Dah lama Auntie tak cerita pasal . Anja, anak manja Auntie yang sulong tu. Last weekend dia datang bermalam, setelah sekian lama dia tak muncul.Last sekali dia datang lepas Hari Raya Haji. Sungguh pun gitu, boleh dikatakan setiap hari dia akan hantar SMS kat Auntie. Auntie pulak call dan sembang sedikit sebanyak dengan dia.
Anja dah tinggal dengan kenkawan dia sejak Februari tahun lepas. Kami pulak pindah ke BBB pada Krismas lalu. Dia ni sibuk memanjang. Sibuk kerja dan sibuk dengan football dan futsal tournament . Dia main mewakili syarikat tempat kerjanya. Dah hampir 4 bulan tak masuk ofis, pagi, petang siang malam dihabiskan dengan bermain bola atau footsal saja. Tiba weekends ada perlawanan. Anja kata bukan main sesaja..ada elaun itu ini...at least boleh tampung gaji dia yang ciput tu. Auntie tak kisah, janji dia happy dan boleh hidup berdikari. Memang dia ni sangat independen. Cari kerja sendiri, pergi interview sendiri...banyak perkara dia selesaikan sendiri.
Bebaru ni Auntie terkejut juga, bila telefon dia, dia kata dia MC 2 minggu. Dia cedera semasa main bola dan kena operate lututnya. Minor saja katanya.Langsung dia tak bagi tau Auntie atau pun ayah dia.Dah selesai dan dah baik baru cakap. Bertuah punya budak.
Anja sampai rumah pada subuh hari Sabtu.Malam tu dia call kata nak datang tapi akan sampai sekitar jam 3.00 pagi.Terkejut Auntie dibuatnya.Apasal subuh-subuh baru nak sampai??? jauh beno ke KL dengan BBB ni? Tak...orang nak main futsal jam 11.00 malam. habis tu gi makan dulu, baru balik.....hemmm bertuah!...bertuah... budak muda jaman sekarang. Kalau mak Auntie dulu dia kata, time subuh macam tu adalah time langsuir ( species hantu) nak balik masuk sarang dia......
Mana le Auntie tahu. Katanya lagi jauh malam lagi seronok bersantai kat luar...orang Kl ni tak suka tidur malam gamaknya.
Hemmmm....Allah jadikan malam untuk kita istirehat dan siang untuk mencari rezeki..Tapi kini dah jadi tunggang langgang...rehat waktu malam, siang tidur....
Eh...siang kita kerjakan? habis kalau dah berjaga sampai subuh macam mana nak kerja???
Kerja sambil tidur atau tidur sambil kerja....hemmm....
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Tuesday, April 25, 2006
Thursday, April 20, 2006
Wise Old Man.
Wah!...diam tak diam hari ni genap 26 tahun Auntie berkahwin.Lama tu. Mau tak lama...hampir 9,490 hari. Ada manis, ada pahit, ada masam, ada kelat...macam-macam ada.
Auntie bersyukur kepada Allah.Sepanjang tempoh itu berbagai yang telah kami lalui bersama mengharung hidup berumah tangga. Ada masa, rasa perit dan payah. Ada masa duit tak cukup. Ada masa duit berlebih. Ada masa senyum memanjang.Ada masa menangis tak berlagu.
Ada 'berperang' tak? ......ada, perang kecil-kecilan...takat perang dingin je...tak pernah perang teluk. Tak pernah pulak pinggan mangkok berterbangan, tak pernah tangan naik ke badan. (....pssstt...lain kes ada la;-)
Demi membina rumah-tangga apa jugak yang lalu kami harung bersama.
Yeyyy...hari dah 26 tahun.Any celebration??? tak kot...Wei!.....minggu depan baru gaji masuk...macam kena 'hold' dulu kalau nak ada celebration pun.....(pssttt...tak pernah celebrate pun...takat mengingati hari yang bahgia tu je...)
Sat ni Cik Din call "...ingat tak hari ni hari apa?..." ingatkan dia tak ingat...dia ingat jugak.
I was a young and innocent girl ......he was a young and thought he knows all......he!...he!..that was 26 years ago.
Now, after 26 years....I'm a 1/2 century makcik and he is a 1/2 centuary
mise old pakcik.
My Love Hero Tamil!!!! :-)

Wednesday, April 19, 2006
Apa dah jadi?
Dah naik letih Auntie membuat entry. Bila siap, Auntie buat macam biasa le, terus klik kat butang publish post kat bawah tu. Selalunya, tunggu je beberapa saat, entry tu dah di publish dah, dah boleh tengok/baca.
Entah apa silapnya, setiap kali Auntie selesai je manaip, klik butang publish...tunggu beberapa saat, kemudian beberapa minit....akhirnya terus diam tak jadi apa...nak buat macam mana ek???...Isyy...dah lebih setahun dah...macam tu le procedurenya...yang heran tu, bila taip jee sepatah dua, klik publish post....keluar pulak.
Ni dah nak masuk kali yang ke berapa tak tahu le...dah fed-up dah...dah letih dah.....

Monday, April 17, 2006
Wednesday, April 12, 2006
Monday, April 03, 2006
Rambang Mata.
Sejak seminggu ni boleh dikatakan setiap hari hujan akan turun. Dah habis dah musim panas agaknya. Negeri kita yang tak de musim ni tak menentulah...kenkadang kita ingat panas sampai ke petang, turun pulak hujan di tengahari.
Hari Sabtu lalu, sebagaimana yang dirancang, Auntie, Cik Din dan Jim membuat lawatan mesra ke Nilai 3. Amir takmo ikut, so, dia tunggu rumah. Budak bertuah tu lebih rela duduk kat rumah dari pergi ke mana-mana pada hari Sabtu atau Ahad, naknya pulak kalau waktu pagi....sebabnya?...dia ni adalah peminat setia segala cerita katun ngalahkan bebudak tadika. Kalau pagi Ahad dari jam 9.00 sampai jam 12.00...dia sajalah yang tengok TV tu. lepas satu katun, satu katun.....Jim pulak tak minat sangat. Jim hanya tengok Doreamon & Sinchan...Auntie tengok jugak Sinchan...kalau sempat...almaklum waktu maghrib pulak siarannya.
Heran ye.....apasal depa tak boleh ubah time yang sesuai...
Dari rumah Auntie ke Nilai 3 tu rupanya dekat sesangat...rasanya macam dari rumah nak ke ofis saja tuh...munkin jauh sikit je...Ini adalah lawatan kali ke dua...entah berapa tahun yang lalu Auntie ke sana. Dah lain beno dah... masa kami sampai tu masih lengang....parking lot pun banyak kosong. Kedai-kedai pun nampak lebih organise. Yang banyak adalah kedai jual kain....murah-murah pulak tu...rambang mata weh!!!
Dari rumah Auntie dah pasang niat nak beli kain...cadang nak buat baju kurung untuk pakai pergi kerja...orang gomen lah katakan...pesyen apa lagi kalau bukan pesyen kurung tuh. Bila sampai kat sana, dah tengok banyak sangat kain, dah tak tahu nak pilih mana satu...last, last langsung tak beli!!!
Kain langsir pun banyak jugak...semuanya menawan kalbu...:-)..sabo jelah....
Kain tudung pun memacam, tudung Mawi (walau pun dia tak bertudung)...tudung Sarimah....rega, memang lebih murah.
Yang lebih Auntie rambang mata.....ahhh...perabut kayu jati, naik juling mata!!Banyak pulak kedai perabut jati nih..kami dok survey dari satu kedai ke satu kedai...harga memang lebih kurang....tapi kualiti agak berbeza.Nampak gayanya kalau nak pergi kena bawak duit lebih....barangan lain banyak juga....Auntie tak dapat nak tengok semua....tak larat nak jalan.
Nak kena himpun duit dulu gayanya sebelum Auntie melawat sekali lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)