Sekarang ni, mana-mana kita pergi, kita boleh nampak berkeliaran ' tukang minta derma'.
Selalunya mereka ini terdiri daripada anak-anak sekolah (kalau bersekolah le) yang berusia sekitar 12, 13, 14, 15 tahun. Tak kurang juga yang lebih dewasa, malah yang masuk kategori warga mas pun ramai. Baik lelaki, mau pun wanita.
Kita yang nak hulur derma pun jadi macam serba salah. Nak hulur ke, nak buat derk saja.
Masa dulu Auntie selalunya hulur le jugak, apa lagi bila dia orang ni dok hulur surah-surah Al-Quran. Rasa macam bersalah kalau tak derma seringgit dua.
Sekarang ni pulak, dermanya atas tiket nak bantu anak yatim, tak pun nak bina masjid atau surau, nak bantu orang Pelastin, bantu orang Selatan Thai, orang Islam Rohingya. dll.
Ada satu grup ni pulak, nak minta bantuan perubatan. Nak bedah jantung, nak bedah buah pinggang, nak bedah bijik mata, nak beli kaki palsu dan sebagainya.
Genuine kah tujuan mereka ini? Ini yang menjadi tanda tanya kita semua. Kadang tu, kita kat kedai makan baru nak suap, depa bagi salam dan tunjukkan surat "tunjuk sebab" Adui!
Kalau kanak-kanak yang datang, kesian le jugak, serba salah kita dibuatnya....nasib-nasib le. Kalau mood Auntie bagus, jatuh le seringgit dua, kalau tidak, buat derk sajalah.
Penggunaan kanak-kanak bagi tujuan minta derma ni patut dihentikan. Banyak yang kata ada sendikit disebalik semua ini. Ada juga yang buat tektik menjual buku. Dikerahnya bebudak ni menjual buku, ke pejabat-pejabat dan dimana tempat ramai orang. Kesian budak-budak ni. Pernah juga dia orang datang ke ofis Auntie, Auntie tanya adik sekolah tak?..saya sekolah petang, ini adalah salah satu daripada ko-korikulum..macam mana datang?...Ustaz hantar dengan van, nanti Ustaz akan jemput la. Dah b/fast? belum..Ok, macam ni, makcik takmo beli buku tu, anak makcik semua dah beso, dah tak baca buku Sang Kancil....mai ikut makcik ke kantin, kita makan....
Sian...ceria nampak muka mereka (2 budak lelaki dalam 12 tahun) Auntie bayangkan depa macam anak Auntie. Auntie tanyalah nak makan apa. Apa2 pun boleh, so, Auntie belanja depa makan nasi lemak dan minum milo ais. Laju je depa makan. Kesian, katanya anak yatim. Wallahualam.
Ada sekali tu pulak, Auntie ternampak sebuah kete besau apakenamanya capnya kete tu..Alfard, Alfasad..gitu le lebih kurang menurunkan beberapa orang buta dan pengiring untuk minta sedekah kat beberapa restoran yang berdekatan. Orang buta pun dah bersekongkol dengan depa ni...kita tak tahu lagi...buta sungguh ke???....Kesian orang yang betul-betul buta yang memang menyara keluarga dengan menjual tisu bakul dan sebagainya.
Masa Auntie kat ofis lama dulu, orang awam memang senang sangat nak masuk. Sapa-sapa pun boleh. Maka boleh dikatakan setiap minggu ada sajalah yang datang untuk tujuan kutipan derma ni. Bayangkan kalau seminggu 3 kali datang sebulan dah berapakan?? kalau yang betul-betul memerlukan tak pe le. Kalau yang kelentong saja?
La ni pulak, bila pungut derma ada resit, jangan nak kedekut nak bagi RM1, tak de dibuat RM1 punya resit. Paling rendah RM5. Pelik!...kan? bukan ke sedekah tu ikhlas?? Suka hati kita le nak bagi berapa....?
Pernah le juga Auntie dengar ceramah daripada seorang Ustaz popular ni (sedikit masa dulu, sekarang dah jarang nampak) dia kata, " kita ni, kalau nak derma berkira sangat, tanya itu ini, tanya mana surat izin bebagai, kalau nak bagi, bagi sajalah..." Bagi Auntie kita patut tanya jugak, duit kita punya, maka kita kena tahu mana perginya duit kita. Kang dia pi beli dadah atau pi buat aktiviti tak senonoh macam mana?? Senang-senang kita hulur, akan menggalakkan lebih ramai lagi orang macam tu.
Jangan tak tahu, sekarang orang luar negeri pun dah ramai datang ke M'sia Permai ni nak kutip derma. Baru-baru ni satu mamat bermata kelabu dengan berjubah putih datang menghampiri Auntie nak minta derma..oh!..tengokkan kehensomannya, cairlah jugak makcik..nasib baik teringatkan pakcik yang ada kat sebelah...kami tunjuk 'no' sign saja. Kalau betul kita nak derma, ikut sajalah saluran yang betul insyaallah selamat.
Satu peristiwa yang tak dapat nak dilupakan masa kat ofis lama dulu, boleh dikatakan kerap sangat satu Achi ni dengan kusut masai datang minta duit kat kami. Bila nampak dia masuk ofis, kalau sempat lari, kami lari masuk toilet. Dia ni, kalau kita bagi seringgit dia bising marah, apa lagi kalau kita buat derk saja siap dia maki hamun. Sungguh memalukan. Dia memang licik, dia akan masuk ke ofis kami bila jaga kat pondok bersebelahan gate tu leka atau meninggalkan pondok tu.
Yang kelakarnya, kawan Auntie pernah terserempak dengan dia berbaris kat Maybank...haruslah dia nak masukkan 'pendapatan' dia...
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Friday, October 30, 2009
Wednesday, October 28, 2009
Bersara.
Sedar-sedar hari ini dah pun sampai penghujung bulan Oktober. Minggu depan dah masuk bulan November, kemudian Disember dan berakhirlah tahun 2009.
Semakin pantas masa berlalu. Auntie pun dah tak sabar rasanya menunggu masa untuk bersara. Semoga Allah memanjangkan usia dapat pulak menikmati waktu santai tanpa rasa tertekan mengejar masa setiap pagi untuk bekerja. Lama dah berulang-alik dari rumah ke ofis, dari ofis ke rumah...dah hampir masuk ke tahun yang 33! Dah letih rasa badan ni.
Minggu lepas Auntie dah pun terima surat daripada Bahagian Sumber Manusia meminta Auntie untuk melengkapkan beberapa borang dan membuat salinan-salinan dokumen berkaitan diri. Ini semua adalah untuk tujuan persaraan nanti. Antara dokumen yang diperlukan adalah
1. Salinan k/pengenalan sendiri
2. Salinan k/pengenalan suami
3. Salinan K/pengenalan anak di bawah usia 18 serta salinan sijil lahirnya.
4. Salinan surat nikah.
5. Salinan surat cerai (jika berkaitan)
6. Salinan penyata pendapatan.
7. Salinan penyata cukai
8. Salianan m/hadapan buku bank.
9. Salinan penyata pinjaman perumahan.
10. Alamat tetap apabila bersara.
Semua di atas telah pun disiapkan. Rasa macam excited pulak. Rasa macam dah tak sabar.
Setelah sekian lama bekerja, sampai jugak penghujungnya insyaallah.
Ramai kawan sebaya Auntie yang mengambil option untuk bersara pada usia 58. Buat diri Auntie dah cukup rasanya. Di ofis ni pun dah tak ramai yang sebaya dengan Auntie. boleh dikatakan dah hampir 95 peratus dipenuhi dengan pegawai muda, semuanya yang dah boleh di panggil anak-anak. So, eloklah Auntie berundur diri. Bagi peluang kepada yang muda membina kerjaya mereka pulak.
Ramai yang tanya, tak takut boring ke nanti? Bagi Auntie, pandai-pandailah menggunakan masa
Jangan pikir-pikir sangat.

Friday, October 16, 2009
Majlis Raya.
Assalamualaikum,
Harapnya malam ini berakhir sambutan majlis hari raya untuk tahun ini. Insyaallah, dipanjangkan usia, tahun depan ada lagi.
Malam ini, majlis hari raya akan diadakan diperkarangan rumah Auntie macam tahun-tahun yang lepas. Pot-luck style. Auntie dah target nak masak nasi lemak dengan lauk sambal sotong kering. Senang dan cepat dimasak. Balik kerja nanti terus letak nasi dan tumis sambal sotong, rebus telur, potong timun dan goreng ikan bilis. Dah. Selalunya tak payah nak masak banyak-banyak pun. Setakat satu periok.(Rice cooker size medium tu) Mula-mula, rasa macam nak goreng mee, tapi dah dua tahun berturut-turut dok goreng mee, kang jiran perasan pulak...macam tahu nak masak benda lain. Mungkin nanti Auntie tambah pulak dengan buah-buahan..
Yang telah lepas, majlis kami ni macam meriah juga. Kami tak pasang kemah pun. Masing-masing bawak kerusi meja dan susun bawah sinaran lampu TNB je.... :-) ok apa??...samar-samar..disamping sinaran bulan dan jugak bintang. Harap-harap tak hujan le. Kebetulan jugak. lorong belakang rumah Auntie pun buat majlis juga...ha, tambah meriahlah nanti. Kalau-kalau ada sesapa terlalu kat area tu, jemput le singgah, join sekali.

Monday, October 12, 2009
Jamuan Raya 2009.
Subscribe to:
Posts (Atom)