Friday, July 29, 2005

My Hero

Image hosted by Photobucket.com

Nantikan ceritanya selapas hujung minggu.......

Selamat Berhujung Minggu dari auntie

The Party.

Miss Jones was my PE teacher when I was in form one till form four.

PE?...apa tu?Hemmm..la ni dah jarang sekali kita dengar PE…ni….actually singkatan daripada perkataan Physical Education. Bebudak sekarang cakap PJ, singkatan daripada Pendidikan Jasmani…senang cakap, both words bermaksud mata pelajaran senaman

Masa sekolah rendah, kami cakap senaman je…it was the most favourite subject. Bila cikgu masuk kelas dan cakap, ‘ok hari ada senaman’…everybody bukan main suka lagi. Dulu, cikgu macam malas nak ajar senaman nih…selalunya bila ada senaman cikgu lebih suka suruh kami baca buku cerita atau buat lakonan dalam kelas je.Selalunya senaman ni dibuat waktu pagi, dan cikgu akan ajar kat padang sekolah.

Peralatan senaman pun tak canggih mana…tali, bola, hulla hoop..(gelang rotan tuh…ingat?) Budak lelaki suka sangat kalau cik gu kata gi main bola. Bila ada senaman budak lelaki akan buka baju. Budak pompuan tak le….masa tu, tak de pun nak pakai-pakai baju senaman macam la ni, ada track-bottom dan wajib pakai t-shirt sekolah. Kami hantam pakai uniform tu saja, tu sebab budak lelaki buka baju, so that nanti tak le kotor shirt putih tu. Budak pompuan pakai pinafore so tak le kotor..lagi pun budak pompuan tak le main yang ganas-ganas tuh…Ni cerita senaman masa sekolah rendah.

Ha, mai Auntie cerita senaman masa sekolah menengah yg. Cikgunya nama Miss Jones.
Dia ni, minah saleh yang tak berapa pure…Eurasian kot. Rasanya dia pun bukan Malaysian, cakap Melayu pun broken..dan dia boleh cakap sesikit je. Most of the time she spoken English with American accent.

Miss Jones ni garang nak mampuih!!! Auntie memang kecut perut bila ada PE. Ha, masa ni kami buat senaman dalam gym….almaklum sekolah asrama..jarang sangat kami pergi bersenam kat padang, kecuali kalau nak main netball. Sebelum ke gym tu, Auntie cepat-cepat tukar pakaian.Pakai t-shirt dan short (seluar pendek)…..jaman tu mana ada pakai track-bottom….semua stail dedah aurat! Memasing menayangkan betis dan peha yang tengah gebu lagi ranum tuh!!! Ada yang macam batang pinang, ada yang macam tiang letrik…dan banyak jugak yang montel-montel ala-ala anak badak…..(termasuk Auntie le…) Miss Jones pulak akan berdiri kat pintu sementara kami meluru ke changing room
Sambil tu dia membilang…’one, two, three, four sampai ten….sapa lambat…siap le…kena marah dengan dia.

Miss Jones tak le ajar kami lambung bola atau lari setempat atau angkat tangan, atau angkat kaki…selalunya kami akan gunakan peralatan yang tersedia kat gym tuh….dia suka sangat ajar yang macam jimnastik tuh…lari-lari dan lompat atas kekuda tuh…betul ke kita panggil kekuda….mak tuan, bagi yang jenis suka sukan cam Auntie ni tak de masalah…kesian kenkawan Auntie yang jenis ‘lembik’ ni…tiap kali nak lompat tak lepas…ayooo…apa lagi Miss Jones akan jerit-jerit…le….sometimes dia kata ‘You fatty are useless!...eat a lot of belacan…’ kecut perut kami dengar…Auntie memang takut sangat dengan dia. Auntie sentiasa pastikan apa yang dia suruh buat tu dibuat bersungguh-sungguh….sekali-sekali dia puji jugak, ‘ha good, see how she did it….’

Tapikan, yang paling seronok bila Miss Jones tak ajar senaman, instead, dia ajar kami menari. To those ‘lembek one’ walau pun tak berapa lembut badan nak menari, at least tak le azab sangat macam nak melompat melepasi kekuda tuh….Kami belajar serba sikit step-step tarian nih. Antaranya, ball room dance, cha-cha, joget (pandai jugak dia nih berjoget, mungkin sebab lama kat M’sia). Yang selalu dia ajar adalah Folks Dance…..most of us enjoy sesangat…tapi …siap le kalau silap step tu….disepak-sepaknya betis kami ….Auntie tak le pandai mana…setakat boleh le kalau emergency tuh….kalau ikut rating Cik Tenah, Auntie bukan le dari kalangan 1st.row…..takat 2nd. row je kot…he…he… Kalau AuntyN, tentu kat 1st.row…dia buat persembahan atas stage lagi…Jangan marah N…..ni semua cerita lama…kan ke kita dah TOBAT!
Kita nari kat rumah je le…..no harm what!!

Selalunya kami praktikkan tarian nih masa ada End Of Year Party yang diadakan setiap hujung tahun…masa nih le kami dapat goyang badan bagai nak rak. Kami menari sesama pompuan…all maklum all girls school…mana ada boys…kalau ada pun cikgu-cikgu lelaki yang ada beberapa kerat tuh…..yang tu le yang jadi rebutan…berpeluh-peluh cikgu nak layan anak murid pompuan yang ramai tuh….paling hot, Mr Tan dan Mr. Peter Foo…(.Kak Saloma…ingat tak depa ni?) Yang berani…(actually yang tak malu)…menari dengan cikgu lelaki nih adalah kakak-kakak senior yang daring-daring…hi..hi!
Lepas makan, everybody took the floor…..jaman rock n roll youuuu…..Donny Osman, Elvis Presly tengah ngetop! Masa tu Micheal Jackson masih lagi siuman….masih lagi his ownself….berkulit hitam, rambut kerinting dan berbibir tabal…a typical Blackman…lagu-lagu depa ni yang jadi pilhan…kalau slow number tuh, tentunya lagu-lagu Tom Jones & penyanyi yang sewaktu dengan nya. Masa ni kita boleh tengok sapa yang terror menari….anyway most of us main balun goyang badan sesedap rasa je….

End Of Year Party ni memang sangat ditunggu-tunggu. Masa ni kami akan dressed up dengan fashion yang paling up-to-date….yang paling daring….Kini semua tinggal kenangan…

Those were the days………..!!!

***************************************

Saturday, July 23, 2005

Underneath Pokok Kelapa.....

Lo!....cepatnya?.....dah hari Jumaat …rasanya baru je Jumaat, kini Jumaat datang lagi.
Begitu le cepatnya masa berlalu.

Hari Jumaat ni memang seronok, terutamanya bagi kami yang berkerja dengan gomen. Sebab apa seronok?...hemmm, mau tak seronok, waktu rehat tengahari bukan main panjang, dari 12.15 tgh. sampai le 2.45 ptg. Tak lama tuh?...eh…lamaaaa….

Yang paling suka orang pompuan le. Kenkadang tu belum pun 12.15, dah ramai yang melesapkan diri. Auntie ni, bukan le nak kata baik sangat…selalunya ikut time le….dah tua-tua ni kena sopan sikit, kena tunjuk teladan kat bebudak muda. Auntie ‘ehem, ehemkan’ kalau depa keluar awal dari waktu. Tapi, biasa le kan?....ramai yang tak makan saman….buat derkkk je…selamba mamba depa keluar…..

Kaum lelaki pun ada juga dua tiga kerat memonteng sembahyang Jumaat tu...pi dating lagi, konon temankan mak we shopping.Lantakkk kamu le....!

La ni, ramai le yang frust menungging!....dah tak dapat nak meronda-ronda macam dulu. Ye le kat Putrajaya ni mana nak pergi?....balik, balik Alamanda, Precint 8, Taman Warisan (yg. Auntie dapat hafal setakat nih…) Mana ada Sogo, mana ada Gulatis, mana ada Mega Mall….Jln. TAR…lagiii le tak dak….

Elok jugak tak banyak tempat nak ronda…sef duit & masa.

Masa ofis kami kat KL,( masa Auntie belum sakit lutut),boleh dikatakan setiap Jumaat, memang tak pernah missed pi meronda nih. Selalunya Auntie menempek kenkawan yang ada kereta. Awal-awal pagi lagi kami dah merancang nak pi mana. Tak kira, ada duit ke tidak….isy…kenkawan Auntie semuanya loaded, laki depa gaji beso…..Auntie tak kisah semua tu….depa nak perabih duit laki depa, depa punya hal le…Auntie, …no hal punya…..!

Selalunya, kami pergi dan balik je bersama-sama. Bershopping tu kami berasingan.Janji saja nak balik pukul berapa.. Jarang sekali kami makan kat luar. Kami tapau dan balik makan kat ofis.

Auntie suka beli nasi Padang, tak pun nasi Kandar itu mamak…..ayooo…dah lama tak pekena nih!

Tentu ada yang nak tahu setiap Jumaat keluar tu beli apa???

Hemmm…apa pun tak beli, time tak de duit…beli makanan saja. Yang lainnya, keluar masuk kedai, tengok-tengok, belek-belek, try,try….Paling banyak masa Auntie melepak kat kedai buku atau pun kat pharmacy….bukan beli….survey-survey je….bila ada duit baru le beli….sesikit je membelinya, bukan membeli-belah….Cuma beli dah belahhhh saja,

Kenkawan Auntie tu toksah cakap le…depa banyak duit…tiap kali keluar beli kain, beli brooch, beli kasut, beli hand-bag….agaknya kalau boleh kedai Gulatis tu pun nak dibeli….apa susah, balik nanti depa claim kat laki depa….tuuu depa kata, bukan Auntie kata.

Auntie kalau beli apa-apa tak pernah le claim pun, lain le kalau Cik Din minta tolong belikan…tu pun kalau angin baguih, Auntie kata tak payah bayo le I dah belanja….apa nak kira sangat laki bini kan?....lagi pun gaji kami ni ciput je…sama-sama le tolong menolong.

Auntie jarang sangat membeli untuk Cik Din. Dia memang cerewet…nak nak bab pakaian…jangan le memandai nak belikan untuk dia nak buat surprise ke….buang karan saja……alang dia beli sendiri pun puas dipilih baru jadi beli….kalau ikut dia pi cari baju adui! letih, satu KL dia round….akhirnya dapat sehelai baju….lengan pendek warna putih….cis!...memang buang karan!!

Auntie pulak tak kisah, dia nak beli apa untuk Auntie…jarang sangat dia beli pun. Sekali dulu dia pi Labuan, dengan senyum simpul dia bawak balik rantai mutiara untuk Auntie…he…he… macam nak terpengsan Auntie….pandai pulak dia memilih. Loh! bukan dia pilih pun geng pompuan yang pi sama-sama yang memilih…hemmm..patut le lawa. Jangan silap pulak ye, mutiara Sabah je, bukan yang datang dari South Sea tu….yang tu katanya rega dia macam sebuah Perdana tu…betul ke?....depa kata le….Eeeee, dah melalut cerita Cik Din pulak….

Nih, pasal pi jenjalan tengahari Jumaat ni…ada sekali tu..tahun berapa dah tak ingat dah…masa tu filem Jimi Asmara tengah ditayangkan kat panggung Colissium…ntah macam mana datang idea kami nak pi tengok cerita tuh show pukul 1.00 habis pukul 3.00.. Rancang punya rancang menjadi jugak…..berlima kami masuk panggung selamba-mamba!! Ingatkan kami je yang buat kerja cam tu, rupanya ramai jugak kakak-kakak, makcik-makcik yang sama-sama mengambil kesempatan….pak we ponteng sembahyang Jumaat pun ada jugak. Panggung bukan penuh pun, separuh pun tak sampai.
Seingat Auntie, itu le filem terakhir yang Auntie tengok kat panggung. Rasanya kalau masuk panggung sekarang Auntie tentu pening…..

Hemm, cerita punya cerita, terlupa pulak, hari ni Auntie nak pi meronda Putrajaya ni…dah ada geng yang telefon tadi tuh…dia suruh Auntie tunggu bawah pokok ketapang…loh…mana ada pokok ketapang, pokok kelapa (palm) ada le….

So….

Underneath pokok kelapa…
I will wait for you…..
Underneath pokok kelapa,
I will tunggu, tunggu….
Dah lama tak jumpa, I sangat rinduuu….

See you…..ABCD!

***************************************

Tuesday, July 19, 2005

out-Station.

Rasanya dah lama Auntie tak bercerita tentang aktiviti harian Auntie nih. Kadang-kadang nak cerita bab-bab ni pun macam boring je…tak de apa yang menarik, lain le kalau Auntie ni jenis yang sentiasa bergerak ke sana ke mari, pi out-station ke baru lah ada cerita yang menarik. Balik-balik cerita aktiviti memasak, makan, tido…..

Cakap pasal outstation ni Auntie terkenang peristiwa lama semasa Auntie baru masuk kerja dulu. Ingatkan? Auntie masa tu kerja kat research station. Ofisnya sunyi sepi macam terpencil sesangat. Masa Auntie report duty untuk kerja, rasa macam nak cabut balik je…bangunan ofisnya pun, teruk…bangunan lama jaman orang putih dulu. Peralatan pun macam peralatan jaman perang dunia dulu…he..he…

Auntie ditempatkan di satu bangunan yang agak baru daripada bangunan lain, di hyraulik laboratory. Setiap pagi Auntie kena pergi ke main switch dia untuk jalankan pump. Masa tu pergi kerja tak payah nak dressing-dressing..pakai jeans dan t-shirt je….Auntie sorang je pompuannya pun…hak manis pun Auntie, hak serabut pun Auntie le jugak, nasib le …nak buat cam mana…Mak tuan, masa tu Auntie ni memang tak kasi chance punya pada bebudak lelaki…memang serius habis, takut depa nak usik-usik tuh…yang ramai memang pekerja bawahan nih…maklum le kami banyak buat kerja-kerja testing pump, le berbagai..kerja orang jantan!...tah macam mana Auntie yang lemah gemalai ni boleh tersesat pi buat kerja macam tuh.

Sekali peristiwa, Auntie kena pi out-station ke Jerantut Pahang., first time tuh…bukan main suka lagi…tergedik-gedik sukanya. Bos kata nak bagi exposure pada Auntie dengan kerja field-works ni. Dengan dua buah Pajero, kami pun berangkat pergi,Auntie naik bersama dua orang bos (Cina), satu Pajero lagi dinaiki oleh kami punya labourer yang akan membantu kerja-kerja kami nanti. Termasuk driver ada 10 orang semua. Masa tu mana ada lebuh raya lagi. Dah lewat petang baru le sampai…lenguh rasa badan dibuai dek Pajero tu.

Bila sampai pekan kecil Jerantut tuh, dah timbul le pulak masalah nak cari tempat tinggal. Menurut bos Auntie, depa selalunya sewa rumah tumpangan je…mana ada hotel pun almaklum pekan kecil, macam pekan kawboi je Jerantut masa tuh
.
Rasanya kini dah jauh bezanya. Arus pembangunan dah mula mencorakkan wajah Jerantut.

Puas jugak mencari rumah tumpangan yang ada attached bath-room untuk Auntie. Bos ni prihatin jugak, sebab Auntie ni pompuan. Akhirnya dapat le satu bilik seperti yang dikehendakki..D ikiri kanan bilik Auntie, bilik bos dua orang tu…first time depa bawa orang pompuan pergi buat field work.

Esoknya lepas b/fast, kami naik Pajero menuju tempat kerja. Jauh jugak perjalanannya dari pekan Jerantut tu, kalau tak silap ingatan, nama tempat tu Pulau Tawar…hemm…katanya tempat Mat Kilau tuh…Bila dah sampai ke kampung tuh, kami berjalan kaki pulak lebih kurang 2 kilometer masuk ke tempat yang nak kami mulakan kerja. Kenderaan terpaksa ditinggalkan saja di tepi jalan…
Kerja apa yang kami buat? Kami nak ambil sample air dan juga sample tanah di kawasan tersebut. Bawak balik ofis nanti kami jalankan ujiannya. Bukan senang nak dapatkan sample tuh, terutamanya sample air di perut bumi…dari pagi sampai lewat petang hanya dapat beberapa sample saja. Ada le seminggu kami buat kerja tuh…Eeee, rasa serik jugak. Mula-mula tu seronok, dah masuk hari ke 3, rasa nyesal pulak pi ikut depa…dah le Auntie sensorang je pompuan, pi masuk hutan rimba tu…apa nak di kata, kerja punya pasal…setiap hari bila balik ke bilik, rasa badan dah lembek dek keletihan…Bila sampai hari bos kata kerja dah selesai dah boleh balik, rasa tersangat lah leganya.

Lepas pada itu, ada lah dua kali lagi Auntie ikut expedisi mengambil sample ni.Tapi, tidak lah lama, cuma 3,4 hari je. Itu le pengelaman memula kerja dulu. Lain-lain pi out-station tidak le seteruk itu…kerja ringan je…..ada masa tu macam pergi bersukaria je, macam pergi berseminar.

Bila Auntie ditukarkan ke Ibu Pejabat, dah tak buat dah field-work ni. Pergi jugak out-station ni , tapi lebih kepada lawatan sambil belajar je….(sambil sukaria-makan angin keluar asap).

Kini dah masuk 28 tahun Auntie bekerja…lama dah tu…..memang rasa dah malas, rasa macam nak dok kat rumah je. Kat ofis pun macam dah kurang kawan yang memahami, apa tidaknya, pandang kanan, budak muda berumur 25 tahun, pandang kiri gadis berusia 22 tahun!....rakan sebaya dah macam tak de lagi.

Walau bagaimana pun ada juga bebudak muda yang masih boleh di buat kawan…hemmm….tapi kena ikut rentak dan melodi mereka lah…..kena pandai-pandai suaikan diri….
Baru sekarang Auntie dapat memahami perasaan seorang yang dimamah usia.Sungguh pun gitu, rasanya Auntie tak akan membiarkan masa berlalu begitu saja….dah kena buat perancangan agar masa tidak dihabiskan hanya dengan merenung masa silam….

.I want to grow old gracefully……………(dah kata banyak kali daaa…)

Thursday, July 14, 2005

Nak Percaya ke?

Kita orang Melayu ni kaya dengan berbagai petua. Ada yang boleh kita ikut, ada juga yang mengarut. Selain daripada petua, orang Melayu juga banyak kepercayaan.

Masa Auntie kecik-kecik dulu, malah sampai sekarang pun, bila balik kampong jumpa mak, dalam sehari kalau tak ‘bertemu’ dengan petua/kepercayaan tu macam tak sah. Mak Auntie ni, bila dia nak kita ikut cakap dia atau percaya dengan apa yang dia nak sampaikan dia akan kata …"ni bukan mak kata, tapi orang tua dulu-dulu kata”

Misalnya, sebaik saja Auntie sekeluarga sampai ke rumahnya selalunya dia akan cakap…"hemmm, patut le dua tiga hari ni mata mak asyik berdenyut-denyut, rupanya nak tengok hampa”
Atau pun dia akan cakap “patut le pagi tadi kucing dok sapu muka depan pintu”…atau pun …"patut la ada rerama masuk rumah, ropanya hang pa nak balik”

So, ada tiga tanda nak jumpa atau tetamu nak datang rumah

i) Mata berdenyut-denyut (mata kanan), kalau mata kiri, kononnya akan dapat berita sedih atau nak menangis.

ii) Kucing sapu muka depan pintu hadapan rumah.

iii) Rama-rama masuk rumah/berterbanagn dalam rumah

Ini pulak, kononnya ada orang yang akan meninggal dunia.

i) Hujan panas…ada orang akan mati berdarah, mati kemalangan.

ii) Bunyi burung hantu.

iii) Burung gagak berbunyi dekat rumah.

iv) Mimpi gigi patah.

v) Tapak kaki rasa gatal (ada juga percaya nak pi jalan jauh….nak mati le tu kot….)…gatal tapak tangan nak dapat duit tu….

Yang ni bab kawin pulak.

i) Bagi seorang gadis, kalau mimpi di patuk ular, ada orang nak datang pinang….so, siap sedia.(mimpi dapat ikan , tanda nak dapat rezeki)

ii) Kalau masak makanan, terlebih masin, tanda dah dekat nak kawin tu…

iii) Tak boleh nyanyi kat dapur, ditakuti dapat suami orang tua…(la ni ramai gadis suka yang tua. Orang tua kan ke penyabar disamping…ehem, ehem banyak duit dan harta!)

iv) Jangan suka duduk depan muka pintu atau atas tangga….nanti tak dipinang orang.

Mengenai keselamatan rumah :

i) Supaya pencuri takut nak masuk rumah, letakkan penyapu di balik pintu.

ii) Menghalau hantu syaitan daripada mengganggu, simpan ikan puyu dirumah atau pun pokok berduri…pokok kektus boleh kot…

· Ulasan Auntie, tak usah le kita percaya sangat….untuk suka-suka boleh le…apa yang terjadi ke atas kita adalah semuanya ketentuan tuhan. Dia lebih mengetahui.


Hemmm….lain kali Auntie cerita bab petua pulak…banyak yang nak Auntie turunkan….tunggu ye.

Wednesday, July 13, 2005

Dah Demam?......dah baik!

Auntie demam. Bukan demam AF. Ini demam betul-betul.Auntie dapat MC dua hari, hari Khamis dan Jumaat

Alhamdulillah hari ni (Isnin) dah ok, cuma pagi tadi Auntie datang ofis tak mandi!! Bila masuk bilik mandi tiba-tiba rasa seram sejuk, terus tak jadi nak mandi. Of course le gosok gigi…. kan ke nak solat subuh tu. Bersihkan muka dan lap badan dengan towel panas. Takut juga demam berulang semula. Dah lama Auntie tak demam. The last time Auntie demam ialah pada tahun 1996, lepas balik daripada berseminar di Melaka. Boleh dikatakan teruk juga demam kali nih. Auntie hanya berbaring…tidur dan tidur selama dua hari. Makan pun tak lalu. Begitulah penyakit ni bila dia datang sekali-sekala.

Selalunya bila kita demam selera pun jadi tumpul. Auntie pun macam tu le jugak. Cuma rasa nak minum air saja. Memang doctor suruh banyak minum air. Doktor pompuan yang check Auntie tu …amboi! manis orangnya. Auntie memang datang ke klinik yang satu ni bila perlu rawatan di luar jangkaan.Klinik ni rasanya agak mahal kos rawatannya. Hari tu Auntie kena RM50/- mak ai! macam klinik Tawakal la le pulak. Auntie lebih suka pergi klinik gomen dekat ofis saja……dapat ubat free.Doktor kat klinik gomen ni pun Auntie kenal dah lama. Hari tu terpaksa ke klinik swasta sebab dah lepas time pejabat.

Dalam seminggu kebelakangan ni sakit lutut pun dah agak berkurangan. Adakah mungkin kerana Auntie mengambil ‘ubat’ yang telah disyorkan oleh salah seorang rakan blogger(Hazwah)
Mungkin jugak lah tu….harap-harap sakitnya semakin berkurang, dapatlah Auntie menjalankan aktiviti harian macam biasa kembali. Rasanya banyak benda yang Auntie dah tak dapat nak lakukan sejak sakit lutut ni. Yang paling Auntie miss sekali adalah window shopping. Itu pun sekali sekala Auntie gagahkan juga bila ada apa- apa keperluan peribadi. Banyak juga jemputan yang Auntie terpaksa tolak…segan juga nak hadir kalau jalan pun merayap macam orang dalam pantang.

Dah rasa lega ni, ada ke sesapa nak mai ambik Auntie kat ofis ni?....boleh le kita mulakan acara ronggeng!

Tuesday, July 05, 2005

Makcik blurrr laaa....

Salam pagi Isnin dari Auntie. Selalunya orang tak berapa suka dengan hari Isnin ni sebabnya selalu saja ‘tak ada mood’….thanks God, hari ni mood Auntie baguih pulak…bersemangat gitu.

Macam biasa, Auntie bangun pagi, siapkan b/fast, mesin kain sambil-sambil tu.

Mesin basuh Auntie nih dah pun berumur 10 tahun. Ha, ini adalah mesin basuh yang ke 2. Yang pertama dulu berusia 15 tahun baru dia ‘kong’. Hak ada ni pun dah semput-semput…nama saja automatic, bila onkan air dah tak boleh masuk sendiri, so kena pakai getah paip dan salurkan ke mesin tu, bila dah penuh, offkan air dan tutup penutup mesin dan baru lah dia berjalan sendiri, leceh sungguh. Tiap hari Auntie dok merungut pasal mesin nih….tak sangka pulak, semalam Cik Din pi beli mesin basuh yang baru…yey!...yey!…yey! dia langsung tak bagi tahu Auntie yang dia nak beli mesin baru…kiranya dia buat surprise le….memang Auntie terkejut pun.

Mesin lama ni mungkin akan Auntie bagi saja pada Anja, dia kata mesin kat rumah bujang dia tu pun asyik semput je. Dia kena repair dula le baru senang nak guna.


Pagi ni Auntie sampai ofis pagi jugak, lebih kurang 7.20. Auntie masuk kerja pukul 8.00, ada setengah jam lagi untuk ‘bersuka ria’ sebelum start kerja .

Auntie puas hati le…keadaan sekeliling ofis macam biasa saja, tak nampak pokok bunga atau pasu bunga yang tonggang langgang. Semua dah clear, cuma ada nampak sampah sesikit sana sini. Hemmm….lain kali boleh le ASTRO buat konsert lagi.

Ramai sungguh yang datang malam tu..hiburan le katakana…free pulak tu!
Auntie dok kat rumah weh!....tak kosa nak susahkan diri dalam lautan manusia tu. Kami 3 beranak tengok konsert kat rumah.Yang tak sedap tu sambil tengok sambil garu belakang Cik Din!. Mulut bising jugak …tapi nak buat cam mana…? Dapat pahala kan….( Cik Din kata)

Tahun ni, Auntie tak de nak favourite kat sesapa pun..rasa macam sama je. Masa konsert Prelude dulu macam bebudak ni lebih hebat dari budak AF2, suara semua power-power, tapi bila dah masuk belajar, macam tersangat hambar le pulak.Mungkin Idayu saja yang boleh dibanggakan…yang lain tak tahu le…Jangan marah ye, ini penilaian Auntie je…Auntie mana ada sijil muzik, main alat muzik pun tak pandai. Lagu-lagu masa kini pun Auntie dah tak ikut perkembangannya. Kenkadang tu macam terpinga-pinga le jugak bila dengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh bebudak AF ni…banyak yang kita tak pernah dengar. Hemmm macam mana nak tahu, dengar radio pun tidak…he…he….

Macam mana le mak cik tak blurrrrrrrrrrrr?

Friday, July 01, 2005

PC buat perangai......

Dah dua hari PC Auntie meragam...tak tahu mana silapnya. Setiap kali nak masuk " blogger" failed....instead oh dashboard blogger yang keluar, blank space yang keluar...habis nak buat entry macam mana?...ha ni Auntie guna PC member nih, dia pi solat, kita mai sat buat entry...nanti naik boring pulak yang rajin datang ke sini asyik cerita lama je.

Ha, hari ni hari Jumaatkan?....bukan nak cerita pasai kebaikkan hari Jumaat ni...tak..semua orang dah tahu tu... Esok hari Sabtu, kami orang Gomen dah mula cuti hari Sabtu...suka sesangat. Tapi jangan ingat, kami kurang sehari waktu kerja, tidak sebenarnya sebab waktu kerja diganti setiap hari 1/2 jam...so, lebih kurang kerja macam 6 hari jugak tu...

Yang Auntie nak habaq hari ni adalah kisah AF3.....(lol!...makcik pun minat jugak ?)...minat sikit-sikit je....tak demam macam tahun sudah...tahun ni macam banyak yang tak seronoknya...Nih malam esok ada konsert depa kan?....nak tahu pentas depa tu dekat sangat dengan ofis Auntie nih...tu yang Auntie dok risau nih...almaklum le rasanya ribuan peminat AF3 yang akan datang tu....risau takut kawasan ofis yang cantik nih akan dirosakkan oleh mereka yang datang ni dengan sampah sarap, satu lagi takut jugak segala pokok bunga yang cantik jelita dirosakkan...tahu saja le tabiat orang kita ni....ramai yang gatal tangan.So,...pada kenkawan yang datang nanti tuh...tolong-tolong perati sikit noo....rasanya P-Nut & Geng akan datang kut...sebab dia ni bila menonton AF, ramai geng dia datang lepak kat rumah dia.

Dengar ceritanya dia dan darlingnya rajin sungguh layan kenkawan....bila gamaknya Auntie dapat jumpa merpati dua sejoli nih!