Dah seminggu blog tak berupdate. Tak sibuk mana pun. Malas saja.
Minggu lepas hari Sabtu, dengan izin Allah, Auntie, Cik Din dan Jim berangkatlah menuju ke Kuantan atas maksud nak ziarah MIL yang menjalani pembedahan membuang batu karang.
Macam biasalah, plan nak berangkat awal, tapi sudahnya jam 9.00 barulah bergerak. Sampai Kuantan dah hampir jam 12.00 Terus saja cari spital yang dimaksudkan. Memang betul-betul terletak di tengah-tengar bandar, berdekatan dengan Mall...tah apa ke namanya mall tu.
Kami terus je naik ke wad dia...isyyy..sangkaan Auntie meleset sama sekali, ingatkan spital ni surelah lawa dan nyaman, maklumlah spital swasta...tapi...arghhh... spital PUJ jauh lebih cantik. Jangan mareeeee..!mungkin sebab bangunan lama dan masih banyak yang belum di upgrade.
Masuk je bilik...pun sama juga. Almari pun macam almari kat rumah jenis tahun 80 an punya dengan satu 2 seater sofa yang dah separuh lunyai.
Ramai kat dalam bilik tu. MIL terbaring atas katil, lemah saja. Yang lainnya ada atas sofa, atas kerusi malas dan juga atas tikar yang dibawak dari rumah.
Untung MIL Auntie ni. Anak ada 13. Hanya Cik Din dan sorang adik pompuan yang tak tinggal di sana. So, apa lagi, penuh berhimpun kat dalam bilik sempit tu.
Alhamdulillah, MIL nampak OK, cuma pening katanya.
First time Auntie tengok batu batu karang yang dibuang tu...ingatkan dia dah hancur, rupanya tidak, besar batunya, lebih kurang sebesar guli batu, guli yang putih tu..atau kata depa besar ibu jari kaki! bulat je...hitam macam majun! Batu tu tersembunyi dalam hempedu. So, hempedu pun doktor buang jugak.
(....saka ke tuh?? )
Alhamdulillah, petang tu jugak MIL dapat balik ke rumah. Auntie pun berangkat pulak menuju rumah MIL kat Pekan. Tidur semalaman dan esoknya lepas breakfast kami pun balik semula ke KL, BBB.
Itu sajalah ceritanya.
This weekend nak pi makan kenduri pulak...
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Friday, October 31, 2008
Friday, October 24, 2008
Bomoh
Bomoh atau dukun, masih relevant dalam penghidupan kita orang Melayu walau pun zaman dah jauh berubah. Masih ramai yang setia menggunakan khidmat bomoh. Malah, masih ada yang langsung tak percaya dengan kaedah perubatan moden.
Bagi Auntie pulak, nak kata tak percaya tu, tak lah jugak. Mana tahu satu hari perlu pulak perkhidmatan mereka. Tak boleh nak cakap eksyen kan?? Sungguh pun perubatan moden dah begitu pesat dan bertambah canggih, namun ada kes-kesnya yang masih perlu di rujuk kepada bomoh.Macam kes yang berlaku kat sebuah sekolah Agama di Pahang baru-baru ni. Yang tu tak boleh panggil doktor, kang dengan doktor-doktor pulak tak sedar diri maracau!
Seingat Auntie, ada beberapa kali Auntie dibawa berjumpa bomoh oleh arwah ayah Auntie. Itu zaman kecik-kecik dulu.Kebetulan, zaman itu, kat pekan kecil yang kami huni memang tak ada langsung kelinik swasta yang boleh dikunjung untuk mendapatkan rawatan.
Kelinik Gomen pulak, menjadi phobia bagi kebanyakkan orang Melayu zaman itu. Mungkin di sebabkan cara doktor, jururawatnya dan lain-lain k/tangan hospital yang tak friendly menyebabkan ramai yang lebih suka berubat sendiri. Ramai yang pilih untuk beli ubat Cina (senseh) saja.
Seingat Auntie jugak, kalau setakat demam biasa ni, mana ada pergi kelinik pun. Mak Auntie akan bagi makan serbuk Cap Kaki* Tiga* je, sakit gigi pun makan tu jugak. Kalau luka, sapu je minyak gamat. Sakit perut, sapu minyak angin. Sakit perut cirit-birit, minum je teh kelat. Kalau kena beguk, sapu je nila kat bawah dagu tu. Sakit mata, mak bagi makan serbuk Cap* Burung Bangau*....he!...he!...mujarab pulak tuh! :-)
Hari Ahad lepas, kami terima call dari SIL bagi tahu yang MIL Auntie sakit, dah 4 hari tak boleh nak buat apa. Sakit dalam perut menyucuk-nyucuk, katanya. Dipujuk nak bawa ke kelinik (gomen), mati-mati dia tak ndak. Takut. Tak tahu apa yang ditakutkan. Dia kata kalau bawak ke pusat rawatan berbayar dia nak, kalau tidak, biarlah nak jadi apa pun.
Rupa-rupanya, salah sorang daripada BIL, (adik Cik Din) dah bawak dia berjumpa bomoh. Tak tahan tengok mak dalam kesakitan.
Nak tahu apa kata bomoh tu??...mula-mula dia tanya, ada tak sesapa yang sakit dalam keluarga, jadi dia orang pun bagi tahu yang Tok (Mak kepada MIL) sedang sakit, sakit tua benarnya, umur dah 90 lebih. Telinga dah tak dengar, mata pun dah rabun. Dah tak boleh berjalan sendiri, hanya berbaring saja.
" psstt..saka orang tua tu dah masuk ke dalam badan mak kamu, tuuuu yang dia sakit sangat, Tok kamu nak lepas kan pada dia..." kata bomoh tu.
Itu lah yang diberitahu pada Cik Din. Apa lagi, marah lah Cik Din...sepatutnya bawak periksa dengan doktor dulu, kalau tak jalan barulah kot nak berubat secara traditional pulak, pandangan Cik Din macam tu.
Jadi, pada hari Isnin, adik-adik Cik Din sepakat bawak MIL ke salah satu pusat rawatan swasta yang ada kat Kuantan tu. Periksa sana, periksa sini, teropong sana, teropong sini, akhinya setelah di x-ray, discan bebagai, kata doktor MIL mengidap sakit batu karang, dah besar batunya, menanti masa untuk pecah saja. Operation perlu dibuat dengan segera! Ha, berbeza dengan apa kata bomoh!...isyyy...bomoh tu belajar kat pergunungan mana gamaknya? jauh benau lari faktanya. :-)
So, semalam tepat jam 9.30 pagi MIL, dengan iringan doa kami adik beradik menjalani pembedahan bagi membuang batu karang. Alhamdulillah, kini dia dah sedar dan dah boleh tersenyum. Alhamdulillah!.
Insyaallah Auntie dan keluarga akan balik ke Kuantan esok untuk menziarah dia. Syukur!

Monday, October 20, 2008
Penat makan
Sejak berpindah balik ke BBB, telah 3 kali Auntie mengalami gangguan bekalan air. Kali pertama pada tahun 2006 (rasanya). Sebab diberi adalah kerana pihak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tadahan. Ia mengambil masa hampir 10 jam.
Kali kedua baru-baru ini, beberapa hari sebelum kita menyambut Ramadan, mengambil masa hampir40 jam kerana pihak itu juga sedang menjalankan kerja-kerja menggantikan paip lama dengan yang baru.
Terbaru, sekali lagi gangguan berlaku kerana paip besar yang terletak di Dengkel pulak pecah, akibat pengambilan/pengorekan pasir (katanya).
Memang, ketiadaan air sangat mengganggu. Satu kerja pun tak boleh nak buat. Macam terberenti semua aktiviti kat rumah. Nasib baiklah Auntie dah tak de budak-budak kecik kat rumah. Tapi, budak-budak besar pun tentunya nak guna air jugak, kan. Setakat nak makan tak pe lagi, boleh saja gi makan kat kedai, tapi kalau dah satu kawasan air tak de, kedai pun tutup. Nak bisnis macam mana kan? Begitulah pentingnya air.
Dalam sinki dah penuh pinggan mangkok tak bercuci. Mesin basuh penuh dengan kain-kain tak berbasuh dah melimpah keluar. Bilik air dah mula berbau dek kerana tak cukup air nak disimbah setelah selesai hajat. Badan dah mula rasa melekit. Mandi ala kadar je. Berjimat air tangki. Malah, hari Sabtu tu Auntie terpaksa mandi stail P.Ramlee je....cuci muka gosok gigi. Kami terpaksa keluar cari makan. Auntie ke KL ada urusan. Lepas tu, ada pulak jemputan makan-makan hari raya di BBST.
Dari KL, kononnya terus je nak ke BBST, tapi Si Jim mati-mati takmo ikut Auntie dengan Cik Din, so, kami terpaksa singgah balik rumah dulu. Singgah kejap, alhamdulillah air dah ada setelah sejak hari Kamis petang kering kontang. Elok kami melepasi tol Bangi, hujan pulak turun dengan lebatnya. Jalan agak kabur. Kami berdua pulak dok bersembang rancak...sedar-sedar kami dah terlepas pulak simpang nak masuk ke Nilai!...tu dia, apa nak buat bukannya ada U-turn, nak tak nak, ha, terlepas sampai ke tol Seremban!! adui!...makan angin sesaja, mengabiskan minyak dan duit tol saja, nasib baik le cuma RM4.60..
Berpatah balik semula, nasiblah tak jauh, dalam 15 km kot...sampailah kami ke tempat dituju...sunyi je rumahnya, ingatkan orang semua dah balik, rupa-rupanya majlis start pukul 2, kami pulak sampai ngam-ngam pukul 2. :-)
Cik Din, siap-siap warning dengan Auntie " psst...jangan cakap kita dah terbabas ke Seremban"
Biasalah orang lelaki, benda-benda macam ni pun nak malu....Auntie angguk saja, dan tak buka cerita pasal terbabas as promise...keh!..keh! dia tak tahu, Auntie tulis kat blog!!!
Perut tengah lapar, apa lagi, Auntie terus je makan..he...he...makanan pun sedap-sedap...sup makroni makan dengan roti, & mee sup serta kueh-kueh. Keropok lekor pun ada.
Terima kasih le Syidah & suami. Sampai ke rumah pun Cik Din masih teringat dengan keenakan mee tu, Syidah.
Sempat jugak bertemu Sya. Riuh rendah kami sembang, maklum lama tak jumpa.
Hari Ahad pun ada satu lagi jemputan makan-makan. :-) Kali ni kawan ofis pulak. Menunya nasi jagong dan kurma ayam serta laksa Johor...semua sedap.
Selesai makan terus je balik. Solat zohor dan tido. Penat sungguh rasanya. Penat makan!

Wednesday, October 15, 2008
Sembang Raya
Tak habis lagi cerita raya rupanya.
Tiap kali kita balik kampung beraya, tentunya ramai sanak saudara yang kita jumpa Sahabat handai juga tak kurang. Yang dah lama tak jumpa bertemu semula. Ada yang lansung kita tak jangka. Dulu muda kini dah tua.
Dulu solo, kini dah ramai yang follow! (kat belakang....)
Berbagai ragam. Yang balik bawak Mercs ada, yang balik bawak BMW pun ada. Ramai jugak yang naik bas Transnational. Semua bawak famili, ada juga yang sendiri.
Bila berjumpa berbagai cerita yang disembangkan. Hilai ketawa bertali arus. Ada masa macam serius.
Di pagi raya yang ke4, seorang kawan lama yang sungguh lama tak bertemu datang bertandang. Rumah dia betul-betul bertentangan dengan rumah mak Auntie. Kalau Auntie jumpa dia memang tak kenal, lain benar rupa dia the last time kami bertemu.
Dia memang dah berjaya. Memegang jawatan tinggi dalam sektor awam.
Tu Auntie memang tahu.
Yang Auntie tak tahunya adalah cara dia bersembang. Auntie dan adik Auntie yang melayan dia macam nak tergelak pun ada, tak sangka dia macam tu.
Punya le berlagak!! asyik lah cerita pasal dia pergi meeting sana sini, cerita pasal dialah yang meluluskan itu ini!, cerita pasal staf dia semua hormat kat dia...cerita kalau meeting chairmannya orang 'kecil' saja dia tak akan attend...arggggggggh!!Yang kelakar tu, asyik cerita pasal diri dia je...kami hanya mampu angguk pala macam burung belatuk ! ...habis nak buat macam mana? tak dan nak celah pun!!! Auntie dah rasa tak selesa terus minta diri konon kata nak mandi. Adik ipar Auntie pulak temankan adik Auntie sembang dengan dia. Auntie pulak langsung tak muncul sampai dia keluar rumah.
Kata adik Auntie, bila keluar je dia terpandang kereta MyVi ..." ooo..you pakai MyVi je?" Adik Auntie senyum dan angguk saja...so what??? koman sangat ke pakai MyVi? (adik Auntie yang baru hilang kete tuh...) Orang macam ni, dia selalu ingat dia saja yang hebat, sebab dia hanya tahu diri dia saja. Sebabnya bila bersembang, dia langsung tak tanya khabar kita dan apa kita buat. berjela-jela dia cerita tentang pencapaian dia saja. Dia tak tahu orang lain punya pencapaian. Kalau kita bagus, tak payah cakap, orang pun tahu.
Satu lagi yang kelakar, dia boleh dok cerita pasal dia naik kapal terbang pi sana sini...he!...he!...macam kita tak pernah naik...adui!...kelakar sungguh!..siannnn dia. ;-(
Jadi, pada hemat Auntielah, kita ni bila bersembang tu pandai-pandailah bawak topik. Suaikan dengan keadaan. Tengok dengan sapa kita bersembang tuh.Rasanya orang tak minat pun nak tahu tentang kerja kita, tentang agenda dalam meeting yang kita pergi...orang peduli apakan?...faham pun tidak. Apa perlu faham pun...kan ke kita balik beraya...
Kalau sembang dengan Pak Cik yang lulus darjah tiga zaman Jepun, yang seharian bertungkus lumus di kebun sayur, lebih afdalnya kita cerita pasal sayur, baja, biji benih. Tak payahlah kita pi bagi tahu dia tentang pasaran di Wall Street yang kata nya dah merudum. Pening kepala dia nanti.
Kalau dengan Auntie pulak, sesuai sekali cita pasal kesihatan, masakan, anak-anak, ubat dan vitamin. :-) Janganlah cerita pasal saham, bon, investment, forex whatnot..tak faham Auntie. Itulah kelemahan Auntie, tu pasal bila ada teman blogger nak jumpa, Auntie rasa takut, rasa malu, rasa rendah diri.Takut kang orang cerita fasal kangaroo yang dia tengok masa vocation kat Gold Coast, Auntie pulak cite pasal Auntie tengok kera kat Tanjung Bunga...mana sesuai kan? Orang cita pasal shopping kat London, Auntie pulak cite pasal shopping kat Nilai 3....orang cite pasal mutiara dari South Sea, Auntie hanya gigit jari, mutiara Auntie hanya mutiara tipu-tipu beli kat Jalan TAR.
Petang pulak, abang sepupu yang dah lama tak ketemu datang bertandang bersama isterinya. Kakak ni bukan main ramah mesra maklum lama tak jumpa. Tapi, sebaik saja dia duduk, tak habis-habis dia cerita pasal anak dia...pot-pet-pot-pet..anak dia gitu anak dia gini...langsung dia tak tanya Auntie anak berapa ke, dok kat mana sekarang ke??...langsung tarak!
Isehmen!...anak orang lain pun berjaya jugak kan anak orang lain pun jadi lawyer jugak, tak payahlah beria-ia sangat, baru sehari dua anak dia dapat kerja. Sebagai mak tentulah dia gembira, Auntie tumpang gembira juga. Tapi kalau dah non-stop asyik cite tu je...boring jugak.
Yang letih tu...ayat-ayat macam ni.." anak Akak yang lawyer tu..." sebut jelah nama dia...anak dia cuma dua orang, takkan kita tak ingat kot?? lain lah kalau anak 12 orang!
Hemmm...tak tahulah, mungkin anak Auntie tak de yang jadi lawyer, kalau tidak harus macam tu jugak...ntah-ntah...teruk lagi kot??

Tuesday, October 14, 2008
Makan-makan.

Dah menjadi tradisi agaknya kita yang tinggal di KL dan sekitarnya sebaik saja habis beraya di kampung bermulalah pulak beraya di bandar...tak habis-habis dengan makan, makan dan makan.
Setakat ni, Auntie baru menghadiri satu "open-house" saja. Jemputannya dah ada lima, tiga dah berlalu, tak pergi. Dua lagi akan datang, belum tahu lagi nak pergi ke tidak.
Jiran-jiran terdekat Auntie pun ada yang dah buat acara makan-makan ni. Hari Sabtu lepas, hari kami berdua ke Kl tu, petangnya jiran sebelah rumah menjemput makan. Makcik tu benarnya hanya jemput kaum kerabat menantunya, tapi jemput juga Auntie..mungkin sebab aroma masakanya memenuhi ruang dapur Auntie jugak, terpaksa le ajak kan?
Malamnya, Cik Din dok tanya Auntie, bila pulak Auntie nak ajak jiran-jiran ni datang? Kalau biar dia orang datang sendiri, tentunya tak de apa juadah yang nak di hidangkan. Auntie memang serba salah. Satu, Auntie tak pandai masak, takat makan sendiri oklah..yang keduanya, Auntie ni bukannaya boleh berdiri lama-lama dan banyak bergerak, kang lutut bengkak pulak sendiri jugak yang tanggung.
Pagi Ahad tu, lepas Subuh, eh, rasa macam ok je. Sihat pulak weh! so, dalam kepala berangan nak masak laksa, boleh jugak jemput jiran nanti.
Tengok dalam fridge, ada daun bawang, ada daun salad, timun pun ada, cili merah pun belana (banyak). Auntie ambil semua tu siap potong sebagai ulam nanti. Bila Cik Din turun nak pergi exercise, Auntie minta dia belikan laksa dulu. Dia macam terkejut...nak panggil jiran ke? boleh ke buat?...kang nanti sakit pulak...katanya. Auntie kata, ok kot...tapi you kena tolonglah apa yang patut. Dia setuju.
Selepas sejam dia balik, dia bawak sebungkus nasi lemak untuk Jim (Anja, malam nya tido di Cheras) dan dua bungkus lontong untuk b/fast.
....dan tiga bungkus laksa.....3 kilo ikan sadin, ikan kembung ada, tapi tak berapa elok, dia kata. terus Auntie rendam laksa tu dulu.
Lepas makan rehat, selak paper hari Ahad kejap. Lepas mandi kami ke mini market cari lagi bahan-bahan basah untuk persediaan memasak ni.
Sampai rumah, Auntie masak agar-agar dulu. Agar-agar santan daun pandan.
Rebus ikan. Cik Din tolong siapkan isi ikan dan blender. Dalam hati, "not bad juga partner aku nih....boleh diharap" kejap je dah siap kuah laksa. Agar-agar pun dah keras.Auntie SMS adik Auntie..." mai rumah ada makan2 ptg ni. Kalau nak lunch datang awal...ada gulai nenas ikan masin" Sesambil tu masak pulak gulai nenas, masak nasi seperiok. Rebus telur masin. Cadang nak masak sambal petai.Tak jadi!
Helper Auntie yang ke dua, Jim. Tugas dia siapkan meja. Hidangkan kueh yang dah tinggal separuh balang tu..ada le dalam 5 jenis kot + 2 jenis kacang Ok lah tu...
Dalam pukul 4....all set. Adik Auntie Cik Wan sampai dengan isteri dia...dalam hujan yang agak lebat. Depa balik cepat sebab nak kejar gi open hause lain pulak.Errr...depa bawak sebalang kuh tart...yeyyyy! Thank Q. :-)
Semua dah terhidang, tetamu belum dijemput. He...he!...SMS saja. "Jemput ke rumah, ada makan" Satu jiran selesai makan, SMS pulak jiran yang lain...gitulah cara Auntie, tak le penat melayan.
Lepas maghrib, 2 jiran lagi akan datang. By jam 10 malam, selesai.
Oh...letih jugak rupanya...tapi happy! jam 11, semua beres. Naik tido.
Esoknya bangun....tu diaaa..lutut sudah bengkak!...pinggang pun macam nak putus ! telan pain killer sebelum ke ofis.Kat ofis pun dah macam nak demam. Tapi tak demam pun. Manja rupanya badan Auntie ni! :-)
Monday, October 13, 2008
Mee Bandung
Pagi Sabtu, rumah Auntie agak sunyi. Awal lagi Auntie dan Cik Din dah bangun. Cik Din macam biasa pergi exercise ke trek berdekatan. Auntie pulak sibuk dengan urusan dapur, buat air, basuh pinggan, lap cermin tingkap, mesin kain. Auntie dengan Cik Din nak makan roti bakar saja, so, kena tunggu Cik Din balik dulu baru buat. Anja dengan Jim, Cik Din akan belikan nasi lemak. Depa dua orang ni masih tido lagi.
Siap je mesin kain, Jim turun , dah smart dah..siap bergel rambut dia, rupanya dia nak ke KL...lupa pulak Auntie. Nak tengok wayang kat Time Square katanya. lepas dia b/fast, Cik Din hantar dia kat hentian bas. Beberapa orang kawan dia dah tunggu...Cik Din kata semua pemuda cilik tu bergel rambut memasing!!! (jaman dulu mana ada gel...)
Lepas kami b/fast dan baca paper...dah tak tahu apa nak buat...boring lah pulak pakcik dengan makcik...so, Cik Din kata why not kita gi KL...cari Mee Bandung Muar????...so, off we went. Tinggal Anja sorang...nanti petang baru dia nak keluar.
Ada satu gerai ni, yang kami selalu pergi pekena mee atau nasi campur dia...tu yang selalu dok teringat kalau lama dah tak pergi. To be exact...bertentangan dengan AmBank, belakang JJ Taman Maluri.
Sebaik sampai dah pun time lunch. Mulanya kami ingat gerai tu masih tutup...sebab macam tak de orang...selalunya gerai ni penuh apa lagi kalau lunch time. Rupanya, buka, tapi hanya ada dua tiga orang je...kata budak pelayan tu..."orang gi open-house kot, Kak"
Cik Din order mee Bandung yang di idamkan, Auntie pulak berbelah bagi, mee Bandung ke, nak makan nasi?? Lastnya Auntie op for nasi...tak tahan tengok kari telor ikan dia...yummmy-yummmyy! sungguh la menggoda... :-)....ada pulak pucuk betik...adui!! memang Auntie makan tak hingat anak!!!
Selesai makan " love-bird" yang tak berapa nak muda, berpegangan tangan menuju ka JJ pulak. Lepas raya baru nak tengok-tengok kasut, baru nak try-try baju....anyway tak beli pun...
Auntie lama menghabiskan masa kat Wat**n...tengok-tengok supplement, belek-belek skin-care. Adalah beberapa items yang Auntie beli. Cik Din ke bahagian lain. Tu yang best...puas le Auntie membelek itu ini...lepas tu, termasuk le pulak ke optikal shop pulak...tanya-tanya lebih kurang, ada discount pulak...he...he....terus je periksa mata...kebetulan spek yang ada ni dah macam tak banyak membantu, tiap kali nak membaca kena buka spek, dah kabur. Dah beberapa kali benarnya Auntie survey nak buat spek, tapi, aduhai...reganya sungguhlah tak sesuai dengan budget Auntie.Kebetulan, lepas raya ni, ada pulak belen-belen duit raya...tu yang terus jadi.
Selesai urusan spek, kami sekali lagi ke gerai makan tadi, tapau pulak nasi untuk Si Anja yang dok SMS Auntie kata dia lapar...Dalam pukul 2.30 sampai rumah, just nice untuk solat zohor.
Hari ni, mak oii, letihnya. Semalam Auntie panggil jiran-jiran beraya ke rumah.Auntie masak laksa dan buat desert saja. Tu pun letih gila macam nak tercabut pinggang. Nasib baik Cik Din dan Jim banyak membantu.
---------------------

Friday, October 10, 2008
Hari Raya..
Kepada yang meninggalkan komen di entry lepas Auntie ucapkan terima kasih.
Auntie dah pun mula bekerja semalam 9/10/08. Sepatutnya dah kerja pada hari Rabu, tapi terlajak pulak sampai hari Kamis.
Puas rasanya beraya pada tahun ini, bukan le kerana berziarah dari rumah ke rumah, tapi hanya melepak di rumah mak Auntie, bersantai-santai bersama adik beradik. Auntie balik kampung sehari sebelum raya. Maka dapat lah berbuka puasa bersama mak pada hari akhir puasa tu. Kami sampai sejurus sebelum waktu berbuka. Adik Auntie dah pun siapkan juadah berbuka dan juga juadah untuk hari raya.
Daging masak hitam orang Perak, kuah kacang, nasi impit dan laksa asam untuk raya. Auntie masak nasi tomato sebaik saja kaum lelaki pergi solat sunat raya.
Memang best raya tahun ini, apalah lagi tahun ni giliran Auntie balik kampung sendiri.Rumah mak Auntie yang tak besar mana tu penuh dengan anak cucu. Auntie terpaksa sewa bilik hotel. Cik Din dan Anja tidur di hotel yang hanya lima minit berjalan kaki dari rumah mak Auntie. Bilik hotel tu hanya untuk mandi manda dan tidur saja.
Hari Raya ke dua, Cik Din, Anja dan En. Amir dah balik ke KL sebab Anja dah kena masuk kerja pada hari raya ke 3. Auntie dan Jim balik kemudian menumpang Adik Auntie yang kat Cheras tu......he!....he!...Auntie dapat lesen besar!!
Hari raya ke 3, Cik Mat (adik Auntie yang kat Ipoh tu) dah balik ke Ipoh isteri dia Cik Nani nak raya dengan kerabat dia pulak. Di sebelah petangnya adik Auntie Cik Wan (yg.dok Cheras tu) sampai dengan isteri dia Cik Mal dari Penang (Cik Mal orang Penang, depa raya sana dulu).
Hari Raya ke 4, kami adik beradik pergi pulak makan kenduri kawin anak Kak Biah (sepupu Auntie) ...kampung berdekatan je...kendurinya tak berapa meriah...mungkin sebab raya kot...tapi kami tetap meriah sebab dapat jumpa sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa. Ramai abang-abang dan kakak-kakak saudara Auntie yang dah bercucu cicit. Bila bersembang tentunya berkisah hal keluarga dan anak pinak saja.
Hari Raya ke 5, kami bertandang ke rumah adik Auntie yang duduk di taman berdekatan dengan rumah mak pulak.
Hari ke 6, bangun pagi dan bersiap-siap nak balik ke KL dah...awal jugak kami bertolak...takut terserempak dengan kesesakan jalanraya. Sebelum neneruskan pejalanan sempat Auntie menziarah kubur arwah ayah Auntie.
Alhamdulillah...syukur...sempat kita berharai raya tahun ini, insyaallah tuhan panjangkan usia kita semua semoga kita dapat lagi beraya di tahun depan. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)