Hari ni pun Auntie sibuk. ...
Insyaallah hari Ahad atau hari Isnin kita akan berpuasa.
Auntie ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua pengunjung blog ini.
---------------------------------------
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Friday, September 22, 2006
Wednesday, September 20, 2006
Kirim salam sajalah!!!!
Sibuk sungguh Auntie ni...sejak hari Isnin lagi. Hari ni, dari pagi tadi lagi sibuknya. Ni dah hampir jam 12.30 tgh baru le boleh nak jengok blog.
Auntie memang antara yang terawal sampai kat ofis. Hari ni sharp jam 7.00 dah sampai. Selalunya Auntie akan mengaji (Al-Quran) dulu barang 2, 3 muka surat, lepas tu baca terjemahan. Kalau nak harap baca kat rumah selalunya tak terbaca...ada saja alasannya. :-(
Pepagi, memang sunyi sepi...ada jugak rasa seram kat ofis sensorang tu..tapi kontrol sajalah...lagi pun siang hari...sambil berjalan ke meja, sambil buat-buat batuk...
Dah dua hari aircon tak berapa sejuk...ada masa rasa agak panas...terpaksa pasang kipas angin pulak. Dah pukul 7.30 barulah dengar ada orang lain yang masuk ofis...."isyyy...KY, seram saya dengar orang ngaji dalam suasana sunyi "...kata En.K. Apalah yang nak diseramkan...tentunya bukan hantu atau syaitan...sebab makhluk ni tentunya tak mengaji quran. Betul tak?
Ramai yang dah sampai, ofis pun mula bising. Dah dua minggu sunyi sepi depa berconference di PWTC. Sibuk pulak dok siap bilik meeting dan order makan. Kejap tu depa buat announcement minta semua yang free boleh masuk bilik meeting sebab nak meraikan tetamu dari India yang datang buat lawatan seramai 20 orang. Bos kecik Auntie pun dah signal suruh Auntie masuk sekali...aiseh! ada kerja la.....tapi Auntie pi jugak lah tinjau-tinjau kat bilik meeting tu.....
Aduh!!!!...ramainya!...semua lelaki separuh usia, semua bersut hitam.....menambahkan lagi kegelapan.....
Hemmm....tak de pun yang rupa ala-ala bollywood...semuanya cam hero tamil je.....(baik lagi Hero Tamil Auntie kat rumah)....terus tak jadi nak masuk....kirim salam sajalah!.................:-)

Thursday, September 14, 2006
Mamat Iran.
Sejak hari Isnin lagi ofis Auntie sunyi saja. Dari bos besar sampai bos kecik-kecik membawa kepada segala Gurkha berkampung di PWTC ada satu Internasional Conference yang sedang berlangsung. Ofis Auntie ni jadi penganjurnya. Dah beberapa minggu sebelum tu kami sibuk bagai nak rak.Telefon kat ofis pun macam kat dalam bursa saham . Banyak call masuk terutama dari luar negara. Ramai participant yang dijemput. Dari India, Pakistan, Iran, Singapore Thailand, Vietnam, Jepun Korea, Us pun ada.
Tinggal Auntie dan beberapa orang saja yang ditugaskan menjaga ofis....dipendekkan cerita, Auntie ni macam jadi Jaga le pulak...Sungguh pun bos-bos semua tak de...kami yang berapa cangak ni kena stand-by....kena jawap call...yang bos-bos tu pulak kejap-kejap telefon...ada saja yang depa suruh kami buat....ingatkan kami ni nak bersukarialah bila depa semua tak dak tu...he....hempehhh!!
Auntie memang awal-awal lagi dah volounteer nak jaga ofis...penat ooo kalau ikut kesana...siap kena bawak beg besar, sebab kena stay kat hotel...nasib baik pun tak terlibat secara langsung...kalau tidak lagilah tunggung-langgang dengan kes Cik Din masuk spetalnya.
Dua hari lepas, ada satu mamat dari Iran datang. Dia ni nak attend conference tu....Oleh kerana dah tak de sapa nak layan dia dan bebudak ofis ni panik tengok dia yang hensem tuh...terus le panggil Auntie....depa tak dapat nak bercakap dengan dia. Dia cakap orang putih....pun broken yang amat. Kita tanya lain, lain yang dijawapnya... hampeh betul dia nih...nasib baik le hensem ...dan orang Islam. Auntie pun mengambil kesempatan melayan dia dengan penuh kemesraan......(auwwww!!!!) Yang kelakar tu, dia dah sampai KL pada hari Jumaat dan menginap di Grand Season KL..yg. dekat GH tu. Kan ke PWTC dekat beno dah????...boleh pulak dia ambil cab datang ke Putrajaya.....takkan tak faham ...dalam surat tu ada sebut conference kat PWTC, KL....letih le Auntie dok explain kat dia. Susah nak faham apa dia cakap...kenkadang dia bantai cakap bahasa dia!..kelakar betul. Akhirnya dia tunjukkan satu map KL....bila Auntie tunjukkan dia mana PWTC, mana hotel dia...ketawa besar dia sambil menepok dahi.. nasib baiklah kebetulan ada pulak driver ofis nak keKL...so, Auntie kirimlah si mamat hensem ni kat driver tuh.
Masa nak pergi tu berkali-kalilah dia ucap terima kasih kat Auntie....hemmm...rasa macam nak ikut je dia kesana tuh....;-) ...nasib baik teringat ngan Hero Tamil yang tengah tak sihat tuh...insaf le sekejap. Sempat jugak dia bagi kad dia tuh...kat kad tu tertera nama dia....rupanya dia ni Lecturer dan ada Master.... masih bujang, umur baru 30...(hak ni...Auntie tanyalah...biase le kan makcik....tak sah kalau tak tanya benda-benda ni...)
Kalau hari-hari ada mamat hensem sesat ni baguih jugak noooo........

Tuesday, September 12, 2006
Menu tanpa garam.
Tak habis lagi kalutnya Auntie ni. Bab Cik Din tu macam dah settle dah. Alhamdulillah dia masih berMC lagi. Insyallah esok naik kerja semula.
Gayanya Auntie kena buat menu baru. Menu tanpa garam dan kurang gula. In a way ada jugak baiknya, Auntie boleh tumpang sekaki menjaga diet. Dulu beberapa kali nak buat menu diet tak mencapai matlamat sebab Cik Din kaki makan, ada saja yang dia nak makan dan Auntie jadi tukang masaknya. Jadi kalau dah masak hak sedap-sedap, takkan Auntie tak makan, Auntie sama juga membedal!!
Sejak hari dia keluar spetal, kami makan rebus-rebus saja...tanpa garam. Memang tak sedap...tapi kena buat-buat sedap. Barulah kita sedar nikmat garam yang dijadikan Allah.Tanpa garam terus jadi mati selera makan. Apa nak buat demi kesihatan kena patuh lah.
Biasalahkan, bila ada orang sakit, tentu ada orang memberi berbagai petua nak makan apa, jangan makan apa.
Antara yang Auntie dapat untuk menurunkan blood pressure ialah:-
i) Rebus dua tiga keping asam keping atau asam gelugor dan minum airnya. (Ehsan jiran sebelah rumah)
ii) Rebus daun sadri atau daun sup dan minum airnya. (Ehsan PA bos kat ofis)
iii) Rendam 3,4 helai daun hempedu bumi dengan air panas dan minum airnya. (Ehsan adik Auntie. Siap bawak anak pokok untuk ditanam.)
iv) Minum air limau purut. (Ehsan kakZ...rakan blogger.)
So, kalau sesapa ada darah tinggi tu boleh le cuba try antara cara-cara diatas tu. Terima kasih bebanyaklah yang sudi memperturunkan sedikit sebanyak petua. Auntie juga tak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua kenkawan jauh dan dekat yang mendoakan Cik Din semoga cepat pulih. Terharu sangat. Ramai kenkawan yang tak pernah Auntie bersua muka telah dengan ikhlasnya tetap memberi sokongan. Terima kasih.
--------------------------------
Semalam Auntie datang ofis Cik Din hantar.... :( walaupun Auntie rasa dah boleh memandu. Auntie malas le nak bertegas sangat, takut dia risau dan ternaik lagi pressurenya yang dah mula nak turun tu...lepas hantarAuntie dia balik rumah dan berehat. Nasib baik jugak Jim ada kerana dia bersekolah sessi petang dapat le dia melayan ayahnya tu.
Dalam pukul 10.00 pagi tengah dok sibuk menjawap surat dan melyan tag-board, Cik Chah (adik Auntie kat kampung) hantar SMS "Kak, mak sakit perut...dah berkali-kali ketandas...dah macam lembek tak bermaya"...adui!!! berderau darah Auntie. Terus je tepon tanya apa yang terjadi...rupanya dia mungkin tersilap makan....pi makan ikan masin goreng dengan buah belimbing buluh....oooooo...mana tak memulas perut tuh!...orang tua cam tulah ada saja yang dia teringin nak makan. Nasib baik adik Auntie Cik Lan masih ada lagi.....dia pulak memang nak ke K.L tengahari tu kemudian terus terbang ke Kota Kinabalu...urusan kerja. Sempatlah dia bawa mak pi kelinik...(setelah puas di pujuk) Lega lah sikit perasaan tu.
Petangnya, sebaik saja sampai rumah, solat dan rehat sekejap, En. Amir pulak tepon...sayup saja suaranya "..mak boleh datang tak?...Amir sakit perut ni dari pagi tadi lagi, rasa memulas semacam, tapi bukan rasa nak be***...tolong ye mak...Amir nak gi kelinik sendiri tak tahu kat mana...lagi pun rasa macam dah tak boleh nak jalan ni"..........Aduh!....belum pun hilang letih kekalutan Cik Din masuk sepital...Amir pulak sakit. Kami tak tunggu dah, terus saja menuju Shah Alam. Hari macam nak hujan lebat. Dah hampir maghrib. Oleh kerana kami nak cepat, kami cubalah lalu highway Kesas tu, selalunya ikut Federal Highway. Hemmm...memang dah agak dah...mungkin tersilap ambil susur keluar tu...terus je terlajak masuk seksyen 20....almaklumlah hari dah gelap.
Auntie takmo Cik Din panik, terus je tepon Kak Lady. Tanya lebih kurang. Auntie berhenti tiga kali dan bertanya, akhirnya selamat sampai. terus ambil En. Amir dan bawak ke kelinik yang paling hampir dengan Politeknik tu...kat TTDI. Alhamdulillah, doktor kata kemungkinan perut kosong, memang pun, paginya dia tak makan apa sampai lunch baru makan sikit. Dapat ubat hantar dia terus ke hostel. Kami pun balik lepas tu. Tak leh nak berlama-lamaan sebab sorang lagi anak bujang yang kelaparan tinggal kat rumah.
Adui!!!...Auntie pulak yang rasa stress dan pening-pening!!!

Friday, September 08, 2006
Seven Upon Ten....
Banyak peristiwa yang tak dapat dilupakan berlaku pada minggu lepas seterusnya membawa ke minggu ini. Alhamdulillah, semuanya telah selesai dan rasa legaaa...
Sebenarnya Auntie agak risau dengan "kesenyapan" seorang rakan sekutu yang sentiasa menghubungi Auntie, baik dengan panggilan telefon atau menghantar SMS atau terus bersua muka...sejak seminggu dia membisu...risau jugak..merajuk kah dia?...out-station ke?...bizi beno ke dia??? pi over-sea ke member aku nih.....last sekali....sakit ke??? Akhirnya Auntie telefon dia dua tiga malam sudah..sah! dia tak sihat....alhamdulillah, pagi tadi dia call Auntie...suara dia dah ceria macam selalu walau pun masih lagi berehat di rumah. Mudah-mudahan semua ok semula.
Kak Yan sentiasa doakan kesihatan yang baik untuk mu. Amin.
--------------------------
Cerita balik kampung:
Sepatutnya cerita ni dah keluar...tapi terpaksa ditangguhkan..banyak tergendala.
Auntie balik kampung pada hari Merdeka. Alhamdulillah mak Auntie sihat walafiat. Mulut dia masih pot-pet, pot-pet lagi...gelabah dia pun macam biasa jugak. Cuma, mak ni dia bongkok...berjalan pakai tongkat walau dalam rumah. Dia masih tetap aktif di dapur...tugas tetap dia ialah membersihkan ikan dan juga memasak nasi. Orang lain jangan cuba nak masak nasi, nanti, ada saja yang dia akan komplen, nasi lembek la, keras sangat la...beras tak putih le sebab basuh beras tak cukup bersih la...hemm ada sajalah. So, Auntie dah faham beno....biar saja dia yang buat.
Mak Auntie memang terkejut masa kami sampai tuh...dia tercengang bila tengok En. Amir dah berdiri didepan pintu, kebetulan masa tu adalah Cina datang rumah dia dok repair longkang yang pecah..dia pun tanya Cina tu..."tokey, ini sape??"...En.Amir pun tergelak besar..."Tok, ini Amir la...kami baru sampai!"...mengucap panjang dia...."Laaa...hangpa dah makan?...hari ni kami buat mee goreng saja, Cina nak baiki longkang dan nak repair bilik air sikit"....awat tak beri tahu????" oh...bertalu-talu soklan dia. Auntie bagi tahu dia tak payah risau...kami dah makan sebelum sampai dan masih kenyang lagi.
Dari raut wajah dia, dia sungguh gumbira, apa lagi dia langsung tak sangka kami akan balik.
Petang tu, Auntie pergi rumah adik Auntie Cik Lan. Dia ni kerap tak de di rumah. Dah berapa kali kami balik, tak dapat jumpa. Adik Auntie ni aktif orangnya. Dia memang suka adventure....apa lagi kalau kembara ke dalam hutan. Keraplah dia masuk hutan simpan Belum tuh. Selain kerana kerja, dia rajin bawa kenkawan dia atau student nak buat expedisi...macam tulah....Adek ipar Auntie pulak(isteri dialah) dah pencen...pencen awal..(optional retirement) Anak-anak dia dah besar panjang dah...semua berada di IPTA.
Bila kami sampai rumah dia tu, dia baru saja balik daripada mengetuai konvoi motosikal sempena sambutan Merdeka.
Sembang punya sembang, Auntie tercakap le dengan adik ipar minta tolong dia bawa Cik Din buat check-up kat hospital. (Adik ipar Auntie ni, dulunya seorang jururawat berpangkat Sister...baru saja pencen tu...tapi hospital masih lagi dok refer kat dia apa-apa masalah..orang lama lah katakan...)
Esoknya, adik ipar pun datang nak bawa Cik Din ke hospital. Mulanya Cik Din menolak, tapi pandai le kami memaksa dia, akhirnya berjaya jugak. Auntie tak ikut sama.
Ada le dalam 2 jam depa dua orang pun balik. Sah le ...ketakutan Cik Din....memang dia ada hypertension @ darah tinggi yang ditahap merbahaya....BPnya dah mencecah 200/105 . Doktor pun hairan macam mana dia boleh bawak kereta begitu jauh dengan BP yang begitu tinggi .
Sepatutnya Cik Din kena terus masuk wad, tapi, dah kita dok di KL, doktor suruh check kat KL sebaik saja sampai dan Cik Din kenalah sign surat akuan mengatakan dia yg. akan bertanggungjawap sekiranya apa-apa terjadi kerana tak masuk wad seperti yang sepatutnya. Kecut le juga perut kami...Cik Din apalah lagi.
Hari Sabtu, kami bertawakkal sajalah balik semula keKL, alhamdulillah, cuaca redup saja, malah hujan agak lebat dari Ipoh hingga KL...jadi tak le panas sangat.
Dengan surat dari doktor dikampung, hari Selasa lepas Cik Din pun pergilah buat chech-up kat klinik gomen di BBB. Dari situ direfer ke hospital Serdang (hospital baru) dalam pukul 4.00 macam tu sorang jururawat telefon Auntie suruh datang ke bhg. emergensi H.Serdang , kerana "suami Puan akan dimasukkan ke wad...sila datang segera"...Aduiiii!...nak pergi dengan apa le pulak???..nasib baik ada kawan yang offer nak hantar sampai hospital tu.
Sampai je, Auntie terkejut jugaklah....Cik Din dah terbaring dikatil dengan berbagai wayer kat dada dia. Dari jauh dia melambai bila nampak Auntie datang. Memang dia dalam ketakutan...tangan dia sejuk bila Auntie pegang.....first time dia masuk hospital tu...panik jugak lah Auntie...maklum, Auntie cuma tinggal berdua dengan Jim...apalah sangat yang kami boleh buat?? Adik Auntie ada kat KL. Kalau KL tu senang lah jugak, teksi bersepah. Senang nak ulang alik. Adik-adik pun ada...ini kat BBB.....sedih sangat rasanya masa tu....Nasib baik le Auntie dapat contact si Anja...dia sampai dengan segera kat hospital. Dialah bawak Auntie balik dengan kereta yang Cik Din parked depan Unit Emergency.
Esoknya (Rabu) Auntie cuti. Lepas b/fast dan masak lebih kurang, Auntie dengan Anja pergi P.pos.....menghidupkan lesen memandu Auntie yang dah mati 4 bulan...he...he! Anja kata, mak kena jugak bawak kereta semula, dia boleh tolong sehari dua saja...ye lah jugak, dia pun kena kerja, takkan nak cuti lama-lama. Dari pejabat pos, terus saja kami ke hospital. Hari ke dua, nampak Cik Din dah Ok sikit....dah boleh senyum....tangan pun dah tak sejuk lagi.. Auntie duduk le kat hospital tu sampai pukul 2.45. Ingatkan nak tunggu sampai pukul 7, tapi risau pulak Jim nanti balik sekolah tak de orang kat rumah.
Dengan degupan jantung yang dap-dup, dap-dup Auntie memegang semula steering kereta, setelah berkurun tak menyentuhnya. Jalan pun Auntie tak tahu, dek kerana dah terpaksa, Auntie tawakal saja meredah jalan yang bersimpang siur...ikut saja signboard. Anja pulak menuju ke KL. Alhamdulillah, Auntie selamat sampai ke rumah dalam masa 10 minit saja. Sebaik sampai, barulah terasa perut lapar, sedar-sedar, rupanya dari semalam Auntie tak makan apa-apa. Badan rasa letih sangat. Lepas makan dan solat, telan penadol 2 bijik, terus lena tak sedar diri...tahu-tahu terdengar Jim beri salam suruh buka pintu....Allahhuakbar!!!! rupanya Auntie terlena hingga jam 7.00!!
Hari Khamis Auntie beranikan diri, bawak jugak kereta tu...awal lagi dah keluar...aisehmen!...nak kena lalu dua round-about....boleh ka?......hentam sajalah, redah saja!!....alhamdullilah!...selamat Auntie sampai ke ofis. Satu lagi problemanya.....berani ke nak masuk parking under ground tu....hemmm...punnnn redah jugak....oleh kerana sampainya pagi, parking lot masih banyak kosong...so...tak de le susah mana.....
Tengaharinya Cik Din telefon, dia dah boleh keluar....ohhhh...legaaaa rasanya. Sekali lagi, Auntie rasa berdebar...macam mana le nak sampai ke hospital nih???? Nak keluar dari parking pun dah dua kali pusing tak jumpa jalan keluar....Macam semalam jugak, Auntie beranikan diri, ikut saja signboard, jangan panik.....bawak kereta sambil nyanyi..... Jauh jugak hospital ni dari ofis Auntie. Kalau dari rumah dekat saja.
Masa Auntie bawak kereta tu, rasanya pemandu yang lain tu semuanya macam tahu je yang Auntie ni takut....memang takut...tapi dalam takut tu laju jugak Auntie bawak...test sikit power tuh!!!!:-) Masa sampai, Cik Din masih kat farmasi nak ambil ubat, tuuu diaa..sebeban ubat. Ada yang untuk 2 bulan, ada yang untuk sebulan. Nak balik kerumah, Auntie suruh dia duduk diam-diam biar Auntie yang bawak kereta.Mulanya dia tak setuju, tapi akhirnya dia kata ok.
Malamnya, Cik Din asyik cerita experienced dia sajalah....Syukurlah, belum terlambat. Auntie malas le nak cakap apa-apa lagi kat dia...iakan sajalah....:-)
Pagi ni, Auntie datang kerja ditemani Cik Din...dia yang nak bawak kereta....cis!!!
Auntie bertegas, biarlah Auntie bawak, dia boleh judge samada Auntie ok atau tidak. Bila sampai je depan ofis, dia kata..."oklah...you lulus...I boleh kasi you 7/10.. " :-) jadilah...kira oklah
kan??
-----------------------------

Subscribe to:
Posts (Atom)