town Auntie masih tak ada kedai cermin mata. Auntie dah tak berapa ingat procedurenya. Yang Auntie ingat, cermin mata siap beberapa minggu kemudian dan Cina cermin mata tu poskan ke alamat rumah.

Betapa gumbiranya Auntie semasa bungkusan cermin mata tu sampai. Pertama kali dipakai...rasa begitu teruja sekali, rasa puas bila memandang rumput yang hijau, langit yang biru dan bunga-bunga berbagai warna. Rupanya, penglihatan Auntie dah teruk.
Cermin mata pertama tu berharga RM26/- saja, betapa jauuuuuhhh sangat bezanya dengan harga cermin yang dipakai pada ketika ini. Sejak itu, setiap dua atau tiga tahun, cermin mata perlu ditukar...."power" nya semakin naik..dah tak ingat berapa kali Auntie berganti cermin mata.
Zaman berubah, fesyen silih berganti begitu juga cermin mata. Kalau diperhatikan, fesyen cermin mata sekarang adalah kitaran semula fesyen dulu tapi diberi nafas baru dengan jenama berbagai. Dedulu, Auntie pun tak tahu, samada cermin mata ni dah berjenama. Yang Auntie tahu, bila masa dah patut ganti cermin mata baru, Auntie ikut sajalah apa pilihan mak. Cantik pada mak, lawalah pada Auntie.

Bila dah ada duit sendiri, barulah pandai pilih frame yang berkenan dihati dan sesuai dengan budget.

Auntie ada simpan beberapa cermin mata lama yang dah tak dipakai lagi.

Cuba tengok nih.....besar gedabak!....tapi, jaman tu, lagi besar, kiranya lagi 'vogue', lagi up-to-date...ha!..ha! (ni pilihan Auntie, memandai sendiri, sebab masa tu dah ada duit sendiri.)

















Auntie pakai cermin mata ni pada tahun 1976 hingga 1980...lepas tu banyaklah yang bertukar ganti.


Cuba tengok yang ni pulak,















........rasanya yang ni Auntie pakai sekitar tahun 90 an....brand Bonia.

Kalau nak ikutkan, entah dah berapa banyak cermin mata Auntie, cuma ada beberapa pasang saja yang sempat Auntie simpan.

















Ini saja yang sempat Auntie kumpul, yang lain-lain entah ke mana perginya...
















Ha, yang ini, yang Auntie pakai sekarang, juga dari jenama Bonia jugak.

Tak mampulah nak pakai jenama lain macam Dior atau pun YSL atau yang seangkatan dengannya.

Sebenarnya Auntie ni bukan kisah sangat jenama apa...janji berkenan di hati, paling penting sesuai dengan budget. Yang atas ni nama saja Bonia, idak le mahal mana pun...beli pun masa ada discount.
Sekarang ni, bila nak tukar cermin mata, kena tengok budget, mahal bukan main. Mana tak mahal, berlapis lens yang digunakan. Kalau dulu hanya untuk nampak jauh, sekarang, jauh le, dekat la, untuk membaca la.....pendek kata bukan lagi bi-focal, tapi dah multi-focal.

Jadi, bila nak cut cost, kenalah pilih frame yang tak berjenama, tak pun jenama macam Bonia saja.....yang penting...all clear!


Monday, June 14, 2010

Jalan-jalan makan kenduri.

Salam untuk semua,

Maaf kepada yang datang ke sini tetapi masih dengan entri lama.

Hari ni ada entri baru.

Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada saja jemputan kenduri kawin. Tidak macam dulu, kenduri kawin bermusim. Sekarang semuanya dah tak bermusim lagi. Tengok saja buah durian. Masa Auntie kecik-kecik dulu, kalau musim durian, bukan main suka lagi maklumlah, bila musimnya tiba baru ada durian. Tidak sekarang...nak makan durian, sepanjang tahun ada...dah tak heran lagi.

Hari Sabtu lalu, setelah sekian lama dok pikir nak pergi ke tidak, nak pergi ke tidak, akhirnya Auntie dan Cik Din sepakat bersetuju menghadiri kenduri kawin anak si Maznah. Seorang kawan lama kami. Maznah ni, dulu sama-sama masuk kerja dengan Auntie. Auntie masuk awal sikit. Orangnya, putih, tinggi, manis dan kuat gelak...cakap sikit gelak, cakap sikit, gelak. Asalnya dia ni dah pun training nak jadi jururawat...tak habis training dia mengambil keputusan tak nak teruskan....sebabnya, jaman tu, uniform jururawat masih dengan bergown...dia tak sanggup nak bergown katanya.

Maznah dah lama bersara. Bersara awal masa usianya 40. La ni, kalau tak silap umur dia dalam 50 an...muda sikit dari Auntie. (Auntie dah tak berapa nak muda....)

Dia ikut suaminya bekerja ke Johor. Jadi suri rumah sepenuh masa. Anak dia ada 5 ke 6...gitu lah...ada sepasang kembar. Yang bongsu pun dah 19 tahun...seorang anak istimewa. Yang kawin ni anak lelaki.

Maznah ni orang Melaka. Kampungnya nama Kg. Melangkan. Dia dan suami dah bina rumah kat kampungnya. Kenduri pun dibuat dikampung le.













(En. Amir dan Jim tak ikut. Dia orang kerja)

Dari rumah Auntie bertolak pukul 9.30 pagi...he...he..memang tak pernah sampai ke sana. Ingatkan jauh benau...dalam pukul 11.30 sampailah kami ke rumahnya...Besar rumah dia kalau dibandingkan dengan rumah Auntie. Maklumlah, rumah dibina atas tanah sendiri. Rumah dia, betul-betul di seberang jalan opposite dengan tanda nama kampung tu. Tak susuah nak cari.

Macam biasa, sampai je terus dijemput makan dulu. Lepas makan sempatlah Auntie dah Maznah sembang-sembang kejap. Nak sembang lama tak boleh le, Si Maznah sibuk melayan tetamu.

Dah salam-salam ( sesambil salam kokot) kami pun beredar. Terus menuju Bandar Melaka yang dah lama kami tak kunjungi. Mana lagi nak pergikan?...Banda Hilirlah. Cuaca bukan main panas lagi. Orang pun ramai, bas-bas banyak di tempat parking. Cuti sekolahlah katakan. Yang ramai, rombongan Cik Kiah dari Kedah, tak pun Penang...dengar loghat depa Auntie dah tahu depa mai dari mana.

Sempat jugalah Auntie membeli sesikit barang. Tak sah le kalau tak membeli.







Maaf le gambo tu gelap sikit...lupa nak onkan flash.

Tengok tu, ada sos cucur udang, cincalok, paste asam pedas, kueh sepit (dalam balang tu) dan jugak 2 bungkus dodol. Yang lapik barang-barang tu, pun di beli kat Melaka juga.





Selain daripada tu...baju tak kan tak beli kan?.. baju kelawar untuk Auntie, sebelahnya t-shirt untuk Auntie jugak, Cik Din belikan...dan dua helai T-shirt untuk Jim dan En. Amir.

Seronok jugak, sekali-sekala jalan-jalan ni. Jadilah, jalan-jalan ke Melaka saja pun. Janji happy...