Friday, June 17, 2011

Terlebih sudah....


Assalamualaikum,,

Rasanya dalam tiga bulan sudah Auntie dan Cik Din balik ke Pekan menziarah mak Cik Din dan kebetulan adik Cik Din kenduri sempena rumah barunya. Dulu dia seorang askar, kini dah pun pencen, biasa le askar bila pencen, usia masih muda..bukan macam Auntie, dah masuk senjakala.

Sabtu lepas, sekali lagi kami berdua balik ke Pekan, nak ziarah mak Cik Din lagi. Alhamdulillah dia sihat saja walau pun usianya dah masuk awal 70 an.
Sejak Datuk Najib jadi PM ni, Pekan dan Kuantan begitu pesat membangun. Jalan dari Kuantan ke Pekan telah dinaiktaraf, begitu juga menghala ke Kuantan dari Batu 10. Cantek jalan nak ke Pekan,jalan dua hala yang lebar dan siap ada lampu lagi.

Kami hampir saja terbabas semasa nak masuk susur ke Pekan dari Batu 10...dah nak dibuat flyover...hebat dan pesat sekali. Bila sampai ke Pekan, bandonya (orang Pekan sebut bandar) agak sunyi dan tak berapa happening walau pun dah banyak kedai-kedai baru dan bangunan baru, Mungkin orang Pekan lebih suka ke Kuantan...glamer sikit shopping kat sana...

Wei! orang-orang Pekan ni memang glamer...kadang tu kalah le orang KL...ha!...ha!...

Pepagi hari Ahad tu kami dah berangkat balik, takut terserempak dengan dengan jem, maklumlah Ahad tu hari orang nak balik KL semula setelah 2 minggu sekolah cuti.

Hari Isnin tu Cik Din bercuti. Ada beberapa urusan yang nak kami settlekan bersama. Memula kami ke bank Rimau keluarkan duit. Tujuannya untuk mendaftar haji ke Mekah....punya le dok tangguh tangguh...Tuuu diaaa...setelah selesai pegawai kat tabung haji tu bagi tahu, tahun Encik berdua dapat ke sana adalah pada 2039!!!!!!...ha!...ha!...kira punya kira masa tu usia kami dah 84 tahun!!! ada lagi ke??? Tapi Auntie tak kisah le, itu procedure dia orang, walau bagaimana pun pegawai tu kata, kalau nak cepat boleh buat surat rayuan. Insyaallah sekiranya dah bersedia nanti akan Auntie usahakan. Ini semua janji Allah, kita dah pasang niatnya, dah merancang, DIA yang akan tentukan.

Selasai kat Tabung Haji, kami ke Putrajaya pulak, ke pejabat lama Auntie, Ini satu lagi 'mengharukan'. Auntie dah bersara tiga bulan dan dah pun nak masuk bulan ke empat....yang peliknya setiap kali Auntie check bagi akaun, duit Auntie berlebih-lebih pulak. Hemmm bila di semak , rupanya, setiap 18 haribulan, pencen masuk, lepas tu dalam 23, 24 haribulan gaji pulak masuk...patut le jadi banyak...
Auntie terus je ke bahagian HR...panik le jugak bila dia orang dapat tahu kesilapan ini....
Auntie pun pelik juga macam manalah orang sekarang buat kerja, orang dah pencen gaji terus dibayar...dah tiga bulan pulak tu...yang bosnya main sain je....tak semak langsung. Nasib baik le Auntie sendiri tersedar, kalau tak perasan dan pi joli sana sini, sendiri jugak yang sakit....

Thursday, June 09, 2011

Bercinta...


Assalamualaikum untuk semua,

Dulu, yang Auntie tahu bercinta tu bermaksud jatuh cinta, I love you , you love me. Soal-soal yang berkaitan dengan hati dan perasaan lah. Rupanya ada lagi satu makna bercinta yang lain sangat maksudnya.

Time sekolah menengah dulu, partner sebelah meja Auntie (Ros, yg. Auntie baru cerita tu) selalu cakap, ' Zian, bercinta betul lah saya ni.....' Auntie pun rasa hairan, biar betul Ros ni, jatuh cinta dengan sapa lah gamaknya sampai dia tak rasa segan meluahkannya....ha!...ha!...rupanya, lain maksudnya, rupanya bermaksud macam malas, atau berat nak membuatkan sesuatu....samalah macam orang Utara dok kata 'segan' tu..bagi dia orang segan tu macam malas atau tak kuasa gitu...tidak pulak bagi orang Perak, segan bermaksud malu...contoh ayat : ' kalau sorang, saya tak mahulah pergi, segan weh'

Bila Auntie berkahwin, satu hari Auntie terkejut juga bila Cik Din kata...' bercinta betul lah I ni....nasib baik Auntie dengar habis ayat dia, kalau tidak mau le bergaduh tak pasal-pasal. Hemmmm orang Pahang pun cakap lagu tu jugak eh???

Bagi orang Perak yang memang bertutur loghat Perak pure, memang banyak yang mengelirukan....umpamanya 'awak' digunakan sebagai ganti nama diri sendiri. contoh ayat : ' kamu pergi le dulu, awak banyak kerja ni, petang karang boleh le awak pergi'. Sepatutnya ayat dia >>>' kamu pergi le dulu, saya banyak kerja ni, petang karang boleh saya pergi'

Apa benda le Auntie merapu hari ni??? sebenarnya Auntie nak habaq mai, Auntie ...bercintaaaa sangat nak update blog ni...ha!...ha!
Tak pe, slow-slow kita cerita. Status sekarang, lepak lepak kat rumah urus rumah tangga.

Minggu lepas ada dua orang blogger kamceng mai makan kat rumah...yang tak berapa propernya, Auntie masak nasi dan buat air teh O saja, depa datang bawak lauk...kalau tak ada planning macam tu lah jadinya. Sebenarnya kami lebih kepada nak meng-up date berita-berita terkini masing-masing saja. Dah lama kami tak jumpa. Terima kasih pada Mak Andeh & Wynn...hilang sekejap rindu dihati.

Hari Jumaat pula rombongan kenkawan rapat dari ofis pulak datang makan, nasib baik diaorang bagitahu sehari lebih awal, dapat le Auntie memasak apa yang patut...seronok sangat bila ada kawan-kawan datang, maklumlah kat rumah sensorang, cakap pun sorang2 ada masanya.
Menu Auntie hari tu, terong masak lemak cili padi, sambal sotong, sadin masak kicap (menu tergempar, sebab ada kanak2) ikan bakar berempah, sambal nenas, ulam2....puding sago sebagai pencuci mulut...alhamdulillah....depa kata sedap, depa nak mai lagi... (aduh!!!) yang seronok, lepas makan depa tolong basuh pinggan mangkok semua...ha! ha!...kawan lah katakan....

-------------

AF 9

Ramai yang dah tak minat dengan AF musim ke 9 ni. Auntie pun pada asalnya tak tengok juga, sehinggalah si Hazama masuk baru lah follow. Auntie suka suara dia dari dulu lagi, sayangnya dia tak terpilih lebih awal....Memang hambar sangatAF kali ini jika dibandingkan dengan AF1, AF2 & AF3.
Budak pompuan yang tinggal 2 ekor tu pun gediknya semacam, nasib baik budak K-Pop perasan tu terkeluar, kalau tidak harus dia boleh jadi juara dek ramai peminat pompuan budak sekolah yang akan undi dia....

Harap Hazama jadi Juara nanti.

Isyyyy! isyyyy!!!!...makcik pencen ni......ok, nak mandi dan solat kejap. :-)


Wednesday, June 01, 2011

Bulan Madu Atas Pelangi....


Salam untuk semua,

(Tajuknya dasyat betul...)

Terima kasih kepada semua yang sudi datang ke blog Auntie ni. Walau pun ramai yang tak tinggal jejak, namun Auntie tetap dapat menjejak setiap tamu yang bertandang. Macam Auntie jugalah bila bertamu ke blog lain ada masa tinggal komen, ada masa masuk menjenguk untuk mengetahui perkembangan sahabat taulan sekelian.

Tak banyak yang nak Auntie updatekan tentang diri Auntie, almaklum sentiasa terperuk kat rumah saja, dengan routine harian . Nak kata sibuk tu tidak juga, semuanya boleh dipilih. Kalau nak sibukkan diri, maka sibuk lah....kalau tidak boleh baring sepanjang hari dari pagi sampai petang. Memang best sangat, tiada siapa yang mengganggu...macam bulan madu atas pelangi...ha!!!...ha!!!!

Dua tiga hari lepas, Auntie pilih untuk berehat, baring-baring depan TV, kejap lena, kejap jaga...kebetulan le pulak Auntie sakit belakang. Alhamdulillah hari ni dah ok. Dah kena start enjin lah....banyak nak dikerjakan.

Sekarang dah cuti sekolah, bagi Auntie yang dah tak ada anak bersekolah ni, tidak lah ada apa-apa bezanya, cuma kawasan rumah agak lenggang (sekolah betul-betul depan rumah) kalau tidak, ada saja kereta keluar masuk untuk buat U-turn.

Sejak dah pencen ni, Auntie belum pergi bercuti kemana lagi, cuma awal bulan Mei dulu Auntie balik kampung seminggu bersama mak. Ada kawan ajak pi melancung ke Korea dan Guilin, China...hemmmm...belum le teringin lagi. Yang Auntie teringin kalau boleh nak buat Umrah dulu...pastu baru jalan-jalan ke tempat lain. Lagi pun, orang macam Auntie yang budget sangat terhad ni, tak boleh le main ikut sedap hati dan rasa saja...mau binasa jadinya.
Adik Auntie baru saja berlepas ke Switzerland, dah sampai pun. Auntie gigit jari sajalah ......harap-harap ada le ole-ole nanti. :-)...tah bila nak sampai ke sana.....

====================================================

SELAMAT HARI JADI JIM!


Jim bergaya dengan motonya, dalam perjalanan ke Port Dickson.

Hari ni hari jadi Jim yang ke 19....rasa macam baru sangat lagi membelai dia sebagai seorang bayi, kini dia dah besar panjang dan dah ada janggut sejemput kat bawah dagu....tapi, manjanya masih macam tu lah juga, :-)...bagi Auntie dia tetap "baby".

Sekarang dia sedang bercuti setelah selesai semester satu. Insyaallah awal July ni akan bermula semester dua pulak. Alhamdulillah, result examnya pun dah keluar dan dia pun telas lulus dengan memuaskan. Untuk itu, Auntie dan Cik Din sepakat menghadiahkan dia sebuah moto idamannya......:-) Hadiah ini bukan le sebab birthdaynya saja tapi lebih kepada keperluan dia untuk berulang alik dari rumah sewanya ke kampus nanti.
Mudah-mudahan Jim berjaya menjadi anak yang baik dan soleh dunia akhirat. Amin.