Auntie dengan Cik Din balik ke rumah MIL pada hari Sabtu lepas. Ikut Cik Din, dia nak berangkat time macam ke ofis dalam 6.45 – 7.00 pagi Auntie iakan saja, Auntie terjaga awal jugak pagi tuh. Sambil masak air dan sediakan b/fast sambil mesin kain. Sambil jugak masak nasi dan lauk untuk lunch anak bujang Auntie yang takmo ikut balik Jim ada kelas tambahan, Amir pulak bagi reason since Jim tak ikut, dia nak temankan Jim.
Kami balik tu nak attend wedding. Cousin Cik Din kawin. Sambil tu dapat jugaklah bertemu MIL dan lain-lain kaum kerabat Cik Din kat Pekan tu.
Lepas mandi, solat bebagai..tengok-tengok jam dah hampir 7.00 pagi. Selesai sidai kain dah nak pukul 8.00. Dah pesan berbagai-bagai pesan kat Amir, kami pun berangkat.
Nak melepaskan KL pun hampir satu jam. Banyak pulak kenderaan. Cuti sekolah mungkin…dan jugak mungkin kenduri kawen sana sini.
Lebih kurang jam 12.30 thg. Kami pun sampai rumah MIL. Rumah penuh degan budak-budak. MIL dah pergi rumah orang kenduri, belakang rumah MIL saja…dua tiga langkah dah sampai. Memang Auntie lapo sesangat…terus je masuk barisan ambik nasi. Nasi minyak, kari daging, ayam masak merah, acar buah…..dan ikan tamban masin…Auntie memang rasa pelik sikit ada ikan masin nih…lain le kalau hidangan nasi putih. Dah beberapa kenduri kawin kat Pekan (Pahang) hidangannya ada ikan masin. Tu lah kata orang lain padang lain belalangnya…
Auntie dah kenyang barulah teringatkan Cik Din…sabo jelah makcik ni boleh terlupa kat laki….:-) Salah dia jugak…dia suruh Auntie cari makan dulu sebab dia dah teruja berjumpa sepupu sepapat dia yang dah lama tak jumpa…almaklumlah dia balik ke lubuk dia, lepas makan, Auntie pun masuk rumah pengantin…panas yang amat…berkuap-kuap…kipas laju pun dah tak terasa anginya. Benonya malas nak masuk…tapi MIL dah nampak Auntie, dah dia melambai-lambai suruh masuk…Auntie pun masuk le…ada le sepuluh minit beramas mesra dengan mak mertuaku itu, rombongan pengantin lelaki pun sampai…hemmm comel je pengantinnya…bagai pinang dibelah-belah…
Tengok le kejap pengantin bersanding…dah duduk betul-betul depan pelamin kan…
Ada le lima minit kot..Auntie pun keluar dari rumah tu dan melangkah ke rumah MIL pulak…MIL pun ikut balik jugak.Kami sambung sembang kat rumah dia pulak.
Adik-adik ipar Auntie sibuk le bagitahu yang kat Pekan ada ‘Pekan Fest’…nanti ada SIti, ada Mawi…rugi kalau tak tengok…nak tersedak Auntie….kalau kat sini, Mawi nyanyi sebarang jalan pun harus tak tengok…apa lagi kalau jauhh…tak kosser makcik tau!
Lebih kurang pukul 3.30ptg. Kami pun berangkat balik menuju Ibu Kota.
Singgah kejap kat mana tah beli keropok sikit. Lepas tu singgah kat tempat rehat minum teh dan makan kuih pau je. Dah masuk area KL..apa lagi jalan pun sesak..malam minggu pulak. Sampai tol Kajang banyak pulak kereta berbaris…lorong berbayar ada 2 je…terkesot-kesot le nak nyampai tempat bayarnya. Jam 8.00 baru le sampai rumah.
Walau pun balik sekejap je rasa puas hati dapat jumpa MIL dan ipar duai . Cik Din bukan main happy lagi dapat jumpa mak dan adik-adik dia seramai 12 orang tuh!!...:-)
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Tuesday, May 29, 2007
Friday, May 25, 2007
Kewangan Kita.
Sudah sudahlah cerita pasal naik gaji ni…dah naik boring dah….
Ok…Auntie tak cerita dah pasal tuh.
Hari ni kita cerita pasal nak berjimat cermat pulak. Auntie bukan lah pakar bab ni, sekadar beri pendapat saja. Kalau rasa boleh ikut, ikutlah kalau tidak cari lah jalan sendiri. Apa yang nak Auntie sampaikan pun Auntie sendiri pun mungkin tak ikut…cakap senanglah kan?…atas kertas semua nampak senang……nak praktik tak semudah yang dijangkakan.
Kata seorang pakar kewangan ni, sebaiknya kita catat semua pengaliran keluar masuk duit kita, walau pun yang keluar tu setakat 10 sen..semua kena kira, semua kena catat…boleh ke kita buat cam tuh??...Auntie boleh buat….untuk mungkin sehari, dua hari, tiga hari, empat hari…..lepas tu…mula le malas, buku catatan hilang le, pen tak de le…malam karang le catat…last-last…tak catat langsung!
Kalaulah dapat mendisplinkan diri kita…insyaallah boleh buat. Dari catatan tu kita boleh tengok kemana perginya duit kita. Dari situ dapatlah kita mengenalpasti mana-mana perbelanjaan yang tak perlu dibuat.
Mengikut pakar tu lagi sekurangkurangnya 10% daripada pendapatan kita hendaklah masuk ke tabung simpanan.
Tapikan, kalau dah tak cukup apa nak ditabungkan …betul tak??.. Kais pagi, makan petang, kais petang makan malam…so…apa nak disimpan????
Bagi yang berpendapatan besar tak de masalah le kan…duit bersepah sana-sini…belanja sana, belanja sini…beli tu, beli ni, pantang dengar ada sale, sure tak lepas punya.
Mari kita tengok macam mana setiap bulan kita perabih duit gaji kita tu…:
Sewa rumah/potongan pinjaman perumahan ----- RM 500.00
Personal loan (sebab nak repair rumah) ----- RM 700.00
Bil air, api, telefon, Astro ----- RM 300.00
Belanja anak sekolah (RM 4.00/day) ------ RM 80.00
Tambang bas tak de, anak gi sekolah jalan kaki ------ RM 00.00
Anak kat Politeknik ------ RM 400.00
Belanja dapor ------ RM 300.00
Belanja pasar ------ RM 400.00
Hantar kat mak ------ RM 250.00
Bayar kereta ----- RM 600.00
Minyak kereta ------ RM 300.00
Kad kredit (nasib baik 1 kad saja) ----- RM 200.00
Makan kat ofis ------ RM 200.00
Dah mencecah lebih RM4,000.00….tu kira anak 2 orang yang nak ditanggung…kalau anak 4, kalau 5?????.... Tu, kereta ada sebijik je…kalau 2 bijik…??? Tu pun kereta Made In Malaysia…kalau kete import???....
He!..he!...itu kira paling minimum tuh…perasan tak??...tak de pun allocation untuk tabungan? Tak de pun untuk shopping bebagai…habis camno???..so, kalau naik gaji pun memang patutlah kan???...

Wednesday, May 23, 2007
Tak habis habis lagi daa....
Kat ofis Auntie ni tak habis lagi cerita pasal kenaikkan gaji…tak habis lagi excitednya… errrk termasuk Auntie le .... Bila dah sah ada kenaikkan, esoknya (semalam) berita keluar paper, tapi kami masih blurr…samada pengiraan dibuat atas gaji semasa atau gaji permulaan.
Malam tadi bila tengok berita di TV baru jelas…kenaikkan dikira atas gaji yang diterima sekarang…so, kalau gaji RM2000/-, naik 25% jadi RM2,500.00 . Gaji RM1000.00 naik 35%, jadi RM1350.00…yang gaji RM 7,000.00 naik 7,5 %, jadi RM7525.00
Orang pencen pun samalah juga kiraannya. Alhamdulillah!....
Pagi ni, bila paper hari ni sampai je, dah berebut-rebut nak tengok samada apa yang dikhabarkan dalam berita malam tadi betul atau tidak…sah le betul….Alhamdulillah sekali lagi….memang orang gomen teruja sangat sebab tak pernah kami dapat kenaikkan yang begitu drastic……eleh!!!...orang kerja swasta tak heran pun…
Dalam dok happy-happy tu, masih ada yang tak puas hati. Masih ada dok mempertikaikan sebab apa yang gaji above RM5,000/ - naik juga…patutnya bagi kenaikkan 1% sajaa,,,isyyy,,,macam-macam lah perangai manusia ni…dah dia dapat sibuk dok dengki orang lain dapat.
Habis, bos-bos bukan tak buat kerja kan?...tanggungjawab besar…lain le macam Auntie…hanya bertanggungjawap pada bos Auntie je…kalau dia bagi kerja adalah kerjanya…kalau tidak, pepandai le (memblog ke, meng’tag’ ke.. )
Bersyukurlah apa yang kita dapat…tak payah lah nak mempertikaikan apa yang orang lain dapat…rezeki masing-masing.
Kejap ni tadi Auntie terima SMS dari adik Auntie “ Kak…gaji naik…tak de ke untuk kami?...”…insyaallah…dah lama Auntie berniat…kalau ada rezeki, memang Auntie nak membantu adik Auntie yang sorang ni…ibu tunggal beranak dua….dan tak bekerja….selama ni hanya menumpang mak Auntie dan kami adik beradik pakat contribute sesikit setiap bulan. Bekas suami dia………..???...macam kebanyakkan suami-suami yang tak bertanggung jawap…lepas tangan saja…kawin, buat anak….hai!...hai!...good-bye.
Marilah kita sama-sama beringat, dalam keterujaan kenaikkan gaji ni, masih banyak lagi yang kita patut renungkan. Berbelanja dengan berhemah. :-)
--------------------

Tuesday, May 22, 2007
Berita Gembira.
Alhamdulillah! akhirnya berita gembira yang ditunggu tunggu menjadi kenyataan.
Terima kasih Pak Lah. Semoga panjang umur, sihat walafiat (dan cepat mendapat jodoh !)
Memang gembira sangat maklumlah kenaikkan gaji telah lama tidak berlaku. Bagi Auntie yang dah bergaji maksimum ni memang berharap sangat mata gaji itu berganjak Ini bermakna, bila Auntie pencen nanti, pencen bulanan adalah lebih sikit. Harap umur panjang dan dapat merasa rezeki ini. Amin.
Tengahari semalam kami yang tak de TV kat ofis memang rasa resah gelisah. Pak Lah buat pengumuman di PICC secara live…so, kami pakat pasang telinga kat radio saja. Punya le panjang lebar ucapan Pak Lah tu…berbelit-belit…kami malas dah nak dengar semua tu….dan diakhir ucapan tu barulah berita gembira disampaikan…% kenaikkan adalah 7.5 % bagi JUSA, 15% -Gred 41-Gred 54, 25% - Gred 16 –Gred 40 dan 35% - bagi Gred 1 – Gred 16…dan yang paling tak sangka COLA juga dinaikkan sebanyak 100%!!!...(mahap kalau Auntie ada bagi fakta yg. tak berapa tepat…untuk yg. lebih tepat sila refer kat s/ khabar…ok?...)
So,,,gamaknya apalah nak dibuat dengan rezeki yang dapat tu.???
Angan-angan tu macam-macam lah… tapi yang lebih penting dan utamanya nak menyelesaikan hutang-piutang terlebih dahulu…
So, lebih kurang macam nilah…
- upkan sikit bayaran untuk creditkan
- upkan sikit duit bulanan untuk mak Auntie.
- upkan sikit duit poket untuk Jim & Amir.
- upkan sikit simpanan tabung haji
- upkan lagi simpanan kecemasan.
Yang Auntie dok berangan-angan :-
1. - nak beli h/phone baru – yg.sedia ada tu model jaman purba.
2. - nak beli jam tangan hak lawa sikit..hak sesuai dengan makcik-makcik – yg. sedia
ada…dah lama beno…dah 10 tahun daaa…!
Kalau nak listkan lagi memang banyak…tapi setakat ni, Auntie rasa yang lain tak penting sangat. kena belanja dengan berhemah.
Syukur Alhamdulillah!!!

Monday, May 21, 2007
Perhimpunan Pagi
Hari ini ada perhimpunan pagi. Selalunya Auntie escaped…malas le nak pergi. Perhimpunan pagi ni macam assembly masa kita sekolah dulu le lebih kurang.
Bezanya kat sekolah dibuat setiap minggu, perhimpunan pagi ofis ni dibuat sebulan sekali.
Adalah 2 atau 3 kali Auntie pergi. Bulan lepas Auntie terpaksa pergi sebab bahagian kami jadi hostnya, so kenalah libatkan diri sekurang-kurangnya menghadirkan diri.
Sejak KSU (Ketua Setiausaha ) baru ni, nampak banyak juga perubahan yang dibuat.
Yang sebenarnya bukan lah perubahan pun, cuma disiplin yang sedia ada dipastikan dipatuhi.
Memang ramai yang merungut. Bagi Auntie ianya sesuatu yang baik, kalau dah ada peraturan tetapi tak dipatuhi apa gunanya kan? Yang sangat ditekankan oleh KSU ni adalah ketepatan masa
Opppsss….kena berhenti dulu nak kena pergi ke dewan dah. Auntie nak hadir lah pada hari ni..nak buat azam baru, nak hadir setiap kali ada perhimpunan.
--------------------------------------------------------
Ha…sambung balik. Perhimpunan tadi bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 9.15 pagi. Macam biasalah, dimulai dengan nyanyian Negaruku (Auntie nyanyi dengan penuh semangat tau!..lyric semua dah hafal sejak darjah satu lagi…sekali pun tak pernah lupa lyric) . Lepas nyanyi bacaan doa. Bagus isi bacaan doa ni …rasa haru dan sebak pulak. Lepaw berdoa ada bacaan ikrar, lepas tu ada presentation berkaitan dengan aktiviti bahagian yang jadi host perhimpunan. Oleh kerana Auntie duduk di barisan paling belakang (dekat dengan pintu, senang nak keluar nanti) makanya Auntie yang memang rabun jauh dan dekat ni tak berapa namapak apa yang dipaparkan diskrin depan tu.
Adalah dalam 3 mimit kot pertunjukkan slaid tu…lepas tu KSU pun berucap.
Inti pati ucapan adalah berkisar dengan etika kerja, budaya kerja, disiplin,. Tidak ketinggalan juga mengenai penyelenggaraan bangunan yang sedang hangat dibincangkan.
Majlis berakhir selepas memperkenalkan pegawai-pegawai baru.
Ini saja up-date untuk hari ini.
Sekian wasallam.
------------------------

Friday, May 18, 2007
Back To Basic
Belum habis lagi cerita kelinik/hospital ni.
Biasa le kan kalau nak pergi kelinik/hospital kena ambil GL (gerenti letter) dari bos dulu, nak sahkan yg. Auntie kerja gomen…kalau tak de GL tu kena bayar RM1.00. Mesti ada yang kata Auntie ni, RM 1/- pun nak berkira jugak! Eh ?...kena le kira…kalau tiap hari pergi tentu dah berganda… Isyyy…bukan le nak kira sangat, tapi yang penting nak rekodkan yang kita ni orang gomen…tu yang penting. GL tu sah sama 3 bulan, lepas tu kena buat GL lain.
Nak diikutkan, rawatan dihospital kerajaan M’sia ni adalah antara yang termurah jika dibandingkan dengan negara lain.(satakat yg. Auntie tahu lah..)…pssstt…kata Menteri Kesihatan.
Memang dah banyak beza hospital dulu dengan sekarang. Suasana persekitaran hospital pun tidak lagi menakutkan..bersih ceria dan nampak begitu santai. Tempat menunggu bericon , ada TV, ada magazines untuk dibaca sementara menunggu giliran. Ada juga disediakan tempat kanak-kanak menghilangkan keboringan..
Zaman Auntie kanak-kanak dulu, jarangnya Auntie dibawa ke kelinik kerajaan, boleh dibilang dengan jari sajalah berapa kali Auntie jumpa doktor gomen. Kalau jumpa doktor pun masa doktor buat lawatan ke sekolah…itu pun pihak hospital selalunya akan hantar nurses saja untuk bagi injection bila ada apa-apa wabak penyakit macam taun ke, demam kepialu (jaman tu tak pernah pulak dengar demam denggi) atau injection untuk demam campak…..atau pemeriksaan gigi.
Selalunya cikgu tak bagitahu pun yang pihak hospital nak datang ke sekolah, kalau bagi tahu, sah, sah le kehadiran akan berkurangan…ramai yang tak akan datang sebab takut kena cucuk!
Auntie, selalunya akan tahu sebab mak-ayah Auntie dah bagitahu (depa dua-dua cikgu)…so, macam biasa le Auntie akan pecah rahsia kat kawan baik Auntie…dan dia pulak akan pecah rahsia kat kakak dan abang dia, kakak dan abang dia pecah rahsia kat kawan baik depa!!!!...so…last-last, hampir ¾ murid kat sekolah dah tahu….:-)
Hari yang ditunggu pun tiba..pagi lagi van hospital dah sampai….mula rasa berdebar…bilik air mula dilawati…ada yang dah pucat muka..bila nurse dah panggil nama sorang-sorang terpaksa le serah diri. Yang harunya, sesapa yang nama start dengan huruf A akan dipanggil dulu…maka, Abu, Ahmad, Amir. Aishah, Aminah Azian pun akan menjadi antara yang terdahulu menyerah diri……..so, kalau Abu menjerit melolong….yang lain pun akan bertambah le ketakutannya….
Sekarang ni pun pihak hospital masih lagi membuat lawatan ke sekolah-sekolah. Tapi murid sekarang dah tak heran…datang, datanglah, doktor gigi ke, doktor badan ke tak jadi hal. Macam anak-anak Auntie…depa langsung tak kisah…tau tau bila balik depa tunjuk gigi depa yang dah ronggak kena cabut bila pihak hospital datang ke sekolah.
Itu sudah bagus…kalau dengan Auntie memacam kerenah…errr..anyway selamattt duit Auntie!
Nak tahu, zaman dulu private kelinik memang tak banyak, apa lagi kalau di Bandar kecil macam kampung Auntie. Seingat Auntie le, kalau ada sakit yang agak-agak tak boleh baik dengan ubat sengsih (ubat beli kat kedai Poh Ai) baru ayah Auntie bawak ke kelinik berbayar, kelinik doktor Ling, satu-satunya kelinik berbayar dikampung Auntie. Femes yang amat.(masa tu lah). Sekarang ni, kelinik berbayar ni dah bersepah kat pekan tuh, siap je duitnya, Kelinik Melayu, Cina India, Singh semua ada…
Bila diingatkan rasa sayu le jugak…mengingatkan kehidupan di masa lampau…kesian tau kalau dikenang-kenang zaman Auntie kanak-kanak dulu….Kalau demam, ayah Auntie akan beli ubat kat kedai Poh Ai je..ubat yang paling mujarab adalah ubat serbuk Cap kaki tiga…sampai hari ni ada lagi ubat tu…sakit gigi pun telan cap kaki tiga jugak.
Makanya, kalau demam 3 hari, tiga hari le dok telan ubat tu sampai kebah. Auntie paling tak suka ubat tu…pahit yang amat…tapi kena telan jugak….lepas telan ayah akan beli buah epal atau anggur. Zaman tu, dapat makan buah epal atau anggur menjadi kebanggaan…tu pun kalau demam baru dapat. Yang benarnya bukan le mahal sangat bagi yang bergaji, masalahnya buah pun susah nak dapat dipasaran, apa lagi lah kat kampong Auntie yang jauh di balik banjaran gunung tuh!
Itu ubat demam. Kalau sakit mata…mata merah dah bertaik tu, ayah Auntie sekali lagi pergi cari kedai Poh Ai tu…kali ni ubat serbuk cap burung bangau pulak! Makan dua kali…esoknya dah baik he!..he!...mujarab pulak!
Kalau dah berhari tak buang air, mak Auntie syorkan minum Eno…Mak Auntie memang pakar…Tanya lah dia kalau sakit nak makan ubat apa…pssttt…tapi ubat-ubat kedai Poh Ai le…J
You all yang muda-muda mana tahu nama-nama ubat jaman dulu tuh…ingat tak ubat demam untuk budak kecik….???...Bo Bo Tan namanya..:-)…Kotal pun ada, masih ada sampai sekarang.
Kalau luka boh minyak gamat je….errr…kalau kat kampung-kampung tu, ada jugak yang pi tuang minyak tanah je…nasib baik tak cucuh api pulak lepas tu!
Bagi orang tua yang bijak pandai…depa cari daun-daun kayu atau akar-akar kayu untuk melegakan sakit.

Wednesday, May 16, 2007
Ke Kelinik
Hujan turan agak lebat pagi tadi. Terus berlarutan sampai jam 10.00 lebih.
Auntie bangun lewat dari biasa sebab nak ke kelinik dulu sebelum ke ofis. Tak payah nak pepagi sangat.
Dah seminggu Auntie dok rasa pening-pening. Bila tunduk sikit dah rasa berpinar-pinar. Bila baring, gerak je kepala rasa bergoyang-goyang siling dan dinding…rasa macam nak muntah pun ada jugak. Auntie pernah alami situasi macam ni beberapa kali dulu.Memang tak selesa. Serba tak kena. Apa???...ngandung???...he!..he!...tak mungkin…kilang sudah tutup maa..Isyy…(ppsttt…kalau ya pun tak pe…tuannya ada…)
Lepas b/fast lebih kurang Auntie pun pergi lah ke kelinik berdekatan rumah . Kelinik Gomen…Bandar Baru Bangi. Kebetulan pulak Cik Din pun ada appoinmentnya dengan doktor. Lama jugak Auntie tak ke kelinik, ye lah sejak berpindah ke Putrajaya. Fail kat pakar Orthopedik HKL pun dah tutup. Agaknya sebab kami awal lagi dah sampai, maka tak lah lama menunggu. Ramai jugak pesakit yang datang. Melihatkan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang dah tua dan uzur rasa insaf …(.insaf sekejap) insyaallah ,kalau panjang usia Auntie, dalam 10 tahun lagi, gamaknya macam tulah….terketar-ketar terhoyong-hayang dipimpin anak …tu kalau ada anak nak tolong pimpin….
Dah jumpa doktor, ambil ubat, terus je menuju ke ofis. Sampai ofis, senyap sunyi je…rupanya ramai yang pergi bersukan…hemmm…tak habis-habis lagi….minggu lepas sibuk main netball dan futsal, minggu ni main badminton pulak.
Kami yang tak bersukan ni dok le kat ofis buat kerja…Auntie tak de kerja……buat kerja sendiri le gayanya.
-----------------------------------------

Monday, May 14, 2007
Hari Ibu.
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu dan bakal menjadi ibu.
Auntie tak tahu pulak sejak bila Hari Ibu disambut di Malaysia ni. Auntie hanya terperasan adanya sambutan Hari Ibu mungkin sekitar 10 tahun kebelakangan ini atau pun kurang daripada 10 tahun.
Bagi Auntie memang baik sangatlah sambutan Hari Ibu ni. Satu hari dimana ibu-ibu akan diberi penghormatan dan penghargaan serta diraikan oleh yang tersayang.
Betul ke tu???
Tujuan dan matlamatnya macam tu lah. Tapi, adakah setiap ibu di beri penghormatan, diberi penghargaan dan diraikan???....jawapnya tak semualah….
Sambutan sebegini selalunya bermula dari budaya orang Barat…semua ada harinya semua nak disambut…Hari Bapa, Hari Kekasih…dan bermacam hari lagilah…
Bagi Auntie walau pun ianya mungkin budaya Barat, kalau baik apa salahnya kita ikut…kita ikut hak baik, yang jelek kita tak payah ambil pot…
Memang bertuahlah ibu-ibu yang diraikan pada Hari Ibu. Mungkin ibu-ibu jenerasi muda lebih bertuah kerana anak-anak didedahkan dengan sambutan Hari Ibu sejak mereka kecil lagi, tidak macam Auntie.yang baru terperasan adanya Hari Ibu…Auntie pun taklah meraikannya…cuma sekadar mengucapkan Selamat Hari Ibu pada mak yang tersayang.
Auntie sendiri sebagai seorang ibu, langsung tak kisah pasal sambutan Hari Ibu nih….anak-anak pun tak tahu keujudannya….Cik Din pun tak ambil pusing…habis, macam mana nak celebrate bebagai???? Tahun ni ada jugak Auntie bagi tahu Jim pasal hari Ibu ni…Auntie tanyalah dia tak de ke dia nak bagi kad ke hapa…dia kata..”hemmm…tak payah le mak….hari-hari pun Jim cakap Jim sayang dengan mak, hari-hari pun Hari ibu”….bertuah punya anak…habis camno??...
Walau bagaimana pun Auntie tetap mendapat ucapan Selamat Hari Ibu dari rakan handai tolan melalui SMS…terima kasih nooooo…..
---------------------------------

Monday, May 07, 2007
Utang-Piutang
Lama sungguh blog ni tak berupdate...ramai yg. dah jerit-jerit....Auntie lagi le, kalau boleh nak jerit lagi kuat daripada semua orang. Awat jadi lagu ni haa???...Berkali-kali dah Auntie buat entry...tapi semuanya tak boleh dipublish...tak tahu kat mana silapnya.Rasanya masuk entry ni saja dah 20 entry kot...hampeh semunya fail!
La ni dah masuk bulan Mei...pun dah nak masuk tengah bulan. Kami orang gomen dok menanti le kalau-kalau ada berita baik...macam ni le orang keje dengan gomen....Gaji tetap naik setiap tahun kecuali prestasi terlalu buruk atau ada apa-apa tindakan tata tertib. Walaupun gaji naik idak le banyak mana nak dibandingkan dengan orang kerja dengan Swasta.. Buat diri Auntie, memang tunggu sangat le berita baik, sebab dah hampir 4 tahun gaji tak bergerak...sebab gaji dah sampai dinding!...kalau naik 10 atau 20 persen tu kira ok dah....boleh tarik nafas lega....
Bolehlah nak clearkan utang-piutang keliling pinggang....{ boleh buat utang baru}.
...hemmm...takmo tulis banyak-banyak....kang tak boleh publish buat penat je!

Subscribe to:
Posts (Atom)