..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Thursday, April 28, 2005
Cari Sponser.
Auntie ada 5 hari lagi nak duduk di bahagian ini. 3 Mei nanti dah nak kena pergi ke Bahagian Pengairan Dan Saliran Pertanian. Lama sungguh Auntie berada di Bahagian Ukur Bahan ni. Sejak 1982. Bayangkan betapa lamanya Auntie berada disatu bahagian. Tahun demi tahun dok buat kerja yang sama....namun masih banyak yang masih blurrrr.
Di Bahagian Pengairan nanti tak tahu le apa yang akan ditugaskan untuk Auntie. Di Ukur Bahan ni kerja Auntie lebih kepada menyemak tender/kontrak dokumen, menyemak kontrak drawing, menyemak pembayaran kepada kontraktor dan konsultan, memberi khidmat nasihat yang berkaitan.
Year in, year out, itu lah kerjanya. Dah naik muak. Paling letih nak melayan kerenah kontraktor apabila depa buat claim. Pagi hantar, petang dah telefon samada dah siap ke belum dan bila boleh dapat chequenya....macam le kita dok buat hak dia sorang. Kalau kita layan lebih kurang, dia ingat kita nak minta 'apa-apa'....ish...kalau nak minta 'apa-apa' tu dah lama Auntie kaya raya...dah boleh pakai Mercedes mata bulat tuh!...
Auntie selalu kata, setakat nak belanja roti canai ok le....tapi depa mana mau belanja roti canai...menjatuhkan standard je. Selalunya depa mati kutu sikit...nak ajak keluar memang kita tak pergi le....mana boleh....'saya isteri orang'...lama-lama depa pun faham le...bukan mudah nak mengelak ni.Auntie selalu cakap kalau nak belanja, belanja lah satu ofis...haaa...takut.
Perkara sebegini adalah biasa. Kalau berani, layan le..Auntie tak berani, sebab takut nanti tak tahu apa nak jawab bila "di sana" nanti. Dah bertahun kerja, pandai le mengelak. Kita pun dah masak dengan kerenah ni semua. Yang seronok kerja kat bahagian ni, Auntie dapat banyak kenalan dari kalangan orang luar, bisnessman, orang koporat...manager-manager syarikat CEO dan lain-lain. Banyak kawan, mudah perjalanan.
Yang tak tahan tu bila ada apa-apa funtion kat ofis, ramai pulak orang dok cari suruh kita cari sponser.....aduhh!....tebal rasa muka ni nak meminta-minta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
:-)
Kak Yan, nanti dah pi ofis baru bagi contact no OK, mana tau next year nak hanta bunga lagi, Insyaallah kalau ada rezeki.
semenjak 1982?... wow saya mula2 kerjapun 1983 dan dah 6 kementerian saya kerja. INi hanya satu bahagian sahaja? Tentu dah xpert habis tu... Bertukar ni tentu naik pangkat kan?. TAHNIAH
Joe :....awat senyum je?
N: kalau nak bagi bunga lagi, amat le di alu-alukan.Okey...nanti kita habaq contact no. baru via e-mail.
mba : Saya memang takkan berpindah ke Jabatan lain, kami orang teknikal ni...close department...tukar bahagian je...bila dah lama di sesuatu bahagian, bos macam takmo lepaskan bila kita mibta tukar.....depa malas nak ajar orang baru....jadi, mak cik tetap tunggu sampai dah hampir 23 tahun!!!!
assalamualaikum auntie yan, melawat dari blog aunty n sebenarnya..
dulu2 masa di MITI pon cenggitu gak..tak habih2 depa nak bagik benda la, duit la, ajak makan la...kalau melayu, saya kata suruh bagik/sedekah pada masjid..kalau bukan melayu, saya suruh derma rumah kebajikan..
Untie,
saya nih org baru, tapi dari dulu dok baca azyan diaryland..jemput la sumer ke blog saya..www.ibuhumaira.blogspot.com
selamat berkenalan..
Post a Comment