Monday, November 27, 2006

Kenduri kawin...

Musim kenduri kawin dah bermula. Setakat ini Auintie dah terima hampir 6 keping kad undangan perkahwinan. Mingkin akan terima lagi rasanya. Undangan dari jiran yang berdekatan pun dah ada 3…tuan rumahnya pun Auntie tak kenal, jadi, sekiranya Auntie hadir kendurinya dapatlah Auntie berkenalan…selalunya kalau orang undang tu Auntie pergi sajalah…bukan buat kerja pun, pi tolong makan saja.

Sabtu lepas Auntie, Cik Din dan Jim bertolak ke Rembau N. Sembilan. Kawan Auntie, jugak Kawan Cik Din mengawinkan anak. Depa ni kerja kat KL, rumah pun kat KL…tapi bila buat kenduri kendara, akan buat kat rumah kampong. Mungkin lebih selesa. Boleh buat secara gotong-royong, saudara mara semua senang nak datang…dan yang penting lebih menjimatkan kos.

Sebenarnya pada hari yang sama, kami juga mendapat undangan kenduri kawin di Setapak Jaya. Cik Din lebih berminat nak ke Rembau, katanya boleh tengok cara orang Negeri buat kerja kawin. Kat KL sama saja caranya.

Pagi tu lepas b/fast kami bertolak kesana. Tak jauh mana rupanya Rembau dari Bangi…patutla orang NS yang kerja kat KL kerap balik kampong,….err…katanya kalau kambing depa beranak pun depa balik jugak…betul ke????...orang katalah…:-)

Seronok juga jalan-jalan tengok tempat/kampong orang ni.Masuk saja Tol Senawang , lepas traffic light, Cik Din pi konar kanan…dalam plan sepatutnya gi terus saja…biasa le Cik Din tu…dia main ikut sedap hati dia saja lepas tu dia galabah pulak. Auntie relax saja…takkan nak sesat kemana nya…tentu ada sign board menghala ke Rembau…dapat le Auntie tengok kawasan taman perumahan kat Senawang tuh…teringat le jugak kat Si Angah @ Ain…gamaknya rumah parents dia kat situlah….kalau dia nak kawin dengan Wan nanti dan jemput Auntie…dah tak susah nak mencari rumah.:-)

Banyak nama tempat yang agak pelik (sebab tak pernah dengar le…) yang Auntie temui…ada nama Cengkau, Cembong, Pedas,Padang Lekok…..Bongek…dan akhirnya kami sampai ke Kota. 3km dari Kota, sampailah rumah kawan Cik Din tu…dia turun sorang dulu…tinjau-tinjau dulu tuan rumahnya, takut tersilap rumah pulak nanti.
Ya, betul rumah yang dicari…

Kendurinya stail kampong, serba sederhana…kami makan bawah kemah yang didirikan bawah pokok….selesa dan nyaman saja. Lauknya???...ha pertama kali Auntie makan gulai lemak cili padi dimajlis kenduri kawen….Gulai rebong dengan perut dimasak lemak cili padi…..sedap yang amat!!!....satu lagi, gulai lemak cili padi daging kambing!!!!...berpoloh den makan tak hinngat dunia!!!...selamba saja Auntie bangun menambah lauk yang sedap dan tak pernah jumpa tuh!!! Dah kenyang dan sembang lebih kurang dengan kawan Cik Din kami pun nak berangkat balik. Sebelum balik dapat pulak buah tangan…bunga telur yang lawa, sekotak wajik, sekotak tapai pulut dan sebijik kuah bahulu semua nya diisi dalam satu bag kecik yang comel.

Dah kebetulan Kota tu dekat sangat dengan Tampin, kami pun terus pergi ke Tampin pulak…saja nak tengok Bandar Tampin yang dulunya femes sebab ada dalam lagu pop yeh yeh yang dinyanyikan oleh J.Sham…(budak muda sekarang mana tahu…)
Tampin ni dulu-dulu zaman persekolahan,memang Auntie sampai dah…tapi tak pernah pijik tanahnya…sebab keretapi berhenti diTampin dai JB. Tiap kali cuti sekolah, memang kami akan lalu stesyen keretapi Tampin. Kenangan mengusik jiwa.

Adalah dalam ½ jam kami dok pusing-pusing Bandar Tampin dan akhirnya terus menuju lebuh raya. Sampai Nilai singgah kejap. Cik Din nak cari kain pulak. Auntie pun nak cari kain jugak… hari raya hari tu tak buat baju, ni dah lepas raya baru nak buat….
Penat juga dok melilau kat Nilai tu. Dah dapat apa yang dicari kami pun balik le.
Penat rasa badan, tapi seronok….

Minggu depan ada lagi kenduri kawin....:-)

Tuesday, November 21, 2006

Urut Refleksi.

Macam dah malas nak berblog. Macam dah tak de apa nak dikabokan kat blog ni. Bukan tak de aktiviti, adaa...
Ni Auntie tinggal sorang kat ofis . Ada 3 orang bos kecik kat bilik masing-masing. Auntie kat meja Auntielah...yang lain tu semua pergi ke majlis perasmian MAHA di Serdang. Macam biasa, Auntie memang malas le nak ngabiskan masa kat tempat macam tu..orang ramai, panas, letih dan lapar. Baik saja Auntie dok kat ofis, slow-slow habiskan kerja....err sesambil chatting, blogging & eating.

Cuti sekolah dah bermula. Kesian anak Auntie Si Jim...tak de kawan. Nasib baiklah sorang kawan lama dia datang dan nak bermalam sampai seminggu. Mak dia pergi berkursus. So, elok sangatlah Jim ada kawan untuk seketika, kalau tidak monyok saja dia. Jim memang kesunyian. Masa dia banyak dihabiskan dengan bermain play station dan memetik gitar...

Auntie ni sebenarnya tak berapa sihat...sakit lutut menjadi-jadi pulak sejak bulan puasa lalu....banyak dosa gamaknya Auntie nih....:-( Satu malam minggu lepas, kami tiga beranak pergi keluar makan kat satu restoran di Seksyen 15...tengah sedap mengunyah Auntie terpandang kedai kat seberang jalan..." PusatKesihatan Traditional". Rasa macam nak tahu jugak apa perkhidmatan yang ada.

Lepas makan kami pun pergilah survey...Antara service yang disediakan ialah Urut Traditional, Urut Refleksi, Rawatan Pemulihan Tenaga Ba**n, Rawatan Bekam, Rawatan Holistik, Rawatan Kronik.....rawatan penyeri wajah pun ada. Auntie pun bagi tahulah penyakit Auntie...lalu depa suggest suruh Auntie buat urut refleksi...setelah berbincang lebih kurang dengan Cik Din, Auntie pun setujulah nak buat.

Setakat ini Auntie dah lalui 3 sessi...ayooo!...boleh tahan jugak sakitnya semasa urutan dilakukan.Kalau diikutkan rasa macam nak menjerit saja.Tapi tahan sajalah. Banyaklah petua-petua yang Auntie kutip dari perawatnya...pssst..tak boleh bagi tahu..err...sebab Auntie bayo!!!..Insyaallah Auntie akan ikuti beberapa sessi lagi. Harap-harap adalah kesan positif. Kita hanya beriktiar, Allah sajalah yang akan menyembuhkannya.

Friday, November 17, 2006

Monday, November 13, 2006

Jamuan raya lagi...

Hari ini dah masuk 21 Shawal. Masih raya lagi kah kita???....bulan raya masih ada, suasananya pun masih ada lagi. Macam biasa kita di kota metropolitan ini masih lagi sibuk dengan open house sana sini.

Tahun ini tak banyak open house yang dapat Auntie hadir. Setakat ini hanya open house yang di anjurkan oleh Kementerian saja yang Auntie pegi. Meriah juga jamuannya...ada berbagai juadah yang menjadi menu utama. Yang paling istimewanya ialah menu kambing bakar dan juga rusa bakar...almaklum kamu bernaung di bawah Kememterian Pertanian.

Auntie terlepas dua open house yang patut sangat Auntie hadiri. Jamuan GEGAR RAYA di rumah Lord Budak & Lady Arc dan juga di rumah PN. P-Nut & Tokey Pajak Gadai....ini semua gara-gara Auntie diserang sakit perut yang hebat...frust sangat rasanya....apa lagi dengar ceritanya ada dapat duit raya lagi....apa nak buat itulah kalau dah bukan rezeki namanya.

Pagi ni Auntie sampai ofis dengan semangat yang berkobar-k0bar. Kerja melambak atas meja..harap hari ini tak ada apa-apa gangguan, harap dapat bereskan dengan segera.Pening kepala memikirkannya. Tak patutkan? orang kecik macam Auntie memikirkan kerja sampai pening-pening.

Wah!...tadi, bila melangkah masuk ke bahagian Auntie, terperanjatlah pulak...ofis dah dihias cantik lawa....macam rumah nak terima pengantin......rupanya hari ada jamuan raya bahagian kami pulak...bermula jam 12 tgh hari nanti..harap Auntie tak di serang sakit perut lagi nanti.
Takat ni dulu...esok lusa insyaallah Auntie akan buat laporan tentang jamuan raya ni.
Sekian.