Ada lagi 15 minit untuk Auntie membuat entry ini. Minggu ni sibuk sungguh ngalahkan big bos. Nak bersenang lenang dengan blog pun tak sempat.... Semua nak cepat...itu segera, ini urgent...aduiiii! .....
Esok dah nak sambut MERDEKA lagi...Auntie pun dah merdeka ni bila semuanya dah beres on time...ceh!!! berpeluh jugak dibuatnya.
Bendera Jalur Gemilang dah pun di pasang kat porch rumah tu 2 minggu yang lalu. Itu saja le gamaknya persiapan Merdeka tahun ni...Yang bestnya hari Jemahat Auntie ambil cuti...nak balik kampung.....lama dah tak balik ni. Auntie tak bagi tahu pun dengan mak, kalau bagi tahu, haru....kejap-kejap dia akan telefon tanya dah sampai mana??....
Kiranya balik kali ni habis surprise le.... he!!....he!!! Selalunya kalau balik Auntie tak bawak apa pun selain daripada bawak makanan saja. Mak Auntie dah tua...dia dah tak perlu apa dah, dia cuma nak tengok muka Auntie je....Dulu Auntie rajin jugak bawak balik kain ke, tudung ke....la ni dia takmo semua tu....kalau bagi jugak dia kata dia akan sedekah saja pada sesapa yang bernasib baik. Insyaallah , Auntie akan sua duit sajalah.....hak ni dia tak tolak, dia suka sangat kalau Auntie bagi duit....Dia kata seronok dapat duit pemberian anak-anak....sikit pun tak pe....dia happy sesangat....bukan dia simpan pun duit tu.....dia akan belanja kami makan pulak, tak pun dia sedekah kat cucu dia pulak....he!..he!..
Aiiii...dah tak boleh cerita apa dah...dah nak balik ni....Insyaallah kita jumpa lagi minggu depan.
MERDEKA!....MERDEKA!.....MERDEKA!
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Wednesday, August 30, 2006
Friday, August 25, 2006
Kejap ada, kejap tak de....
Hari ni dah hari Jumaat semula. Baru lagi rasanya Auntie pi ronda-ronda dan bersantai dengan MA dan P-Nut di Alamanda (Jumaat lepas) . Auntie rasalah sekarang ni mungkin pergerakan bumi dah cepat. Mungkin sebab pokok-pokok, bukit-bakau dan gunung-ganang telah diratakan.
Auntie tak ingatlah ayat apa, tapi memang dalam Al-Quran ada disebutkan Allah jadikan bukit dan gunung sebagai pasak kepada bumi...lebih kurang macam pakulah...untuk mengimbangi bumi ini....gamaknya gunung dan bukit dah berkurangan, maka bumi pun bertambah ringin, maka cepatlah berputarnya alam ini....logik tak???
Auntie ingat lagi, masa dulu kalau nak tunggu satu jam tu...mak aiii! lamanya...la ni nak tunggu sebulan, hah, kejap je... sedar-sedar duit dalam purse dah berkurangan....esok lusa gaji pulak dah masuk....so, duit Auntie pun...kejap ada, kejap tak de!!!
------------------------------------
Sempena cuti sekolah ni, adik Auntie, Cik Mat dan keluarganya datang bertandang ke rumah Auntie. First time depa datang ke BBB . Hemm...dulu masa duduk kat KL, senang le, banyak tempat boleh bawak depa ni jenjalan. Kat BBB ni mana nak pegi? kebetulan pulak bukan weekends. Auntie tak ambil cuti pun. Sayang jugak nak ambil. Auntie nak kumpul untuk kiraan "Golden Hand-Shake"(GHS), insyaallah, panjang umur dapat le merasa habuannya bila berpencen nanti. Setakat ni Auntie dah ada 70 hari yang boleh dibawa ke (GHS), dulu boleh bawa hingga 90 hari...la ni gomen kasi sampai 120 hari. Susah jugak nak dapat 120 hari tu...Auntie pulak kerap bercuti...rasa malas je cuti. Sakit sikit cuti...tetamu datang rumah pun cuti jugak.
Nasib Cik Mat le...dia datang kali ni Auntie tak cuti...
Semalam....ramai "kucing-kucing' bermeeting (...yang tentunya ada a lot of eating) di J.Bharu.
Auntie pun ambil kesempatan datang ofis lewat...:-)....pukul 9.30 baru datang. Ye lah...tetamu datang rumah, tentu nak masak-masak sikit kan? Siapkan b/fast dan lunch sekali. Lepas tu Cik Mat le yang anto Auntie ke ofis.....so, dia bolehle ronda-ronda bergambo bebagai kat Putrajaya ni...:-) . Jim jadi dia punya tourist guide. Dah puas berposing, depa balik rumah makan, lepas tu Si Jim bawak depa pi Nilai 3...pandai jugak Si Jim nih rupanya...:-) Masa Auntie sampai rumah petang, depa belum sampai lagi. Sempat le Auntie memasak makan malam pulak...letih tau...tapi tak pe lah..sesekali ada tetamu.
Pagi ni, pukul 5.oo dah bangun siapkan b/fast pulak. Lepas b/fast, Cik Mat SMS Auntie, bagi tahu dia nak berangkat dah....ke Ampang Jaya dan bermalam di sana pulak...rumah kakak ipar dia tuh. Esok barulah balik ke Ipoh.
Hari ni pun kekucing masih belum balik lagi, tikus-tikus pun berkeliaran. Auntie sempatle tengok-tengok surat-surat yang belum berjawab, dan tugas-tugas yang tergendala tanpa gangguan. Tak lupa juga meng up-date blog ini. Hemmm...perut pun dah lapar...sampai di sini dulu. :-)

Monday, August 21, 2006
Tak sesuai....
Auntie dah rasa letih nak up-date blog ni. Ada banyak benda yang boleh diblogkan. Otak berserabut bila duduk kar ofis ni. Banyak betul tugasan yang perlu dibereskan. Ingatkan gurkha macam Auntie tak banyak kerja, tidak rupanya...kerja sentiasa ada...nak jengok blog pun rasa tak senang. Waktu rehat/lunch, selalunya Auntie tido saja. Tido sambil duduk...tu pun boleh lena....:-) Ada masa terbabas sampai pukul 2.00 lebih.
Bangun dari tido rasa segar sikit.
Hari ni rasa letih yang amat. Dua hari berhujung minggu tak dapat rehat secukupnya. Hari Sabtu dok kemas rumah. Tengahari pi makan kenduri kawin kat Precint 8. Kawan lama kawinkan anak dia...dua beradik sekali dikawinkan....Auntie tak sempat pun tengok pengantin. Lepas makan sibuk berjejak kasih dengan ramai kenkawan lama yang dah berkurun tak berjumpa.
Hari Ahad pula, pepagi lagi, lepas Subuh Auntie 4 beranak bergegas ke Kuala Lipis pulak. Bukan ke rumah Siti...kami pi kenduri kawin anak penakan (anak saudara) Cik Din. Kami singgah breakfast kat Genting Sempah saja. Perjalanan tak lama, lebih kurang 2 jam saja.Ini adalah kali ke dua Auntie sampai ke Kuala Lipis. Kali pertama dulu, rasanya 20 tahun yang lalu kot....
Oklah bandar dia....cool saja tak macam KL lah.... Suku sakat Cik Din ramailah yang datang...semuanya dari Pekan. Dapat le Auntie jumpa mak mertua. Kendurinya memang meriah lah.Dah puas bersembang dan makan, kami pun bertolak balik ke KL petangnya.
Agaknya dah semakin berusia, ...duduk relax dalam kereta pun boleh rasa penat. Sampai rumah dah pukul 8.00 malam. Nasib baik le kami dibekalkan dengan nasi dan lauk pauk kenduri. Lepas makan malam je terus le tido tak sedarkan diri lagi.
Memang rasa malas nak datang ofis hari ni. Apa kan daya kerja berlunggok dan bertimbun di atas meja....see...Gurkha pun banyak kerja jugak!
Jam 10.30 pagi Auntie bergegas turun ke bawah....nak tengok upacara nikah Cik Siti...kat TV di cafe.
Manisnya dia....!.bebudak kat ofis ni ramai yang marah dengan dia. Auntie pun heran jugak??......macam-macam lah depa dok kata kat dia....isyyy...buat dosa sajakan. Bagi Auntie, itu dah jodoh dia, siapalah kita nak mempersoalkan....Auntie harap dia akan melayari bahtera rumah tangga dalam keadaan aman dan bahgia.
Ramai yang dok mempersoalkan usia dia dengan pasangannya....ramai kata tak padan. Anak Auntie En. Amir pun kata cam tu jugak. Auntie kata kat dia ok lah tu, Datuk K tu pun hensem...padan le dengan Situ tuh....En.Amir pulak kata..." padan apanya, dia dah tua?" Auntie kata..." tak tua mana pun, kejap je nanti Siti akan mengejar usia Datuk K tuh" En.Amir pulak kata...."eeee tak sesuai lah,.....kalau dengan mak Datuk K tu sesuai le...." Boleh ke gitu???....nak tersedak Auntie dibuatnya.....:-)

Thursday, August 10, 2006
Ya Da Da....
Kat ofis ni, Auntie boleh dikatakan antara yang paling senior disegi dah lama bekerja dan juga disegi usia. Kalau ikut ranking atau pangkat...hampeh le!!!...Auntie antara ranking yang paling bawah...macam Gurkha lah....Walau bagaimana pun, Auntie tetap le menjalankan tugas dengan tekun dan rajin nya. Ada kerja, sure beres punya...tak heran le kalau Auntie telah menamakan diri sendiri pekerja terhebat!!!....eleh!...orang lain mana tahu, Auntie cakap dalam hati saja...kalau cakap betul-betul, sah le orang akan kata Auntie perasan atau pun kurang siuman...Sebenarnya Auntie anggap macam tu kerana nak bagi semangat dengan diri sendiri yang dah mula malas dan bosan ni...apa lak tak bosannya, Auntie dah kerja hampir 30 tahun!!! Lamakan???
Orang selalu sanjung yang berpangkat tinggi. Selalu ingat mereka ini memainkan peranan yang besar dalam sesuatu organisasi. Tanpa mereka semua kerja jadi tergendala. Projek semua tak jalan. Keputusan semua terbantut. Yang pangkat Gurkha (macam Auntie) , kalau ada pun tak memberi apa-apa makna, kalau tak de...langsung tak rugi apa-apa....itu anggapan sesetengah orang....sesetengah bos!
Susah kita nak ubah persepsi orang. Cuba pikir, satu hari budak despatch tak datang ofis, surat berlambak tak dapat dihantar...kalau kita ganti orang lain boleh saja...tapi terkial-kial le pulak nak buat kerja tu..dah tak tahu pulak kat mana nak dihantar surat tu walau pun alamtnya ada. Mau satu alamat satu hari pun belum selesai.
Bagi ofis besar, mungkin ada dua tiga orang budak despatch...kalau ofis gomen ni, satu unit/bahagian/cawangan, selalunya ada satu saja.Itu pun, dialah buat despatch, dia le buat photostat & fax, dia le jugak pi bayo bill bos-bos, dia le jugak pi tolong angkut kayu golf bos, dia le jugak pi tolong beli teh tarik kat bos...hemmm...ke hulu, ke hilir dia!
Kt ofis Gomen ni, jawatan yang paling ramai adalah dari kumpulan sokongan I & II. Rasanya tanpa kumpulan ini boleh lumpuh kerajaan Malaysia tau!...dan Auntie berbangga kerana Auntie adalah dari golongan ini. Cuma ada masa rasa sedih jugak bila orang macam memperlekehkan saja. Auntie tabik le dengan budak-budak kerani...(la ni, jawatan kerani di sebut Pembantu Tadbir). Mereka ini memainkan peranan yang sangat penting ....tanpa mereka ni, macam takkan bergerak le pentadbiran sesatu ofis tu. Kalau kerani gaji mogok....matilah kita tak de gaji!....Kalau Auntie mogok tak pe...gaji tetap dapat.
Auntie buat apa kat ofis???...dulu Auntie terlibat dengan kontrak & tender-tender kerajaan. Makanya Auntie pun dapatlah berkenalan dengan puak-puak usahawan yang ramainya sangatlah nak berbaik dengan Auntie, kalau-kalau dapat tips bila depa nak masuk tender..:-)....Auntie tolong yang mana padan, yang mana patut saja....wei! takut akau....kang dek kerana secawan teh...lain pulak jadinya. Seronok tau melihatkan lagak dan janji manis depa ni masa belum dapat tender... selalunya Auntie dapat 'melarikan' diri dengan membawa mereka ini bertemu bos besar...biar bos uruskan....itu antara dia dengan bos...kita Gurkha saja...
La ni, sejak kat Putrajaya...Auntie rasa seronok pulak...bos kecik atau bos besar tak kisah sangat...mungkin depa ingat Auntie ni dah esok lusa nak pencen, so, biarkan saja ...makcik sorang nih!...ada kerja kita buat, tak de kalu, kita boleh buat kerja sendiri................-------------> memblog!!!!
........so, hari ni dapat mengupdate....dapat le buat satu entry.....:-) Ya Da Da......
Tuesday, August 08, 2006
Hobi Lama.
Ya! tidak dapat disangkal lagi....sepanjang minggu lepas banyak agenda meeting & eating. Tak cukup dengan di ofis, meeting dan eating bersambung pulak diluar ofis.
Memang agak lama jugak Auntie tak berjumpa dengan rakan-rakan sekutu. Mungkin salah seorang ahli kuatnya kini berada dalam keadaan yang agak 'huru-hara' setelah ditinggal oleh Bibiknya yang sangat efficiet itu. Di pagi Jumaat yang lalu, Auntie mendapat panggilannya. Memang Auntie dah rindu dengan dia ni. Bila berjumpa ada sajalah topik kami. Dah lama tak bertemu banyak topik yang keluar. Kami ditemani juga oleh dua orang rakan sekutu....so, 3 makcik dan yang sorang lagi tu lambat lagi nak jadi makcik...sungguh pun gitu dia ni sungguh le pandai menyesuaikan dirinya dengan makcik-makcik.
Weekends pulak berlalu dengan amat boringnya. Kami tinggal bertiga kat rumah...sunyi sepi rasanya. Jim sibuk melayan PS...Cik Din dengan s/khabar tak habis habis....Auntie, buat-buat sibuk. Kejap kat dapur, kejap naik ke bilik, kejap join Cik Din baca paper. Kerja masak memasak pun ala kadar saja. La ni Auntie dah tak pening kepala memikir nak masak apa. Arahan Cik Din...masak hak senang-senang...kurang minyak, no lemak-lemak, no curry, no lomak cili api....Auntie alright sajalah....senangnya dunia hidup ku.Almaklum sejak usia merangkak senja...tahap kemalasan menjadi-jadi. Sakit lutut selalu saja jadi excuse!
So, menu sekarang , rebus-rebus, stim dan bakar saja...but don't worry, kalau ada tetamu Auntie akan masak hak sedap-sedap punya. :-)
Auntie dah nak mulakan hobi yang dah lama Auntie tinggalkan. So, petang Ahad lalu Auntie pun dok merayu-rayu ajak Cik Din pergi ke nursery. Dia memang tak suka kalau Auntie dok tanam bunga-bungaan, katanya 'tak de pekdah'.... tu yang buat Auntie frust...jadi, kita buat trik le. Auntie kata nak pi cari pokok limau kasturi nak tanam dalam pasu. Selain dari limau kasturi tu Auntie dok berangan nak tanam ulam-ulam...semuanya nak guna pasu je...mana ada kawasan pun...sekangkang kera ssja tanahnya. Sampai je nursery, Auntie dah rambang mata. Pasunya cantik-cantik belaka, begitu jugak dengan pokok-pokok nya. Oleh kerana dah janji nak beli pokok limau, maka terbeli le pokok limau siap ada dua tiga bijik buahnya. Limau kasturi ni memang kami guna hari-hari. Di perah ka dalam teh O...memang sedap. Buat permulaan ni, Auntie cuma beli 4 biji pasu bunga beberapa beg tanah dulu...kang banyak-banyak Cik Din tarik muka pulak. Insyaallah sekali lagi Auntie pergi ke nursery tu..akan ditambah lagi pokok-pokok yang berkenan dihati.
Tengah-tengah sibuk menengok pokok-pokok tu, En. Amir pulak SMS kat Auntie "mak, duit PTPTN dah masuk, Amir dah try keluarkan RM50.....ok ke?" Alhamdulillah!...ringan le sikit bebannya....walau pun tak banyak mana duit tu, sekurang-kurangnya lepas le duit belanja makan dan jugak apa-apa keperluan dia.
Tak sabar nak tunggu weekend....nak mulakan hobi yang dah lama ditinggalkan.
Sebelum terlupa, Auntie nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Bilal yang akan melangsungkan perkahwinannya hujung minggu ni. Semoga terus berkekalan. Amin.

Wednesday, August 02, 2006
Meeting & Eating
Auntie memang tak suka masuk meeting. Orang kecik macam Auntie kalau masuk meeting macam buang masa saja. Ada baik tak payah masuk. Lebih elok duduk di meja menyiapkan kerja yang semakin bertimbun.
Agrhhhh…tak tahu mana nak buat dulu…semuanya perlu didulukan, semuanya ada tag SEGERA…cisss!....kita saja yang bertungkus lumus menyegerakan kerja…ada masa masuk bilik boss ianya tersangkut berhari-hari….bos sungguh sibuk Apa lagi sekarang kami di bawah satu bumbung dengan Pak Menteri. Bos besar (…yang kecik…ppsst….tinggi sikit je dari Auntie…) macam jadi favourite Menteri…nasib badan dialah…Menteri keluar negeri, nama dia selalunya ada dalam list….Bos kami tu sungguh berkelibar….dia baru saja naik pangkat…esok lusa, dia mungkin akan dapat pegangan jawatan nombor satu di Jabatan kami kat KL tu…tunggu masa saja dengarnya.
Arghh..hari ni ada satu meeting. Kena masuk jugakkk,,,eeeee tak suka nya!!. Selalunya orang meeting Auntie jadi tukang kutip kueh yang berlebih je…awat kali ni nak suruh Auntie masuk jugak…boring le meeting-meeting ni. Kenkadang dalam meeting macam baguih sangat. Strategi itu, stategi ini. Plan A ada, plan B ada….bila keluar dari meeting, semuanya berterbangan di udara.
Kalau meeting…mesti ada eating! So, apa jadi dengan Auntie punya dieting????aaaaa…ini macam kalu bila boleh nak slim???
Tu…dah sampai pun list depa order makan untuk meeting…ha, kan dah kata…ada meeting, sure ada eating….
Kena siap sedia…pen satu, diary satu, kertas kosaong untuk conteng-conteng kena bawak jugak. Meeting kali ni ramai yang akan attend Jangan Auntie terlentuk dah le…malam tadi temankan Jim tengok WWF…..

Subscribe to:
Posts (Atom)