Susah betul nak cari masa nak memblog nih...takat baca blog memang mudah. Nak up-date kena tunggu mood dan mesti ada bahan untuk ditulis, betul tak?
Ok, cerita kenduri belum habis lagi.
Hari Sabtu malam, Auntie pun pergilah ke majlis kenduri sepupu Auntie. Mak dia adalah adik mak Auntie yang bongsu. Adik berlainan emak. Jadi, makcik Auntie ni muda dari Auntielah. Dia buat kat satu hotel area Kg. Baru. Majlis bermula pukul 8.00 malam, ketibaan para tetamu. Dah majlis macam ni, nak kena tunggu dewan penuh dulu, tunggu pulak pengantin , baru boleh bismillah...Auntie sekeluarga duduk satu meja dengan sepupu Auntie sekuarga. Nasib baiklah semeja dengan sedara...perut kami dah lapar, nak makan majlis belum bermula... he!...he!...kami buat selamba je, kami bukalah dulu plastik hidangan buah-buahan dan makan dulu.
Lebih kurang jam 9.00, baru le ada bacaan doa, ucapan mak pengantin, slide show bio-data kedua pengantin, lepas tu barulah makan. Menu macam biasalah...lauk pengantin macam selalu.
Majlisnya ringkas saja maklumlah majlis sebelah pengantin lelaki.
Lepas makan salam-salam pengantin kami pun balik.
Hari Sabtu nak datang ni, ada satu lagi majlis kenduri kawin, kawan ofis punya. Hari Ahad pulak jiran dekat rumah pulak ada majlis. Rasanya bulan ni almost every weekend ada kenduri kawin.
Hari ni pulak, seorang lagi kenalan Auntie meninggal dunia. Innalillah hi wainna ilai hirojiun...pernah satu ofis masa kat ofis KL dulu. Dia meninggalkan seorang isteri dan 3 anak remaja lelaki. Sian tengok isteri dia, dah lemah longlai. Dia terkejut sesangat atas pemergian suaminya sebab suaminya meninggal dalam masa sedang bercakap dengan kawan di telefon. Telefon ditangan terlepas, dia pun habis nyawa. Nasib baiklah isteri ada disisi.
Auntie baru balik dari menziarahi jenazahnya yang di bawa ke Masjid Putra Putrajaya. Dimandi, dikafan dan disembahyangkan disitu kemudian terus di bawa ke perkuburan di Precint 20.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
Al-Fatihan...
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Wednesday, June 17, 2009
Thursday, June 11, 2009
Pengantin
Hampir seminggu berlalu. Blog tak juga berup-date. Makcik tengah sibuk.Macam-macam nak kena bereskan. Minggu lepas bos-bos ramai tak ada. Ada yang bercuti ada yang pergi seminar. Ada yang dua-dua sekali.
Auntie tetap macam Auntie dok kat ofis, siapkan kerja. Ingatkan bila bos tak ada, kita boleh relax sikit, tapi, relax apakebendanya...kerja menimbun.
Ramai yang bercuti sempena cuti sekolah. Auntie cuti jugak last week pada hari Kamis.. Cuti sehari saja sempena Cik Din nak service kereta. Dia malas nak nganto Auntie, so, terpaksalah cuti. Kebetulan Auntie ada urusan jugak dengan bank, so, lepas settled service kereta, terus je ke bank kat Putrajaya. Kejap je urusannya dah selesai. Dah tak tahu nak kemana, so off we went to Alamanda..he!..he!..the one and only shopping mall kat PUJ.
Tak tahu jugak apa nak buat kat Alamanda tuh...Cik Din jumpa barber shop terus masuk. Auntie jenjalan sorang-sorang sementara dia gondolkan kepalanya. Masuk keluar tiap kedai, tak tahu apa nak beli. Last-last, satu apa pun tak beli. Perut dah lapar. Ingat nak makan je kat situ..tapi, rasanya lebih baik makan kat satu restoren Pak Cik Kelantan di Bangi just opposite the post office, lagi sedap. 2 orang makan tak sampai pun RM 20.
Memang betul, dah selesai makan Cik Din bayar RM15.50 sahaja. Kami makan ikan kembong bakar (yg. besar) sekor, sup tulang semangkok (boleh makan 2 orang) kuah kari yang tersangatlah sedapnya, sayur-sayur dan juga kerabu perut. Kami minum air sirap limau..Alhamdulillah...kenyang yang amat. Kenyang sampai malam. Syyyy...jangan gelak...weekend Auntie boleh balun apa saja yang rasa nak makan, hari lain...makan sikit saja dan nasi is a no, no,.... :-) untuk dua orang bujang yang kat rumah tu, Auntie tapau saja. Lauk dia orang, apa lagi kalau bukan lauk ayam percik kegemaran kalau makanan dari kedai Pak cik Kelantan ni.
Week end (hari Sabtu) kami ke Pekan Pahang. Kenduri kawin sepupu Cik Din. Sesambil tu dapatlah jenguk-jenguk mak mertua dan lain-lain kaum kerabat Cik Din. Malam sebelum pergi tu, adalah acara memaksa anak-anak untuk ikut sekali...yang berjaya dipaksa cuma En. Amir dan Jim...Si Anja gagal di paksa! puas le Cik Din memberi kata dua...haram diendahkan...katanya dia kena siapkan report sebelum hari Isnin, dia nak ke ofis hari Sabtu tu...Cik Din gave-up akhirnya. Anja dah jadi buluh, bukan senang nak dikelentongkan.
Dua beradik yang berjaya dipujuk untuk ikut macam happy saja. Sampai Petrol station Auntie belikan berbagai jajan untuk depa buat exercise mulut dalam perjalanan yang memboringkan tu.
Auntie pulak asyik terlena saja, mengantuk sungguh, mungkin sebab malam sebelum tu tidur lambat sebab dok bereskan hal r/tangga dulu. Mesin kain, gosok baju, kemas dapur, mop lantai dan segala bendanya.
Hemmm...orang lelaki apa tahu???...hemmm tak pe lah...dia bawak kereta kan ?...Auntie relax pulak. :-)
Kami berhenti sekali saja. Cuma ke toilet. Kami ambil jalan melalui Paluh Inai. Jalan kampung yang agak lenggang berbanding jalan besar menuju Kuantan.
Dalam pukul 12 thg. kami pun sampai. Lenggang je. Ingatkan silap hari..he!...he!...nampak kemah je, kami pun happy. Memang orang belum ramai yang datang. Sempat le gebang dengan tuan rumah dulu. 12.30, tetamu dah mula ramai. Nasib baik cuaca tak le panas sangat. Kebetulan pulak ada pokok-pokok yang meredupkan lagi kemah-kemah tu.
Makan time...! Auntie pun ambik pinggan..wah!!! bestnya....menu lain sikit kali ni...nasi puteh, tak de nasi merah atau kuning. Kerabu perut dengan taugeh. Ikan masin, sambal kuini & sambal belacan yang super pedas menyengat...ulam timun, ulam raja, kacang botol, pucuk pegaga. Kari daging dan opor daging......kurrrrr...semangat...ramai yang berbisik..."..hemmmm sedapppnyaa..." Auntie makan tak pandang kiri kanan dah, apa lagi perut tengah lapar. Rasa macam nak tambah, tapi, sabo je lah..... Rasa macam berkelah le pulak...... :-)
Selesai makan pengantin pun keluar, serba hijau. Pengantin lelaki sampai tepat pukul satu, terus saja ke meja pengantin. Adalah dua tiga orang kerabat di Raja Pahang yang datang.
Penganti berseri tidak terperi*
Cantik lawa Raja Sehari
Dalam hati berbunga-bunga *
Bagai pinang dibelah dua
Impian sudah menjadi nyata *
Semoga pengantin sentiasa sejahtera
Melayari hidup bersama-sama*
Insyaalah kekal bahgia.
Lepas makan kami berehat di rumah Mak Cik Din, sembang lebih kurang solat dan pejam-pejam mata barang sekejap.
Dah hilang penat, kami bergerak ke Kuantan pulak...lebih tepatnya kami ke Gerai Pak Soh di Sg Lembing untuk makan satar. Dah agak lama kami tak pekena satar ni. Memang kat sinilah satar yang terrrrsedap. Gerai ni di buka dalam pukul dua membawa ke malam. Tak terkatalah kami makan satar, penuh satu meja. Tapau pulak kat Si Anja yang tinggal. Auntie beli juga keropok leko untuk bawak balik.
Lebih kurang maghrib, alhamdulillah kami selamat sampai rumah.
Psst...rupanya, Pakcik Cik Din (tuan kenduri) ada tapaukan kari daging dan opor...he!...he!...Auntie tak tahu pun...apa lagi, Auntie tinggal masak nasi sajalah. Patut le Cik Din beria-ia takmo singgah makan dikedai. Lepas makan, kami tido jelah...badan letih.
Esoknya Auntie pergi kenduri ke BBST pulak. Kawan baik Auntie kawinkan anak dia. Dua orang sekali di kawinkan. Anak dia lelaki. Tak sempat pun tengok pengantin. Lepas makan terus je balik, tak tahan panas. Peluh turun dari pala terus ke kaki rasanya!. Menu dia ada sikit ke lainan.. Nasi jangung sambal sotong kering....memang sedap....ayam goreng berempah, rendang daging dan acar buah.
Dua hari berturut-turut makan kenduri. Timbangan yang dah mula nampak menurun, naik semulalah gayanya.
Hari Sabtu malam, insyaallah mak sedara Auntie pulak mengawinkan anak dia. Dia buat kat satu budget hotel kat Chow Kit.
Kita tunggu apa kisahnya nanti.
Wasallam adanya.

Friday, June 05, 2009
Kenduri lagi
Salam sejahtera semua....
Sah le Auntie semakin malas. Tapi dengan kudrat yang ada..he!...he!...hari ni dikuatkan juga semangat untuk mengupdate blog yang di sayangi ini. (Ceh!)
Alhamdulillah, program diet Auntie berjalan seperti yang di rancang. Malam tak makan nasi atau makan yang berat. Sambil tengok " Matahari" yang bermula jam 6.30 ptg, sambil minum teh cicah biskut kering...lepas maghrib, makan buah mangga (sekarang musim mangga...kan?) minum air kosong & tidur. Dah nak masuk 2 bulan dah macam ni. TAPI.....bila tengok cermin, dok macam tu jugak...dok rendang cam tu jugak. Bila naik penimbang...apasal tak de beza pun..??? Cis!..buang karan!...buang karan! Tak pe...tak pe...jangan putus asa!
----------------------------
Cuti sekolah dah seminggu berlalu. Rumah Auntie penuh lengkap ahli keluarga. Semua anak ada. En. Amir balik bercuti sambil tunggu result. Bila cuti, Auntie lebih letih, lebih banyak benda kena buat. Bangun pagi selain sedia b/fast, nak kena sedia makan t/hari jugak...isyyy!....kalau ada anak pompuan tentu tak payah fikir benda ni. Mungkin bila sampai rumah semua dah beres, kain baju siap berlipat, nasi terhidang di meja. Apa nak di kata...Auntie ada anak bujang saja..(Alhamdulillah...kalau tak de langsung, lagi susah).
Cuti tak ke mana ke??...setakat ni tak kemana pun. Anak-anak dah besar panjang, manalah depa suka nak berjalan ikut kita. Kita pulak tak nak le tinggal depa kat rumah bersendirian....Raya Hindu le depa kalau mak ayah tak de.
Semalam Auntie cuti sehari. Cik Din nak servis kereta. Auntie pulak ada urusan dengan bank.
Lepas selesai servis kereta, kami terus ke bank di Putrajaya, lepas tu singgah ke Alamanda....pusing sana, pusing sini, masuk-keluar kedai, satu apa pun tak beli...last-last pi makan nasi kat satu gerai Pak Cik ni...best pulak makan kat situ...kebetulan pulak Auntie dah beberapa minggu tak makan nasi .....berseleralah pulak. :-)
Sepatutnya Auntie cuti lagi hari ni....tapi asyik dok ingat ada satu lagi tugas belum selesai....Auntie pun cancel cuti dan datang kerja pulak. Cis!...macam rajin je..... sampai ofis, Bos Auntie pulak cuti.....jadi, kerja tu tak dapat dibereskan jugak. :-(
Esok. Yeyyy...nak gi makan kenduri. Kali ni jauh sikit. Adik sepupu Cik Din akan kawin....di Pekan Pahang...jauh le...kan? Dua tahun sudah si kakak yang kawin. Sedap masakan orang sana. Lain lah sikit daripada menu kenduri di KL yang boleh dikatakan sama saja dari kenduri kawin ke satu kenduri kawin . Balik-balik nasi beryani/minyak, dalca, ayam goreng, ayam merah, rendang,acar buah. Boring!!! Negeri Pahang ni dia fames dengan opor danging...betul ke orang Pahang??? (Cik Din kata yes.....psst...dia orang Pahang) Harap-harap kenduri kali ni, tuan rumah panggil tukang masak dulu juga.
Psst....Auntie tak tahu le kat tempat lain...tapi...(syyyy...nak gosip sikit...) Auntie dok perati le kan....
tiap kali ada kenduri kendara kat Pekan ni, selalunya sanak saudara yang datang kenduri, bila lepas makan sibuk dok minta lauk kenduri nak bawak balik...kenduri belum lagi selesai. Ada tu, dengan selamba pergi cedok sendiri lauk-pauk kat tempat orang masak. Entahlah, kata Cik Din selalunya begitulah...sampai kena adakan orang untuk 'guardkan' makanan supaya tak kehabisan sebelum kenduri selesai. Tak tahulah mungkin keluarga lain tak buat kot....Kesian tuan rumah yang pening kepala takut tak cukup lauk. Harap-harap kenduri kali ini, tabiat begitu dah tak ada lagi.
Macam-macam tabiat manusia ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)