Monday, October 30, 2006

Raya belum habis...

Alhamdulillah.....Auntie dah mula bekerja hari ini. Dah ada kat ofis. Masih ramai lagi yang bercuti, jadi masih terasa sunyi....yang ada pun macam masih tak bermood nak bekerja.

Rasa excited jugak nak ke ofis...maklumlah dah cuti lama...apa lagi masa nak cuti dulu tuh, kerja yang belum beres pun masih banyak. Kerja ni rasanya tak akan habis pun.

Auntie balik kampung pada hari Isnin...gara-gara nak elak kesesakkan jalan raya...maklum sajalah lebuhraya Utara Selatan. Lepas sahur kami berangkat ke kampung. Petangnya berbuka puasa yang terakhir untuk tahun ini.......memang best sesangat.Makan beramai dengan mak dan adik-adik serta anak-anak sedara. Ramai yang masih kecik dan tak berpuasa, depa yang lebih-lebihnya....Malamnya riuh rendah...yang tua sibuk mengemas...yang muda sibuk menyibuk.

Balik kali ini, mak Auntie nampak memang ceria walaupun dia kata dia tak sihat. Memang tahun ini dia hanya dapat berpuasa beberapa hari saja dek kerana keuzurannya..
Hari Raya pertama berlalu dengan suasana yang tenang...tak ramai sangat yang berkunjung, dapat le berehat dan melelapkan mata . Hari ke dua kami berzirah ke kubur.

Hari raya ke tiga Auntie dah balik semula ke KL.
Agak lewat juga sampai keKL, kereta banyak. Ada pulak dua accident. Ada kereta terbakar...

Hari raya ke empat, kami balik beraya ke Pekan Pahang pulak.

Esoknya balik semula ke KL...letih betul dok travel dari barat ke timur, dari timur ke barat...apa nak buat... dah satu dari Perak, satu dari Pahang.

Selamat hari Raya Untuk semua.....

Friday, October 20, 2006

Selamat Hari Raya.

Kepada semua pengunjung Di Sepanjang Perjalanan, diucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN dari Auntie sekeluarga.

Friday, October 13, 2006

Pasang angan-angan.

Adui!...bulan posa ni Auntie sibuk sungguh kat ofis. Buat kerja macam tak cukup tangan. Ini semua gara-gara nak menolong orang agar cepat dapat duit. Hari-hari bertalu-talu call masuk nak tanya bila duit/cek masuk akaun. Ada yang merayu-rayu minta tolong cepatkan proses pembayaran. Kesian jugak...apa lagi kita dah nak sambut raya ni. Auntie ni sebenarnya takat membantu kerja orang lain...disebabkan kesuntukan masa untuk buat proses pembayaran, semua kena kerah buat kerja tu. Tak pel ah nak buat macam mana kan?

Diam tak diam hari ni dah masuk hari yang ke 20 kita berpuasa. Ada lagi 10 hari saja lagi. Insyaallah dapatlah kita semua menamatkan puasa dan menyambut raya pulak.

Ramai yang dah mula buat persiapan raya pulak. Auntie pulak apa satu pun tak siap lagi, baik baju raya, kueh raya, langsir raya, duit raya. Entah le, gamaknya bila usia dah semakin senja, dah tak rasa apa lagi dah. Cuma hari raya tu bermakna tamatnya puasa. Tak macam dulu....puasa belum lagi, baju raya anak-anak dah siap dibeli. Kini, anak-anak dah besar panjang, depa pun macam tak kisah sangat, apa lagilah anak-anak Auntie semuanya lelaki. Mungkin kalau budak perempuan lain ceritanya. Jim kata dia tak perlu baju baru.Baju dia dah banyak katanya. Tapi, Auntie nak le jugak beli barang sehelai dua. Begitu jugak kata Si Amir...baju dia dah banyak...kebetulan masa dia nak masuk Poli dua bulan lepas memang Auntie dah belikan. Mungkin Auntie nak beli baju Melayulah. Kalau Si Amir, dia rajin berbaju Melayu lengkap...hak lain tu pakai bajunya saja berpasangkan seluar jeans. Dah dua tahun Auntie tak beli baju raya untuk Si Anja....orang dah kerja, beli sendirilahkan.....

Auntie pulak, tak tahu lagi nak berbaju raya atau tidak...yang sahnya memang tak pergi buat pun. Mungkin beli yg. ready-made saja lah kot. Yang jadi masalahnya saiz le pulak. Saiz S, memang out. Saiz M, macam ok....tapi pinggangnya pulak tak celuih....kalau saiz L, besar dan labuh sangat pulak. Selalunya bila Auntie beli, kena merepair le pulak baju tu....kasi kecik kat sana, kasi besar kat sini....susah gayanya kalau statistic body tak balance nih........;-)

Itu bab baju....bab kueh raya....hemmm...sokmo macam selalulah...dok tunggu kat ofis ni buat sales hari raya. Tahun lepas, seminggu nak raya ada jualan kueh/biskut raya...dapat le harga murah sikit.
Bebudak kat ofis ni ramai yang rajin buat kueh raya, pepagi bila sampai ofis depa dok gebang pasal kueh raya.

Mulanya Auntie pun macam semangat juga nak buat sendiri kueh raya. Depa kata lebih jimat.
Hemmm...angan-angan taik kucing sajalah Auntie ni....oven pun tak de...nak bakar biskut pakai apa??? Periuk kukus ada le, takkan nak dikukus pulak biskut raya tuh kan.... Jam tu nak buat kueh raya, jam tu nak beli oven...hemmm...rentikan lah...kata Cik Din. Betul jugak tu..(he!...he!...dasar orang malas....)

Auntie ingat le, elok jugak nanti Auntie beli Oven...senang nak masak biskut. Tak semestinya buat untuk raya saja...mana tahu boleh buat bisnis biskut...dengan lebel.. "Auntie Yan". Mula-mula jual kat member-member ofis, lepas tu bila ada gathering, jual kat gathering....bila ada meeting jual kat orang nak masuk meeting...dah lama bisnis Auntie sampai ke US le pulak......;-) ;-) ;-)....angan-angan....
Actually, buat biskut raya ni memang memenatkan. Apa tidaknya berjam-jam baru siap. Kalau start lepas sahur, nak masuk zuhur baru selesai...ooo...letih tau....melepek rasanya dah le berpuasa...tapi kalau tak leh puasa seronok...sambil buat sambil sumbat dalam mulut....pas tu siap ada air sirap lagi habuan hilang dahaga.

Dijaman kegemilangan Auntie dulu, memang rajin habis bab buat biskut raya ni. Masa tu buat dengan mak Auntie. Kami guna oven hitam macam kotak tu yang cap butterfly...isyyy...la ni pun masih ada lagi oven bangsa tu...kawan Auntie masih guna hak tu walaupun dia ada oven letrik, dia kata senang nak kontrol api, biskut pun tak mudah hangit. Tu yang Auntie ingat nak pi lah cari oven kupu-kupu tu...masak kek pun boleh.Eleh...dedulu, oven tulah yang Auntie gunakan dok buat kek...sedap jugak kek tu, jadi pun..

Masa Auntie buat biskut dengan mak Auntie dulu, kami start lepas buka puasa membawa ke time sahur...sebabnya....senang adik-adik Auntie hak lelaki yang kuat makan biskut tu nanti tidur...jadi senang le kami nak susun biskut dalam tin atau balang...lepas tu sorok le kat secret places...kalau tak buat macam tu, tak sempat tunggu raya biskutnya dah habis...tinggal tin sajalah.....Auntie dengan mak tak le zalim mana...kami tinggal le jugak untuk depa rasa masa berbuka....tapi...biskut yang agak terhangit ke...atau yang agak terout ot shape gitu......depa tak banyak soal pun makan saja. Tapi depa dok heran jugak kami sorok kat mana biskut-biskut tuh....

Sekarang dah ada macam-macam biskut, macam-macam nama, macam-macam rupa. Tapi biskut ni yang benonya lebih kurang sajalah rasanya. Bahan asasnya adalah sama. Biskut apa pun mesti ada telur, tepong, majrin, gula....bahan lain tu tambah sajalah...boh koko, jadi biskut koko. Boh kurma jadi biskut kurma.

Orang dulu rajin buat biskut raya bukan sebab apa...pertamanya kurang sangat ada orang jual biskut raya ni...kalau ada pun hak keras macam batu dan rasanya entah hapa-hapa. Ramai wanita dulu..batch mak-mak dulu tak bekerja jadi rajin le depa buat kueh sambil berlawan-lawan dengan jiran sapa dah buat banyak...
Lagi satu sebab....kalau beli saja tu seolah-olah orang tu orang yang pemalas (...tapi memang ya pun kan...)

Sekarang dah banyak senangnya...ada duit saja boleh order.....Auntie termasuk golongan nilah...:-) Auntie tak le nak beli banyak....bukan murah pun biskut-biskut ni.. dari tahun ke tahun harganya terus meningkat....tuuuu yang Auntie dok pasang angan-angan tuh....!

Tuesday, October 03, 2006

Kambing Gurun Vs Bebiri.......

Puasa dah masuk minggu ke dua. Alhamdulillah, Auntie masih gagah menjalani ibadah puasa ni, walau pun sakit lutut agak ketara, mungkin sebab makan ubat ada kurang, jadual dia lari gamaknya. Tak bolehlah nak cari alasan tak puasa pulak. Kalau tak puasa, kena ganti pulak. bukan senang nak ganti puasa.

Auntie kat rumah cuma bertiga saja. Dah rasa tak best. Sunyi je...waktu berbuka tak macam dulu masa anak-anak masih kecil, masa depa baru belajar berpuasa. Waktu berbuka yang paling seronok tengok gelagat depa ni...siap sedia berbagai makanan...sirapnya, buahnya, kuehnya, nasinya...kalau boleh semua nak dimasukkan kemulut sebaik saja azan berkumandang. Lepas berbuka semua tersandar kekenyangan. Kini semua itu dah tak de lagi. Anja dengan rakan bujang di KL, Amir di asrama. Jim sensorang dah tak de nak berebut dengan sesapa lagi. Bagi yang sedang membina keluarga, anak-anak masih kecil...janganlah rasa rimas bila depa dok menyibuk sama nak berbuka, situasi ini hanya sementara....kita akan rasa rindu dengan suasana begitu nanti....bagi Auntie semuanya dah berlalu dan hanya tinggal untuk jadi kenangan yang manis yang mengusik jiwa.

Minggu pertama puasa, memang kelam kabut. Oleh kerana Auntie masuk kerja jam 8.00 dan balik jam 5.00, naik semputlah nak kejar time balik ke rumah. Walau pun BBB dengan Putrajaya tak jauh mana, jalan bukan main jammed lagi. Sampai rumah dah 6.30, solat kejap....dah 6.40...sempatlah masak nasi dan masak air saja.
Nasib baik lah kat BBB pasar Ramadhannya berlambak...

Minggu ini Auntie dah tukar time kerja. Masuk 7.30, balik 4.30. .......banyaklah sikit masa untuk persediaan berbuka. Semalam sampai rumah pukul 5.40....itu pun siap singgah ke pasar Ramadahn...tak le terkejar-kejar sangat.

Dedulu, Auntie rajin jugaklah berbuka puasa di luar, samada di kedai makan/warung ada masa ada undang ke rumah adik. La ni dah malas...rasa lebih selesa dirumah saja. Apa lagi Si Hero yang dah tak boleh nak makan sembarangan.

Tapi, minggu lepas ada sikit kelainan. Ada sikit keistimewaan. Auntie dapat undangan berbuka puasa dengan sekumpulan "insan-insan" yang selama ini hanya dikenali di alam cyber, di dunia blogging saja. Asalnya, langsung tak terlintas untuk hadir. Ada bermacam perasaan pulak. Takut terasa 'out of place'.....

Petang Sabtu tu, tengah sibuk di dapar, Auntie dapat SMS >>>undangan khas dari 'the host'....mungkin, itu adalah usaha dia yang terakhir untuk memujuk Auntie hadir bersama.....(woip!!!!!...mana dapat phone no tu????) Rumah the host ni....ala hai!!!.....boleh dikatakan dekat beno......2, 3 pelaung saja dari rumah Auntie.... bak kata Joe perantau "....kalau Auntie tak pergi....tak patut sangatlahh......"
Serba salah jadinya. Tapi, petang tu, dua anak bujang Auntie, balik ke rumah untuk berbuka bersama. Pikir, punya pikir...Auntie pun bagi tahu kat si Hero....dia kata , tak pe lah...you boleh pergi lepas berbuka.

Lepas berbuka Auntie pun bersiaplah lebih kurang..macam mana le gamaknya nak jumpa bebudak muda nih??? Macam gaya kambing gurun nak bertemu kambing bebiri....Kambing gurun tanduknya panjang dan dah melengkung...kambing bebiri tanduk comel badan pun gebu je....:-)

Sampai je depan rumah the host,...dah nampak ramai....aiseh!....dup-dap jugak lah rasa hati tuh.....Auntie bagi salam...he!....he!....semua mata tertumpu pada Auntie....hemmmm....depa dah boleh agak..."ni mesti Auntie Yan!!...."...tapi ada jugak yang macam tak percaya....ha!...ha!....Agaknya macam mana bayangan depa ni bila sebut Auntie Yan.....ada kata Auntie macam Auntie N......size sama kot..... :-)
Sempat lah berkenalan lebih kurang. Dikesempatan ini Auntie ucapkan jutaan terima kasih atas layanan yang sungguh mesra dari the host suami isteri dan semua, baik yang pompuan mahu pun yang lelaki. Terharu sangat rasanya.

The host siap tapau makanan...dah le Auntie bawak body saja....:-(

Insyaallah, di lain kesempatan kita jumpa lagi. Ada lagi ke??