..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Wednesday, January 30, 2013
Ganu Kite
Assalamualaikum,
Minggu lepas Auntie ke Trengganu, setelah sekian lama tak kesana., hampir lupa dah akan keindahan negeri Ganu Kite ni. Auntie memang tak pernah ke sana dengan kereta sendiri, dulu kalau pergi pun atas urusan kerja, meeting atau site visit, selalunya pergi dengan flight, ada sekali tu naik bas pejabat sebab ada site visit.
Pemergian kali ini adalah disebabkan mengikut rombongan perkahwinan anak sedara Auntie En. Akmal.(Anak adik Auntie) Kami bekonvoi 5 buah kereta melalui lebuh raya Timur Barat.Jalannya berliku, turun naik bukit membelah Banjaran Titiwangsa, udara nyaman pemandangan hutan belantara yang sungguh mendamaikan. Hampir 6 jam, setelah beberapa kali berhenti, barulah kami sampai ke destinasi, rumah Cikgu Yati dan Cikgu Stapa di Kg. Pengkalan Maras, Batu Rakit. Lebih kurang 22km dari K. Terengganu. Cantik dan besar rumahnya. Setelah dapat minum secawan dua, kami beredar ke homestay yang telah di booking oleh Cik Gu Stapa, dia ni biras kepada adik ipar Auntie, ia itu emak kepada En. Akmal si Pengantin...faham ke? Auntie pulak telah booking Chalet berdekatan homestay tadi. Memang seronok sebab kedua dua tempat penginapan mengahadap laut.
Malamnya kami makan malam dirumah Cik gu Stapa. Esoknya lepas breakfast kami ke KT, menuju Pasar Payang...bestnya pasar ni, macam-macam ada, kalau ada duit banyak harus lah nak diborong apa saja yang terjual. Auntie hanya beli beberapa helai kain batik, baju kelawar, kain telekong.....yang bestnya Auntie terjumpa tali,pinggang besi yang dipakai oleh mak mak kita jaman Auntie kecik-kecik dulu, dah lama Auntie cari tu, terus le beli.
Pasal makanan pulak, puas lah dapat makan keropok lekor yang ori, sotong celup tepung, nasi kerabu dan nasi dagang, dan paling best harga makanan tersangatlah murahnya. Untuk breakfast, makan nasi kerabu dengan daging bakar, mihun dan segala bagai lauk campur air untuk dua orang baru RM7! Adik ipar Auntie beli nasi bungkus dengan lauk baru RM1.50!...terkejut dia.
Hari Jumaat lepas solat Asar, rombongan bergerak ke rumah pengantin perempuan, kampung Lalang ke Sg. Lalang, Tepoh...dlm 10 km dari homestay kami. Lepas Akad nikah ada sedikit jamuat, ingat ke jamuan ringan, rupanya nasi minyak dengan berbagai lauk. Sedap nasi minyak orng Ganu ni.
Malamnya sekali lagi kami di jemput keluarga Cik Gu Stapa kerumahnya....ada...bbq pulak....makanlah kami hingga perut sendat...
Esoknya, sebelum waktu Zuhur, rombongan kami sekali lagui ke rumah pengantin perempuan untuk majlis jamuan. Kali ini kami dijamu dengan nasi putih dengan lauk kari kambing yang sungguh sedap. Mihun sup pun ada juga. Selesai sessi bergambar dengan pengantin, Auntie dengan Cik Din bergerak meninggalkan majlis menuju Kuantan melalui jalan pantai.
Memang Terengganu dan jauh berbeza, pesat membangun, negerinya cantik dan sangat bersih, orangnya pun sangat ramah tamah. Insya Allah Auntie akan ke Terengganu lagi.
Na...na...na.....na...na...Ganu Kite eeee...!!
Thursday, January 10, 2013
Tahun 2013
Assalamualaikum,
Selamat Tahun Baru 2013.
Sekian lama tidak memblog, hampir lupa cara cara nak buat ' post baru'....adui!
Alhamdulillah, kesihatan lutut Auntie bertambah baik. Syukur sangat2 setelah pembedahan. dah tak ada lagi sakit-sakit dan kualiti kehidupan seharian pun rasanya bertambah ceria, insya-Allah esok ada appoinment dengan pakar orthopedik Hospital Putrajaya. Routine biasa selepas pembedahan. Buat x-ray, check-check lutut, balik. Selepas pembedahan kali ini, Auntie tidak mengikuti pysio-thrapy seperti sepatutnya, malas nak berulang ke hospital, Auntie buat sendiri kat rumah je, setiap pagi buat warm-up, lepas tu cycling dalam 15 minit....petang, buat lagi perkara yang sama, itu dah cukup kata doktor...senang tak payah keluar rumah.
========================================
Cik Din - sedang mengira hari untuk bersara...dia tak sambung hingga usia 60. Katanya nak relax dan nak buat apa yang tak dapat dibuat masa bekerja.
Anja - macam tuuu lah jugak. Kerja, kerja, kerja......entah bila dia nak kawin??
En. Amir - masihhhh lagi keje dengan 7 E...sekejap dulu dah dapat keja yang sesuai dengan kelulusan, tapi tak sesuai pulak dengan setuasi sekeliling, katanya.... walau pun gaji agak lumayan.........pun, entah bila nak kawin ??
Jim - baru habis praktikal selama 6 bulan, sekarang dah dalam semester 5, alhamdulillah, nampaknya Jim ni rajin dan tekun belajar ada wawasan...dan yang pentingnya dialah 'baby' Auntie yang masih boleh dipeluk cium, walau pun bermisai berjanggut.....kawin??? oh, tentulah belum lagi, baru nak masuk 21 tahun, tak sesuai ok...
Cukup dulu buat permulaan...
Jumpa lagi, insyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)