Assalamualaikum,
Alhamdulillah! Auntie masih bernafas lagi walaupun dah kerap benar badan rasa 'berkeriok' sana sini, sabo jelah kan...kata dah jadi wargamas.. :-)
Auntie nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua yang terrrrbaca blog Auntie ni. Tak lah terlewat lagi. Malas betul nak up-date blog. Rasanya sejak pencen ni dah tak ada apa yang menarik untuk diblogkan.
Walaubagaimana pun, Auntie cukup seronok duduk dirumah ni, belum le rasa boring lagi. Sekali sekala ada lekawan datang bertandang. Hilang juga rasa kesunyian.
Banyak masa Auntie habiskan dengan membaca. Banyak buku-buku agama yang dibeli dulu masih belum diusik. Penat membaca, tido je lah. Penat tido tengok TV, suka betul Auntie dengan program Master Chef, malam tengok, siang pun tengok lagi. Ada beberapa drama yang Auntie ikuti sekarang. Yang tak mahu Auntie miss adalah cerita Suria di Cardova dan Tentang Dhia...dua-dua drama ni ada Adi Putra. Auntie memang suka sangat kalau mamat ni berlakon.
Satu lagi yang Auntie ikuti adalah telenovela " Bella Calamidades"...jalan ceritanya ok saja, tapi yang penting hero dan heroin dia sangat le kacak dan lawa. Bagi you all yang bekerja tu tak dapat le tengok sebab ianya bermula jam 3.00 ptg..he...he...tengok kat tonton.com sajalah kot...
Isy..jangan le pulak you all ingat Auntie asyik dok tengok benda-benda "laro" takkkkkk..Auntie memang tak miss program Tanyalah Ustaz, Mukadimmah dan banyak lagi program yang berbentuk agama yang disiarkan kat TV Al-Hijrah#...paling Auntie suka cara dan gaya Ustaz Don...sapa yang tak berapa kenal dia ni boleh le ke channel 114 jam 10.30 malam..pasti tak rugi.
(macam Iklan lak)
Sekian dulu.