Wednesday, December 26, 2007

Aktif semula

Kepada pembaca blog ini yang telah meninggalkan komen pada entry sebelum ini Auntie ucapkan ribuan terima kasih. Insyaallah, blog ini akan di aktifkan semula minggu depan.Auntie akan mula bertugas pada hari Isnin 31/1/2007

Alhamdulillah! hari ini Auntie ada appointment dengan pakar bedah O & G.
Dari semalam rasa excited nak jumpa dia dan excited dapat keluar rumah setelah sekian lama bertapa.
Memang Auntie tak keluar rumah, kalau keluar pun hanya setakat gate saja.....dah tak larat nak berjalan. Dulu, dalam sakit-sakit pun sekali sekali Auntie gagahkan jugak berwindow shopping kalau dah boring sangat kat rumah. Nak kata tak boleh berjalan tu, tidak le jugak, masih boleh berjalan, tapi terpaksa tanggung kesakitan, jalan dua tiga tapak nak kena cari tempat landing, tu yang buat Auntie tak terdaya nak kemana-mana.

Hari ni dapat keluar ke hospital. Ada wheel chair, so, tak de masalah. Setelah letih menunggu pukul 11.35 barulah dapat jumpa doktor. Terkejut dia tengok Auntie atas wheel chair tu...."eeee...what happen to you?" terbeliak biji mata dia tengok Auntie...dengan muka sedih, Auntie kata "I can't walk after the operation" ...terlopong mulut dia!!! he!..he!..takutt!!
Sian pulak tengok dia macam percaya pulak..."tak le dokter...I sakit lutut la....operation dulu tu dah ok..." " You really make me shocked! " kata dia ...he!...he!.. Sempat le dia checked semula tempat yang di bedah...semua ok...fibroid yang dibuang pun tak de apa-apa...alhamdulillah....so, kena jumpa dia the next 6 months time.

Auntie ada 5 hari lagi untuk berehat di rumah sebelum mula bertugas minggu depan. Nak kata rindu dengan ofis tu rasanya tidak le...dok kat rumah pun best juga...memanjang berehat...
So, insyaallah blog ini akan aktif semula.

Thursday, December 06, 2007

Masih berMC...


Yeyyyyyyyyyy.........!!!!


Alhamdulillah...syukur pada Allah tuhan semesta Alam. Auntie telah selamat menjalani pembedahan seperti yang telah dijadualkan. Masih lagi berMC...hingga hujung tahun. Lama tu..jangan jeles. Memang best dok kat rumah...best! best!..best!...belingkau atas katil...rasa lapar makan, rasa ngantuk tido!...pssstttt! ada masa rasa boring jugak. Banyak masa Auntie habiskan dengan membaca dan menonton TV.


Hari ni Auntie datang ofis, tu yang boleh mengupdate ni...kat rumah internet tarak..nak gi CC macam tak kena le pulak lagi pun CC kat area rumah Auntie tu penuh dengan bebudak je...kang terkejut pulak depa tengok Auntie yang warga emas ni tersesat ke situ. :-) Tak sesuaikan?


-----------------------------


Bagi yang nak tahu perkembangan diri Auntie...well...Alhamdulillah Auntie tidak mengalami apa-apa komplikasi. Pembedahan berjalan lancar. Insyaallah, kalau tiada apa-apa aral pada 16 Januari nanti, Auntie akan menjalani pembedahan lutut pulak. Hari ni Auntie datang sekejap ke ofis untuk uruskan dokumen-dokumen untuk pembedahan tu. Banyak pulak cekadaknya..tapi,...dah kita nak guna duit gomen gitu lah....kalau duit sendiri....aisehman! sendiri jugak kena ingat....wa tak mampu le.... he!...he!...


Ini lah rupa "benda" yang akan dimasukkan ke dalam lutut Auntie nanti....insyaallah...reganya RM10,500/-
Nak cerita pasal pembedahan lalu pun dah basi dah...tapi tak pe le boleh cite sikit-sikit...
Berkat doa semua yang mengenali Auntie, semuanya berjalan lancar. Memang Auntie tersangat takut dan gerun nak melalui saat-saat yang sungguh mendebarkan itu, tapi dah terpaksa, Auntie serahkan diri bertawakal pada Allah saja. Alhamdulillah, akhirnya Auntie selamat setelah hampir empat jam di dewan bedah...fibroid yang dikeluarkan memang besar, tapi tak le berat mana dalam 800gm saja...mungkin dah campur berat dua ovari serta rahim adalah dalam 1 kg lebih atau 2 kg yang dikeluarkan. Yang bestnya terus berat Auntie berkurangan 6 kg.!
Lepas bedah sehingga kini dah 1 bulan, alhamdulillah Auntie tidak le mengalami sakit ditempat bedah tu...cuma rasa macam dalam pantang saja. Kalau tak kerana sakit lutut harus Auntie dah merayap ke sana sini dah...
Auntie kat hospital pun tak lama walaupun doktor kata harus tinggal selama 1 minggu. Adalah 4 malam Auntie tido hospital. Dek kerana semua ok, Auntie pun disuruh balik. Sempat le juga kenkawan datang ke spital melawat Auntie...terima kasih le pada Adeq, Mak Ety, Arc, Nini, Delin dan Melor...awal lagi dah sampai. Terima kasih juga Jokontan dan Maam yang sudi datang.
Yang lain tu nak datang, tapi dah tak sempat oleh kerana Auntie keluar cepat dari spital.Yang datang ke rumah pun ada...terima kasih le semua...doakan Auntie semoga lebih tabah untuk menghadapi satu lagi operation insyaallah.
Semoga kita akan bertemu lagi di lain masa...tahun depan insyaallah.

Wednesday, November 07, 2007

Hingga bertemu lagi..

Pagi tadi Auntie dapat call daripada doktor..."Pn.Auntie Yan ye?....saya doktor Syah dari spital ni...nak comfirmkan.....Pn. datang esok ye....jangan tak datang..." Wakakakakaka! (Pasal pulak Auntie tak datang...Auntie dok tunggu hari je..) " Ok doc, sure saya datang...mana saya nak pegikan..hari raya pun saya tak balik kampung sebab nak masuk spital..."

Insyaallah, berkat doa sanak saudara, kawan-kawan sahabat handai pembedahan akan di jalankan pada 9/11 .

Doakan semoga semuanya dipermudahkan Allah selamat sejahtera.
Insyaallah panjang umur kita bertemu lagi.

Wasallam.

Yours trully,

Auntie Yan.

Monday, October 29, 2007

Menghitung Hari.

Auntie dah rasa macam excited pulak nak menjalani pembedahan ni. Dah bersiap sedia ni...dah banyak info yang Auntie kutip samada dari internet mau pun dari bahan-bahan bacaan. Beg nak ke spital pun dah Auntie sediakan, dah siap packing lagi.

Pagi tadi, sekali lagi Auntie ke kelinik untuk check BP yang tetiba naik mendadak beberapa minggu yang lalu. Sebelum ni memang BP Auntie ok saja, malah, kerap juga BP tu agak "low" tak tahu le jugak naik kerana tension atau naik sebab memang dah nak kena darah tinggi. Minggu lepas, (hari Isnin)BP naik mencanak ke 170/100, terus doktor prescribed ubat darah tinggi in order to maintain the BP...kalau tinggi, operation tak mungkin boleh di buat. Hari Jumaat, bacaannya turun sikit ke 150/80.
Pagi tadi pulak bacaannya 140/90 pulak....kata doktor masih 'border' kena turunkan lagi sikit. Tetiba, doktor dari hospital telepon Auntie bagi tahu operation dipinda ke 9/11 pulak!!!...laaaa...Auntie dah tak sabo menunggu nih...tapi, tak pe le...insyaallah Auntie boleh kawal lagi BP tu...mungkin doktor nak bagi Auntie peluang berdepavali dulu gamaknya...:-)

Aisehmen!...kena tunggu lagi le gayanya.

Wednesday, October 24, 2007

Kenangan mengusik jiwa....



Errrr....sapa pulak ni??

Tuesday, October 23, 2007

Raya, raya, raya....

Ikutkan kalendar hari ini dah 11 haribulan Shawal. Hari Raya yang ke 11...ada ke hari raya ke11 ni? Ada yang kata kalau kita puasa selama sebulan, maka, raya pun sebulan jugak!...mak datuk nak raya sampai sebulan??? Sakannnn tuuu!!!!

Buat diri Auntie, yang terasa beraya takat tiga empat hari saja, lepas tu dah macam biasa balik le. Mungkin jugak Auntie ni memang jenis tak beraya ke rumah orang, sokmo tunggu orang datang ke rumah je. Kalau balik ke kampung Auntie, sah le Auntie sibuk di dapur menyediakan hidangan untuk tetamu, buat air, atur kueh, tambah makanan bila perlu sesambil menyampuk apa yang di sembangkan. Kalau balik ke rumah mertua pun gitu jugak Auntie lebih suka di dapur tolong buat air atau basuh pinggan. Bila beraya di rumah mertua selalunya dapat le Auntie beraya ke rumah sedara Cik Din, tu pun tidak le banyak rumah yang kami ziarah, takat rumah makcik dan pakciknya saja. Ikutkan Cik Din, dia memang malas nak beraya ke sana sini.Dia lebih suka tunggu tetamu datang.

Tahun ini memang satu kelainan buat Auntie dan keluarga sebab kami tak balik kampung langsung. Maka beraya le kami 5 beranak kat rumah sendiri dengan dikelilingi rumah-rumah jiran yang sunyi sepi tanpa penghuni. (semua balik kampung)

Auntie mula bercuti pada hari Jumaat sehari sebelum raya. Sebelum tu, dek kerana Auntie asyik memikirkan sakit dan operation, langsung terlupa bab-bab raya ni. Lagi pun selalunya Auntie memang tak buat persiapan pun sebab beraya dikampung.

Setelah dapat result dari segala ujian yang di buat kat spital tu, baru le Auntie terperasan yang Auntie kena jugak buat persediaan untuk beraya. Tak kan nak raya tak buat rendang ke atau at least buat nasi impit kuah kacang ke. kesian pulak anak-anak...dah le tak balik kampung.

Nasib baik le, ada pulak orang jual daging kat ofis, terbeli le juga daging tu...boleh le buat lauk di pagi raya. Cik Din pulak beli ayam dua ekor dan dia jugak dah tempah lemang 2 batang beserta rendang daging. Maka sehari sebelum puasa tu, bertungkus lumus jugak le Auntie memasak daging dan ayam tu. Barang di ingat, Auntie tiada pembantu...anak-anak jantan sibuk dengan hal memasing je...penat nak minta tolong dengan dia orang tu...satu di suruh satu di buat...akhirnya lebih selesa buat sendiri perlahan-lahan...dari lepas sahur hari terakhir berpuasa tu Auntie dok le mengupas bawang bagai untuk memasak.

Dah hampir nak berbuka tu siap le dimasak, 2 ekor ayam telah menjadi ayam masak merah dan daging pun dah jadi daging masuk hitam kegemaran keluarga. Untuk berbuka, kami beli ayam percik je dan Auntie tumis sayur.

Esoknya hari raya. Lepas subuh tu Auntie masak pulak nasi tomato untuk dimakan lepas sembahyang raya. Untuk breakfastAuntie buat sandwich dan makan lemang dengan rendang.
Cik Din dan anak-anak gi masjid, Auntie sibuk mengemas rumah dan sediakan makanan.

Alhamdulillah...sebelum dia orang balik nasi pun dah ready. Makan le kami anak beranak nasi tomato berlauk ayam merah, daging masak hitam dan juga jelatah.. Lepas makan kami bermaaf-maafan...lepas tu kami lepak depan TV sampai malam!!! dari satu program ke satu program. Nampaknya inilah satu tahun yang Auntie beraya dengan menengok TV dari pagi sampai malam!!!

Hati sayu jugak teringatkan mak Auntie, nasib baik le adik-adik Auntie semua pakat raya kat rumah mak. Auntie sepatutnya beraya di kampung Cik Din, tapi Cik Din ambil keputusan takmo balik sebab risaukan penyakit Auntie...so, apa boleh buat raya saja di rumah walau pun tak meriah. Cik Din suka sangat le...lepas makan tido, lepas tido makan!!!! Hari raya ke dua dan ketiga pun sama le agenda kami, makan, tengok TV, tido!!

Hari Raya ke 4, Cik Din dah gi ofis. Dia langsung tak ambil cuti...nak simpan masa Auntie masuk wad nanti katanya.

Auntie pulak sebelum nak buat operation ni kena monitor BP yang tetiba naik mencanak! kena ambil BP setiap 2 hari sekali...sebelum ni memang Auntie tak de darah tinggi...tapi, tak tahu le mungkin tension sangat sebelum dapat keputusan ujian tu dulu....harap-harap BP tu stable balik lah so that operation akan dibuat bagai yang telah dirancang.

Tolong doakan Auntie!

Thursday, October 11, 2007

Dah dapat result...

Pagi semalam Auntie bertemu doktor pakar. Akhirnya terjawap semua persoalan yang menghantui fikiran selama hampir 3 minggu...tidur tak lena mandi tak basah..

Malam sebelum tu, hati rasa tak keruan, risau yang amat sangat, Allah saja yang tahu. Di depan suami dan anak-anak, Auntie maintain cool. Bila di atas sejadah, Auntie menangis bersungguh-sungguh, mohon diampunkan dosa, mohon dipanjangkan usia, mohon dilindungi Allah dari berbagai kerisauan dan gundah gulana dihati.

Berkat bulan Ramadan yang penuh dengan barakah dan rahsia, berkat doa kawan-kawan dan berkat solat hajat, Alhamdulillah!...semua ok.

Pagi semalam, Auntie bangun seawal 4.00 pagi...terus buat sembahyang Tahajud, sembahyang Taubat dan sembahyang hajat. Kemudian bergegas pulak menyediakan sahur untuk anak dan suami. Lepas sembahyang subuh, baca pulak surah Yasin seround. Pukul 7.00 keluar rumah. Singgah ofis Cik Din dulu. Auntie tunggu dia dalam kereta...sempat baca Yasin seround lagi, mohon pada Allah...barang dijauhkan Auntie daripada penyakit yang sangat ditakuti itu.

Pukul 8.00 pagi terus je ke hospital. Appointment pukul 9.00 pagi...sambil tunggu turn tu sempat lagi baca Yasin seround. Dalam pukul 9.30 nombor Auntie naik...dengan langkah yang longlai (..dan terhegeh-hegeh...sakit lutut)
Auntie menuju bilik 34, bilik doktor pakar bedah sakit puan.

Selain doktor pakar, ada 2 misi dan seorang doktor pembantu. Dengan senyuman, doktor pembantu tu mengatur patah perkataan menerangkan pada Auntie hasil daripada ujian yang dijalankan pada 19/9 dan juga 1/10 lalu.

Alhamdulillah!!!! syukur pada Allah....bukan CA yang amat ditakuti itu. Saat dia cakap bukan je....air mata Auntie berderai juga walau pun Auntie sudah pun bertawakkal pada Allah....Syukur!...Syukur!....Syukur!
Allah telah mendengar rintihan Auntie, Allah telah mengalbulkan permohonan Auntie.
Ya Allah!...Aku bersyukur pada mu....Engkau tuhan yang Maha Mendengar, Maha Belas kasihan....dengan rahmatMU...aku berlindung..
Memang masa tu rasa tersangat emosional...sampai doktor tu menepuk-nepuk bahu Auntie.

Hasil daripada ujian darah...semua ok. Pap smear ok. VE ok...
Hasil daripada CT scan...barulah nampak apa yang ada dalam perut. Pada ujian asal, doktor kata ovarian cysts...(doktor kat kelinik)...bila sampai hospital doktor kata tumor...yg. mungkin CA ( ketaq lutut Auntie dah masa tuh)
So, doktor kata ianya adalah fibroid yang tumbuh dirahim....memang dah beso...dah hampir 12.5 cm...dia seolah-olah floating...moveable....dan ada tangkai macam buah...Doktor memutuskan untuk membuang kedua-dua ovari dan juga rahim Auntie....tak pelah....Auntie akur saja dengan saranan doktor tu she knows best.

Kami bincanglah pulak cara mana nak bedah tu...horizontal ke vertical ke....Akhirnya doktor kata dia akan bedah secara vertical memandangkan fibroid tu dah besar...Insyaallah sehari sebelum pembedahan, Auntie dah kena masuk ward untuk persediaan dengan pakar bius pulak.
So, 1 Nov. masuk ward, 2 Nov pembedahan. Harap-harap semua berjalan lancar bagai yang di rancang. Sekarang Auntie kena jaga kesihatan le pulak.

Mungkin kerana risau yang amat sangat, BP Auntie yang selalunya ok saja boleh naik ke tahap border line....dah kena ambil BP selang sehari pulak sehingga 3 minggu.Hemmm...nampaknya kena jaga diet le...tak boleh le nak membantai sembarangan raya ni...

Walau pun kerisauan telah berlalu...Auntie tetap berdoa semoga semuanya baik belaka...jangan ada penyakit lain pulak lepas ni.

Auntie ingin mengucapkan berjuta-juta terima kasih kepada sesiapa saja yang turut mendoakan kesihatan Auntie...Allah juga lah yang akan membalasnya.
Akhir kata, Auntie dan keluarga mengucapkan

"SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN"

insyaallah kita jumpa lagi. :-)

Monday, October 08, 2007

Ramadan akan berakhir...

Hari ini dah 26 hari kita berpuasa. Dalam masa yang singkat Ramadan akan berlalu, Syawal pulak akan menjelma. Tahun hadapan belum tentu kita akan dapat bersama lagi..entah-entah, inilah Ramadan yang terakhir buat kita, entah-entah, ini juga Syawal yang terakhir bagi kita.

Allah Maha mengetahui!

Di pejabat Auntie, suasana hari raya sudah mula terasa..biskut-biskut raya yang di order dah mula sampai ke meja-meja yang berpesan, lagu raya dah berkumandang silih berganti...lagu Raya P.Ramlee, lagu Raya Ahmad Jais, Lagu Raya Saloma, Lagu Raya Siti....dan lainlain....bingit telinga mendengarnya, tapi hati terasa sayu terkenang mereka yang telah pergi dulu, terutama ayahanda tersayang yang dah hampir 13 tahun dijemput Allah.

Tahun ini giliran Auntie balik ke rumah mertua. Masih dalam dilema, nak balik ke tidak...bagi Auntie ok saja kalau balik pun, tapi Cik Din rasa ragu-ragu takut sakit Auntie berulang lagi...tapi setakat hari ini alhamdulillah...tak rasa apa-apa pun macam biasa saja.

Kalau tak balik kampung, alamat Auntie kenalah buat persiapan raya...at least untuk anak-anak dan suami...sedihhhnya tak dapat balik kampung!!! uwaaaaaaaaaaa!!!

Belum tahu apa juadah nak dijadikan hidangan di pagi raya. Dalam kedaan sakit lutut yang sudah digred 4, memang rasa malas nak memasak bebagai tapi kenangkan anak-anak kena digagahkan juga.

Semalam, kami keluar mencari baju raya untuk Jim & Amir. Jim akhirnya dapat tiga helai kemeja berbunga idaman hati. Amir tak tak beli apa-apa, semua dia tak berkenan...kena keluar lagi gayanya ni. Auntie pulak...mood nak berbaju raya pun dah hilang, tapi tak pe lah, baju yang ada pun ok jugak.

Malam ini katanya malam 27..ikut kepercayaan ramai, malam Lailatul Qadar...sedangkan ianya berlaku di sepuluh malam terakhir...mungkin dah berlalu, mungkin juga belum lagi.
Marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah serta doa...insyaallah Allah akan makbulkan.

Doakan Auntie sekali ok?

" SELAMAT HARI RAYA SEMUA"

Monday, October 01, 2007

CT Scan

Dah dua minggu berlalu. Dua minggu juga perasaan tak ketahuan melanda diri Auntie.
Pelan-pelan perasaan yang bercampur baur itu pergi dari Auntie. Auntie dah tak nangis lagi.Sebagai orang Islam kena redho akan apa yang akan terjadi nanti.

Dalam masa dua minggu yang dah berlalu itu, rasanya Auntie sungguh dekat dengan Allah. siang malam hanya memanjatkan doa kepadaNya. Barulah tersedar diri. Barulah tahu betapa kerdilnya diri disisinya. Begitulah hebatnya keperluan manusia kepada Allah. Tak siapa yang dapat melarikan diri dari takdirnya. Apa yang terjadi ini adalah satu hikmah buat Auntie.

Auntie amat bersyukur mempunyai ramai sahabat tolan yang sentiasa mendoakan Auntie. Terima kasih yang tidak terhingga. Ada yang hantar e-mail, ada yang tinggal komen dan tak lupa juga yang menalifon sebaik saja tahu.
Insyaallah Auntie dah rasa tenang dah ....tenang sikit.

Hari ini, pepagi tadi, seawal jam 7.30 pagi Auntie dah pun mendaftar diri di kauntar X-ray. Semalam dah berpuasa...tak boleh makan minum selepas jam 12 malam. Jadi tak boleh makan sahur macam biasa. Auntie difahamkan akan di masukkan 'drip' semasa' CT scan itu dijalankan.
Kalau ikutkan masukkan 'drip' tidak akan membatalkan puasa (sebab bukan dimasukkan melalui rongga).

Sementara nak tunggu nama dipanggil tu...nampak le pesakit yang disorong masuk ke bilik...semuanya pesakit jenis yang macam coma je... aiii...serammmmnya...
Tak lama menunggu, datang le seorang juruxray ke tempat Auntie menunggu tu dengan sibijik gelas plastik ditangan dan sebotol air ditangan sebelah lagi.
"Puan, tepat jam 8.25 puan minum air dalam botol ni sebanyak 300ml, kemudian tepat jam 8.45, minum lagi 300ml...last sekali minum lagi 200ml"
Laaaa...kena buka puasa jugak rupanya..dah terpaksa nak buat macam manakan? Air tu sebenarnya adalah sejenis liquid yang perlu diambil bagi memudahkan lagi kerja-kerja pengimejan, supaya segala organ dalam badan dapat dilihat dengan jelas. Rasa air tu pait-pait sikit..dengan perut kosong masuk air hampir satu litre...cepat aje rasa nak membuang balik.

Selesai minum air, baru le Auntie dibawa ke bilik untuk dibuat scan. Nasib baik le yang menjalankan tugas tu pompuan...rasa lega le sikit dan misi yang membantu pun dah agak vetran macam Auntie. Ramah tamah pulak depa berdua ni. Hilang le rasa ketakutan.
Macam biasalah nak buat scan ni kena buka baju semua dan pakai le baju putih yang terbelah kat belakang tu. Ada dua lagi procedure sebelum scan dimulakan. Satu, masukkan lagi air apa tah melului bo**t dan satu lagi......tott...tottt...! Selesai kedua-dua procedure tu barulah scan tu bermula..lebih kurang satu jam baru le selesai. Sepanjang masa itu...memacam le yang Auntie fikirkan...tapi yang tetap bermain difikiran adalah menyerah diri pada Allah saja. Auntie baca berbagai doa...(habis semua buku doa Auntie gelidah semula dari dalam kotak..)

Alhamdulillah!...selesailah apa yang dinamakan CT Scan....Auntie berharap dan berdoa, semoga result yang akan diketahui nanti adalah sesuatu yang tidak membuatkan Auntie lebih gundah gulana lagi. Harap dapatlah pembaca blog ini sama-sama berdoa...semoga Auntie dijauhi daripada penyakit merbahaya.

Insyaallah, dibulan Ramadhan yang mulia ini kita lebih dekat dengan Allah, dan doa kita lebih mudah di makbulkan....esok lusa Lailatul Qadar akan menjelma....Auntie berharap doa Auntie Allah tidak akan sia-siakan.

Sekian dulu setakat ini....

Friday, September 21, 2007

Gundah gulana

Tak tahu nak cakap apa. Tiba-tiba saja kehidupan Auntie jadi tak menentu...risau, takut...dan macam-macam lagi.Tiba-tiba datang dugaan. Takut tak tertanggung...namun harus bertawakkal menerimaa kenyataan.

Hari Isnin lalu, sebaik saja selesai buat entry Auntie mengalami sakit perut...walau pun rasa dah seram sejuk, Auntie bertahan juga sehingga lebih kurang pukul 10.30 pagi baru Auntie call Cik Din minta dia jemput untuk ke kelinik. Dalam kepala nak ke kelinik belakang rumah je, dapat MC, makan ubat dah boleh rehat/tido kat rumah. Sambil menahan sakit, berubah pulak fikiran ni, lalu terus saja ke kelinik kesihatan (kelinik Gomen).

Biasalah kan...kelinik gomen...memang ramai yang dok menunggu. Lepas mendaftar, Auntie terus cakap nak jumpa doktor segera sebab tak tertanggung dah sakitnya. Alhamdulillah, dengan tak banyak kerenah...terus dibawakan ke bhg emergensi. Masuk je, ada le sorang lelaki, bukan doktor...dia ni Pembantu Perubatan, kalau orang dedulu panggil 'dresser'.

"Sakit gapo Kak" dia tanya Auntie. "sakit perut" Auntie jawap. " Tunggu kat lua arr. nanti kita pangge ikut nombo" kata dia. Dalam menahan kesakitan Auntie cakap "Dik...kalau tunggu nombo...kot Akak mati kat sini sapa nak jawap??...Akak nak jumpa doktor sekarang juga...ini sakit lain macam la dik" " Gastrik gamoknyo"..kata dia lagi.

Alhamdulillah doktor datang terus suruh baring dan rasa perut Auntie sambil memacam soalan le yang ditanya. " Keras perut Puan ni...Akak ngandung ni.." Sabo je le doktor ni, ada ke Auntie dikatanya ngandung...ciss!!...dalam kesakitan tu...rasa nak tergelak pulak. :-)

" Takkkk le doktor, Akak dah pencen ngandung dah tua daaaa..." Kata Auntie. "Berapa umur Akak?" dia tanya lagi ...."dah '25' " kata Auntie. " Ohh..kalau gitu kita buat scan le.."

Nak buat Scan tu terpaksa le tunggu dalam 15 minit sementara doktor tu melayan pesakit lain.
Sambil tunggu tu Auntie baca le apa -apa ayat yang Auntie hafal tak henti-henti.
Alhamdulillah, sakit semakin berkurangan dan bila doktor datang, sakit dah hilang.
Macam biasa le buat scan ni gel putih yang sejuk tu disapu di perut. Dengan menggunakan alatnya nampak le image kat monitor tu.

Jeng, jeng, jeng!......Ya Allah!, ada ketumbuhan di ovary bersize 9.5cm x. 7.5cm!!!
Bayangkan selama ni Auntie langsung tak sedar kehadirannya, cuma Auntie perasan yang perut Auntie agak besar, tapi ingatkan sebab berat badan naik maka tentunya perut pun naik kan..Sebelum ni langsung tak pernah rasa sakit. Doktor mengesahkan Auntie ada Ovarian Cysts dan perlu di buang segera...ya tuhan!...menggigil rasanya ..Auntie bukan takut menghadapi operation, tapi takut lagi nak tahu resultnya...Auntie di referkan ke hospital. Sampai hospital buat temujanji, terus saja dapat temujanji pada 19/9

Malamnya, tidur pun tak lena, mandi pun macam tak basah!!

-----------------------------------

19/9

Pukul 11.00 pagi Auntie dah pun berada di klinik pakar sakit puan.
Jam 12.00 baru dapat jumpa doktor. Sekali lagi buat scan...check sana, check sini, teropong situ, teropong sini. Ambil sample darah (6 sample...botol kecik macam ambil darah masa ngandung)

So, 1/10 Auntie akan menjalani CT scan. 10/10 jumpa doktor untuk tetapkan tarikh operation yang insyaallah akan dibuat lepas raya.

Dapat kah Auntie berhari raya dalam keadaan begini?

Dah dua malam, bantal Auntie basah dengan air mata, Auntie takmo menangis...air mata itu mengalir sendiri...Auntie takmo Cik Din tahu Auntie nangis...apa lagi kalau Jim tahu...

Siksanya nak menunggu...

Monday, September 17, 2007

Puasa ke 5

Hari ke 5 puasa......25 hari lagi raya.

Tengok tu...Auntie dah mula buat countdown..patut ke tak patut???

Anyway, alhamdulillah! puasa kita dah masuk hari ke 5. Ada sapa-sapa yang dah tertinggal puasa?.Tinggal bersebab tak pe..jangan tinggal saja-saja. Isyyy...budak darjah satu pun boleh tamat puasa, kita yang dah akil baligh ni apa pulak masalahnya??...gastrik?...gastrik bermusim kot!... pi jumpa doktor cepat kalau betul ada masalah.

Puasa tahun ni memang le agak kurang meriah kat rumah Auntie, maklum kami hanya bertiga.
Pada hari pertama dan kedua, Auntie cuma masak nasi dan masak air saja. Yang lain, beli saja.Rasa macam tak berbalaoi langsung nak masak. Kebetulan pulak Auntie memang menjaga diet Cik Din yang memang dah tak boleh nak makan masakan yang banyak minyak, banyak lemak, yang berkolestrol tinggi, jadi tak banyak pilihan masakan yang boleh Auntie masak pun. Asam pedas...out!, kari...out!..masak lemak out!...so, nak masak apa???...rebus dan bakar saja nampak gayanya.

Dua hari duduk kat rumah, kebetulan En.Amir dan juga Anja balik...so, korum kami cukup semula...sakan jugak Auntie memasak...dah tukang makan ada. Budak muda tiga orang tu favourite diaorang tentulah ayam masak merah. Dua hari berturut-turut Auntie masak ayam masak merah. Untuk Auntie dan Cik Din, kami makan ikan bakar dan sayur saja.

Semalam, selesai kerja kat rumah Auntie pergi shopping komplek...nampaknya dah ramai yang dah mula membuat persiapan hari raya. Ramai yang dah mula cari baju, cari songkok, cari kasut untuk anak-anak. Sejak anak-anak dah besar ni, keseronokkan membeli persiapan mereka pun dah kureng sangat, depa dah tak excited nak beli baju baru atau kasut baru, bila ditanya, jawapannaya 'tak payah le'..baju dah banyak! . Yang penting...duit raya mesti ada!

Thursday, September 13, 2007

Ramadhan datang lagi

Bulan Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah dipanjangkan usia kita oleh Allah, mudah-mudah kita dapat menghayatinya dan seterusnya menyambut Aidil Fitri pulak.

Auntie hanya bertiga kat rumah. Memang tak semeriah dulu bila anggota keluarga cukup korumnya. Kini, Anja sendiri dengan kenkawannya begitu juga dengan Amir. Pandailah depa membawa diri. Sedari kecil telah diberi latihan berpuasa dan lain-lain ibadah wajib sebagai seorang Muslim. Harap bila dah besar panjang tak payah lagi ibu-bapa mengingatkan lagi.

Pagi tadi Auntie bangun pukul 4.45 pagi. Macam biasa juga tu. Awal beberapa minit saja. Makan sahur ala kadar saja. Sedikit nasi dengan ikan tenggiri masak cili, sedikit sayur. Teh O panas dan oren jus. Jim pulak makan sebijik burger daging dengan telur mata kerbau serta segelas air soya.

Sambil bersiap nak ke ofis sempat jugalah dengar ceramah kat TV berkaitan puasa....sayang tak dapat nak dengar habis, dah nak kejar ke ofis pulak. Auntie masuk jam 7.30pagi. Kat ofis Cik Din parking lot sangat terhad, sapa dulu dia dapat, tu yang dok kejar-kejar...Yang benarnya, kalau Auntie saja yang bawak kereta tak masalah, sebab Auntie dapat lot parking...tapi...apakan daya, Cik Din kan ke tak berapa confiden dengan Auntie...memacam alasan le dia bagi...he...he!
Auntie pun tak kisah le...kalau tak memandu lagi relax, boleh tido sementara nak sampai ofis. :-)

Kepada semua pembaca blog ini diucapkan SELAMAT BERPUASA...dan selamat berbuka (petang nanti....jangan terbuka pulak!)

Tuesday, August 28, 2007

Sikap Kita...

Auntie ni, walaupun jarang-jarang memandu, bila memandu memang patuh sesangat dengan law & regulationnya. Nak belok kiri, pasang signal kiri, nak belok kanan pasang signal kanan. ( ada masa tu tersilap jugak, nak ke kanan ter pasang signal kiri!) dari jauh lagi dah pasang signal tu jadi kalau tersilap pun boleh cepat-cepat di betulkan.

Auntie memang tak suka memandu. Cik Din pulak macam tak confident je dengan Auntie :-( jadi sedang eloklah...Auntie buat derkkk jelah..kalau tak emergency sangat, biar dia saja yang memandu. Selamat le satu tugas tak payah buat.

Ramai orang kata pemandu wanita tidak secekap pemandu lelaki. Betul ke??? Pada Auntie sama saja, ini bukan soal gender, ini masalah sikap sesaorang.

Kalau nak diikutkan yang banyak acccident adalah yang melibatkan pemandu lelaki...ke sebab orang pompuan kurang memandu long distant? tak jugak kan?...ramai sahabat tolan Auntie (pompuan le) yang memandu long distant, insyaallah mereka ni pemandu yang cekap dan berhemah. Setakat ni lah, geng pompuan Auntie memang pemandu yang cekap...ada le jugak dua tiga kerat yang "ala-ala"....jenis yang tu Auntie jarang le nak tumpang, seram weh!

Ada jugak geng lelaki yang bawak kereta macam ribut, ha yang ni lagi le menyeramkan! memang cekap, tapi kenalah hati-hati...silap hari bulan, kena landing kat spital pulak.

Bab speeding ni satu hal le jugak. Ada tu bawak kereta macam kereta jenazah, malah kereta jenazah pun lagi laju. Ini pun buat orang marah, dia boleh selamba je..terhegeh-hegeh...kenkadang tu bila kita over-take dia, ingatkan pompuan.....laaaa...jantan rupanya! isyyyy!!!! rasa macam nak sekeh je...nak slow pun kena tengok jugak, jangan sampai menyusahkan orang.

Sejak ada H/phone ni, satu lagi masalah timbul..sibuk melayan panggilan.Pakai le handsfree tuh...tak pun berhenti kat tepi...tak pun jangan jawap telefon tu. Jawap je bila keadaan dah selamat. Eleh...dedulu, jaman tak de h/phone...tak de pun emergency.....

Satu lagi kat round about...boleh depa selamba je tak berhenti , main redah je...baik pompuan atau lelaki...isyyy..sekolah memandu mana le yang ajar dia orang tuh!
Kenkadang tu, dia nak masuk kiri, dia boleh dok kat lorong kanan, kita yang nak ke kanan ni dah terpaksa slow down untuk bagi jalan kat dia pulak, signal pun tak pasang!...silap-silap boleh jadi accident pulak. Kalau yang bawak kete tu kete buruk satu hal jugak..ni tidak yang bawak BMW, yang bawak Mercs pun sama jugak...otak tarak pakai!!! selalunya yang bawak kete mewah ni tentulah orang bijak pandai kaya rayakan...agaknya mentaliti orang kita ni sama je bila di jalan raya.

Bab parking pun satu hal gak. Encik-encik , tuan/puan bila parking tu parking le bebetul jangan asal kete masuk lot dia je dahhh...tengok le, jangan sampai termakan ruang sebelah, kang macam mana orang nak parking...pastikan kita tidak menyusahkan orang lain.

Sejak Auntie pindah rumah sendiri ni, setiap kali balik kerja, Auntie kena banyak-banyak bersabar. Rumah Auntie memang betul-betul depan sekolah, pulak tu, rumah kami ni dekat end road, memang ada ample space untuk parking, so, ramai le parents tumpang parking sementara menunggu anak-anak depa keluar sekolah.

Yang jadi masalahnya, ramai main perking asal boleh je, dah tak kira, dekat corner jalan, dekat simpang tiga...yang lagi haru depa boleh parking betul-betul depan gate rumah Auntie...dah beberapa kali berlaku. Auntie nak masuk ke rumah tak boleh...si driver tu boleh bukak tingkap dia dan boleh sound..." eh?...tak nampak ke dah tak boleh masuk"...adui! sabo je lah....Auntie pun turun dari kereta dan terus sound dia.... " encik, tolong sikit ye...ni rumah saya, kalau encik parking macam ni sesuka hati macam mana saya nak masuk ke rumah?"...Baru le dia kelam kabut mereversed kete dia....heran jugak tiap-tiap hari dok ambik anak dia takkan dia tak perasan kete buruk Auntie tuh!.

Baru-baru ni, masih dalam cuti sekolah, sampai je kat depan rumah, satu kancil parking, betul-betul depan gate Auntie...ayooo...terus darah Auntie naik...isssyyy!!! mangkok mana le pulak ni. Space seluas-luas dia boleh parking depan gate kita....rupanya kenalan Cik gu sebelah rumah Auntie tu...Auntie pun panggil dia minta tolong ubah kete dia... dia boleh kata.." ingatkan boleh masuk..."...Auntie sound dia balik "main ingat-ingat pulak...budak tiga tahun pun tahu tak boleh masuk. " Lantak le...memang sah dia salah, memang sah dia tak guna otak!

Buat le apa rules pun kalau sikap kita tak berubah, undang-undang tinggal undang-undang...

Hati Hati Di Jalan Raya!

Thursday, August 23, 2007

Kawan Lama

Dah mula le penyakit malas nak up-date blog. Tak boleh jadi ni, kena paksa diri. Kalau lama tak berup-date, mau bersawang-sawang blog ni nanti.
------------------------------

Yeah, minggu lepas Auntie balik kampung kerana nak menghadiri majlis perkahwinan Cik Non. Alhamdulillah semuanya dah selesai, semuanya berjalan lancar bagai yang dirancang.

Auntie terkilan jugak sebenarnya kerana tak dapat berjumpa dengan rakan lama, rakan blogger....Kak Sal @ AM @ Auntie Mutiara. W/bagaimana pun Auntie rasa terharu sesangat kerana Kak Sal sempat juga meluangkan masanya yang begitu suntuk dengan membuat panggilan telefon ke ofis Auntie pada hari Khamis, sempat le kami bertanya khabar memasing dalam 10 minit.

Kak Sal ada jemput Auntie untuk makan t/hari bersama kenkawan lama kami (kawan skolah)pada hari Jumaat, sayangnya, Auntie tak dapat nak 'meloloskan' diri. Pepagi Jumaat tu, masuk je ofis ada short meeting, kemudian kami ada Program Penerapan Nilai Islam...ada ceramah Maa'l Hijrah yang di sampaikan oleh tuan Mufti Perak yang femes tu. Sepatutnya ceramah bermula jam 9.30 pagi, tapi terlewat disebabkan penceramahnya lewat sampai...masa tengah sedap dengar ceramah tu, Cik Din pulak dah signal suruh Auntie tunggu dia.

Nasib baik sempat juga dengar ceramah sampai habis.
Sebaik saja habis ceramah Auntie terus berkemas dan tunggu Cik Din jemput. Balik rumah, siapkan makanan sementara dia orang pergi sembahyang Jumaat.
Dalam pukul 2.30 ptg, kami berangkat menuju ke destinasi. Perjalanan ok saja walaupun hari tu adalah hari pertama sekolah memulakan percutian.

Alhamdulillah, kami sampai waktu maghrib. Rumah mak Auntie dah ramai..adik Auntie dari Ipoh dah sampai pada hari Khamis, begitu juga sorang mak saudara Auntie dari KL juga dah sampai. Adik Auntie Cik Wan juga dan sampai, tapi dia terpaksa bermalam di rumah rehat...rumah dah penuh!

Lepas sembahyang & mandi, kami semua berangkat ke rumah pengantin yang terletak di Taman bersebelahan. Ada tahlil dan jamuan.

Acara akad nikah telah dilangsungkan pada paginya, kami dah missed le...

Rumah pengantin cantik dihias, serba kuning. Pelamin kuning, langsir kuning, bilik tidur pun kuning juga. Persiapan semuanya telah selesai. Esoknya hari Sabtu, majlis jamuan makan. Ramai yang hadir selain saudara mara dekat dan jauh kawan sahabat pun tak ketinggalan.
Makanan memang sedap!!

Auntie, walau pun tak banyak membantu, tetap rasa penat. Yang seronok dapat bertemu kaum kerabat, suku dan sakat.

Paling seronok dapat bertemu dengan beberapa orang kawan lama. Memang kawan lama, kawan masa sekolah rendah!...bayangkan sejak meninggalkan sekolah rendah Auntie tak pernah berjumpa dengan depa nih, cuma dok terima kiriman salam saja.

Rasa terharu sungguh. Kami hanya membayangkan wajah memasing semasa darjah 6, bayangkanlah! bila bertemu, kami semua dah pun separuh abad!.

Hamidah, sorang jururawat di bilik bedah, Zainal pesara askar (dulu berpangkat Captain), Ridzuan bertugas sebagai Post-Master, Nurdin bekerja kampung, Zaki tukang kebun sekolah....Auntie sangat berbesar hati dapat berjumpa dengan depa ni...walaupun dah lama tak jumpa kemesraan tetap terjalin
Insyaallah lain kali bila balik kampung Auntie akan pastikan Auntie akan berjumpa depa ni lagi.
Harap-harap, dapat berjumpa lebih ramai lagi kawan lama.

Thursday, August 16, 2007

Al-Fatihah

Tak macam dua tiga hari lepas, hari ni mata Auntie rasa pedih je, pedih mungkin sebab lewat tidur. Kebiasaannya Auntie masuk tidur dalam pukul 10 atau 10.30 malam kalau esoknya hari kerja. Kalau weekends tu suka hatilah, ada masa awal jugak, ada masa melayan drama malam minggu mau juga sampai mid night.

Malam tadi dah hampir pukul 1.00 pagi baru nak naik ke bilik. Ini semua gara-gara menunggu En Amir yang tak balik-balik. Baru dalam last entry Auntie dok cerita yang dia ni jarang keluar rumah...ha ! ambik kau!...sekali dia terlepas keluar hampir mid-night baru dia sampai rumah.
Petang semalam dia SMS Auntie minta tolong top-upkan creditnya.Auntie kata nanti balik Auntie singgah belikan. Dia kata...mustahak sangat dia nak kontek kawan dia, tapi akhirnya dia kata tak pe lah dia tunggu sampai Auntie balik.

Waktu sampai ke rumah, En Amir tidak kelihatan di depan TV, Auntie assumed dia dalam biliknya tido. Bila Jim turun dari biliknya, barulah Auntie tahu yang En. Amir keluar. Jim kata kawan dia datang jemput sebab nak ziarah kawan meninggal dunia accident!...terkejut Auntie. Bila Auntie kontek h/phonenya En. Amir kata tak boleh cerita banyak phone dia beterinya dah out!

Banyak sungguh accident dalam minggu nih. Hati Auntie rasa sedih dan sayu...muda-muda dah habis usia. Tapi apa nak kata itu semua janji Allah, setiap yang hidup pasti mati, cuma masa dan cara saja menjadi rahsia.
Hampir jam 1.00 pagi, baru En. Amir sampai rumah...letih dan sedih...rupanya yang meninggal adalah classmate dia seorang gadis berusia 19 tahun. Upacara pengebumian dibuat lepas Isyak dalam pukul 10.30 malam. En. Amir pun blurr dengan kejadian tu. Yang dia tahu kawannya tu dalam perjalanan ke Seremban.

Menatap Utusan Malaysia* hari ni, ada berita tersebut...ada gambar lagi....aaaaaa...sedihnyaaa...apalah lagi keluarga sigadis dan mereka yang mengenalinya. Kata En. Amir allahyarham seorang gadis yang ceria dan peramah.

Al-Fatihah untuk Cik Nurizyan Sufian Pelajar Semester ke3 Politeknik Shah Alam.
Semoga Rohnya dicucuri rahmat.
---------------------

Wednesday, August 15, 2007

Cik Non nak kawin dah....

Sejak balik dari berkursus ni Auntie agak sibuk sikit. Banyak pulak kerja yang perlu dibereskan.Walau pun kerja tak urgent kena buat segeralah. Auntie memang tak suka kalau kerja tak beres ni, risau pulak rasanya, nak pulak kalau bos tanya beberapa kali masih tak siap-siap, malu lahkan...dah puluhan tahun kerja masih terhegeh-hegeh.

Kalau Auntie bagi tahu keje apa yang Auntie buat ni, tentu ramai yang senyum, tak pun menjuihkan bibir...hemmm...tak habis-habis dengan menguruskan surat panggilan mesyuarat. Bukan sesikit orang yang nak dijemput hadir tuh. Sekali panggil mesyuarat hampir 500 orang di jemput. Bulan lepas panggilan mesyuarat antarabangsa yang akan di adakan di Sacramento mulai 30 Sep- 06 Oktober 2007. Minggu depan mesyuarat yang sama, peringkat nasional, di adakan di Melaka. Kerjanya mudah saja, dah selesai surat, masuk dalam envelop dan gamkan. Sesambil pejam mata pun boleh buatkan?...tapi, boring betul!!! Anyway, semalam semua dah beres sebelum bos tanya.
--------------------------------------------

Hari ni ada beberapa surat aduan yang perlu Auntie jawab. Ada sorang tu mengadu cek yang dia terima dah mati, dia minta gantikan cek baru. Amaun tak le banyak tapi sampai sekarang tiada jawapan...kesian dia. Auntie pun hairan jugak benda yang simple macam tu pun orang yang berkaitan tak boleh nak selesaikan. Tak pe Auntie dah pun buat surat kepada yng berkaitan minta jelaskan apa masalah yang boleh jadi macam tu.

Dari amatan Auntie, kenkadang masalah timbul apabila sesaorang tu buat aduan main hentam saja..dia main tulis surat sana sini tanpa mengetahui saluran yang betul, sedangkan dalam procedure kerajaan kenalah ikut salurannya.

Ramai orang awam yang keliru (atau tak tahu) dengan fungsi sesatu Jabatan. Umpamanya, Jabatan Pengairan* Dan* Saliran* (ofis lama Auntie nih) kerap kali kami terima panggilan telefon apabila ada paip pecah atau paip tak de air...itu bukan tugas jabatan tu..yang patut di panggil/telefon ialah JBA* atau SYABAS* ke. Sama jugak lah...nak tanya pasal tanaman padi , pergi talefon Jabatan* Haiwan*...tentulah tak dapat nak selesaikan masalahnya.
--------------------------------

* apa le yang aku bebelkan ni....*

Cerita lain pulaklah...Insyaallah, hari Jumaat ni, lepas orang lelaki sembahyang Auntie & famili nak balik kampung. Hari Sabtu tu adik Auntie nak kawinkan anak dia Cik Non. Kiranya ini adalah anak saudara Auntie yang pertama nak kawin. Rasa excited jugak. Cik Non ni sama baya dengan anak Auntie Si Anja...gamaknya lah...kalau si Anja ni pompuan, harus le Auntie juga sibuk nak kawinkan dia. Umur dia orang berdua ni baru nak masuk 23.

Hemmm....nak kawin dah Cik Non.....!!

Hadiah untuk Cik Non Auntie dah pun belikan. Oleh kerana Auntie ni berjauhan dengan kampung, makanya satu apa pun Auntie tak tolong adik Auntie tuh...ye lah, orang nak kawinkan anak..setidak tidaknya tolong buat bunga telur ke...he!...he!...dah jauh ni macam escape jelah...
eleh!...kalau dok dekat pun, Auntie ni mana le pandai nak buat semua tu. Auntie cadang nak hulur duit sajalah, at least adik Auntie boleh gunakan untuk apa-apa keperluan.

Minggu depan sekolah dah mula bercuti. Tak lama hanya seminggu. En. Amir dah pun mula bercuti mulai Isnin lalu. Dia bercuti selama 2 minggu. Nasib baiklah, kalau tidak kelam kabut jugak Auntie nak arrangekan cuti nak balik kampung ni.
Kalau En. Amir bercuti, bemakna Auntie akan sibuk le setiap pagi, sibuk memasak makanan untuk dia. En. Amir ni, ngalahkan budak pompuan, dia langsung takmo keluar rumah...asyik memerap depan TV saja, sanggup dia berlapar dari keluar mencari makanan, sebab tu Auntie kenalah sediakan makanan, kalau tidak, kebulurlah dia. Lain pulak dengan Jim, dia ni boleh berdikari, kalau Auntie tak sempat siapkan makanan dia akan keluar ke kedai berdekatan...tak pun dia akan masak benjo ke, mee meggi ke...kalau En. Amir jangan harap lee...:-(

--------------------------------

Tuesday, August 07, 2007

Ke Kota Bharu

Last week Auntie berada di Kota Bharu mengikuti kursus anjuran jabatan. Kursus bermula pada hari Selasa dan berakhir pada hari Khamis. Dah lama tak pergi kursus, seronok jugak rupanya. Peserta kursus pun ramai yang dah berusia macam Auntie jugak, maklumlah kursus ni pun untuk orang yang dah senior. Banyak ilmu yang Auntie dapat. Antaranya untuk mengenali sifat dan keperibadian sesaorang dengan kaedah tarikh lahir. Nantilah ada masa Auntie akan perturunkan untuk pembaca blog semua.

Memang dah lama sungguh Auntie tak ke Kota Bharu. Kalau tak silap, dah hampir sepuluh tahun kot...namum, rasanya Kota Bharu tak banyak berubah, macam tu jugak, 'bulan' tetap mengambang walau pun di siang hari :-)

Sebelum pergi tu memacam le angan-angan Auntie, nak membeli itu ini. Pasar Siti Khadijah yang femes tu dah terbayang diruangan mata. Tapi, sungguh le mengecewakan...Auntie tidak berkesempatan nak buat lawatan ke situ dek kerana kesuntukan masa. Kursus pun setiap hari berakhir hampir jam 5.00. Habis kursus dah kepenatan. Waktu malam pulak kedai semua dah tutup. Walau bagaimana pun sempat le jugak kami ke Pasar Malam di Wakaf Che Yeh. Tak de apa sangatlah yang dapat Auntie beli hanya tengok-tengok saja lah.
Hari akhir kursus tu dapat le menziarah bandar Kota Bharu dalam masa 3 jam sebelum kami berangkat pulak ke lapangan terbang pada pukul 6.30 petang.
Dek kerana kepenatan hari Jumaat Auntie bercuti pulak, badan pun dah rasa semacam saja.
Semalam dah mula kerja...aduiiii!...kerja yang ditinggalkan seminggu sedia menanti untuk dibereskan.
Pagi ni pulak nak kena masuk meeting pulak.....

Friday, July 27, 2007

Anak ku Anja.

Semalam Anja balik ke rumah Auntie. Lama benar dia tak balik bermalam. Sibuk katanya, ngalahkan PM pulak. Anja dah hampir 3 tahun hidup sendiri bersama kawan-kawan.
Dia ni anak yang sangat berdikari. Banyak perkara berkaitan dirinya dia urus sendiri, tahu-tahu semuanya settle.

Maka malam tadi kami dua beranak menghabiskkan masa bergebang sebaik saja selesai makan malam. Banyak yang nak Anja up-datekan dengan Auntie. Bila Auntie kenangkan rasa kesian pulak kat dia ni. Bila kami berpindah ke BBB, seolah macam dah tak de tempat dia kat rumah Auntie tu...apa tidaknya, semua barang peribadinya dah tak de kat rumah tu kecuali, baju-baju lama yang Auntie simpan dalam kotak masuk store. Dia pun tak de bilik kat rumah tu. Semalam dia tidor di bilik En Amir, kalau En. Amir ada, dia akan tido di bilik TV.

Anja ni masa dia kecik, comel sesangat budaknya. Kulitnya putih dengan rambut perang serta berbulu mata lebat dan lentik, dah jadi pemuda ni...idak le tara mana pun...kira ok, ok, saja...walaupun dia agak cerah daripada Jim atau En. Amir.

Bulan lepas, Auntie memang sangat tertekan memikirkan Anja ni. Walau pun dia ni sentiasa berdikari, apa jugak masalah yang dia hadapi, Auntielah jadi rujukan dia yang pertama.

Satu malam, dalam pukul 10, dia tepon Auntie bagi tahu dompetnya tercicir semasa dia nak gi main futsal..dia baru saja keluarkan duit gajinya..."mak, Sir nak nangis ni!!!...dompet tercicir..."
memang ketara suara dia dah macam nak nangis...habis apalah Auntie boleh buat. Nasib baik dia dah bayar duit ketenya. Malam tu Auntie resah gelisah...Auntie tak bagi tahu Cik Din...kang degup jantung dia kencang, bpnya pulak naik...Oleh kerana nak tidur pun tak lena, Auntie bangun dan buat solat hajat dan memanjatkan doa pada Allah. Itu saja yang termampu. Yang dah terjadi tetap terjadi. Bukan rejeki dialah.

Esoknya Anja tepon lagi "mak semalam dalam pukul 2.00 pagi, polis tepon...dompet dah jumpa, ada orang serah kat balai...duit saja yang tak de...lain-lain semua ada..." Syukurlah, at least i/c, lesen memandu tak payah buat semula, kad-kad ATM saja dia pi tukar nombor pin. Dan dia pun gi kansel report polis yang di buat sebelum tu. Legalah pala otak Auntie.

Seminggu lepas tu, Anja SMS Auntie " mak Sir ada kat kafe ofis mak ni...turun kejap nak jumpa"

Dalam hati Auntie...budak ni tentu nak mengecek duit aku nih...dah duit dia kena sebat...

Auntie turun ke kafe. Anja tunggu dengan muka sedih, pakai t-shirt saja. "Aik??...cuti ke?" Auntie tanya. Dia geleng-geleng pala. "habis?".... " Sir dah berenti kerja!!! " ....mengucap panjang Auntie..."nape buat macam ni?....dah dapat kerja lain ke?". ..." orang dah gi interview dengan 3 bank...mungkin next week diaorang pangge le"...bertuah anak aku ni...suka hati dia sajalah. Auntie rasa macam nak nangis tau...bukan senang nak dapat kerja sekarang. Reason berhenti...gaduh dengan bos..kap lam ya nga!!! dia kata meluat yang teramat tengok muka bos tu.!!! "kerja kat mana pun boleh cari " katanya

Anja ni, disamping dia kerja tetap, dia juga ada buat agent Insuran (bukan jual insuran) dia share dengan kawannya buka agen tu. Ikut dia, oklah..infact dia boleh consentrate kerja wakil insuran tu. Katanya boleh hidup le. (mungkin nak sedapkan hati Auntie) Adoiii!
Sekali lagi rasanya terhenti jantung Auntie...Cik Din tetap Auntie tak bagi tahu...biar lah Auntie susah hati sorang-sorang. Apa lagi nak buatkan...lemahnya rasa, tapi Auntie tetap yakin, Anja tetap ada rezeki dia. Tak tahu nak buat apa, sekali lagi 3 malam berturut-turut Auntie solat hajat mengadu nasib pada Allah...

Dua tiga hari lepas tu, En Amir dapat result peksa semester ke2 dia, alhamdulillah! result dia tidak mengecewakan. Auntie dah cukup bersyukur dan bahgia lupa kejap pasal Anja. Malam tu kami keluar makan malam kat luar celebrate kejayaan Amir. Tengah sedap makan, Anja called, "mak....bos Sir pangge Sir kerja balik...suruh datang ofis esok, macam mana ek?...nak pergi ke tidak?...si kap lam ya nga tu dah ditukarkan ke Johor " ...macam nak tersembur je makanan dari mulut Auntie...terharu sungguh...kiranya Allah telah membuka jalan sekali lagi untuk Anja. "Elok lah pergi je, kamu pun dah lama kat situ dan kamu kan ke dah selesa...lepas ni kontrol emosi, jangan baran sangat..."

Auntie memang suka kalau Anja terus je bekerja kat tempat tu. Banyak benefit yang dia terima. Selain bonus tahunan, increment dan lawatan le luar negara majikannya juga menyediakan lunch & tea setiap hari untuk setiap kakitangannya. Apa nak lagi kan?

Alhamdulillah...selesai le masalah Si Anja ni. Malam tadi memacam le sembang kami dua beranak larut malam baru le kami tido. Seawal 6.30 pagi tadi Anja bertolak ke ofisnya, nun di PJ. Tepat jam 7.30 dia hantar SMS..."hello mummy, I dah sampe ofis.."

Thursday, July 26, 2007

Menjelang senja.

Sabtu dan Ahad lalu macam biasa Auntie kat rumah saja. Menghambakan diri kepada urusan rumahtangga. Jim ke sekolah sebab ada kelas tambahan. En. Amir ada balik, tapi dah minta nak ke Cochrane nak jumpa kenkawan lamanya, Auntie ok saja. Patut le dia bangun awal, ada planning rupanya.

Cik Din tak pergi exercise pagi tu, katanya kaki dia tak sihat…actually kaki dia terseliuh sikit, dah lama dah, so dia nak pergi buat urut reflexsologi.

Kami tinggal berdua kat rumah. Kain siap dimesin dan dah pun di ampaian. Auntie memang lama tak berexcercise sejak sakit lutut…macam dah lama tak keluar peluh, so, Auntie cuba potong rumput (guna gunting besar) kat lama yang sekangkang kera tu.Buat sambil duduk atas stool kecik. Best juga, berpeluh jugak..Cik Din cuma kawankan Auntie sambil sembang-sembang kosong.

Adalah sejam lebih kurang dok membega laman tuh. Matahari dah mula naik Auntie pun masuk rumah…tak tahan panas.

Bila sibuk mengemas laman, nak masak dah tak sempat le pulak. Auntie beli saja lauk pauk dari restoren dekat rumah. Nasi masak lah. Jim balik dari sekolah kami pun makan. Hari dah mula redup "Jimmmm, angkat kain di jemurannnn " Boleh diharap jugak anak bujang Auntie tuh. Memang hujan lepas tu, membawa ke malam. Esoknya hari Ahad, seharian mendung…

Dah lama Auntie tak gosok baju-baju Cik Din dan uniform Jim…sebabnya tugas menggosak Auntie subkan pada Cik Din. Auntie gosok baju sendiri je. Hari tu rasa macam nak menggosok baju le pulak, habis le segala baju-baju Cik Din Auntie gosok…banyak jugak rupanya baju Pakcik tuh…

Auntie ada dua pasang baju yang baru yang siap dijahit…he..he…lama sungguh tukang jahit tu ambil masa. Bayangkan, baju tu konon-kononnya Auntie tempah untuk pergi makan kenduri sorang blogger kat Senawang pada bulan March lagi…hempeh!...baru saja siapnya…rasanya idak le Auntie nak tempah kat tailor tu lagi ..:-( letih menunggu!!!

Errr..Auntie pun menggosok le baju tu, kenkonon nak pakai pergi kenduri anak seorang blogger yang akan berkahwin weekend ni.
Hari Isnin sorang blogger tepon Auntie …”pergi tak kenduri tu?”…dia tanya.
“eh…kenduri hujung minggu ni laaa…”….kata Auntie, "Laaa…KY!!!..kendurinya dah selesai laa….”
“haaaaaaaaaaaaa!!!! Bukan hujung minggu ni ke?”…
adui!!!! rupanya, kenduri dah terlepas!!!...frustnyaaaaaaa.uwaaaaaaaaaaaaaa!!

“ya, ampunnn Wynnn…KY terlupa tarikh!! “ Begitulah bila usia sudah menjelang senja…

Friday, July 20, 2007

Durian Oh! durian...

Musim durian dah bermula katanya. Tapi, boleh dikatakan setiap hari sepanjang tahun Auntie balik kerja ada je nampak orang jual durian kat tepi jalan. Cuma sejak akhir-akhir ini, orang berjualan tu dah makin bertambah. Memang benarlah musimnya dah tiba tuh. Gamaknya yang Auntie dok nampak sokmo tu bukan durian kampung...durian siam la kot...

Dah hari-hari dok nampak durian tu, terasa-rasa le sangat nak makan bubur durian/serawa durian, yang sedapnya makan dengan pulut...yang amat senangnya makan cicah dengan roti je.








Macam orang ngandung mengidam lagaknya, Auntie...dok le terkenang-kenang nak makan serawa durian tuh. Dah cadang le nak beli durian nanti. Tup-tup, hari Isnin lalu, ofis mate Auntie telah membawa satu tupperware besar serawa durian dan dua bantal jumbo size roti Gardenia!!! hah!!! pucuk dicita ulam mendatang!!!...senyum le Auntie sampai telinga!! pulak tu tak ramai orang kat ofis, kebetulan bos-bos ada meeting (& eating) kat Tasik Merah, ramai yg. berkerusus...tinggal lah beberapa kerat manusia saja...apalagi yang tinggal ni rejeki terpijak le...kami balun bersungguh-sungguh...(ppssttt...Auntie langgar pantang...lantak le...)

Yang membuatkan Auntie bertangguh nak beli durian ni bukan apa sangat...kenangkan Auntie punya Hero tu suka sangat durian, tapi dia tak boleh makan durian sangat...sesikit bole kata doktor...tapi kalau dah ada depan mata mana boleh control kan??...kang BP naik mencanak macam dulu...ha, panik lak Auntie. Anak-anak Auntie pulak, depa macam tak kisah sangat pasal durian.

Buah durian ni selain kita makan mentah macam tu saja, macam-macam kita boleh buat. Boleh buat cucur durian, bubur kacang taruh durian, dodol durian, kek durian , ice-cream durian, lempuk......satu lagi ...tempoyak. Tempoyak ni femes bagi orang NS, Perak dan Pahang. Orang negeri lain rasanya depa kureng le sikit tempoyak ni.

Kawan Auntie orang Johor, masa kami duduk serumah (jaman anak dara) ...marah beno dia kalau kami balik dari kampung dan bawak tempoyak...dia tak tahan baunya...memang le baunya...eeeeee........!pening sampai otak!....sekali, bila dia kawin, dapat somi orang Pahang...terkeju Auntie, dia boleh jadi tersangat suka pulak dengan tempoyak ni...he!!....he!!! dulu dia tak cuba rasa...dia kata "nyesal aku tak makan tempoyak dulu" kami kata " nasib baik jugak...kalau tidak kami tak cukup tempoyak pulak!"....

"Oh! kome' musim doyan udah tibe..."

Thursday, July 19, 2007

"See the leg laa..."

Malam tadi, macam biasalah lepas makan Auntie dok teman Jim buat ulangkaji. Budak bertuah ni, kalau kita tak teman, susah dia nak fokus.

Masa berlalu begitu pantas. Minggu depan Jim dah nak mula trial exam PMRnya...entah le anak sekor ni...Auntie tak menaruh harapan sangat. Kalau dia lulus semua mata pelajarannya pun dah berjutaan syukur pada Allah.

Dengan baki masa yang ada ni Auntie tidak le nak biar berlalu begitu saja Auntie tetap berusaha agar dia seboleh mungkin mengulang kaji. Takkan lah satu pun tak masuk dalam pala dia.

Auntie ni walau pun tak pijak kaki masuk kelas kat universiti, takat pelajaran form 3 tu boleh le gagah pi lagi. Tapi, kenalah baca dulu...dan pelan pelan ajar. Jim memang suka kalau Auntie ajar. Senang faham katanya.

Malam tadi Auntie ajar dia maths. Jarang benar dia nak tanya pasal maths. Selalunya dia akan bertanya cikgunya kat sekolah. Tak percaya dia yang mak dia ni (walau pun dok kutip kueh lepas meeting) boleh gak selesaikan beberapa equation yang mudah-mudah tu. Ada dua soalan yang dia tak faham so, Auntie tolong solvedkan....berseri-seri muka dia bila dia checked jawapannya betul. "Wah! cayalah mak!!! macam mana mak boleh buat?" "...La...ingat cikgu saja ke yang tahu?..mak pun sekolah jugak tau" kata Auntie kat dia. :-)

Tulah bebudak ni, depa ingat cikgu depa saja pandai.

En. Amir pun gitu juga. Kalau ada apa-apa masalah belajo ni, takmo dia tanya dengan kita, sibuk dok phone kenkawan yang 2x5 dengan dia jugak. Satu kali tu Auntie terdengar dia dok tanya kenkawan dia pasal "Slump Test", kawannya pun tak tahu...so, Auntie pun bagitahu dia apa itu"Slump Test"...he!...he! telopong dia. "lain kali tanya mak dulu, baru tanya orang lain..." kata Auntie. "alah, ingat mak tak tahu"....katanya. Oi!..see you mama's leg laaa...! (don't see my knee aaaa, already condem!)

Ada masa tu kita ni kena tunjuk terror gak dengan anak-anak ni, baru depa respect...he!..he!

Monday, July 16, 2007

Oh..Lututku!


Pagi tadi Auntie bangun lewat dari biasa, sebabnya Auntie nak ke kelinik dahulu sebelum ke ofis.Kebetulan Cik Din juga ada appoinment dengan doktor.

Kebelakangan ini pulak, sakit lutut Auntie dah rasa macam agak parah juga. Dah hampir dua tahun Auntie tak buat rawatan atau berjumpa doktor. Auntie hanya bertahan dengan makan ubat saja. Agaknya dah berguni ubat yang Auntie telan. Kesannya tak seberapa, makin lama makin parah pulak sakitnya.

Macam-macam makanan kesihatan yang syorkan Auntie cuba, haram satu pun tak menunjukkan kesan yang positif, sakit Auntie macam tu jugak.

Setelah berbincang dengan Cik Din, Auntie mengambil keputusan untuk buat rawatan semula. Langkah pertamanya kenalah pergi ke kelinik kesihatan dulu jumpa doktor dan dapatkan surat rujukkan untuk jumpa pakar Orthopedik.

So, pagi tadi, selesailah sessi jumpa doktor kat kelinik. Dia dah bagi surat untuk Auntie bawak jumpa Pakar Orthopedik di Hospital Putrajaya. Sebelum tu, Auntie jugak buat X-Ray, memang, kalau di lihatkan gambar X-Ray tu, lutut Auntie dah macam kondem dah....terutamanya lutut kanan. Lebih kurang macam gambar kat bawah ni lah rupanya.


Dah sampai Hospital PUJ, Auntie dapatlah tarikh temujanjinya....lambat lagi bulan Oktober nanti.
Tak pe lah...harap umur panjang insyaallah, dapat le Auntie tentukan apa yang patut dibuat nanti.
Eeee...tak dapat le nak bayangkan kalau doktor kata kena buat pembedahan. Isyyyy....... :-(

Thursday, July 12, 2007

Semester baru

Malam tadi lepas maghrib, Auntie dan Cik Din menghantar En. Amir balik ke Shah Alam. Hari ini dia kena mendaftar untuk masuk ke semester 3 pengajian dia.

Macam biasa le En. Amir ni, selamba je. Kot le dia nak kemaskan segala barang-barang dia sebelum balik tu...makkk dia ni jugaklah yang dok terhegeh-hegeh siapkan semuanya tuh. Sebenarnya Auntie ni kenkononnya nak buat 'hati kering' le malas nak siapkan, biar dia buat sendiri. Auntie awal-awal lagi dah suruh dia berkemas....'ye le, tahu le' Itu lah kata dia.

Bila balik dari ofis semalam Auntie tanya dia ' dah siap semua?'....dia buat-buat blurr... 'laaaa...lupa laa makkk...sorry le...I lupa'...isyyy...budak ni, nak je aku sekeh pala dia tuh! So, masa tu juga Auntie suruh dia kumpul semua barang-barang dia nanti Auntie akan check sebelum pergi...Nasib le tak banyak mana pun cuma baju-baju, kasut dan toilteries saja...buku-buku haram dia bawak balik...almaklum cuti lepas periksa!...so, tamat le cuti dia sebulan.

Jim senyum lebar...tukang sakat dia dah nak pergi. Memang En Amir ni kuat betul menyakat Jim...maklum adik sorang tu saja..Jim pulak pantang le disentuh sikit..terjerit-jerit...
Sunyi jugak lah bila En. Amir tak de. Tinggal kami bertiga semula.

Sepanjang sebulan bercuti, En Amir ni bercuti sungguh le....celek mata je dia mengadap TV, dari pagi sampai petang, sampai ke malam...kita nak tengok rancangan kita pun dok rebut dengan dia...balik-balik dia tengok channel 80, 81 tak pun channel 25....cartoon!!!!ngalahkan kanak-kanak umur 3, 4 tahun! Dia boleh berjaga depan TV sampai pukul 2 atau3 pagi...

Dia memang tak keluar rumah, cuma sekali sekala ke Cyber cafe..Pernah Auntie tanya dia, tak jemu ke asyik memerap dalam rumah?..dia sengeh je...apa nak buat, dia memang tak de kawan.
Elok jugak lah, kang asyik ke sana sini risau jugak...

Pagi ni, masa nak turun ke bawah ke dapur, Auntie lalu bilik En. Amir...alahaiiii...orangnya dah tak de...sayu jugak rasa hati.

Monday, July 09, 2007

Dipersekitaran rumah Auntie, baik di depan mau pun di belakang rumah, banyak benar 'stray cats'. Mungkin kucing ni jenis binatang yang mudah membiak. Berbagai rupa kucing yang datang berkeliaran. Yang haru tu kucing-kucing ni suka 'membuang' sesuka hati merata-rata. Atas jalan batu pun jadi, atas simen pun boleh. Atas rumput pun dia bantai jugak.

Selain daripada tabiat 'membuang sesuka hati' tu, lagi satu tabiatnya kucing-kucing ni suka benor panjat ke atas boot kereta...bila bangun pagi, boleh nampak jejak-jejak tapak kaki dia tu....itu memang menjadi kemarahan Cik Din...tiap pagi dia asyik ngomel pasal tapak kaki kucing!









Memang comel....

Satu ketika dulu Auntie pun ada juga membela kucing. Kalau ada sesapa yang dah lama mengikuti blog Auntie, memang ada Auntie ceritakan kisah kucing-kucing yang menjadi kesayangan anak-anak Auntie.(dalam blog lama) .

Kebetulan, jiran Auntie pun ada membela kucing. Anak-anak dia sayangkan kucing. Tapi, peliknya dia orang tak benarkan kucing masuk rumah. Pintu rumah dia orang sentisa bertutup rapat. Rumah Auntie pulak pintu rumah sentiasa dibuka. Rimas rasanya kalau asyik bertutup je. Makanya kucing dia merayau-rayau ke sana sini dan ada masanya tersesat masuk ke rumah Auntie...kalau takat termasuk tak pe lagilah...ada masa dia 'melepas' sekali!....aduiiiii!....marah pun tak guna, binatang apa tahunya. Nak cakap kat tuan dia pun rasa serba salah jugak, takut bermasam muka dek kerana kucing...tambahan pula jiran Auntie ni, memang baik orangnya.

Kami banyak bersabar dengan kerenah kucing-kucing jiran ni. Tiap pagi Cik Din membebel pasal tapak kaki kucing sambil mengelap dengan kain. Bila buka gate saja sudah berbau 'aroma taik kucing' yang berlonggok betul-betul depan entrance tu....Cik Din jugak kena buang...tak dibuang nanti terlanggar pulak dengan tayar kereta..baunya nanti boleh membawa ke dalam rumah. Yang jiran Auntie tu pulak, dia orang boleh buat sadin je kucing-kucing dok membuang depan gate tu...

Dua minggu lepas, satu petang, dapatlah Auntie bersua muka dengan jiran tu, gebang-gebang tepi pagar....dia bagitahu ibu kucing dia telah dilanggar oleh suami dia dengan tak sengaja....tinggal lah anak-anak dia 3 ekor tanpa ibu...patut le anak-anak kucing tu berkeliaran.

Yang pelik tu suka benor anak kucing tu bertandang ke rumah Auntie...Cik Din kata dia rasa macam nak tangkap dan buang saja kat mana-mana. Auntie banyak sabarkan dia. Kita memang patut jaga hati jiran.

Rupa-rupanya, bukan kami saja mengalami nasib begini, kawan Jim pun sama. Dia bagitahu Auntie, kawannya dengan ayahnya mengambil tindakan menangkap dan membuang kucing jiran mereka....mana tahan kata kawannya satu pagi dia bersiap nak ke sekolah, tengok-tengok, selonggok taik kucing dalam kasut dia!!!...Di hari yang lain pulak bapanya terpijak taik kucing yang berlonggok depan pintu...mana tak naik angin!.......ha!..ha!...harap-harap kami tak mengalami peristewa begini.

Oleh itu, kalau sesapa nak bela kucing ke anjing ke, belalah betul-betul jangan sampai menyusahkan jiran-jiran.

Wednesday, July 04, 2007

Ketip Kuku

Macam-macam perangai orang. Perangai sendiri pun apa kurangnya. Ada masa kurang asam. Masa-masanya terlebih garam.

Auntie dok perati dari dulu lagi. Ada satu perangai yang kita mungkin tak berapa nak perasan atau mungkin kita tak kisah sangat pun.Tak jadi hal langsung. Tapi, entah kenapa, Auntie tak berapa sukalah atau lebih tepat lagi rasa rimas!!!

Perangai suka meminjam!. Bukan pinjam duit, tapi pinjam barang /alat-alat stationary – kegunaan pejabat contoh: pen, pensil, stapler, puncher, ruler, calculator dll. Dan tentunya perkara ini berlaku di ofis. Rasanya semua pun sama je, bila kita kat ofis kita dibekalkan dengan peralatan pejabat bagi memudahkan kita menjalankan tugas. Mintalah apa saja semua boleh dapat. Komputer, of course le dah tertonggok atas meja. Kat pejabat kerajaan sekarang ni semua orang ada komputer sorang sebijik….dari big bos sampai le ke peonnya…semuanya ada talian internet lagi…e-mail ke, g-mail ke, semua dah lengkap. Talian telefon pun macam tu jugak, cuma ada yang dapat talian jenis A, ada yang jenis C.

Yang jadi masalahnya ada yang tak pandai nak jaga barang memasing. Tahu nak merembat barang orang, selalunya kata nak pinjam yang mana akhirnya jadi harta sendiri. Auntie bukan le nak berkira sangatkan…semua pun barang gomen…tapi, tulah, hari ni kita minta stapler dari kerani stor, esok stapler dah tak ada ditempatnya…dah kita pulak dok meminjam dengan jiran sebelah…ada masa dia pun nak guna jugak.

Apa yang Auntie buat ialah, menandakan segala barang Auntie tuh…tulis nama dan lekatkan kat barang tuh…pensil pun ada nama…so, kalau Auntie nampak je pensil tu ada nama Auntie, terus le Auntie ambil balik...kenkadang, pensil tu boleh berada kat bilik bos pun!!! bila pulak dia ambil????...ke pensil tu ada kaki???

Satu lagi caranya, barang yang orang suka ambik, Auntie taruk dalam laci…so, kalau dia nak, kena mintak dulu, jadi Auntie boleh sound direct je…”lepas guna kasi balik jangan buat harta!!!...garangkan Auntie nih?....Bila Auntie bercuti, ha, semua barang Auntie simpan dalam laci dan berkunci lagi…selamat!...ada masa tu terlupa juga, itu yang kalau balik dari bercuti…banyak barang missing…dahh nak kena minta kat kerani stor lagi. Auntie ni walau pun barang gomen, Auntie rasa sayang le…guna sebaik mungkin, jaga macam harta mak bapak tau! Ada juga alat keperluan yang Auntie beli sendiri supaya senang nak kenal.

Dari permerhatian Auntie le, tak ramai yang menggunakan harta pejabat ni dengan berhemah. Nak nya kertas . Main rembat je..dalam sehari kertas tu entah berapa rim selesainya. Bila buat photo stat…sesuka hati sajalah..hemmm nak ditegur pun rasa serba salah…tetapi kenkadang mulut ni ringan je menegur. Entah le bebudak kat ofis ni pun agaknya naik boring dengan makcik sorang ni…asyik dok menegur je semuanya tak kena!...he!...he!...apa nak buat orang tua!

Satu lagi, perasan tak ?...ada orangkan dia suka pinjam barang personal…umpamanya ketip kuku, pin tudung, cermin muka (hak kecik)
Ppstt…pad pun pinjam gak. (kalau emergency tu, mahap jugak le…tapi kan ke ‘benda’ tu kita dah tahu masanya….bersiap sedialah…)
Bagi Auntie, benda-benda ni tak le seberapa reganya dan kalau nak pinjam pun bukanlah masalah beso, ambik le, pinjam le…

Yang buat Auntie rimas nak habaq mai!...nih kenkawan Auntie ni suka beno dia orang minta pinjam ketip kuku dari Auntie..Auntie pulak, memang ketip kuku sentiasa ada dalam h/beg…kalau kat rumah, Auntie belikan semua ahli keluarga sorang satu ketip kuku. Senang, tak payah nak rebut sebijik ketip kuku tuh!

Bebalik kepada bebudak kat ofis ni, ada le sorang dua yang kerap sangat meminjam ketip kuku Auntie nih…selang dua tiga hari, (orang yang sama). ” Kak, pinjam ketip kuku”….sat lagi mai sekor pulak…” kak pinjam ketip kuku”….ooooo…rimas makcik tau!!!

Rasa ringan je mulut Auntie nak kata…”beli le….bukan mahal mana RM 1.30 sen saja, ada jual kat book store bawah tuh”…Jangan silap faham, bukan Auntie kedekut…..Auntie hairan je…benda lain boleh beli….beli kasut rega ratus-ratus, beli h/beg pun ratus-ratus….beli ketip kuku tak mampu????

Semalam yang sorang tu, mai kat Auntie…”kak , pinjam ketip kuku”….selamba je Auntie kata…”ketip kuku tinggal kat rumah…”
Walahal, ada kat dalam h/beg, malas nak ambik …Auntie pulak masa tu tengah sibuk dengan kerja…ha, padan muka dia! (tapi rasa jugak bersalah tu…)

So, Auntie dah ambil keputusan nak beli satu ketip kuku, ikat dengan tali dan sangkut kat paku…ha, sapa nak ketip kuku pergilah kat situ…amacam??...ok tak???

(apa punya entry le hari nih….)

----------------------------------------------------

Monday, July 02, 2007

Result dah keluar....

Setelah melalui beberapa perkara yang tak berapa mengembirakan pada minggu lepas, Alhamdulillah, pagi ini hati Auntie berbunga kembali dengan berita gembira......:-)

Sesampai je Auntie kat ofis terus onkan PC (macam selalunya lah..) tapi, pagi ini, tujuannya lebih sikit. Result exam semester ke 2 En. Amir telah keluar. Semester lalu pihak Poly menghantar result ke rumah secara pos. Bermula semester ke dua, semua result kena semak secara online dan printkan untuk dibawa bersama semasa pendaftaran Semester ke tiga minggu depan.

Sejak dua hari lalu, En Amir, (macam selalunya) tak confident dengan apa yang dia buat masa exam....asyik le kata dia rasa macam ada subject yang dia akan fail, ini membuatkan hati Auntie rasa kecewa, tapi apakan daya..hanya doa sajalah yang dapat Auntie usahakan. Alhamdulillah!
setelah disemak, semua subjeknya lulus....dan tidaklah seteruk yang En Amir jangkakan. Dia dapat maintainkan points malah ada sedikit peningkatan. Syukur!

Kejap ni pulak, En. Amir tepon bagi tahu, chek dari LHDN dah diterima........Yeyy!!!!!yey!!!!!....
nampaknya malam ni boleh le belanja depa makan. Alhamdulillah!!!!
--------------------------------------

Thursday, June 28, 2007

Pakcik Baru

Memulakan hidup baru setelah terjadinya sesuatu musibah atau kegagalan bulanlah satu perkara yang mudah.

Ada yang memulakan hidup baru setelah menempuhi kegagalan dalam berumah tangga, kegagalan kerana terkecewa dalam percintaan, kegagaln dalam pelajaran, kegagalan dalam perniagaan dan berbagai masalah dan musibah.

Macam PM kita, baru-baru ni memulakan hidup baru…berkahwin semula setelah isteri terdahulu meninggal dunia. Yang pergi tetap pergi, Yang tinggal perlulah meneruskan kehidupan. Bak kata Pak Lah, Allah menjadikan banyak ruang di hati kita untuk mencintai dan menyanyangi banyak orang dengan lain-lain perasaan kasih dan sayang …yang faham saja tahu…Bukan bermakna bila dah dapat yang baru, yang lama tidak lagi dikasihi. (kes kematian isteri/suami)

Tak lama dulu, (dalam blog lama) Auntie ada bercerita tentang seorang bapa saudara Cik Din yang sakit jantung..dia meninggal setelah hampir 6 bulan selepas pembedahan di buat. Ada komplikasi buah pinggang katanya. Pak Cik ni belum le tua sangat lagi sekitar 53 tahun. Makcik pun sebaya..
Setelah hampir 3 tahun hidup sendirian (anak-anak adalah) tetiba kami mendapat berita Makcik akan memulakan hidup baru!!

Cik Din amat terperanjat…tak sangka!!! Katanya Makcik nak kawin semula….Auntie juga terkejut dengan keputusan itu. Apa yang membuatkan Cik Din macam tak percaya adalah disebabkan Makcik dan Pakcik adalah pasangan kekasih yang sangat akrab dan romantis dizaman remaja dulu sebelum mereka di ikat dengan tali pernikahan…..dan masa tu Cik Din menjadi ‘posmen’ di antara mereka. Cik Din juga akan jadi body guard Makcik sekiranya Pakcik nak berjumpa! Sampai ke hujung usia perkahwinan mereka Pakcik dan Makcik memang pasangan yang bahgia. Jadi, kami semua tidak menjangkakan yang Makcik akan bekahwin lagi setelah Pakcik meninggal.

Tapi, itulah yang dikatakan ketentuan Ilahi…siapa dapat menghalangnya.

Satu pagi, Auntie menerima panggilan telefon . Sayup kedengaran suara Makcik…”Zian, ada rumah tak petang ni?…kami nak singgah ni “ “ada Makcik, jemput le, saya berbesar hati Makcik nak datang”. “Ok, insyaallah kami sampai dalam pukul 4.30 petang…jangan masak apa-apa, kami datang lepas jamuan kenduri kawin…” “ok”

Auntie pun apa lagi, macam lipas kudung bila dengar tetamu nak datang…kemas sana, kemas sini, lap sana, lap sini….almaklum rumah Auntie sokmo macam kapal nak belayar….

Tepat pukul 4.30 ptg. Kelihatan sebuah kereta memasuki jalan ke rumah Auntie…sah le Makcik dah sampai bersama Pakcik Baru!!! Auntie mempersilakan mereka masuk. Makcik tersenyum simpul mengintroduce suami barunya. Pakcik baru steady saja…kami bersalaman.

Sessi berkenalan berjalan lancar. Auntie rasa sedih jugak mengenangkan Pakcik Lama….tapi, Makcik nampak bukan main berseri-seri lagi…malah kelihatan sungguh romantis!!

Alhamdulillah, kelihatannya Pakcik Baru ini sangat mudah menyesuaikan dirinya dengan kami….apa tidaknya, usianya dah 75!!!!...seorang pesara kerajaan. Raut wajahnya bersih , ada janggut berjuntai…beberapa batang gigi dah tanggal…tapi masih kelihatan segak dan cergas. Dia seorang duda ada 4 anak yg. telah berumah tangga, telah kematian isteri pertama sejak berbelas tahun yang lalu. Kawin kali ke 2 dengan janda beranak sorang, tidak kekal, bercerai setelah 5 tahun kawin. Kini berkahwin pulak dengan Makcik, janda beranak 5….(semua dah besar)

Pakcik orang KL, Makcik orang Pekan Pahang. Tak tahu macam mana mereka berkenalan. Bila Auntie tanya Makcik, dia kata “biarlah rahsia” sambil tersenyum malu!

Yang penting Makcik sudah hilang duka laranya, sudah pulih dari kesedihannya.
Kalau dengan Pakcik Lama, Makcik panggil Pakcik dengan nama saja. Kini Makcik “berabang” dengan Pakcik Baru. " Orang tua pun tak pe lah...nak buat teman, hidup menjanda ni banyak dugaan dan cabarannya...serba tak kena" kata Makcik.

Sessi perkenalan yang singkat dengan Pakcik Baru sungguh mesra, memang Pakcik Baru orang lama yang berpengelaman. Cik Din dan Auntie terlopong mendengar cerita dia…macam dah kenal lama.

Hampir 2 jam mereka di rumah Auntie. Setelah mereka berangkat pergi, kami berdua rasa puas hati dan tumpang rasa bahgia melihat kebahgiaan Makcik di samping Pakcik Baru. Semoga jodoh mereka berkekalan. Amin.
------------------------------------------

Wednesday, June 27, 2007

Bayar cukai

Dua minggu sudah Auntie terima surat dari LHDN. Tak lah rasa apa-apa sebab masa mengisi borang on-line dulu Auntie dah tahu yang Auntie tak kena apa-apa bayaran pun, malahan telah terlebih bayar pulak. Mengikut kiraan Auntie, tak banyak mana pun terlebih bayarnya, takat nak beli keropok atau budu sebotol dua kat Kota Bharu nanti tentu le tak jadi masalah.

Buka saja envelopenya, memang, dia bagi tahu yang Auntie tak perlu bayar apa-apa. Lebihan bayaran sebanyak RM600.00 akan dikirim dalam masa 14 hari. :-)...nak diikutkan, sampai hari ini dah nak masuk 14 hari....tak dapat pun lagi???...;-( Harap-harap balik rumah nanti adalah cek ke hapa ke....isyyy...rasa gatal macam nak tepon tanya je.....

Sebelum ini, Auntie tak pernah le terima duit lebihan tu, kalau ada, dia orang terus je simpan untuk tahun yang akan datang. Auntie pun tak kisah sangat...kalau kena bayar tak le terasa kalau duitnya memang dah ada sesikit, tinggal tambahkan jika masih tak cukup juga. Auntie juga membuat potongan berjadual...jadi tak le nak pening-pening bila time nak bayar tu.

Dengan kenaikkan gaji baru ni, rasanya bayaran cukai tahun depan mencanak le naik nya...aduiiii!!!

Friday, June 22, 2007

Kursus

Setiap kakitangan kerajaan digalakkan menghadiri kursus selama 7 hari dalam setahun sekurang-kurangnya.

Tahun ni, dah nak habis bulan Jun, satu kursus pun Auntie belum pergi lagi. Sejak dari dulu lagi Auntie memang tak suka menghadiri kursus-kursus ni. Selalunya kursus dianjurkan oleh bahagian Latihan dan Kerjaya. Di awal tahun program kursus diedarkan
dan kami kena buat pilihan kursus apa nak attend.

Ada tiga pusat kursus yang khas untuk kami pergi, Ipoh, Kota Bharu dan KL. Ada juga kursus-kursus yang dibuat di lain-lain tempat seperti di hotel-hotel atau resort-resort yang terdapat di serata Malaysia.

Kursus pulak macam-macam lah. Yang berkaitan dengan kerja secara langsung atau tak langsung.

Yang berkaitan dengan kerja, kalau untuk Auntie ada berbagai topic le antaranya, Basic Course For Flood Mitigations, Geographical Information System(GIS), Erosion and Sediment Control Plan, Integrated Water Resources Management, Hydraulic & Catchment Modelling, Integrated Shoreline Management…..…dan banyak lagi.

Selain dari itu ada jugak kursus -kursus seperti..Basic Landscaping, Public Speaking, Kecergasan dan Gaya Hidup Sihat.. Pembentukan Modal Insan, Keutuhan Nilai dan Etika, Fotografi.

Kursus IT memang banyak le…PC Assembling And Trouble Shooting, Basic LAN & Wieless Networking, Auto Cad, Adobe Photoshop, Laman Web…..banyakkan?

Tahun ni rasanya Auntie nak ambil kursus yang dibuat di Kota Bharu Auntie nak pilih kursus yang tak memeningkan kepala, mungkin saja kursus motivasi. Dah tua-tua ni kena kasi sikit semangat untuk terus berkhidmat untuk Negara. Cewah!!!

Memang dah lama benar Auntie tak pergi kursus kat Kota Bharu…yelah, sejak sakit lutut ni . Nak pergi kena cari geng, boleh jugak minta tolong heret beg. Masa pergi tak pe le boleh heret sendiri, time balik, kot beg dah beranak pinak sapa pulak nak tolong?

Kota Bharu adalah tempat kursus yang menjadi pilihan ramai terutama orang pompuan lah kan, banyak agenda kami bila sampai ke sana tuh. Kursus tetap kursus. Lepas jam 5.00, acara bebas…hak ni le yang kami suka. Satu bandar kami pi sukat. Pasar Siti Khadijah lah menjadi tumpuan utama di samping lain-lain tempat untuk menjamu mata dan perabih duit! Bukan saja Kota Bharu, tentunya kami takkan lepas peluang ke Rantau Panjang juga.

Insya Alla, kalau tida aralmelintang, Auntie akan ke sana awal bulan nanti….yeszerrrr!
(tak padan dengan sakit lutut)
----------------------------------------------------------

Tuesday, June 19, 2007

Satu panggilan..

Bersemangat pulak rasanya pagi ini. Alhamdulillah!

Sampai ofis agak pagi juga. Agenda harian telah Auntie rancang sebelum balik semalam. Tugasan tak le banyak mana setakat nak menyemak maklumbalas saja.
Kalau rajin nak kemaskini rekod-rekod Pengaduan Awam yang diterima sejak bulan Januari lalu, itu pun tak le mana masalahnya sebab dah up-todate. Lain-lain cuma nak kemas sikit meja Auntie ni dah beserabut dan serabai, lemas pulak menengoknya.

Bos Auntie kini berada di Langkawi. Esok adalah. Meeting apa tah…
-------------------------------------

Sementara tunggu pukul 8.00 sempat le Auntie bertegur sapa dengan Si Melor, sambil mengopi dan makan bihun goreng yang dibawa dari rumah.

Tetiba telefon dimeja sebelah berdering. Tuan punya meja turun b/fast kat café, dia ni time masuk keja dia pukul 8.30 pagi.
Mulanya rasa malas jugak nak angkat, tetapi kenangkan tanggungjawab, Auntie angkat juga. Suara lelaki memberi salam….dia memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat ****
Nama, dia tak bagi tahu, terus dia nak bagi tahu nak bercakap dengan En.@@@

Dia : Saya nak cakap dengan En.@@@ bin &&&

Auntie : (tiada nama ni dari bahagian kami). Ooo…En.@@@ bukan dari bahagian ini
Encik.


Dia : …Tapi ni MOA kan?

Auntie : Ya Encik, memang MOA. Ini Bahagian ABCD…En. @@@ ni dari bahagian mana??

Dia :….dari Jabatan Pe*********….ha, berapa nombor dia???....(suara dia dah mula tinggi)

Auntie : Saya tak tahu nombor dia, tapi……(tak sempat nak cakap lagi, dia dah celah)

Dia :….ha, ini le pegawai Kerajaan , semua tak tahu, makan gaji buta, apa yang dibuat kat ofis tu…..esok, bila anak you besar isap dadah baru tahu , makan gaji buta….semua tak tahu…apa yang dia tahu?....bla..bla…bla….bla…bla….bla….

Auntie :….??????....(sian aku, pepagi dah kena maki) sabar dulu Encik, saya boleh tolong carikan nombornya, biarlah saya tengok Buku Panduan Telefon dulu…

Belum habis Auntie cakap dia dah letak telefon…habis camno??? Terkedu Auntie sekejap.

Tak semua penjawat awam kurang sopan, tak semua penjawat awam tak tahu apa-apa, tak semua penjawat awam makan gaji buta.

Tak dinafikan ramai juga penjawat awam yg. kurang sopan, yang selamba macam badak. Yang langsung tak bagi kerja sama, kerja sambil lewa, sombong. Yang ni memang yang jenis tak makan saman…yang jenis inilah yang membawa nama buruk yang melibatkan orang lain.

Niat Auntie sungguh ikhlas nak membantu, nak carikan nombor telefon. Takkan lah kita boleh ingat nombor telefon semua orang di satu Kementerian yang ada 2 blok bangunan setinggi 17 tingkat dan 2 blok lagi setinggi 4 tingkat…operator pun tak ingat weh!!!

Lain kali kalau nak telefon make sure sesaorang tu tahu nama orang yang nak dihubungi, tempat atau bahagian dia bertugas. Paling senang boleh tanya dengan operator sesuatu ofis tu. Atau, kalau dah termasuk ke bahagian lain, boleh tanya dulu semada pegawai yang nak dihubungi memang ada bertugas disitu. Kalau nada suara sentiasa dapat dikawal, tentu tak jadi masalah.

Kenkadang yang membuatkan kita bersifat kurang sopan adalah disebabkan ‘input’ nya pun kurang sopan, macam mana yang ‘output’ nak bersopan?

Setiap hari berbagai panggilan yang kami terima. Tak tahu hujang panggal masalahnya. Bila telefon marah-marah, habis macam mana kita pun tak menyirap darah.

Contoh:

i) Hello! Bercakap dengan Puan Siti?
(Siti mana?...semua orang kenal Siti ke?…lain le Datuk Siti)

ii) Hello! cek saya dah siap ke?...apasal check saya belum clear?
(Cek apa???...ingatnya satu donia ke tahu yang dia akan dapat cek? terangkan dulu...)

iii) Tak pelah…nanti saya akan hubungi PM…(trik lama..macam kita tak tahu, elllehh!!!)
(laaaa…nak hubungi PM lak…ingatnya PM tu ada masa ke nak settle perkara remeh macam tu…)

iv)…….apa ni? bila telefon tak de?...bukan kerja saya?...apa ni??
(ni pun satu hal juga)

Banyak lagi contohnya.

Kami di ofis bukan semua orang buat kerja yang sama, lain unit lain kerjanya…mana boleh kita senang-senang je beri jawapan, kang salah silap sapa nak jawap???...kami orang gomen ni…selain tugas , ada masa kena pergi dengar taklimat, ceramah, bengkel, kursus…ada masa kena berlatih sukan…ada masa nak ke toilet, nak makan, berbincang dengan bos, meeting. Semua ni bukan sesuka hati saja nak pergi…arahan weh!...suka tak suka kena patuh. Rasanya orang kerja Swasta pun samalah...

Tak sangka di satu pagi yang penuh bersemangat, dapat pulak satu panggilan yang boleh mematahkan semangat.

P/s : Kepada Encik yang pepagi lagi memaki Auntie tuh, terima kasih sajalah....semoga anak-anak dia tidak bersikap seperti dia. Semoga Allah lindungi anak-anak Auntie daripada doa jahat seorang manusia yang mungkin malam tadi tak dapat layanan dari isteri seperti yang diharapkan…..

Sekian.
-----------------------------

Monday, June 18, 2007

Hari Bapa.


Dua hari ujung minggu di habiskan memerap kat rumah saja. Hari Ahad keluar sekejap ke Bintang beli sikit keperluan dapur. (katanya sikit je...kedebuk-kedebab habis juga RM 75/)
Hari Sabtu bangun pagi lepas solat, mesin kain baju. Sambil tu masak air. Auntie jarang sangat menyediakan b/fast kalau hari ujung minggu. Selalunya beli saja.
Sejak kebelakangan ini Auntie suka beno makan thosai dan capati. Nak buat sendiri tak pandai le pulak, lagi pun anak-anak tak minat pulak. Depa lebih suka roti canai atau roti telur.
Thosai atau capati memang elok dimakan berbanding nasi lemak. Minyak kurang, lemak pun kurang.
















-----------------------------

Hari Sabtu malam, Auntie nonton drama dariTv3 yang bertajuk 'Ayah' sedap juga ceritanya, sempena Hari Bapa. Cik Din pun boleh nonton sama selalunya dia tak suka drama-drama ni. 'Cite Melayu, balik-balik cinta!, balik-balik frust'...kata dialah. Drama tu agak menyentuh hati juga. Kisah bagaimana seorang ayah membesarkan dua orang anak yang masih kecil sehingga dewasa setelah ditinggalkan isteri yang inginkan kehidupan yang lebih mewah. Yang haru tu, anak-anak tu pulak bukan lah anaknya sendiri, tetapi adalah anak isterinya bersama suami terdahulu. Pukul 12.00 baru ceritanya habis.

Auntie tidur sungguh nyenyak sungguh, mungkin sebab hari hujan sejak tengahari lagi........

Dannn....dan.....

......ada ke Auntie boleh mimpikan bf lama yang telah berabad tak diketahui samada masih ujud atau pun tidak!!!!....

kelako pulak rasanya!!!

---------------------

"SELAMAT HARI BAPA UNTUK SEMUA BAPA-BAPA"

Friday, June 15, 2007

3G, 5G


Ramai wanita Malaysia di ketogorikan dalam kumpulan 3G, GEMUK, GEMPAL, GEBU. Nak marah pun tak boleh jugak kalau memang dah kenyataan.

GEMUK: yang dah over size, terlebih berat.
GEMPAL : lebih kurang jugak..tapi mungkin agak mantap sikit
GEBU : sama jugak…













Hari ni, masa dalam kereta, Auntie dengar pulak juruhebah radio mengatakan , yang, kalau wanita dengan 3G, apa kurangnya lelaki??..sesuai dengan kaum lelaki yang memang suka melebihi wanita, lelaki dikatakan sebagai kumpulan 5G….loo…lebih 2 tuh!....he!he!...ada betulnya


5G tu adalah, GEMUK, GEMPAL, GEBU…(sama macam orang pompuan) dan 2 lagi adalah GENDUT dan GONDOL….Haaa…jangan marah!!!!

Tambahan 2 tu… GENDUT :…yang perut dah macam ngandung 6 bulan tapi date duenya entah bila!!!
GONDOL : ya ampuuunnn….yang semakin hari semakin ‘cerah’ dan semakin’ merelip’
Pppssttt…ada tu macam boleh buat cermin….!...ya ampunnnn!!!!

Faktor yang menyumbang kepada gejala-gejala di atas adalah cara pemakanan kita orang Malaysia. Memang kita ni mewah dengan makan.Bangun pagi je ingat makan…dok sekejap ingat makan, tengahari makan, petang makan, malam makan, larut malam makan…hatta sampai ke dini hari masih dok makan.

Menu makan pulak aduhai!...kalau b/fast kita ada nasi lemak, mee/ bihun/kue tiaw/nasi goreng, nasi dagang/kerabu/berlauk, pulut dan rendang, soto, roti canai/murtabak/ capati/tosey…..kueh-kueh…ohhh…banyaknya…list ini tak mungkin terhenti di sini saja.
Ini baru sarapan pagi.

Menu tengahari??...lagi le hebat. Nak di sebut ke??..ok sebut sikit…nasi puteh/beriani/tomato/minyak…lauk?...masak lemak cili padi rebung/paku/pucuk ubi.
Lemak nanas, lemak ketam, lemak nangka…kari kepala ikan, asam pedas, ikan bakar, ayam bakar, ayam golek, daging bakar…kerabu…ooooo!….uuuu…!...never ending one lo!!!
Memang kita mewah dengan makanan, manalah kita tak dapat all the Gsssssss