Tuesday, April 20, 2010

Tiga Puluh...

Assalamualaikum,

Dah tiga empat hari rumah Auntie dikampung dipenuhi sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga.Masing-masimg dengan wajah ceria, penuh gurau senda. Emak Auntie pun sama walau pun mungkin dalam hati dia amat risau. Ayah Auntie pun begitu.Dia yang terkenal dengan wajah serius dan garang, kini hanya mampu tersenyum panjang.
Persiapan dah hampir 100%.Malam tadi majlis akad nikah dah selesai. Lega satu bab.

Menjelang tengah malam, pakar masak @ tukang masak "the best in town" bersiap sedia untuk mula menumis rempah ratus yang telah disiapkan seharian secara gotong royong.

Khemah telah siap didirikan kerusi meja dah siap di susun atur.Bilik pengantin indah dihias. Pelamin tersergam indah.Pengantin pompuan hatinya berbunga-bunga. Kini telah menjadi milik suami sepenuhnya.

Menjelang subuh, aroma masakan menusuk hidung semerbak mewangi. Nasi minyak mula ditumis, kari daging di naikkan ke kuali. Ayam rancak di goreng.Tukang masak mula riuh mengarah sekelian pembantu untuk mula mengidang lauk pauk.

Pengantin pompuan disuruh siap sedia untuk disolek. Jam satu akan disandingkan. Pengantin lelaki akan tiba dari rumah persinggah pada jam dua belas setengah.

Songket merah hati berbunga raya pilihan pengantin.Lawa bukan main-main.
Berdebarnya....dup-dap-dup-dap!!

Tepat jam satu rombongan pengantin lelaki sampai. Riuh rendah sambutan di beri. Pengantin pompuan sedia menanti.

Akhirnya keduanya disandingkan.

Kata orang macam pinang dibelah dua...
Pengantin tak kira itu semua....
Hati dah terpaut...tak kiralah belah dua atau berbelah tiga
yang penting selamt semuanya....

Semuanya berlaku 30 tahun yang lalu.

Alhamdulillah...dah pun menjadi suami isteri.....dah pun 30 tahun!!!

Selamat Ulang Tahun Cik Din.....terima ksih telah menjadi suamiku selama 30 tahun yang penuh suka duka. :-) :-) :-)

Friday, April 09, 2010

Forum Perdana.











Lisa Surihani. Manis wajah budak ni.








Assalamualaikum.

Drama Na-O-Mei dah habis. Kesimpulannya, cerita dan jalan ceritanya bagus, tapi lembab dan agak boring. Auntie tengok jugak sebab ada beberapa pelakon yang jadi kegemaran Auntie. Keciwa juga. Ending pun hampehhhhh....

Anyway, ada cerita baru yang bermula pada hari Selasa lalu, tajuknya "Adamaya" (Adam & Maya)Tak mahu ketinggalan, Auntie pun ikutlah. Nak tengok Lisa Surihani yang manis tu berlakon, sebelum ni tak pernah tengok dia berlakon. Lakonannya lebih kepada filem. Auntie pulak bukan kaki wayang. (Dah tua-tua ni rasa seriau pulak nak masuk panggung).Baru 3 episod...boleh tahan ceritanya, taklah lembab. Kelakar pun ada. So, sapa ada masa time petang lepas kerja tu boleh le ngadap. TV3, jam 6.30 sampai 7.30 ptg.Habis cerita terus solat maghrib. Time iklan boleh sesambil hiris bawang atau menumis. Iklan kat TV3 tu panjang...sempat kalau nak mandi pun(mandi kerbau)

Sekarang ni kalau ada masa, memang banyak drama bagus-bagus di beberapa channal. Yang mengarut dan merapu tak payahlah kita hadap, buang masa saja.


Malam Tadi Auntie nonton Forum Perdana di RTM 1. Program ni, adalah satu-satunya program Agama yang masih bertahan dan mendapat sambutan. Macam biasa, Auntie tengok dulu penceramahnya. Malam tadi tah tajuk apa...tapi lebih kurangnya...tajuk pasal didikan anak-anak dan rumah tangga.Bagus tajuk ni. Penceramah pun ok. Yang tak sedapnya ada pulak iklan menggangu...ahhh buang masa saja.
Kata ustaz, dalam r/tangga ada 3 situasi yang kita nak kena jaga.

Satu.....ketika marah
Dua......ketika letih
Tiga ....ketika lapar

Dalam situasi ketiga-tiga di atas tu, jikalau tidak di jaga, rumah tangga akan jadi kacau bilau. Katanya, talak terjatuh, semasa pasangan di dalam keadaan marah. Isteri kuat berleter semasa sedang keletihan, dan suami pulak muram dan tak bermaya semasa kelaparan.

Memang benar, mana ada talak dijatuhkan semasa dalam keadaan riang gumbira.
Isteri pulak akan tersenyum bila hilang rasa letih.
Suami jugak akan mempamirkan wajah ceria bila perut dah kenyang.

Satu lagi yang Auntie tertarik, Ustaz tu kata, suami-suami kena banyak bersabar kalau isteri-isteri ni kuat bercakap (i.e berleter)....sebabnya katanya lagi, orang pompuan ni kat tekak dia tak de "bumper" untuk memperlahankan dia bercakap, sedang orang lelaki ada "bumper" di tekak mereka."bBumper" yang dimaksudkan ustaz tu adalah buah khalkum.... :-) walallahualam.

Tuesday, April 06, 2010

Testing...testing....

Testing...testing....

Monday, April 05, 2010

Template

Assalamualaikum,

Auntie ni yang benonya dah jemu betul dengan template blog ni. Berangan-angan nak buat template baru. Baru dok terhegeh-hegeh mencuba. Cuba buat banner...ada kal jadi, ada kali tak jadi...ayoooo! tengah sedap try sana, sini, bos panggil pulak...baru nak brouse gambar, tepon bunyi...adui! bila gamaknya nak siap nih...

Bila le gamaknya nak pandai buat template lawa-lawa nih...?? Ada sapa sapa boleh tunjuk ajar makcik??

Thursday, April 01, 2010

Tak de topik

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk bulan April. Dah satu April. Rasanya populariti "April Fool" dah semakin kurang, malah boleh dikatakan ramai yang dah lupa pun pasal April Fool, apa lagi jenerasi sekarang. Elok lah tu...benda tu semua bukan budaya kita. Auntie memang tak suka sangat dengan April Fool ni. Bagi Auntie ianya lebih kepada nak mengena dan menjatuhkan air muka orang..apa tidaknya, macam-macam cara dilakukan untuk memeriahkan April Fool ni...koonnyalah!...aaaahhhh..lupakan saja. :-)

----------------------------

Dua tiga minggu kebelakangan ni, tah apa silapnya, sakit lutut Auntie datang semula. Lutut kiri. Lutut kanan yang dah dimasukan besi tu, alhamdulillah tak de masalah. Hmmmm...risau gak ni, takut kena operate pulak nanti. Last appointment, doktor dah tanya., tapi Auntie kata nanti dulu..harap-harap tak payah lah nak operate, tak sanggup rasanya mengharung masa terlentang atas meja operation selama 6 jam dan mendengar segala bunyi drill, ketuk bebagai. Yang tak tahan tu bila dengar doktor kata " pass me the blade...the saw..." ngeri tau.

----------------------------

En. Amir dan Jim masih lagi tekun bekerja di 7-11. Tak sangka,rajin pulak depa. Kalau masuk kerja pukul 11, pukul 10 dah nak pergi. Semalam hari gaji. Sian Jim, pagi lagi dia ke bank, penat beratur, duit belum masuk. Dah petang barulah on.

En. Amir pulak bukan kepalang excitednya menerima gajinya...dia terkejut badak/berok. Dia dok agak gaji dia hanya masuk sebanyak RM700, sekali dia tengok, ada RM1700....senyum dia sampai ke telinga. Gitulah, orang tak pernah dapat duit sebanyak tu dan duit titik peluh sendiri.

Masa Auntie nak masuk tido, Auntie tengok bilik dia masih terang.."kenapa tak tido lagi?" Auntie tanya. " Ha....excited lah mak....otak tengah pikir ni...nak buat apa dengan duit ni"...Adui anak ku!....ha!...ha!

Dua hari lepas Jim pulak ambil ujian undang-undang jalan raya untuk lesen moto. Alhamdulillah dah clear setelah dua kali ambil. Kali pertama dia dapatmarkah 39, 3 mata saja lagi untuk lulus. Kali kedua dia dapat 44 markah. Melayanglah juga RM50. Tak tahu apasal mesti bayar. Bagi Auntie yang penting semasa kita memandu atau bawak moto undang-undang mesti dipatuhi. Rasanyalah, yang dok kena saman dan melanggar undang-undang bebagai tu pun semuanya lulus ujian undang-undang. Betul tak?

Sekarang Jim berangan nak beli moto....(biarlah dia pasang angan-angan dulu)