Friday, March 31, 2006

Kesiannn Jim...

Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat, penghulu segala hari.

Blog Auntie ni semacam sentiasa 'bersawang'...nak up-date sekali seminggu pun macam susah beno. Ada masa tu macam dah ada berbagai nak diluahkan disini. Ada masa tu rasa macam tak perlu diluahkan.

Kesibukan tugas harian di ofis pun membantutkan idea untuk berblog. Kenkadang tengah sedap mengarang, bos panggil masuk bilik dia, diskus itu, ini...ada masa bos jugak meluahkan perasaan hatinya pada Auntie.
Bos pun manusia biasa...rupanya..:-)
----------------------------------------------

Dah hampir tiga minggu berlalu result SPM keluar. Si Amir, macam dialah kat rumah tu..'membesarkan' badannya saja. Makan, minum, tido...berintenet, berSMS....melayan ASTRO. Masa mula dulu sibuk dia kata boring..nak gi cari kerja. sekarang dia dah mula seronok melepak kat rumah...takmo gi mana-mana...rehat kat rumah lagi baik katanya.

Si Jim pulak dah naik fed-up dengan Amir....apa tidaknya...asyik menyakat saja kerjanya....Jim pulak, walau pun dah tingkatan 2...masih manja-manja...pantang nampak Auntie dia akan datang 'meleseh' tu yang buat Amir naik meluat....Auntie pulak suka je melayan Si Jim...almaklum anak bongsu...kalau tak dimanja-manjakan dia siapa lagikan?.....nak tunggu cucu lambat lagi le kot...:-)

Sejak kebelakangan ni Jim kerap le bertanya Auntie bila lagi gamaknya Amir ni nak masuk sekolah semula. Satu hari Jim tanya Auntie :-

Jim: Mak bila Abang Amir tu nak sekolah semula?...

Auntie : Dia dah habis sekolah tu....

Jim : habis, mak carikan le dia kerja.

Auntie : Dia belum boleh kerja lagi, umur dia baru 17+....

Jim :....ala, boring le..Abang Amir tuu...asyik je menyakat & membuli
Jim...

Auntie :..tak pe le...dia gurau je tu...kan ke Jim tu adik dia sorang...
sape lagi dia nak gurau kalau bukan Jim.

Jim :...ala...tak suke laaa....

Memang Si Amir ni..kerja menyakat si Jim je lah setiap hari...ada saja yang disakatnya. Auntie pun kenkadang rasa rimas le jugak.budak-budak dah besar ni kalau gurau memang agak kasar,.apa lagi budak lelaki. Si Jim pulak ngalahkan budak kecik umur 3 tahun...kejap-kejap Auntie dengar suara garau dia..." makkk...makkk...tengok Abang Amir nihhh "
Rasa macam nak sekeh je budak berdua ni. kenkadang Cik Din pun berdehem-dehem jugak tu....tapi depa selamba saja..ayah depa memang cool sokmo! Kalau arwah ayah Auntie dulu...tak tahu le...dia akan bertempik sakan tuh....

Satu hari Jim bawak iklan kolej cosmopoint ka apa ke...:

Jim :..mak, applykan Abang Amir hak ni....suh dia gi belajar...mak tanyakan kan sekali, ada hostel ke tidak...kalau boleh, mak masukkan Abang Amir tu tempat belajar yang dia tak boleh balik rumah...biar dia tido kat sana...cuti panjang baru balik...baruuu aman sikit Jim nih...

Kesiann..Jim....sampai macam tu dah...yang Si Amir pulak...selamba, cool dialah...dia tak kisah le nak sqmbung belajar kat mana...main suka hati mak sajalah nak apply kat mana. Dia kata, kalau mak pikir baik, baik le untuk Amir....Amir tukang belajar je...he!...he!...senang sungguh budak sekor ni...

Auntie dah pun buat permohonan untuk dia...insyaalah kalau ada rezeki dia sangkut le memana satu.

Monday, March 27, 2006

Berhutang Budi.

Minggu lepas Auntie sibuk sungguh. Entry sebelum ni pun Auntie buat sebab nak ucapkan terima kasih kepada well-wisher. Tak sangka hari jadi tahun ni banyak meninggalkan kenangan manis...(ppssst...maklumlah hari jadi yang ke 15..!)

Hari Ahad hingga Rabu Auntie menghadiri seminar di PD. Dah lama tak menghadiri seminar rasa seronok jugak. Banyak manafaatnya. Harap lepas ni Auntie dapat menjalankan tugas dengan lebih licin lagi. Kena tunjuk sikit kat budak-budak muda, walau pun dah nak pencen esok lusa, tugas yang diberi tetap maintain berkualiti..:-)...auwww!

Hari Rabu petang, Auntie dah berada semula di Putrajaya. Masuk ofis dalam pukul 3.00 (sampai dari PD), sepatutnya boleh balik rumah je, tetapi memandangkan Auntie tak de transport nak balik, Auntie tunggu saja Cik Din jemput lepas ofis....dan yang penting dapat masuk blog kenkawan yang dah beberapa hari ditinggalkan. Memang resah gelisah kalau tak dapat jenguk kenkawan cyber ni.

Bila sampai rumah, nampak macam ok saja, sebagaimana keadaan masa ditinggalkan, cuma atas sofa penuh dengan kain baju yang tak berlipat...Masuk dapur pun nampak ok...tak de pinggan yang tak berbasuh...masuk toilet...hemmm..ok gak. Bila masuk bilik tidur....laa...kat "kawasan" Auntie..ada pulak bantal & selimut si Jim...rupanya, bila Auntie tak de, dia ganti Auntie jadi sleeping partner ayahnya...:-).


Sebenarnya dah lama beno Auntie tak keluar kawasan, samada bekerja atau berkursus atau berseminar...Oleh kerana semua nampak in order, macam boleh pergi lagi lah kan...seronok juga...at least dapat juga bersukaria.

Orang tua pun sekali sekala perlu mengambil time-off jugakkan....:-)

Belum sempat hilang letih pergi PD, malam tu dapat pulak SMS..."invitation to celebration"..he..he...macam bagus pulak..
Setelah permission granted, janji pun dibuat. Lepas maghrib hari Khamis tu...baru je keluar dari telekong, MA dah call "Hi...KY dah siap make-up?"...bunyinya bukan main excited lagi....serentak dengan itu, kat entrance depan Pn Wynn dan dara sunti dia dah terpacak menunggu. Kelam kabut Auntie bersiap sementara Cik Din melayan Wynn..

Kami kemudiannya menuju ke lokasi yang dijanjikan.
Satu geng lagi belum sampai. Dalam 5 minit, nampak pulak sesaorang semacam mencari sesaorang...rasa macam pernah ku lihat...ahhh tidak salah lagi mata ku ini...Si Sya yang ayu tu rupanya..Sya masuk. Kami bergebang lebih kurang. Kemudian sampai le MA...agak lewat sikit...MA kata depa cari lokasi pakai peta Penang...dah drebernya mai dari Penang...nak buat cam na kan...tak pe...janji sampai jugak on-time.
2, 3 saat, sessi peluk-peluk...:-) lama tak jumpa Makcik Kampung ni....dengan MA pun rasa macam dah lama tak jumpa....walau pun dok calling-calling sokmo....:-)

Macam biasale...makcik punya gathering...semuanya "unconcious"...apalah lagi b/day girl yang nak sambut b/day yg. ke 15 tu....maaf le.....depa order cake berlilin lagi...aiseymen!!! malam tu makcik macam buang tabiat le....tak pernah hayat tiup lilin!!!!!kah!kah!..kah!....Dalam dok excited tu Auntie rasa tersangatlah terharunya...terima kasih tak terhingga pada semua yang hadir malam tu....Allah saja yang dapat membalas segala budi baik tu.....

Pisang emas bawak belayar,
masak sebiji atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.

Dek kerana begitu rancak bergebang sampai kedai dah nak tutup pun tak tersedar.......begitu le makcik-makcik sekelian.Agaknya customer yang lain tu pun heran jugak...makcik mana le yang 'unconcious' sangat nih?....
--------------------------------

Syukur kepada Allah yang telah menemukan Auntie dengan kenkawan semua...begitu juga kenkawan blog yang lain...mungkin kita belum berjumpa...mungkin lebih meriah lagi.............tak sangka pulak begini penangan berblog.Yang tahu saja yang dapat merasainya.

Hari ini dah mula sibuk dengan tugas harian, selain dari itu sibuk juga nak siapkan permohonan Si Amir. Last week semua permohonan on-line macam ada masalah, tak boleh nak masuk. Alhamdulillah hari dah boleh dah.

Dalam dok sibuk nak apply itu ini untuk Amir, Auntie dengan Cik Din boleh lupa dengan hadiah yang dijanjikan untuk Amir...hemmm.balik ni nak kena tunaikan janji tu lah nampaknya....terrrrbang lagi lah duit....!.
Tak pe... apa nak kata, janji mesti dikota.


Thursday, March 23, 2006

Agenda Makan.

Auntie dah balik semula ke ofis setelah 4 hari berada di Port Dickson.Lama dah Auntie tak keluar dari ofis. ...selalu je mengelak kalau bos suruh ke luar..almaklum Auntie ada good excuses...kalau bos berkeras, Auntie keluarkan surat doktor.....bos pun mengalah.:-)...he!...he!...
Sejak dua bulan kebelakangan ni, alhamdulillah, kesihatan lutut dah bertambah baik/lega, jadi dah tak boleh mengelak lagi dan Auntie pun rasa dah jemu jugak dengan suasana ofis. Sekali sekala keluar seronok jugak. Jadinya, Auntie pun pergilah menghadiri Seminar yang dianjurkan selama 4 hari. Selain dari dapat ilmu, Auntie jugak dapat berkenalan dengan para peserta...dan yang penting bila balik ofis dapat menjalankan tugas dengan lebih effisyen lagi....(macam bagus je bunyinya nih....:)
Dah agak lama jugak Auntie tak ke PD. Selalunya dulu kalau pergi kami booking saja chalet gomen.Sekarang dah ada Apartment pulak.Kalau pergi kat tempat-tempat ni adalah peluang Auntie nak mandi laut juga sebabnya kawasan tempat nak mandi-manda tu tak le 'open' sangat dan sangat sesuailah dengan Auntie yang 'pemalu' nih! ;-)
Yang Auntie pergi baru ni tak mandi pun...laut pun tak nampak....resort yang kami duduk bukan bersebelahan dengan laut...kalau nak pergi, kena seberang jalan dan agak jauh jugak le. Nak pergi pun tak ada masa sebab schedule seminar tu sungguh padat...sampai ke malam.Memang letih le...selain drp letih dok fokus masa seminar...letih jugak kerana banyak makan...sehari sampai 6 kali makan, rasanya kalau ditimbang badan ni sah le naik dua tiga kilo gamaknya.Ha...ni masa tengah menaip entry ni time makan....Auntie tak pergi le makan...biar surut sikit perut ni....rasa macam perut orang mengandung pulak dah...;-)...isyyyy....!!!

Tu, yang kenkadang tu malas le nak gi seminar atau kursus anjuran ofis ni....agenda makan tak habis-habis....mewah dengan makanan.
--------------------------


Maaf le Auntie dak buat gempar tentang hari jadi nih. Bagi Auntie h/jadi dah tak ada apa pun hanya setakat mengingatkan diri yang semakin hari usia bertambah...nak kena tanyalah, selain dari tambah berat badan, kena jugalah tambah amal ibadat, sentiasa ingatkan Allah.
Kepada yang dok ucap s/h/jadi tu Auntie ucapkan ribuan terima kasih dan rasa amat terharu sekali. Yang hantar SMS bergambar kek (bila nak hantar kek betul-betul tu?) pun Auntie ucap terima kasih...
...ada pulak yang rajin pi letak 'radio' kat blog Auntie nih....terima-kasih yang tak terhingga...muahhhhmuahhhh!!!! Dengar le lagu tu...sedapkan...sesuai dengan Auntie tu....pandai sungguh depa cari lagu tuh....
------------------------
Hemm...malam ni pun nampak gayanya ada agenda makan lagi.Ahhh...susah-susah je...lah member bersekutu nih!!!

Friday, March 17, 2006

Tiup lilin.

Dua tiga hari ni sibuk sungguh. Dalam pada tu sempat jugak jengok blog kenkawan.kalau tak jengok tak sah lah kan.

Auntie ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang dok ucap tahniah pada Amir. La ni Auntie sibuk pulak mengintai peluang-peluang untuk dia smbung belajar pulak.Pening jugak nak buat permohonan secara on-line ni. Auntie tak tahu le macam mana kalau mereka-mereka yang tak de internet nak buat permohonan. memang boleh pi surf kat CC je...tapi bukan sekejap nak kena surf tu..nasib baik le Auntie boleh buat kat ofis je...print dan balik discuss dengan Amir kat rumah.
------------------------------------------

Dah lama Auntie tak pergi kursus atau seminar anjuran ofis.Kali ni Auntie dah tak boleh nak ngelak lagi, bos suruh pergi jugak...uwaaaaa!
Insyaallah Auntie akan berseminar selama tiga hari mulai hari Isnin, di Port Dickson.......(nak kena bawak swimming suit & pelampong jugak rasanya....kan ke tepi laut???)

Yang tak bestnya...next week tu Auntie nak tiup lilin...uwaaaaa!....
Auntie akan menyambut h/lahir yg. ke 15 !!!...insyaallah!

Tak sangka ada yg. punya t.lahir sama dengan Auntie....:-)

Mudah-mudahan Allah memberi kesihatan dan ketenanagan pada Auntie yang semakin meningkat usia...

* Insyaallah, jumpa lagi minggu depan dengan laporan terkini.

Thursday, March 16, 2006

Cool & Selamba.

Alhamdulillah bertemu kembali. Syukur pada Allah, Auntie masih sihat, masih dapat menghirup udara segar.

Pagi Ahad yang lalu kami sekeluarga berangkat balik kampung. Walaupun cuti sekolah, lebuh raya Utara-Selatan tidak sibuk. Mungkin dah sibuk pada hari Jumaat atau hari Sabtu.

Kami sampai ke destinasi pada pukul 2.00 petang. Nasi sudah terhidang di meja. Makan sajalah. Cuaca memang panas, menyengat..

Mak Auntie kelihatannya lebih sihat. Dia ni kalau tak kerana bongkok, tentunya masih cergas. Walau pun bongkok, masih jugak aktif membuat kerja-kerja rumah seaktif mulutnya yang tak berhenti bercakap/membebel….

Esoknya keputusan SPM keluar. Amir dijemput dua orang kawannya untuk ke sekolah. Amir macam biasa…cool & selamba…Auntie pulak dah tak de apa-apa perasaan lagi. Auntie dah banyak berdoa, dah banyak bagi nasihat, dah banyak bagi tunjuk ajar…kini hanya kepada Allah saja Auntie berserah. Sebelum Amir keluar Auntie kata kat dia “…Mir…kalau nasib kamu sabut, maka kamu akan timbul…kalau nasib kami batu, tenggelamlah kamu….” Dalam hati tetap juga memanjatkan beribu-ribu doa dan harapan seorang ibu. Auntie tahu anak Auntie nih.Dia anak yang pintar…cuma dia tidak tekun …kalaulah dia tekun belajar….kalaulah…kalaulah……

Lama jugak Amir pergi…akhirnya debaran kami berakhir bila dia hantar SMSnya….Alhamdulillah…dia tidak lah mendapat A berderet-deret….tapi Auntie dah cukup bahgia dan sesangat bersyukur kepada Allah.Melihatkan cara Amir belajar, Auntie memang tak harap satu A pun….Berjaya juga dia mendapat 3 A, B.I (A1), Maths (A1) dan Engineering Drawing (A1) 3 B, untuk BM(B4), Agama (B4), EST (B4). 4 C untuk, Sejarah (C4), Fizik (C4). Kimia (C6) Pengajian Kejuruteraan Awam (C5) dan 7D untuk Maths Tambahan. ….sooo..Amir sudah angkut segala huruf dalam sijil SPM dia….:-)

Apa lagi yang boleh Auntie harap???...bersyukur sajalah. Dengan keputusan sebegitu tidaklah susah sangat Auntie nak apply untuk dia sambung belajar. Harap-harap dapatlah dia terus belajar lagi. Amin.

Auntie dah mula bekerja semalam. Sibuk pulak masuk laman web sana sini…jenguk-jenguk peluang untuk Amir. Pening jugak. Semuanya kena buat secara on-line.Tak main dah isi-isi boring macam dulu…Hari ni pun nampaknya kena sambung lagi pemcarian nih.

-----------------------------------------------------

Wednesday, March 08, 2006

Ramalan Bintang 12

Mak aih.........!!! sejak turun ke tingkat 4 dekat dengan bilik bos besar, banyakkkknya kerja.....!!!! Tapi, Auntie rasa seronok sangat, sebabnya buat kerja baru yang dulu langsung Auntie tak pernah tahu dan tak ambil tahu.
Auntie ni orang teknikal, dulu di bahagian Quantity Surveyor, hari-hari semak tender/dokumen kontrak, buat taking-off, semak plan, semak payment kepada consultan, surveyor, kontraktor...dll.

Mulai minggu lepas, lepas meeting (lepas makan kueh meeting...) Auntie dah di beri tugas lain...masih deal dengan duit-duit jugak tapi lain sikit caranya.Oleh kerana bos kecik Auntie diberi tugas menjaga peruntukan dan Belanjawan, makanya itulah jugak tugas yg. Auntie kena buat.Lebih banyak surat menyurat....aisehmen...tak le susah mana pun cuma kerja sentiasa datang...kena pandai-pandai nak slot kat mana agenda tersembunyi tuh!..:-)...pssttt!....nama Auntie ada jugak kat reban ayam...tapi kita register sajalah...sambil tu....masuk le jugak...tapi lebih kepada memerhati le.....
---------------------------

Hari ni hari jadi Si Hero Tamil tu.....yang ke 15....:-)
Bertahun-tahun dia bukan main bangga lagi sebab b/day dia sama dengan Almarhum Sultan Selangor, x-Agung dulu...tup-tup tahun ni dia dapat tahu b/day dia sama dengan itu Uncle Sam....Vel*...ha...ha!

Cik Din berbintang Pisces.

Auntie berbintang Aries.Jarak umur kami tak jauh...ngam-ngam Auntie muda dari dia 14 hari.....:-)

Sapa lagi berbintang Aries??? Antara celebriti yang sama b/day dengan Auntie ialah P.Ramlee. Sama bintang...Anita Sarawak. Katanya orang Aries ni aktif & energetik... tak tahulah...Auntie macam nilah...

Dulu jaman muda sukanya kalau bincang bab bintang-bintang ni (Horoscope). Kat s/khabar memang hari-hari ada column "ramalan bintang 12"
Auntie, kalau buka saja paper tu terus je baca ramalan bintang tu dulu.....kenkadang tu boleh percaya pulak tuh...alahai...bodonya!!!
Pulak tu selalu le dok perasan pulak pasangan kita tu kalau boleh nak ikut le ramalan horoscope tu.

Nampak gayanya semua ni tak boleh pakai..merapu je.Sebagai orang Islam kita tak boleh le percaya. Setakat suka-suka saja tu ok lah.

Pagi tadi, masa nak turun kereta, Auntie dah wished Cik Din happy b/day....dia senyum saja.......ahhhh!....masih hensem lagi hero aku nih!!!
:-) :-) :-)

Thursday, March 02, 2006

Pindah...


Alhamdulillah! akhirnya selesailah Auntie berpindah ke tingkat 4.Nasib baik barang tak banyak mana, 1 kotak kecik je. Sejak Auntie berpindah ke Putrajaya ni, Auntie dah takmo simpan bebanyak khazanah lagi. Dulu, masa kat ofis lama Auntie ada 5 kotak besar 'harta karun' yang dikutip & simpan, bila nak pindah, baru tahu betapa banyaknya khazanah tu.
Selain dari buku-buku, nota kursus pun disimpan. Contoh borang/surat pun kena simpan untuk buat reference...surat-surat pekeliling pun kena simpan...akhinya jadi banyak bertimbun.
Semalam, Auntie turun ke bawah dengan kotak kecik tu, cuma yang lecehnya nak angkut komputer dan anak-beranaknya.Di tingkat 4 ni, Auntie kena 'behave' le gayanya. Bilik bos kecik dan bos besar berdekatan dengan meja Auntie. Bos besar, kalau dia lalu, sure nampak Auntie punya. Depa ni jenis yang tak kisah sangat, janji ada tugas buat saja. Senang banyak....kan? Auntie pun memang suka kat tempat baru ni...tak le sunyi sepi macam dulu. Tugasan pun dah banyak ditimbunkkan atas meja Auntie.

Line telefon dah diaktifkan hari ni.
------------------------------------------------

Yang pergi..

Pagi Isnin lalu, dalam pukul 8.00 pagi (kat ofis) Cik Din call bagi tahu uncle dia (adik MIL) meninggal di GH KL. Kami baru bercadang nak melawat dia lepas ofis. Kami pun baru tahu pada hari Ahad dia telah di masukkan ke GH dari hospital Pekan Pahang. Terus le kami berdua ambil cuti dah terus ke rumah mayat GH. Kami main agak jelah.Dalam perjalanan Anja pulak telefon bagi tahu berita kematian ni. Auntie arahkan je dia ke rumah mayat GH. Amboi mak! jalan nak ke KL jemmed teruk jugak. Dalam pukul 9.15, sampai GH. Auntie turun kat rumah mayat. Tak nampak pun macam ada orang ramai atau ada kematian. kejap tu Anja call lagi...mak...tak de orang pun kat sini...kami bertemu kat depan ofis bilik mayat. Cik Din gi parking kereta.Tak lama kemudian nampak satu ambulan masuk bawak satu jenazah diiringi oleh satu lelaki dan dua pompuan...Auntie sebenarnya tak berapa kenal dengan anak-anak arwah...tapi beranikan diri tanya jenazah sapa...bertanya lebih kurang, maka sah le itu jenazah arwah Ayah Ngah Cik Din. Bila Cik Din sampai dia pun tolong le uruskan jenazah untuk dibawa balik ke Pekan. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Dalam masa tak sampai sejam semua beres dan kereta jenazah bergerak meninggalkan KL.

Al_fatihah Untuk Arwah Ayah.

Kami tak ikut pergi sebab kebetulan Cik Din tak berapa sihat dan dia tak berani nak drive jauh.Malam sebelum tu bp dia naik sampai 200.
Cik din pun satu hal le jugak...dah lama dia merungut letih la, pening la...tapi bila kita suruh pergi check kat klinik, cepat je dia kata dah rasa macam ok....orang lelaki nilah, Auntie rasa memang takut dengan klinik...at least Cik Din is one of them...:-) ...La ni baru dia sibuk nak kurangkan makan le...dulu dia selalu kata tak pe dia pergi jogging.....entah le...

La ni, Auntie dok cuba pujuk-pujuk nak suruh dia buat check-up.....isyyy...kalau dia sakit, Auntie jugak yang haru....:-(