Tanyalah pada pompuan mana pun semuanya nak rupa paras yang cantik jelita.Tak ada sorang pun yang kata dia takmo jadi lawa. Sebab tu , perasan tak, orang pompuan pantang nampak cermin mesti nak tengok rupa paras . Paling tidak betul-betulkan tudung bagi yang bertudung, yang tak bertudung pulak, betul-betulkan rambut. Tengok kiri kanan, kalau orang tak de….siap senyum lagi. (tu, Auntie selalu buat …sebab tu tahu!!!)
Nanti ada yang marah pulak………..hemm orang lelaki pun sama juga tu. Tapi, rasanya depa tak le se’concious’ orang pompuan. Check tengok beg tangan orang pompuan, selalunya ada cermin kecik….habuan nak tengok wajah bila perlu.Kat ofis pun ada simpan satu. Dalam beg telekong pun ada cermin jugak..
Orang lelaki selalunya simpan sikat saja.
Bagi wanita yang suka bermake-up, lagi banyak masa mereka mengadap cermin. Terutamanya diwaktu pagi bila nak ke ofis atau bila saja mereka nak keluar rumah. Peliknya duduk di rumah tak pulak bermake-up sakan. ( tu yang ustaz/ustazah dok marah tu………hemm…ustazah pun sama jugak kot) Nak berhias-hias kat rumah?...frankly speaking…rimas le…takkan nak masuk dapur pun nak bertudung ala-ala Wahida, pakai make-up tebal dengan mascara???...ayoo, tak praktikal langsung.
Cuba habaq mai how you all dress up kat rumah?
Tentu sekali kita lebih suka pakai yang simple, yang selesa. Selalunya le makcik-makcik suka pakai t-shirt dengan kain batik, atau t-shirt dengan seluar. Anak gadis, mungkin pakai t-shirt dengan seluar/skirt/short….Auntie tak berapa tahu lah, sebab tak de anak pompuan.
Anak-anak Auntie pulak, kalau si Anja kat rumah dia pakai seluar pendek yang tak berapa pendek tanpa berbaju!....Si Jim dengan Amir juga macam tu, tapi depa dua beradik ni pakai baju…..Jim kata …’.malu le nampak te**k’ Ketiga-tiga mereka ni, kalau keluar rumah mesti pakai seluar panjang.(Jeans atau track bottom)….Jim dengan Amir tak akan berseluar pendek kalau keluar rumah….sebabnya?....’malu, nampak aurat’!!!...kata Jim……(hemmm…bunyi macam warak sangat!)…he…he….!
Kebanyakkan orang lelaki suka berkain pelikat tanpa baju bila berada di rumah….(ni…untuk yang dah baya-baya Cik Din). Cik Din pun macam tu jugak lah…tapi dia pakai baju/t-shirt.. Jarang sangat dia tidak berbaju bila di rumah.
Auntie pulak walau pun dah tua bangka tak berapa suka pakai kain batik…sebab rasa tak kemas….kejap-kejap nak kena selitkan kain tu kat pinggang….silap haribulan boleh terlondeh!!!!....so, selalunya Auntie pakai seluar panjang (bukan short….) atau pakai baju kelawar, lebih selesa.. Kain batik akan dipakai bila balik rumah mak mertua je. Sebab tu kain batik Auntie semuanya nampak baru je.
Auntie memang suka kumpul kain batik walau pun tak berapa suka pakai.
16 comments:
Frankly speaking, saya tak suka heret handbag bila ke mana-mana..ada la beli satu dua handbag, tapi tak pernah pakai..kalau nak pakai pun, masa raya saja (sebab bawak duit dan sampul raya untuk anak buah, dan jugak simpan duit yang orang kasi kat anak saya)..so, cermin kecik ke, lipstik ke, takde in my kamus..
lipstik ada 2-3 kaler jer..tuh pun terperap dlm laci..memang jaraaang sgt pakai..akan pakai kalau teringat..
kalau kat rumah plak, pakai singlet jekk..kain batik hanyalah untuk diberikan pada tetamu yang mai umah..paling tidak pun, buat lapik anak tidur waktu malam.. :)
kain batik pakai jugak masa tertentu..lebih suka pakai pants kat rumah - taklah makeup sangat kat rumah, tapi kalau cik abang ada katrumah, perfume mesti pakai - berbedak and lip gloss.
Lepas tu bila dah kedapur - habis satu badan bau bawang..hahaha. Selalunya sebelum solat zohor kena mandi balik (kalau weekends) - lepas tu tukar baju lah..kasi wangi balik. :)
-onde2
suka himpun kain batik...pakai idak...kalau ikut hati nak pakai seluar tiga suku jer bila dok umah, tapi mak marahhhh
Baju kelawar ada, kain atik dgn t-shirt pun ada, t-shirt dgn seluar pun ada, macam2 ada kat rumah tu. Hubby, kain pelekat dgn baju kemeja atau t-shirt dia mat smart setiap masa. Kalau nak keluar rumah semerbak satu rumah bau dia tu, hehehe.
aunty macam my mom dia pun tak suka pakai kain batik either pakai seluar with tshirt or baju kelawar. so anak2 pun ikut. mmg tak reti langsung pakai kain batik.kat rumah emak adalah sehelai dua kain batik utk tetamu. nasiblah bila dah kahwin mak mertua pun jenis tak pakai kain batik kat rumah.so bab2 kain batik ni mmg tak ada langsung.
Kunci : Tu yang Auntie malas nak pakai kain batik ni....asyik 'beranak' je....
Oren : O...Oren ni jenis wanita yang sempoi nih....!Kalau sesekali bermake-up dan berdandan, tentu ayu sekali!
Onde2 :..memang betul, lepas memasak kena mandi semula..kalau tidak akan ada bermacam bau kat badan kita.Auntie selalunya akan mandi selepas selesai memasak....baru boleh pakai bau-bauan...nak dekat-dekat dengan cik abang pun rasa confident!
pee-bee :kumpul kain batik jugak?..hemmm kalau seluar tiga suka pakai dalam rumah apa salahnya?...Auntie teringin jugak nak pakai...tapi bila tengok dlm. cermin....alahai!...macam badak sumbu!!!
N : Kalau K.Yan ke rumah N, senang le...tak payah bekal baju....boleh share baju-baju N je....
edryna : Orang tua macam Auntie ni, kena jugak pakai kain batik tu sekali sekali....kena tengok situasi le.....
ohh.. auntie senyum sorang2 depan cermin ye... hehehehehe
anyway, bab ppn sokmo tgk cermin bila nampak cermin tu, memang ye pun rasanya. Cermin tingkap pun jadilah kan bila pass thrunya. hehehehehehe
aunty,kain batik tak pakai tu buat jual lah!.hahahaha
Kak Yan : saya ni camner kak yan tengok ler...sempoi memanjang.
Kain batik semua songlap arwah Mak punya. Bukan pakai pun. Cuma pakai masa dalam pantang dulu (first few days).
Lebih selesa dgn Tshirt dan jeans (selagi boleh pakai laa)
:-)
Kat rumah, memanjang dengan seluar steng or baju kelawar. Kekadang bila pakai kain batik sekali-sekala especially first few days, mase tak leh semayang.. semalam saje jek pakai lipstick kat rumah kan, yelah konon2 nak melawa dpn king.. Tup-tup king tanya, ni pakai lipstick nih, nak gi mane.. Haru gak kan. nampak sangat time keluar jek melaram.. Or kalau nak dot..dot..dot dgn king..kekekekke..
Betui kak yan, kalau mai tak payah bawak baju dah. Tu bila nak mai tu? hehehe.
Delinn :..bukan saja cermin tingkap, janji nampak bayang muka je mesti nak tengok!
ayobkelubi : selalunya, kain batik yang belum di pakai, Auntie buat hadiah je pada kenkawan atau saudara yang datang bertandang ke rumah...kalau dah tak de apa yang nak di bagi...
Mak andeh : dah tahu. Andeh memang sempoi. Tak terkejut le kalau satu hari Andeh keluar kereta dengan ber kain batik!
arena : Itu le masalahnya, bila kita berhias sikit di rumah...dah orang naik heran ingat kita nak pergi jenjalan.
N : Tak tau le kurun yg. mana K.Yan akan sampai ke rumah N nih!
one thing i dont understand about women ni kan aunty.sonok betol die nengok pakaian lawa lawa.cute cute.sexy sexy laa ape laa...tapi bile tanye nape tak pakai..derang cakap malu?isk isk tak paham
Kat rumah pakai t-shirt hubby yang labuh sampai lutut je. Kalau budak2 balik rumah, sopan sikit ler..
kure-kure : ada ke?...Auntie , kalau dah ada baju yang lawa, asyik nak pakai hak tu je lah....hak sexy pakai kat rumah...:-)
nong : nong ni tentu comel orangnya sebab, baju dah boleh sampai lutut...
aunty yan
dulu masa anak dara tak suka pakai kain batik, tau track ngan t-shirt
lepas bersalin ari tu. start pakai kain batik.. dah jadi habit...mula kononnya nak bagi pinggang ramping..kata mak mentua ana, pakai kain batik..bleh bentuk pinggang dan perut tak buncit..
Post a Comment