Hemmm...boleh pulak!...tak tahu apa dah jadi. Auntie dah macam ambil keputusan nak berhenti membelog je...walau pun dengan berat hati. Rasanya biarlah tak up-date bertahun pun tak pe, janji jangan tutup blog
Nampaknya Auntie terpaksa jugak lah mengup-date cerita balik kampung yang dah hampir basi tu. Sapa nak tahu baca saja seterusnya...kalau boring tak payah baca ok?.
Maka direngkaskan saja. Mak Auntie, alhamdulillah ...nampak sihat dan ceria...masih berpot-pet, pot-pet...so, masih oklah tu...kalau dah diam je bukan dialah....
Last week dah naik kerja macam biasa Auntie tak tambah cuti pun....nak kena simpan cuti. Almaklumlah takut ada berbagai emergency nanti. Nak simpan jugak untuk kenduri kawin anak-anak buah. Anak buah Cik Din nak kawin bulan 6, anak buah Auntie pulak si Enon* nak kawin bulan 8, kakaknya Si Sarah* nak kawin bulan 12...Insyaallah...ini adalah kali pertama Auntie akan menghadapi perkahwinan anak buah disebelah Auntie. Balik baru ni pun adik Auntie dah bagi tahu planningnya macam mana....Auntie tak tahu nak tolong apa...besar kemungkinan tolong hulur duit sajalah gamaknya...takkan Auntie nak memandai nak siap itu ini pulak kan....rasa macam seronok le pulak bila anak buah sendiri yang nak kawin.
Si Enon* dan Si Sarah* ni baru saja habis belajar dan baru saja dapat kerja....cepat pulak budak dua beradik tu nak tamatkan zaman dara depa tuh. Elok jugaklahkan...zaman sekarang ni kalau dah ada calon tu elok saja di perderaskan...nak tunggu-tunggu kang melepas pulak. Rasanya depa dua beradik ni pun dah lama berkenalan dengan pasangan memasing. Auntie agak surprise, bila dengar Si Enon* yg. nak kawin dulu...bukan apa...selama ni Enon* ni relax je...dia buat bodo....mak ayah dia pun tak tahu dia dah ada pilihan hati...sedangkan kakak dia heboh bercerita tentang boifren dia...
Adik Auntie sebagai ayah....senyum melirik je...maklum nak dapat menantu sekali gus dua orang dalam satu tahun insyaallah.
Isyyy...Auntie ni pun satu jugaklah.....excited jugak ni.... nantilah lain kali Auntie sambung lagi ceritanya.
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Monday, February 26, 2007
Kena block kot???
Untuk kesekian kalinya Auntie cuba nak buat entry. Dah berkali-kali mencuba ...tapi gagal...tak boleh nak publish.....kena block rasanya.....ohhhh....tidakkkkkk!!!!!!!
Friday, February 09, 2007
SMS....
Tahun ini usia mak Auntie akan mencecah ke angka 79...alhamdulillah..Allah panjangkan usia dia. Bagi sesetengah orang usia macam ni kira dah lanjut, ada yang dah nyanyok pun...sekali lagi alhamdulillah.....mak Auntie masih ok. Tapi, ok cara orang tualah. Dia pun sakit lutut jugak. Malah dia ada ostoporosis....(kerapuhan tulang), darah tinggi atau kencing manis tak ada pulak. Jantung ok.
Apa yang merisaukan Auntie ialah mak Auntie ni sentiasa dalam keadaan gundah gulana...ada saja report tentang dirinya sampai kat Auntie, apa lagi sejak Cik Chah dah ada handphone...kejap-kejap di suruhnya adik Auntie tu hantar SMS kata dia tak sihat...kejap ni tadi satu SMS masuk..." Kak, badan mak dah tak boleh tegak....nak buat cam mana ek? "...ha....nak buat cam mana tu?...dua hari sudah SMSnya macam ni " Kak, mak tak sihat, dia tak lalu makan"...minggu lepas pulak...." Kak, mak pening...".. Adik Auntie pun tak leh nak auta kat dia sebab sebelum hantar SMS tu dia check dulu....he!...he!....Lepas dia check baru adik Auntie bagi tahu cerita sebenar. Pendek kata ada saja report yang masuk. Dulu, dia pernah duduk dengan Auntie...ingatkan lamalah..... tak sampai 4 bulan dia dah nak balik rumah dia...boringla duduk KL kata dia. Mak Auntie bukalah jenis yang ada ayam itek atau kerbau lembu....dia jenis duduk dalam rumah saja. Dia suka membaca...dan pot-pet-pot-pet kat cucu-cucu.
Sebagai anak sulong, memang jantung Auntie sentiasa berdebar kalau SMS dari adik Auntie masuk....Ada masa dia terus telefon Auntie.
Auntie memang tengah dok rindu kat dia nih...insyaallah Cuti Raya Cina ni kena balik jengok dia kejap.

Wednesday, February 07, 2007
Gerammmmm nya!
Letih betul Auntie dengan kerenah PC nih….entry kat bawah tu sebenarnya Auntie dah buat pada 31/1/07 sebaik saja pertemuan Auntie dengan Jejaka yang dimaksudkan itu. Sayanganya berkali-kali Auntie publish satu apa pun tak keluar…berhari-hari mencuba akhirnya hari ni baru berjaya …gerammmmm…di buatnya. Kalau ada silap ejaan ke silap raip ke harap mahap ye…..
Bertemu jejaka
Kononnya….kalau boleh tahun baru ni Auntire nak rajin-rajin mengupdate blog macam masa mula-mula Auntie berjinak-jinak dengan dunia blog ni. Tapi, nampaknya agak susah juga rupanya. Niat tu ada, semangat saja agak kureng. Dulu, nak kata tak de kerja…adaaa…sibukk…jugak…bos pun garang dan cerewit mat wit…..ingat tak Madam Z bos Auntie dulu tuh?….. :-(…..emmm…takmo cakap pasal dia dah…itu semua adalah kenang pahit yang dah jadi sejarah).
Macam tak percaya sajalah…. Auntie ditemukan dengan sahabat cyber yg hanya dikenali melelui blog pada Selasa lepas.
Auntie bertemu dengan seorang jejaka…(jejaka ke kalau dah ada anak seramai ½ dozen?....) Dah a few times dia kata nak bertemu dengan Auntie…banyak pulak halangannya…(…disampaing Auntie ni pun malu lah jugak kan….) Dua minggu sudah Mak Andeh dah bagi tahu nak setkan pertemuan…sayang sekali Auntie pulak bercuti kerana nak menghantar En. Amir buat registration untuk semester ke duanya. So, kami set date lain….makanya pada hari Selasa lepas baru hajat tercapai.
Hati Auntie dup-dap,dup-dap jugak lah….almaklumlah nak bertemu ‘jejaka’ . Sambil buat kerja sambil chatting dengan ahli kelab Tag Joe.
Tetiba bunyi telefon…”Kak Yan, kejap lagi P-Nut akan ambil Kak Yan tau…dia ada SMS tak?”….Eh, tak de pun. OK, kalau by 12.45 dia senyap je, bagi tahu I akan ambik KakYan”….OK….suara mak Andeh di hujung talian.
Auntie yang sedap berchatting pun terus, jeling jam tangan ….buka laci capai h/bag….terus lalu “secret” passage….menuju ke lif…tengah berjalan bunyi SMS masuk.
“KY saya datang ambil KY pukul 12.30 - P-Nut”…Dalam hati…” isy…apasal SMS ni masuk lambat? La, ni dah 12.40??.....sure Si P-Nut ni meetingnya meleret-leret nih “….
Auntie berjalan le ke arah bangku bawah pokok kelapa tempat menunggu. Dalam hari rasa pelik jugak..”pasal SMS P-Nut masuk lambat?.....lastnya Auntie pun SMS P-Nut…”Jadi ke nak datang?”…within seconds SMS P-nut dah masuk balik…..”aik??... kan saya nak datang pukul 12.30?...tak dapt SMS saya ke?” He!..he!....Auntie tengok semula jam ditangan……
Laaaaaaaaa………cis!!!!....baru 11.50!!!...adui!!!...lama lagi nak masuk 12.30 tuh….sah le Auntie ni terover excited. Ada 45 minit lagi tuh…tak kan nak tercegat bawah pokok kelapa tuh…..Auntie pun naik semula ke ofis le jawapnya…he!...he!!.....* blush !....blush…*…nasib baik tak de sapa yang tahu …..;-)
Tepat pada masanya, Pn.P-Nut pun sampai….errr,….hampir tak perasan…..dia dah banyak kurangkan extra kgnya!!!....Teruskan usaha P-Nut….!!!!!
Tempat yang dituju tak jauh mana. Amboi! Ramai sungguh pelancong…nak parking pun kena dua kali pusing baru dapat….
Dari jauh Auntie dah nampak Mak Andeh dengan jejaka, tetamu kami tu….Oleh kerana dah kenal melalui blog/ komen box…dan beberapa kali berSMS….dan dah tengok gambo dia kat blog dia….rasanya ada sikit kurang dup-dap tu…apa lagi melihatkan Mak Andeh yang rancak saja bergebang dengan dia….selamba sajalah Auntie melambai….
Kami duduk dan order makan…tentulah jejaka yang bayonya…tak pelah lain kali Auntie belanja mu pulok!!!
He!...he!...kenkadang, gambo ni kita tak boleh percaya sangat….Jejaka ni dalam gambo macam agak besar size dia…laaa…rupanya dia slim saja….dan dia nampak lebih manis and lebih muda dari dalam gambonya……he!...he!
Biasa lah…kalau sembang dengan makcik ni…you kena dengo saja…..kami ada banyak cerita weh!!!...yang lebih seronok macam-macam cerita kelakar yang keluar….gelak sakan kami…..Lepas makan P-Nut minta diri dulu…kami bertiga beransur kemudiannya…..Terima kasih Mak Andeh & P-Nut.
Terima kasih…..JOKONTAN!......:-)

Subscribe to:
Posts (Atom)