Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum semua;

Lama rasanya Auntie tak masuk blog, bukan kata blog, laptop pun tak sentuh. Nak kata sibuk tak juga. Tahun ini adalah tahun Auntie berpuasa dalam keadaan yang sangat relax, tak de kecoh kecoh tak de tension tension nak bersiap berbuka atau bersahur, semuanya dibereskan dengan tenang dan aman damai.

Syukur alhamdulillah, puasa kali ini juga Auntie ada banyak masa untuk diri sendiri, melakukan apa yang tak pernah/dapat dilakukan di bulan Ramadan yang lepas-lepas. Sebagai hambaNya Auntie hanya berharap redho Allah, apa yang dibuat hanya Dia yang menentukannya, Amin

Pening jugak kepala memikirkan nak balik kampung ni bila anak-anak dah besar, apa lagi anak lelaki. Alhamdulillah, Anja dah setuju nak ikut balik, tapi takmo lama-lama. En. Amir pulak kena bekerja pada hari raya..(.dia suka, sebab tak payah balik kampung ) Jim pun sama macam Abg. Anja dia...nak ikut , tapi takmo lama-lama. Auntie pun tak tahu dimana silapnya...dia orang ni liat betul bila nak balik kampung. Alasan yang selalu diberi adalah....MALU!!!!

Memanglah tak dapat dinafikan, kalau balik ke kampung Cik Din, sepupu sepapat depa ramai gadis gadis remaja yang membuatkan anak bujang Auntie rasa kekok apa lagi dia orang kurang mesra bila dah besar panjang disebabkan jarang bertemu. Satu hal lagi, adek beradik Cik ramai, maka rumah menjadi sendat, nak masuk bilik air nak masuk tandas kena tunggu giliran. Rumah teres, besar mana sangatkan nak menampung anak, menantu, cucu dan cicit. Kalau rumah kampung boleh jugak bawak diri duk bawah rumah atau bawah pokok...

Walaubagaimana pun, balik tetap balik...Insyaallah, lepas solat raya, kami berangkat ke Pahang, tido dua malam, balik semula ke Bangi. Tido satu malam kat rumah, kami balik ke Perak pulak.

Dikesempatan ini Auntie dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, insyaallah jumpa lagi.

Sunday, August 14, 2011

Persiapan.


Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 14 kita berpuasa. Ada 2 minggu lagi saja, kita masuk ke Syawal pulak. Dah bersiap siaga untuk sambut raya???

Bagi Auntie yang dah tak ada anak kecil ni, persiapan membeli baju raya tak le seronok macam dulu lagi. Jim awal-awal dah kata, dia takmo baju raya, dia nak kasut saja. En. Amir pulak nak baju Melayu, insyaallah esok dah siap. Auntie pulak, cadangnya nak juga beli sepasang dua. Dah lama sangat Auntie tak beli baju raya, ha, dah pencen ni baru rasa macan nak pulak. Yang sebenarnya bukan untuk raya sangat pun , tapi nak simpan pakai masa majlis perkahwinan adik Cik Din dan juga anak buah dia lepas raya nanti.

Semalam Auntie dengan Cik Din ke Parkson Kajang, hajatnya nak tengok-tengok saja. Ronda sana ronda sini, terbeli juga sepasang baju...selalunya gitulah, kalau dari rumah cadang nak beli, puas pusing tak jumpa yang berkenan, tapi kalau tak rancang jadi pulak. Auntie beli juga 2 helai t-shirt untuk Jim dan En. Amir...diaorang ni bukan kisah sangat baju raya, boleh je pakai t-shirt Pagoda di pagi raya...ha! ha!

Kueh-mueh macam mana??..memula tu berangan juga nak buat sendiri, tapi, nak buat apakebendanya????..oven pun tarakkk...ingat nak beli...pikir-pikir balik tak jadilah...time ni le jugak nak beli ovennya..he!!!he!!! tengok le tahun depan kalau ada umur, insyaallah. :-)
Lain-lain tu tak adalah nak disiapkan...pakai apa yang ada, guna mana yang boleh. Kenalah berjimat cermat, maklum le dah pencen, tak boleh main taram saja.
Psssttt....heboh satu Malaya orang gomen dapat bonus raya, Auntie yang pencen pun ada le tempiasnya..alhamdulillah, walau tak banyak, ada lah juga, at least dapat le buat tambah duit minyak dan tol untuk balik kampung. :-)

Petang ni menu apa???...ntah, belum tahu lagi. :-)

Wednesday, August 10, 2011

Kanser Tahap 4


Assalamualaikum untuk semua,

Dah nak masuk hari yang ke 11 kita berpuasa. Alhamdulillah, walau pun setiap hari Auntie dapat serangan gastrik, puasa tetap diteruskan. Tak kan le pulak nak berbuka, teruk pulak nak kena ganti nanti.

Puasa tahun ni Auntie memang ada banyak masa. Nak memasak pun tidak le terkejar-keajr macam dulu. Pagi-pagi dapat le ikuti ceramah di TV 9, tengok SPM di TV 1, MHI di TV3.
Pagi tadi tersentuh hati betul tengok satu kisah dimana seorang isteri yang sedang menderita sakit kanser tahap 4.
Auntie tak tahu nak cerita macam mana, sapa-sapa nak tahu atau nak bagi sumbangan boleh le ke blog ini ....(sorry, Auntie tak pandai nak link) sedih sangat tengok penderitaannya. Auntie pun belum habis baca lagi cerita dia. Sama-sama lah kita hayati.

www.miera301.blogspot

Thursday, August 04, 2011

Hari ke 4.


Assalamualaikum,

Pagi tadi, Cik Din tanya Auntie, hari ni Khamis ke? Auntie macam was was je, terus tengok kalender, sah! memang dah hari Khamis. hemmmm...kejap je dah Khamis, dah masuk hari ke 4 kita berpuasa. Habis minggu depan, masuk minggu ke 3 saja, dah sibuk dengan persiapan raya pulak.

Ramadhan tahun ni memang ada kelainannya buat Auntie. Auntie dah tak payah nak pergi kerja. Duduk di rumah sepanjang hari. Auntie ada banyak masa, apa lagi duduk bersendirian di rumah tiada siapa yang mengganggu. Alhamdullah, banyaklah dapat diisi dengan perkara bepekdah selain dari memasak dan tido. Yang paling best, tak de nak bercakap dengan sesapa, so, mulut tu tak ada le nak pot pet.

Alhamdulillah quran digital yang Auntie beli dulu menjadi teman setia.

Yang tak bestnya pulak, Auntie di serang gastrik yang agak teruk juga, sekali dia datang dalam 10 minit ke 20 minit tu rasa macam nak berbuka saja lah...tapi, Auntie ni dah tua, dah lali dah dengan puasa ni...tahan tahan, sapu minyak angin dan selawat-selawat untuk mengatasinya. Setakat ni masih bertahan. Time sahur Auntie makan ubat.

Apa menu hari ini?? tak tahu lagi. Sayur ada, ikan ada, udang ada, ayam ada...belum pikir lagi nak masak apa.

Hari pertama, Auntie buat mee sup untuk makan berbuka. Waktu sahur makan nasi dengan sayur goreng dan telur dadar je.
Hari ke dua, untuk berbuka Auntie buat puding sagu. Cik Din bawak balik laksa sorang sebungkus. Waktu sahur, nasi goreng saja.
Semalam, berbuka dengan cucur udang. Bersahur pulak dengan sambal sotong dan ayam goreng.

Boring betul la cerita menu berbuka dengan bersahur ni....[ kena cerita jugak lah, nanti tak berudate pulak blog ni]

Auntie nak iron baju pulak. Hari Khamis adalah hari mengiron, :-)

Monday, August 01, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.


Assalamualaikum,

Bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu sampai juga akhirnya.
Ada yang rasa seronok, ada juga yang rasa resah gelisah.

Buat pertama kalinya tahun ini Auntie dapat berpuasa sepenuhnya dengan duduk dirumah. Dah tak payah nak sibuk-sibuk mengejar masa setiap kali lepas sahur untuk ke pejabat. Alhamdulillah, rasa sangat relax.

Tahun ini kami berpuasa tanpa Jim. Ini kali pertama Jim tidak berpuasa dirumah. Anja berpuasa di rumah bujangnya di PJ. Kami hanya bertiga, Auntie, Cik Din dan En. Amir.
Sebagaimana biasa, bila berpuasa, tentulah nak kena pikir apa nak disediakan untuk berbuka.
Kami bertiga tak kisah sangat. Cik Din cukup saja dengan sekeping murtabak bersize tapak tangan, En. Amir dengan roti John. Auntie pulak, apa-apa pun boleh...kueh sebiji dua, kurma dan minuman sudah cukup. Kami akan makan nasi waktu bersahur...lauknya pun ala kadar.
Untuk hari ni, belum lagi tahu apa nak disediakan. Mungkin nak goreng mee siput Muar....

Selamat berbuka.