Menakutkan!!!!
Sejak kebelakangan ini, memang Auntie rasa tak berapa selesa. Dah lama jugak berangan nak buat sesuatu. Tapi, alahai! memang susah betul nak start. Hari ni kata nak mula esok, bila esok tiba, dah esok pulak, lama-lama tak mula-mulakan juga. ...hemmmm...
Kat ofis Auntie ni, rupa-rupanya, puak-puak yang kat bahagian depan tu dah pun mulakan. Yang budak lelaki sorang baru masuk tu pun tak ketinggalan. Auntie macam biasa tak de geng...so, tak berapa tahu aktiviti depa ni kalau depa tak heboh...kalau macam tu eloklah Auntie mulakan jugak. He!...he!
Semua info dah Auntie dapat dari internet, malah Auntie jugak dah pun jumpa dengan orang-orang yang pakar dalam bidang ni. Dah tanya itu ini, tapi , nak nego harga, macam susah sikit.
Dua malam sudah, Auntie macam nekad nak mulakannya....ha, esoknya tak jadi jugak...minggu depan lah kot Auntie mulakan. Tak boleh tunggu lama-lama...kang geng yang dah mulakan dah nampak kesannya, yang Auntie masih takok tu jugak....menakutkan!!!
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Friday, March 27, 2009
Monday, March 23, 2009
Hari Jadi

Salam semua,
Alhamdulillah, dipanjangkan Allah usia Auntie. Hari Sabtu lalu usia Auntie dah masuk 54 tahun...dah tua tuuuu...pendek kata lebih tua daripada usia kemerdekaan negara kita.Syukurlah dah sampai tahap tu...ada orang tak sampai 40 dah dipanggil Illahi....
Sambutan???...macam biasa, tak de apa-apa sambutan pun, cuma tahun ni, tah apa mimpinya, Auntie terima hadiah daripada Jim....2 ekor ikan dolphin yang dibuat dari kaca. Pepagi lagi dia dah bagi. Yang dua orang lagi tu cuma tanya je..." eh?...hari ni, hari jadi mak kan?..."
Kebetulan pada hari Sabtu tu Auntie nak pergi makan kenduri. Ada 2 majlis. Satu dekat rumah, satu lagi di Brickfield.Pepagi lagi Auntie masak nasi tomato , ayam masak merah dan juga kari perut, untuk 3 taruna yang akan ditinggalkan.Baru senang hati nak gi kenduri.
Amboi! cuaca panas yang amat....apa lagi bila masuk ke Brickfield yang bukan main sesak jalannya. Dah lama tak ke sana...isyyy..macam kat India le pulak....semua kaum dia saja. Kat jalan macam tak ada undang-undang. Selesai makan je terus balik....tak tahan panas weh!
Friday, March 20, 2009
Pecah Amanah
Salam semua,
Semalam Auntie cuti. Cik Din pun cuti jugak. En. Amir pun cuti (semester break), Jim pun cuti.
Tujuan utamanya nak buka akaun Jim dan nak tukarkan akaun Tabung Haji dia kepada nama dia.
Akaun TH tu dah lama dibuat. Masa tu dia belum ada IC. Dari hari ke hari Auntie janji dengan dia nak tukar kepada namanya, tapi, tak ada masa. Kebetulan dia pun cuti sekolah, kami ambil kesempatan sekali gus buka pulak akaun Bank Islam* yang ada bercolaberasi dengan TH tu. Senang. Ada kadnya sekali.
Soalan pertama Jim ialah " mak...apasal duitnya tak banyak pun???....isehmen anakku....mak mu ini selalu "short"....tu sebab duitnya kejap macam banyak...kejap tinggal sikit...ada faham?...
He!...he!...sekarang Jim tak perlu risau lagi, akaun tu dah nama Jim sorang, mak dah tak boleh nak kongsi lagi duitnya itu.
Auntie berharap dapat menggantikan semula duit dia yang telah Auntie lesapkan itu dalam masa terdekat ini.
Kalau macam tu Auntie ni boleh di chargekan pecah amanah ke??? Tak kot....kan ke duit Auntie jugak tu....errr...

Tuesday, March 17, 2009
Kad undangan
Auntie baru terima kad undangan majlis perkahwinan. Kawan Auntie nak kawinkan anaknya.
Zaman sekarang, kad undangan ni canggeh manggeh, lawa-lawa semua designnya. Tentu sekali harganya juga mahal. Macam-macam rupa dan bentuk. Ada photo pengantin. Ada jugak yang bubuh photo pengantin semasa kanak-kanak. Ada satu yang Auntie terima, bukan saja photo pengantin, photo mak bapak pengantin pun ada jugak(tumpang glamer gayanya).
Yang Auntie terima baru ni ialah daripada pasangan pengantin yang berjawatan doktor. Mana Auntie tahu???...eh?...apa pulak tak tahunya sebab kat nama pengantin di nyatakan :
.........ke Majlis Perkahwinan putera kami yang di kasehi
Dr. polan bin polan
dengan
Dr. polan bt polan
...errr....perlu ke dinyatakan jawatan pengantin tu???

Monday, March 16, 2009
Cicit pertama
Sabtu lepas Auntie melapangkan masa balik kampung menjengok mak. Dah agak lama juga tak balik. Last balik hari raya dulu. Lama kan?...kalau ikutkan hati, tiap-tiap minggu nak balik jumpa mak, tapi apakan daya ada berbagai-bagai alasan le pulak.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam kalau tak berhenti. Tapi kalau orang lain yang memandu mungkin lebih cepat. Cik Din memang pemandu berhemah, dia betul-betul ikut apa yang tertulis di sign board tepi jalan tu. Kalau kata 110km/hr, maka 110km/hr lah dia bawak. Kalau dia nampak ada kereta dari arah bertentangan bagi 'flash' je...dia pun cepat-cepat slow down...takut ada polis buat sekatan.... :-)
Pagi tu kami bertiga saja. Anja & En. Amir tak ikut. Anja kena ke ofis, En. Amir pulak kata dia ada sikit kerja nak buat. Jim pun kalau ikutkan dia, dia pun takmo ikut jugak. Gitulah anak-anak bila dah besar panjang susah beno nak ikut kita, ada saja alasannya.
Balik kali ni, dapatlah Auntie memenuhi undangan perkahwinan anak sedara sepupu Auntie. (pengantin pompuan) Dua majlis adik beradik dia Auntie tak dapat balik. Macam biasalah perjalanan lebuh raya utara-selatan ni memang meriah dengan kereta apa lagi masa tu cuti sekolah baru bermula. Kami cuma berhenti untuk ketandas saja. Menyimpan ruang perut untuk makan kenduri nanti. Sampai ke rumah pengantin ngam-ngam pukul 1.30 tgh. time kemuncak orang tengah membalun hidangan. Kami pun terus saja masuk barisan untuk ambil makanan.
Kat kampung ni, jauh beno bezanya. Makanannya memang sedap, tak macam kat KL...lebih kurang saja rasanya dari satu kenduri ke satu kenduri. Antara menu yang dihidangkan adalah nasi minyak/nasi putih, kari daging, daging masak hitam, rendang daging, ayam goreng kunyit, daging bakar dan air asam, kerabu perut campur taugeh. Satay pun ada. Perut tengah lapar, apa lagi Auntie terus saja belasah.... he!...he!...
Dah kenyang, barulah Auntie pergi jumpa sedara mara yang begitu ramai yang datang. Tak ketinggalan juga kawan sekolah rendah dulu. Dalam sibuk-sibuk mengenangkan kisah silam zaman sekolah tu, datang le pulak sepasang suami isteri menyapa Auntie...macam pernah ku lihat, tapi dimana ya??? puas Auntie cuba recalled....akhirnya...ya, pernah tengok depa ni kat dalam TV.....laaa...rupa-rupanya si isteri tu memang kelas mate Auntie masa sekolah rendah....tapi, Auntie langsung tak ingat....isy!...buat malu je...Namanya Kalsom...mak si Riz penyanyi AF6. Rumah depa ni sebenarnya dekat beno dengan rumah abang sedara Auntie.....ya lah, dah anak dia femes, barulah tahu kan...... ;-) Lama jugaklah kami bersembang mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dulu.
Auntie sampai rumah emak dah hampir pukul 3.30 ptg. Macam biasa, mak Auntie terperanjat, sebab tak diberi tahu yang Auntie nak balik. Berkali-kali jugak dia tanya...sapa ni?...sapa ni??
Dalam usianya yang telah lanjut ni, mak Auntie boleh dikatakan masih ok...banyak perkara dia ingat, dia tak nyanyok, cuma ada masa pendengarannya agak kurang. Kalau tak kerana sakit lutut, haruslah dia masih cergas bergerak ke sana sini. Alhamdulillah!, wajahnya masih ceria, putih bersih! semoga mak terus dilanjutkan usianya. Amin.
Auntie tak lama, cuma tidor semalaman saja. Petangnya Auntie ke rumah adik Auntie (adik lelaki) melawat anak perempuannya yang baru bersalin...so, Auntie dah jadi grandma...ha!...tumpang cucu adik je.... :-) Cicit pertama mak Auntie.
Esoknya Ahad, lepas b/fast, kami kekubur arwah ayah Auntie, kemudian meneruskan perjalanan ke ibukota.

Thursday, March 12, 2009
Hilang suara
Assalamualaikum,
Lama rasanya Auntie mendiamkan diri. Tak up-date blog. Bukan tak ada aktiviti, ada. Agak sibuk dengan tugas harian yang memerlukan date line. Dah lama tak sibuk pun. :-)
Minggu lepas Auntie bertemu dengan dua blogger. Sorang dah lama kenal tapi belum pernah bertemu-----> Nek Rock yang balik bercuti ke M'sia. Sorang lagi baru berkenalan tapi dah mesra sangat rasanya----- Kak Ezzah Salam Dari Klang.
Nek Rock, seperti namanya memang "rock" nama saja Nek, tapi masih solid rock. Ezza pulak...memang comel dan mesra.
Memang seronok jumpa depa berdua ni. Macam biasa Auntie pergi bersama Mak Andeh.
Masa tu Auntie memang tak berapa sihat. Sakit tekak dan ada sound trouble....jadi, Nek & Ezza, maaf lah akan suara Auntie yang tersangat "rocknya"....kalau tidak suara Auntie ...adalah sesikit macam suara Siti....jangan marahhhh...k!
Auntie jugak dapat jemputan untuk menghadiri jamuan di rumah Lord Budak & Lady Arc, sekali lagi berbanyak maaf, Auntie tak dapat pergi....dek kerana suara yang begitu teruk sekali. Maaf juga pada P-Nut yang menjemput untuk hadir jamuan di rumahnya. Semuanya gara-gara suara tak ada....Kini dah hampir 2 minggu, suara dah hampir pulih...mungkin ada 10% lagi yang masih tak normalnya.
Ok...takat ni dulu...ada kerja ni....

Subscribe to:
Posts (Atom)