Wednesday, December 30, 2009

Erti penat...


Salam semua,


Insyaallah, esok adalah hari terakhir bagi tahun 2009. Tirainya akan dilabuhkan dan tahun 2010 akan menjelma. Syukur pada Allah kita semua masih menghirup udaraNya dan usia kita akan terus bertambah. Yang pergi takkan kembali, hidup mesti diteruskan.

Kita dah siap sedia ke???
Tak seperti tahun-tahun yang berlalu, Auntie dah tak payah nak sibuk-sibuk bersama ibubapa yang lain ke sekolah...anak-anak semua dah tamat sekolah dah...Jim dah selesai SPMnya. En. Amir relax-relax sambil meninjau-ninjau peluang pekerjaan. Anja pulak sibuk dengan kerjayanya. Auntie dan Cik Din pulak menghitung hari untuk bersara.
Semalam, adalah hari pertama Jim mula bekerja. Dia begitu teruja bila mendapat panggilan untuk memulakan kerja. Auntie memang memberi galakan. Biarlah dia berdikari, biar dia tahu bukan senang nak jadi senang, dan bukan mudah untuk menyara kehidupan.
Di sinilah Jim mula bekerja semalam.
Kelakarlah jugak rasanya. Balik kerja semalam, Auntie dan Cik Din terus mengintai dia kat Store tu....he!...he!...kesian le pulak tengok dia terbongkok-bongkok menyusun barang kat shelf. Dia tak nampak kami pun... :-)
Dalam pukul 6, dia habis kerja, sampai rumah, nampak benar dia keletihan....he!...he!...baru dia tahu...apa ertinya penat bekerja...


Monday, December 21, 2009

Akiqah ke Nikah??

Salam semua....salam 1 Malaysia!

Cuaca masih lagi tidak menentu. Tiga hari cuti hujung minggu dihabiskan dengan sidai kain, angkat kain. Bila yang disidai dah kering, ganti pulak dengan yang baru dibasuh. Pagi macam nak panas sampai petang, tapi hujang turun di tengahari membawa ke malam.

Asyik angkat kain sidai kain, boring jugak. Itu aktiviti hari Jumaat. Hari Sabtu pulak Auntie luangkan masa untuk memenuhi undangan. Dua majlis perkahwinan, satu majlis Aqiqah (yg. dah macam majlis Akad nikah...)

Majlis perkahwinan di Taman Lestari, Sri Kembangan. He!...he!....walau pun tak jauh mana dari BBB...sesat barat jugaklah mentara nak jumpa rumah pengantin. Sabo jelah...bapak penganti draw map ke rumah dia macam semua orang dah tahu.

Selesai bersantap, terus pulak berkejar ke Pinggiran Putera, jemputan P-Nut pulak. Yang ni kira tak lah penin...Mak P-Nut draw map ngalahkan pelukis pelan.
(....pppsssttt...eleh, kalau area Putrajaya, no hal lah kan....tempat Auntie dok pi mai, pi mai hari-hari.. :-)

Dari jauh kami dah nampak berderet kereta. "Ni kenduri kawin ke?" tanya Cik Din. " Ntah le...katanya, Aqiqah.....tak kan le menikah?...Najmi belum baligh....Tokey yg. menikah???

oooopppsss ya ampun...!

Anyway, tuan-tuan dan puan-puan sekalian., memang ramai tetamunya. Kat depan sekali kambing ke, kibas ke yang sedang dikipas. Juadah berbagai. Nasi dengan lauk pauk, bubur kacang, kueh-kueh, juling mata Auntie. Sayangnya perut dan separuh penuh.
Dalam ramai-ramai tu, Auntie ternampak kelibat wanita jelita....rasa macam Zar, tapi, Aduh! malu pulak nak tegur, kang silap orang pulak. Setelah diconfirmkan dengan P-Nut, memang si jelita itu adalah Zar... lain kali Kak janji akan tegur, ok.

Perut dah kenyang, hujan renyai-renyai, Auntie dan Cik Din minta diri. Ingat nak ke satu lagi majlis, tapi, dah tak sanggup dah...terus je balik rumah...letih rasa badan. Letih makan!!!

Thursday, December 17, 2009

Total Knee Replacement.

Ingatkan musim hujan dah beransur pergi, rupanya tidak weh!


Petang semalam semasa nak bersolat Asar, hujan dah lebat diikuti dengan dentuman guruh kilat macam orang nak berperang. Dengan berdindingkan cermin kami nampak jelas kilat sambung menyabung...seram jugak rasanya.


Selesai solat, Auntie bersiap-siap untuk balik. Selesailah tugas kat ofis. Sebaik sampai di lobi, Cik Din pun sampai. Terus kami tuju ke Hospital Putrajaya untuk melawat adik ipar Auntie (adik Cik Din) yang baru saja menjalani pembedahan lutut pada hari Isnin lalu. Kes dia ni, macam kes Auntie jugak. Dia dah nampak ok berbanding hari sebelumnya. Dah kurang sakit katanya.


Suami dia Cik Gu Mat dah balik ke KL (Pahang) Insyaallah esok dia akan datang semula. Rozie ditemani oleh anak gadisnya, Dida, yang sedang bercuti. Untung dia ada anak pompuan. Masa Auntie menjalani pembedahan dulu....takde yang tunggu... :-( Tapi, memang Auntie langsung tak rasa sunyi, maklum orang macam Auntie yang suka bercakap sentiasa ada saja teman.

Nurse ada, doktor ada, pesakit pun ramai, ha semua jadi kawan.



Sebaik saja Auntie masuk ke wad Rozie, seorang nurse manis menegor Auntie "eh rasa macam pernah tengok?"....apalak tak pernah tengoknya, dialah yang dok merawat Auntie masa Auntie di wad dulu....melihatkan Rozie terlantar begitu, teringat pulak masa Auntie sakit dulu, cuma Auntie bersaorangan dalam bilik.


Hari Jumaat lepas, Auntie ada appoinment. Buat x-ray lutut dalam berbagai pose...depa nak tengok keadaan besi yang 'diimplant' dulu, alhamdulillah semua ok. Bila tengok x-ray lutut kiri....ha...ha....doktor sudah bagitahu....yang tu pun kena buat implant juga....bila nak buat tu??...

....ada berani??...Auntie cakap dengan doktor, "nantilah.....sekarang rasa ok saja...kalau dah sakit nanti...saya sedialah...."


Mai kita tengok gambo pembedahan tu.... isyyy serammmmm kannnnn!












































Kalau tengokkan gambo-gambo ni, memang tak sanggup rasanya nak melaluinya lagi...pembedahan memakan masa selama 6 jam! dalam keadaan sedar.

Tuesday, December 08, 2009

Balik Kampung

Minggu lepas Auntie bercuti 4 hari. Cuma kerja pada hari Isnin. Dah lama cuti, rasa amat liat nak ke ofis apa lagi ujung-ujung tahun ni, ramai yang bercuti. Ofis pun lenggang je.

Auntie balik kampung.......seorang diri dengan menaikki bas. Hemmm...lama sungguh tak travel sorang diri naik bas ni, adalah hampir 10 tahun. Rasa excited jugak nak naik bas ni, ngalahkan pertama kali nak naik k/terbang! Jaman sekarang ni dah banyak yang mudah. Beli tiket tak payah lagi ke counter tiket, beli je kat station minyak Petrona* pada tarikh berangkat, pergilah ke stesyen bas. Bas Auntie beroperasi dari Jalan Duta.

Macam biasalah......jarang sangat orang kita ni menepati masa...sebab tu selalu rugi. Sepatutnya bergerak jam 9.00 pagi, time tu, bas baru terhegeh-hegeh sampai ntah dari mana. Basnya...aduiiii!....uzur beno gayanya, kotor pulak tu, tahi burung bertempek kat badan dia, kalau habuk ni toksah cakap le...gamaknya dah sebulan tak mandi bas tu.
Penumpang pun semua nampak happy bila bas sampai. walau pun bas buruk.Masing-masing sibuk menyimpan beg di perut bas, sambil tunggu pintu bas dibuka. Alih-alih beberapa orang mekanik sibuk pulak membuka enjin bas dan mengetuk sana sini, sambung wayar tu, wayar ni....
kalau lagu ni, bila pulak nak bergerak?? Auntie pun pergi tanya...katanya ada sedikit kerosakan pada sistem aircond....(aircond tak sejuk) adalah dalam 1/2 jam dok merepairnya.
Kami pun naiklah...nasib baiklah kondisi dalam bas tidak seteruk diluar. Bersih, kerusi pun kira ok. ....so, betullah kata orang putih, don't judge a book by it's cover...he!...he!

Driver pun ok, bawak bas dengan cermat, tak laju, dan tak perlahan sangat...nyaman saja.

Boleh dikatakan, hampir separuh bas di penuhi dengan orang Cina dan Thai (Thai Malaysia). Partner Auntie seorang pesara guru berbangsa Thai yang akan turun di Baling Kedah. He!..he!...dia ni ramah tamah orangnya, apalagi, kami bersembang berbagai isu, sedar-sedar dah sampai Ipoh. Ntah lorong mana driver ni bawak kami. Yang Auntie perasan macam kawasan perindustrian. Ada banyak kilang. Oh...betullah, Tasek nama tempat ni. Rupanya, driver ni, pi sambung repair aircond tadi..... Laaaaaaa! Ada lah dalam 1/2 jam lagi kot. Nasib baiklah Auntie dapat kawan Makcik Siam ni...tak habis-habis dia pot-pet. :-)

Akhirnya Auntie sampai ke destinasi jam 3 ptg. (sepatutnya pukul 12.30-1.00) He!...he!...best jugak naik bas ni rupanya!

Apasal pulak Auntie naik bas sensorang?? Oh... Auntie bukan merajuk atau membawa diri...tidak!...Auntie balik kampung kerana ada majlis kawin anak buah (anak adik) Cik Din tak dapat ikut sama sebab Jim sedang bergelut dengan SPM.... tak kan nak tinggal dia sensorang kat rumah. Anja pulak memanjang balik malam. Tulah sebabnya. :-)

Sekali sekala bersaorangan rasa seronok jugak...macam boleh kembangkan sayap he!...he!

Majlis kenduri esoknya. Berjalan lancar dan meriah sekali.Jemputan bukan main ramai lagi. Yang tak dijemput pun ramai jugak yang datang, rezeki tu......hingga jam 2.30 petang segala lauk pauk habis licin tak de belen langsung. Alhamdulillah!!