Assalamualaikum!
Alhamdulillah, Auntie sehat sejahtera. Semua ok. Poket pun dah ok...(gaji dah masuk hari Selasa...yeyyyy!) Yang tak berapa nak ok adalah blog ni. Kesian dia, ditinggalkan tanpa ada entry baru untuk sekian lamanya.
Auntie sibuk sikit dengan tugas. Tak sangka jugak jawatan kecik macam Auntie ni sekali sekala kelam kabut juga. Bos baru Auntie ni sistematik sikit orangnya. Banyak benda dia plan nak buat. Program itu, program ini. Banyak idea dia. Bagi Auntie pulak, tak de masalah, suka pulak. Bila bos bersemangat, kita pun turut semangat juga.Banyak benda dia harapkan Auntie, jadi kena tunjuklah jugak kemampuan kita kan?.. Alhamdulillah, banyak cadangan Auntie yang dia terima. Hari ni dia cuti. (tapi, tugas untuk Auntie dah pun dia beri) Curi le sikit time blogging pepagi ni.
He!..he!...semalam tengahari Auntie keluar gebang-gebang & minum-minum dengan rakan blogger. Lama sungguh kami tak jumpa, rasanya nak masuk 3 bulan kot...ke 4 bulan lebih dahh...Banyak yang kami sembangkan. Dah lama tak jumpa dia, isyyy, nampak berseri-seri pulak dia... :-) Tulah kawan Auntie yang sempoi, yang terima Auntie seadanya. Err... lain kali kalau datang Putrajaya jangan lupa ek....kita date lagi. :-)
Cakap pasal kawan ni, Auntie dah jumpa berbagai kawan, lelaki pompuan, jantan betina. Yang mana boleh ngam, maka berkekalanlah...yang mana kurang ngam....kawan jugak tapi mungkin ala-ala sajalah.
Ramai kawan masa suka dan gumbira saja. Ada juga kawan yang lari masa kita susah... so, kita tak payah lah panggil dia kawan dan tak payah buat kawanlah.
Ada kawan jenis yang nak menghimpit kita saja, pantang dengar ada apa peluang yang menguntungkan, kitalah kawan dia, kalau tidak, harus bersentuh bahu pun dia tak kenal kita. Dah banyak kali terjadi pada Auntie.
Masa kat ofis lama, adalah satu kawan ni, nak kata rapat sangat pun tidak lah...almaklum jawatan dia lebih tinggi. Kalau ada apa-apa kehendak dia, kitalah dicarinya. Kita pun tak kisah sebab kenkadang tu yang dia minta tolong pun memang dah tugas pun. Selepas dia mendapat Phdnya, dia resign dan buka consultant firm sendiri. Majulah syarikat dia ni. Dia join venture pulak dengan suami dia. Bertambah-tambahlah majunya.
Oleh kerana dia dapat projek dengan ofis Auntie, kerap le dia telefon tanya itu ini, minta kita buat apponintment dengan bos le...Auntie pun buat sajalah, bukan susah pun. Banyak lah lagi yang dia minta tolong. Auntie tolonglah setakat yang termampu dan selagi tidak melanggar tata-tertib dan undang-undang. In return, kalau dia pi o/seas ke makan angin kat mana-mana, ada sajalah buah tangan untuk Auntie. Sayang nya, bila Auntie berpindah ke ofis
baru, haram dia ambil tahu....kot le nak telefon??...berkirim salam pun tidak! bukan dia tak tahu Auntie kat mana. Kebanyakkan yang dia dok jumpa tu adalah jugak kenkawan Auntie.
Ada masa tu rasa teringatlah jugak pada dia ni, maklumlah, dia ni memang baik sangat orangnya begitu jugak dengan suaminya. Tak sangka dia boleh lupa kat Auntie.
Anyway, sejak Auntie kat Putrajaya ni, ramai pulak Auntie dapat kawan. Tua dan muda.
Ada beberapa orang kenkawan yang muda-muda ni ok jugak...mungkin bila berkawan dengan Auntie depa rasa macam mak-mak depa saja.
Ada jugak yang dah sebaya pun tak boleh di buat kawan. Macam kawan sorang ni...kalau bercakap mesti nak dia saja yang betul, so, tak leh masuk geng lah...boringkan kalau kawan macam ni
Kawan kat blog lagi baguskan...ada yang sangat menghiburkan. Ramai pulak yang boleh kita minta nasihat. Yang kekwat tu....lantak dialah.... :-)
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Friday, November 28, 2008
Tuesday, November 18, 2008
Busy
Dah masuk penghujung tahun, Auntie sibuk yang amat kat ofis. Nak update tak sempat, nasib baik sempat jugak curi-curi baca blog....kalau tidak, harus hidup tidak ceria.
Sehingga bertemu lagi. Salam.
Sehingga bertemu lagi. Salam.
Friday, November 07, 2008
Berangan.
Auntie ni memang kuat berangan.Macam-macam angan-angannya. Mungkin, adalah satu atau dua yang diangankan insyaallah jadi kenyataan. Yang lain tu hanya angan-angan mat Jenin je. Kata kawan Auntie, tak salah berangan ni, bukan kena bayo pun.
Tak tahulah, orang lain mungkin kata merancang, Auntie pulak kata berangan. Kalau merancang, tentulah lebih baik daripada berangan. Merancang bermaksud akan mencapai matlamatnya. Berangan pulak, ada kalanya akan jadi kenyataan juga akhirnya, tapi, selalunya berangan ni tinggal berangan sajalah!
Banyak yang Auntie rancang, banyak juga yang Auntie berangan.Sejak dah nekad tak sambung service sampai usia 58 ni, lagilah rancak Auntie berangan.
Rancang nak buat apa bila dah tak kerja nanti. Kerja r/tangga tu tak payah kiralah, sokmo ada. Cik Din kata, jaga budak. Oh! no!!! malas le nak layan kerenah bebudak ni...tak pun Cik Din kata buat macam 'transit' jaga budak beso sikit sementara depa nak ke sekolah.....oooooo...lagi le Auntie malas, nak kena masak bebagai.
Auntie sebenarnya suka jugak dengan bebudak ni. Dulu Auntie berangan nak ajar bebudak mengaji...tapi, bila dipikirkan, Auntie ni, bukan le pandai segala hukum tajwid dan yang berkaitan. Auntie yang kena masuk kelas dulu. So, Auntie rancang nak masuk kelas tajwid dulu ( ntah bila le nak jadi kenyataan)
Auntie dah biasa ikut kelas tajwid yang di buat kat ofis bertahun dulu. Sayangnya kelas tu tutup sekerat jalan sebab semakin hari, pelajarnya semakin kurang, ustazah pun dah boring nak ajar. Jadi, pengetahuan Auntie pun sekerat jalan jugak. Bukan senang nak belajar ilmu tajwid ni. Pening kepala nak ingat segala hukum "mad/mat" dia...Tu baru hukum mad/mat belum yang lain lagi.
Sekarang ni, Auntie ambil kesempatan belajar kat TV...nampak macam main-main saja, tapi banyak juga yang dapat ditimba.
Auntie memang terpesona dengan suara-suara alunan oleh anak-anak dalam program ngaji tu...sedap..memang kalah lah suara Auntie.
Ni Auntie berangan pulak. Oleh kerana rumah Auntie betul-betul mengadap sekolah, apa kata kalau Auntie meniaga kecil-kecilan. Buat ais-krim ke, buat sandwich, buat jejemput, buat sirap. Jual pulak dengan harga patut, harga budak sekolah. Sementara bebudak menunggu bas datang. Cik Din kata, kalau bebudak tu sakit perut, siap le mak bapak depa cari Auntie nanti....isyyy....! ada betul tu.
Ok, kalau gitu, apa kata jual kueh untuk minum petang.Buat yang senang-senang. Jemput bawang/bilis, cucur badak, lepat pisang. Bagus jugak tu.
Masalahnya.................boleh ke nak buat tu???...belum cuba belum tahu...betul tak???
So, di satu weekend yang Auntie agak free, Auntie pun cubalah buat cucur badak. Sesambil masak lunch, Auntie buat dia punya inti. Dalam pukul 4.30, Auntie pun mula lah nak buat "badak" nya....rebus ubi keledek, lenyek dengan tepung...menjadi!...no problem. Buat bulat-bulat, boh inti....tergedek-kedek Auntie sorang-sorang dok buat badak tu....berpeluh jugak weh!...barulah tahu, bukan senang nak dapat duit rupanya!...siap satu badak, Auntie susun dalam dulang....mak datuk...!!dalam setengah jam baru dapat 4 bijik. kalau sebijik 30 sen, 4 bijik baru RM1.20, bilaaaaalah nak dapat dalam RM10????....ohhh...mencabar sungguh! Kalau laku, kalau tak laku???...Cik Din le yang kena makan...he!!!..he!!
Kalau cam ni gayanya, tak jadi le Auntie nak niaga.....makan pencen sajalah nampak gayanya!!!

Monday, November 03, 2008
Belum sedia..
Hari Sabtu baru ni hari jadi Anja yang ke 24...besau dah anak bujang Auntie tuh. Macam biasa, tak de apa-apa celebration pun. Sejak dia orang melangkah alam dewasa, langsung dia orang tak nak sambut b/day-b/day ni. Hanya setakat ucapan "happy birthday" dan makan-makan anak beranak.
Masa dia orang anak-anak dulu, rajin jugak Auntie buat 'party' b/day ni.(kalau boleh di panggil party) Masak-masak kueh atau mee goreng, beli kek, beli belon, panggil kawan anak-anak. Itu semua hanya setakat dia orang darjah 6, lepas tu semua dah tak mau. Malu kata mereka.
Kali ni, kesian pulak Auntie dengan Si Anja ni. Pepagi lagi Auntie bangun dan siap sedia dengan bahan-bahan nak masak nasi dagang. Sehari sebelum tu Auntie dah rancang. Resipi di cilok dari internet. Ikan tongkol dah dibeli.Lebih kurang sejam siap sedia nasi dagang Auntie, percubaan pertama. menjadi jugak rupanya.Yang penting Cik Din kata lulus!
Bila Anja ke meja makan, dia macam terkejut
..."eh? sapa bagi nasi dagang ni?"
" Mak masak daa...untuk b/day kamu.." "eh?..hari ni satu haribulan sebelas ke?...laaa...hari jadi Se rupanya"...kata Anja. Tak tahu le, dia betul tak ingat atau buat-buat tak ingat.
Lepas makan Auntie dan Cik Din ke pasar pulak. Dah beli berbagai barangan dapur, kami masuk pulak komplek PKNS* Auntie nak beli ubat. lepas tu, Cik Din kata elok jugak kita beli KFC untuk celebrate b/day Anja. Auntie ok sajalah. Tak payah nak masak lagi. Best.
Hari Ahad pulak Auntie makan kenduri.Kawan kawinkan anak dia. Auntie terpikirlah jugak...bila gamaknya Anja nak kawin?? Kalau ikutkan usia, muda lagi, tapi dah boleh...Tapi, kalau nak ikutkan persiapan.....oooo...jauh lagi daripada bersedia tu.
Nak dirikan masjidl ah katakan. Semua kena elok dan kukuh. Bukan saja di segi kewangan. Kematangan fikiran. Persedian lahir batin.Hukum hakam semua mesti tahu. Ilmu berumah tangga kena arif. Nak kawin bukan setakat ada duit saja, maklumlah nak jadi ketua keluarga. Besar tanggung jawab tu.
Bila Auntie tanya dia, dia kata belum sedia. Awek pun belum ada. Siannn...tak de sapa ke yang minat dengan anak bujang ku ini??

Subscribe to:
Posts (Atom)