Monday, November 29, 2010

Cabaran bermula....

Salam untuk semua pembaca,

Hari ni Auntie bercuti. Ni sedang bersairan dari rumah. Letih sangat rasanya, tu yang termalas nak ke ofis. Cuti ada 20 hari lagi.... :-)

Sebenarnya Auntie hanya apply cuti untuk hari Jumaat, tujuan nak kemas barang Si Jim.

Alhamduluillah, hari Sabtu Auntie bertiga (Jim, Cik Din & Auntie)menuju ke Tg. Malam, Dekat je rupanya, dalam sejam lebih sikit je, tu pun sebab ada sikit accident kat l/raya dekat dengan Stadium Bkt. Jalil tu.
Kami terus cari hotel dulu, time tu dah 12.30 tgh. Melilau-lilau jugaklah mencari tempatnya, walau pun bandarnya tak sibuk mana. Ada bandar baru dan lama.
Lepas makan, rehat, petangnya kami pun ronda-ronda sekitar bandarnya dan mencari lokasi Politeknik agar pagi esoknya tidaklah tercari-cari.

Jim macam kecewa je bila tengok kawasan kampusnya jauh dari bandar dalam 12 km. dan tranport awam pun tak banyak (he!..he!...Auntie suka ni). Kampusnya besar dan tesergam indah di atas bukit dan memang di tepi jalan besar.

Esoknya, lepas b/fast, terus je kami ke sana. Ingatkan kami awal, rupanya ramai jugak yang datang lebih awal. Alhamdulillah cepat juga proses register asrama ni.Siap settle dapat kunci bilik, kami tolong le dia kemas-kemaskan barangnya...
Dalam pukul 1.30 kami pun tinggalkan dia terus je balik 2.30 dah sampai rumah.

Malamnya Jim bersms dengan Auntie...sunyi la, boring la, tension lahhhh....ha!...ha!...anak manja tak pernah berpisah dengan mak! Pagi ni dia macam dah ok...Auntie hanya cakap dengan dia, kalau sayang mak, sabar, sabar dan sabar...oriantasi macam tulah....

Harap=harap dia dapat terus menghadapi cabaran yang baru bermula.

Tuesday, November 23, 2010

Kasut Jim

Salam semua,

(Tak habis lagi cerita persiapan Jim ni)
Petang semalam, sampai rumah je, Auntie tengok Jim dah 'tebas' rambutnya yang "bushy" tu...barulah nampak kemas. Rambut dia memang tebal. Kalau ada nyamuk termasuk kat dalam rambut dia harus nyamuk tu tak boleh keluar.

Dia dah kumpul kasut-kasut yang nak dibawak...kira-kira ada 8 pasang!!!! Kasut nak ke kelas 2 pasang (kasut hitam, satu baru beli, satu lama punya) kasut untuk beriadah/jogging sepasang,(Auntie beli kasut Power saja) kasut untuk main futsal sepasang (brand Lotto, dia beli sendiri) kasut kanvas untuk main takraw sepasang. Kasut Nike sepasang (untuk melaram, katanya...dia beli sendiri) dan 2 pasang selipar. (satu untuk masuk toilet, satu untuk ke surau).

Masa Auntie masuk asrama dulu rasanya tidak le banyak macam tu kasutnya.
Kalau tak silap, 2 pasang kasut sekolah dan sepasang selipar je. Mana ada kasut untuk riadah/jogging???...kasut sekolah tulah jugak buat berjongging atau bermain netball atau bersukan.....siannnnn....kan?

Orang sekarang, nak berfutsal ada kasutnya, berjogging, lain pulak. Berboling jugak ada kasut khasnya...apa lagi nak bergolf...

Kami dulu dapat kasut jenama 'Badminton Master' pun dah kira bangga sangat...rasanya harganya dalam RM 7.90...ke RM 4.90 je......

Budak sekarang sangat le memilih...brand nak hebat saja...kalau Jim, sikit-sikit dia akan kata "mak....yang ni kan, David Backem pakai tau"
Banyak le dia punya David Beckam...!!! Hari tu Auntie dah sound dia, " sebagai orang Islam, idola dan icon kita sepatutnya adalah Nabi Besar kita Mohamad SAW.....betul tak???.....tersengeh-sengeh Jim bila Auntie cakap macam tu kat dia. :-)

Monday, November 22, 2010

Pengarang jantung

Salam semua,

Auntie dah termalas nak mengupdate blog. (Sokmo malas sebenarnya)

Dah seminggu hari raya berlalu. tak ada apa yang happening pun... yang ada hanya pening. Apa tidaknya, Auntie hanya dok berehat kat rumah saja, melangut depan TV..banyak kerja terbantut disebabkan sakit lutut. Kerja pun jadi perlahan nak masak pun malas jadinya.

Auntie hanya ada seminggu saja lagi untuk berkemas barang-barang Jim. Yang empunya badan tak ambik kisah pun nak berkemas, tapi nasib baik juga dia listkan apa barangan yang dia nak bawak nanti. Banyak yang dia nak angkut, kalau boleh bilik dia pun nak dibawak sekali.

Rasa sedih jugak nak berpisah dengan Jim ni, maklumlah selama ni dialah yang jadi pengarang jantung Auntie. Dia boleh di suruh buat itu buat ini. Banyak kerja rumah yang dibereskan, mop lantai, cuci bilik air, cuci tingkap....nak harap En. Amir...ya ampun, hari ni suruh, esok lusa pun belum tentu dibuatnya.

Semalam, kami tiga beranak (Auntie, Cik Din & Jim) menyoping barang-barang Jim lagi, ada beberapa item yang dia perlu. Auntie belikan dia iron, heater, extention wire, tie dan toileteries. Semalam juga dia bergambar. Puas le suruh dia potong rambut sebelum bergambar...tak mahu dia, hari ni baru nak potong katanya. Rambut dia keriting, jadi tak nampak panjang, cuma tebal dan kembang, so, dia pakai cekak rambut. Bangga dia bila kawan dia kata lawa. Dan ramai bertanya samada rambutnya dibuat atau ori...pada pandangan mata Auntie pulak....rimasnyaaaaaa....

Petang semalam jugak Auntie baru terhegeh-hegeh menjahit seluar Jim, bukan jahit apa pun, jahit bahagian bawah tu labuh meleret. Dah tua-tua ni siksa nak menjahit ni, nak masuk benang dalam kepala jarum tu, terjegil-jegil bijik mata baru dapat masuk...he!...he! baru tersedar diri dah tua, mata pun semakin rabun walau pun bercermin mata.

...nanti sambung lagi.....

Tuesday, November 16, 2010

Baru sedar....

Salam semua,

Dah bersiap sedia nak raya ke?

Semalam Cik Din bawak balik sebekas paste kacang untuk dibuat kuah kacang. Katanya kawan dia jual kat ofis, so, dia beli le. (dia tahu bini dia memang tak sanggup nak buat kuah kacang)
Nampak macam mudah sangat, sambil pejam mata pun boleh. Just tambahkan 1 litre air dan didihkan sampai naik minyak, dah siap kuah kacangnya. Balik nanti bolehlah buat, sambil rebus nasi impit Nona.

Masa nak raya puasa dulu, Auntie buat jugak kuah kacang ni. dek kerana nak mudah, ada kawan cadangkan beli saja kacang yang dah siap goreng dan blend tu. Auntie pun beli le. Bila di masak, sungguh le mengeciwakan.....tak sedap!!! kacang dia rasa macam mantah je.
Ingatkan nak beli saja kuah satay kat restoran Samuri macam sorang lagi kawan Auntie suggeskan, tapi, dah Cik Din bawak balik tu, cuba sajalah kan?...kang merajuk pulak Pakcik tuh...















En. Amir


Malam tadi, lepas makan malam, En. Amir hulur duit kat Auntie RM 1,000, ingatkan dia nak bagi kat Auntie untuk berbelanja, rupanya nak minta tolong simpankan. Bulan lepas diberinya RM400 untuk disimpan juga. Katanya kalau dia simpan sendiri memang tak kemanalah duitnya ....alhamdulillah!...

He!...he!...rupanya dia baru tersedar, tak lama lagi Jim akan bawak lap-topnya bersama, maka terkulat-kulat lah En. Amir nanti ....macam mana nak berface book kan??? " cukup bulan nanti Amir akan tambah lagi dalam RM700.....boleh le rembat satu lap-top" akhirnya, dia sedar jugak yang dia, walau pun lebih kurang sama lamanya bekerja dengan Jim, duitmya habis entah kemana....macam yang Auntie kata dulu le....yang nampak topi keledar, spek mata hitam, jaket...yang lainnya...habis beli jajan, pi tengok wayang, pi main boling!!!

Lepas ni nanti, tiap bulan Auntie akan paksa dia menyimpan duit. He!...he!

Monday, November 15, 2010

Raya Korban

Salam semua,

Esok lusa dah nak raya haji. Entah kenapa ye? raya haji dah tak semeriah macam dulu lagi. Macam masa Auntie kecik-kecik dulu. Masa tu, mak Auntie tetap juga buat kueh dan sediakan baju raya untuk kami. Pagi raya tetap meriah walau pun tak sehebat raya puasa.

Dah banyak tahun juga Auntie tak sambut raya haji di kampung. Kami beraya di rumah sendiri saja. Nama saja raya, tapi tak ubah macam cuti biasa atau weekends biasa saja. Yang lain cuma pergi bersembahyang sunat hari raya dan Cik Din akan ke surau lepas tu untuk bergotong royong melapah daging korban. Tak ada apa persiapan pun.

Dah nak masuk 2 minggu ni, Auntie sakit lutut. Lutut kiri yang tak di operate tu. Bila sakit macam ni rasa menyesal pulak pi operate sebelah saja dulu, kalau tidak, insyaallah tak le menanggung kesakitan macam ni. Ikutkan, doktor dah advise suruh operate saja .... Auntie berbelah bagi, rasa tak sanggup nak lalui proses pembedahan tu. Terpaksa terlentang kat bilik bedah hampir 6 jam dan mendengar segala macam bunyi ....isyyyy!
Buat masa ni, Auntie telan pain killer saja dan kurangkan aktiviti berjalan ke sana ke mari. Dan dah beberapa majlis kenduri kawin yang dah Auntie terpaksa tak pergi.
Harap-harap dalam masa terdekat ni kuranglah sikit sakitnya.

Kat ofis Auntie ni pun tak ramai yang ambil cuti. Yang bercuti pun bebudak east-coast saja. Tu pun ada yang tak cuti.

Dikesempatan ini, Auntie ucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban, yang balik kampung tu, hati-hati dijalan raya.

Tuesday, November 09, 2010

HBTA.....

Salam untuk semua,

Semalam adalah hari terakhir Jim bekerja di Seven E, setelah mula bekerja sebaik saja habis SPMnya tahun lalu.















Kenangan Jim semasa bekerja di Seven E


Alhamdulillah, dia mengutip banyak pengelaman bekerja dan juga pengelaman hidup selain daripada dibayar gaji. Alhamdulillah juga, Jim dapat mengumpul sejumlah wang hingga dia dapat merembat sebuah laptop idaman kalbunya dan lain-lain barangan yang dah jadi idaman, tapi mak dia buat tak kisah nak penuhi.. (mak tak cukup duit Jim...)

Insyaallah, hujung bulan ni Jim akan menyambung pelajarannya di sebuah Politeknik di Tanjung Malim Perak.

Buat masa sekarang ni, Auntie sibuklah dengan persiapan untuk dia. Banyak juga barang yang nak di bawa. Segala bayaran telah pun dibuat. Yuran pengajian, yuran pendaftaran, yuran asrama, gedebuk gedebak adalah dalam RM 900. Tu baru yuran-yuran. Kalau nak dikira, dah banyak duit habis untuk persiapan lain-lain. Baju, seluar, kasut peralatan belajar. Nasib baik Jim dah beli laptop dengan duit 'titik peluh' dia. :-) begitu jugak peralatan belajar macam buku-buku nota, paper,pen/pensil. Alhamdulillah.

Auntie ni, walau pun orang Perak, tidaklah familiar sangat dengan Tanjung Malim ni, setakat lalu lalang masa nak balik kampung saja. Tu pun, la ni dah tak lalu lagi sebab dah ada highway.
Masa Auntie kecik dulu pun Auntie dah dengar namanya disebut-sebut, sebabnya arwah ayah Auntie selalu jugak pergi berkursus di UPSI tuh ( dulunya disebut Maktab Perguruan Sultan Idris).

Katanya, tidaklah jauh mana dari KL, tapi oleh kerana kami tak pernah ke sana, maka Auntie dengan Cik Din sepakat nak bermalam saja di TM ni bila nak hantar Jim nanti.
Macam biasa, Cik Din serahkan tugas mencari tempat untuk bermalam. Tak jadi masalah pun pada Auntie, kan ke kita ada internet????...surf sajalah ...maka terjumpa lah nama beberapa hotel dibandar TM ni...Auntie pun catat beberapa nombornya dan telefon saja...kacang kan??

Auntie : Hello, hotel Bunga Taik Ayam ....(bukan nama sebenar, nama sebenarnya, bunga lain...)

Hotel Bunga Taik Ayam : Aaaaa...apa?

Auntie : Hotel Bunga Taik Ayam...

HBTA : ya..ya...apa hat?? (suara nyonya pelat Cina)

Auntie : Saya nak tanya, hotel ni berapa harga bilik-bilik dia....

HBTA :..halege ke...?..ooo...tak tau?...wa anak tau la, nanti malam lagi talipon....(terus dia letak telefon)

Malam dalam pukul 8.00. Auntie telefon sekali lagi.

Auntie :...Hotel Bunga Taik Ayam??

HBTA : ya...ya...apa mau?? (laa...suara nyonya siang tadi jugak!)

Auntie :..saya mau booking bilik, berapa harga satu malam?

HBTA :...haiya!!!...apa pasat mau talipon????...mau tido, mali la......

Auntie : (dah mula geram)...Nyonya, saya call dari KL, macam mana mau datang?...saya mau booking dulu....bukan mau tido sekarang??? (Bingong!)

HBTA :...jangan telipon maa...*%@# (cakap Cina, dan terus diletaknya telefon)

Auntie : *&@#%$!!!!!

Ha!..ha!...yang Auntie pelik tu, nombor hotel siap boh dalam internet, tapi apasal le tuan hotel tu pi boh nyonya yang nak bercakap pun tak fasih dan tak faham apa kita cakap tu jadi tukang ambill call????
ke, dia ingat Auntie ni pompuan jal*** mana nak tempah bilik untuk buat bisnis???? Kan ke dah hilang satu customer.......

Kat kampung Auntie yang ulu pun ada hotel, tapi siap ada lobi untuk pendaftaran dan yang melayan kat kaunter pun gadis-gadis manis dan pemuda-pemuda cun berbagai kaum. Terus Auntie hilang mood nak booking hotel lain. Akhirnya Auntie opt untuk bermalam di rumah rehat gomen saja. Sekali telefon, terus booking dan dapat info sedikit sebanyak daripada petugas rumah rehat tu. Selesai masalah.

Jim pulak meluahkan masalah hatinya.

Jim : mak, kawan Jim katakan, TM tu bandar dia kecik je...kampung je...

Auntie : jadi, apa masalahnya???

Jim :....aaa...tak best le...

Auntie : Jim, Jim ni nak pergi melepak kat bandar dia ke nak pergi belajar??

Jim :...belajar le...

Auntie : Jim bukan belajar kat bandar dia, Jim akan duduk dikawasan kolej yang luas dan cantik, pergi ke sana untuk belajar.... bukan nak ronda bandar dia.....nak meronda, bila balik cuti....rondalah satu KL!

Nilah budak-budak sekarang, tau nya nak best saja, belum apa-apa dah nak komplen.

Alhamdulillah, setelah panjang lebar syarahan Auntie padanya, barulah dia puas hati. Ni semua, kawan-kawan le dok 'racun' dia.... he!...he!

Wednesday, November 03, 2010

Makan kenduri.

Salam untuk semua,


Dia dah datang, dia dah datang!

Sape?

He!...he!.......


Mood malas nak update blog!

Lately, Auntie sibuk sikit dengan hal-hal peribadi. Weekends je penuh dengan jemputan kenduri kawin, jiran dekat rumah punya kenduri le, kawan-kawan kawinkan anak le, sedara kenduri le.....yang tak kenduri kenduri.....Auntie saja lah.

Sabtu lepas, ada satu jemputan kat Putrajaya. Macam biasa lah bila nak pergi kenduri Auntie kena masak lauk kenduri jugak kat rumah (....ayam masak merah je..) Anak- Anak manalah nak ikut, maklumlah depa pun dah besar panjang. Malu katanya mengekor mak & ayah. Auntie tidak lah nak paksa, lain lah kalau kenduri saudara mara tu.
Ada kawan Auntie tu, anak-anak dah besar-besar, tapi tiap kali dijemput, memang depa anak beranak pergilah, pendek kata, kalau meja bulat tu, orang lain tak boleh tumpang le.....he!...he!

Ni nak cerita pasal kenduri minggu lepas, dah merepek ke lain pulak dah...

Auntie bukan main konfidenlah nak tuju ke dewan kenduri tu....katanya dewan kat Precint 9 yang ada kolam renang tu...kacang je lah, dah dua tiga kali makan kenduri kat dewan tu....
Dalam pukul 12.30 kami gerak dari rumah, bila sampai kawasan dewan tu, kereta memang banyak parking, kolam tu pun meriah dengan anak-anak dan mak - bapak sekali.

Kami berjalan mencari pintu utama, tapi macam suspen je, tak nampak pun orang....jeng,jeng, jeng, bila sampai pintu utama.....senyap sunyi! ah! sudah!...tak de kenduri le.......
Auntie telepon le sorang kawan, dia pulak boleh kata " eh?...bukan hari ni le, minggu depan le ..." sudaaahhh....!, Auntie pulak tak bawak kad jemputan, tapi pastilah sanmgat yang kenduri memang hari tu. Nasib baik Auntie ada no. tel kawan yang buat kenduri tu.....rupanya, dewan lain!...patut le dewan tadi tak ada orang., he! he!...dua kali roung, akhirnya jumpa lah jugak dewannya...perut pun dah lapar, makanan pun dah terhidang, belasah sajalah.