Wednesday, August 20, 2008

Learning English.

Entry lepas Auntie cerita serba sikit pasal cikgu yang ngajar masa kursus BI...kalau nak di ikutkan banyak lagi nak cerita pasal dia...tapi kenangkan takut jadi termengumpat lak...so, tak pe takat itu saja cerita pasal dia.

-----------------------

Di bawah ini adalah di antara dialog-dialog/ayat-ayat yang di ucapkan semasa latihan dalam kelas BI tu.....ada jugak yang Auntie dengar somewhere, cuba hayati.

i) I going to office on the car...

ii) I work here 2000 years old.....

iii) Yesterday I cook village chicken.....

iv) my wife darling me.....

v) I supervise my bos...(keh!keh!...dia pulak yg. supervise bos dia)

vi) I eat my friend in the cafe

.....dan semalam sekali lagi tatkala sedang menonton Ezora, sub-tittlenya tertera...."don't talk in circle"!!! Adui!!

Tuesday, August 19, 2008

Pasal Kursus lagi daa..

Lama tak update. Malas!!

--------------------------------

Kursus Bahasa Inggeris dah berlalu hampir 2 minggu. Kalau nak di ikutkan belajar bahasa ni mau makan masa berbulan untuk fasih. Yang Auntie hadir kursus ni adalah untuk mencukupkan qota kursus. Tapi, ok jugak kan?...Kursus ni sebenarnya untuk peserta yang memang langsung tak pandai berbahasa Inggeris. Lebih kepada mereka yang bekerja di frontdesk.

Mulanya bos Auntie tergelak bila Auntie bagi tau Auntie nak pergi kursus tu. " Buat apa you nak pergi...tu untuk mereka yang tak tahu BI"....." tak pe lah...sekarang I tengah free, lagi pun cuma 3 hari saja" kata Auntie. Dia kata OK.

He!...he! hari pertama introduction diri memasing....adui! sakit perut menahan supaya tak tergelak....rupanya ramai bebudak ofis ni bukan saja depa tak boleh bercakap Inggeris, membaca pun kereng....depa main baca ikut bunyi macam baca Bahasa Melayu...sungguh le menggelikan hati.Tapi tak pe le...bebudak ni semuanya bersemangat nak belajar. Lepas 3 hari selesai le kursusnya dan dapat lah sijilnya. :-).

Penceramahnya sorang saja. Dari pagi sampai petang tengok muka dia (boring yang amat).
Cara dia ajar, bagi Auntie...ok ok sajalah. TAPI, dia ni rupanya jenis yang perkauman...yang membuatkan Auntie rasa resah...tak tahu le bebudak tu faham ke tidak..rasanya depa faham juga, sebab dia ni kejap cakap Melayu kejap cakap omputih.

Dia ni keturunan Pakistan* tapi dia kata bukan, dia mengaku dia keturunan Partan...keturunan Jenghis* Khan*, keturunan dia tiada yang berkulit gelap, semua putih bersih lawa dan segak, hidung mancung, mata berbagai warna...dia saja tak hensem (dia mengaku). Orang Melayu tak lawa katanya, dia tak suka orang yang berkulit gelap....dan "I hate Benggali* Singh* " Laaaaa...apa kes le dia ni. Nasib baik le dalam kumpulan kami tu tak de India atau pun Benggali* yang ada , selain Melayu , sorang Cina Sabah dan sorang Siam Kedah.

Yang nak tergelak tu, nota yang dia bagi kat kami langsung tak de suasana Malaysia. Contoh nama, tak de pun nama Ahmad ke, Guna ke, Chong Wei ke,....yang ada semua nama kaum kerabat dia yang pada Auntie agak melucukan, contohnya Oma*r S*wati, Baybar A*li, A*khbar K*han, Siti Marbala, Hasena, Banazer. Kalau nama tempat pulak, Kabul, Kandahar, Lahore dan seangkatan dengannya. Yang nak tergelak tu, satu ditanya berjela-jela dijawabnya habis segala sejarah Khub*lai Khan pun timbul....Aduh!

Di penghujung kursus tu, pandai pulak dia merayu kat kami supaya bagi kat dia komen yang membina, kalau tidak susah dia nak cari makan...he!...he!...tau pun takut.

----------------------------------------

Cerita minggu lepas.

Hari Isnin datang ofis macam biasa. Tah kenapa lutut kiri buat hal.Sakit pulak.
Auntie ambil cuti saja dari hari Selasa sampai Jumaat, rehat kat rumah.Best pulak dok kat rumah, apa lagi ada Sukan Olimpik....tak gerak le makcik dari depan TV tu...he!...he!

Ni dah start keje semula. Tak sibuk mana, ramai yang ka MAHA bertugas. Sapa belum pergi lagi boleh le pergi...dah dekat nak habis dah kang nyesal.

Tuesday, August 05, 2008

Kursus Practical English.

Hari ni Auntie kena menghadiri kursus. Tahun ni, memang satu kursus pun Auntie tak pergi. Nak diikutkan dalam satu tahun setiap pegawai gomen ni wajib mengahdiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari, lebih tak pe.

Memang sejak dari dulu lagi, Auntie malas betul nak berkursus ni. Bukan apa boring yang amat dok dalam kelas dan fokus kat penceramah...ramai yang memboringkan tersengguk-sengguk kami yang terpaksa dengar apa yang dia ceramahkan. Ada tu langsung tak de skill sebagai penceramah...main baca nota je atau dok pasang slide...oooo boring sungguh. Itu dulu...jaman 8o an, 90 an. Masuk tahun 2000, ramai penceramah dipanggil dari syarikat-syarikat yang offer service berbagai topik kursus eg. pengurusan dan motivasi.

Bagi Auntie yang dah esok lusa saja nak pencen, lebih suka kursus-kursus yang bukan berkaitan dengan tugas...he!..he!....(errr...tugas2 sumua dah terrer!!)

Ha, hari ni Auntie nak pergi kursus yang bertajuk " Practical English For Frontliner"...walaupun Auntie ni bukanlah bertugas di frontdesk atau seangkatan dengan nya... he!...he! saja nak tengok apa yang yang depa ajar...yang penting, dapat le 3 hari kursus. Kena cari 4 hari lagi untuk cukupkan 7 hari.

Wokeh, Auntie nak pergi dah ni, kursus start pukul 8.00 pagi...Tempatnya kat bangunan sebelah je.

Pssstttt....makan minum disediakan ......tu yang bestnya!!!!

Friday, August 01, 2008

Sub-Tittle

Dah 1 haribulan Ogos rupanya hari ini. Pepagi lagi Auntie dah wish Happybirtday pada adik Auntie yang telah mencapai usia 50 tahun. Alhamdulillah!.....ada orang tak sempat nak sampai usia 40, dah di jemput Allah. Sama-sama kita doakan agar usia kita dilanjutkanNYA. Amin

Auntie baru saja balik dari Dewan ni. Ada ceramah sempena Israk & Mikraj. Seorang Ustaz dari Pejabat Agama di jemput untuk bagi ceramah berkenaan. Ceramah ini adalah dalam program Penerapan Nilai-Nilai Islam yang diadakan sebulan sekali.
Sedikit sebanyak ceramah yang diberikan itu dapatlah juga memberi keinsafan dihati Auntie ni. Hati pun sebenarnya memerlukan 'baja' barulah dia akan subur..sekali dengar ceramah, sekali rasa insaf...dah lama tak dengar, balik semula tak sedar diri Auntie ni...(Ya Allah ampunkanlah dosa aku ni!)

---------------------------

Ni cerita lain pulak.

Auntie ni kan , sejak sakit lutut dan sejak lepas operation dulu lebih banyak berehat dan buat kerja-kerja ringan saja kat rumah.( kerja rumah yang berat??...mungkin: mengemop lantai, menyuci kipas angin--yg tergantung kat siling tu.membasuh bilik air menyental toilet dll.) So, kerja Auntie masak, yang senang-senang, sidai baju, gosok baju, lipat baju...menyapu rumah...cuci pinggan mangkok. Semua ni kerja ringan sajakan?...yang mana boleh di buat sambil duduk, Auntie duduk lah.

Sambil lipat baju atau gosok baju, sambil lah nonton TV. Masa MC lama dulu, puas le Auntie menjegilkan mata kat TV tu...sampai...kalau TV tu boleh bercakap, mungkin dia akan kata" makcik tak penat ke tengok TV nih?? Tapikan, kalau tak tengok TV, sure Auntie tidolah pulak kan??...At least, tengok TV lebih baik dari tido lah kan? Tengok le program yang memberi manafaat, jangan asyik tengok hiburan je....

Antara yang Auntie suka nonton, tentulah drama-dram ni...berbagai slot le pulak, Akasia lah, cerekarama lah, cinetron lah berbagai. Sekarang ni pulak, drama-drama Indon ni punyalah banyak. Buka satu Channel, Indo, bukak lagi Indo...RTM* TV3#, ASTRO* ...sama saja. Patut le maid-maid Indon makin malas nak buat kerja!.Pagi pun ada cerita Indon ni, ibu-ibu pergi kantor, bibik-bibiknya nonton cinetron.

Tadi, masa sessi soal-jawap lepas ceramah, adalah sorang hamba Allah bertanya Ustaz minta pandangan Ustaz tentang program TV...katanya terutama TV3#. Kadang-kadang, Auntie pun heran le apasal le orang suka tanya macam tu...tak payah tanya Ustaz le kalau itu bentuk soalannya. Auntie pun boleh jawap.
Jawapan Ustaz...(macam jawapan Auntie rupanya)...."TV ni sekarang, bukannya ada satu channel saja....berchannel-channel..tepuk dada, tanyalah selera nak tengok yang mana? kalau rasa tak suka tengok hiburan, ubah saja channel lain...tak pun onkan saja channel CNN tuh...habis cerita" keh!..keh! pandai Ustaz nih.

Laa...Auntie ni sebenarnya nak cerita benda lain, dah merapu ke lain pulak.

Ok....

Auntie ni, bila tengok drama tu Auntie suka jugak tengok sub-tittlenya. Kalau cerita Melayu, tentulah sub-tittlenya bahasa Inggeris kan. So, satu petang , sambil nonton sambil minum...nak tersedak Auntie dengan alih bahasanya:

i) "....oh!....please don't talk in circle..."

ii) "em.... don't worry...just us two".

Apalah gamaknya dalam bahasa Melayunya cuba teka...... :-) :-)