49 hari je lagi...
Salam untuk semua,
Kalau ditolak cuti dan weekends, bulan Februari ni hari bekerja cumalah 16 hari saja...dan untuk bulan Mac, Auntie akan bekerja cuma 13 hari saja setelah ditolak weekends...bermakna insyaallah lagi 29 hari saja lagi untuk Auntie menamatkan perkhidmatan dengan gomen...Wah!!!!
-----------------------------------------
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Monday, January 31, 2011
Friday, January 28, 2011
Teguran
Laaaa...lagi 53 hari ni.....
54 hari....(semalam)
Salam untuk semua,
Semalam Auntie sibuk betul. Sampai je ofis dalam pukul 7.05 terus buka komputer dan terus terusan buat kerja..sedar-sedar dah hampir pukul 11.30 dan perut rasa lapar sangat. Patutlah kan?...boleh terlupa nak breakfast dulu. Nasib baik Mak Andeh telefon kata nak berdating.
Alhamdulillah. Kami pun dah lama tak jumpa. Rindu jugak dengan kawan Auntie yang sorang ni. :-) Dalam pukul 12 MA sampai. Cuaca redup dan hujan rintik-rintik. Kami menuju ke Alamanda..(mana lagi tempat nak pergi kan?) Sambil makan sambil sembang. Rasanya banyak betul yang nak disembangkan. Habis makan MA antar Auntie balik ke ofis. Terima kasih banyak-banyak pada MA semoga murah rezeki dan bertambah-tambah lagi rezekinya.
---------------------------------
Dah lama juga Auntie dok simpan cerita ni untuk diblogkan., boleh dok lupa je. Tadi, selepas baca blog Kak Puteri (Kata Kama) baru teringat akan incident ni.
Adalah lebih kurang 2 bulan lalu, Cik Din nak tempah baju "kurta" ke apa ke, lebih kurang le macam baju Pakistan tu, nak dipakai ke surau katanya. Kedai jahit yang selalu dia hantar ni, tutup le pulak. Yang Cik Din ni pulak, (Auntie pun tak faham) kalau dah nak tu boleh tergedik-tergedik (bayangkan....Cik Din tergedik-gedik...aduiiii! mati I kalau dia tahu I kata kat dia macam ni ....)...tak sabo-sabo gitu. Pepandai dialah pergi hantor kat satu kedai kat Kajang (dia pergi sorang)
Janjinya seminggu. Ada tarikh di catatkan kat resit. Hari Isnin kalau tak silap Auntie.
Mai lah hari Isnin, sekali lagi Cik Din ni tergedik-gedik nak ambil baju dia. Auntie cakap, balik rumah dulu le, lepas solat Asar boleh pergi, boleh singgah pi Giant sekali. (kami dari ofis) Dia tak setuju, nak gi terus juga. So, Auntie ikut je lah walau pun rasa macam arrrrggggg!!!!
Sampai kat kedai tu ada dua orang gadis tengah dok jahit baju...of course le kedai jahit kan?
Auntie masuk dulu sambil tunjuk resit. Gadis tu macam terpinga-pinga, macam blur je...pas tu dia kata, nanti nak telefon dulu sebab baju Cik Din dijahit di kedai dia orang yang lagi satu, bila siap dia orang akan bawak ke kedai tu pulak......pulak dah??? Auntie pun cakap kat dia, Auntie takmo le dengo itu alasan, sebab dalam resit dah tulis hari dan date siap baju tuh...jahit kat KL ke kat Seremban ke...apa kita kisahkan..janji kita datang baju mesti siap.
Maka terketar-ketar le budak tu nak bagi alasan lain pulak, sambil di backing oleh gadis sorang lagi. Cik Din dah tarik muka control macho lagi... "Meh sini saya cakap dengan bos awak", kata Cik Din yang diam je sedari tadi. (wah! macam cerpen pulak!) Bos depa minta maaf banyak-banyak, memang baju tu ada kat premis lain...dah siap, tinggal nak jahit butang saja dia kata... :-(
Cik Din kata dia tak peduli, dia nak juga ambil sekarang juga (hari tulah) yang Gadis dua orang tu pulak sibuk cakap "kak, kami memang ada banyakkkk sangat jahitan sebab bos kami ada 3 kedai" ....."oh, saya takmo dengo itu reason, kalau rasa tak sempat nak siapkan letak le tarikh tu biar lama sikit...kalau dalam masa sebulan pun kita tak marah sebab kita tahu...betul tak? kalau kita tak setuju, tentu kita tak tempah kat dia...
Auntie memang rasa sakit hati, terus le Auntie cakap dengan gadis dua orang tu...."dek, minta maaf ye, kali ni sajalah kami datang sini, cubalah belajar berniaga macam orang Cina, kalau dia kata seminggu lagi siap, sebenarnya dalam masa 3 hari dia dah siapkan., bila kita nak ambik je, dah ada. Nampak lah depa ni efficient. Ini, orang kita terbalik kot, cakap siap dalam masa 3 hari, bila pergi, belum jahit butang le, baju tertinggal kat kedai satu lagi le...minggu depan baru siap le......"apa barangkan? Jadi macam mana kita nak tolong depa??? cuba jawap...
Akhirnya, kami terpaksa le balik rumah dulu. Sampai rumah sekali lagi Cik Din telefon cakap dia akan datang jugak ambil baju tu dalam masa setengah jam lagi dan pastikan siap.
Nasib bail le siap juga. Alhamdulillah jahitannya ok kemas.
Sebelum tu, Cik Din pernah jugak anto kain nak buat baju Melayu kat satu kedai OKU...nak tolong le konon....bila sampai tarikh siap, bila nak ambil bajunya, kedai tutup, kali kedua pergi, tutup jugak, kali ketiga pergi baju tertinggal kat rumah!!!...tak sakit hati...? banyak le masa kita nak ulang alik kat kedai dia kan....itu je sekali Cik Din tempah kat dia. Tapi, Cik Din tak sampai hati pulak nak komen apa-apa. Komen dalam hati sajalah.
Oleh yang demikian, salah ke kalau kita buat teguran....? Dengki??? apa kes pulak nak dengki???
Walau bagaimana pun Auntie salutelah kat peniaga-peniaga kita yang dah banyak menempa kejayaan....errrr...macam Datuk Rambut Kejung!!!! :-)

Wednesday, January 26, 2011
Tuesday, January 25, 2011
ASB
56 hari lagi tuan-tuan dan puan-puan.... :-)
Hari ni sibuk amat. Dalam sibuk-sibuk tu sempat jugak Auntie melarikan diri ke May Bank berdekatan. Ramai pulak yang berurusan. Patut le, hari gaji rupanya hari ni. Puas jugak menanti giliran, dekat 40 minit.
Kononnya Auntie ni nak check bonus dan dividen ASB...wah!!! ....ha!ha!..bukan banyak pun padan le dengan apa yang ada, dah lama Auntie tak tambahkan pelaburan dok tang tu je bertahun-tahun. Auntie hampir lupa dengan bukunya. Masa pindah rumah dulu tah mana hala lesapnya . Baru last month terjumpa balik. He! he! ada le sikit bonus dan dividen cukup le nak belanja Cik Din makan satay. :-)
Tu sajalah cerita hari ni.

Monday, January 24, 2011
TV baru, TV lama
Wah!!!...57 hari lagi.... :-) :-) :-)
58...hari Ahad
59...hari Sabtu
Salam untuk semua,
Melihatkan 'countdown' semakin berkurangan terasa semakin excited.
2 hari kat rumah tidak kemana-mana. Selalunya Auntie akan keluar setelah selesai mengemas rumah. Ada saja urusannya. Ada kala ke bank atau pejabat pos. Selalunya ke pasar raya membeli barang-barang dapur yang kehabisan, tidak pun saja saja berwindow shopping, cuci cuci mata. Tempat yang Auntie suka ialah kedai buku, geleri perabut dan farmasi. Auntie boleh menghabiskan masa agak lama kalau kat tempat-tempat ini. Selalunya bukan beli pun....
Pagi tadi sampai ofis, terus je call Jana.... terima kasih ye Jana, harap-harap tidak menyusahkan.
Kebelakangan ini, kerap ada kejadian pecah rumah. Kejap rumah ini kejap rumah itu. Risau juga hati ni. Tido malam pun kalau terjaga terdengar bunyi apa pun dah rasa macam berderau darah.....anak bujang Auntie, En. Amir kerap balik lewat. Habis kerja pukul 11, dia sampai rumah hampir jam 12.
Dua malam lepas lagilah lewat.....pukul 3.00 pagi!!!!..aduhhhh! orang bujang. Dia SMS Auntie sebelum pergi. Nak larang pun, Mc D tu bukan le jauh sangat dari rumah. Katanya habis je kerja terus ke Mc D bersama kenkawan menonton bola.. MU lawan mana tah.., lepas tu sambung tengok piala Asia. Tak gunalah kita masukkan sport channel kalau dah sibuk nak tengok kat luar...tak faham le bebudak sekarang. Nasib baik le Cik Din tengok kat rumah je. Malam tu, Auntie tengok le cerekarama, sebab ada Emang Manang, cerita start pukul 10 habis pukul 12, tapiiiiii...Auntie hanya tengok separuh jalan je, pukul 11 Cik Din dah nak tengok bola!!!! terpaksa le beralah dengan suami. Nak tengok TV satu lagi...TV lama, gambar pun kejap ada kejap hilang sabo jelah...... :-(
...nak kena beli TV baru ni.....!!! :-)

Friday, January 21, 2011
Seminar....
60 hari lagi......
61....hari lagi (semalam)
Salam untuk semua,
Pagi yang ceria selepas berehat sehari semalam. Bertambah ceria hari ni sebab ada pulak insan yang baik hati mengofer diri untuk menolong Auntie sekiranya ada apa-apa masalah dengan urusan pencen Auntie tuh...alhamdulillah....!...magik sungguh blogging world ni....
Terima kasih banyak-banyak Jana. :-)
Auntie tak boleh nak sambung cerita ni ...dalam sibuk nak pencen ni nak kena juga pergi attend satu Seminar kat Shangrila Putrajaya pukul 8.30 nanti.... malas betul nak pergi, tapi kena pergi juga...aduilaaaa!
pergi dulu ye..... :-) kalau ada apa-apa yang baek, nanti Auntie akan sambung entry ni.
--------------------------------------
Seminar habis pukul 12 tadi. Biasa le hari Jumaat kena habis cepat sebab ada solat Jumaat.
Macam biasa, selesai je ada makan. ...macam mana nak kususkan?.....3 hari tak makan nasi, hari ni makan macam-macam le pulak...semuanya sedap-sedap terhidang depan mata. Sape tak tergoda kan??...macam-macam ada, maklumlah five star rating punya tempat.
Seminar berjalan lancar......best jugak...semua benda-benda teknikal, tak payah ceritalah nanti boring pulak.
Hemmmmm...itu sajalah........selamat berehat dihujung minggu.

Wednesday, January 19, 2011
Tuesday, January 18, 2011
Dokumen-dokumen
63 lagi daaa....
Salam untuk semua,
Semalam janji nak up-date tapi tak buat pun. Tak sangka pulak, lagi dekat nak pencen kerja semakin berlambak. Semua nak kena dibereskan dalam masa terdekat. Laporan itu, laporan ini. Up-date ini, up-date itu............pening!. Sampai rumah rasa macam blank dah.
Hari ni pun boleh tahan jugak. macam-macam. Kejap itu, kejap ini.
Tadi orang PSM dah panggil untuk semak dokumen-dokumen penting yang akan dihantar ke bahagian pencen. Antaranya, kad pengenalan sendiri, kad pengenalan pasangan, surat nikah, muka surat pertama buku bank, gambar passport size, penyata pinjaman kerajaan, borang akaun ada/tiada hutang....ohhh...macam-macam. Yang penting kena boh tumb print.
Alhamdulillah selesai dan boleh diforward ke bhg. pencen. harap-harap tak ada lagi yang sangkutnya. Untuk tahun ni sehingga bulan March, Auntie masih ada 7 hari lagi cuti. Kalau tak diambil, cuti akan ditukar dalam bentuk duit.
Harap-harap sihat sejahtera panjang umur dapat bersara dengan tenang. Amin

Monday, January 17, 2011
Friday, January 14, 2011
Thursday, January 13, 2011
Tak de maknanya..........
68....hari lagi.
Salam untuk semua,
Tak sangka pulak semakin menjelang hari persaraan, semakin sibuk pulak Auntie ni. Rasa macam dah tak menang tangan nak settlekan apa yang patut. Tapi, blog tetap tak dibiarkan begitu saja.
Semalam, niat tu nak update juga. Tapi tak kesampaian. Auntie lewat balik. Cik Din ada meeting kat ofis dia 3 hari berturut-turut, ini bermakna Auntie akan miss le cerita Cina kat TV 2 tu....semalam pun bila sampai rumah dah azan Maghrib. Nasib baik dah solat Asar kat ofis.
Walau pun kat rumah dah tinggal kami berdua, letihnya sama saja. Auntie tak masak pun. Semenjak dua menjak ni kami hanya ambil makanan yang ringan-ringan saja menggantikan makan malam. Cik Din makan mee sup yang dibeli kat pasar malam. Auntie pulak makan sebiji apple dan tah berapa biji anggur. Time nak tidur kami minum pulak milo sorang segelas.
Bila usia meningkat ni. tak makan banyak pun susah amat berat badan nak turun. Degil betul.
Rasa macam nak je ambil pemakanan untuk melangsingkan badan. Tapi, Cik Din kata, tak payah le....buang duit saja. Memang betul pun. Kat ofis Auntie ni ada sorang kawan yang beratnya hampir cecah 100kg. Memang dia nampak 'slow' je dan nampak sokmo macam mim alip lam sin saja....Katanya dia ada pi kat satu tempat nak kuruskan badannya...tiap kali pergi tu, ratus ratus jugak terbang duit dia.....tapi, Auntie tengok dah 3, 4 bulan tak de nampak pun hasilnya...dok 'slow' macam tu jugaklah.
Kata Cik Din pada Auntie, kalau nak turunkan berat badan tu, jaga makan dan buat exercise...
Betul le tu..................tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!....sendiri tau le...;-) ekekekekeke..!!!
Untuk menyedapkan hati, Cik Din kata, gemok sikit tak pe, janji sihat.
Satu lagi masalah wanita adalah menjaga penampilan diri. Hemmmm...kalau dah badan 'berat' je
pakaian pun banyak yang tak selesa dan sesuai dah. Menjaga wajah juga menjadi keutamaan.
Hari-hari tengok cermin, dah nampak dua tiga garisan halus....ayo!..sudah ada kedut maaa!
Macam mana nih???.....macam mana nak mengawetkannya???
Pernah nampak tak ada artikel pasal rahsia awet muda nih???...banyak kan?
Contoh :-
"Rahsia awet muda Rozita Cik Wan".....
"Rahsia awet muda Datuk Siti"...
"Rahsia awet muda Nora Danish"...
...dan banyak lagi.....
Auntie nak tergelak pun ada jugak. Pelik kan ?...depa tu masih muda...at least muda dari Auntie le... apa nak kata awet muda pulak, dah memang muda. Cuba le pi tanya rahsia awet muda Norlia Ghani ke, Normah Damanhuri ke, errrr..Auntie ke, baru le betul.
Macam ada satu minuman Collegen ni, Duta dia Lindan Onn...pas tu iklannya lebih kurang macam ni,..." kulit akan jadi gebu , tegang, macam Linda....ha!..ha!..penipu betul! kan ke Linda tu masih muda, tentulah semua masih tegang!!!....Hari tu Auntie ada tinggalkan komen kat blog Linda pasal benda ni, ha, Si Linda pun ngaku.....kot ye pun ambil le orang yang agak berusia, kasi dia guna, lepas tu baru le nampak berkesan ke tidak...kalau dah orang muda, tak ambil makanan tu pun memang dah gebu....wei! tak de makna nya.....!
Wah!...Auntie bebal apa ni????...suka hati Auntie le.....jangan marahhhh :-)

Tuesday, January 11, 2011
Monday, January 10, 2011
AJL 25
Wah! hari dah tinggal 7o...
kejap lagi baru ada cerita...sibuk sikit weh!
71 semalam....(malas nak memblog guna laptop...terkial-kial makcik)
------------------------------------------
Salam semua,
Ha, berenti rehat kejap. Kerja ni kalau nak di ikut memang tak habis habis. Tapi, Auntie macam biasa le....sesuka hati jelah. Rasanya bos pun dah tak nampak Auntie, lagi pun sekarang dah ramai staff baru. Yang pompuan lawa lawa yang lelaki pun segak segak belaka. Semua muda belia penuh dengan semangat macam Auntie mula masuk kerja 35 tahun yang lalu.
Malam tadi Auntie tengok AJL 25 (...alahai tak padan dengan nak pencen masih tengok benda-benda gini....) Auntie sorang je kat rumah. En. Amir kerja malam, minggu ini. Cik Din ke surau.
Lepas Isyak, Cik Din balik. Dia bawak balik jajan yang Auntie pesan sebelum dia keluar tadi.
Di belinya poteto chips, keropok udang dan jugak rempeyek...ha, ha...dapat le Auntie mengunyah sampai tengok AJL tu.
Cik Din tengok sampai pukul 10.00 je....memang bukan minat dia le nyanyi nyanyi ni. Tinggal le Auntie tercangok sorang sorang depan TV..ada gak rasa seram. Sambil tengok sambil baca paper...terbaca pulak kisah yang budak pompuan ambil gambar waktu maghrib, kemudian ada image lembaga hitam kat belakang dia....adui serammmm...untuk mengelak keseraman tu, Auntie buka semua lampu kat hall...panjang pulak AJL kali ni.
Keputusan agak menghampakan. Si Black yang Auntie harap untuk dapat vokal terbaik, tak up to standard pulak malam tadi. Memang patut pun dia tak dapat kategori tu. Dalam banyak banyak persembahan tu, Auntie hanya tertarik dengan persembahan Yuna dan Hafiz je...yang lain tu kira sama saja. Yang paling best masa persembahan pembukaan. Best betul suara M.Nasir & Francisca....
Segmen akhir tu....adui, itu mak aji dah macam tak berapa umphhh la suara dia....matilah Auntie kalau dia tahu Auntie kondem dia...
Auntie naik tido sebaik saja dapat keputusan. Dah takmo lena pulak, bila terlelap boleh pulak termimpi si Faizal Tahir....ha!...ha!.....astghfirullah!!!!!.

Saturday, January 08, 2011
Cabaran
72....
Salam untuk semua,
Sejak Jim dah tak ada kat rumah ni, keadaan rumah Auntie bertambah sunyi sepi. En. Amir, balik je kerja masuk bilik dia, senyap. Sekali intai dia mengadap laptop, sekali lagi intai, dia dah lena. Nak ajak makan pun susah. Kita tak masak dia tanya ada nasi ke tak?, bila siap masak, dia kata dia dah makan kat tempat kerja.
Malam tadi dia lepak kat rumah membernya, tah pukul berapa dia balik Auntie pun tak sedar.
Pagi tadi Auntie panggil dia mengadap dan Auntie leterkan dia seround dua....nak marah sangat pun dia dah besar panjang....susah juga bila anak anak dah dewasa. Macam biasa dia diam saja buat muka poyo.....isyyyyy...kalau budak budak mau je Auntie luku kepala dia.
Lepas makan tengahari dia minta izin nak keluar, nak tengok wayang katanya, ada awek classmate dia nak belanja...ha! ha!....ada jugak awek berkenan kat dia...dia kata bukan awek special, kawan saja...lantak le Amir...
Awek-awek sekarang memang berani....zaman Auntie dulu, kalau bukan special bf tak adalah kami nak berani pergi tengok wayang berdua-duan....rasa janggal le pulak, walau kamceng mana sekali pun. Dulu, takut beno dikata boyfriend keliling pinggang. Mungkin sekarang fikiran dah terbuka, hari ni dengan si A, esok dengan si Y pulak.
Walaupun anak anak Auntie lelaki semuanya Auntie selalu ingatkan mereka, baik baik pilih kawan samada kawan lelaki mau pun pompuan. Susah nak cari kawan dan sahabat sejati. Ramai dah hilang sifat jujur. Ramai yang hipokrit.
Jim pulak sejak dah mula belajar ni dah dua kali dia balik dihujung minggu. Rindu mak katanya. Jim memang manja dan tak malu nak luahkan perasaannya pada Auntie. Dia kata seronok belajar, tapi tension le sebab banyak sangat assingment....yang tak tahan tu dia asyik SMS Auntie tanya pasal pelajarannya...ha, manalah Auntie tahu....satu habuk pasal account Auntie tak tahu......alhamdulillah, sekarang dia dah tahu kat mana nak cari infonya. Risau jugak Auntie pada mulanya takut dia give up....Harap-harap dia tabah menghadapi cabaran.
Bukan senang nak jadi senang.

Friday, January 07, 2011
Talkin
73.....
Salam untuk semua,
Berbanyak maaf Auntie tak masukan entry untuk semalam. Bukan mengelat...bukan....Ada cerita disebaliknya.
Semalam Auntie bercuti. Cuti kecemasan. Jadi, ada banyak masa kat rumah dan nak updatekan entry lah konon. Dengan menggunakan lap-top En. Amir. Sebenarnya Auntie tak suka guna laptop, halus sangat tulisannya dan macam tergagau-gagau Auntie nak mengetuk key-board nak cari hurufnya, bukan itu saja, semalam brukbandnya pulak macam nak habis nyawa!...puas tunggu baru keluar page baru...last-last Auntie giveup je..buang masa sajakan menunggu-nunggu....boring le....
Apa yang cemas, sampai bercuti tu???...Ooo..jiran terdekat Auntie meninggal dunia. Arwah meninggal di hospital Serdang pada hari Rabu jam 9.35 malam. Sakit kanser. Tak lama pun arwah tahu penyakitnya, dalam 3 bulan saja. Mungkin dah dalam stage yang terakhir. Arwah ni dah lama bersara, usianya dah 70 lebih, bekas Pengarah Penjara Kajang dan bergelar Datuk. Kiranya, dalam kejiranan Auntie tu dialah yang paling berusia dan kami anggap macam bapa. Sungguh sempoi orangnya, tak le macam sesetengah orang yang bergelar Datuk yang sentiasa nak orang hormatkan dia.
Saban hari dia menjaga cucu-cucu, sorong dengan stroller atau pun bawak naik basikal. Datuk pulak berkain pelikat dan sekali sekali pakai semutar atas kepala. (maklumlah orang Kelantan)
Malam kematiannya tu, seisi keluarga dia berada di hospital. kecuali pembantu rumah dan seorang cucunya yang masih baby. Kami yang jiran-jiran nilah yang ke rumah dia tolong kemaskan apa yang patut dan sediakan tempat untuk tetamu yang akan datang berziarah dan juga tempat pembaringan jenazah. Jenazah sampai ke rumah pada jam 12.35 malam. Barulah rumah dipenuhi kaum keluarga arwah. Auntie baliklah tido pulak dah selesai menolong apa yang patut.
Esoknya, kami yang jiran-jiran terdekat pun pakat ambil cuti. Pagi lagi Cik Din dah pergi ke rumah arwah. Dalam pukul 8.00 pagi jenazah dibawa ke surau untuk dimandi, kafan dan sembahyangkan. Auntie pun turut sama ke surau, dapatlah Auntie menatap wajah Datuk untuk kali terakhirnya setelah siap di kafan. Malamnya, tak dapat nak tengok sebab terlalu ramai yang datang. Segan pulak nak menyelitkan diri. Sempatlah jugak Auntie bersama jemaah lain menyempurkan solat jenazah. Itulah kali pertama Auntie buat solat jenazah. Selalunya, bila ziarah kematian cuma pergi melawat ke rumah saja. Ramai yang bersolat jenazah tu. Alhamdulillah rezeki Datuk. Kakitangan Penjara pun datang sampai 2 buah bas. Maklulah dulu dia bos penjara. Kereta jenazah pun, dari penjara juga.
Lepas tu, bergerak pulak kami ke tanah perkuburan Sg. Tangkas, Kajang...atas sikit je dari Station Komuter UKM tu.
Sayulah rasa hati bila sampai ke kawasan perkuburan. Kawasan tu masih baru. Elok je disusun siap dengan nombor lotnya. Arwah Datuk disemadikan di Lot 253. Lot 254, 255, 256, telah siap di gali lubangnya. Siapalah pulak akan bersemadi di situ.....adakah aku????? fikir Auntie...rasa gerun jugaklah....
Tok imam membaca Talkin, kami mendengar dengan kusyuk (dan perasaan ketakutan, insaf dan berbagai.....) Lama jugak bacaan Talkin. Yang rasa seram bila ada diingatkan..."wahai .............ingatlah, bila datang dua malaikat untuk menyoal kamu, janganlah kamu rasa takut kerana mereka juga makhlok Allah seperti kamu.......segala harta di dunia ini hanyalah sementar...."
Bila Talkin dah sampai penghujungnya, kedengaran pulak kereta berduyun-duyun masuk ke kawasan perkuburan diikuti dengan sebuah kereta jenazah. Allhuakbar!! rupanya satu jenazah lagi dibawa untuk disemadikan. Sedih...sedih...sedih....dalam rintik hujan yang turun, rupanya dua insan akan pergi menemui Allah. Pergi selamanya.
Auntie dapat tahu, kali ini jenazah seorang wanita sebaya Auntie, juga pengidap kanser. Bertugas di UKM. Rupanya arwah juga dari BBB tapi di seksyen lain.
Al-Fatihah untuk kedua-dua mereka, semoga Allah merahmati roh meraka dan insyaallah akan menjadi ahli Syorga.

Thursday, January 06, 2011
Wednesday, January 05, 2011
Tuesday, January 04, 2011
Jual jajan
76.......
kita buat countdown dulu, entry kemudian...
Salam untuk semua,
Ha, ha, belum buat entry dah ada geng yang memberi komen. Terima kasih, nanti Auntie balas ok. :-)
-----------------------------------
Hari Isnin lalu, ofis Auntie senyap sunyi. Yang tinggal orang yang senior-senior citizen macam Auntie je. Ramai yang ambil cuti sebab menguruskan persekolahan anak-anak. Ada jugak yang tak bercuti, tapi ambil juga masa ke sekolah untuk urusan yang sama.
Auntie dah bebas daripada segala urusan persekolahan anak-anak ni, bila tengok orang mengheret anak-anak kecik ni teringat pulak zaman anak-anak masih kecil. Bukan sedikit cabaran nak besarkan anak-anak, apa lagi 20, 30 tahun lalu, tadika atau nurseri tidak lah sebanyak sekarang. Time tu, bibik Indon pun belum lagi popular. Bagi Auntie semua tugas rumah tangga dibuat sendiri dengan bantuan Cik Din apa yang patut. Kami bagi-bagikan tugas. Melayan anak tugas Cik Din, Auntie pulak buat kerja rumah membasuh memasak.
Kemas rumah time weekend dan buat sama-sama. Cik Din iron uniform sekolah anak, Auntie pulak iron pakaian kami untuk ke ofis.
Kini semua dah berlalu. Jauh ditinggalkan dan Auntie akan masuk pula fasa-fasa penghujung hijrah manusia atas muka bumi ini. (ehemmmm!)
Tiga anak lelaki dan jadi anak bujang. Susah ke nak jaga anak lelaki?? Alhamdulillah, masa depa kecik-kecik dulu semuanya under control. Nakal dalam rumah saja sesama sendiri. Mungkin sebab jarak umur agak jauh membuatkan Auntie tak menghadapi masalah ditambah pulak Cik Din rajin melayan kerenah mereka.
Bila dia orang dah besar ni, barulah rasa "pening" nak mengawal gerak geri apa lagi yang besar dua orang dan bekerja. Nak larang sangat pun tak patutlah, tak kan nak memerap kat rumah saja. Jadi, "main tarik tali" sajalah. Apa yang patut nasihat, dinasihatkan. Apa yang patut disergah, disergah! ha!...ha!. Auntie lebih banyak pot petnya. Cik Din akan sergah bila perlu. :-)
Ada masa tu rasa rindu pulak dengan kerenah depa masa anak-anak dulu, senang diurus, mengikut kata.
Dah besar ni, sunyi saja rumah. Anja sendiri dengan kenkawan dia, Jim di asrama kolejnya.
En. Amir saja masih bersama kami, masih menunggu rezeki. Buat masa sekarang masih bekerja sementara nak dapat yang lebih baik alhamdulillah.
Sekarang ni tiap petang depan rumah Auntie akan sibuk penuh sesak dengan kereta dan bas sekolah, maklumlah sekolah depan rumah.
Ha, jangan terkejut kalau nanti, akan ternampak sorang makcik dok jual jajan kat budak sekolah depan rumah tiap petang............perati betul-betul, mungkin itu adalah Auntie :-)
Monday, January 03, 2011
Tahun Baru
77 hari...
Salam untuk semua,
Dah masuk tahun baru...setahun demi setahun berlalu begitu pantas hingga tak terasa oleh kita. Diam tak diam usia kita semakin bertambah suka atau pun tidak. Hakikat kehidupan tak dapat kita nak menafikan lagi.
Auntie mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua yang membaca blog Auntie ni. Semoga tahun ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik dan lebih sukses.
Tahun ini adalah tahun akhir Auntie sebagai penjawat awam, malah Auntie hanya ada lebih kurang 2 bulan saja lagi untuk menamatkan perkhimatan setelah 34 tahun bertugas dengan kerajaan. Perasaan bercampur aduk, gembira ada, sedih pun ada. Gembira, kerana tidak lagi nak fikir akan kesibukan tugas di pejabat dan kerenah berbagai. Sedih, nak meninggalkan kawan-kawan yang dah sebati dengan Auntie.
Tak tahu macam mana pulak routine kehidupan selepas ini, tapi, yang tentunya, Auntie tidak akan bersibuk-sibuk lagi setiap pagi mengejar masa. Auntie juga tidak merancang untuk bekerja lagi. Rasanya cukuplah 34 tahun tu. Letih dah rasanya. Nak rehat pulak. Harap-harap diberi Allah kesihatan yang baik. Insyaallah.
p/s : 77 hari kat atas tu adalah 'countdown' ke hari bersara....

Subscribe to:
Posts (Atom)