Friday, June 23, 2006

Engelbert.........

Hari ini 23/6/06. Malam ni Engelbert Humpry, penyanyi yang mempunyai berjuta peminat diseluruh dunia akan membuat persembahannya di KL, di Shangrila Hotel.
Malam ni, Auntie dok termenung kefrustrsan sebab tak dapat ikut serta menghadiri konsert yang julong kalinya diadakan di M'sia.
Uwaaaaaaaaaa!!!!
Sorang sahabat bersekutu (makcik blogger) dengan jayanya telah mendapat tiket....I'm happy for her...dia pun diehard fan jugak...:-)
See, tuah manusia siapa yang tahu....

Auntie mula mengenali lagu-lagu penyanyi ini sekitar umur Auntie baru menjejak 10 atau 12 tahun. Lagu-lagu dialah yang mula mengenalkan Auntie dengan lagu-lagu mat saleh selain dari lagu Twinkle-twikle Little Star dan seangkatan dengannya. Menerusi lagu-lagu dia jugaklah Auntie mula berjinak dengan segala romantik phrases yang terdapat dalam lagu tu...Oleh kerana Auntie bersekolah Melayu masa sekolah rendah, terpaksalah Auntie menyemak segala makna perkataan melalui dictonary....he!...he!...ada jugak pekdahnya kan...?

Jaman Auntie mula nak masuk ke alam remaja, lagu-lagu tak kira lagu Melayu atau lagu English yang top memang menjadi hafalan. Siap ada buku nyanyi lagi. Buku ni Auntie salin lirik lagu. Liriknya pulak ada yang copy kawan punya atau dapat sendiri dari radio...bila dengar je lagu berkumandang...siap berlari ambil pensil dan kertas...sambil nyanyi, sambil tulis........gitu le orang jaman Auntie dulu....masa tu tak banyak hiburan....hiburan utama yang terdapat dalam rumah adalah radio...dah kemudian sikit baru ada TV...tu pun hitam-putih punya tv....

Tak jauh dari rumah Auntie, ada sebuah gerai makan, gerai Ah Seng...jual ABC dan minuman lain. Sebelahnya ada jual satey. Gerai Ah senglah satu-satunya yang ada juke-box....tahu ke apa juke box nih?
Ha, bagi yang tak tahu, juke box ni sebenar adalah mesin untuk mainkan lagu...sapa nak dengar lagu kena masukkan duit, dan pilih le lagu yang kita nak...Tiap hari Auntie dapat le dengar lagu-lagu yang dimainkan oleh pengunjung gerai Ah Seng ni....termasuk le lagu-lagu hits Si Englebert nih...antara lagu yang sangat Auntie minati nyanyian dia ia lah Pretty Ribbon...( gi kat blog Mak Andeh...sambil dengar lagu nih...)

Banyak lagu-lagu dia yang sangat mengesan di hati.Bila dengar balik lagu-lagu dia....adui!!!!...terunconcious le Auntie seketika...:-)

Monday, June 19, 2006

Jeruk Mangga.

Entah kenapa, sejak kebelakangan ini Auntie telah kekeringan idea untuk dikongsi di blog ini. Tentunya bukan semua yang yang tercatat disini boleh di ambil kira. Ada yang ok, banyak yang ko.

Minggu lepas, dek kerana ketandusan idea dan keboringan yang teramat sangat, Auntie telah bercadang nak tutup saja blog ni. Tapi, setelah dipikir-pikir, rasa macam sayang le pulak. Kalau pun blog ditutup, Auntie tentunya tetap tak dapat pisahkan diri dengan dunia blogging ini.Dah sebati. Nanti tak de blog, nak merapu kat mana lagi kan?....sat lagi dok komen panjang kat komen box orang, buat orang marah je....

Minggu lepas, untuk mencari satu kepastian, Auntie ambil cuti 3 hari. Offkan h/p. Duduk kat rumah....kebetulan pulak Cik Din ada Seminar 3 hari 2 malam....ooohhhh...lega weh!...tinggal kami 3 beranak kat rumah....Auntielah king, Auntielah queen!!!!

Actually, banyak benda yang nak dibereskan kat rumah tu. Banyak agenda yang tertunda. So, tiga hari macam hampir 90% dah beres, apa lagi tokeynya tak de...lagi senang Auntie buat kerja tanpa ada apa-apa bangkangan. Yangg paling best...he!...he!....dapat tido siang dengan aman hemmm.....zzzzz.....(pppssttt...begitu juga dengan tido malam......)

Yang paling nampak hasil daripada Auntie bercuti adalah, pakaian Si Amir, selimut ,cadar ,bantal telah siap Auntie masukkan dalam beg. Dia akan mendaftar di Politeknik pada 18/7 ini insyaallah. Borang-borangnya pun telah siap Auntie lengkapkan, tinggal nak sain menyain je.Berpekdah jugak auntie bercuti...at least tidahlah disia-siakan begitu saja.
Auntie jugak telah berjaya membuat jeruk buah mangga....hiiii...sedap betul, menjadi pulak tu walau pun baru kali pertama mencuba.
Jiran Auntie ada pokok mangga...kami orang Utagha kata mempelam telur...buahnya lebat sungguh, so, dia offer kat Auntie, suruh buat jeruk. Mulanya rasa malas, tapi dah orang nak bagi takkan nak kata takmo pulak. Dia lah yang ajo Auntie buat jeruk tuh....so, pada sesapa yang nak cuba try buat, boleh le try...tak le mambazir begitu saja buah mangga yang masam tu.

Jeruk mangga.

- Buah mangga muda dibelah dua atau empat atau enam pun boleh gak.
- Rendam semalaman dalam air kapur (kapur sireh, jangan kapur kasut lak)
- Esoknya, basuh mangga bersih-bersih. Perapkan dengan air garam semalaman pulak. Garam biar banyak ye.
- Esonya, tapiskan mangga, buang air garam tu. Jangan basuh dah.
- Masak air gula . Biarkan air gula sejuk. Masukkan mangga dalam bekas/balang/botol, siramkan air gula. biar semalamam. (Air gula tu biar le pekat sikit..)
- Lepas tu rasa lah...sah sedapppp...hemmmm yummy-yummy!!!.....

Dek kerana sekarang ada krisis gula...maka, pada hari Jumaat lalu, melilau Auntie cari gula . Dari satu kedai ke satu kedai...alhamdulillah, akhirnya dapat juga sebanyak 4 paket. (4 kilo).

Sekian dulu....:-)

Ini gambar jeruk yang best sangat ni...(heheh ni Pnut tambah..)
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

(Untuk tempahan sila hubungi agen pengedar rasmi Pnut dan Mak Andeh..hehhe)

Monday, June 12, 2006

Cuti Rehat.

Disebabkab beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, Di Sepanjang Perjalanan akan bercuti rehat buat seketika.
Tuan punya blog a.k.a Auntie Yan telah kekeringan idea untuk berblog.
:-) :-) :-)

--------------------

Thursday, June 01, 2006

Happy Birthday Jim.

Hari ini dah masuk hari pertama bulan Jun, bulan 6. dah 1/2 tahun berlalu untuk tahun 2006. Apa yang istimewanya hari ini?

Hari ini adalah hari jadi anak auntie Si Jim. Hari jadi yang ke 14. Jauhnya beza umur dia dengan umur Auntie. Dia dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada hari Isnin jam 12.01 pagi 1/06/1992.

Anak Auntie dah besar belaka. Tiada sambutan harijadi whatsoever. Bagi hadiah saja, atau, malam nanti belanja makan. Budak dah besar, dah rasa malu nak ber birthday party.

Jaman Auntie dulu pun mana ada orang sambut b/day party ni. Mungkin kalau kat bandar besar, ramai yang buat. Rasanya, b/day party ni mula disambut sekitar penghujung tahun 60 an atau pun awal-awal tahun 70 an. Tak salah pun kalau nak sambut. Sekadar nak ingatkan yang umur kita dah bertambah.

Masa kita anak-anak, rasanya nak cepat besar. Kalau boleh masa umur 13, nak kata umur tu dah 17. Kalau boleh nak berlagak macam remaja umur 18. Nak pakai baju macam kakak umur 21....alaaahai!....

Bila dah masuk umur 40 an...dah mula seriau kalau orang nak tahu umur tuh...ramai yang dok kata ra-ha-sia...:-) terutama orang pompuan.
Tapi, orang pompuan geng bloggers, semuanya tak risau pasal umur.....sebab semua maintain awet muda gitu...kan ke Auntie dah bagi petua?....

Nanti kita sambung lagi pasal petua tu. La ni Auntie tak boleh nak bagi lagi...ayoooo...sibuk maaaa...kerja banyak.