Assalamualaikum untuk semua,
Sejak duduk kat rumah ni, semakin lama, semakin malas pulak nak mengupdate blog ni.
Banyak kerja rupanya bila dah kat rumah, macam-macam nak dibuat. Nasib baik Auntie bersaorangan, jadi buat kerja sorang-sorang, tahu tahu masa berlalu begitu pantas, orang bekerja dah nak balik, kita kat rumah masih belum lagi beres kerjanya. Tentu ada yang rasa hairan, apa sajalah yang Auntie buat...ha, macam-macam weh!
Walau pun tak pergi ofis, bangun tetap awal, siapkan breakfast, solat subuh, wirid sikit, ngaji sikit....intai kat luar matahari dah tinggi. Naik ke tingkat atas, kemas bulik. Turun pulak ke bawah sidai kain, mop lantai, sapu sampah, basuh pinggan, lap sana, lap sini....masak lebih kurang kalau rajin, kalau tidak buat air, cicah biskut je. Letih rupanya.....
Wah hari ada live ...Putera William kawin....Auntie tak teruja nak nonton pun tak macam masa Prince Charles nak kawin Diana dulu, excited semacam.... mungkin sebab Kate tak lawa......tak macam tuan puteri, tak semanis Diana dulu...tapi rakyat Britain bukan main lagi terujanya maklumlah anak raja depa kawin, lepas tu katanya dah lama tak ada wedding yang sebesar ini selepas wedding Prince Charles dulu. Ya lah tu gamaknya.
Hemmm...jom le pi jengok kejap apa cerita depa.
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Friday, April 29, 2011
Wednesday, April 20, 2011
31 Tahun.
Assalamualaikum untuk semua,
Auntie sibuk memanjang. Rupanya, bila dah ada kat rumah, lebih sibuk dari kat ofis, ada saja yang perlu diambil perhatian, ada saja benda yang nak dibuat. So, sapa kata bila dah pencen boring???? rasanya yang boring tu sebab tak ada apa yang nak dibuat, almaklum bibik boleh settlekan. Bagi Auntie, Auntielah bibik, Auntielah 'MEM'
Member-member kat ofis dah macam bagi hints nak mai makan kat rumah, aduh!...macam mana nak masak untuk kenkawan?...ha! ha! untuk diri sendiri pun Auntie tak masak, apalah lagi duduk sorang-sorang kat rumah, dah pukul empat petang, baru pikir nak masak apa, itu pun kalau Cik Din kata dia nak makan.....kalau dia kata takmo makan, wah!! merdeka Auntie, tak payah masak. Tak kan Auntie tak makan langsung? Makan jugak, makan roti, biskut dan buah....
ada masa Auntie beli saja kueh atau nasi lemak kat makcik yang jual kueh tepi rumah Auntie tuh....
Insyaallah, dah settle kerja kemas mengemas ni, boleh le Auntie masuk dapur...kata dapur dah lawakan?? la ni dok kemas dapur tak habis-habis. Auntie nak juga bubuh gambo, tapi kena sabo dulu, kena tunggu Jim balik bercuti... tak pandai Auntie nak buat macam mana, dah cuba juga, tapi tak berjaya. Harapkan En. Amir, dia langsung malas nak melayan mak dia.
Oh ya, hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan Auntie yang ke 31 tahun....he!...he! lama tuuu....:-) Doakan kami terus bahgia hingga ke akhir hayat. TQ
Macam biasalah, kami orang biasa, so tak adalah apa-apa celebration atau bertukar-tukar hadiah atau pergi melancong ke Tokyo ke...tak ada........Tapi, ha! ha! kami sepakat beli satu TV Plasma.....42"...semua satu keluarga happy!!!! yeyeyeyyyy! TV sekarang dah murah...nak beli cincin atau gelang harga mas dah meningkat, tak mampu weh!...lagi pun kalau barang macam tu, Auntie saja yang pakai....TV, semua boleh enjoy, Cik Din bukan main suka sebab lagi semangat dia nak tengok bola.
---------------

Monday, April 11, 2011
Sudah siap.
Salam untuk semua,
Alhamdulillah, Auntie dapat juga meluangkan masa untuk entry ini. Memang lama sangat tak berblog, tak baca blog, tak buka internet. Ini semua adalah gara-gara kesibukan yang teramat sangat.
Auntie hanya dapat berehat pada minggu pertama persaraan. Kemas rumah, bersih sana, bersih sini. Masuk minggu kedua, dengan tak disangka plan untuk mengupgrade dapur rumah Auntie tercepat le pulakj jangkanya nak mulakan pada bulan Mei, tapi, dah kontraktor kata dah boleh mulakan, kami pun setuju saja. Adalah 2 minggu rumah Auntie macam kapal karam. Yang nak direpair adalah dapur dan bilik air anak Auntie ditingkat atas saja, tapi oleh kerana rumah pun tak besar mana, maka semuanya ikut terlibat. Habuk toksah cakap le,,,,rasa serik merepair rumah ini.
Nasib baik Auntie dah tak kerja, dapat le menjadi mandor Mat Indon yang buat kerja tu. Alhamdulillah, depa ni bagus-bagus belaka buat kerja pun cermat dan Auntie dengan Cik Din pun sangat berpuas hati dengan hasil kerja depa.
Kiranya semalam selesailah kerja depa. Maka Antie pulak yang mula nak kemaskan balik. Memang letih...macam nak patah pinggang rasanya.
Walaubagaimana pun, dapur Auntie tu tak dapat nak beroperasi sepenuhnya, sebab sinki dan dapur memasak belum di instal lagi.Insyaallah dalam 2, 3 hari ni selesai le.
Lepas ni, kena rajin memasak le pulak... (boleh percaya ke?)

Subscribe to:
Posts (Atom)