Assalamualaikum,
Aduhai!!!!!....blog Auntie ni macam hidup segan mati tak mau...nyawa masih ada, nyawa-nyawa ikan kekdahnya.
Maaf le kalau datang masih lagi dengan cerita lama. Ha, ni baru ada sikit mood untuk buat entry baru.
Tiap hari agak sibuk dengan tugasan harian. Rupanya susah jugak nak memantau orang dewasa ni...degil-degil belaka........
Kebelakangan ni sibuk kita bercakap pasal selsema binatang tu...ha, kena jagalah kesihatan, jangan malas nak pergi buat pemeriksaan. Auntie tahu, kalau orang pompuan, selalunya tak banyak masalah, tapi, kalau orang lelaki, memang depa berat sikit nak pergi jumpa doktor...contohnya, Cik Din, kalau demam telan penadol, selsema telan penadol, sengah-sengal badan pun telan penadol......asyik le dengan penadaol. Bila Auntie sound suruh ke kelinik, terus saja kata dah ok.
Berbalik pada Auntie pulak. Wah! sekarang ni Auntie bukan main relax lagi kat rumah...sampai je dari ofis, salin-salin baju, mandi dan solat, pas tu terus je relaxxx...bestnya...pukul 6.30 ptg. tengok drama Akasia, sekarang drama Matahari...ahhh...sedap ceritanya, lebih sedap dari Spa Q....he...he..., dulu Auntie asyik dengan cerita Philppine dan Brazil. Sekali sekali Auntie ikut juga drama Indon, tapi drama yang logik-logik le...yang magik mengarut tu tak lah Auntie tengok, buang masa saja.
Sekarang ni, Auntie dengan Cik Din tak makan malam. Kami makan ringan-ringan saja. Makan biskut cicah air atau makan buah-buahan saja. Auntie cuma masak untuk Jim dan abangnya Anja. Depa ni, menunya senang saja....balik-balik ayam merah, ayam goreng. So, Auntie boleh le masak 2 hari sekali... selamattt.. kalau hari ada pasar malam, Auntie beli sajalah apa yang dia orang rasa nak makan. Auntie akan masak macam biasa bila hujung minggu.
Kat ofis Auntie ni pun dah ramai geng yang mula mengurangkan makan, dalam erti kata yang lain, dah mula berdiet...baik pompuan mau pun budak lelaki. Macam-macam depa ambil...ada yang minum teh hijau, teh ling zhi, yang berduit lebih tu, depa beli le makanan diet yang mahal-mahal tu. Maka, Auntie yang tak berduit ni hanya mampu mengamalkan minum banyak air kosong, dan kurangkan makan. Boleh??...agak-agak mau ke kurus??
Pssttt...dah hampir dua bulan tau Auntie langsung tak makan nasi waktu malam, cuma dok cicah biskut dengan milo dan makan buah. Siangnya, minum air, minum air...tengah hari makan sayur saja. TAPI.......kalau ada orang belanja makan, Auntie belasah saja....hemmmmmmm...rejeki jangan di tolak, kata orang tua-tua. So, sesapa nak belanja Auntie makan jangan le pulak segan dan silu...ok?...no problem Auntie on saja!...
Resultnya??....tuuuu...yang lemah tu.....macam tak de beza pun!!! macam buang karan saja..adui!
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Wednesday, May 20, 2009
Thursday, May 07, 2009
Al-Fatihah
Balik dari kelinik, Auntie dapat call dari sorang kawan, Kak, Ropiah dah nazak, ada kat HKL.
Kurrrr, semangat. Ropiah ni jauh lebih muda dari Auntie, manis, soft spoken orangnya. Auntie taklah begitu rapat dengannya, tapi kerap juga bertegur sapa bila bertemu kat surau atau pun kat koridor ofis (masa ofis kat KL dulu).
Dia bertugas sebagai kerani kat salah satu unit kat ofis kami. Sebelum tu, dia jadi pembantu kepada seorang Jurutera yang ditugaskan sebagai Pegawai Perhubungan Awam Jabatan kami. Jurutera ni pulak, kebetulan pernah jadi pensyarah Auntie masa Auntie belajar dulu.Usia beliau tak panjang, meninggal setelah hampir 3 tahun bertarung dengan kanser payudara.[ Al-Fatihah untuk Hjh. Arpiah]
Dah 3 tahun dia pergi, dan hari Isnin lalu jam 4.30ptg, Ropiah yang pernah bekerja dengannya pulak menjejaki beliau setelah menderita sakit yang sama sejak setahun lalu.[ Al-Fatihah untuk Ropiah ]
Apa yang sangat dikesali, arwah Ropiah tidak mendapatkan rawatan dihospital, kecuali hingga hampir ke saat akhirnya. Dia lebih bergantung kepada rawatan alternatif.
Termenunglah sejenak Auntie, mengenangkan kenkawan yang pergi, apa lagi mereka yang lebih muda dari Auntie sendiri...singkatnya hidup kita di dunia ini.

Tuesday, May 05, 2009
Rawatan
Semalam Auntie tidak terus ke pejabat, sebaliknya kami terus saja ke Klinik Kesihatan. Ada appoinment dengan doktor. Sepatutnya dah lama Auntie kena pergi, tapi asyik ngelak-ngelak dan tangguh-tangguh.
Sejak hampir 2 tahun kebelakangn ini Auntie dah mula ada hyper tension, Melayu kata darah tinggi. Ianya mula di kesan semasa Auntie nak menjalani pembedahan kali pertama pada penghujung November 2007. Sebelum tu tak pernah le BP naik mencanak macam tu, malah kerap kali doktor kata Auntie punya pressure sangat rendah. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah, dah dapat tahu, boleh lah dikawal dengan mengambil ubat dan menjaga diet.
Paling tinggi dia naik sampai 170/100. Mahu tak mahu, Auntie kenalah buat pemeriksaan berkala pulak. Setakat ini, doktor hanya prescribed sejenis ubat saja untuk ditelan setiap malam, dan jaga makan katanya.
Alhamdulillah, bacaan semalam adalah 130/80. Kalau boleh nak bagi dia turun sikit lagi, dan maintain.
Kami ke klinik agak awal juga walau pun appointmentnya pukul 9.00 pagi. Sampai je, dah ramai orang, semua tempat duduk dah hampir penuh.Maklum lah klinik Kerajaan, bayar cuma RM1, untuk orang awam, manakala k/tangan Kerajaan tak payah bayar kalau bawak GL. Kerani kat kaunter ada 3 orang, misi ada dua orang. Nampak sibuk bukan main, tapi tak tahu mana silapnya, proses panggil nama slow lebih daripada siput...ramai yang dah merungut. Yang darah tinggi, semakin tinggi lah darahnya.
Dah hampir sejam menunggu barulah giliran Auntie. Sabo jelah...rawatan percuma gitulah kekdahnya. Rasa nak marah hilang, bila bertemu doktor yamg manis dan berbudi bahasa. Tulah gamaknya darah pun turun dengan segera.
Selain Auntie, Jim pun ikut juga jumpa doktor. Matanya tiba-tiba merah menyala bila bangun pagi. Lepas pemeriksaan, dia diberi 3 hari MC. Senyum je dia.....
Pemeriksaan seterusnya insyaallah pada bulan September nanti. Kena pergilah...usia dah semakin lanjut, kena berbnaik sangkalah dengan klinik dan spital. :-)

Subscribe to:
Posts (Atom)