Sejak sebelum puasa lagi, lutut Auntie bertambah sakit. Agaknya Auntie perlu buat injection semula macam 3 tahun yang lalu. Rasa macam dah malas nak buat treatment tu, sebabnya selepas 2,3 hari, kaki akan bengkak dan tak boleh nak berjalan...azab dibuatnya.Doktor ada jugak suggest suruh buat operation je, tapi dia macam tak berapa yakin boleh baik sepenuhnya.
Last Saturday kat TV3, program MedikTV ada tunjuk orang operate lutut....arghhh, ngeri pulak rasanya.Macam depa dok bertukang pulak.kelentung,kelentang...aduii! tak sanggup pulak rasanya. Tapi bila dah sakit macam ni, rasa frust pun ada jugak. Nak kemana pun terhad.
Hati tu bersemangat nak ke sana sini, apalagi sekarang musim orang buat open house..banyak undangan yang terpaksa ditolak. Kenduri kawin pun dah banyak ni, yang tak dapat pergi pun dah 2 ,3 terlepas...minggu depan kawan Auntie nak kawinkan anak dia...berbesar hati dia menjemput, dah kirim kad satu hal, dah tu telepon pulak lagi...isy...banyak sebab Auntie rasa macam takmo pegi, sakit lutut is one good excuse...but satu lagi...auwww...takut pulak terserempak dengan "Mata Air" lama....cis! (apa le Auntie nih?)
Kenkawan Auntie sibuk jugak tanya bila nak kawinkan anak?...isyy...anak Auntie Si Anja tu baru masuk 21 tahun...kot ada gadis yang nak pinang dia boleh le ku kawinkan dia...ini dia yang kena pinang anak orang.....kena prepare betul-betul dulu. Jaman sekarang nak kawin tidak mudah. Disegi material ramai yang mampu...sampai ratus ribu berabih pun orang tak heran. Yang jadi masalahnya bila dua tiga tahun kawin dah terperasan tak sesuai, tak ngam, tak secocok. Masa belum kawin bukan main lagi bagai nak rakkk...belum apa-apa dah "bermama berpapa!
Ya, betul, ajal maut dah jodoh adalah ketentuan ilahi.
Isy...Auntie ni yang benonya tersangat le boringnya....dah tak tahu apa nak karang kat sini...dok melilau kat blog orang semua orang tulis cerita best belaka. Perasan tak hari demi hari kita akan terjumpa blog-blog baru yang menarik. Ada juga orang tutup blog. Ada juga orang mati....yang pelik tu dia boleh hidup balik...ni mesti hantu jelmaan.
Alhamdulillah, dia bukan hantu, dia hidup semula sebagai Dewa.:-)
11 comments:
Auntie yan, risau dengar cerita pasal lutut untie yan tu. Dah cari cara lain untuk diubatkan ke? Atau pun memang the only last option is operation? Apapun diharap auntieyan cud manage the pain right now.
Kat utara ada satu tempat nya namanya Mata Air (synonym.
Betul ah AM...bila baca pasal sakit auntie yan ni...terasa plak bagaimana susahnya auntie yang nak kesana kemari...
Tp kalau nak buat operation tu kalau elok boleh jugak cuba...jgn le pk pasal orang bertukang(bukan main lagi nasihat orang)...heheheh...mcm lady ni bile tengok medik tv dia gergaji tengkorak orang...isyyy...rasa-rasanya biarlah sakit tu...ngeri betul...
Anggerik, kalau Anggerik risau, Auntie lagi le..tapi nak buat camno???..kalau orang tengok Auntie, macam tak percaya Auntie sakit...sebab boleh lagi mengilai cam Pontianak Harum Sundal Malam...ha! ha!
Memang last optionnya operation.Nantilah tengah dok pk,pk..dulu.Yang senangnya, get one wheel chair boleh Auntie ke sana sini tanpa rasa sakit...mak Auntie pulak suruh Auntie guna tongkat...isyy...rasa macam tua sangat walaupun memang dah tua pun ;-)
Kalau tak silap, Mata Air tu kat Perlis kan?
-----------------
Kak Lady, Auntie nak nasihat le sikit kat you all yang masih muda-muda nih...kita orang pompuan jangan banyak sangat berdiri...terutama masa kita buat kerja kat dapur...kalau boleh duduk, kita duduk. Badan jangan gemok sangat(ni yg. masalah!) Kalau dah rasa sengal-sengal kat lutut elok jumpa doktor cepat.
Memang, tang nak buat operation tu...rasa seriau semacam.
Aunty
take care okay..Kalau ada makan medication ke aper ke, jangan culas makan. Tang operation tuh, kalau dah perlu sangat, apa nak buat. But have to check dengan doc lah whether advisable tak. Again take care tau..
Kak Yan : dengaq operation pun seriau lah. Anyway, whatever happen yang penting kesihatan. Selalu diabaikan jugak ni. Asyik dok nasihat orang diri sendiri pun tak terjaga pun.
Siap dah promote adik DEWA tu no....
auntie,
bukan je berhabis ratus ribu nak kawen...
tapi sampai berjuta2 pun ada tau...
cthnya tu hah, yg kes kat kuching tu, yg kawen sesama jenis tuh...
sejuta depa berhabis...
kak yan...siapa dewa tu??
yg dah tutup blog pehtu hidup balik..
sungguh teruja diriku mengetahui apakah gerangannya sang dewa...
pssstt dah beli kaset mawi?
sedap wooo lagu-lagu dia...rugi tak beli
Arena:Insyaallah, Auntie ni kalau ubat, no prbblem punya, boleh telan belaka.:-)
--------------------
Onee: Thanks for the concern. Tanam separuh badan tu belum lagi,mungkin nak pegi try berendam dalam kolam air panas.
-------------------
N : Betul tu, jangan lupa kesihatan apa lagi umur dah kian meningkat.Buat diri KY nak kena banyak sabar sajalah.
p/s : amboi mak!! rendang tu sungguh..yummy,yummy....!
-------------------
Iwan : Isy...Auntie ni ketinggalan, lo....kawin sesama jenis pun berabih berjuta-juta??...kalau sedekah kat orang susah berbaloi jugak.
--------------------
Dewa : sah le, pendapat orang baru bangun dari kubur nih lain macam pulak bunyinya.
Dia ni tak makan dek sekeh rupanya.
Meh sini aku tembak dengan senapang gajah!!!!
--------------------
P-Nut : Dewa tu sapa lagi 'dia' tulah...(Dewa pun kentut jugak rupanya..ha!..ha!)
pssst...belum lagi, kena sembunyi-sembunyi sikit...kang kena tegur ngan Cik Din...."jadi-jadi le minat kat Mawi tu....baik you belanja mee goreng mamak ke drp. beli keset dia!...isy....!!
Buat derk je...Cik Din pun minat jugak kat Mawi:-)
Sis Yan; terima kasih ttg ingatan & nasihat pasal kesihatan ni. saya pun dok risau, dok bayangkan camgini - 'aku dah tua nanti camanalah agaknya... larat ke aku jalan, boleh ke aku makan itu ini... jangan dok tengok je lauk pauk.' harap sis selalu jaga kesihatan, buat check up selalu, jgn lupa makan ubat nooo...
Makcik main futsal ke sampai lutut sakit?
Slamat haghi raya....
Sri, dapat penyakit bila usia semakin meningkat adalah normal. Masalahnya ramai drp. kita buat tak tahu tentang kesihatan semasa masih muda...tu sebab bila dah tua macam-macam penyakit yang datang tanpa di undang.
--------------------
izyz : jaman Auntie muda, belum ada futsal ni....kalau ada, harus Auntie jugak dok terkinja bermain futsal tak ingat dunia. Sakit lutut ni (Osteoarthritis) boleh attack sesiapa saja tanpa di sangka...so, awas, bila dah kena baru tau azabnya...
--------------------
rojakbuah : memang dia buat lawak tuh...dia tu suka main golf...hati-hati...nanti lutut atau pinggang pulak terpeleot!!
--------------------
Post a Comment