..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Wednesday, August 08, 2012
Bertemu Semula.
Assalamualaikum dan salam Ramadan.
Muncul semula setelah sekian lama tidak menunjukkan diri di alam maya. Memang sangat lama meninggalkan blog tanpa ada khabar berita. Terlama dalam sejarah berblog setelah hampir sepuluh tahun menjadi blogger.
Alhamdulillah, Auntie masih bernafas, masih diberi Allah untuk meneruskan hidup, semoga usia terus panjang dan penuh berakah. Banyak yang terjadi sepanjang empat bulan lalu.
Auntie dah rasa sihat setelah setiap pagi melakukan senaman. Malangnya kedaan itu hanya sempat di nikmati dalam masa tiga bulan saja, sakit lutut yang telah dialami hampir sepuluh tahun kembali memperlahankan kegiatan seharian Auntie. Rutin ke hospital bermula semula.
Insya Allah ada rezeki, lepas raya ni Auntie akan menjalani pembedahan lutut sebelah kiri pulak.
Surat kelulusan untuk rawatan baru saja Auntie terima semalam, tinggal nak bincang tarikhya dengan Pakar Orthopedik saja lagi. Jika dingat ingat pasal pembedahan ni memang le rasa seram. Pembedahan akan mengambil masa lebih kurang enam jam dengan biusnya dari pinggang ke bawah......bagi pembaca yang belum kenal Auntie atau baru kenal, Auntie telah menjalani pembedahan serupa untuk lutut kanan pada Januari 2008. Ok, nanti kita cerita lagi bab ini bila sampai masanya nanti.
---------------------------------------------------------------
Hari ini dah masuk hari ke 19 kita berpuasa. Sungguk cepat masa berlalu. Zaman kanak kanak Auntie dulu nak menghabiskan satu hari berpuasa rasanya terlalu lama, dah tido, bangun, tido semula masih juga belum berbuka. Sekarang dari hari ke hari langsungtak terasa, macam tak percaya, Ramadan akan berlalu meninggalkan kita. Kita pun belum pasti samda kita akan bertemu dengan Ramadan akan datang...
Seminggu sebelum Ramadan Auntie dikejutkan dengan kematian dua arang kawan yang agak rapat.Pertama, kawan Auntie semasa kerja dulu, (lelaki) meninggal kerana komplikasi jantung (ada jugak yang kata kena buatan orang, wallahu alam) Dia dah hampir dua tahun sakit jantung, salurannya tersumbut, dan telah pun di masukkan sten ke saluran jantungnya. Dia ni beberapa tahun muda dari Auntie.
Selepas tiga hari, kawan belakang rumah pulak meninggal kerana komplikasi buah pinggang.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh kedua dua mereka.
Setiap yang bernyawa pasti akan mati, itu janji Allah.
------------------------------------------------------------------
Minggu lepas Auntie ke shopping komplek, nak cari baju raya untuk dua orang anak bujang Auntie.
kalau ikutkan diaorang, alamat pakai baju lamalah....susah betul bebudak sekarang. apa lagi bila dah besar panjang. Untuk Auntie pulak macam biasalah, tak ada nak baju baju baru, pakai saja apa yang ada, masih elok lagi. Yang penting hari raya dapat balik kampung jumpa mak. Tahun ni giliran kampun Auntie, lagi lah excitednya. Kampung Cik Din kami balik juga, tapi lambat sikit lah, mungkin seminggu kemudian, insya Allah.
Kueh mueh memang le tak rajin Auntie nak buat....tunjuk tunjuk saja macam selalu. :-)
Sekian wasallam, selamat berbuka.
Subscribe to:
Posts (Atom)