Auntie demam. Bukan demam AF. Ini demam betul-betul.Auntie dapat MC dua hari, hari Khamis dan Jumaat
Alhamdulillah hari ni (Isnin) dah ok, cuma pagi tadi Auntie datang ofis tak mandi!! Bila masuk bilik mandi tiba-tiba rasa seram sejuk, terus tak jadi nak mandi. Of course le gosok gigi…. kan ke nak solat subuh tu. Bersihkan muka dan lap badan dengan towel panas. Takut juga demam berulang semula. Dah lama Auntie tak demam. The last time Auntie demam ialah pada tahun 1996, lepas balik daripada berseminar di Melaka. Boleh dikatakan teruk juga demam kali nih. Auntie hanya berbaring…tidur dan tidur selama dua hari. Makan pun tak lalu. Begitulah penyakit ni bila dia datang sekali-sekala.
Selalunya bila kita demam selera pun jadi tumpul. Auntie pun macam tu le jugak. Cuma rasa nak minum air saja. Memang doctor suruh banyak minum air. Doktor pompuan yang check Auntie tu …amboi! manis orangnya. Auntie memang datang ke klinik yang satu ni bila perlu rawatan di luar jangkaan.Klinik ni rasanya agak mahal kos rawatannya. Hari tu Auntie kena RM50/- mak ai! macam klinik Tawakal la le pulak. Auntie lebih suka pergi klinik gomen dekat ofis saja……dapat ubat free.Doktor kat klinik gomen ni pun Auntie kenal dah lama. Hari tu terpaksa ke klinik swasta sebab dah lepas time pejabat.
Dalam seminggu kebelakangan ni sakit lutut pun dah agak berkurangan. Adakah mungkin kerana Auntie mengambil ‘ubat’ yang telah disyorkan oleh salah seorang rakan blogger(Hazwah)
Mungkin jugak lah tu….harap-harap sakitnya semakin berkurang, dapatlah Auntie menjalankan aktiviti harian macam biasa kembali. Rasanya banyak benda yang Auntie dah tak dapat nak lakukan sejak sakit lutut ni. Yang paling Auntie miss sekali adalah window shopping. Itu pun sekali sekala Auntie gagahkan juga bila ada apa- apa keperluan peribadi. Banyak juga jemputan yang Auntie terpaksa tolak…segan juga nak hadir kalau jalan pun merayap macam orang dalam pantang.
Dah rasa lega ni, ada ke sesapa nak mai ambik Auntie kat ofis ni?....boleh le kita mulakan acara ronggeng!
6 comments:
Padanlah lama kak yang tak updet, demam rupanya...ek, kenapa mandi pagi air sejuk...pasang shower air panas tu...hilanglah nanti bau demam!
Kak Yan : standby minggu depan - kita ronggeng Ala-Ala Manda !
:-)
Aunty Yan amek ubat aper, buleh share sket tak.
Painkiller ker supplement cam Glucosamine tu..
Lutut kita pun udah tak berapa nih.. ,
lorr...baru baik demam dah nak roggeng?
jaga diri bebaik..kang takut tercabut tempurung lutut Auntie asik meronggeng...hihihi..
Demam ropanya, patut tak dengar khabar. Baguih lah tu dah baik ni. Amboi dah nak beronggeng dah tu, ni mesti kemaruk lepas demam ni. Ubat apa yg Hazwah recomend share lah Kak Yan.
Lela : Alhamdulillah, dah sihat, dah boleh mandi....
Mak Andeh : Yes! Kyan tunggu bawah rumpun bambu!
tj : elok diawasi lutut tuh...
Glucosomine sulphate tu memang Auntie ambil. Yang Auntie cakap tu hanya lah makanan kesihatan...pernah dengar minyak kelapa dara? Ha, Auntie try minyak ni lah...nama dia "Nufera" rasanya macam minyak kelapa.Utk info seterusnya cari kat internet.
Oren : kasi chance sama makcik le...dah lama beno tak ronggeng nih...
N : Yang Hazwah suggested tu nama dia minyak kelapa dara "Nufera"...baru habis satu botol...rasa banyak leganya lutut ni..tu yang berangan nak pi beronggeng...banyak khasiatnya minyak ni...antaranya, awet muda dan menurunkan berat badan.
Post a Comment