..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Tuesday, December 27, 2005
ADUHHH!
Badan Auntie sakit. Sana sini sakit. Pinggang sakit, lutut sakit, tangan sakit...arghhh...seluruh badan pun sakit. Semuanya kerana acara berpindah.
Akhirnya, berpindah le Auntie ke BBB pada hari Sabtu lalu. Satu lori, sendat dengan barangan 'antik'.....masih ada yang terpaksa ditinggalkan ...dah tak muat nak masuk lori...puas le apek-apek yang mengangkat barang dok adjust tapi tak muat juga. Nampak gayanya kena angkut dengan kereta lah.Masih ada komputer yg.dah out dated tertinggal. Nak dibuang sayang jugak...kot-kot boleh jugak bebudak buat main games. ada satu akuarium ikan satu bakul pinggan mangkok dan satu cermin besar. Auntie masih ada beberapa urusan lagi yang perlu diuruskan. Nak kena serah semula rumah tu pada Jab. Perdana Menteri, nak kena pergi TNB, Jab. Bekalan Air dan juga Talikom.Harap-harap dapat seleasi dalam minggu ini jugak.
Pagi ni memang rasa sakit sana-sini. Malssssnya nak datang ofis! tapi apa boleh buat ada satu trolley fail yang perlu dibereskan secepat mungkin...tak datang kang takut pulak bos ingat kita nak ngelak kerja... minggu depan pun dah terpaksa cuti lagi.
Walau pun Auntie dah pernah tinggal di BBB, tapi itu 17 tahun yang lalu. Kini BBB dah jauhhhh sangat bezanya. Kalau dulu Auntie rasa nyesal beli rumah kat situ, tapi sekarang dah berbanyak syukur, BBB tidak seperti dulu lagi, pesat membangun. Dulu nak beli barang pun susah, tapi sekarang, cakap saja, semua ada. Wei, 'Secret Recipe' (tempat faveret MA dan Wynn ) pun ada. pendek kata banyak sungguh tempat nak menebeng...apa lagi nak buat 'secret sociaty meeting' tak jadi masalah...cuma jauh sikit pada KL takut member bersekutu yang dari Penang tu susah nak mai....kalau malam-malam.
Auntie ngan Cik Din memang gumbira sangat dapat balik duduk semula kat rumah yang kami beli dengan susah payah.Memang masa kami baru beli rumah tu, rasa perit yang amat. Almaklum masa tu gaji pun masih kecil (sekarang pun tak besar-besar gaji tuh) ..alhamdulillah kepayahan dan keperitan dah dapat dilalui dengan jayanya. Malas le nak cerita susah payah nak hidup masa tuh biarlah ianya berlalu, jemu dah dok ulang-ulang cerita yang sama.
Dua tiga hari cuti Auntie ambil kesempatan meround sekitar BBB. Nak cari kat mana pasar, kat mana kelinik, kat mana kedai gunting dan sebagainya. Amir dan Jim tak gumbira langsung. Depa masih dok ingat kenkawan kat KL. Amir sampai tahap tak selera makan. Puas jugak memujuk. harap-harap nanti depa akan selesa.
---------------------------------------
Wednesday, December 21, 2005
Duit lagi....
--------------------------------------
Auntie belum habis lagi dengan kesibukan.Kat ofis , sibuk dengan kerja, kat rumah sibuk dengan tak habis-habis lagi mengemas barang.
Nampak gayanya kena cuti lagi pada hari Jumaat ni. Nasib baik cuti masih banyak lagi, pendek kata kalau nak pi buat Umrah pun masih mencukupi . Hari Isnin lalu pun Auntie dah cuti.
Banyak pulak urusannya bila nak pindah ni rupanya. Memula kami menuju ka Pejabat Pendidikan Daerah Kajang untuk dapatkan kelulusan sekolah untuk Jim. dari Sekolah Menengah Yacoob Latif , Kuala Lumpur ke Sekolah Menengah Jalan Tiga Bandar Baru Bangi.
Alhamdulillah, telah diluluskan oleh PPD. tanpa masalah. Yang heran tu masa Cik Din pegi pada bulan Oktober dulu untuk bertanya, bukan main lagi pegawai dekat kaunter tu...kata susah le nak dapat sekolah tu, ramai le, dah penuh le...sekolah kawalan le...akhirnya suruh datang lagi 2 minggu sebelum sekolah di buka. Tu yang kami pergi hari Isnin tuh. Cik Din ajak le Auntie temankan...kot,kot..ada apa-apa argument, dia suruh Auntie saja...(bini dia yang terkenal dengan garangnya...grhhhh!!)
Sekolah memang ada beberapa buah, yang satu memang sekolah kawalan....nak masuk situ, kalau Ting.1...at least UPSR kena 4 A, kalau PMR pun gitu jugak le.(Sek.Men.Jalan 4...so Wynn, you can apply for Ayin and Fais) Sekolah yang Jim dapat ni dekat dengan rumah saja, boleh jalan kaki.
Bab sekolah ni belum jugak berakhir.Auntie pergi pulak register kat sekolah baru tuh dan dapatkan list buku....Adoiii! buku teks saja RM175.50, buku tulis berbagai RM 92.50, Yuran berbagai RM 75.00...hemmm tu sorang anak je....
Balik rumah, Auntie pun check le dengan buku-buku teks yang telah digunakan oleh Amir & Anja dulu...cis hampeh!...satu pun tak leh guna...semua kena beli. Nasib baik le uniform, kasut dan beg sekolah dah ada. Banyaknyaaaa duit terbang diakhir tahun ni. Tu nak masuk rumah baru yang lama tu macam-macam le kena buat....tengok segala suis dan plug semua kena tukar baru, yang rosak, yang kopak, yang tak leh guna....nak kena pasang kipas...tengok grill & gate...ahhh...dah berkarat & macam dah reput je....ooooi semua minta duit tu...
Memang pening dibuatnya.
Tak boleh nak memblog pepanjang...takat ni dulu. Esok-esok kita sambung cerita.
Friday, December 16, 2005
Guilty
Memang sejak minggu lepas Auntie tersangatlah sibuknya. Gitu le ofis Gomen kalau ujung tahun.Pada minggu-minggu terakhir tu akan datang claim mencurah-curah yang terpaksa disettlekan dalam masa beberapa hari je, malah ada kalanya mesti diselesaikan dalam masa beberapa jam.
Dalam pada kita dok sibuk nak siapkan semua tu, telefon pulak sama naik berbunyi bersahut-sahutan...semua nak tanya samada boleh dapat payment atau tidak sebelum tahun baru. Dah tiga hari berturut-turut bebudak kat ofis ni buat kerja sampai jam 10.30 malam, depa claim overtime....nasib baik le bos tak suruh Auntie jugak stay sampai malam...
Tak tahu kenapa sejak dari dulu lagi, Auntie akan terasa tersangat 'guilty' kalau tak dapat sediakan makan kat rumah.Kalau tak buat b/fast rasa guilty, kalau tak masak untuk dinner rasa guilty...habis cam mana nak stay sampai jauh malam nak buat kerja ofis tu...Ampun saja lah...
Hari ni Auntie agak kelam kabut jugak. Bangun terlewat sikit gamaknya. Malam tadi tidur lewat, sibuk mengemas kain baju masuk dalam kotak. Cadangnya by 24 haribulan nanti kami akan pindahkan habis barang-barang ke BBB. Bulan Januari nanti dapat lah Auntie claim semula elaun rumah yang selama ni Auntie tak pernah rasa di sebabkan duduk rumah Gomen.
Selalu pukul 5.00 pagi dah terpacak kat dapur memasak untuk b/fast. Hari ni cuma sempat buat jemput-jemput bilis saja...kesiannn anak-anak Auntie...kena makan jemput-jemput je. Maka terpaksa Auntie tinggalkan RM5 seorang dan pesan suruh depa beli nasi ayam tengahari nanti...Maknya mungkin akan melantak beriani kambing bersama member bersekutu si Mak Andeh. Tu yang dok rasa guilty tu...oklah kan...dah kasi anak duit untuk beli makanan.
Cuti-cuti sekolah ni agak haru jugak.Anak-anak remaja Auntie tu sibuk dengan aktiviti membuang masa....melepak saja kerja nya. Pepagi dua beradik tu habiskan masa menonton Channel 16...vidoe lagu-lagu...Auntie tak berapa berkenan dengan video clips lagu-lagu mat saleh ni....ntah apa apa ...mengarutnya...ada sesetengahnya dengan aksi yang agak menghairahkan, tak senonoh!...habis nak buat camno, Auntie kat ofis, depa kat rumah.Nak dibebelkan sangat pun tak sesuai le pulak.Dulu jaman Auntie muda pun suka dengar lagu jugak, siap hafal segala lirik...ini masa dia orang pulak. Kenkadang rasa kelakar juga bila terdengar dua beradik tu turut sama menyanyi...suara dah garok!...almaklum budak remaja baru baligh!
Lagi dua minggu sekolah akan di buka. Jim nak naik tingkatan 2. Hapah satu pun belum Auntie sediakan untuk persekolahannya. Pertama sekali, Isnin ni baru nak buat pertukaran sekolahnya. Dulu Cik Din dah pun pergi ke Pejabat Pelajaran Selangor kat Kajang tu, pegawai kat situ kata datang lagi dua minggu sebelum sekolah dibuka baru boleh dia tetapkan sekolah untuk Jim...risau jugak takut tak dapat sekolah yang paling hampir dengan rumah..isyy.. Tahun ni gayanya uniform sekolah dah tak perlu di beli baru, Jim boleh pakai baju & seluar Si Amir.
Si Amir pulak akan bercuti panjang sehingga result SPM nya keluar nanti.Mungkin juga nak carikan part-time job untuknya..Hemmm, dia ni malas yang amat...tak tahu apa kerja dia boleh buat. Auntie cadangkan suruh dia jadi 'cleaner' je....menjerit-jerit dia memprotes..;-) " mana ada standard orang hensem jadi cleaner"...perasan dialah tuh...*wink*
Hemm...kalau si Amir ni pompuan sure boleh Auntie ajar memasak dah. Anyway, depa dua beradik ni setakat masak air, goreng telur, masak maggie dan burger tu dah lulus le. Tengok le nanti, mungkin boleh anto dia belajar komputer atau pun pergi kelas motivasi ke.
Friday, December 09, 2005
Dalam Pantang.
Hari ni pun masih menimbun kerja nak diselesaikan...Auntie jugak terpaksa ambil alih tugas seorang kawan yang bercuti kerana isterinya bersalin. Excited habis dia ni, almaklum dapat anak pertama....dia bantai cuti sampai 2 minggu!....wei!, orang Gomen la ni kalau isteri bersalin, suami dapat cuti 7 hari tau...tak termasuk cuti yang dah diperuntukkan setiap tahun tu....tujuannya supaya si suami dapat menguruskan hal peribadi/keluarga dengan lebih selesa.Tak tahu le suami tu, dia betul gunakan cuti tu untuk urusan keluarga atau pun dia lebih banyak rilek...sebab selalunya kalau isteri bersalin, mak/mak mertua yang sibuk datang memberi apa-apa bantuan.Lepas dua tiga hari, isteri dihantar balik kampung.
Auntie dulu pun gitu jugak le....lepas seminggu bersalin mak Auntie datang bawak balik kampung.Dia nak jaga segala makan minum dan segala pantang larang semasa dalam hari. Bertungku, berurut berbagai.
Mak Auntie ni walaupun dia agak conservative orangnya, dia tidak lah strict sangat masa Auntie dalam berpantang. Minggu pertama saja makan nasi dengan ikan bakar dan nasinya tak berkuah, lepas tu dia kata dah boleh makan berkuah macam kari...bubuh saja sikit-sikit....sayur pun dia suruh Auntie makan. Yang tak boleh langsung, minum ais. Memang Auntie tak sentuh langsung pun sehingga 3 bulan.
Kalau nak diikutkan banyak pantang larang yang perlu dipatuhi. Auntie pulak ikut yang mana logik dan sesuai saja. :-)
Bertungku yang paling perit buat Auntie.Satu hari kena tungku 3 kali, sekali pagi..."subuh-subuh sepei".....tengahari dan last sekali malam....adui! azab tu...mak Auntie dok stand by tepi katil untuk memastikan tiada "cheating"....sekali bertunggu lama jugak...kiranya sampai batu tungku tu dah tak panas...mak Auntie akan check samada masih panas atau dah boleh stop.....rimas!!!
Batu tungku ni dari batu sungai yang terpilih. Di bakar atas dapur dan di balut pulak dengan daun mengkudu sebelum dibungkus dengan kain tebal....bau daun mengkudu ni harum....Ada jugak tungku yang dibuat drp. besi dan ada jual dikedai....kalau kat KL, katanya boleh cari kat Chow Kit. Orang tua akan lebih prefer tungku batu sungai...lebih ori kata depa...:-)
Satu lagi, masa dalam pantang kena pulak pakai bengkong yang kain berjela dibelit-belit kat perut tuh....Auntie pakai bengkong dalam masa 2 minggu je. Lepas tu Auntie pakai girdle...he!..he! mudah dan ringkas...mak Auntie pun setuju. Sebelum pakai girdle tu, perut disapu dengan kapur sireh yang dicampur dengan air limau nipis....tujuannya supaya perut dan jugak peranakkan cepat kecut.
Selalunya pompuan dalam pantang disuruh ikat rambut tinggi atas kepala dan berparam...ha, yang ni memang Auntie tak amalkan, satunya sebab Auntie ni sokmo berambut kontot.....:-)
Ada jugak pompuan yang dalam pantang langsung tak diberi bergerak bebas...disuruh rehat je selain drp. dok menyusu anak. Auntie pulak, tak duduk diam, selain drp. melayan anak tukar lapin ke...Auntie jugak mandikan anak tu...dah sihat sikit dah pun siap tolong mak Auntie memasak dan berkemas....tu sebabnya lepas Auntie bersalin dan naik kerja semula, badan tak le debab sangat.....maintain gituuuu!
Bila Auntie bersalinkan si Jim (anak ke tiga & last, mind you!) Auntie tak balik kampung...masa tu arwah ayah Auntie terlantar sakit, jadi takmo le menyusahkan emak nak kena jaga dua orang yang 'helpless'
Cik Din sajalah yang jaga Auntie....ahhh...bukan susah nak jaga Auntie ni...pepagi sebelum dia pergi kerja, dia akan bakar tungku. Dia akan sediakan air mandi untuk baby.Dia tolong masak nasi. Tengahari dia balik bawak lauk dari kedai. Auntie pulak dah tahu tak de sapa yang nak mengawasi, pandailah pulak menjaga makan minum...hemm..takut jugak jadi mudarat pada diri sendiri kalau main taram je....
Yang paling Auntie suka waktu berpantang ni ialah masa sessi berurut. Selalunya urut ni dilakukan selepas 3 hari selepas melahirkan atau ikut keselesaan masing-masing. Kalau yang bersalin secara pembedahan tak berurut le jawapnya. Tukang urut ni pulak selaunya mak bidan. Uratan akan dilakukan seluruh badan.Best!..best!...
Semua diurutnya..;-) ;-) ;-)
Selesai mengurut, kena mandi pulak. Mandi ni pun best jugak. Mandi air panas suam yang dicampurkan beberapa jenis daun kayu, antaranya daun pandan, daun jambu batu, daun serai wangi.Ini antara daun-daun yang biasanya digunakan oleh orang-orang ditempat Auntie.Selesai mandi baru le bertungku dengan tunjuk ajar mak bidan.
Wei!..proses ni semua bukan free tau.Kena bayar. Kalau kat kampung tak le seberapa. selalunya situkang urut letak rega RM10 je...terpulang le kalau nak tambah.
Anak-anak Auntie pulak masa dalam berpantang tak banyak kerenah, cuma waktu siang tak tidur, bila malam depa tidur lena sampai pagi...tak banyak kerenah, tak lah Auntie susah berjaga malam.Semua ini pengelaman yang tak mudah untuk dilupakan.Pengelaman bagi setiap wanita yang bergelar ibu.Best kan?
Monday, December 05, 2005
Nostalgia.
Auntie pun bercutilah pada hari Jumaat tu (2/12/05) Pagi lagi kami dah berangkat dari rumah. Lebih kurang pukul 7.20 pagi. Paper Amir habis pukul 11.00 pagi, kami nak sampai ke sana lebih kurang jam 11.30 pagi.
Alhamdulillah, kenderaan tak banyak. Perjalanan pun aman saja.Kami berhenti kat hentian Sg. Perak, minum teh dan makan nasi lemak.
Sampai sekolah Amir tepat jam 11.30 pagi. Sampai je kawasan sekolah, riuh rendah suara bebudak yang baru habis kertas SPM terakhir mereka. Kat kawasan kantin penuh dengan beg-beg dan jugal lain-lain barang. Masing-masing dok tunggu mak ayah untuk menjemput. Wajah masing-masing ceria, maklumlah exam dah selesai hanya tunggu saat-saat nak berjumpa kaum keluarga.
Sungguh cepat masa berlalu. Auntie rasa macam baru sangat lagi Auntie menghantar Amir masuk ke sekolah ni, kini dia dah pun selesai menghabiskan tingkatan 4 dan 5.
Hanya 5 minit menunggu kami dah nampak kelibat Amir menggendung beg dikiri kanan tangannya sambil tersenyum ceria. Bila di tanya macam mana exam...selamba je dia jawab...entah le...boleh tahan jugak....apa yang boleh tahan Auntie pun tak pasti, boleh tahan senang ke? boleh tahan susah?...malas nak tanya bebanyak, walau macam mana pun semua dah berlalu. Hanya berharap yang terbaik.
Siap semua barang dia masuk kereta, kami menuju ke rumah mak Auntie yang hanya 5 minit perjalanan dari sekolah Amir.
Rumah sunyi je. Tingkap depan bertutup rapat. Hemm..rupanya mak dan adik Auntie masih sibuk di dapur.Memang mak Auntie lebih banyak masanya di dapur, walau pun dia terbongkok-bongkok, kerja dapur dia masih nak buat sendiri. Mak Auntie sibuk memasak pulut dan rendang, bila ditanya untuk majlis apa, dia kata dia buat untuk hari jadi adik Auntie Cik D (Cik Di sambut b/day yg.ke 37 pada 1/12/05).....gitu lah mak Auntie. Cik D kat KL. Pulut tu dia suruh Auntie bawak balik ke KL untuk Cik D....mak, mak.....:-) Cik D anak bongsu yang masih bujang trang tang-tang....anak manja mak dan adik manja Auntie :-)
Kami tidur semalam di rumah emak. Hari Sabtu lepas lunch kami pun balik semula ke KL. Tinggal le mak dan adik Auntie serta dua orang anaknya.Masa bersalam dengan mak, mak Auntie menangis dengan hiba...katanya " aku sedih tengok hang dok sakit...hang muda lagi...aku dah tua patut le dapat sakit pun.." Isy....mak ni buat orang sedih le pulak.
Sampai lebih kurang pukul 5.00 ptg. Cik D dah sedia menunggu kat rumah, rupanya mak dah telefon dia suruh tunggu pulut dan rendang b/day ;-) mak pesan kat dia, kena makan cepat takut basi.
Pulut dan rendang hasil masakan mak yang dah 77 tahun tu memang sedap...
Hari Ahad kami gotong royong kemas barang. Banyak le khazanah yang
di buang. Antaranya satu almari buruk dan satu gas stone yang dah berusia lebih drp. 24 tahun....koleksi masa baru kawin dulu.Sayu le jugak nak buang,tapi nak simpan pun dah tak memberi apa-apa pekdah lagi selain drp. nostalgia. Kalau nak di simpan barang nostalgia ni mau tak cukup rumah dibuatnya. Auntie rasa lega, banyak barang dah di kemas. harap-harap bila cuti Krisma nanti kami dapat tinggalkan rumah nostalgia di Jln. Cochrane tu. Hampir 17 tahun Auntie kat rumah ni....apa pulak tak nostalgianya kan?
Monday, November 28, 2005
Rumah Antik
Barang-barang besar pergi dulu. 2 almari baju (Amir & Jim punya), 1 Queen bed (Jim) 1 single bed (Amir), 2 study-table, 2 TV 14", set kerusi "antik", 2 buah almari buku, 4 helai kapet...berkotak-kotak baju,buku, pinggan mangkok and the rest of the rubbish collected after almost 26 years of married life!!!
Kami sewa lori bawah jambatan kat Pasar Pudu. Sewa lori + labour.
Mulanya adik Auntie nak ajak kawan dia je yang angkat barang...to safe the cost, Auntie ngan Cik Din tak berapa setujulah...kalau nak ajak kenkawan, segan le pulak dengan barang-barang Auntie yang bagaikan harta karun jaman Sindbad tu...lagi pun rasanya tentu agak kekok kita nak arah kat mana barang nak di letakkan....pulak tu kawan yang nak di ajak untuk membantu tu adalah 2 orang pelakon drama TV...kalau Auntie cakap nama sure you all tahu punya....(bukan le Jalaludin Hasan atau Rosyam ye....)
Cik Din buat janji dengan Apek lori tu pukul 9.00 pagi hari Ahad mesti sampai rumah.Cik Din ni sangat particular dengan time (walaupun dia nampak serabut orangnya) So, hari Ahad Auntie bangun awal sikit daripada hari Ahad selalunya.Auntie buat air saja, Cik Din pi beli roti canai untuk breakfast. Sedang kami baru nak suap roti, lori dah sampai. Belum pukul 9.00 pun.Cik Din senyum lebar." Ni yang I suka, kalau berjanji dengan Cina...cepat pada time..kalau orang Melayu, mesti lewat...paling koman 1/2jam...bila call kata on the way, tapi yang benonya baru nak masuk bilik air."
1 driver lori dan 2 orang apek tukang angkat barang. Auntie tengok pun cam tak percaya je....rasanya gagah Cik Din lagi kot dari apek-apek tu:-)
Alhamdulillah, nampak je 'toya' apek-apek ni....boleh tahan jugak kudrat mereka ..eh...bukan senang nak bawak turun almari dari tingkat atas tuh...kalau tak biasa mau juga 2 hari tersilap urat tu. Sekejap je dah penuh lori tu.
Kami pun berangkat ke BBB. 1/2 jam je sampai. Apek-apek ni buat kerja dengan pantas sekali...tak de cakap-cakap atau berhenti rehat sampai lah selesai satu lori.Dah atur lebih kurang, Auntie pi pulak cari sepupu Auntie yang rumahnya tak jauh dari rumah kami. Dia ni kerja kat UKM. husband dia ada kedai perabut Antik kayu Jati . Lepas tu Auntie pi cuci mata kat kedai dia pulak sambil pasang angan-angan!. Memang kedai dia sarat dengan perabut kayu Jati...seriau lah tengok reganya. Yang Auntie mampu beli hanya jam dinding yang reganya RM 45/- special offer sebab ada skit cacat....he...he....!
Mungkin dalam masa 2 minggu lagi barulah kami akan pindah habis barang-barang dan orang-orangnya sekali ke BBB.
Rasa excited pulak nak pindah walau pun rumah tu bukan rumah baru....rumah pun antik jugak!
Thursday, November 24, 2005
Gala Night.
Kan ke sekarang musim hujan? Negeri-negeri dipantai timur pun dah disuruh bersiap sedia. Di KL pun hujan je setiap hari. Ni kat luar terang benderang...dah beberapa hari tak merasa sunshine...harapnya sampai ke petang le. Hari-hari balik kerja meredah hujan..arghh..tak tahan jalan sesak sangat sampai rumah lambat, tensen!!!
Petang semalam dari Putrajaya lagi Auntie punya Hero tu kata perut dia meragam (sejak pi makan kenduri hari Ahad tu) Risau jugak kot tak dapat bertahan hingga sampai rumah. Dia kata memulas semacam. Hero ni memang perut dia 'second-hand' kot...silap makan sikit je dah memulas...:-) Tahan, punya tahan, alhamdulillah sempat sampai rumah. Belum sempat cari kunci pintu, h/p Auntie berbunyi...Auntie pulak main campak je phone tu sana sini..dengar bunyi tapi phone kat mana ek?
Tak sempat nak jawap, phone dalam rumah pulak berbunyi...bergegas pulak ke ruang tamu. Hemm..MA call...ada "Secret Society Meeting" rupanya...'underground ' lagi....isyy...Auntie ni susah le sikit nak dapat 'lesen' tuh...bukan apa, kebelakangan ni sakit lutut agak serius jugak...so asyik le dengan excuse sakit lutut nih, jadi serba salah nak buka mulut nak minta 'lesen' kat Hero Tamil tu. :-(
Hero keluar dari toilet :
Hero : Yan (bukan Yang...) sape call?
Auntie : Kawan I.
Hero : Apa hal?
Auntie : (isy...nak cakap ke?) Hemm...dia ajak I keluar...errr...ada 'Secret Society Meeting'.
Hero : Kat mana?, pukul berapa, dia datang ambik you, atau you nak I anto you?
Auntie: (Yabedabeduuuuuu!!!!, Unsangkarable sungguh!!...sayangggg laki aku nih...biar pun dia hanya seorang Hero filem Tamil!). Errr you benarkan I pegi ke?
Hero : Pegi le...apa salahnya sekali sekala.(caya lah!)
Auntie:. TQ. Ok I masak your dinner dulu. You nak makan apa? ( ceh!...kenkonon, macam dia boleh order cam kat kadai makan je)
Hero : Masak yang ringkas saja lah. Sempat ke?
Auntie : Hemm, insyaallah!...see the leg laa!
Makanya lintang pukang, tunggang langgang le Auntie memasak. Dalam masa 1/2 jam siap le terhidang dua ekor ikan goreng, ayam goreng, pajeri terung, sayur sawi goreng...no sambal belacan...kan ke Hero sakit perut...kalau tidak sambal adalah wajib. Ada le sikit belen-belen serunding daging. Siap.
Jam 8.30 sekali lagi MA call, "I dah dekat ni, boleh keluar rumah"...so, Auntie pun keluar le, Hero anto kat tempat yang dijanjikan. Hero parking dalam gelap....dari jauh Auntie dah nampak kete MA. Kat dalam ada satu lagi member bersekutu.....Aunty N!...kah!..kah!...ketemu jugak kita ye???...Many Thanks to MA without her great effort Auntie tak dapat jumpa Aunty N. After hug & kisses...kami pun membelah malam menuju ke destinasi....walau pun secret meeting, tempatnya tidak langsung melambangkan 'kerahsia annya'...........restoren mamak di celah KLCC.
Sampai je terus order makan minum. Ohh..anaother member bersekutu joined us...Ci Syidah yang mendatangkan dirinya dari Putrajaya...so jadi 4 orang. Sessi "pot-pet" kami berjalan lancar sehingga mencecah jam 12.00 malam. Ketupat tidak dianyam.
Puan Cinderalela kena balik sebelum jam 12.00....jika tidak, ditakuti 'lesen' tidak akan dikeluarkan di masa-masa yang akan datang. Auntie jugak telah ditapau dengan 3 keping roti canai...upah si tukang buka pintu...Jim.Terima kasih Aunty N.
Hero sudah tidur bila Aunty sampai. Bila baring slowly beside him dia tanya...'dah pukul berapa ha?' Auntie kata '11.00 baru' ...entah-entah dia tak sedar pun. Pagi ni dia tanya balik ' pukul berapa you balik semalam?'.....'pukul 12.00' tak tipu dah, Auntie cakap betui...:-)
Oh..what a night!!!...a Gala night!....makcik blogger buat lagi.
Monday, November 21, 2005
Anggaran.
Minggu lepas boleh dikatakan setiap hari hujan. Langit pun mendung sentiasa. Matahari sekejap saja menjengok diri.Susah ye. Hujan susah, panas pun susah.Komplen saja kita nih!
Dua hari berturut-turut Auntie meredah hujan lebat siap petir lagi sewaktu balik kerja. Kereta pulak begitu banyak, semua jalan perlahan ngalahkan siput.Letih rasa badan bila sampai rumah dah mencecah waktu maghrib. Bagi orang yang sentiasa balik lewat dari ofis, mungkin dah tak heran langsung pun. Patut le ramai warga KL ni rajin makan kat luar...tak sempat nak masak. Auntie, walau pun sampai lewat, acara memasak ni tetap berjalan macam biasa. Tak tahu le berapa lama lagi nak meredah jemmed KL nih...hujan sikit je semua tergendala.
Dua hari duduk berhujung minggu sungguh memenatkan badan. Dua hari suntuk Auntie tiga beranak bertungkus lumus mengemas barang & packed. 4 bijik almari baju sudah dibawa turun dari tingkat atas. Dua buah katil bujang, meja tulis dan almari buku juga telah disusun dibawah. Hall rumah Auntie dah penuh barang yang siap di packed. Insyaallah hujung minggu ni satu lori akan mengangkut semua barang -barang tu ke rumah Auntie di BBB. Barang-barang kecil seperti buku-buku, kain baju pinggan mangkok dah pun separuh berada disana. Kami angkut dengan kereta. TV, fridge, stove tilam bantal mungkin akan di angkut sekali lagi dua minggu lepas tu.
Harap-harap bila dah duduk di BBB ni masalah jem berkurangan, save time dan save duit jugak. :-) . Ofis dah dekat dengan rumah. Toll pun dah tak kena bayar, elaun rumah pun dapat.Yess...harap-harap itu "COLA" pun dapat jugak...bukan Coca Cola nooo.....
Dalam Auntie dok resah gelisah sakit lutut, semalam Auntie tinggalkan sekejap kerja mengemas dan pergi menghadiri kenduri kawin seorang kawan yang mengawinkan anak pompuan dia. Tak pergi pun cam tak kena je, orang dah jemput, apa lagi kawan ni adalah kawan yang dah lama dikenali...sejak Auntie di Poly dulu lagi, lepas tu kerja pun satu Jabatan pulak...so, no excuse le. Meriah gayanya kenduri dia. Boleh dikatakan yang ramai datang adalah sedara mara dia, ramai muka-muka yang tak dikenali, terasa asing jadinya.
Sambil makan, Auntie dengan Cik Din dok mencongak-congak, berapa le gamaknya harga khemah yang dia sewa? cantik khemahnya. Putih & kuning. Siap ada pelamin sekali, so, pengantin bersanding kat situ sajalah tak payah kat dalam rumah. Melihatkan persiapan perkahwinan ni, aduh! seriau!...anak-anak Auntie semua lelaki, semua nak gi pinang anak orang...ayo!...nak kena bagi tau kat depa ni...sapa nak kawin simpan duit dari sekarang. nampaknya Auntie dah kena buat tabung untuk tujuan ni...
Anggaran:(kenkononnya Anja yang nak kawin)
1. Mas kawin RM 22.50 ( kita kira yang paling minimum)
2.Cincin kawin RM 750 ( Zhulian tak boleh ke?)
3.Pakaian nikah (Baju Melayu lengkap RM 300)
4.Pakaian bersanding , orang pompuan sponser.
5.Hantaran RM 10,000/ (harga paling koman, masa Anja nak kawin tuh...may be dalam masa 5 atau 6 tahun lagi.La ni Anja baru 21)
6.Barang hantara 50-50, kongsi dengan dengan pengantin pompuan, dia beli barang dia, Anja beli dia punya sendiri...so, nak mahal punya barang , pandai-pandai le.;-)....anggaran RM 1000 jugak le.
7.Gift untuk guest, bunga telur ke, kek ke, gula-gula ke....untuk 1000 orang, RM 400. (paling koman jugak nih)
8.Kad jemputan, adik Auntie sponser....dia ada printing company. :-)
9. Persiapan bilik tidur, pengantin sendiri kongsi le...tu pun dekat RM 3000. (kita beli le perabut hak elok sikit, sebab nak guna lama kan, harga tu standard Anja le tu)
10. Jamuan...ni yang banyak nak kena keluar duit...satu kepala RM 15, kalau 1000.....dah RM 15,000
Oh!....Auntie tak berani nak sum-up tuh!...tu baru yang "kenkononnya"....isyyy...kot yang 'real' how la????? pengsan maaaa.
Thursday, November 17, 2005
Dewa.
Sejak sebelum puasa lagi, lutut Auntie bertambah sakit. Agaknya Auntie perlu buat injection semula macam 3 tahun yang lalu. Rasa macam dah malas nak buat treatment tu, sebabnya selepas 2,3 hari, kaki akan bengkak dan tak boleh nak berjalan...azab dibuatnya.Doktor ada jugak suggest suruh buat operation je, tapi dia macam tak berapa yakin boleh baik sepenuhnya.
Last Saturday kat TV3, program MedikTV ada tunjuk orang operate lutut....arghhh, ngeri pulak rasanya.Macam depa dok bertukang pulak.kelentung,kelentang...aduii! tak sanggup pulak rasanya. Tapi bila dah sakit macam ni, rasa frust pun ada jugak. Nak kemana pun terhad.
Hati tu bersemangat nak ke sana sini, apalagi sekarang musim orang buat open house..banyak undangan yang terpaksa ditolak. Kenduri kawin pun dah banyak ni, yang tak dapat pergi pun dah 2 ,3 terlepas...minggu depan kawan Auntie nak kawinkan anak dia...berbesar hati dia menjemput, dah kirim kad satu hal, dah tu telepon pulak lagi...isy...banyak sebab Auntie rasa macam takmo pegi, sakit lutut is one good excuse...but satu lagi...auwww...takut pulak terserempak dengan "Mata Air" lama....cis! (apa le Auntie nih?)
Kenkawan Auntie sibuk jugak tanya bila nak kawinkan anak?...isyy...anak Auntie Si Anja tu baru masuk 21 tahun...kot ada gadis yang nak pinang dia boleh le ku kawinkan dia...ini dia yang kena pinang anak orang.....kena prepare betul-betul dulu. Jaman sekarang nak kawin tidak mudah. Disegi material ramai yang mampu...sampai ratus ribu berabih pun orang tak heran. Yang jadi masalahnya bila dua tiga tahun kawin dah terperasan tak sesuai, tak ngam, tak secocok. Masa belum kawin bukan main lagi bagai nak rakkk...belum apa-apa dah "bermama berpapa!
Ya, betul, ajal maut dah jodoh adalah ketentuan ilahi.
Isy...Auntie ni yang benonya tersangat le boringnya....dah tak tahu apa nak karang kat sini...dok melilau kat blog orang semua orang tulis cerita best belaka. Perasan tak hari demi hari kita akan terjumpa blog-blog baru yang menarik. Ada juga orang tutup blog. Ada juga orang mati....yang pelik tu dia boleh hidup balik...ni mesti hantu jelmaan.
Alhamdulillah, dia bukan hantu, dia hidup semula sebagai Dewa.:-)
Monday, November 14, 2005
Cuti berblog.
Auntie bercuti cuma dua hari saja untuk sambut Hari Raya. Last week 7 hb. dah pun mula bekerja. memang masa tu masih ramai yang bercuti. So, Auntie pun bukan main suka lagi. Bila check dengan PA bos, dia kata bos pun masih cuti...tanya pulak, bos-bos yang kecik-kecik pun masih cuti ke?...ya dia kata. Rupanya pada hari tu hanya ada 5 orang saja yang datang kerja....hemmm...sudah cukup baik ni...boleh le aku berinternet sampai petang..tapi, apa yang terjadi?...sungguh kecewa, bhg. IT tak buka server sepanjang minggu tu...hampeh sungguh!!...melopong le Auntie. Dah le tak dapat nak update, nak melawat blog pun tak dapat juga. Kawan nak bercakap pun tak ada...sib baik ada juga beberapa kawan yang rajin telepon bertanya kabar...kalau tidak, mati akal le jugak.
Orang lain dah habis dah cerita raya, Auntie baru nak cerita raya....jangan boring le, Auntie cerita ringkas-ringkas je, lagi pun time raya Auntie bukan beraya pun hanya dok berbaring depan TV saja...almaklumlah orang sakit.
Lepas sembahyang raya (Auntie dok kat rumah) kami berangkat ke Pekan Pahang rumah mak Cik Din. Seronok jugak beraya kat Pekan ni...dapat relax memanjang kebetulan pulak lutut Auntie tak mengizinkan Auntie bergerak sangat, tu yang terbaring sepanjang hari tu.
Raya ke 3 dah balik KL semula.
Minggu lepas 11hb. Auntie balik pulak ke Perak rumah mak Auntie sambil tu hantar Si Amir balik ke asramanya.(La ni dia tengah dok kalut menjawap soalan SPM, paper BM.....mudah-mudahan dia dapat jawap dengan tenang) Kami tidur 2 malam. Seronok jumpa mak kali ni. Dia nampak sungguh ceria...dan tak banyak melalut macam selalu...tapi 'lorat' dia tu tetap maintain....:-)
Biasa le mak Auntie tu, kita belum pun masuk rumah lagi, dia dah mula nak bercerita itu, ini. Kami sampai just time untuk lunch....dia dok cerita itu ini, kami baham saja nasi yang terhidang di meja.
Petang tu kami hantar Amir masuk balik ke asramanya...
Amir ni memang buat Auntie "seriau" ...sepanjang dia bercuti raya, dia langsung tak tengok atau pegang buku....malah jeling pun tidak...isy...sebagai mak, Auntie hanya dapat nasihat dan memperbanyakkan doa saja...bila tanya dia kata ' semua dah ready '....selamba je....nak leter panjang pun tak kena jugak...so, sabo jelah mak dia nih....sekarang ni pun Auntie dok debar-debar...seolahnya Auntie pulak nak jawap soalan...tak tahu lah macam mana dia menjawapnya...
Semalam barulah Auntie balik semula ke KL sampai pun dah hampir nak maghrib. Masak nasi dan goreng ikan masin saja. Mak Auntie bekalkan sedikit lauk untuk kami dinner.
Memang rasa lama sungguh Auntie bercuti...lebih terasa lagi bila tak boleh nak berblog.Alhamdulillah hari dak ok.
Hari ni tak boleh cerita panjang.Banyak lagi blog-blog yang Auntie belum ziarah. Ada baiknya Auntie berziarah dulu. Esok-esok kita gebang lagi.
***********************************
*************************************
Friday, October 28, 2005
Selamat Hari Raya.
Dikesempatan ini Auntie dan keluarga ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pembaca blog ini dari dulu sampai sekarang, dari jauh dan yang dekat-dekat.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN
Thursday, October 27, 2005
Persiapan raya lagi...........
Nampak gayanya terpaksa kena type dalam words, kemudian copy paste kat blogger.
************************************************
Dah habis cerita persiapan nak raya? Tak, banyak lagi nak cerita.
Ada orang tu kan dia kata dah malas nak pergi melawat blog-blog yang dia selalu pergi, sebab asyik-asyik cerita nak raya. Tentulahkan kita nak raya ni seronok tau…tulah nikmat kita berpuasa. Bagi kita satu kemenangan gitu.
Budak-budak pulak sebab puasa akan berakhir. Raya datang pulak. Bagi mereka nih raya adalah sangat dinantikan. Apa tidaknya mak ayah semua sibuk buat berbagai persiapan untuk mereka. Baju raya,kasut raya, songkok raya.
Untuk diri sendiri, apa pun belum disiapkan. Ingat kot le Cik Din nak perezen baju ka bang sepasang, bila tanya dia, dia kata “ baju dah bertimbun, pakai saja lah yang paling terbaru, lagi pun nak balik kampong mana orang tau baju baru ke baju lama”…hemm…betul jugak kan. Nampak gayanya Auntie kena beli sendirilah.
Lepas raya ni Auntie dah banyak terima undangan (ceh! macam artis pulak)…bukan le untuk menyanyi, undangan makan-makan, beramah mesra dengan kenkawan. Ramai jugak yang nak buat open house nanti. Depa jemput Auntie awal-awal lagi sebab Auntie sorang terbuang kat Putrajaya ni. Auntie sendiri tak buat le kot open house ni….rasanya tak terdaya, walau pun kalau nak guna khidmat catering…sebagai tuan rumah takkan tak bergerak langsung…tentu kena kehulu kehilir jugak…..mau terus tercabut tempurung lutut nanti!
Macam biasa, Auntie pun siap jugak duit raya walau pun tak banyak mana. Ikut kemampuan. Oleh kerana tahun ni Auntie akan beraya di Pahang maka anak-anak sedara Cik Din lah yang akan dapat duit raya. Cik Din dia buat ‘dunno’ je. Dia hanya bagi duit raya kat mak dia saja.
Jim pun dah berkira-kira duit raya yang bakal dia terima nanti. Dia pun dah ada ‘wish list' nya.
Selalunya Auntie memang bagi duit raya untuk anak-anak. Hanya dua orang saja pun. Si Anja dah bergaji, so dia jugak kena beri untuk adik-adiknya….tak tahu le dia ni kedekut pait!.........
Jim pun dah kata yang dia rasa sedih lah mungkin tahun ini last dia dapat duit raya, selain dapat dari emak…sebab dah besar panjang, orang nak bagi RM1 tak berbalaoi, kalau ikut kawan beraya orang tak bagi kat budak besar yang tinggi macam dia. Betul jugak kata Jim. Jadi , bebudak remaja memang berharap sangat dapat duit raya drp. Mak sedara & bapak sedara je lah.
Masa Auntie kecik-kecik dulu pun memang tak dapat banyak duit raya, sebab tak ikut beraya, mak Auntie minta Auntie stand by kat rumah sebab anak- murid dia akan datang berduyun-duyun. Auntielah tolong mengidang kuih dan membasuh pinggan mangkok. Tak berpeluang nak meronda sana-sini. Kalau nasib baik ada kawan mak ayah datang rumah beraya dapat le duit raya. Kalau tidak harap duit raya yang mak bagi saja lah.
Monday, October 24, 2005
Persiapan.
Dalam bulan puasa ni saja dah tiga kali Auntie ambil cuti untuk berehat.Jumaat lepas pun cuti jugak. Pepagi lagi kena datang juga ke Putrajaya sebab nak ambil MyKad yang Auntie buat masa bulan Ogos lalu. Nak di ikutkan dah sebulan siapnya, tapi tak de masa pulak nak pergi ambil walau pun ofis Auntie ni hanyalah sepelaung daripada Pejabat Pendaftaran tuh…lagi pun sapa nak bawak Auntie kalau bukan My Tamil Hero tuh???
Nak ajak kenkawan, segan le pulak sebab ini hal peribadi, takut pulak kot lama menunggu. Alhamdulillah tak sampai 10 minit dah siap urusannya. MyKad tu memang le cantik….gambar Auntie je tak cantik, macam muka nyonya…mata sepet hidung kembang….isyy…macam mana boleh jadi cam tu?...mungkin sebab masa nak buat gambo tu depa suruh Auntie bergambar tanpa pakai cermin mata…gasak le….lagi pun dah tua daaa.....
****************************************************
Dah agak lama Auntie tak memasak. Asyik membeli makanan je…naik boring. Lauknya bukan sedap sangat, tapi, ye lah bulan posa ni kena berbanyak sabar dan bersyukur dengan rezeki…kat Pakistan tak cukup makan, kita kat sini terlebih makan pulak.
So, masa Auntie cuti sempat le memasak untuk berbuka puasa. Memang sedap le kalau masak sendiri dah lama tak masak udang masak lemak cili padi….hemm yummy, yummy…kerang rebus cicah air asam, sayur cendawan goring dengan daging…ayam bakar….cihhh…bila dikenang …cair air liur… isyyy…
********************************************************
Semalam best betull…seharian Auntie dok bermalas-malasan dari pagi sampai jam 5.00 petang.
Lepas sahur sambil nonton TV, sambil lipat kain. Cik Din ajak gi teman dia beli baju….Auntie tak ikut le…kalau dia nak beli baju…nanti tercabut kepala lutut Auntie dok masuk, keluar kedai..
Pas tu baca paper…dah puas belek paper, pasang pulak CD Siti Nurhaliza buat konsert kat Royal Albert Hall tu…..ada 3 CD, CD 1 agak boring sebab lagu dia tak berapa best, CD 2, ok lah sebab banyak lagu hits dia, CD 3 – belakang tadbir….ha, yang ni ada Kak Teh….the femes Mak Cik Blurr….suara Kak Teh ni manja tau, Kak Teh pun bukan main sweet lagi…bila kita nak bertentang mata ni..? auwwwww!
p/s : ada orang tak suka dengan Siti…sampai dia tak boleh nak eja nama Siti tuh….kalau si Samiah tu dia bukan main minat, mungkin dia tak tahu Samiah guna nama glamour ….he…he…dia kena tipuuuu!
********************************************************
You all dah buat persiapan nak raya ke?....Auntie satu apa pun tak siap lagi. Baju raya jejaka dua orang pun belum di beli, baju sendiri lagi le….anyway My Tamil Hero dah beli baju raya…tapi dia kata baju untuk pakai kerja…baju Melayu dia tak beli, last year punya masih OK. Auntie ingat nak beli jugak le baju raya, nak hadiahkan untuk diri sendiri…lagi pu kan tahun ni Auntie puasa penuh…he…he…insyaallah…
Rumah tangga tak payah siap apa pun yang penting kemas, bersih, teratur. Langsir yang ada masih elok, cuma nak di basuh je. Kerusi lama masih ok…dah 15 tahun dah kerusi tu…karpet ok lagi. Yang nak kena ada ialah kueh raya. Sehingga hari ini masih belum pergi ‘tunjuk’ lagi.
********************************************************
Tahun ni Auntie akan beraya di Pekan Pahang rumah MIL……………uwahhhhhhhhhhhhhh!!!!!
Wednesday, October 19, 2005
Yang Pergi....
Seminggu sebelum tu, Auntie berada di wad sebuah klinik menjalani D & C setelah di dapati termengandung di luar rahim. Malam tu, dalam keadaan yang masih lemah mak telefon “ Zian, balik le, mak tengok ayah mungkin dah tak de harapan…dia tenat, dia dah nazak….” Tenang saja suara mak, dia tak tahu yang Auntie pun masa tu separuh tenat jugak.
Kami pack barang, pack baju. Esoknya lepas sahur kami berangkat membelah kedinginan pagi menuju ke utara. Perasaan berbelah bagi. Penangan ubat bius masa D & C masa ada saki bakinya.Auntie masih lagi terasa “high” nya.
Nak dijadikan cerita, sejurus sebelum Gua Tempurung, kereta pulak buat hal. Hose air-con pecah or something…kereta dah tak boleh jalan. Masa tu h/phone pun tak de, sib baik ada one good Samaritan berhenti dan tolong call Plus Ronda. Alhamdulillah tak sampai 10 minit depa dah sampai, kereta di tow kesebuah bengkel berhampiran selepas Gua Tempurung. Kami anak beranak pun naik juga kereta tow tuh.Tukar hose. Kereta dah boleh jalan. Perjalanan diteruskan.
Jam 12 sampai rumah. Orang dah ramai.Dalam hati tuhan saja yang tahu. Rasa nak nangis…tapi kenapa pulak air mata tak gugur?
Terus masuk rumah, masuk bilik ayah.Dia dibaringkan atas katilnya. Mata separuh terbuka, tapi pandangannya jauh. Auntie terus pegang tangan dia, dia respon sambil angguk kepala. Tak tahu nak cakap apa. Mak ditepi kepalanya sebelah kanan, mak ngah (kakak ayah) di sebelah kiri. Ajar mengucap.Beberapa abang saudara membaca Surah Yasin silih berganti.
Semakin lama rumah semakin penuh. Ramai yang datang ziarah.
Membawa kemalam ayah macam tu jugak dada berombak, nafas turun naik. Kami bergilir menunggu saat-saat terakhir ayah. Sentiasa ada ditepi katil. Ucapan Syadah tak henti-henti dibisikkan ke telinganya.Tiga hari tiga malam macam tu saja. Hari Jumaat petang tatkala kita sedang sibuk berbuka puasa ayah menarik nafasnya yang terakhir perlahan-lahan dengan tenang. Auntie, Cik D (adik Auntie yang bongsu) dan mak berada disisinya. Dia pergi menemui Penciptanya.
Kami mengucapkan syukur ke hadrat illahi….ayah pergi dihari baik di bulan yang mulia.
Baik emak mau pun kami anak-anaknya, sorang pun tidak menangis. Kami pun hairan . Kenapa air mata tidak gugur seperti lazimnya.
Arwah ayah dikebumikan keesokkan hari. Adik-adik lelaki (4 orang) memandikan dan mengafankannya bersama-sama beberapa orang bapa saudara.
Selesai disembahyangkan dirumah, jenazah di bawa pulak ke masjid untuk disembahyangkan sekali lagi kerana masih ramai yang tak dapat berbuat demikian.
Di perkuburan dah ramai yang menunggu. Kami kaum wanita hanya melihat dari luar pagar saja.
Balik kerumah....semuanya sepi. Katil kosong tanpa penghuni. Tongkat ayah tersadai ditepi katil, ketayap putihnya tersangkut dibalik pintu.Pampersnya masih berbaki. Semua tidak ikut bersama. Mak duduk dibirai katil..barulah sedu terdengar. Kami menangis bersama-sama...akhirnya air mata berlari deras tanpa boleh disekat-sekat.
Pergilah sudah seorang insan yang di kasihi. Semakin hari beranjak pergi, perpisahan semakin jauh perginya. Di hati ini rindu sentiasa mencekam, semakin lama semakin rindu, mudah-mudahan dipertemukan juga nanti.
Al-Fatihah.
Friday, October 14, 2005
Nak masak apa?
Bulan puasa tahun ni, Auntie sedikit terkilan. Bukan apa, sebab tak dapat nak memasak untuk berbuka macam selalu. Sampai rumah pun dah agak lewat, sempat lah masak air je.Selalunya Auntie memang suka masak dari membeli.kalau beli pun beli yang agak-agak auntie nak buat sendiri tak berbalaoi atau Auntie memang tak panadai nak masak. Macam nasi kerabu pantai timur tu...eee mana Auntie tahu nak masak. Kala nasinya purple. Klau nasi ulam utara style tu boleh lah gagah masak.
Esok hari Sabtu, lusa Ahad...ha..dapat le Auntie masak sendiri. Tak tahu lagi le nak masak apa. Selalu Auntie lebih suka masak lauk pauk.Boleh masak memacam tu...ha, bakar daging buat cicah dengan air asam ke...sambil udang taruk petai, masak lemak rebuk ke...ketam bercili ke, kari kepala ikan ke......tak ke gugur air lioq.
Isys...dah nak balik ni, minggu depan kita sambung..insyaallah
Selamat Berbuka.
Thursday, October 13, 2005
Warkah Untuk AdieJin.
Adinda,
Dikesempatan ini kekanda ingin melayangkan warkah yang diharapkan dapat memberi ketenangan jiwa kepada adinda yang sedang hiba dan gundah gulana dek kerana berasa bersalah yang amat sangat terhadap kekanda.
Adinda,
Bukankah kekanda telah pun memaafkan adinda lewat warkah terdahulu? Mungkin, adinda masih merasa sangsi yang kekanda sedia memaafkan adinda. Adinda sangat bernasib baik kerana telah terkutuk akan kekandamu ini di bulan Ramadhan yang mulia, jika tidak harus tidak kekanda memaafkannya samasekali. Memandangkan bulan ini penuh dengan keberkatannya, maka kekanda dengan rasa syahdunya memaafkan adinda.
Janganlah dikau bersedih, terharu atau hiba lagi. Janganlah dek perasaan yang gundah ini telah menyebabkan puasa mu tertinggal beberapa hari kerana asyik bermuram durja.Hapuskanlah air matamu.
Adapun, kekandamu ini, tersangatlah baik dan mulia hatinya apalagi terhadap adinda.
Adinda, lupakan saja ketelanjuran itu. ……
(Haaippp! Hari ni posa ke tidak?????? nak kena balun dia nih!!!!!)
Kalau hari ni tak posa juga…tak pe…Esok jangan lupa berpuasa Kemaafan telah diberi tiada lagi gundah di hati…marilah kita sama-sama berpuasa Esok lusa belum tahu lagi samada kita masih bernafas lagi….Allah Maha Pengampun lagi memaafkan hambaNya yang lemah.
Adinda,
Janganlah membawa diri, sedih pulak rasa hati kekanda.Adinda dah menjadi penghibur kepada kekanda dan jugak penghibur kepada sahabat handai kekanda. Sekiranya Adinda membawa diri, siapakah yang akan jadi penggantimu???....oh! tidak....!!!
Oh!…dimanakan ku cari gantimu??????…….
Monday, October 10, 2005
Sup Tulang.
Minggu lepas Auntie tak sihat. Hari Khamis dan Jumaat ambil cuti dan rest kat rumah….kaki dah jammed. Agaknya kena sumpahan berkaraoke nih! Kat rumah pun tak buat apa-apa tebaring saja nasib baik ada Jim temankan dia cuti sebab exam PMR.
Hari ni rasa macam lega sikit. Kadang-kadang rasa rimas dengan sakit yang ditanggung. Dari pandangan orang lain langsung tak de cacat cela.Boleh bergurau senda, boleh makan boleh tidur dengan lena…yang tak boleh nak berjalan macam biasa….entah bila agaknya penyakit ini akan reda. Sabar dan sabar saja.Mungkin banyak hikmahnya. Rawatan kat hospital dah berlarutan ke tahun yang ke 3 . Dah naik boring jumpa pakar orthopedic tu….balik balik bagi cream sapu yang tak memberi apa-apa kesan. Ubat kena beli sendiri.Sabo, sabo saja lah.
Dulu Auntie ikut juga kelas fisioterapi kat HKL, sejak kat Putrajaya ni dah agak susah nak ikut. Kena buat sendiri kat rumah. Faham sajalah kalau kat rumah…mula-mula rajin le..dah lama liat pulak. Dah seminggu ni terpaksa ikut jadual senaman macam yang diberikan dokter…hemmm…kalau tidak nanti langsung tak boleh jalan. Nak harapkan Cik Din…tak patut sangat le dia pun bukannya bertambah muda…dah sakit sana sini…+ malas pun ia jugak!
Setelah 4 hari berehat, ada lah rasa kurangnya. Perasaan tu bukan main cergas…tapi, adui! Nak jalan kena perlahan-lahan.
Rasa amat rindu dengan kenkawan blog nih..pagi lagi dah ziarah sana sini…hemm…macam dah ketinggalan…
Hari ni dah masuk hari ke 6, kami hany bertiga kat rumah.Kami tak kisah sangat dengan juadah berbuka ni. Walau pun tak sihat, masak, tetap masak. Masak ni bukan susah sangat. Bulan puasa lagi le senang. Kueh tak payah buat…beli saja. 3 bijik dah cukup. Beli buah. Buat air.
Semalam Auntie masak sup tulang. Masakkan paling senang. Campak saja tulang dalam rice cooker, taruk air. Masak samapi 3 jam. Campak saja sup bunjut, bawang merah, bawang putih halia dan lada hitam. Garam jangan lupa. Taruk kentang 2, 3 bijik. Campak daun sup & daun bawang….siap untuk dimakan. Bismillah………
Hari ni tak tahu lagi apa nak makan untuk berbuka. Kalau sempat, mesti masak. Bulan puasa ni sampai rumah dah pukul 5.45 – 6.00…masak air sempat le…
Wednesday, October 05, 2005
Auntie Yan Berkaraoke.
Auntie sendiri terkejut dengan kebolehan Auntie tu…rupa-rupanya 'aku ni berbakat juga'.... :-)
Pada sessi berkaraoke malam akhir kami di Melaka tu, setiap kami di”paksa” oleh bos untuk nyanyi..Yang geng tak pernah pegang mikrofon ni gelabah habis…sejuk-sejuk tangan kami semua. Petang tu, lepas ceramah motivasi, bos dah bawak masuk satu buku’menu’ lagu-lagu karaoke. Itu le pertama kali Auntie tengok buku macam tu. Wah! lagu berbagai, lagu orang putih dan lagu Melayu. Bila Auntie tengok judul lagu Melayu, ahhh….tak banyak yang Auntie tahu…takkan Auntie nak nyanyi lagu “Janji Manis Mu”…kang pecah suara masa nada tinggi nanti buat malu je gelak dik bebudak ofis …belek punya belek, Auntie terjumpa lagu fevret Auntie….tak tahu pulak sapa nama penyanyi sebenarnya (…Mak Andeh tahu dak?) Judul lagu tu ialah “Yesterday”…lyrics pun Auntie tak ingat, ingat takat sebaris je tu…gagahkan diri buat macam berani and control diri buat cam confiden je..he…he….Auntie minta Pak We yang jaga lagu tu test tengok dulu betul tak lagu tu lagu yang akan Auntie nyanyikan…hemm…sah betul.
Betul kata Jubeiz, dah pegang saja mike tu,start dua tiga baris…dan perasan pulak tak terkeluar dari melodynya…eh?...ok …jugak…so bukan main sakan le Auntie nyanyi…”unconscious” sekejap….:-) Mujurlah pada malam tu ada pulak final Piala Malaysia kat TV, Cik Din tak lah stay untuk tengok Auntie nyanyi.Kalau ada dia tu segan le jugak.
Lepas nyanyi ada pulak juri bagi komen…not bad le. Antaranya:-
Juri No. 1 - “ Ada bakat, boleh jadi penyanyi popular satu hari nanti”……
Komen Auntie…..: oiii, dah terlambat, aku dah tua, elok berzikir je atau banyakkan membaca al-quraan.
Juri No.2 – “diction OK, mulut kena bukak besar sikit.”
Komen Auntie….yess…betul tu!...tapi mulut tak leh le bukak besar-besar sangat…takut nampak gusi je, gigi dah banyak patah….old age!
Juri No. 3 – “ Kalau boleh kena bangun berdiri….jangan melekap atas kerusi saja…goyang badan sikit”
Komen Auntie…Isyyy…budak ni akau sekeh kang!...mana boleh berdiri…aku sakit lutut la. Apa? Kena goyang badan?...badan comel tak pe le…ni badan aku macam badak…
Lepas nyanyi dapat hadiah…….hanger baju!!!
-hadiah sagu hati untuk penyanyi tak melebihi RM10/-
* Kang ada pulak orang press kata kami pi ngabis duit gomen/rakyat.
----------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya, penat sungguh pi sessi Team Building ni. Masa sangat terhad, program pulak berbagai, ceramah itu ini, Ice-breaking la , skill itu skill ini, siang malam, siang malam sampai malam akhir tu baru rasa lega. Lepas dinner, berkaraoke.
Sebelum tu , disebelah petang kami ada suai kenal famili di Water World…lepas tu acara sukaria main air le. Anak-anak memang seronok sampai kecut tangan dan kecurt bu***g…Ada yang terpaksa ditarik anak memasing naik, baru naik, ada yang guling-guling takmo balik..
Orang pulak bukan main ramai. Bas-bas pelancongan pun banyak. Rombongan makcik-makcik ada, rombongan budak sokolah, pejabat swasta, rombongan pekerja kilang (…Aunty N tak nampak pulak….hemmm…bukan kilang dial ah tu…)
Mat-mat Bangla (Joe Bangla takdak, dia kat US) pun ramai jugak. Depa berpakaian smart macam orang nak pi ofis lagaknya.. Masing-masing dengan kamera di tangan sibuk dok klik, klik….rupanya depa dok klik kat amoi-amoi yang berbikini….hemm…bila lagi noooo…dah depan mata takkan nak dilepaskan begitu saja.
Hampir 3 jam bebudak berendam main air. Auntie tengok saja, sambil sembang-sembang dengan geng yang tak main air.
Hari Ahad selesai lah semua…setelah kumpulan yang menang dapat hadiah, cabutan bertuah etc.etc….Auntie dapat satu hamper…actually semua orang dapat, Cuma beza harganya….jadi semua orang pun happy.
Lepas lunch kami pun balik ke KL…Auntie sampai lebih kurang pukul 2.30 ptg. Dari dalam perjalanan lagi dah pasang niat, sampai saja sat lagi, aku solat zuhur, pas tu nak tidur…badan rasa letih sangat. Dalam kereta pun dah bantai tidur.
Sampai je kat rumah……adui!!! Malang sekali, kami tak dapat masuk rumah, si Anja telah kunci dari dalam dan meninggalkan kunci di lubang pintu tuh…..dah satu hal le pulak…bila kontek h/phone dia…dah jawapannya “tida dalam kawasan”….isy…budak bertuah ni rasa nak jerit-jerit kat dia. Kami pulak tak bawak kunci pintu dapur.Si Anja ada kunci pintu dapur, so, dia keluar masuk ikut dapur….Kami ambil keputusan pi ron Carrefour dulu, kebetulan Auntie ada boucer CarreFour….sambil tu kontek jugak Si Anja…..balik semula ke rumah dah pukul 4.00…pukul 4.30 baru dapat kontek Anja…bertuah punya budak cis!!!….@3@@@**&&@@@!!!!.....hujan dah mula turun, pulak,maka kami tiga beranak masuk le semula dalam kereta…nasib baik tak lama lepas tu, sampa le Si budak betuah tu dengan kuncinya..hisy…kalau di ikutkan hati…mau saja di balun si Anja ni…tapi, dia dengan senyum simpilnya…”sorry…ingat mak ada kunci belakang…” dan dia terus cabut naik kereta kawannya…tak sempat Cik Din nak belasah dia….ohhh..anak ku…..
Masuk rumah, rasa flat habis…..
p/s: P-Nut, Auntie tak larat dah nak tunggu Mawi. Acara dia pukul 2.30 ptg.
---------------------------------------------------------------
Hari Isnin, dah rasa macam….malasssssnya nak pi ofis ni…tapi terpaksa juga pergi sebab bos dah suruh attend satu Seminar pulak….dari pagi sampai petang….ayooo…tersengguk-sengguk jugaklah kat bilik seminar tu…….apa nak buat dah arahan.
----------------------------------------------------------------
Ha, dikesempatanm ini, Auntie ucapkan Selamat Berpuasa. Insyaallah kita semua dapat menjalankan ibadah ini dengan penuh kesabaran.
Yang nak kurangkan berat badan…apa macam???boleh…kita berbuka dengan kuma dan segelas oren jus….dan bersahur dengan segelas susu dan 3 bijik kurma juga,,,,
------------------------------------------------------------------
Tuesday, September 27, 2005
Blogging is World.
Kali ni sibuk pulak dengan persiapan Team Bulding yang akan di adakan di Melaka mulai petang Jumaat ni sampai hari Ahad. Macam-macam nak di squeeze dalam program tu nanti. Pening jugak kepala memikirkannya. Alhamdulillah, hari ni dah selesai dah. Cuma yang jadi musykilnya malam last tu ada dinner dan bos dah mengeluarkan arahannya that everyone of us mesti menyanyi/karaoke...isy...tu yang rimas tu....Auntie mana pandai semua tu...kalau banyak masa diberi boleh jugak minta tolong Mak Andeh bawak pi karaoke praktis seround dua....
Lagu apa lah yang aku akan dendangkan tu...bos kata semua mesti nyanyi, no excuse!!! adoi!! kejam betul lah bos ni. Dengar kabonya bos ni memang kaki berkaraoke.Auntie bukan apa takut ter'unconcious' le pulak bila dah mula warm up tuh...he..he...perasan macam Siti atau Jacklyn Victor pulak!
Balik kerja ni kena tanya dengan Cik Din lagu apa yang sesuai Auntie bawakkan nanti...Lagu mesti setara dengan umur lahkan....gamaknya lagu 'Gunung Banang' sesuai le kot...tapi sah tak de dalam CD karaoke...payah sangat Auntie nyanyi lagu 60an...siap nari a-go-go...ha...baru le terbeliak mata bos!.........tunggu saja lah apa jadi nanti akan Auntie laporkan.
******************************************
Wah, huru-hara dunia blogging sejak hari Ahad, ni semua penangan Mak Cik Blurr kita lah. Seronok sungguh kita semua dok pasang angan-angan.
Ha, hari ni dalam surat khabar Kosmo pun ada lagi pasal blogging ni yang di tulis oleh Sean Yoong. Ni pasal kebebasan memberi pendapat melalui blog dan perihal beberapa penulis blog yang telah ditahan di Singapura akibat menulis komen yang berunsur hasutan dan perkauman.
Bagi penulis blog macam kita-kita ni nothing to worry...kita bukan tulis benda-benda macam tu.
Kita banyak bercerita berkisar keluarga dan kisah hidup masing-masing untuk dikongsi bersama. Akhirnya satu ikatan silaturahim tersimpul erat diantara kita.Bagi Auntie yang dah berusia ini berharap yang muda dapat menilai kisah hidup atau pengalaman yang telah kami lalui. Bagi Auntie pulak berharap dapat menimba ilmu dari generasi muda. Dulu kami tak de IT, IT, nih...cam Auntie nih terhegeh-hegeh nak buat blog walau pun dah 3 tahun lebih dok merapu dalam blog ni.
Memang, orang yang tahu saja yang faham atau yang dapat rasakan betapa seronoknya memblog nih. Kalau tak de idea...kita pi saja kat blog orang..dan boh komen...
Blogging is World!!!
Friday, September 23, 2005
Tudung Hitam, Baju Rimau.
Macam-macam komen adakan. Sesetengah tu meneka beberapa kali. Yang hairan tu apasal ramai yang dok target kat "yang pakai tudung hitam tu". Ada jugak yang kala blind (Adiejin) tu, orang nampak kala biru , dia nampak kala hijau!..........;-) Nama pun teka, jadi semua pun pakat teka.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Ulasan : ramai macam dah tahu yang mana satu Auntie Yan tu...mungkin sebab telah di beri clue atau ada rahsia bocor...;-)..tak kisah le kan..
Sarah, Uda dan Anonymous meneka dengan tepat untuk 1st.try.
Cik Tenah dan En rojak buah mendapat jawapan sebenar dengan 2nd. try.
Anak dagang...main akur je dengan tekaan kali ke 2 rojakbuah tu.
Nonie pun hampir tepat tapi tak sure le pulak.
Ada yang teka jugak tapi salah.(Jubeiz & Jems)
Yang lain tak berani nak teka.(Oren, Kak Pah) ada yang cuba nak merasuah (Jokontan)...alhamdullillah....geng Auntie semuanya kuat pegang rahsia...rasuah tak main!
So......memang benar le pompuan yang pakai tudung hitam, baju rimau tu Auntie lah tu....
Auntie ucapkan ribuan terima kasih pada yang telah mencuba.
Hadiahnya belum pikir lagi.Hari tu Tenah dah tanya, Auntie kata boleh gi dating dengan Auntie.....tentu ramai tak setuju...apahal pulak nak dating dengan makcik kan??
Ada-sapa nak tolong sponser hadiah?............(see, Auntie Yan ni kalau boleh, semua dia nak free..;-)
Thursday, September 15, 2005
Lawatan Ke Penang.

Ha...ni gambar makcik masa makcik melawat projek kami kat Penang..Kat belakang tu gelap gulita...sebenarnya tunnel tuh...
Awek kat dalam gambo ni semuanya dari bahagian Auntie tu .Wanita yang bertudung biru belakang yg. pakai baju kuning tu bos Auntie.
Auntie pulak di antara gadis-gadis Melayu tulah.Hemm...agak-agak yang mana satu?. Gambar ni dah lama jugak...lebih kurang 6 atau 7 tahun lalu....masa tu Auntie lawa jugak le...hi..hi...:-)
p/s: hanya ada 4 orang saja rakan blogger yang dah jumpa Auntie...so depa boleh kenal le kot walau pun gambar lama tuh...tak banyak berubah tu.
Wednesday, September 14, 2005
Jejaka Perasan.
Minggu sebelum tu dah pergi, sempat le berkemas-kemas semak samun 'garden' yang sekangkang kera tu.Yang seronoknya jiran sebelah adalah orang baru. Dia baru beli rumah tu dari owner lama.Jiran baru ni renovate rumah tu, yang bestnya pagar yang sharing dengan rumah Auntie dia buat baru, dia naikkan tembok dalam 2 kaki kemudian dia pasang kayu cam deco...Auntie tumpang le tempiasnya hi..hi....sakan jugak nampaknya dia buat tu. Orangnya Auntie belum jumpa lagi. Harap-harap ok lah orangnya macam jiran yang lain tu. Deret rumah kami ni tak panjang, cuma ada ada 6 pintu je. Jiran-jiran pun semuanya ok,except jiran yang jual rumah tu.Dia ada kes dengan pejabat Agama, so mungkin dia malu, sebab tu terus jual je rumah tu.
Bila dah kerap sangat berulang alik ke rumah tu , dah rasa macam nak pindah sesangat., lagi pun jarak KL ke Putrajaya ni boleh tahan jugak le...tiap hari itu kereta kena isi minyak RM 10, bayar toll pergi balik RM3.40, belanja makan kami dua orang RM 10 (sehabis jimat tu)......hemmm...paling sengkek pun sehari RM 25. Sebulan dekat RM500. Elaun pindah Putrajaya hanya RM150. Sat ni dapat pulak surat 'cinta' daripada LHDN..............uwaaaaaaaaa!!! ada ke gaji ciput cam Auntie pun kena bayar jugak...isy nasib bagi dah buat potongan dah...tapi masih kena top-up le jugak tu....
Berbalik pasal rumah tu, hari Ahad kami berdua pi buat survey kat Jalan Pasar...ada banyak kedai lampu....sib baik tak terserempak dengan seorang Jejaka yang beli cermin mata 'Gucci' tu...hemmm, kalau tidak, harus Auntie minta dia belikan satu untuk Auntie jugak, lepas tu suruh ambil gambar dan begakan rupa Auntie pakai Gucci tu biar nampak macam Juhi Chawla !...boleh??
Survey punya survey, satu pun tak beli.....bukan tak berkenan, banyak yang berkenan...........semuanya yang bukan dalam budget kami...begitu le susahnya jadi orang semekin!!...don't worry, Auntie tak le frust....dah ada pun beberapa bijik lampu yang kami dah beli dulu tu, saja pi gatai tengok yang mahal sapa suruh....cuci mata saja...Anyway kalau nak jugak, kena impun duit dulu le...mana tahu kot lepas Pak Lah baca budget nanti dapat bonus dua tiga bulan...boleh terus pi grab (...cam cakap orang Amerika!) dua tiga bijik lampu tu..;-)
Hujung minggu ni Jim akan ikut rombongan sekolah melawat Pulau Pinang. Bukan sekolah dia yang buat. Ingat tak Cik Gu Ros? jiran Auntie tu, ha dia le ajak Si Jim pergi, sekolah dia punya rombongan tu. Dia nak bawak anak dia, Amirul, budak bertuah tu takmo ikut sebab tak de kawan dan sudah sebut nama Jim untuk temankan dia, so mak dia terus call Auntie minta izin nak bawak Si Jim.Ok saja lah...Auntie pun tak de le dalam perancangan nak pi Penang tu (takut nanti, jenuh le kawan Auntie yang sorang tu dok belanja makan mee udang....dah berapa ramai umat tu yang dia dah belanja....hemm, dia ni bukannya kisah sangat...almaklum lah Manager Kilang.......;-).......)
Jim bukan main suka lagi, dah siap korek tabung...nak buat belanja ke Penang. Auntie buat derk je...konon Auntie hanya akan bayar tambang basnya saja. Hemmm...rupanya dah banyak dia menabung.Yang kelakar dia dah siap berangan nak melawa. Sebabnya, murid Cik Gu Ros semuanya pompuan...budak sekolah Convent, tentu le pompuankan....
So, hari Jumaat malam depa akan pergi le. Auntie masa sekolah dulu tak merasa le nak ikut rombongan...mak mana kasi...dia akan kata..."jangan dok gatai, macam tak pernah pi" Memang, mak ayah Auntie rajin bawak kami adik beradik makan angin waktu cuti sekolah. Walau pun kami dok kat hulu di balik Banjaran Titiwangsa tu, kami tak le "perghak" ( macam jakun le ) sangat....kalau Ipoh, Penang atau KL memang le destinasi percutian kami.
Jim dah siapkan beg baju dia. Malam tadi, Auntie pereksa beg tu.....wah! dia dah siap berbagai...ada walkman, charger, tali pinggang, topi, kamera, bandangan...kain yang ikat tangan macam Si Adam AF2 tu.....dan...jangan marah cermin mata 'Ray-ban' yg. di beli di Jalan Pasar.....hemmm...jejaka perasan!!
Thursday, September 08, 2005
"30 Years ago...."
Bila dipikir pikirkan, elok jugak kita buat satu topic tu, kemudian bloggers lain pun ikut sama dengan topic yang sama…so, dari situ kita boleh dapat berbagai versi cerita. Ni kadang-kadang kita (terutamanya Auntie) ketandusan idea apa nak tulis, tu yang kenkadang lama je blog Auntie tu jadi bisu. Ni dah ada yang suruh Auntie bercerita jugak le pasal “20 years ago” ni. Auntie ni rasanya tak boleh le start dengan 20…nak kena start dengan 30…dah lain ‘age group’ Auntie ni….he…he…orang lama dalam dunia baru.
Auntie rasa ramai yang boring bila baca ni, sebab Auntie ni bukan le di kalangan cerdik pandai yang masuk U ni, keluar U tu. Atau buat Master/Phd. dlm. bidang itu ini….Auntie tak sekolah tinggi…sekolah sekerat jalan saja. So, hantam saja lah….kita semua ada life yang tersendiri.
30 tahun lalu(1974-1977)
1. Gadis ayu- pemalu & sopan santun.
2. Sedang belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh Pk.
3.Baru nak kenal dunia, baru pandai nak berkenalan secara dekat dengan lelaki (sebelum tu sekolah pompuan, dok asrama, tak jumpa budak lelaki)
4.Happy sangat masa tu….dapat pulak boifren hensem, bercinta sakan…bulan madu atas pelangi….dunia aku punya.
5.1976 - tahun akhir…cinta pun berakhir, “hati hancur lebur bagai kaca terhempas ke batu…no more bulan madu atas pelangi….served you right!..padan le muka aku.
6.Alhamdulillah, exam clear like water….walau pun asyik berendam si air mata.
7.1977 - dapat kerja kat KL….yeyyy…dapat pegang duit sendiri.
8..Dapat boifren baru!!! ...yahooooooooo!
25 tahun lalu(1980)
1. Got married……….with my beloved Tamil Hero………yeyyyyy!!! after about 6-7 months courtship…..happy ending.
2.We tunggu, tunggu, after 4 years only, the first son was born, 4 years after that another son came out, and again after another 4 years the third son joined us. Total, 3 boys till now..:-)….....kilang sudah tutup maaa..
3. Those days bukan senang nak besarkan anak with gaji ciput like me and my Tamil hero. Kids were sent to nursery…kat Damansara, tempat orang kaya ( at that times tak banyak nursery untuk dipilih yang sesuai dengan budget kami, itu saja yang ada, dekat pulak dengan ofis. Orang lain hantar anak dengan BMW or Mercedes…or at least a Honda….kami…with our Toyota KE 30 buruk, yang badannya ada karat sana sini…..but, we buat muka bodoh and selamba-mamba je….
4.By 1987 we managed to buy a house….small one, enough for our family. We suffered a lot..nak bayar nursery fees yang mahal, nak bayar that kereta buruk and gaji already kena potong for the house loan…..we ikat perut….but…still, together we both smile:-) :-) :-) broadly…
5. Alhamdulillah….langit tidak selalu mendung…akhirnya cerah semula…bernafas semula when gaji pun dah naik, pangkat pun sikit naik, kereta dah habis bayar, anak dah besar, no need to stay kat nursery. Rumah yang di beli disewakan and kami duduk kat rumah gomen…..till now.
10 tahun lalu (1995)
1. Ekonomi dah Ok….anak-anak dah membesar. Semua sedang tekun belajar…yang malas tu kita tibai dengan rotan!!
2.Peristiwa sedih, ayah pergi menyahut panggilan illahi setelah hamper 7 tahun terlantar sakit.
3.Mak Ok, adik-adik pun dah kawin. (sorang lagi belum kawin..nak tunggu bidadari gamaknya)
4.Day in, day out sama saja…pi kerja balik kerja….lama-lama tua….
5 tahun lalu(2000)
1. Life goes on….father in law passed away.
2.Anak-anak dah mula melalu exam besar…UPSR, PMR, SPM.
3. 2002, doctor bagi tahu Auntie kena Osteoarthritis….
4.2003- mula kenal dengan dunia “blogging” mula buat blog sendiri.
5.Dapat ramai kenalan.....Cik Kieli, Nonie, Sri Diah, MBA, P-Nut, Zareda, Mat Jan, Tokei Pajak Gadai, Jubeiz, Mal , Ogy, Angah, Halela, Rasanubari, Rudy........ramai, ramai, ramai......minda terbuka luas…………….rasa macam muda semula.
This year
1. We are "50 years young".(Auntie & Cik Din le)
2. First time ever to be presented a bouquet of roses on my birthday...Thank You N...I'll treasure the memory till my last breath!!
3. First time jumpa Mak Andeh, N & Kak Wynn.
4. Kumpul lagi banyak kawan bloggers……….Kak Teh, Atenah, Ood, Anedra, Arena, Joe Bangla, AdieJin, Orenmanis, Ckunang, Mutiara, Ayu, Nazrah….to name but a few….
5. Terkini, berjumpa P-Nut.
Harapan untuk tahun-tahun mendatang.
Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki, dipanjangkan umur, di beri kesihatan yang baik…dilapangkan fikiran dan ditenangkan hati.Sentiasa beriman.Anak-anak beroleh kejayaan.Barang dijauhkan daripada kelalaian dunia dan dijauhkan dari segala mala petaka. Amin.
Monday, September 05, 2005
Bertemu P-Nut.
Auntie bertemu P-Nut.
Pada malam Merdeka tu kami dok berSMS. Dia kata nak jumpa. Auntie pun nampak gaya macam free. Lutut pun ok, so, kami buat janji akan berjumpa.Hemm..senang je nak kenal P-Nut, gambo dia dah Auntie tengok, so kalau dia datang jalan kaki pun Auntie boleh kenal. P-nut datang dengan kereta dia. Dari jauh Auntie dah boleh lambai... no. plate keretanya dah tahu. Masuk saja kereta Auntie salam & peluk dia....peluk dia memang best! tak caya tanya Tokei.....:-)
Macam pertemuan yang lain, tempat di tuju, tempat makan le.Perut pun memang tengah lapo. Kami makan nasi kandar...Auntie makan free, P-Nut belanja...he...he...asyik makan free je Auntie nih...Terima kasih le P-Nut...Sambil makan kami sembang. Macam dah pernah jumpa.... banyak perkara dah tahu melalui blog....P-Nut ni masih muda belia rupanya....macam dia kata Auntie boleh jadi mak dia...apa tidaknya, mak dia pun lebih muda dari Auntie....Lo....apasal ramai yang lebih muda dari Auntie nih???...tua dah rupanya Auntie nih....masih layak ke berkawan dengan orang muda?...harap-harap tak nampak janggal sangat.....
Auntie janji akan maintain macam orang tua....! Jadi orang tua pun seronok jugak...jangan suka melalut tak tentu pasal dah le....boring nanti.
Hari Sabtu, Auntie dengan Cik Din pi Bangi, bawak le serba sikit barang-barang. Kami bersikan kawasan depan rumah.Buka pintu, buka tingkap.
Dah duduk dalam rumah tu rasa macam nak pindah sesangat dah. Nampaknya kami kena datang setiap minggu dan bawak barang yang boleh diangkut dengan kereta dulu.
Hari ni dah 1 Syaaban. Bermakna sebulan lagi kita akan sambut Ramadan. Sempena bulan Syaaban, sat ni tadi ada ceramah Israk Mikrat.... Ustaz jemputan, ialah Ustaz Wan Sohor Bani Leman. First time Auntie tengok dia. Selalu kat TV je...O..boleh tahan jugak ustaz ni tinggi, besar, berkulit cerah....hensem....rambut stail Mawi. Dia tak pakai kopiah pun santai je. Ceramah dia memang memikat, macam selalu malah lebih umpph dari kat TV tu. Lepas makan ada jamuan. Makan free lagi. Bau nasi beriani semerbak....Auntie tak pergi makan sebab berpuasa...tercabar jugak rasanya....tapi buat dunno je...menonong menuju ka lift......:-(
**************************
Friday, September 02, 2005
Mana gajiku???
Nasib baik ada laki, boleh gak buat muka sedih...tapikan, kita biasa pegang duit sendiri...ya Allah rasa malu sungguh nak meminta dengan laki tu....Tak pernah Auntie minta duit dengan Cik Din...hiiiiiiiii!!!
Auntie dah buat muka tebal ni, tiap hari dok telefon bhg. gaji, bila gamaknya boleh selesai, bila gamaknya gaji boleh keluar...isy....agaknya depa nak tunggu Auntie gi ngadu dengan Karam Singh Walia baru selesai kot???? sabo ajelah....
p/s: inilah entry yang terpendek dalam sejarah .
********************************************
Tuesday, August 30, 2005
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Bagi kita yang tidak mengharungi kehidupan getir sewaktu negara belum Merdeka, mungkin tak rasa apa-apa pun...ramai yang seronok sambut hari Merdeka ni sebab dapat cuti.Auntie pun rasa macam tu le jugak. Apalah lagi bebudak muda...depa seronok hari Merdeka sebab dapat bersukaria menanti detik dua belas malam ditempat-tempat sambutan kemerdekaan diadakan. Seronok sungguh...seminggu lagi nak sambut Merdeka depa dah buat temu janji dengan kenkawan.Lelaki pompuan. Katanya ada jugak sampai tak jumpa jalan balik ke rumah pada malam Merdeka...ya Allah Merdeka sungguh depa ni...
Harap-harap anak kita jangan le dibiar sampai jadi lagu tu. La ni macam-macam terjadi...seram sejuk kita baca di akhbar.
Mungkin dunia dah dekat nak kiamat ni. Maksiat menjadi-jadi.
Marilah kita sama-sama menghayati erti sebenar kemerdekaan. Dah pasang bendera?...Auntie dah pasang kat rumah. Bendera besar.
Kat kereta tak pasang tahun ni...hemmm....takkan tahu sebab musababnya. He..he...!
Tahun ini adalah kali ke dua sambutan kemerdekaan di buat di Putrajaya. Lokasinya dekat sesangat dengan ofis Auntie ni. Ha, lokasi yang sama masa konsert AF3 dulu tu. Semalam, kami yang bekerja kat precint 3 dan 4 ni...kelam kabut mencari jalan nak masuk ofis memasing. Banyak jalan ditutup. Ada 'full dressed rehearsal'...kami kat dalam ofis pun panas punggung...kejap bangun menjengok...ada yang terus turun ke bawah berdiri tepi jalan untuk mendapatkan view yang bagus.
Esok, Auntie hanya akan mengadap TV sambil makan....mungkin akan masak nasi lemak kot..(kalau rajin le...).

Inilah satu-satunya gambar kenangan pada sambutan Hari Merdeka
31 Ogos 1957. yang Auntie masih simpan. Tulisan yang dah kelam kat bawah gambar tu adalah tulisan ayah Auntie. Yang tercatit ialah" Kenangan Merdeka 31 August 1957".Gambar famili Auntie tu.Masa ni Auntie baru 2 beradik.
Lelaki hensem yang pakai tie tu ialah Al-Marhum ayahanda Auntie.Wanita jelita yang memangku anak tu mak Auntie yang tersayang.Pemuda jaman tahun 50 an tu adalah Abang Awang (nama sebenarnya Othman) abang sepupu, anak buah ayah Auntie. Dia ni menumpang rumah kami pada masa tu, dia belajar sekolah agama.
Yang atas riba tu, adik Auntie Cik Lan....Ha, yang gadis cilik tu...sapa lagi Auntie le....he...he...comel gak kan? Masa tu baru berusia 2 tahun.
Kalau sesapa jumpa satu makcik, muka dia lebih kurang macam gadis kecil tu....hemmm Auntie le tu....
Monday, August 29, 2005
Balik Kampung Lagi....
Masa Auntie kecik-kecik dulu, Kuala ni macam tempat mak & ayah Auntie shopping le, beli baju raya, kasut raya kueh raya. Ayah Auntie boleh dikatakan kerap sangat datang ke Kuala ni. Sebagai guru besar sekolah, dia akan ke sebuah kedai yang menjual berbagai peralatan sekolah, so dia buat order untuk keperluan sekolahnya, sambil tu, mak Auntie pun menumpang dia datang untuk tujuan membeli belah atau melawat beberapa orang saudara mara yang tinggal di situ.
Paling seronok bila ayah Auntie belanja kami makan kat satu kedai tepi jambatan yang nak menghala ke Bukit Chandan. Tapi la ni , kedainya dah tak de lagi. Dulu kami selalu jugak pergi ke tepi sungai yang di kenalai dengan 'Lembah' tempat orang menjual barang seperti pisau, parang, golok,kacip. Kalau tak silap, semuanya di buat oleh orang kampung.
Kalau ada perayaan kami akan tidur di hotel ( sebenarnya rumah tumpangan) kat bawahnya restoren kopi China...masih ada lagi restoren tu, namanya "Double Lion" orang Kuala sure tahu punya....ha, sesapa yang pernah sekolah kat MCKK pun tentu tahu jugak.
Tu cerita pasal Kuala.
Hari tu kami tak sempat pun nak singgah Kuala, sebab dah agak lewat berangkat dari rumah.Bebudak dua orang tulah yang punya pasal...nak tengok katun le dulu, nak main game seround dua dulu....akhirnya hari pun dah panas.
Kami sampai dalam pukul dua petang. Terus je serbu ke dapur sebab dah kelaparan. Macam biasa le, atas meja penuh dengan berbagai lauk. Mak Auntie macam tu le...walau pun dia dah bertongkat, memasak tetap dia nak buat. Marah betul dia kalau kita balik tanpa bagi tahu terlebih dulu..dia nak siapkan macam-macam...kalau boleh, dari menu makan pagi sampai ke menu makan malam. Nak tahu, kata adik Auntie, lepas sembahyang subuh lagi dia dah keluarkan segala bahan-bahan untuk di masak., tu yang Auntie malas nak bagi tahu dia kalau nak balik, kesian...dia bukan main bertungkus lumus menyediakan itu ini...dah le dia tu terbongkok-bongkok....gitu le emak. Kata adik Auntie lagi....dia akan sentiasa tengok jam....sambil tu dia mengagakkan kita ni dah sampai kat mana...." O...ni Kak hang dah sampai Tanjung Malim......ni, gamaknya dah masuk simpang Kuala".....Dia akan buat berbagai andaian sekiranya kita terlewat sampai....." ni, gamaknya Kak hang pi meronda pekan Kuala....tak pun dia pi Tepen (Taiping) dulu lepas tu patah balik ke sini..."
Nasib baik dia tak pandai guna h/phone...kalau tidak tentu kejap kejap dia hantar SMS tu...
Lepas makan, Auntie sembang-sembang le dengan mak tu...macam-macam cerita. Walau pun usia dah lanjut, ingatannya masih kuat. Dia jugak tidak pekak, mata pun masih terang, boleh membaca tanpa cermin mata. Petangnya dia mengadu sakit sana sini, so Auntie bawa dia ke klinik .Dia cuma nak ke klinik yang dia biasa pergi je. Lain-lain klinik "doktor tak bagus, doktor tak berapa pandai "....kata dia lah. :-)
Mudah-mudahan kesihatannya bertambah baik.
Hari Ahad lepas zuhur kami hantar Amir balik ke asramanya. Kesian jugak tengok budak bertuah tu..dah seminggu dia cuti bersungguh-sungguh. Dia dah janji dengan Auntie & Cik Din nak pulun sesungguh untuk SPM nya nanti. Tak tahu le nak kata......insyaallah mudah-mudahan dia berjaya.
Pukul 3.00 ptg. baru le kami menuju KL semula. Jim duduk depan dengan Cik Din. Memang gitu le sejak depa dah besar remaja kalau berjalan kemana pun Auntie duduk belakang saja. Depa dok "O som" sape yang nak duduk kat depan.....Auntie kat belakang pun apa lagi tidur saja lah...sedar sedar dah sampai tempat berhenti makan minum. Kami makan malam terus. Sampai rumah dah pun maghrib.
****************************************
Friday, August 26, 2005
Bersungguh-sungguh....
Hemmm...tu sebab kat entry lalu tu, masuk gambo je. Ingat nak buat juga ceritanya...nak buat, nak buat...last last....gambo saje le.
Cuti sekolah dah sampai ke penghujungnya...puhhh! rasa lega sikit. Haru biru rumah Auntie masa cuti sekolah ni. Biar pun anak hanya ada dua orang saja kat rumah, tapi mak aiii....macam sepuluh orang tu.Tiap pagi kena bangun lebih awal dari biasa. Nak siapkan b/fast dan lunch sekali. Bila balik kerja, atas meja tu penuh dengan pinggan dan cawan, botol kicap pun ada, botol sos, botol air macam-macammm ada! Sebelum pergi kerja dah dipesan,"tolong basuh pinggan dan cawan, tolong bersihkan meja"...dua-dua kata "ok"....bila kita tanya, dua-dua kata...lo! sorry le kami terlupa!"....hemm nak tak nak kena buat sendiri jugak.
Last weekend Auntie ikut Cik Din balik ke Pekan Pahang. Sepupu Cik kawin. Musim orang kawin ni.Meriah jugak kendurinya. Ramai suku sakat kaum kerabat yang datang. Biasa le kenduri kat kampung...budak-budak sama ramai dengan orang dewasa, yang kecik merah pun dikelek bersama, yang tua bertongkat pun tak lepas peluang.
Orang kampung, masih lagi dengan nilai kekelurgaannya. No caterring!.....sapa buat caterring depa takmo kawan! Lauk pauk kenduri dimasak sendiri secara bergotong royong.Siap sembelih kobau lagi. Hemmm daging kobau sedapkan?...dah lama Auntie tak rasa.Masakkannya pun sedapppp...nasi minyaknya sedappppp! dengan muka yang tak malu, selepas dah habis tetamu datang, tinggal kami-kami je....Auntie bantai makan nasi sekali lagi....hi...hi....!
Malamnya kami bermalam dirumah mak Cik Din. Auntie berdua dengan Cik Din je..budak-budak tak ikut. Cik Din bukan main happy lagi dengan mak dia. Auntie tidur cepat malam tu..nak bagi peluang Cik Din sembang dengan mak dia...or may be nak manja-manja ke..hi...hi...
Esoknya, sebelum balik KL Cik Din bawak mak dia ziarah kubur ayahnya.
Esok Auntie balik kampung lagi, nak anto Si Amir pulak...nih balik kerja ni nak siap berbagai pulak untuk Si Amir, nak harapkan dia ahh...homeworknya pun belum selesai lagi. Dia ni bila dia cuti, dia cuti bersungguh-sungguh!!...
Thursday, August 25, 2005
Thursday, August 18, 2005
Kasih Beralih Arah.
Nampaknya jerebu pun dah beralih arah.
Begitu juga kasih orang tu pada Auntie....turut beralih arah. Apa nak buat, kena berbanyak sabo. Al-maklum Auntie dah masuk usia emas.
Bila tengok cermin, macam tak le nampak tua sangat, memang rambutku dah banyak putih, tapi, kan ke telahku 'blonde'kan dia....kan ke aku dah nampak macam ala-ala Mak Datin, kat ofis pun masih ada yang kata aku masih'maintain'?....tapi kenapa ye? sidia yang kusayangi dan kusanjungi selama ini macam berubah hati...sedih jugak rasa hati. cemburu jugak rasanya.(nampak gayanya kena mendalami ilmu cakar rimau secara serius ni)
Cik Din ku lebih sayang MYVi dari Auntie nampaknya. Benarlah kata orang, orang lelaki ni, tak dapat bini baru, dapat kereta baru pun dah cukup...kasihnya terarah kepada yang baru....tak tahu le kalau dapat bini baru....haru!...haru....!
Sekian luahan hati ku!
Saturday, August 13, 2005
Jerebu.
Alhamdulilah semasa Auntie sedang menaip ni, di Putrajaya ni boleh dikatakan penglihatan bertambah baik walau pun masih belum pulih sepenuhnya. Tengahari ni, sudah ada cahaya matahari. Tengahari semalam di kementerian kami telah diadakan solat hajat dan juga bacaan Yasin. Insyaallah berkat usaha dan doa mudah-mudahan fenomena ini berlalu cepat. Bagi kita yang bekerja di ofis ni tak jadi hal, tapi bagi mereka yang mencari makan ditempat terdedah dengan pencemaran tentulah menjadi satu masalah besar sekiranya tidak dapat keluar bekerja.
Mungkin juga bahana jerebu, Auntie juga kurang sihat dan terpaksa berehat di rumah pada hari Selasa dan Rabu. Auntie hanya duduk senyap-senyap di rumah ditemani Jim disebelah pagi, manakala petangnya Jim ke sekolah. Auntie langsung tak menjengok ke luar, bila tonton berita di TV, baru tahu jerebu semakin teruk.
Hari Rabu, Jim telefon suruh ambil dia disekolah. Kebetulan hujan turun petang tu. terperanjat jugak, ingatkan dia sakit ke sebab kena balik cepat, rupanya Cikgu bagi pelepasan kerana jerebu nih. Sampai dirumah sibuk le dia beritahu yang esoknya cikgu kata tak payah datang ke sekolah....suka dia tu...Malamnya pulak ada announcement kata semua sekolah kat KL diberi cuti....lagi le dia seronok.Hemmm....tak tahu le bebudak sekarang tak suka ke sekolah...tak macam Auntie dulu, kalau cuti tak seronok sebab tak de kawan.
Mak Auntie kat kampung pun ada telefon tanya sebab apa ada 'darurat' nih, ada orang bergaduh ke??...lo, mak Auntie sebenarnya bukannya dia tonton sangat berita tu, yang dia dengar ...." akan di istiharkan darurat"
dia pun mula panik, almaklum tiga orang anaknya ada kat KL nih....setelah diberitahu perkara sebenar barulah dia lega...hemm begitu orang tua yang dah banyak mengalami pengelaman pahit zaman silam.....zaman Jepun, zaman kominis...dan peristiwa berdarah 13 May....sebut je perkataan darurat dia dah panik!
Ni Auntie nak nasihat le, sesapa yang rajin buat aktiviti luar tu rehat saja le dulu kat rumah nanti dapat penyakit pulak. Kenkawan Auntie yg. rajin main golf tu, berenti dulu, yang suka mancing pun rehat dulu, yg. suka berjogging , boleh relex dulu.
Sekian adanya.
Friday, August 05, 2005
MyVi
******************************
Semalamkan ...masa Auntie tengah tunggu Cik Din (underneath pokok klapak) time nak balik rumah...tetiba je mata Auntie berkenyit-kenyit...Auntie pandang le kiri kanan, kot,kot le ada mamat hensem ke, Mawi ke, Felix ke yang lalu yang buat mata tu berkenyit....tak de pulak.
Bila terkenangkan kepercayaan orang tua-tua, macam yang Auntie dah ceritakan dalam entry lalu...isy...risau jugak tu...nak nangis ke aku ni?...isy...semalam dah nangis tu masa sembahyang Isyak dok berdoa kat Allah tu dah nangis dah....Auntie pun berfikir le secara positif...."ni mesti nak terima berita gumbira nih..."
Tak lama lepas tu Cik Din pun sampai. "Yan, ada good news.... My Vi kita dah sampai..." Oh yeah????............yeszzzerrrrrrrr!
P/s: Lo, Auntie Yan, ingat ke gumbira sangat nak dapat Mercedes mata bulat...............eleh!..My Vi....Husband I beli untuk buat gi pasar malam je tuh.........
Sekian good news yang dapat Auntie share dengan tuan/puan sekelian.
"suami ku pulang dari kota, suamiku belikan kereta,
kereta My Vi warna merah"
Thursday, August 04, 2005
Wajah-wajah...
Aiseh man! bukan le nak tayang sangat, tapi lebih kepada Auntie ni nak belajar cara nak masukkan gambo ke blog .
Orang tua macam tu le belajo slow-slow….tukang ajar pun naik fed-up sebab bengap sangat. Dah lama sebenarnya belajo tu…berbagai cikgu yang Auntie cari…akhirnya cikgu cyber gak yang berjaya mendapat ‘kaedah’ baru cara nak ngajar orang yang bengap-bengap cam Auntie nih…hi..hi…
Terima kasih daun keladi…..nak upah apa ek?...Mai KL dulu lah. Bak kata sorang kawan Auntie nih….masa kita loaded boleh pi makan pizza, masa pokai ki pi je makan roti canai.Ada satu gerai mamak kat rumah Auntie tu, Jim kata roti canai dia cuma lima kupang sekeping. Cikgu tak kisah ke makan roti canai je????
Lepas ni nanti, boleh le Auntie postkan gambar-gambar lain lagi…agak-agak malas atau tak tahu apa nak cerita, boh je gambo….kan ke gambo boleh menceritakan 1001 cerita?
Gambo Auntie takpayah le…..tak sesuaiii………gambo jaman muda boleh le Auntie postkan, tu pun sipi-sipi je lah.
Gambo Cik Din?...hemmm…takpayah le, punnn, kurang sesuaiii..anyway ada orang kata misai dia cam misai Tom Shelleck…tapi, Auntie rasa cam misai Aya yang dok jual paper kat belakang rumah tu je…;- )
Bila Auntie bagi tahu Jim yang gambo dia Auntie boh kat sini, dia senyum je…macam dia setuju.Mamat tu memang le perasan sikit.
Antara 3 anak bujang Auntie, wajah depa lebih kurang je. Masa kecik, Anja paling comel.. Dah besar ni, nampak macam Jim paling hensem. Amir?...boleh tahan.Masa kecik Amir paling besar masa dilahirkan. Badannya agak montel, dan dia ni aggressive sikit. Kalau bawak pi shopping kompleks susah betui nak kawal dia. Pantang nampak escalator dia terus je meluru nak naik…kenkadang tu dek kerana kerenah dia kami balik je tanpa membeli apa-apa.
Amir pernah hilang di Jaya Jusco masa dia berumur 4 tahun. Time tu pulak sedang kerap bebudak hilang ni…rasa macam nak pengsan Auntie bila tersedar yang dia tidak bersama kami.. Rupanya dia terleka melihat barang mainan. Kami cepat bagitahu kat information Kaunter, depa terus buat announcement dan sekali gus bagi tahu security guard. Ada le dalam satu jam kami dalam dalam keadaan cemas tu. Akhirnya kami nampak seorang security guard tengah dok pimpin tangan dia menuju ke kaunter….dia sikit pun tak nangis,,,,tapi bila dia terpandang je Auntie dan ayahnya baru le dia nangis terlompat-lompat dan sampai baring-baring atas lantai dan sambil jerit-jerit….”Pasal mak tinggalkan Amir, pasal mak tinggalkan Amir” Sayu betul hati Auntie masa tu.
Sebenarnya, Amir ni masa dia kecik, dia langsung tak comel jika dibandingkandengan Anja dan Jim, dan kulit dia pun agak gelap ( macam Cik Din tuh..)..bila balik kampong sesekali ada jugak le si mulut celupar yang bertanya Auntie …”anak kamu yang ni lain beno ye?”…Tanya pulak depan Amir, dia pulak dah faham….dengan muka sayu dia pandang Auntie. cepat-cepat Auntie cakap…”apa pulak lainnya….kan ke muka dia sebijik macam muka saya”…sampai kenyit-kenyit mata kat si mulut celupar tu….baru le si mulut celupar tu perasan yang dia telah buat satu kesilapan.
Bila Amir dah masuk 4 tahun dia baru dapat adik (Jim). Dia macam hairan, how come ada satu budak kecik yang comel pulak nih…dia rasa macam tersisih, dia rasa macam takut…nasib baik le masa Auntie ngandungkan dia Auntie ada ambik gambo, Auntie tunjukkan yang dalam perut Auntie yg besar tu dia ada didalam nya. Bukan main suka dia. Siap simpan gambo tu….jangan sesapa nak tanya lagi.
Hemmm…tak sangka pulak bila dia dah masuk ke alam remaja ni, wajah dia dah ada iras-iras Jim pulak. All the three boys berambut kerinting. Memang depa tak suka, so, rambut depa tak sempat nak panjang terus pi kedai mamak kasi potong. Kebetulan le pulak sekarang fesyen rambut pendek…Si Jim dah berangan nak buat stail rambut Mawi….(yg. blurrrr tuh).
