Ingatkan nak sambung pasal Anggaran tu kepada Part 2. Tapi dah ada cerita lain pulak yang perlu dikongsi bersama.
Kan ke sekarang musim hujan? Negeri-negeri dipantai timur pun dah disuruh bersiap sedia. Di KL pun hujan je setiap hari. Ni kat luar terang benderang...dah beberapa hari tak merasa sunshine...harapnya sampai ke petang le. Hari-hari balik kerja meredah hujan..arghh..tak tahan jalan sesak sangat sampai rumah lambat, tensen!!!
Petang semalam dari Putrajaya lagi Auntie punya Hero tu kata perut dia meragam (sejak pi makan kenduri hari Ahad tu) Risau jugak kot tak dapat bertahan hingga sampai rumah. Dia kata memulas semacam. Hero ni memang perut dia 'second-hand' kot...silap makan sikit je dah memulas...:-) Tahan, punya tahan, alhamdulillah sempat sampai rumah. Belum sempat cari kunci pintu, h/p Auntie berbunyi...Auntie pulak main campak je phone tu sana sini..dengar bunyi tapi phone kat mana ek?
Tak sempat nak jawap, phone dalam rumah pulak berbunyi...bergegas pulak ke ruang tamu. Hemm..MA call...ada "Secret Society Meeting" rupanya...'underground ' lagi....isyy...Auntie ni susah le sikit nak dapat 'lesen' tuh...bukan apa, kebelakangan ni sakit lutut agak serius jugak...so asyik le dengan excuse sakit lutut nih, jadi serba salah nak buka mulut nak minta 'lesen' kat Hero Tamil tu. :-(
Hero keluar dari toilet :
Hero : Yan (bukan Yang...) sape call?
Auntie : Kawan I.
Hero : Apa hal?
Auntie : (isy...nak cakap ke?) Hemm...dia ajak I keluar...errr...ada 'Secret Society Meeting'.
Hero : Kat mana?, pukul berapa, dia datang ambik you, atau you nak I anto you?
Auntie: (Yabedabeduuuuuu!!!!, Unsangkarable sungguh!!...sayangggg laki aku nih...biar pun dia hanya seorang Hero filem Tamil!). Errr you benarkan I pegi ke?
Hero : Pegi le...apa salahnya sekali sekala.(caya lah!)
Auntie:. TQ. Ok I masak your dinner dulu. You nak makan apa? ( ceh!...kenkonon, macam dia boleh order cam kat kadai makan je)
Hero : Masak yang ringkas saja lah. Sempat ke?
Auntie : Hemm, insyaallah!...see the leg laa!
Makanya lintang pukang, tunggang langgang le Auntie memasak. Dalam masa 1/2 jam siap le terhidang dua ekor ikan goreng, ayam goreng, pajeri terung, sayur sawi goreng...no sambal belacan...kan ke Hero sakit perut...kalau tidak sambal adalah wajib. Ada le sikit belen-belen serunding daging. Siap.
Jam 8.30 sekali lagi MA call, "I dah dekat ni, boleh keluar rumah"...so, Auntie pun keluar le, Hero anto kat tempat yang dijanjikan. Hero parking dalam gelap....dari jauh Auntie dah nampak kete MA. Kat dalam ada satu lagi member bersekutu.....Aunty N!...kah!..kah!...ketemu jugak kita ye???...Many Thanks to MA without her great effort Auntie tak dapat jumpa Aunty N. After hug & kisses...kami pun membelah malam menuju ke destinasi....walau pun secret meeting, tempatnya tidak langsung melambangkan 'kerahsia annya'...........restoren mamak di celah KLCC.
Sampai je terus order makan minum. Ohh..anaother member bersekutu joined us...Ci Syidah yang mendatangkan dirinya dari Putrajaya...so jadi 4 orang. Sessi "pot-pet" kami berjalan lancar sehingga mencecah jam 12.00 malam. Ketupat tidak dianyam.
Puan Cinderalela kena balik sebelum jam 12.00....jika tidak, ditakuti 'lesen' tidak akan dikeluarkan di masa-masa yang akan datang. Auntie jugak telah ditapau dengan 3 keping roti canai...upah si tukang buka pintu...Jim.Terima kasih Aunty N.
Hero sudah tidur bila Aunty sampai. Bila baring slowly beside him dia tanya...'dah pukul berapa ha?' Auntie kata '11.00 baru' ...entah-entah dia tak sedar pun. Pagi ni dia tanya balik ' pukul berapa you balik semalam?'.....'pukul 12.00' tak tipu dah, Auntie cakap betui...:-)
Oh..what a night!!!...a Gala night!....makcik blogger buat lagi.
15 comments:
Lain kali kita buat lagi OK?
Yang tak tahan tu : "you benarkan I pergi kerr? "
Dok imagine muka welfare kak yan dengan, senyum simpul dan mata terkebil2 mintak permission. Hehehe. Tu trick lama dalam semua poket makcik2 tu no?
Anyway, I had a great time this time around dapat sessi2 gebang sampai midnite tu. Thanks to MA, Kak Yan (dan Hero Tamil yang pemalu tu) dan Syida.
Kak Yan : Ha'ah - terima kasih daun keladi pada Hero Tamil. Lain kali boleh sign release form lagi yer....
I had a great time too - sampai tak leh tidur sampai pukul 2 pagi. Terlebih cergas :-)
oo..pandai yerr auntie..bila hero mamai cakap kol 11..dah siang baru cakap kol 12 yer..hehehe..
bes kan bila sekali sekala keluar jumpa kawan..
AY,
memang best kan dah kahwin2 ni sesekali jumpa member. saya sejak kahwin pun dah kurang aktiviti menebeng. kalau x dulu siang malam melelepak kat restoran mamak kat sect 6 shah alam dgn member2. kekdg tu pukul 2 pagi pun jadi gak menebeng..
Auntie Yan,
errr.. errr... err...
nak berguru ngan hero Tamil boleh tak?? :) (sila refer blog MA)
Auntie Yan,
Ada moshkel sikit laa ?
"Auntie : Hemm, insyaallah!...see the leg laa!"
Tuuu ker dia punya punchline yang Cik Din granted the visa tu ?
"
Syoknya...Auntie Yan dpt 'lesen'...boleh bayangkan lebarnya senyum Auntie Yan bila dapat je 'lesen' tu...siap antar lagi...tabik spring lah kat Hero Auntie tu...
N: boleh sangat, janji dapat lesen.Seronok nooo....macam MA kata, punya le seronok sampai tak leh tido!!
----------------
Mak Andeh : walau pun selalunya KY tido cepat, malam tadi dah tak leh tido...kena pulak secubit dua roti canai terus sego...:-)
----------------
jem: dia tengah mamai le kita boleh kelentong. Pada dia janji bini dia ada kat sebelah..he!..he!...
---------------------
Edryna : Yang benonya Auntie memang tak pernah pun mnebeng nih.Tak pernah buat, mungkin tak de kawan yang ajak...dah tua-tua baru nak mula.
Pesan Auntie, jangan balik lewat sangat, takut berseliseh dengan Pontianak harum Sundal Malam.
---------------------
cyberdad :...boleh, no problem ,kalau sudi apa salahnya...tapi...tu le dia hanya seorang Hero filem-filem Tamil je.
--------------------
tj: punchline?...mungkin jugak. Tapi yang penting kita kena uruskan hal r/tangga i.e suami & anak dulu...pas baru le kita 'kembangkan sayap' kita :-)
Kak Lady: memang best. Hero ni kenkadang serius...tu yang seriau tu...tapi kena gayanya dia pun 'cair' gak. Angin dia baguih kot semalam tu :-)
sonok yer. sesekali dapat lesen mcm ni. mmg syiok.
Rojak buah : walau pun dipanggil Hero Tamil, tapi rasanya my Hero ni lawa sikit pada Shah Rukh Khan ...sebab Shah Rukh Khan lawa banyak...:-)
-------------------
Dewa : kena ada 'art' jugak nak dapat lesen ni!
--------------------
Sofhib: memang seronok....maklum le sekali sekala dapat bertemu macam tu.
ekeke..kelaka la baca u kelentong hubby AY "pukul 11 baru..." ekeke.. nasib baik tak cerita AY tip toe masuk bilik...hehe
Anne: Bukan nak kelentong...saja cakap cam tu, takut dia terjaga pulak kalau kata pukui 12.00 :-)
terernya auntie ni masak in 1/2 hour boleh siap 4 dishes termasuk pajeri terung...kalau i mesti tunggang langgang. bole share recipe?
-ibumuda-
Ibu muda :...he! he!...resipi yang simple, tentu cepat siap. Pajeri terung , macam susah jugak kan?...isy la ni kan banyak perkara dah dimudahkan. Santan dah ada ready punya, tak payah nak diperah lagi, kerisik pun dah ada siap dijual...so, taram yg. tu saja.
Rahsia memasak cepat, nanti auntie tulis kat blog.
Post a Comment