56 ke?....58 ke? 58 ke? ...56 ke?...adui! pening memikirkan nya..ada baik ada tak baik nya.
Baru-baru ni kerajaan telah meluluskan permintaan CUEPE*C untuk melanjutkan lagi usia persaraan kakitangan kerajaan daripada 56 tahun ke 58 tahun. Ramai yang suka, ramai juga yang tak berapa happy. Banyak faktor-faktor yang boleh di debatkan. Auntie sendiri sampai sekarang masih dalam dilemma...nak pencen masa usia 56 atau usia 58. Kami masih belum terima option untuk ditanda tangan. Bila Auntie tanya Cik Din, dia kata suka hatilah nak pilih yang mana.
Kalau Auntie pencen pada usia 56 maka :
1. Tak payah dah nak sibuk2 bangun seawal jam 5.00 pagi, memasak bebagai. At times berpeluh2 Auntie kat dapur sebelum nak bersiap ke ofis.
2. Ada banyak masa kat rumah. Boleh le nak buat sesuatu yang tak sempat nak buat ..umpamanya hobi menanam dan berkebun. Menghias rumah dll.
3. Tak payah nak sibuk-sibuk nak pikir nak pakai baju apa nak ke ofis.
4. Tak payah nak beli baju baru selalu.Setahun sekali dah ok.
5. Boleh memasak untuk keluarga dengan sempurna. Tak le main bantai suka hati je nak masak apa. Boleh tanya ahli keluarga depa nak makan apa. (kalau tak, tak berani nak tanya,..kang berbagai menu pulak yang keluar)
6. Boleh le beramas mesra dengan jiran-jiran.
7. Boleh le join aktiviti wanita....macam join kumpulan marhaban, kumpulan nasyid, masuk kelas tajuwid.... kelas Tai-chi dll.
8. Rasa seronok kalau ada kenkawan nak datang rumah...kalau tidak, risau je...bukan apa, bila kawan datang tetiba. rumah tunggang-langgang.....kain tak lipat bertimbun atas sofa, rumah bersawang sana sini...bilik air tak sempat cuci....adui!
9. Boleh le selalu jenguk orang kampung. Tak payah nak pikir cuti tinggal berapa hari.
10. Yang penting sekali....adalah masa untuk buat lebih amal ibadat...idak le , salam mualaikum kanan, salam mualaikum kiri, terus je bangun...malaikat pun terkejut " ai?? tak de doa-doa dulu ke?" katanya.
11. Yang tak bestnya....duit dah berkurangan....
---------------------------------------------------
Mai kita tengok kalau Auntie pencen pada usia 58.
1. Pada usia 58, rasanya kudrat dah kurang, permikiran pun dah lemah, cepat lupa, cepat letih, cepat boring...mood selalu hilang (Auntielah ni...) Kat ofis pun pegawai muda-muda dah ramai, yang senior tiggal beberapa kerat. Ada gap le pulak antara yang senior dengan yg. junior. Tak dinafikan masih ramai lagi yang bersemangat.
2. Tahap kesihatan semakin membimbangkan...darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dll....dok bersiap sedia nak attack. Dengan Auntie yang mempunyai besi dalam lutut, aduhai, banyak benda yang terbatas.
3. Yang harunya....kedut-kedut dah penuh muka...bebudak muda dah serba salah..."kakak" ke "Makcik". Nak panggil Kakak...nampak macam dah sebaya mak depa,....nak panggil Makcik...macam tak sesuai pulak...dah orang muda pulak didalam dilemma.
4. Yang bestnya...duit masuk..masa tu hutang -hutang dengan gomen pun dah langsai...dah boleh dapat gaji penuh plus segala elaun...anak-anak dah besar..dah takde nak tanggung sapa lagi.
boleh gi melancong. Insyaallah.
Apa-apa pun semuanya bergantung dengan ketentuanNya, kita hanya merancang. Mudah-mudahan Auntie diberi kesihatan yang baik dan panjang usia...Amin.
----------------------------
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Friday, May 30, 2008
Wednesday, May 21, 2008
Bandung/Jakarta
Sejak balik dari Indon, banyak sungguh kerja yang perlu dibereskan. Kalau dulu Auntie hanya bertanggung jawab menjawab segala pertanyaan awam, kini bos Auntie dah bagi satu lagi tugas ia itu menyelaras segala kursus, bengkel dan seminar pulak. Tidak le susuah mana pun, tapi alahai benda remeh temeh. Apa-apa pun dah jadi tugas kena lah pikul jugak kan?
Nak cerita ke pasal lawatan ke Indon dulu tuh? Cerita sajalah kot daripada apa cerita pun tarak.
Ok. Auntie ke Indon bersama rakan pejabat. Ada juga yang bawak spouses memasing, ada bawak anak, kakak, abang dan adik. Auntie pergi secara solo. Kang bawak Cik Din sapa pulak nak jaga Jim kan? Flight kami pukul 4.00 ptg. tapi dah ada kat airport pukul 1.00 tgh. Sebelum pergi Auntie dah isi perut dulu, maklumlah tak mampu nak makan kat KLIA tu semua jenis makanan reganya dah naik berkali ganda.
Kami naik Dutch Airline. Memang besar lah pesawatnya...dua tingkat lagi...first time Auntie naik k/terbang besau..... hampir dua jam di angkasaraya, sampai le kami ke Jakarta. First time juga Auntie mencecah kaki ke bumi Indon. Jauh beno bezanya airport dia dengan airport kita...he!...he!...rasanya macam airport KB saja..... :-) tak besar mana!
Dah namanya pun rombongan...bila sampai, ada saja yang lambat untuk ke tempat berhimpun...puas lagi kami menunggu Pak We sorang ni, tah mana sesatnya...hampir satu jam jugak dok tunggu dia...yg heran tu dia ni bukan tak pernah keluar negeri. Oleh kerana insiden ni, lambat le pulak kami berangkat ke Bandung...pukul 9.00 malam baru le dapat bergerak. Perut memasing dah berbunyi, nasib baik le kami gi makan dulu sebelum begerak ke Bandung.
Aduui!...2 jam lagi nak ke Bandung tu. Hari dah malam, maka tak le berapa nak nampak keadaan sekeliling.
Hampir jam 12.00, baru le sampai ke hotel, check-in...solat, terus le tidur. Indon ni time dia lewat sejam dari time M'sia. Pukul 4.30 dah masuk subuh...5.30 dah kira subuh gajah dah...pukul 6.00 pagi dah terang benderang! Satu yang Auntie tak berapa berkenan about this hotel, ialah banyak sangat di pamerkan patung....atas meja patung, kat dinding patung..kat pintu pun ada patung...Ciss!
Hotel Sukajadi, Bandung Antara patung-patung
Esoknya lepas b/fast kami menuju ke Tengkuban Perahu...satu kawasan tinggi dimana terdapat kawah gunung berapi. Sebaik saja kami turun dari bas, kami telah di serbu oleh para penjual yang bersepah menunggu pelancong. Macam-macam yang depa jual. key-chain, baju, buah strawberry, angkelung kecil, rantai dll. Sebelum kami turun bas, agen pelancong dah pun bagi tahu sedikit sebanyak cara-cara nak menawar barang, tawar sehingga separuh harga.
Agen pelancong kami nama Pak Ali...memang kelakar habis dia ni...dia boleh bercakap tanpa henti..dari hotel sampai destinasi ada saja yang dia cakap...di selang seli dengan nyanyian.
Di Tengkuban Perahu ni cuaca nya sejuk...lebih kurang macam Fraser Hill atau Cameron Highland. Nyaman udaranya..dapat lah kami melihat kawah gunung berapi yang masih lagi berasap. Adalah lebih kurang dua jam kot kat situ. Dari situ kami dibawa kesebuah tempat makan untuk lunch. Kat situ juga ada kolam air panas. Selesai makan dan solat, kami pergi pulak merendam kaki di kolam air panas.
Dalam pukul 3.00 lebih kurang kami ka Kantor Pengairan Bandung..ada sikit taklimat, tukar-tukar cenderahati...lepas tu bos-bos ada perlawanan golf...kami anak buah di lepaskan kat kawasan factory outlet untuk shopping sampai petang. Lepas dinner balik hotel semula.
Dua malam di Bandung.
Esoknya lepas b/fast, kami mula mengangkut beg-beg kebawah untuk check-out. Selesai urusan check-out, kami dibawa ke Pasar Pagi....ingatkan pasar pagi tu macam pasar malam kat tempat kita lah...rupa-rupanya ia adalah tempat membeli belah yang bertingkat-tingkat...macam Pasar Payang kat KT tu lebih kurang tapi tersangatlah ramainya orang. Maka bermula lah acara shopping menyoping... macam-macam ada, dan murah-murah... Auntie ada le membeli sesikit...jeans, jaket, kain, blouse dll.
Selesai kat situ (4 jam shopping) kami bergerak ke Jakarta pulak. Lepas dinner barulah kami check-in hotel Ibis, Mangga Dua. Malamnya kami sibuk pula packed barang, dari satu beg dah jadi 2, 3 beg pula. Esoknya lepas b/fast kami di beri sedikit lagi masa bershopping sebelum berangkat ke airport pada pukul 2.00 ptg. Kami tak melepaskan peluang...di seberang jalan memang dah ada satu komplek untk membeli belah...Auntie pun pergi sama untuk menghabiskan beberapa ribu Rupiah lagi yang tinggal. Beli itu, beli ini...masih ada lagi duit Rupiah ni...
Jam 2.00, kami check-out, terus menuju ke rumah makan dan langsung ke airport. Kami berlepas meninggalkan Jakarta pada jam 6.00 ptg.
Lebih kurang jam 8.00 malam sampai le ke KLIA .
Hotel Ibis Mangga Dua.
Setelahberada di Indon selama 4 hari, Auntie dapat membuat kesimpulan seperti ini :
HUJAN BATU DI INDON,HUJAN INTAN BERLIAN DI M'SIA.... (lu pikir le sendiri)
Patut le ramai PATI kat M'sia ni.
Tuesday, May 06, 2008
Aku seorang Jutawan.
Dua tiga hari ni Auntie dah jadi jutawan....ada duit berjuta...bestnya!
Sayang, juta-juta Rupiah je!
-------------------
Sayang, juta-juta Rupiah je!
-------------------
Subscribe to:
Posts (Atom)


