Monday, November 28, 2005

Rumah Antik

Akhirnya Auntie berjaya juga menghantar satu lori barang-barang "antik" ke BBB. semalam. Dah agak lama jugak packing. Rumah pun dah macam kapal pecah.

Barang-barang besar pergi dulu. 2 almari baju (Amir & Jim punya), 1 Queen bed (Jim) 1 single bed (Amir), 2 study-table, 2 TV 14", set kerusi "antik", 2 buah almari buku, 4 helai kapet...berkotak-kotak baju,buku, pinggan mangkok and the rest of the rubbish collected after almost 26 years of married life!!!

Kami sewa lori bawah jambatan kat Pasar Pudu. Sewa lori + labour.
Mulanya adik Auntie nak ajak kawan dia je yang angkat barang...to safe the cost, Auntie ngan Cik Din tak berapa setujulah...kalau nak ajak kenkawan, segan le pulak dengan barang-barang Auntie yang bagaikan
harta karun jaman Sindbad tu...lagi pun rasanya tentu agak kekok kita nak arah kat mana barang nak di letakkan....pulak tu kawan yang nak di ajak untuk membantu tu adalah 2 orang pelakon drama TV...kalau Auntie cakap nama sure you all tahu punya....(bukan le Jalaludin Hasan atau Rosyam ye....)

Cik Din buat janji dengan Apek lori tu pukul 9.00 pagi hari Ahad mesti sampai rumah.Cik Din ni sangat particular dengan time (walaupun dia nampak serabut orangnya) So, hari Ahad Auntie bangun awal sikit daripada hari Ahad selalunya.Auntie buat air saja, Cik Din pi beli roti canai untuk breakfast. Sedang kami baru nak suap roti, lori dah sampai. Belum pukul 9.00 pun.Cik Din senyum lebar." Ni yang I suka, kalau berjanji dengan Cina...cepat pada time..kalau orang Melayu, mesti lewat...paling koman 1/2jam...bila call kata on the way, tapi yang benonya baru nak masuk bilik air."

1 driver lori dan 2 orang apek tukang angkat barang. Auntie tengok pun cam tak percaya je....rasanya gagah Cik Din lagi kot dari apek-apek tu:-)
Alhamdulillah, nampak je 'toya' apek-apek ni....boleh tahan jugak kudrat mereka ..eh...bukan senang nak bawak turun almari dari tingkat atas tuh...kalau tak biasa mau juga 2 hari tersilap urat tu. Sekejap je dah penuh lori tu.
Kami pun berangkat ke BBB. 1/2 jam je sampai. Apek-apek ni buat kerja dengan pantas sekali...tak de cakap-cakap atau berhenti rehat sampai lah selesai satu lori.Dah atur lebih kurang, Auntie pi pulak cari sepupu Auntie yang rumahnya tak jauh dari rumah kami. Dia ni kerja kat UKM. husband dia ada kedai perabut Antik kayu Jati . Lepas tu Auntie pi
cuci mata kat kedai dia pulak sambil pasang angan-angan!. Memang kedai dia sarat dengan perabut kayu Jati...seriau lah tengok reganya. Yang Auntie mampu beli hanya jam dinding yang reganya RM 45/- special offer sebab ada skit cacat....he...he....!

Mungkin dalam masa 2 minggu lagi barulah kami akan pindah habis barang-barang dan orang-orangnya sekali ke BBB.

Rasa excited pulak nak pindah walau pun rumah tu bukan rumah baru....rumah pun antik jugak!

Thursday, November 24, 2005

Gala Night.

Ingatkan nak sambung pasal Anggaran tu kepada Part 2. Tapi dah ada cerita lain pulak yang perlu dikongsi bersama.

Kan ke sekarang musim hujan? Negeri-negeri dipantai timur pun dah disuruh bersiap sedia. Di KL pun hujan je setiap hari. Ni kat luar terang benderang...dah beberapa hari tak merasa sunshine...harapnya sampai ke petang le. Hari-hari balik kerja meredah hujan..arghh..tak tahan jalan sesak sangat sampai rumah lambat, tensen!!!

Petang semalam dari Putrajaya lagi Auntie punya Hero tu kata perut dia meragam (sejak pi makan kenduri hari Ahad tu) Risau jugak kot tak dapat bertahan hingga sampai rumah. Dia kata memulas semacam. Hero ni memang perut dia 'second-hand' kot...silap makan sikit je dah memulas...:-) Tahan, punya tahan, alhamdulillah sempat sampai rumah. Belum sempat cari kunci pintu, h/p Auntie berbunyi...Auntie pulak main campak je phone tu sana sini..dengar bunyi tapi phone kat mana ek?

Tak sempat nak jawap, phone dalam rumah pulak berbunyi...bergegas pulak ke ruang tamu. Hemm..MA call...ada "Secret Society Meeting" rupanya...'underground ' lagi....isyy...Auntie ni susah le sikit nak dapat 'lesen' tuh...bukan apa, kebelakangan ni sakit lutut agak serius jugak...so asyik le dengan excuse sakit lutut nih, jadi serba salah nak buka mulut nak minta 'lesen' kat Hero Tamil tu. :-(
Hero keluar dari toilet :

Hero : Yan (bukan Yang...) sape call?

Auntie : Kawan I.

Hero : Apa hal?

Auntie : (isy...nak cakap ke?) Hemm...dia ajak I keluar...errr...ada 'Secret Society Meeting'.

Hero : Kat mana?, pukul berapa, dia datang ambik you, atau you nak I anto you?

Auntie: (Yabedabeduuuuuu!!!!, Unsangkarable sungguh!!...sayangggg laki aku nih...biar pun dia hanya seorang Hero filem Tamil!). Errr you benarkan I pegi ke?

Hero : Pegi le...apa salahnya sekali sekala.(caya lah!)

Auntie:. TQ. Ok I masak your dinner dulu. You nak makan apa? ( ceh!...kenkonon, macam dia boleh order cam kat kadai makan je)

Hero : Masak yang ringkas saja lah. Sempat ke?

Auntie : Hemm, insyaallah!...see the leg laa!

Makanya lintang pukang, tunggang langgang le Auntie memasak. Dalam masa 1/2 jam siap le terhidang dua ekor ikan goreng, ayam goreng, pajeri terung, sayur sawi goreng...no sambal belacan...kan ke Hero sakit perut...kalau tidak sambal adalah wajib. Ada le sikit belen-belen serunding daging. Siap.

Jam 8.30 sekali lagi MA call, "I dah dekat ni, boleh keluar rumah"...so, Auntie pun keluar le, Hero anto kat tempat yang dijanjikan. Hero parking dalam gelap....dari jauh Auntie dah nampak kete MA. Kat dalam ada satu lagi member bersekutu.....Aunty N!...kah!..kah!...ketemu jugak kita ye???...Many Thanks to MA without her great effort Auntie tak dapat jumpa Aunty N. After hug & kisses...kami pun membelah malam menuju ke destinasi....walau pun secret meeting, tempatnya tidak langsung melambangkan 'kerahsia annya'...........restoren mamak di celah KLCC.

Sampai je terus order makan minum. Ohh..anaother member bersekutu joined us...Ci Syidah yang mendatangkan dirinya dari Putrajaya...so jadi 4 orang. Sessi "pot-pet" kami berjalan lancar sehingga mencecah jam 12.00 malam. Ketupat tidak dianyam.

Puan Cinderalela kena balik sebelum jam 12.00....jika tidak, ditakuti 'lesen' tidak akan dikeluarkan di masa-masa yang akan datang. Auntie jugak telah ditapau dengan 3 keping roti canai...upah si tukang buka pintu...Jim.Terima kasih Aunty N.

Hero sudah tidur bila Aunty sampai. Bila baring slowly beside him dia tanya...'dah pukul berapa ha?' Auntie kata '11.00 baru' ...entah-entah dia tak sedar pun. Pagi ni dia tanya balik ' pukul berapa you balik semalam?'.....'pukul 12.00' tak tipu dah, Auntie cakap betui...:-)

Oh..what a night!!!...a Gala night!....makcik blogger buat lagi.

Monday, November 21, 2005

Anggaran.

Musim hujan melanda lagi. Mungkin akan sampai musim tengkujuh yang selalunya akan terjadi di bulan Disember. bagi Auntie yang tak pernah berada diluar negara, hanya dua musim saja yang Auntie tahu, musim panas dan musim hujan.Musim buah atau musim orang kawin dah masuk dalam ketogori lain.Apa lagi musim jualan murah lagi le lain.

Minggu lepas boleh dikatakan setiap hari hujan. Langit pun mendung sentiasa. Matahari sekejap saja menjengok diri.Susah ye. Hujan susah, panas pun susah.Komplen saja kita nih!
Dua hari berturut-turut Auntie meredah hujan lebat siap petir lagi sewaktu balik kerja. Kereta pulak begitu banyak, semua jalan perlahan ngalahkan siput.Letih rasa badan bila sampai rumah dah mencecah waktu maghrib. Bagi orang yang sentiasa balik lewat dari ofis, mungkin dah tak heran langsung pun. Patut le ramai warga KL ni rajin makan kat luar...tak sempat nak masak. Auntie, walau pun sampai lewat, acara memasak ni tetap berjalan macam biasa. Tak tahu le berapa lama lagi nak meredah jemmed KL nih...hujan sikit je semua tergendala.

Dua hari duduk berhujung minggu sungguh memenatkan badan. Dua hari suntuk Auntie tiga beranak bertungkus lumus mengemas barang & packed. 4 bijik almari baju sudah dibawa turun dari tingkat atas. Dua buah katil bujang, meja tulis dan almari buku juga telah disusun dibawah. Hall rumah Auntie dah penuh barang yang siap di packed. Insyaallah hujung minggu ni satu lori akan mengangkut semua barang -barang tu ke rumah Auntie di BBB. Barang-barang kecil seperti buku-buku, kain baju pinggan mangkok dah pun separuh berada disana. Kami angkut dengan kereta. TV, fridge, stove tilam bantal mungkin akan di angkut sekali lagi dua minggu lepas tu.

Harap-harap bila dah duduk di BBB ni masalah jem berkurangan, save time dan save duit jugak. :-) . Ofis dah dekat dengan rumah. Toll pun dah tak kena bayar, elaun rumah pun dapat.Yess...harap-harap itu "COLA" pun dapat jugak...bukan Coca Cola nooo.....

Dalam Auntie dok resah gelisah sakit lutut, semalam Auntie tinggalkan sekejap kerja mengemas dan pergi menghadiri kenduri kawin seorang kawan yang mengawinkan anak pompuan dia. Tak pergi pun cam tak kena je, orang dah jemput, apa lagi kawan ni adalah kawan yang dah lama dikenali...sejak Auntie di Poly dulu lagi, lepas tu kerja pun satu Jabatan pulak...so, no excuse le. Meriah gayanya kenduri dia. Boleh dikatakan yang ramai datang adalah sedara mara dia, ramai muka-muka yang tak dikenali, terasa asing jadinya.
Sambil makan, Auntie dengan Cik Din dok mencongak-congak, berapa le gamaknya harga khemah yang dia sewa? cantik khemahnya. Putih & kuning. Siap ada pelamin sekali, so, pengantin bersanding kat situ sajalah tak payah kat dalam rumah. Melihatkan persiapan perkahwinan ni, aduh! seriau!...anak-anak Auntie semua lelaki, semua nak gi pinang anak orang...ayo!...nak kena bagi tau kat depa ni...sapa nak kawin simpan duit dari sekarang. nampaknya Auntie dah kena buat tabung untuk tujuan ni...

Anggaran:(kenkononnya Anja yang nak kawin)

1. Mas kawin RM 22.50 ( kita kira yang paling minimum)
2.Cincin kawin RM 750 ( Zhulian tak boleh ke?)
3.Pakaian nikah (Baju Melayu lengkap RM 300)
4.Pakaian bersanding , orang pompuan sponser.
5.Hantaran RM 10,000/ (harga paling koman, masa Anja nak kawin tuh...may be dalam masa 5 atau 6 tahun lagi.La ni Anja baru 21)
6.Barang hantara 50-50, kongsi dengan dengan pengantin pompuan, dia beli barang dia, Anja beli dia punya sendiri...so, nak mahal punya barang , pandai-pandai le.;-)....anggaran RM 1000 jugak le.
7.Gift untuk guest, bunga telur ke, kek ke, gula-gula ke....untuk 1000 orang, RM 400. (paling koman jugak nih)
8.Kad jemputan, adik Auntie sponser....dia ada printing company. :-)
9. Persiapan bilik tidur, pengantin sendiri kongsi le...tu pun dekat RM 3000. (kita beli le perabut hak elok sikit, sebab nak guna lama kan, harga tu standard Anja le tu)
10. Jamuan...ni yang banyak nak kena keluar duit...satu kepala RM 15, kalau 1000.....dah RM 15,000

Oh!....Auntie tak berani nak sum-up tuh!...tu baru yang "kenkononnya"....isyyy...kot yang 'real' how la????? pengsan maaaa.

Thursday, November 17, 2005

Dewa.

Sejak sebelum puasa lagi, lutut Auntie bertambah sakit. Agaknya Auntie perlu buat injection semula macam 3 tahun yang lalu. Rasa macam dah malas nak buat treatment tu, sebabnya selepas 2,3 hari, kaki akan bengkak dan tak boleh nak berjalan...azab dibuatnya.Doktor ada jugak suggest suruh buat operation je, tapi dia macam tak berapa yakin boleh baik sepenuhnya.

Last Saturday kat TV3, program MedikTV ada tunjuk orang operate lutut....arghhh, ngeri pulak rasanya.Macam depa dok bertukang pulak.kelentung,kelentang...aduii! tak sanggup pulak rasanya. Tapi bila dah sakit macam ni, rasa frust pun ada jugak. Nak kemana pun terhad.

Hati tu bersemangat nak ke sana sini, apalagi sekarang musim orang buat open house..banyak undangan yang terpaksa ditolak. Kenduri kawin pun dah banyak ni, yang tak dapat pergi pun dah 2 ,3 terlepas...minggu depan kawan Auntie nak kawinkan anak dia...berbesar hati dia menjemput, dah kirim kad satu hal, dah tu telepon pulak lagi...isy...banyak sebab Auntie rasa macam takmo pegi, sakit lutut is one good excuse...but satu lagi...auwww...takut pulak terserempak dengan "Mata Air" lama....cis! (apa le Auntie nih?)

Kenkawan Auntie sibuk jugak tanya bila nak kawinkan anak?...isyy...anak Auntie Si Anja tu baru masuk 21 tahun...kot ada gadis yang nak pinang dia boleh le ku kawinkan dia...ini dia yang kena pinang anak orang.....kena prepare betul-betul dulu. Jaman sekarang nak kawin tidak mudah. Disegi material ramai yang mampu...sampai ratus ribu berabih pun orang tak heran. Yang jadi masalahnya bila dua tiga tahun kawin dah terperasan tak sesuai, tak ngam, tak secocok. Masa belum kawin bukan main lagi bagai nak rakkk...belum apa-apa dah "bermama berpapa!

Ya, betul, ajal maut dah jodoh adalah ketentuan ilahi.

Isy...Auntie ni yang benonya tersangat le boringnya....dah tak tahu apa nak karang kat sini...dok melilau kat blog orang semua orang tulis cerita best belaka. Perasan tak hari demi hari kita akan terjumpa blog-blog baru yang menarik. Ada juga orang tutup blog. Ada juga orang mati....yang pelik tu dia boleh hidup balik...ni mesti hantu jelmaan.

Alhamdulillah, dia bukan hantu, dia hidup semula sebagai Dewa.:-)

Monday, November 14, 2005

Cuti berblog.

Amboi! lama nooo makcik tak update blog.

Auntie bercuti cuma dua hari saja untuk sambut Hari Raya. Last week 7 hb. dah pun mula bekerja. memang masa tu masih ramai yang bercuti. So, Auntie pun bukan main suka lagi. Bila check dengan PA bos, dia kata bos pun masih cuti...tanya pulak, bos-bos yang kecik-kecik pun masih cuti ke?...ya dia kata. Rupanya pada hari tu hanya ada 5 orang saja yang datang kerja....hemmm...sudah cukup baik ni...boleh le aku berinternet sampai petang..tapi, apa yang terjadi?...sungguh kecewa, bhg. IT tak buka server sepanjang minggu tu...hampeh sungguh!!...melopong le Auntie. Dah le tak dapat nak update, nak melawat blog pun tak dapat juga. Kawan nak bercakap pun tak ada...sib baik ada juga beberapa kawan yang rajin telepon bertanya kabar...kalau tidak, mati akal le jugak.

Orang lain dah habis dah cerita raya, Auntie baru nak cerita raya....jangan boring le, Auntie cerita ringkas-ringkas je, lagi pun time raya Auntie bukan beraya pun hanya dok berbaring depan TV saja...almaklumlah orang sakit.

Lepas sembahyang raya (Auntie dok kat rumah) kami berangkat ke Pekan Pahang rumah mak Cik Din. Seronok jugak beraya kat Pekan ni...dapat relax memanjang kebetulan pulak lutut Auntie tak mengizinkan Auntie bergerak sangat, tu yang terbaring sepanjang hari tu.

Raya ke 3 dah balik KL semula.

Minggu lepas 11hb. Auntie balik pulak ke Perak rumah mak Auntie sambil tu hantar Si Amir balik ke asramanya.(La ni dia tengah dok kalut menjawap soalan SPM, paper BM.....mudah-mudahan dia dapat jawap dengan tenang) Kami tidur 2 malam. Seronok jumpa mak kali ni. Dia nampak sungguh ceria...dan tak banyak melalut macam selalu...tapi 'lorat' dia tu tetap maintain....:-)
Biasa le mak Auntie tu, kita belum pun masuk rumah lagi, dia dah mula nak bercerita itu, ini. Kami sampai just time untuk lunch....dia dok cerita itu ini, kami baham saja nasi yang terhidang di meja.

Petang tu kami hantar Amir masuk balik ke asramanya...
Amir ni memang buat Auntie "seriau" ...sepanjang dia bercuti raya, dia langsung tak tengok atau pegang buku....malah jeling pun tidak...isy...sebagai mak, Auntie hanya dapat nasihat dan memperbanyakkan doa saja...bila tanya dia kata ' semua dah ready '....selamba je....nak leter panjang pun tak kena jugak...so, sabo jelah mak dia nih....sekarang ni pun Auntie dok debar-debar...seolahnya Auntie pulak nak jawap soalan...tak tahu lah macam mana dia menjawapnya...

Semalam barulah Auntie balik semula ke KL sampai pun dah hampir nak maghrib. Masak nasi dan goreng ikan masin saja. Mak Auntie bekalkan sedikit lauk untuk kami dinner.
Memang rasa lama sungguh Auntie bercuti...lebih terasa lagi bila tak boleh nak berblog.Alhamdulillah hari dak ok.

Hari ni tak boleh cerita panjang.Banyak lagi blog-blog yang Auntie belum ziarah. Ada baiknya Auntie berziarah dulu. Esok-esok kita gebang lagi.
***********************************
*************************************