Thursday, December 30, 2010

Bola

Salam semua,









Sekalong tahniah kepada pasukan bolasepak kita.







Malam tadi adalah malam penuh debaran bagi kita rakyat Malaysia. Tak tahu nak cakap macam mana punyanyalah Auntie tak senang duduk pada 45minit pertama perlawanan berlangsung. Takut rasa nak tengok, kalau tak tengok rugi pulak.

Walaupun Auntie hanya bertiga di rumah, tapi, jeritan kami tak kalah macam orang kat stadium juga!....

Dah lama sangat rasanya Auntie tak pernah ambil peduli dengan pasukan bolasepak negara ni. Malah nama-nama pemain langsung tak lekat di kepala. Tapi, setelah kemenang besar di Bukit Jalil Ahad lalu, nama-nama hebat pemain kita akan Auntie hafal.....

Majulah Sukan Untuk Negara.

Tuesday, December 28, 2010

Cuci mata.....

Salam untuk semua,

Tak tahu kenapa hari ni rasa mengantuk sangat. Mata rasa nak terpejam je....so, ni Auntie nak rilex sikit biar hilang ngantuk. Meh kita cuci mata tengok foto-foto ni.























lawa betul Cik Ziela ni....(errr...sikit-sikit ada macam Auntie, ha! ha!.....orang kata le...tu pun kalau Auntie pakai baju tu....oppppppsssss!!!!)























Dia ni nama apa ek?...Fidah kot??...dulu depa kata dia ni macam Siti.....ada le sikit kot....:-)






















Ya Allah! depa berdua ni memang comel, manis lawa dan ayu. Yang kecik tu pun bukan main lagi.























La............ni fesyen dedah bahu.....ada berani???
























Yang ni fesyen apa????...fesyen jimat kain jugak rasanya.






















Yang ni?????............................sungguh jimat!!! semeter setengah dah cukup!!!


p/s: semua gambar diambil kat blog gosip artis...jangan marah ye...bukan nak jual pun. TQ

Thursday, December 23, 2010

Idaman Kalbu

Salam untuk semua,

Baru-baru ni salah sorang kawan Auntie kat ofis ada tanya, " Kak bersara nanti Kak nak hadiah apa?"

Memang macam tulah bila ada yang bertukar atau bersara akan dibuat jamuan perpisahan dan sudah tentu ada juga hadiah sebagai kenangan. Bagi Auntie, tak kan le kita nak cakap apa kita nak kan????...walaupun kalau boleh nak je kita sebut apa kita nak.

Sebenarnya, dah lama Auntie berangan kalaulah ada orang kasi hadiah satu benda ni kat Auntie...ya Allah!...sukaaaaaaanyaaaaaa! TAPI!!! sape le nak hadiahkan????? nak sebutkan pun rasa malu le pulak. :-)

Dan hari ni, setelah sekian lama berangan akhirnya dapatlah juga benda yang Auntie idamkan.....
Bagi orang lain, apalah sangat benda alah ni....pagi ni nak, petang karang je boleh beli, tidak bagi Auntie. Buka mata luas-luas dan tengok...jangan jeles (perasan ada orang nak jeles)

tadaaaaaaaaaaaa....................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.














Solitaire diamond ring!!!!!!!!!!

yeyyyyyyy!!!!!! cun kan?? Risau jugak nak pakaikan, mana tahu kot tersalah letak...mahal ni...

Tak diberitahu pulak harganya.

Mesti ada yang tak percaya ni...tak kan Auntie Yan beli benda ni....


hehehehehe!!!!!!!!

Jangan percaya!!!! tipu je.....

Yang sebenarnya, Auntie telah berjaya beli benda ni.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.

















Kitab Suci Al-Quran (Mushaf) Al-Tasneem dengan Pen Digital

















Yang putih dalam kotak tu pen digital dia...best sangat, bila kita halakan hujung pen tu kat ayat al-quran, kita dapat dengar suara yang mengalunkan ayat-ayat suci yang kita pointkan, jadi senang le kita nak baca. Dapat le kita belajar baca dengan betul berpandukan bacaa qarinya. Auntie harap dengan adanya al-quran ni, dapat le Auntie memperbaiki bacaan. Even kalau anak-anak nak belajar pun senang. Ayatnya boleh diulang-ulang. Ada tafsirannya lagi.


















Selama ini, inilah quran yang Auntie guna. Banyak jasanya. Dah banyak kali khatam pun.

















Kertas kuning tu Auntie catat tarikh dan juga berapa ayat yang dibaca setiap hari.

Sebelah ayat ada terjemahan dia dalam bahasa Indonesia...
Harap tak le pulak yang bersangka apa-apa...Auntie gembira sangat dapat benda ni.

Siapa hadiahkan??????

ha, sendiri hadiah le...... ;-)

Monday, December 20, 2010

Santai-santai ditepian pantai......

Salam untuk semua,

Kita dah masuk minggu-minggu terakhir Disember dan juga tahun 2010. Cuti sekolah pun dah nak habis. Ibu-bapak semua, sudahkah anda selesai menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak anda???

Bagi Auntie, ini tahun ke dua tiada anak yang bersekolah. Tinggal Jim saja yang baru memulakan pembelajarannya awal bulan lalu. Persediaan untuk dia memanglah banyak, tapi itu semua adalah satu kewajipan yang sudah tentu tak dapat dielakan.

Rasanya minggu depan sajalah lagi masanya kalau-kalau ada ibu-bapa yang nak bawak anak-anak makan angin atau bersukaria sebelum sesi persekolahan bermula.

Sabtu dan Ahad baru ni, Auntie ikut Cik Din membawa 'anak-anak' buahnya bersantai-santai ke Pengkalan Balak Melaka. Kami bermalam disalah sebuah resort di tepi pantai. Hanya ada 14 famili yang mengikuti rombongan Cik Din ni....semuanya tanggungan sendiri, pejabat tak involve langsung. Di zaman-zaman yang agak'muram' ni, pejabat dah tak mampu nak buat famili day,(ppsstt, tapi kalau untuk bos-bos tu ada pulak...heran ye?) so depa pakat-pakat sendiri, not bad jugak, kiranya berjaya untuk penganjuran kali pertama ini. Nampaknya semua orang pun enjoy sangat. Bagus-bagus anak buah Cik Din ni. Semua bekerjasama, diam-diam depa cari sponser sendiri yang akhirnya dapatlah jugak kami hamper sorang satu (per famili).


So, kita layan je gambor2 yang tak sepertinya ini.
















Anak-anak mandi-manda.


















Antara suka nika..."lambung kasih"...Cik Din & En. Amir.


psstttt..depa dapat hadiah pertama. Acara ni sepatutnya untuk pasangan suami isteri, tapi, Auntie tak dapat nak berpasangan dengan Cik Din...tu yang ganti dengan En. Amir atas persetujuan semua... :-)


















Acara tarik tali. Tu En. Amir...



















Bersungguh-sungguh menarik tali tu....akhirnya pasukan En. Amir menang, mengalahkan pasukan Cik Din.



















Cik Din jadi 'anchor' nya...patut le kalah :-)


















Hadiah-hadiah yang kami menangi.


Yang kotak merah tu, hadiah cabutan bertuah, yang berbalut kuning tu hadiah acara "lambung kasih"...payung tu hadiah tarik tali. Hamper tu semua famili dapat....macam door gift le lebih kurang.



















Ni ramai-ramai sedang nak ambil posisi masing-masing untuk bergambar beramai-ramai.

Gambar ramai-ramai tu tak dapat le nak di tayang kat sini sebab kamera Auntie idak le dapat nak ambil gambar reramai tu. Koman sangat kameranya.... :-(

Gambar makan-makan malas le nak tayang....macam biasa le malamnya kami ber ba-b-q.
Pagi Ahad kami b/fast tepi pantai, lunch pun gitu juga. Lepas check out, balik le semua. Ada jugak yang melencong ke Melaka Bandaraya Bsersejarah tu, termasuk le Auntie...adui! menyesal rasanya...punyalah ramai orang, puas tawaf bandar Melaka nak cari parking...akhirnya kami teruskan saja perjalanan, lain kalilah pi Melaka ni. Time cuti sekolah, hari Ahad lagi, ribu raban orang ke Melaka.....

Wednesday, December 15, 2010

Kelinik Gomen

Salam semua,

Sajak hari Isnin lagi, terasa sangat kesunyian. Member sebelah Auntie tak datang ofis. Kalau tidak sambil buat kerja sambil bersembang. Time serius, senyap le sekejap. Dia ni budak baru, pangkat anak-anak je pada Auntie, di sebabkan kat ofis, ada dia berani nak panggil Auntie 'makcik'? So, di panggilnya Auntie kakak, ada masa dia panggil 'mami'.

Dia baru saja grad, lepas degree terus sambung ambil Master. By profession, dia seorang Jurutera. Budak-budak sekarang memang pandai-pandai dan bijak-bijak belaka.( Auntie dulu bijak juga, tapi tak kemana jugak...tinggal angan-angan saja...ekekekeke!)
Tapi ada-ada masa ada benda yang depa ni masih blurr! :-)

Member ni tak datang sejak hari Isnin, sakit mata rupanya. Dia dapat MC dari klinik gomen kat Precint 9. Dalam pukul 11 tadi dia muncul dengan mata yang merah menyala. MCnya dah habis. Auntie nasihatkan le suruh ke klinik lagi, mungkin doktor akan bagi MC lagi. Alhamdulillah, kini kami tak perlu ke Klinik di Precint 9 lagi, dah ada satu lagi klinik kesihatan yang dibuka bersebelahan dengan ofis kami. Klinik ni baru saja beroperasi pada 1 Disember lalu.

Auntie temankan dia ke klinik. Sebenarnya Auntie nak tengok juga bagaimana rupa klinik tuh. Ada dua section, satu untuk klinik ibu dan anak, mungkin ibu mengandung dan kanak-kanak kot. Satu section lagi untuk pesakit biasa dan bukan sakit berat macam sakit jantung dan sebagainya. Sunyi je...ada lah sorang dua yang menanti dipanggil bertemu doktor. Auntie pun mengambil peluang beramah tamah dengan misi-misi yang bertugas. Auntie cakaplah, nasib baik le depa dapat bertugas kat situ sebab masih tak ramai pesakit, jadi sempat le depa senyum...kalau tidak, bukan kata senyum, nak bernafas pun tak sempat, setiap hari terpaksa berdepan dengan kerenah pesakit yang datang. Bukan sepuluh dua, tapi beratus-ratus... (pssstttt...tak sempat depa nak masuk internet pun...apa lagi nak baca blog!)
Oleh kerana klinik tu baru beroperasi dan ramai yang tak tahu kehadirannya, doktor hanya ada sorang dibantu oleh 3 orang Penolong Pegawai Perubatan atau dedulu orang cakap 'dresser' atau pun HA (health asisstant). Nurse ada ramai jugak...tak tahu le pulak bilangan nya.Tak sampai sepuluh minit, selesai le usrusan kawan Auntie tu siap dengan dapat ubat dan juga MC 2 hari lagi.

Pasal klinik dan hospital gomen ni ramai le yang fobia, katanya. Macam -macam cerita kan?...macam-macam komplennya tak habis-habis dari dulu kini dan harap, tidak selamanya.

Auntie pulak, adalah pengunjung setia klinik dan hospital gomen. Dah nak buat macam mana nak ke klinik swasta tak mampu, takat demam2 biasa berani le ke klinik swasta kang kena charge tinggi sapa pulak nak bayar.

Sebagai pegawai kerajaan, Auntie dibiayai oleh gomen, cuma bayar harga bilik ikut rate yang ditetpkan. Ratenya sangat le murah. Masa Auntie menjalani operasion buang ketumbuhan dalam perut dulu tu, billnya hanya RM20...Auntie tinggal selama lima hari empat malam. Dan masa menjalani operation lutut pulak billnya hanya RM58.....duduk berkampung selama dua minggu, makan minum bebagai....ha!..ha!..murah kan??

Agaknyalah, kalau Auntie ke hospital swasta untuk dua pembedah tersebut, rasanya mau cecah RM30,000 kot.

Layanan pulak macam mana??..Hospital lain Auntie tak tahu le, Auntie pernah masuk HKL 3 kali sebab bersalin. 2 kali di hospital Putrajaya untuk bedah perut dan bedah lutut. Kat HKL, ok, ok saja. tidaklah ada apa-apa pengelaman pahit. Kat hospital Putrajaya pulak, Auntie boleh lah bagi 4 bintang daripada 5.
daripada cleaner hinggalah ke pakar-pakar yang merawat Auntie, semuanya memberi perkhidmatan yang cemerlang. Misi-misi yang peramah dan sangat perihatin dengan kita yang sakit, petik le bell tika mana pun ada je yang datang. Doktor-doktor pun macam tu juga.
Auntie haraplah, sekiranya sekali lagi Auntie dimasukkan ke hospital, Auntie tetap akan mendapat layanan yang sama. Auntie punya cara senang saja, cuba beramah mesra dan tak minta layanan lebih-lebih.

Tak dinafikan ramai yang mengalami incident-incident yang menyakitkan hati........kalau ada, repot je......:-)

Monday, December 13, 2010

Majlis Pak Hamid.

Salam semua,

Boleh dikatakan bulan Disember ini setiap minggu ada saja jemputan kenduri kawin.

Minggu lepas 4 Disember Auntie memenuhi jemputan seorang sahabat lama di Nilai Impian, Nilai. Ini kali kedua Auntie ke jemputannya. Kali pertama tahun lepas, dia kawinkan anak keduanya, anak lelaki. Minggu lepas tu, perkahwinan anak ke tiga, anak perempuan. Anak pertamanya lelaki, belum berkawin.

Kendurinya serba sederhana. Tiada MC majlis, tiada lagu-lagu, tiada kompang dan tiada goody bags. Tapi, kendurinya meriah, makanannya sedap, walaupun dalam cuaca suram hujan rintik-rintik.


Semalam, Auntie ke satu lagi jemputan kenduri kawin. Perkawinan anak Pak Hamid. Pak Hamid ni Auntie kenal semasa dia selalu datang membuat urusan tender/projek di pejabat Auntie beberapa tahun yang lalu, dah dia jemput dan telefon juga, Auntie pun pergi sajalah.

Majlisnya di buat di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh. Kalau tak kerana jemputan Pak Hamid ni, rasanya tak le Auntie sampai ke tempat tu...nasib baiklah tak susah sangat nak mencarinya berpandukan peta yang tertera di kad jemputannya....













( gambar hiasan saja)


Setelah hampir satu jam perjalanan dari rumah dalam cuaca yang panas terik, sampailah kami kemajlisnya. Wah! rupa-rupanya majlis di buat didalam taman kiranya konsep 'garden wedding' . Cantik je kanopi berwarna putih dipasang di kiri kanan tanggu menurun ke padang. Didepan tangga dipasang dengan pintu gerbang dihias bunga-bungaan. Yang menariknya, Pak Hamid dan keluarga bisannya sepakat membuat majlis serentak ditempat yang sama.Pengantin perempuan anak Pak Hamid.













(gambar hiasan saja)

Ramailah para tetamu yang terdiri daripada jemputan Pak Hamid dan jemputan bisannya. Walaupun dalam panas terik, kendurinya sungguh meriah.

Tengah sedap makan, pengantin pun sampai, dah namanya garden wedding, pengantin pun berpakaian barat siap dengan pengapitnya yang berpasangan berjalan mendahului pengantin dengan iringan musik...tah lagu apa Auntie pun tak tahu, yang pasti, lagunya syahdu syahdan...ala, lupa bawak kamera le..

Semoga Pengantin kekal bahgia ke akhirhayat. Amin

Friday, December 10, 2010

Abang Noor.

Salam untuk semua,

Dah tiga malamAuntie tido begitu nyenyak setelah asyik komplen susah nak lena.
Kebelakangan ini memang susah nak lena. Mata rasa ngantuk, tapi bila dah berbaring di katil, puas dipejam tapi tak lena lena. Ini semua rasanya disebabkan gejela-gejala 'wanita berusia emas' alhamdulillah, Auntie tidak lah pulak mengalami simton lain yang mengganggu kehidupan seharian.

Macam biasa, setiap hari bekerja Auntie akan bangun awal, tapi sekarang ni tak le sesibuk dulu, tak payah nak sibuk memasak lagi. Sediakan simple breakfast saja.
Tetiba masuk satu SMS, selalunya kalau SMS atau panggilan telefon pepagi ni buat hati kita berdebar je.... memang sah, SMS dari adik Auntie memberitahu, seorang lagi abang saudara kami yang telah sekian lamanya uzur, telah kembali ke Rahmatllah!...innalillah ......satu per satu pergi meninggalkan kita dan dunia yang fana ini. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh Abang Noor dan semoga ditempatkan bersama ahli-ahli Jannah.

Dia meninggalkan seorang isteri, 10 anak dan beberapa orang cucu.
Asalnya Abang Noor ni susah sangat kehidupannya, kais pagi makan pagi kata orang. Berkat usaha gigih menaikan taraf hidup mereka anak beranak bermula dengan hanya menjual kerepek-kerepek, kemudian menjual nasi lemak dan kuah mueh, dari hari ke hari kehidupan mereka bertambah senang sehingga mampu membina rumah yang selesa dan mampu pulak membeli sebuah kereta.

Abang Noor juga sempat merasa nikmat hidup selesa, apa lagi setelah 7 orang anaknya berjaya ke menara gading dan kini selesa dengan kehidupan masing-masing.

Al-Fatihah.

Friday, December 03, 2010

Pertolongan.

Assalamualaikum pembaca semua,

Cerita Jim tak habis lagi, tapi hari ni nak cerita lain pulak kang ada pulak orang yang boring asyik cerita Jim tak habis-habis.

Balik dari ofis semalam, Auntie singgah ke pasar tani. Pasar tani ni di buat setiap hari Kamis. Dah dua minggu rasanya tak dapat pergi sebab hujan.

Elok je cuaca, redup dan nyaman. Auntie dengan Cik Din ke tempat berasingan. Selalunya Cik Din akan cari makanan untuk di makan petang dan buah-buahan, manakala Auntie pulak mencari sayuran atau ulaman ikan dan sebagainya.

Siap beli terus menuju ke kereta. Masuk je kereta, nak start, tak hidup pulak injinnya. Nak kata beteri, baru jugak diganti. Puas le Cik Din dok tenung injin kereta tuh sambil garu-garu kepala tak tahu nak buat apa....Auntie, lagi le tak tahu...punnn sama jugak dok tenung kat injin tuh....

Dalam ramai-ramai orang dok lalu lalang tu, ada jugaklah insan yang terkesian kat kami, berenti bertanya kabar. Sayangnya masing-masing dok agak-agak je le akan penyakit yang dihadapi oleh kereta kami tu...ada yang kata beteri kong, ada yang kata 'starter'..semuanya main serkap jarang saja.

Auntie pulak dok jeling-jeling jam, sambil dalam hati berkata " melepas le cerita Cina aku petang ni, dah le semalam pun dapat tengok sekerat jalan....aisehmen!" Nasib baik le bila hati kita berkata, tak ada siapa yang dengar...kecuali diri sendiri dan Allah Yang Maha mendengar. Kalau Cik Din dapat dengar, tentu saja dia marah...he!...he!

Akhirnya Cik Din telefonlah abang foremen yang dah kami kenal tu. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai...biasa lah kan orang kita. Sabo je lah. Sambil tu, Auntie minta diri nak ke kedai jamu bersebelahan sesambil meninjau-ninjau apa yang patut. Masa nak bayar 'jamu' yang Auntie beli, Cik Din telefon "...ok, datang segera, kereta dah boleh start " Lajulah Auntie berjalan menuju ke kereta...ada peluang tengok cerita Cina nih..kata hati Auntie.

Cik Din senyum saja sambil geleng-geleng kepala macam tak percaya.

Apa jadi???...












(Kunci kereta.....maaf, tak dapat pulak gambar yang clear sikit)

Rupa-rupanya, sensor dalam kunci kereta tu terkeluar/terjatuh. Jadi bila start dia tak menangkap, sebab sistemnya dah terputus. Faham ke nih???....

Macam ni,... kan ke sekarang kita semua pakai kunci kereta yang beremote tuh...bila nak kunci atau nak buka pintu kereta tekan je, 'tit-tot' 'tit-tot' ha, kunci remote Cik Din ni tah macam mana terjatuh ke lantai beberapa kali katanya, jadi kunci macam dah loose kepalanya. Dalam kepala tu lah ada sensor bebagai...Cik Din dah perasan yang kunci tu macam loose saja, jadi sambil bawak kereta dia sibuk dok tekan-tekan kepala kunci tu...dan masa tulah sensor kat dalam tu terjatuh, nasib baik jatuhnya dalam kereta jugak.

Rupa-rupanya, salah seorang daripada insan yang berhati mulia (yang tolong tengok-tengok injin tadi) contact kawan dia yang juga seorang foreman dari bengkel berdekatan datang untuk menolong. (Masa ni Auntie kat kedai
jamu).
Kata Cik Din dia pun tak tahu yang hamba Allah ni foreman, si foreman ni minta kunci dengan Cik Din nak try start...nampak je keadaan kunci tu, terus le dia perasan yang sensor kat dalam dah tak ada....dan dia ternampak pulak yang sensor tu ada dekat dengan cluth...dia pun ambik dan pasang balik dan kemaskan semula, sekali start terus je ok!!!...:-) Alhamdulillah!!! syukur pada Allah.

Bayangkan lah kalau ada foreman yang datang terus di townya kereta ke bengkel, dia boleh je charge macam-macam, kita yang tak tahu apa ni...bayar jelah.....bertebanganlah duit kita .

Jadi, di kesempatan ini Auntie nak pesanlah kepada tuan/puan semua (yang belum tahulah) hati-hatilah dengan kunci beremote ni, jangan main lempar-lempar je, jangan bagi anak-anak kecil buat mainan...perkara macam ni mungkin akan terjadi. Bendanya kecik je, tapi kalau dah tak tahu, mungkin kita kerugian, kalau dapat mekanik yang jujur tak pe lah...kalau tidak?....sendiri mau ingatle...

Auntie dengan Cik Din berterima kasih sangat pada hamba Allah yang perihatin memanggil kawan dia si foreman tu. Masih ada insan berhati mulia rupanya. Insyaallah, kalau kita selalu tolong orang, Allah akan menghantar pertolongan dengan tak semena-mena. Wallah hu'alam.

Monday, November 29, 2010

Cabaran bermula....

Salam untuk semua pembaca,

Hari ni Auntie bercuti. Ni sedang bersairan dari rumah. Letih sangat rasanya, tu yang termalas nak ke ofis. Cuti ada 20 hari lagi.... :-)

Sebenarnya Auntie hanya apply cuti untuk hari Jumaat, tujuan nak kemas barang Si Jim.

Alhamduluillah, hari Sabtu Auntie bertiga (Jim, Cik Din & Auntie)menuju ke Tg. Malam, Dekat je rupanya, dalam sejam lebih sikit je, tu pun sebab ada sikit accident kat l/raya dekat dengan Stadium Bkt. Jalil tu.
Kami terus cari hotel dulu, time tu dah 12.30 tgh. Melilau-lilau jugaklah mencari tempatnya, walau pun bandarnya tak sibuk mana. Ada bandar baru dan lama.
Lepas makan, rehat, petangnya kami pun ronda-ronda sekitar bandarnya dan mencari lokasi Politeknik agar pagi esoknya tidaklah tercari-cari.

Jim macam kecewa je bila tengok kawasan kampusnya jauh dari bandar dalam 12 km. dan tranport awam pun tak banyak (he!..he!...Auntie suka ni). Kampusnya besar dan tesergam indah di atas bukit dan memang di tepi jalan besar.

Esoknya, lepas b/fast, terus je kami ke sana. Ingatkan kami awal, rupanya ramai jugak yang datang lebih awal. Alhamdulillah cepat juga proses register asrama ni.Siap settle dapat kunci bilik, kami tolong le dia kemas-kemaskan barangnya...
Dalam pukul 1.30 kami pun tinggalkan dia terus je balik 2.30 dah sampai rumah.

Malamnya Jim bersms dengan Auntie...sunyi la, boring la, tension lahhhh....ha!...ha!...anak manja tak pernah berpisah dengan mak! Pagi ni dia macam dah ok...Auntie hanya cakap dengan dia, kalau sayang mak, sabar, sabar dan sabar...oriantasi macam tulah....

Harap=harap dia dapat terus menghadapi cabaran yang baru bermula.

Tuesday, November 23, 2010

Kasut Jim

Salam semua,

(Tak habis lagi cerita persiapan Jim ni)
Petang semalam, sampai rumah je, Auntie tengok Jim dah 'tebas' rambutnya yang "bushy" tu...barulah nampak kemas. Rambut dia memang tebal. Kalau ada nyamuk termasuk kat dalam rambut dia harus nyamuk tu tak boleh keluar.

Dia dah kumpul kasut-kasut yang nak dibawak...kira-kira ada 8 pasang!!!! Kasut nak ke kelas 2 pasang (kasut hitam, satu baru beli, satu lama punya) kasut untuk beriadah/jogging sepasang,(Auntie beli kasut Power saja) kasut untuk main futsal sepasang (brand Lotto, dia beli sendiri) kasut kanvas untuk main takraw sepasang. Kasut Nike sepasang (untuk melaram, katanya...dia beli sendiri) dan 2 pasang selipar. (satu untuk masuk toilet, satu untuk ke surau).

Masa Auntie masuk asrama dulu rasanya tidak le banyak macam tu kasutnya.
Kalau tak silap, 2 pasang kasut sekolah dan sepasang selipar je. Mana ada kasut untuk riadah/jogging???...kasut sekolah tulah jugak buat berjongging atau bermain netball atau bersukan.....siannnnn....kan?

Orang sekarang, nak berfutsal ada kasutnya, berjogging, lain pulak. Berboling jugak ada kasut khasnya...apa lagi nak bergolf...

Kami dulu dapat kasut jenama 'Badminton Master' pun dah kira bangga sangat...rasanya harganya dalam RM 7.90...ke RM 4.90 je......

Budak sekarang sangat le memilih...brand nak hebat saja...kalau Jim, sikit-sikit dia akan kata "mak....yang ni kan, David Backem pakai tau"
Banyak le dia punya David Beckam...!!! Hari tu Auntie dah sound dia, " sebagai orang Islam, idola dan icon kita sepatutnya adalah Nabi Besar kita Mohamad SAW.....betul tak???.....tersengeh-sengeh Jim bila Auntie cakap macam tu kat dia. :-)

Monday, November 22, 2010

Pengarang jantung

Salam semua,

Auntie dah termalas nak mengupdate blog. (Sokmo malas sebenarnya)

Dah seminggu hari raya berlalu. tak ada apa yang happening pun... yang ada hanya pening. Apa tidaknya, Auntie hanya dok berehat kat rumah saja, melangut depan TV..banyak kerja terbantut disebabkan sakit lutut. Kerja pun jadi perlahan nak masak pun malas jadinya.

Auntie hanya ada seminggu saja lagi untuk berkemas barang-barang Jim. Yang empunya badan tak ambik kisah pun nak berkemas, tapi nasib baik juga dia listkan apa barangan yang dia nak bawak nanti. Banyak yang dia nak angkut, kalau boleh bilik dia pun nak dibawak sekali.

Rasa sedih jugak nak berpisah dengan Jim ni, maklumlah selama ni dialah yang jadi pengarang jantung Auntie. Dia boleh di suruh buat itu buat ini. Banyak kerja rumah yang dibereskan, mop lantai, cuci bilik air, cuci tingkap....nak harap En. Amir...ya ampun, hari ni suruh, esok lusa pun belum tentu dibuatnya.

Semalam, kami tiga beranak (Auntie, Cik Din & Jim) menyoping barang-barang Jim lagi, ada beberapa item yang dia perlu. Auntie belikan dia iron, heater, extention wire, tie dan toileteries. Semalam juga dia bergambar. Puas le suruh dia potong rambut sebelum bergambar...tak mahu dia, hari ni baru nak potong katanya. Rambut dia keriting, jadi tak nampak panjang, cuma tebal dan kembang, so, dia pakai cekak rambut. Bangga dia bila kawan dia kata lawa. Dan ramai bertanya samada rambutnya dibuat atau ori...pada pandangan mata Auntie pulak....rimasnyaaaaaa....

Petang semalam jugak Auntie baru terhegeh-hegeh menjahit seluar Jim, bukan jahit apa pun, jahit bahagian bawah tu labuh meleret. Dah tua-tua ni siksa nak menjahit ni, nak masuk benang dalam kepala jarum tu, terjegil-jegil bijik mata baru dapat masuk...he!...he! baru tersedar diri dah tua, mata pun semakin rabun walau pun bercermin mata.

...nanti sambung lagi.....

Tuesday, November 16, 2010

Baru sedar....

Salam semua,

Dah bersiap sedia nak raya ke?

Semalam Cik Din bawak balik sebekas paste kacang untuk dibuat kuah kacang. Katanya kawan dia jual kat ofis, so, dia beli le. (dia tahu bini dia memang tak sanggup nak buat kuah kacang)
Nampak macam mudah sangat, sambil pejam mata pun boleh. Just tambahkan 1 litre air dan didihkan sampai naik minyak, dah siap kuah kacangnya. Balik nanti bolehlah buat, sambil rebus nasi impit Nona.

Masa nak raya puasa dulu, Auntie buat jugak kuah kacang ni. dek kerana nak mudah, ada kawan cadangkan beli saja kacang yang dah siap goreng dan blend tu. Auntie pun beli le. Bila di masak, sungguh le mengeciwakan.....tak sedap!!! kacang dia rasa macam mantah je.
Ingatkan nak beli saja kuah satay kat restoran Samuri macam sorang lagi kawan Auntie suggeskan, tapi, dah Cik Din bawak balik tu, cuba sajalah kan?...kang merajuk pulak Pakcik tuh...















En. Amir


Malam tadi, lepas makan malam, En. Amir hulur duit kat Auntie RM 1,000, ingatkan dia nak bagi kat Auntie untuk berbelanja, rupanya nak minta tolong simpankan. Bulan lepas diberinya RM400 untuk disimpan juga. Katanya kalau dia simpan sendiri memang tak kemanalah duitnya ....alhamdulillah!...

He!...he!...rupanya dia baru tersedar, tak lama lagi Jim akan bawak lap-topnya bersama, maka terkulat-kulat lah En. Amir nanti ....macam mana nak berface book kan??? " cukup bulan nanti Amir akan tambah lagi dalam RM700.....boleh le rembat satu lap-top" akhirnya, dia sedar jugak yang dia, walau pun lebih kurang sama lamanya bekerja dengan Jim, duitmya habis entah kemana....macam yang Auntie kata dulu le....yang nampak topi keledar, spek mata hitam, jaket...yang lainnya...habis beli jajan, pi tengok wayang, pi main boling!!!

Lepas ni nanti, tiap bulan Auntie akan paksa dia menyimpan duit. He!...he!

Monday, November 15, 2010

Raya Korban

Salam semua,

Esok lusa dah nak raya haji. Entah kenapa ye? raya haji dah tak semeriah macam dulu lagi. Macam masa Auntie kecik-kecik dulu. Masa tu, mak Auntie tetap juga buat kueh dan sediakan baju raya untuk kami. Pagi raya tetap meriah walau pun tak sehebat raya puasa.

Dah banyak tahun juga Auntie tak sambut raya haji di kampung. Kami beraya di rumah sendiri saja. Nama saja raya, tapi tak ubah macam cuti biasa atau weekends biasa saja. Yang lain cuma pergi bersembahyang sunat hari raya dan Cik Din akan ke surau lepas tu untuk bergotong royong melapah daging korban. Tak ada apa persiapan pun.

Dah nak masuk 2 minggu ni, Auntie sakit lutut. Lutut kiri yang tak di operate tu. Bila sakit macam ni rasa menyesal pulak pi operate sebelah saja dulu, kalau tidak, insyaallah tak le menanggung kesakitan macam ni. Ikutkan, doktor dah advise suruh operate saja .... Auntie berbelah bagi, rasa tak sanggup nak lalui proses pembedahan tu. Terpaksa terlentang kat bilik bedah hampir 6 jam dan mendengar segala macam bunyi ....isyyyy!
Buat masa ni, Auntie telan pain killer saja dan kurangkan aktiviti berjalan ke sana ke mari. Dan dah beberapa majlis kenduri kawin yang dah Auntie terpaksa tak pergi.
Harap-harap dalam masa terdekat ni kuranglah sikit sakitnya.

Kat ofis Auntie ni pun tak ramai yang ambil cuti. Yang bercuti pun bebudak east-coast saja. Tu pun ada yang tak cuti.

Dikesempatan ini, Auntie ucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban, yang balik kampung tu, hati-hati dijalan raya.

Tuesday, November 09, 2010

HBTA.....

Salam untuk semua,

Semalam adalah hari terakhir Jim bekerja di Seven E, setelah mula bekerja sebaik saja habis SPMnya tahun lalu.















Kenangan Jim semasa bekerja di Seven E


Alhamdulillah, dia mengutip banyak pengelaman bekerja dan juga pengelaman hidup selain daripada dibayar gaji. Alhamdulillah juga, Jim dapat mengumpul sejumlah wang hingga dia dapat merembat sebuah laptop idaman kalbunya dan lain-lain barangan yang dah jadi idaman, tapi mak dia buat tak kisah nak penuhi.. (mak tak cukup duit Jim...)

Insyaallah, hujung bulan ni Jim akan menyambung pelajarannya di sebuah Politeknik di Tanjung Malim Perak.

Buat masa sekarang ni, Auntie sibuklah dengan persiapan untuk dia. Banyak juga barang yang nak di bawa. Segala bayaran telah pun dibuat. Yuran pengajian, yuran pendaftaran, yuran asrama, gedebuk gedebak adalah dalam RM 900. Tu baru yuran-yuran. Kalau nak dikira, dah banyak duit habis untuk persiapan lain-lain. Baju, seluar, kasut peralatan belajar. Nasib baik Jim dah beli laptop dengan duit 'titik peluh' dia. :-) begitu jugak peralatan belajar macam buku-buku nota, paper,pen/pensil. Alhamdulillah.

Auntie ni, walau pun orang Perak, tidaklah familiar sangat dengan Tanjung Malim ni, setakat lalu lalang masa nak balik kampung saja. Tu pun, la ni dah tak lalu lagi sebab dah ada highway.
Masa Auntie kecik dulu pun Auntie dah dengar namanya disebut-sebut, sebabnya arwah ayah Auntie selalu jugak pergi berkursus di UPSI tuh ( dulunya disebut Maktab Perguruan Sultan Idris).

Katanya, tidaklah jauh mana dari KL, tapi oleh kerana kami tak pernah ke sana, maka Auntie dengan Cik Din sepakat nak bermalam saja di TM ni bila nak hantar Jim nanti.
Macam biasa, Cik Din serahkan tugas mencari tempat untuk bermalam. Tak jadi masalah pun pada Auntie, kan ke kita ada internet????...surf sajalah ...maka terjumpa lah nama beberapa hotel dibandar TM ni...Auntie pun catat beberapa nombornya dan telefon saja...kacang kan??

Auntie : Hello, hotel Bunga Taik Ayam ....(bukan nama sebenar, nama sebenarnya, bunga lain...)

Hotel Bunga Taik Ayam : Aaaaa...apa?

Auntie : Hotel Bunga Taik Ayam...

HBTA : ya..ya...apa hat?? (suara nyonya pelat Cina)

Auntie : Saya nak tanya, hotel ni berapa harga bilik-bilik dia....

HBTA :..halege ke...?..ooo...tak tau?...wa anak tau la, nanti malam lagi talipon....(terus dia letak telefon)

Malam dalam pukul 8.00. Auntie telefon sekali lagi.

Auntie :...Hotel Bunga Taik Ayam??

HBTA : ya...ya...apa mau?? (laa...suara nyonya siang tadi jugak!)

Auntie :..saya mau booking bilik, berapa harga satu malam?

HBTA :...haiya!!!...apa pasat mau talipon????...mau tido, mali la......

Auntie : (dah mula geram)...Nyonya, saya call dari KL, macam mana mau datang?...saya mau booking dulu....bukan mau tido sekarang??? (Bingong!)

HBTA :...jangan telipon maa...*%@# (cakap Cina, dan terus diletaknya telefon)

Auntie : *&@#%$!!!!!

Ha!..ha!...yang Auntie pelik tu, nombor hotel siap boh dalam internet, tapi apasal le tuan hotel tu pi boh nyonya yang nak bercakap pun tak fasih dan tak faham apa kita cakap tu jadi tukang ambill call????
ke, dia ingat Auntie ni pompuan jal*** mana nak tempah bilik untuk buat bisnis???? Kan ke dah hilang satu customer.......

Kat kampung Auntie yang ulu pun ada hotel, tapi siap ada lobi untuk pendaftaran dan yang melayan kat kaunter pun gadis-gadis manis dan pemuda-pemuda cun berbagai kaum. Terus Auntie hilang mood nak booking hotel lain. Akhirnya Auntie opt untuk bermalam di rumah rehat gomen saja. Sekali telefon, terus booking dan dapat info sedikit sebanyak daripada petugas rumah rehat tu. Selesai masalah.

Jim pulak meluahkan masalah hatinya.

Jim : mak, kawan Jim katakan, TM tu bandar dia kecik je...kampung je...

Auntie : jadi, apa masalahnya???

Jim :....aaa...tak best le...

Auntie : Jim, Jim ni nak pergi melepak kat bandar dia ke nak pergi belajar??

Jim :...belajar le...

Auntie : Jim bukan belajar kat bandar dia, Jim akan duduk dikawasan kolej yang luas dan cantik, pergi ke sana untuk belajar.... bukan nak ronda bandar dia.....nak meronda, bila balik cuti....rondalah satu KL!

Nilah budak-budak sekarang, tau nya nak best saja, belum apa-apa dah nak komplen.

Alhamdulillah, setelah panjang lebar syarahan Auntie padanya, barulah dia puas hati. Ni semua, kawan-kawan le dok 'racun' dia.... he!...he!

Wednesday, November 03, 2010

Makan kenduri.

Salam untuk semua,


Dia dah datang, dia dah datang!

Sape?

He!...he!.......


Mood malas nak update blog!

Lately, Auntie sibuk sikit dengan hal-hal peribadi. Weekends je penuh dengan jemputan kenduri kawin, jiran dekat rumah punya kenduri le, kawan-kawan kawinkan anak le, sedara kenduri le.....yang tak kenduri kenduri.....Auntie saja lah.

Sabtu lepas, ada satu jemputan kat Putrajaya. Macam biasa lah bila nak pergi kenduri Auntie kena masak lauk kenduri jugak kat rumah (....ayam masak merah je..) Anak- Anak manalah nak ikut, maklumlah depa pun dah besar panjang. Malu katanya mengekor mak & ayah. Auntie tidak lah nak paksa, lain lah kalau kenduri saudara mara tu.
Ada kawan Auntie tu, anak-anak dah besar-besar, tapi tiap kali dijemput, memang depa anak beranak pergilah, pendek kata, kalau meja bulat tu, orang lain tak boleh tumpang le.....he!...he!

Ni nak cerita pasal kenduri minggu lepas, dah merepek ke lain pulak dah...

Auntie bukan main konfidenlah nak tuju ke dewan kenduri tu....katanya dewan kat Precint 9 yang ada kolam renang tu...kacang je lah, dah dua tiga kali makan kenduri kat dewan tu....
Dalam pukul 12.30 kami gerak dari rumah, bila sampai kawasan dewan tu, kereta memang banyak parking, kolam tu pun meriah dengan anak-anak dan mak - bapak sekali.

Kami berjalan mencari pintu utama, tapi macam suspen je, tak nampak pun orang....jeng,jeng, jeng, bila sampai pintu utama.....senyap sunyi! ah! sudah!...tak de kenduri le.......
Auntie telepon le sorang kawan, dia pulak boleh kata " eh?...bukan hari ni le, minggu depan le ..." sudaaahhh....!, Auntie pulak tak bawak kad jemputan, tapi pastilah sanmgat yang kenduri memang hari tu. Nasib baik Auntie ada no. tel kawan yang buat kenduri tu.....rupanya, dewan lain!...patut le dewan tadi tak ada orang., he! he!...dua kali roung, akhirnya jumpa lah jugak dewannya...perut pun dah lapar, makanan pun dah terhidang, belasah sajalah.

Tuesday, October 26, 2010

Store...

Salam untuk semua,

Hari Isnin baru ni, Auntie bercuti. Ada beberapa perkara yang perlu di settlekan. Cik Din pun cuti jugak.

Ada Cina datang ke rumah nak buat store bawah tangga kat rumah Auntie tu. Dah lama pun plan nak buat, tapi dok kira-kira, budget tak cukup, walau pun tidak le mahal mana. Dengan berdikit-dikit sekian lama, akhirnya, alhamdulillah, angan-angan menjadi kenyataan.

Tangga rumah Auntie ni, steps dia boleh nampak ke ruang belakang. Jadi selama ni, kat bawah tangga tu boleh nampaklah segala 'harta karun' yang tersimpan di situ.































Tangga yang belum ditutup. Kat bawah ni lah berbagai 'harta karun' dihumban, termasuklah 'basikal gunung' (mountain bike) si Jim.

Kerap juga Auntie mengambil masa mengemasnya supaya nampak kemas dan teratur, tapi, sekejap je le kemasnya, lepas seminggu jadi 'huru hara' semula. Kat situlah diletak kasut, topi keledar, tool-box, rim basikal, rim moto dan berbagai-bagai lagi. Bila tetamu datang, Auntie risau je kot mata depa terpandang 'semak-samun' (mesti terpandang punyalah) kat bawah tangga tu.Tak payah Auntie nak sorok pun, dah tangga tu berada di ruang tamu, sungguh menyakitkan mata, menyemakan pandangan, dan sungguh memalukan.
















Kerja-kerja baru nak mula.

Yang pakai baju oren kat hujung kiri tu kira macam mandur lah. Yang duduk tu, pakarnya. Yang berdiri tu dia punya assistant...tukang hulur-hulurkan papan & tools.















Ni dah separuh tangga di tutup.

















Dah hampir siap. Pintu tu, Auntie sorang je yang boleh masuk tanpa menundukkan kepala....he!...he!
Depa yang lain dalam rumah Auntie semuanya tinggi belaka.
Bukan nak puji, orang Cina ni depa buat kerja bukan main tekun. Kerjanya pun kemas. Janji nak datang jam 10.30, 10.15 depa dah sampai. Orang kita/Indon, janji bukan main, sejam kemudian baru sampai, bila kita call, sokmo jawapannya 'on the way' kadang-kadang tu langsung tak sampai-sampai.

Sambil buat kerja, depa dua orang ni bersembang-sembang jugak sambil berbincang pasal kerja diaorang tuh. Depa kerja non-stop, tak de berenti-berenti makan ke, berenti minum ke...sampailah betul-betul complete kerjanya. Lebih kurang pukul 3.30 barulah siap, setelah hampir 5 jam bertungkus lumus.
Auntie tak lepas peluang mengambil gambar. He!..he!..pandai pulak yang sorang tu cakap " kakak, angkat gambar before and after ke?" Lepas tu dia boleh cakap pulak, "jangan taruh dalam blog arrrr...malu wooo, saya tak pakai baju" Ceh! macam dia tahu pulak... :-) Auntie cakap dengan dia, tak pe....nanti saya cover awak punya muka... ha!...ha!
Tak nampak pun muka depa kan?
Maka akhirnya inilah hasil kerja mereka.






















Siap sudah store Auntie. Tak ada lagi momen-momen yang memalukan! (ceh!)
Puas hati dengan kerja diaorang dan rasa berbaloi dengan duit yang dilaburkan. :-)

Wednesday, October 20, 2010

Sepetang bersama Joe...

Salam untuk semua,

Penyakit malas mengupdate blog datang semula. Tapi, hari ni Auntie menggagahkan diri untuk buat satu entri. Sebenarnya ada beberapa perkara nak Auntie kongsikan, tapi, nak buat macam mana penyakit malas yang membuatkan bertangguh-tangguh jadinya.

Petang Ahad baru-bari ni Auntie menghadiri satu perjumpaan dengan rakan-rakan blogger. Dah lama Auntie tak join diaorang ni. Hati rasa berdebar-debar juga maklumlah dah lama tak bertemu. Tak tahu macam mana sambutannya nanti. Auntie pulak selalu beranggapan yang Auntie ni dah tak berapa nak 'masuk' dengan kumpulan blogger yang menggelarkan groupnya sebagai 'Rebanamaya' .( tah, tah nama Auntie pun dah kena kensel, sebab lama dah tak hadir perjumpaan...)














Bergambar bersama Joe...(psst gambo ambik dari blog Joe)














Joe, Mak Ety, Yam, Auntie dan Rozz
Tengah kusyuk dengar Joe 'meriwayatkan' kisah dia...( gambor cilok dari blog Delin..)

Auntie sentiasa sedar yang Auntie bukan dalam age group depa ni. Dan, Auntie jugak sangat-sangatlah sedar yang Auntie ni tidak setanding dengan depa ni yang boleh dikatakan semuanya berpelajaran dan berjawatan tinggi.....(ppssttt...ada sorang tuh tengah ambil Phd. tak tahu le kalau ada yang lain juga pun sedang ke arah itu)

He!...he!...sapalah diriku.....? hanya seorang makcik yang akan bersara :-(
Oppsss...ter emo le pulak!

Perjumpaan yang dirancang bertujuan untuk meraikan Joe, sahabat yang baru balik dari USA setelah hampir 10 tahun di sana. Dah lama Auntie kenal Joe, kenal di alam maya, kalau tak silap dah hampir 6 atau 7 tahun dah. Joe jugak pernah menalifon Auntie sekitar tahun 2004 dari US...seterusnya jalinan persahabatan berjalan dengan baik melalui tag dan blog. Auntie mengikuti setiap perjalanan hidup Joe di US sehinggalah Joe "terpaksa dalam rela" balik ke tanah tumpah darahnya, M'sia. Alhamdulillah!...

Pada mulanya rasa berat hati jugak nak menghadirkan diri, tapi, hati tu nak sangat bertemu Joe. Akhirnya dengan menjinjing dua kotak ice-cream Cik Din dengan penuh setia menghantar Auntie ke rumah Pn. Arc & Tuan Budak. Masuk saja rumah, dah disambut mesra...dan tak payah nak diperkenalkan lagi, terpandanglah Auntie akan seorang pemuda yang malu-malu kucing....Si Joe!!!!!...he!.....he!.... memang jauh benolah andaian Auntie tentang Joe, memang dah tengok gambar dia sokmo kat blog, tapi, rupanya gambar ni tak boleh 'pakai' sangat....ingatkan Joe ni....ala-ala...American lah kan???...maklumlah sudah seploh tahun di sana....meleset sungguh jangkaan Auntie tuh..... Joe masih seorang pemuda Melayu Terakhir!....sopan santun berbudi bahasa!!! (ambik kau Joe!!)....Joe bukan baca blog Auntie pon.....kita hentam le ngumpat dia!!

Sayang sekali Auntie tak dapat nak berlama-lamaan dengan Joe dan lain-lainnya. Ada hal le pulang petang tu.

Selain pada Joe, ada Mak Ety & Apak, Angah & Wan, Delinn, Yam, Rozz, Royce, Deo, Sempoi & Suami dan lain-lain, sorry dah tak ingat sape...Tak lupa juga hos yang sangat berkelibar, Budak dan Arc yang merelakan rumah mereka dijadikan macam kelab house pulak. Terima kasih Arc terima kasih Budak.

Friday, October 15, 2010

Duit sendiri.

Salam untuk semua,

Lama betul tak buat entry. Tak ada idea dan rasa amat malas. Tapi baca blog sangat rajin. ;-)

Semenjak dua menjak ni memang tak ada mood sesangat. Rasa macam dah malas nak ke ofis. Agaknya simptom orang nak pencen dah datang....

Petang tadi bersemangat le dengar pembentangan budget 2011...tapi, keciwa sungguh rasa hati, PM misai putih tu tak kasi bonus pada kami...memang ramai dah jangka pun, nak raya dulu dah di bagi RM500, jadi kali ni dia bagi RM500 lagi....adu haiiiii Najib!!!...kalau macam ni baik le Auntie jadi Tok Batin, gaji ada naik jugak!

Untuk pujuk hati yang rasa sedih dan sayu ni, Auntie ucap saja berbanyak syukur, RM 500 pun tak pe le....ada jugak kan????.........daripada terus gigit jari.

Kadang-kadang rasa malu gak dengan kenkawan yang kerja swasta, orang gomen ni tiap tahun riuh rendah pasal bonus...gitulah kaedahnya...tak bising tak dapat weh!

Ahhhh...malas le nak cerita panjang-panjang bab bonus ni.

Pssttt....Auntie update dari rumah ni. Selalunya dari ofis. Dah dua minggu kat rumah Auntie ada brukban....dan ada laptop....
Lap top Jim punya, Baru beli jugak. Dia beli dengan duit titik peluh dia. Satu sen pun dia takmo duit Auntie. Auntie hanya belikan brukban tuh. Lap top ni untuk persediaan dia nak belajar nanti. Gigih dia simpan duit sejak dia mula bekerja sebaik saja habis SPM dulu.

Sekarang ni Auntie sesikit menyediakan barang-barang Jim. Segala peralatan menulis, buku pen dll dah pun di beli. Semua Jim beli dengan duit gaji dia. Auntie tinggal nak sediakan duit untuk registration dan feesnya saja nanti. Insyaallah dia akan mula mendaftar pada 30 November ni.

He!...he!...tak tahu le macam mana nak pisah dengan dia ni...maklumlah anak yang Auntie manjan-manjakan....bertambah sunyi le rumah Auntie yang memang dah sunyi ni.

Tuesday, October 05, 2010

Apa daya??

Salam semua,

Syawal dah hampir menutup tirainya. Hari ni ada satu lagi jamuan raya kat ofis kami, anjuran orang-orang vaterinar pulak katanya. Rasanya Auntie tidaklah akan menyibukan diri ke majlis tu.

Majlis yang dibuat dalam skala besar ni yang datang pun ramai, nak ambil makanan tak mudah...nak beratur bebagai. Pulak tu, ada saja manusia yang penting diri sendiri. Kita penat bebaris, dia datang terus je hulur pinggan kat kawan dia yang dah lama berbaris yang dah nak sampai ke meja makanan...tension kita!....dah tu nak cari tempat duduk satu hal..semuanya asyik booking untuk geng, bila tanya..'ada orang' tanya lagi ...'ada orang' ...last-last, makan le sambil berdiri! itu yang terjadi pada Auntie minggu lepas bila Kementerian buat majlis.

Yey...hari ni Auntie nak pergi beraya kat rumah kroni Auntie...harap-harap jadilah. Dia ni memang pandai masak. Masak lauk ok, masak kek ok, cakap je le masak apa, semua ok.

Jadi.....pasal apa dia selalu nak komplin kata badan dia terus naik dan naik ???? sendiri jugak yang salah kan?

Nanti Auntie storylah kalau jadi Auntie ke sana.

Asyik cerita raya, cerita makan, gelak-gelak sana-sini, rupanya ada jugak cerita sedih.

Kan ke kita semua terkejut dengan peristiwa pembunuhan kejam Dato' Sosilawati** dan kawan-kawan dia tu, hari-hari kita baca beritanya diakhbar, kita tengok berita di TV....alahai, Auntie baru dapat tahu rupa-rupanya peguam yang turut jadi mangsa adalah adik kepada jiran sebelah pintu rumah Auntie saja. Dia memang rapat dengan abangnya (jiran Auntie tu) memang kerap dia melepak dirumah abangnya...baru le Auntie teringat akan kereta BMway nya (yang hilang tu) kerap bersidai depan rumah Auntie saja.

Entahlah...mungkin sikap kita yang tak kisah hal orang sebelah rumah, hingga perkara yang berlaku dah nak masuk sebulan pun Auntie tak tahu. Apa nak buatkan..Auntie boleh dikatakan rapat jugak dengan jiran ni, tapi, tidaklah semua perkara kita ambil berat..apa lagi pepagi buta Auntie dah keluar bekerja, petang baru balik, masuk rumah terus dengan hal-hal dalam rumah....sedih pulak rasanya bila tahu perkara ini berlaku kat jiran yang rapat. Si Abang (jiran ni) sampai la ni masih menaruh harapan agar si adik dapat ditemui... dia masih tak putus asa, masih mencari cari-cari lagi. Katanya selagi DNA belum diputuskan, dia tetap dengan pendiriannya. Kata mak mertuanya (yang tinggal sekali dengannya) dia akan keluar pagi, ke ofis sekejap kemudian akan terus mencari si adik sampai subuh baru balik ke rumah....makan minum pun dah tak tentu hala. Sian...kan...

Mudah-mudahan Allah tabahkan hati keluarga mereka..apa daya kita nak membantu....

Friday, October 01, 2010

Pesta Muda Mudi...

Salam semua,

Amboi!...amboi!...tajukkkk....!

Jangan terpedaya dengan tajuk tu. Tak ada maknanya pun.

Pesta rumah terbuka masih lagi berjalan. Semalam, giliran ofis Auntie buat pesta hari raya Aidil Fitri untuk tahun ni. Boleh dikatakan meriah jugak le. Auntie malas nak bercerita apa-apa.

Tengok sajalah gambar-gambar ni.... makannya tak seberapa, bergambar je yang lebih.













































Bersiap-siap menghias pejabat.






























Makan time.....menu macam biasa le... malas nak tunjuk gambo makanan.















Barisan gadis-gadis......errrr ada gak yang dah jadi mak orang tuh....















Jejaka-jejaka terpilih.....

















Dato' dan Datin......big bos tu...





















Ibu dan anak....





















Maniskan anak gadis Auntie tu.....















Yang pompuan tu bosnya.....cuba tengok gelagat anak buah....

















Hemmmm...kawan sape le yang lawa tuh....





















Lagi barisan gadis dan mak orang....















Letih makan, letih bergambor.....akhirnya, terlena.

Friday, September 24, 2010

Bersama Mak

Salam untuk semua,

Membaca entry2 sambutan hari raya membuatkan Auntie rasa Auntie juga patut mengenang kembali sambutan hari raya tahun ini dan juga tahun-tahun yang telah berlalu.

Sejak usia semakin bertambah dari tahun ke tahun, rasanya sambutan hari raya tidak lagi menjadi sesuatu yang membuatkan Auntie excited. Tidak seperti dulu lagi. Kalau dulu masa arwah ayah masih ada, sehari sebelum raya adalah hari yang sangat happening. Pagi-pagi lagi ayah akan membawa balik dua keping lidah lembu untuk dibuat berbuka puasa. Maka menu pada berbuka terakhir adalah lidah lembu bakar cicah air asam. Dialah juga yang akan 'mengerjakan' lidah tersebut, dari mencuci hingga memotong setelah siap dibakar. Rasa lidah bakar ini memang 'heaven' .....tapi itu hanya tinggal kenangan. Tiada ayah, tiada lagi lidah bakar.

Auntie balik kampung beraya dengan mak Auntie yang semakin uzur. Dia tidak lagi sibuk di dapur macam dulu-dulu. Dia hanya terbaring atas katil. Bangun apabila nak ke bilik air dan sekali sekala keluar bilik untuk meraikan tetamu. Banyak masanya dihabiskan dalam biliknya, ada masa dia baring, ada masa duduk sekejap. Dia banyak berzikir. Bila penat dia membaca pulak. Baca kitab, baca quran, baca paper. Ada masa dia akan menulis catatan hariannya. Dia akan mencatat, keluar masuk duitnya. Dia juga akan mencatat nama-nama tetamu yang datang menzirah. Itulah mak Auntie.

Sejak kebelakangan ini, sakit sendinya menjadi-jadi. Masalah inilah yang membuatkan dia rasa sangat payah untuk bergerak. Ada masa nak pegang apa-apa pun dah tak mampu lagi.

Bercuti raya baru ni, Auntie banyak menghabiskan masa di biliknya bersembang dan melayan kehendaknya. Alhamdulillah, dia masih ok...ingatan masih kuat..walau pun jejarinya dah begitu stiff, tulisan dia masih cantik macam semasa dia masih menjadi guru, kalah le tulisan Auntie yang herot petot, sebab jarang menulis.....

Tiap kali kami adik beradik nak balik kampung, dia amat risau, tiap kali dia kata rumah dia tidak berkemas....banyak habuk, banyak sawang. Emak Auntie memang cerewet sangat pasal mengemas rumah ni. Yang jadi masalah, dia tak suka pulak kalau kita nak kemas rumah dia...semua tak boleh diusik. ' yang ni, almari ayah belikan emak...jangan ubah ke mana-mana, yang ni mak beli masa mak ngajar dulu, yang ni ada kenangan...'.....walau pun hakikatnya, almari-almari tu dah daif sangat, ada yang kakinya dah bertongkat dengan bata, ada yang pintu tinggal sebelah, maklumlah dah berpuluh tahun dah usianya.

Tapi, kali ini, kami nekad, kami kemas jugak rumah mak. Kami kemaskan bilik dia, buang apa yang patut, kami angkat segala almari buruk...kotak-kotak tah apa-apa.....yang di simpan zaman-berzaman. Kalau ikut dia, dia nak simpan lagi. Maka pada hari raya ke 3, 4 dan lima....Auntie dan adik-adik, bertungkus lumus mengemas rumah. Yang di buang, kami ganti dengan yang baru untuk mak. Setelah selesai mengemas, dia nampak happy dan ceria, tapi dia
masih juga bertanya, mana almari lamanya....

Mak dengan salah seorang cucunya (Solihin)

16 September lalu, alhamdulillah, emak Auntie mencapai usia 82 tahun! Semoga Allah memberi dia kesihatan yang baik dan terus dapat bersama kami.

Esok, insyaallah Auntie akan balik ke kampung Cik Din pulak. Mak Cik Din pun taklah macam dulu lagi, ada masa tidak sihat, ada masa ok.