Thursday, January 29, 2009

Mengemas.

Assalamualaikum!

Hari ni ofis Auntie dah ceria semula. Semalam sunyi sepi. Bukan tak de orang, ada, tapi tak ramai. Ramai yang ambil peluang untuk balik kampung atau mungkin ramai juga yang ambil kesempatan bercuti bersama keluarga diluar kawasan.

Auntie tak kemana-mana pun. Duduk je kat rumah melayan anak-anak dan suami. Paling jauh Auntie keluar, hanyalah ke tepi pagar rumah saja, itu pun sebab nak sidai kain. Cadang tu nak juga keluar merempit ke KL, tapi...sibuk pulak nak memasak itu ini kat rumah. Sibuk pulak nak berkemas rumah. Dah lama plan nak kemaskan bilik anak bujang Auntie tu. Inilah masa yang sesuai.

Auntie ambil masa 2 hari nak selesaikan semua sampah sarap yang dihimpun sekian lama tu.Terget utama bilik Jim. Bilik dia ni tah apa-apa yang dikumpulnya. Bilik tak besar mana, padat dengan barang-barang. Dulu Auntie letakkan sebijik katil Queen dengan harapan senang kalau ada kenkawan atau sesapa nak tumpang tidor bilik dia.Lepas tu bila tengok bilik tu dah semakin sarat, Auntie 'lego' kan katil tu pada kawan yang baru pindah, gantikan dengan katil single...lega sikit. Dah lama, adui! si bujang ni tah hapa-hapa yang dia collect sekejap je, penuh semula.

Kat bawah katil tu penuh dengan berbagai barang. Ada tools box, ada helicopter(yang pakai remote control tu), reket batminton, boot bola, botol air, tali skiping, besi angkat berat, extention wire, kotak-kotak....uhhhh!...pendek kata...lama kelamaan ular pun boleh ada!!.

Kat atas almari baju dia pun penuh, sarat dengan kotak-kotak. Dia ni, bila beli barang, kotaknya disimpan. Sayang nak buang...so, kotak di susun tinggi sampai siling. Koleksi tin Coca-Cola pun penuh jugak. Segala patung Digimon, Pokemon pun ada jugak.

Baju-baju yang dah dilipat, tak dah muat nak masuk almari.

Tugas Auntie hari tu apa lagi, memilih baju-baju yang bertimbun dan dah tak dipakai masuk plastik. Kutip-kutip asingkan dah dapat kumpul tiga plastik penuh. Pagi ni, tiga plastik tu dah selamat Auntie bagi kat cleaner kat ofis Auntie ni. Suka bukan main dia.

Itu bab baju. Settled. Kotak-kotak yang tak guna dah pun di asingkan juga. Jim nak jual kat Apek paper lama. Kalau Apek yang datang dengan lori tu, dia kira main jenggal dengan jari dia je...selalunya memang dia cheating!...yang kat kedai beli barang recycled tu pun penipu jugak. Kat rumah kita timbang lain, sampai kat kedai, timbangannya dah susut.....tak kisah le...dapat le dalam RM 10 , Jim dah happy sangat.

Habuk-habuk yang terkumpul bawah katil Jim, toksah cakap le...he!...he! bertimbun...boleh timbang kati jugak habuk pun!!
The next daynya pulak, Auntie mengemas bilik En. Amir pulak. Bilik dia tak banyak masalah, dia tak kumpul barang. Yang ada hanya katil, almari baju, meja tulis. Yang bersepahnya adalah komik-komik, majalah Mastika...majalah bola.

Letih jugak mengemas-ngemas ni, tapi bila dah selesai, rasa ok lah....bersih dan teratur....TAPIIIIII.....rasanya tak lama mana pun, tengok le, seminggu dua nanti....

Friday, January 23, 2009

Rehat dulu

Masa tahun baru menjelang tiba, Auntie berangan macam-macam nak buat pada blog ni. Kenkononnya nak boh template baru, nak letak banner baru dan yang penting sekali nak up-date sekerap mungkin walau pun tak setiap hari.

Masa berlalu, ni dah pun masuk akhir Januari, Februari dah nak sampai, TAPIIIIIIIIIIII......................blog ni macam ni lah jugak..template tu jugak, banner tu jugak...entry pulak?....haaa...hak tu la jugak!!!

Macam mana ni???...nak buat entry idea pun dah kering...ni lah agaknya bila dah lama berblog (dah nak masuk tahun ke6 atau 7 dah, kalau tak silap..)

Rasanya, Auntie berehat le dulu......

Tuesday, January 13, 2009

Si Belukar

Assalamualaikum,

Sejak kebelakangan ini, hari-hari kita disogokkan dengan berita serangan Israel ke atas rakyat Palastine. Buka paper agi lagi dah ada berbagai gambar yang menyanyat hati. Anak-anak kecik kaku menjadi mangsa pengganas Israel. Malam pulak, berita utamanya kisah ini juga. Ya Allah!...siapakah yang boleh menyelamatkan mangsa kekejaman ini?? Bagi kita hanya doa yang termampu.
Buat demostrasi pun tak guna...buat penat menjerit je. Orang Amerika tengok pun depa senyum je...peduli apa kan??

Rasanya sejak Auntie mula pandai, membaca cerita Israel dengan Palastine ni dah pun ada, tak habis-habis...agaknya sampai kiamat baru lah selesai.
Kita di M'sia ni, dengar bunyi mercun pun ketakutan, depa kat sana dengar bunyi roket meletup sana sini dah jadi perkara biasa. Telinga depa dah lali.

Bangsa Israel ni, memang satu bangsa yang angkuh. Dalam Al-Quran pun dah termaktub, sejak zaman Rasul-Rasul lagi. Yang bangsa Arab ni pun satu hal le jugak. Nampaknya kita negara-negara sebelah sini saja yang perihatin. Yang depa senyap sunyi, relax je...isyyy!..

Si bedebah..."SiBelukar" tu....lagi le...tak bersuara langsung....besar kemungkinan arahan dialah ni...apa tidaknya...bukan ke dia telah di jatuhkan "kemaluan" nya semasa dia melawat Iran (..ke Irak?) baru-baru ni...ha...padan muka kena baling dengan kasut!!!!

Auntie harap marilah kita ramai-ramai panjatkan doa kepada Allah agar bala diturunkan ke atas bangsa laknat tersebut. Amin.

Tuesday, January 06, 2009

Anak sape?

Salam semua,

Dah enam hari kita ditahun baru 2009. Auntie baru nak buat entry.

Semalam hari pertama sekolah memulakan sessi barunya. Yang darjah satu, naik darjah dua. Yang enam tahun, baru nak melangkah ke alam sebenar persekolahan. Bagi Auntie yang anak dah besar-besar belaka, tak banyak yang happening. Hanya Jim sorang je lagi yang bersekolah.

En. Amir masih bercuti. Dia ada lebih kurang seminggu setengah lagi untuk bersantai-santai dan berpoya-poya (..dan berpoyo-poyo)di rumah, lepas tu dia kena mendaftar semula untuk semester 6, semester akhirnya.Esok, result semester 5nya akan keluar. Harap-harap tak le mengecewakan.

Jim ke sekolah bersendirian. Jalan kaki saja. Dah besar panjang, takkan nak beranto lagi kan? Auntie tak beri duit pun. Cuma bekalkan dengan duit belanja makan saja. Buku-buku tulis dah pun dibeli masa cuti. Buku teks akan dapat percuma. Tinggal nak bayar yuran. Ayahnya dah pun sediakan duitnya.

Balik kerja semalam, adalah nampak buku teks pinjaman yang Jim terima tersusun atas meja, dianya ternganga tido dalam bilik.Bila dia bangun, katanya dia nak duit untuk beli buku kerja bagi Sains subject saja. Katanya, yuran tak payah bayar.....aikkkk?...biar betul?...betul...Cik Gu cakap katanya. Yang di bayar hanya RM 1.50 untuk insuran....he...he...dia dah bayar pun. Kena tunggu akan kesahihannya. .....kalau betul lagu tu...bagus laa...

Memang tahun ini Auntie tak banyak keluar duit untuk persediaan persekolahan Jim. Baju atau kasutnya semua masih ok. Minggu depan bila En. Amir mendaftar semula barulah nak kena keluar duit.
Cerita pasal keluar duit ni, memang rasa cepat betul duit di tangan reda, tukar saja RM50, kejap saja dah habis. Beli barang sikit je banyak yang keluar. Harga minyak dah turun, tapi heran harga barang tak turun, turun...naik lagi adalah....kadang-kadang kita dah plan nak beli barangan untuk diri sendiri, alih-alih, tengok duit dah menipis...

Itu hari Auntie jalan-jalan, konon nak beli le barang *dalam* belek sana-belek sini, terkejut tengok harganya...amboi mak!! tak kan nak pakai sampai RM99.90 satu??...kalau baju kat luar tu ok lah kan...berbaloi le jugak..tak jadi le...sayang pulak duit nak habiskan untuk sehelai pakaian yang tak sampai 1/2 meter kainnya tu....lainlah kalau gaji Auntie besar macam kebanyakkan penulis-penulis blog yang selalu Auntie lawati. Akhirnya Auntie beli saja satu jenama ni...harganya ok, pakai pun sedap dan selesa...errr...nampak pun ok jugak...dengan RM100, boleh dapat 4 helai!...(jangan gelak!)

Dah dapat 4 helai tu, Auntie pun nak balik le, sampai kat parking lot, sebaik saja nak buka pintu kereta, ada le satu budak perempuan yang nampak macam panik semacam...muka berpeluh-peluh..dia minta tolong Auntie hantar dia balik ke rumah, kononnya ada orang tengah cari/kejar dia...kesian jugak...tapi Cik Din cepat-cepat cakap jangan di layan...budaknya mungkin dalam 16 atau 17 tahun, pakaiannya boleh tahan jugak, t-shirt sendat, seluar sendat paras lutut. Bila ditanya, dia kata dia baru kenal dengan budak lelaki tu, rupanya orang jahat....ayooo...! susah nak cakaplah kan?..tolong salah, tak tolong pun kesian...Cik Din suruh dia lari kat Pak Guard yang ada tak jauh daripada tempat tu. Dia macam tak tentu arah je. Akhirnya, kami tinggalkan saja dia dengan masalahnya....takut jugak kan?...mana tahu, kalau-kalau dia tengah di kejar oleh Bapak ayam ke....atau sendikit dadah ke...tak pasal-pasal Auntie terlibat pulak.

Tak tahulah apa jadi lepas tu.
Harap-harap dia selamat. Anak sapelah gamaknya ye??