Saturday, April 30, 2005

Tunggu Hari

Tunggu Hari.

Tajuk di atas macam gaya orang tunggu nak bersalin pulak!

Esok adalah hari terakhir Auntie berada di Bahagian Ukur Bahan. Insyaallah hari Selasa 3 Mei 2005, Auntie dah berada di Bahagian Pengairan Dan Saliran Pertanian. Bunyinya macam something to do with pertanian...tanam padi, tanam koko, tanam kelapa.....:-) jadi mak tani nampak gayanya....

Auntie pun belum tahu apa yang akan Auntie buat di tempat baru nih. Dah 23 tahun Auntie asyik dok mengadap angka yang berjuta-juta...dok baca segala kontrak itu ini..dok mengadap drawing, plan...harap-harap dapat tugas yang berlainan. Biar yang senang-senang...biar tenang sikit kepala nih. Dah tua-tua takmo pikir masalah kerja lagi, biar aman damai jiwa dan raga.

Sepanjang 23 tahun, banyak suka duka yang Auntie lalui. Bos bertukar ganti, datang dan pergi, namun Auntie tetap setia menunggu. Auntie adalah antara orang yang pertama di Bahagian Ukur Bahan yang baru ditubuhkan pada 1982.
Bermula dengan Ketua Bahagian berbangsa India yang kedekut pait!....Dia hanya bawak bekal air kosong dan tak pernah sekali pergi minum ke kantin.

Bila orang kutip derma Hari Bendera, dia hanya hulurkan syiling sekupang je!....depan mata Auntie , sebab tu berani kata. Sekali pun dia tak pernah belanja kami, malah bila ada staf bertukar, dia kata tak perlu buat farewell pun.....bila dia tukar, kami pun buat tak tahu jugak!

Lepas dia, datang pulak En. H...ha, dia ni memang best punya bos...kerja bagus, dengan anak buah pun bagus. Tak lama dia bersama kami, dia naik pangkat, dan terus bertukar. Lepas dia bermula lah Bhg. Ukur Bahan di concoquer oleh wanita-wanita. Mai le pulak bos pompun sebagai Ketua Bahagian.....malas nak cakap banyak.....loratnya macam mak nenek....nasib baik tak lama. Dia tukar balik ke ofis lamanya.
Ganti dia mai pulak sorang pompuan jugak....lawa bos ni....sayangnya Allah sayang kat dia....lepas 3 tahun bersama kami, dia di serang kanser paru-paru dan meninggal.....masa tu umur dia baru 44 tahun. Semoga Allah cucurkan rahmat ke atas rohnya.

Ganti dia pun pompuan juga. Dia ni lama jodohnya.... hampir 10 tahun baru tukar, tu pun pasal kenaikkan pangkat...kalau tidak tentu dia tak pindah-pindah. Lepas dia baru le datang En.M yang hansem dan macho...tu...isy...debar-debar jantung kalau dia panggil masuk bilik dia tuh!

Mr.M pun tak lama....macam dia tak berapa happy, sebab bahagian kami ni 95%nya adalah pompuan jelita belaka! Ada le 3 tahun, dia pun balik semula ke Kementerian. Yang datang ganti dia adalah bos yang sebelum dia....bos ni suka sungguh datang ofis nih....

Ramai bos datang dan pergi. Yang tak pergi-pergi adalah Auntie Yan....ha, akhirnya aku pergi juga.....

Nanti Auntie akan bersiaran dari tempat baru pulak.

Thursday, April 28, 2005

Cari Sponser.



Auntie ada 5 hari lagi nak duduk di bahagian ini. 3 Mei nanti dah nak kena pergi ke Bahagian Pengairan Dan Saliran Pertanian. Lama sungguh Auntie berada di Bahagian Ukur Bahan ni. Sejak 1982. Bayangkan betapa lamanya Auntie berada disatu bahagian. Tahun demi tahun dok buat kerja yang sama....namun masih banyak yang masih blurrrr.

Di Bahagian Pengairan nanti tak tahu le apa yang akan ditugaskan untuk Auntie. Di Ukur Bahan ni kerja Auntie lebih kepada menyemak tender/kontrak dokumen, menyemak kontrak drawing, menyemak pembayaran kepada kontraktor dan konsultan, memberi khidmat nasihat yang berkaitan.

Year in, year out, itu lah kerjanya. Dah naik muak. Paling letih nak melayan kerenah kontraktor apabila depa buat claim. Pagi hantar, petang dah telefon samada dah siap ke belum dan bila boleh dapat chequenya....macam le kita dok buat hak dia sorang. Kalau kita layan lebih kurang, dia ingat kita nak minta 'apa-apa'....ish...kalau nak minta 'apa-apa' tu dah lama Auntie kaya raya...dah boleh pakai Mercedes mata bulat tuh!...

Auntie selalu kata, setakat nak belanja roti canai ok le....tapi depa mana mau belanja roti canai...menjatuhkan standard je. Selalunya depa mati kutu sikit...nak ajak keluar memang kita tak pergi le....mana boleh....'saya isteri orang'...lama-lama depa pun faham le...bukan mudah nak mengelak ni.Auntie selalu cakap kalau nak belanja, belanja lah satu ofis...haaa...takut.

Perkara sebegini adalah biasa. Kalau berani, layan le..Auntie tak berani, sebab takut nanti tak tahu apa nak jawab bila "di sana" nanti. Dah bertahun kerja, pandai le mengelak. Kita pun dah masak dengan kerenah ni semua. Yang seronok kerja kat bahagian ni, Auntie dapat banyak kenalan dari kalangan orang luar, bisnessman, orang koporat...manager-manager syarikat CEO dan lain-lain. Banyak kawan, mudah perjalanan.

Yang tak tahan tu bila ada apa-apa funtion kat ofis, ramai pulak orang dok cari suruh kita cari sponser.....aduhh!....tebal rasa muka ni nak meminta-minta.

Tuesday, April 26, 2005

Pasar Pudu

Pasar Pudu

Auntie masih tak berapa familiar dengan blogspot ni. Nak kena kenal betul dulu. Masih lagi rasa macam teraba-raba. Pagi tadi Auntie dah buat entry untuk hari ni dah di postkan. Bila tengok, aikkk...awat dia keluar separuh je?...cis! buat penat dok ketuk key board je. Auntie harap, Auntie dapat cepat belajar.
Entry yg. lalu pun ada mistake kan? Harap maap ye.

****************************************

Semalam Auntie tak ke mana-mana pun. Memang kalau di ikutkan hati rasa nak pergi meronda-ronda, tapi bila hajat disampaikan pada Cik Din, dia kata duduk rumah je lah...tak padan ngan sakit....

Pepagi lagi kami dah bangun. Cik Din pi jogging lepas solat subuh. Kemudian dia akan terus ke pasar. Itu tugas wajib dia. List barang yang nak dibeli dah Auntie siapkan malam sebelumnya lagi. Dulu Cik Din langsung tak pandai ke pasar dia jadi driver je.Dia hantar dan jemput Auntie balik je.Kita le meredah orang ramai yang berhimpit-himpat kat dalam pasar tu. Dah le pasar tu lecak..bau busuk...tapi apa nak kata redah jugak . Itu pasar Pudu yang femesnya lebih kurang macam pasar Chow Kit. Memang, macam-macam ada. Siap duit je.

Pasar Pudu ni jugak terkenal dengan makanan 'exotic' nya. Ada katak, biawak, ular, kekura, lelabi....ba alip ba ya, toksah cakap le...itu dah kira tak exotic lagi
dah...Pasar ni sebenarnya pun macam dah di bahagi dua, satu bahagian untuk kaum Melayu/Islam, satu bahagian tu untuk depa tu le....Masa Auntie mula tinggal di kawasan ni Auntie tak tahu menahu, main redah masuk je...tersilap masuk tempat depa....rasa macam nak pengsan Auntie, sedar-sedar dah berdiri depan raga depa boh katak hak beso-beso...masih idup lagi tuh. Terketar-ketar Auntie beredar, sambil jeling jugak tu. Rupanya bila depa nak beli sipenjual tu main ketuk je kepala katak tu idup-idup, bila dah mati, mungkin belum mati kot...sebab dok gedik-gedik lagi, si penjual tu siat je kulit dia....isy....kejam sungguh. Itu le sekali peristiwa belaku. Auntie tak pi dah masuk ke tempat tu.

Selain dari tu, kat pasar Pudu ni orang suka pergi sebab barangnya murah. Sayur murah, udang murah, buah-buahan pun muraha.Lagi satu, orang lelaki memang rajin ronda kawasan Jalan Pasar sebab ada macam-macam barangan elektronik, spare part kereta, lampu dan berbagai. Orang jual ubat pun ramai gak dok temberang orang yang lalu lalang.

Kini, sejak Auntie sakit, tugas pergi pasar pun dah beralih tangan Auntie dah tak pergi lagi ke Pasar Pudu ni. Cik Din pun tak ke pasar ni...dia tak sanggup nak mengharung lautan orang ramai. Dia pergi ke Pasar Taman Maluri. Pasar Moden yang lebih selesa. Sekali sekala Auntie pun ikut jugak le. Tapi lebih baik tak ikut...kalau ikut lagi banyak duit habis....melebihi budgetnya.

Wednesday, April 20, 2005

Hari ni 20 April 2005.
25 tahun yang lalu, Auntie & Cik Din menjadi raja sehari.Maknanya hari ini dah 25 tahun kami berkahwin.Lama tu. Orang putih kata kalau dah 25 tahun ni sambut apa..silver jublee..ye ke?.

Ha, bagi mengingati kembali saat manis sebagai pengantin/raja sehari, baca le kisah ini.

Entry ini Auntie abadikan pada 20 April tahun lepas. Ada yang dah baca, tapi tak pe le...boleh baca sekali lagi.


"Siaran Ulangan...

Semalam jam 8.30 malam, 24 tahun yang lalu Cik Din dengan jayanya melafazkan akad nikah (setelah 3 kali, baru sah...hi...hi..).Maka sah le Auntie jadi isteri dia. Ingat lagi, Cik Din pakai baju Melayu putih sepasang, sampin songket warna merah hati bermotifkan bunga raya.Auntie pulak, dup, dap,dup dap, di dalam bilek menunggu.
Auntie pakai baju kurung Cekak Musang dari kain baldu kala merah hati juga berkain songket merah hati bermotif bunga raya.Bertudung putih.
Masa tu. kala paling popular untuk pengantin adalah merah hati.Kala pink atau ungu muda belum popular.


Bila kadi kata sah je, Auntie dengar doa di baca. Kejap tu, Cik Din dan segala pengiringnya masuk ke bilik, sarung cincin dan bersalam....tak de cium-cium dahi atau cium-cium pipi atau lain-lain tempat, awal-awal lagi dah berunding dengan Cik Din, tak payah buat cam tu depan sanak saudara handai tolan....malu!....itu semua boleh buat kemudian bila berdua-duaan...hi!...hi!....


Lepas tu ada acara makan malam pengantin. Malam tu pengantin lelaki tak dibenarkan tidur di rumah pengantin pompuan....sebab belum naik pelamin...(orang tua kata nanti tak de seri!).Lepas makan, pengantin lelaki balik ke tempat penginapannya.Majlis hanya di hadiri oleh saudara-mara terdekat dan juga jiran-jiran terdekat saja.

Malam tu ada acara masak-memasak sampai pagi.
Esoknya, baru ada kenduri-kendara jamuan untuk segala jemputan.Jamuan bermula jam 11.00 pagi, dimulakan dengan para petugas seperti tukang masak, tukang angkat hidang, para penyambut tetamu...dan para kaki sibuk dan tukang karut semua.
Bila kadhi kata sah je, Auntie dengar doa di baca. Kejap tu, Cik Din dan segala pengiringnya masuk ke bilik, sarung cincin dan bersalam....tak de cium-cium dahi atau cium-cium pipi atau lain-lain tempat, awal-awal lagi dah berunding dengan Cik Din, tak payah buat cam tu depan sanak saudara handai

Ada tiga buah khemah besar dihalaman rumah termasuk halaman rumah jiran.Tetamu datang berduyun-duyun...tua muda, besar kecil,Melayu,Cina, India dan Mat Saleh pun turut serta...yang ramai sedara-mara & kenkawan arwah ayah Auntie.Poket baju arwah ayah nampak gelembong....sarat dengan sampul surat.

Jam 4.00 petang acara bersanding....pengantin pakai songket sepasang sedondon...kala merah hati lagi....macam tak de kala lain...pelamin kala kuning diraja....nasib baik raja berdaulat tak di jemput sama, kalau tidak mungkin tak direstui....sebab guna kala dia. Ramai juga raja-raja yang hadir...Raja Hasiah, Raja Dollah, Tengku Khadijah, Puteri Aishah....termasuk juga Rajalinggam dan Rajaratnam guru sekolah kebangsaan Tamil kawan baik arwah ayah Auntie.


Kompang berbunyi pak, pong, pak pong....Auntie yang duduk atas pelamin...punya le maluuuu...terdengar berbagai usikan nakal dari para tetamu....yang merenjis dapat bunga telur special. Ada le dalam 1/2 jam dok macam patung atas pelamin.Naik kebas kaki tangan. Lepas sanding ada jamuan teh untuk pengantin. Ada berbagai kueh-mueh...pengantin dah tak lalu makan...sebab malu.....berpasang mata hanya focus kat pengantin.

Malamnya ada lagi majlis....majlis potong kek....kek tiga tingkat di sponser oleh kawan baik mak Auntie seorang pakar buat kek. Auntie pakai sepasang baju kebaya moden dari kain lace putih yang di beli di Singapura, tak de tudung atas kepala, ada mahkota lip,lap, lip, lap berserta veil putih jarang.Auntie juga pakai subang & kalung jade bertatahkan berlian...dipinjamkan oleh mak cik Auntie (pinjam pun, pinjam le, jadi pengantin tak leh cakap banyak, kena ikut turut je)....Ish...rasanya pada malam tu lawaaa sangat....rasa macam tuan puteri.....!!
Cik Din pakai sepasang sut hitam dengan 'bow' tanpa arrow!.Dia nampak handsome sungguh.Maklum dah jadi suami kita, sapa lagi nak puji dia kalau bukan bini sendiri.

Malam tadi dok geledah almari dan tengok semula baju kebaya kenangan silam itu.....dah tak muat dengan badan Auntie yang telah membesar berinci-inci over the past 24 years!!!!Baju tu masih elok...dibalut dengan plastik....namun kala putih dan nampak agak kekuningan.

Seminggu lepas tu, kenduri kendara sambut penganti di buat di Pekan Pahang. Ingatkan dah tak payah sanding lagi...rupanya ada juga pelamin. Pelamin kala merah juga...kan dah kata....kala popular masa itu.Dua hari lepas tu, pengantin balik KL dan start hidup bersama.Ada masa gaduh juga....bila malam baik semula.

Lepas 4 tahun, dapat anak pertama....4 tahun lagi dapat anak kedua.....4 tahun lagi dapat anak ketiga. Semua hero!!!handsome belaka adanya anak-anakku ini, kadang kala memeningkan kepala!

Kini dah 24 tahun...alhamdulillah...selamat mengharung laut dan samudra...masa gelap dan masa cerah...suka dan duka kongsi bersama.

Ya, Allah berkatilah hidup kami didunia dan juga di akhirat.

Sekian .....Siaran Ulangan."

p/s:.....pandai jugak Auntie ni rupanya.....mengopy & paste entry lama tuh...!

Tuesday, April 19, 2005

Mak....O.....Mak

Siapalah kita tanpa emak?....la ni dah ramai yang tak panggil mak lagi....mak ni kiranya fesyen lama...Auntie masih old fashion....anak-anak panggil Auntie mak. Kini ramai mak-mak yang lebih selesa dengan panggilan 'mama'....mungkin senang dan mudah untuk disebut. Dulu panggilan 'mama' hanya digunakan oleh mereka yang educated je....orang kampung tak guna mama....
Kini macam-macam panggilan untuk mak nih....ada mama, ada mummy, ada mommy, ada ibu...berbagai le. Semuanya ok...jangan panggil nama dah le...semuanya panggilan hormat...

Syukurlah pada yang masih ada mak termasuk Auntie nih. Mak Auntie dah nak masuk 78 tahun. Isy....kalaulah umur Auntie sepanjang umur dia......masih ada lebih kurang 28 tahun lagi tu untuk menungkat dunia nih....ee....sampai ke ???
Auntie sangat bersyukur kepda Allah yang memberi kesihatan yang baik kepada mak Auntie. Alhamdulillah, dia masih ingat semuanya...tidak nyanyuk....masih cerewet macam biasa....bab cerewet ni lah yang Auntie nak habaq mai......
Menjaga anak dan menjaga seorang mak memang ada bezanya.Menjaga hati seorang ibu, memang tersangat susahnya....tambahan ibu yang telah lanjut usianya, mencabar sungguh. Walaupun Auntie ni dah tua bangka, mak Auntie masih anggap Auntie nih macam anak dia yg. berumur 10 tahun. Kalau Auntie balik kampung dan tolong dia ke dapur, dia masih menegur cara Auntie potong bawang atau nak buat teh....dia masih ingatkan Auntie, gula 4 sudu, kalau buat teh...kalau masak nasi pulak dia akan ingatkan, airnya dua ruas jari...kenkadang naik boring kita dibuatnya. Kalau Auntie nak masak pulak dia akan tanya...hang tahu ke nak buat? Adoi...rasa letih le....

Mak Auntie juga sesangat le sensitifnya....jangan kita tersalah cakap, dia akan merajuk panjang...susah pulak nak pujuk. Apa kata dia kita ikut saja le...iakan saja. Dia jalan dah terbongkok-bongkok, dalam rumah pun pakai tongkat...tapi kerja rumah kalau boleh semua dia nak buat....dia nak siangkan ikan, dia yang nak masak nasi, dia juga nak masak kari....dia jugak nak sediakan b/fast. Time dia nak ambil duit pencennya....dia juga yang nak pergi kebank....sampai pegawai bank dah panggil adik Auntie tanya apasal biarkan mak yang dah tua ambil sendiri....habis camno?...dia tak nak orang lain ambilkan....yang benonya, dia takut kami tahu banyak mana duit dia dalam bank tuh....!(dia memang banyak duit pun)

Dulu, Auntie pernah ambil dia duduk dengan Auntie...adale 4 bulan...mati kutu dia duduk kat KL nih...Auntie tak bagi dia buat apa-apa...suruh dia relax je. Sebelum ke ofis Auntie dah masak untuk dia, tinggal dia nak cedok ke pinggan je.Auntie nak dia berehat....nak dia ada banyak masa untuk beribadat...ngaji ke, sembahyang sunat ke, membaca ke....relax-relax tengok TV....sayangnya dia tak boleh nak suaikan dirinya cara begitu.....lepas 4 bulan dia dah meragam, dia dah nak balik rumah dia....Dia kata habis kebas badan dia sebab tak buat apa-apa....Puas le kami pujuk...akhirnya tewas dengan kehendaknya....kami hantar balik kerumah dia....happy sangat dia. Di rumah Auntie, mungkin dia rasa kekok nak buat sesuka hatinya...di rumahnya sendiri, dia control habis.
La ni, dia duduk dengan adik Auntie Cik Chah. Cik Chah beranak dua.
Cik Chah le yang kini pening kepala dengan kerenah dia....apa nak buat...sabo je le......nak dapat pahala bukan senang. Sapa yang ada mak yang dah lanjut usia tentu faham dengan kerenah orang tua.

Semoga Allah terus panjangkan umurnya sihatkan tubuh badannya.Kasih ibu hingga ke syurga.
Tiada dia, tiada lah kita.

Harapnya...Auntie tak secerewat mak Auntie....mau lari anak-anak Auntie nanti...

Monday, April 18, 2005

Hero Tamil

Ini adalah posting yang ke 2. Terima kasih kepada yang beri komen. Auntie minta maaf le sebab susah jugak nak masuk kesini. Auntie sendiri pun susah nak masuk...cis! ada ke patut tuan rumah nak masuk rumah sendiri pun susah...nasib baik ada kunci spare.....Auntie masih lagi terhegeh-hegeh dengan blogspot ni, masih takut-takut lagi......memang ada cacat disana sini...tak pe le kot.....makcik cam tu le.... tengah belajar, belajar pulak tanpa guru, main pandai-pandai sendiri,..belasah saja, jadi macam ni lah.

*****************************************************

Dengan sukacitanya Auntie nak hebahkan yang Auntie telah pun dapat surat pertukaran.....yey....yey....!!! .....akan berkuatkuasa pada 1 Mei...surat tu kata....Tentulah akan mula bertugas ditempat baru pada 3 Mei. 1 Mei kita cutikan.....2 Mei hari Ahad pulak....
Tak tahu bila nak ke Putrajaya tu, bahagian yang Auntie nak pergi ni masih belum lagi berangkat kesana....Auntie cuma akan naik berpindah ke tingkat 1...insyaallah dalam sedikit masa akan ke Putrajaya.

*****************************************************

Hari ni Auntie datang ke ofis dengan semangat yang berkobar-kobar. Dah plan macam-macam dari rumah. Nak kemas barang-barang...buku-buku, nota-nota, file-file....nak tengok pulak apa-apa tugas yang perlu dibereskan, nak copy segala tugas masukkan dalam disket...yang penting saja lah sebelum pindah ni. Ada beberapa hari lagi. Satu lagi nak karangkan ucapan perpisahan.
Ucapan ni kena ringkas, padat dan pedassss! Susah jugak nak pendekkan cerita...Auntie dah bertugas kat bahagian ni selama 23 tahun......mak datuk lama sungguh tu....susah jugak nak buat ucapan ni....tapi yang pastinya Auntie akan buat pantun....so sapa-sapa ada pantun boleh tolong bagi...tak payah Auntie pening kepala nak pikirkan. Yang Auntie ada pantun 'pisang emas' dengan 'kalau ada jarum patah' je...hi!..hi!

Pagi tadi, dengan bersemangat Auntie bangun. Capai tepung, capai bilis, telur, bawang besar, cili merah.....campur semua dalam mangkuk....goreng , maka jadi le jemput-jemput untuk b/fast.
Jemput-jemput ni memang le sedap dimakan, tapi nak membuatnya...aduhai....letih..bila goreng tak boleh nak kemana, kena tunggu sampai masak...leka sikit dia jadi hitam....nasib baik le sikit je, tiga kali goreng selesai. Cukup le untuk kami 3 beranak makan. Auntie bawak bekal ke ofis......nak sep duit sikit.....air pun bawak jugak...

Dah selesai bab masak, baru lah pi mandi and solat pulak. Kain yang dimesin dah selesai, tapi belum sidai lagi. Cik Din baru turun. Auntie minta dia sidaikan kain sementara Auntie solat. Bila selesai solat, Auntie tengok Cik Din tengah dok makan jemput tuh....kain dia dah sidai. Auntie naik ke bilik pakai baju. Tengok jam macam dah agak lewat...jadi tak boleh le nak belek muka lebih-lebih....terus capai tudung, capai h/beg...turun saj a ke bawah. Cari pulak anak tudung kat penyidai (penyidai kat dalam rumah) lo....sakittt mata tengok cara Cik Din sidai kain...sempat lagi betulkan semula yang herot-petot tu....tu yang malas nak suruh tu....!

Cik Din dah siap tunggu dalam kereta....kalau lambat kang kena marah pulak aku nih....so, tak buang masa terus je keluar rumah, masuk kereta.Hari masih samar-samar.....Auntie capai le bedak & lipstick....tadi tak sempat...berbedak le dalam kesamaran....dah selesai lebih kurang....nak pakai tudung pulak, anak tudang dah ada atas kepala. Alahai! mana pulak tudung nih...intai sana, intiai sini, jenguk bawah kerusi...tak de...ah...sudah!....mana pulak tudung nih, rasa tadi dah bawak......hemmmm...sah le tudung tak naik kereta! Cik Din kata, ' sorry le, I takmo patah balik dah.....'...habiss camno nih?...relex, relax....kalau Auntie ni masih geperen dia, sahih dia akan balik semula....sayangnya Auntie dah jadi bini dia selama 25 tahun...terpaksa le terima hakikatnya...sabo je le...Auntie pun tak cakap banyak dah memang salah sendiri apa nak buatkan?...Auntie cuma berdoa hendaknya ada le kenkawan yang ada spare tudung kat ofis...atau worst come to worst, Auntie akan ajak sesapa le balik rumah kejap ambil tudung.

Malas le nak gaduh dengan hero Tamil sekor tuh!!

Masa nak turun, lepas salam, Cik Din kata..'ok apa kalau pakai anak tudung saja!!!....bayangkan le kalau Auntie pakai anak tudung saja....tentu le orang naik hairan...apahal pulak makcik nih?...buang tabiat kot?

Turun kereta, Auntie tak toleh kiri kanan dah....nasib baik le kat g/floor je...tak le ketara sangat...orang pun tak ramai lagi maklum belum pukul 7 pun...
Alhamdulillah, masuk je ofis, ada pulak kawan yang ada extra tudung...tapi kedut-kedut le sikit....tak kisah le....janji kain tudung....sesuai pulak kalanya dengan baju yang dipakai.

Hemmm....nampaknya, start hari ni, kena spare le sehelai tudung kat ofis......malang tak berbau!

Friday, April 15, 2005

Hijrah....

Dah lama Auntie berangan nak beralih angin. Jurnal yang berwarna biru, sejuk mata memandang tu dah berusia lebih kurang 3 tahun. Sayang jugak nak tinggalkan dia. Bukan senang nak create template tu....bagi Auntie yang tak pandai IT ni....kiranya macam satu kejayaan peribadi yang sungguh bermakna apabila jurnal tu menjadi kenyataan dan bertahan sampai kini.

Selalu kita diingatkan untuk berhijrah...ya, kini Auntie menyambut seruan itu....susah payah jugak Auntie nak pindah ke blogspot. Ramai yang kata blogspot lagi mudah. Bagi yang pandai IT, memang le pejam mata pun dah menjadi....
Dah beberapa kali Auntie cuba, Auntie try.....tak menjadi....usernama tak betul le, password tak betul le......isy, boring betul le...sehari dua Auntie mencuba tak jadi, lepas tu Auntie lupakan saja...pas tu try lagi....hari ni cuba lagi...eh...macam dah jadi pulak...ooo...sudah pandai rupanya Auntie nih......;-)

So, untuk entry blogspot yang pertama ni...kita tak payah cerita apa-apa lah ye....esok-esok Auntie buka cerita.

La..la..la...la..li...lu.....