Tuesday, May 10, 2005

Mother's Day.

Entah bila gamaknya Mother's Day ni disambut kat Malaysia ni...tahu-tahu dah ada. Tak ingat pulak Auntie bila ianya bermula.

Sejujurnya, tak pernah sekalipun Auntie mengucapkan Happy Mother's Day pada mak Auntie...rasanya dia pun tak perasan ada sambut sebegini sekarang. Agaknya kalau Auntie buat cam tu mesti dia pun heran...'lo apa kebende pulak nih?'

Memang, mak dulu-dulu lain benar dengan kita sekarang. Mungkin dulu tak de buku-buku yang dok bagi tahu macam mana nak bela anak, macam mana nak berinteraksi dengan anak, macam mana nak menghadapi kerenah anak-anak whatsoever....
Yang heran tu, mak dulu-dulu berjaya pulak mendidik anak-anak dengan begitu berjaya dan bergaya.

Auntie ni anak sulung...Auntie tak ingat pun bila kali terakhir
mak Auntie peluk dan cium Auntie. Auntie pun tak pernah nak cium dia atau nak peluk-peluk dia.Nak salam pun rasa malu. Auntie mula bersalam dengan mak dan ayah Auntie masa lepas tingkatan lima masa Auntie masuk Poly....memang depa terkejut. Mungkin sebab depa tak ajar...tak tahu sebab apa depa tak ajar.
Auntie rasa Auntie patut mulakan bersalam ni.Bila Auntie dah mulakan, adik-adik tengok, depa pun ikut....alhamdulillah.

Pertama kali Auntie cium arwah ayah Auntie adalah semasa dia terlantar sakit angin-ahmar.Masa tu Auntie balik kampung melawat dia. Bila nak balik semula ke KL Auntie nekad mencium dahi dia....dia menangis terhinggut-hinggut...mungkin terasa sayu yang teramat sangat.....sempat le Auntie cium dia setiap kali balik menzirahi dia. Auntie rasa sangat puas hati sebab dapat berbuat demikian sebelum dia mengakhiri hidupnya.

Bila ayah dah tak de, baru Auntie start cium mak Auntie pulak....dia pun mengalirkan air mata jugak bila pertama kali Auntie mencium pipinya. Kini, Auntie akan sentiasa cium dia setiap kali meninggalkan dia untuk balik ke KL semula.Rasa lega sangat lepas cium dia. Itu saja cara kita tunjuk sayang kita padanya. Biar le dulu, dia tak tunjuk sayangnya pada kita....mak tetap sayang kat kita....tengok le bebaru ni Auntie bagi tau mak Auntie yang badan Auntie naik begitu drastik sekali, dia dengar. Dah habis sembang, tetiba dalam pukul 10 malam dia telefon balik...' Zian, pergi le jumpa doktor...minta nasihatnya untuk turunkan berat badan tuh'....lo...ingatkan apa le yang cemas sangat tu.! hi!...hi!...

Auntie masih ingat, Auntie ni selalu di suruh jaga adik yang seramai lima orang tu...4 lelaki, 1 pompuan. Mak selalu kata ' Zian, tengok adik,...buai adik, basuh berak adik, gi mandi adik....' Auntie patuh tanpa apa-apa bantahan, walaupun kenkadang tu memberontak jugak. Masa tu kami memang ada pembantu rumah, maklum mak Auntie ni seorang cikgu. Auntie tetap juga membantu.
Tidak macam bebudak sekarang, kalau ada pembantu tu nak ambik cawan sebijik pun nak tunggu pembantu buat jugak.
Mak selalu kata, orang pompuan mesti tahu kerja orang pompuan, setinggi mana pun kita belajar, hal- ehwal dapur kena ambil tahu sebab dari situ lah bermulanya kerukunan rumah-tangga. Air tangan seorang ibu/isteri banyak berkatnya.Itu teory mak Auntie.

Adik-adik Auntie memang rapat dengan Auntie. Rasanya depa sangat hormat dan sayang kat Auntie, mungkin depa rasa Auntie macam mak depa jugak. 4 orang adik lelaki Auntie selalu je akan menghubungi Auntie kalau ada apa-apa....nak beli rumah depa tanya Auntie, nak beli kereta baru depa tanya Auntie....malah nak gi makan angin pun depa bagi tahu Auntie.
Adik Auntie yang bongsu paling rapat dengan Auntie. Beza umur kami 13 tahun. Memang Auntie yang banyak menguruskan dia masa dia kecik dulu. Masa mak lahirkan dia, masa tu le Auntie tinggalkan kampung halaman, pi sekolah kat Johor tu. dengan berat hati, Auntie tinggalkan adik kecik yang masih merah.Setiap kali balik cuti sekolah
Auntie melihat adik kecik membesar dengan begitu cepat sekali. Masa cuti sekolah le Auntie mengambil alih menjaga sikecil ni...kenkadang bila mak kena pergi kursus, Auntie le jaga dia.Buat susu dan tidur dengan dia mengganti emak.

Bila difikirkan, sambutan Hari Ibu ni bagus jugak. Tambahan masa kini, anak-anak dah ramai yang tak berapa rapat dengan mak. Mak sekarang pun sibuk dengan kerjaya memasing. Keluar pagi balik malam. Ada tu malam pun keluar jugak lagi.
Berapa jam sehari kita ada bersama anak kita? mungkin tak sampai 4 jam pun.Lebih lama masa kita mengadap komputer.

Apa agaknya anak-anak bagi kat you all mak-mak nih?

Semalam Auntie bagi tahu Jim. ' Hari ni Hari Ibu tau...Jim nak bagi apa kat mak? ...'hemmm...tak payah bagi apa-apa le...kan ke Jim sayangggggg mak' Itu le jawapannya.

SELAMAT HARI IBU.

7 comments:

AuntyN said...

Happy Mother's day to you too Kak Yan.Sama lah kita orang dulu2 tak ajar anak2 salam macam tu, cium pun jarang ni.Tapi sejak tua2 ni kami anak2 dok cium jugak mak tu, bila nak pi jauh2 ka, atau bila adik2 mai ziarah dan nak balik tu. Cuma ayah saja tak buat camtu pun

Leyla Shuri said...

samalah saya, sejujurnya saya tak pernah cium mak dan vice versa tapi bila dia sakit...masa dia tidur baru boleh cium dia.
Dulu kecik2, bila terasa sayang kat dia, malam2 bangun dan ramas jari kaki dia. Dia tak sadar pun!
Mak saya sakit tenat sekarang :-(

alia said...

auntie yan..saya dedulu pun mak x ajar..tapi sekarang bila dah jadi mak..dah biasa laks anak2 cium saya.. so terpanggil laks nak cium mak bila balik..

AuntieYan said...

N, Lela & Bat, ingatkan mak K/Yan saja yang tak ajar salam &cium-cium ni..
kita serupa rupanya...tak pe le..janji depa sayang kat kita. Ini masa kita pulak tunjuk sayang pada depa pulak....'com' jangan tak 'com' mak kita tuh...

Ni said...

auntieyan
zmn dedolu memang cam tu.
saya rasa kita org kpg ni malu nak 'tunjuk' kan perasaan sayang tu. tak tau lah malu ke ego ke

Arena said...

Same here. Dulu memang takde.. skang nih bantai jek cium mak dan bapak.. Mule2 diorang terkejut gak. Tapi mak selalu buat tak port jek. Tapi tau, mesti hati dia terusik gak. Coverla tuh.

Jubeiz said...

Mother's Day.. saya hadiahkan tiket kapal terbang ke London untuk ibu saya (termasuklah bapa saya sekali). Saje bagi dia orang gi jalan-jalan dan tengok negara org. setelah bertungkus lumus jaga saya dari kecik, bagilah dorang berehat berdua-duaan pulak.

Saya amalkan salam dan cium tangan mak ayah setiap kali pergi dan balik kerja. Kalau jalan jauh.. salam cium tangan dan pipi to both parents. Tak kira lah kat airport ke, bas stand ke. Saya rasa ikatan kemesraan dengan parents lebih rapat kalau buat cam tu.