Salam Maal Hijrah kepada semua yang berkunjung ke blog Auntie ini. Semoga tahun baru memberi seribu/beribu makna kepada kita semua dan tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik daripada sebelumnya.
Buat diri Auntie samada tahun 2007 mau pun tahun Hijriah 1428 yang berlalu meninggalkan banyak peristiwa pahit manis. Semuanya telah berlalu. Antaranya :-
1) Bulan Januari : Jim naik Tingkatan Tiga, Amir masuk semester dua.
2) Bulan February : ....dah elok-elok pakai MyVi merah yang kuit muit tu, Cik Din pi tukar
ambik Waja yang Auntie tak berapa nak suka sebab rasanya macam tak sesuai dengan saiz Auntie.
3) Bulan March :......happy birthday Cik Din!...happy birthday Cik Yan.....yeyyyy...tua setahun.
4) Bulan April : Happy Anniversery!....yang ke 27 tahun!.....yeyyyyyy!!!!
5) Bulan Mei : .....gatai buat utang baru...pi ambik pulak kereta Wira second hand untuk Anja...mak buat loan, Anja bayar bulan-bulan....(Anja missed bayar...mak le kena bayar...:-( )
6) Bulan Jun : Result Jim & Amir tak berapa memberangsangkan...mak mengamuk....!!!...(nak kena balun budak dua ekor ni....!)
7) Bulan July : Mula buat appointment dengan doktor ortophedik. Lutut dah semakin sakit.
8) Bulan Ogos : Anak saudara Auntie kawin...yg. pertama dalam keluarga Auntie...
9) Bulan September : Bulan puasa..Baru berpuasa beberapa hari dapat kesan ada fibroid pulak....dah terpaksa melalui beberapa test bagi mengesan penyakit.
10) Bulan Oktober :....tension yang amat ...menanti keputusan ujian.....akhirnya, doktor ambil keputusan untuk buat pembedahan.
11) Bulan November : 8/11 masuk wad, 9/11 - pembedahan, 12/11 dah boleh balik rumah...yeyyyyy...dapat MC 50 hari!!!
12) Bulan December :.....He!...he!...bulan madu atas pelangai!!!!...cuti sakit dan berehat!!!!
------------------------
Selamat datang Januari !
Auntie masuk kerja semula pada 2/1. Sibuk pulak mengejar surat permohonan bagi meluluskan pembelian alat ortophedik (alat yang akan menggantikan sendi dan pala lutut).
Last weekend, balik pulak ke Kuantan menjengok adik Cik Din yang terlantar di Hospital Kuantan kerana sakit paru-paru berair. Balik dari Kuantan Auntie dah rasa lemah badan....sakit sana sini, lenguh-lenguh...ambil cuti 3 hari. Hari ni naik kerja balik....nak pastikan surat permohonan diluluskan....alhamdulillah at last...dapat sokongan daripada bahagian Perkembangan Perubatan Kem. Kesihatan.....so, insyaallah hari Isnin ni Auntie akan mula berada di wad ortophedik.Hari Rabu, kalau tiada apa halangan insyaallah Auntie sekali lagi akan menjalani pembedahan....kali ini bedah lutut pulak. Harap dapat le doakan semoga semuanya selamat.
Insyaallah panjang umur, kita jumpa lagi.....mungkin sebulan atau dua bulan lagi.....Amin.
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Friday, January 11, 2008
Wednesday, January 02, 2008
Dah start kerja..
Hari ni Auntie dah mula masuk kerja setelah 50 hari berMC. Seronok pun ada nak naik kerja ni, tak seronok pun ada juga. Yang seronok, dapat jumpa kenkawan dan dapat sembang-sembang, dapat le berinternet semula.
Nak tahu apa Auntie buat semasa berMC tu? Minggu pertama lepas operation tu memang terbaring saja atas katil bangun untuk ke bilik air atau bila nak makan saja. Lepas seminggu tu dah rasa letih berbaring, dah mula merayap masuk ke dapur..ada pinggan sebijik dua dalam sink, Auntie basuh. Nampak sampah dan habuk, Auntie mula cari penyapu...Minggu ke tiga, Auntie dah mula keluar ke laman rumah gi betulkan kain diampaian yang di sidai oleh Cik Din atau disidai oleh Jim. Sakit mata Auntie tengok kain-kain tu....herot petot...kain disidai ikut sesuka hati main campur aduk besar kecik nya.....Auntie juga start memasak dah....boring makan lauk beli.
Yang seronok duduk kat rumah ni....he! he!...ngadap TV le..selalunya asyik mengalah dengan Cik Din dan Jim saja...dia orang asyik tengok bola, bola, bola, WWF...! Pagi, seawal 6.30 Auntie dah ngadap TV...pepagi tentulah tengok program agama atau motivasi. Pukul 7.00 - 8.00 pagi tengok drama Tagalog. Lepas tu Oprah Show...pukul 12.30 tgh ....jangan gelak drama Tamil! drama ni Auntie dah ikuti sejak 3 tahun atau 4 tahun lepas...tah bila nak habis gamaknya. Dulu ditayangankan selama 2 jam setiap hari Sabtu...sekarang ni setiap hari, tapi setengah jam saja.
Petang pulak tengok SPA Q..... :-).....dah mula bekerja ni dapat ikut cerita SPA Q sajalah.... :-(
Selain daripada tu...banyak channel Astro yang Auntie explpore...antara yang menarik minat Auntie ialah Channel 702, 703, 707 dan 733.
Yang tak seronoknya dok kat rumah ni...tak de kawan nak bersembang...hari-hari tengok muka Jim saja...tu pun jenuh nak panggil dia turun dari bilik dia...asyik dengan Ps dan memetik gitar.
Alhamdulillah, ada juga kenkawan datang melawat...terhibur rasa hati...
Hari ni Auntie bangun awal lagi....macam biasalah memasak untuk bawak bekal, senang Auntie tak perlu nak cari makan kat cafe' . 6.30 dah keluar rumah. Auntie nak cepat sampai..kalau boleh time orang tak ramai, tak le orang nampak Auntie berjalan terbongkok-bongkok..samapi dalam ofis duduk diam-diam..
Setakat ini dulu....Selamat Menyambut Tahun Baru 2008.

Subscribe to:
Posts (Atom)