Sejak hari Isnin Auntie bukan main sibuk lagi. Sibuk gilerr. Nak jeling kat blog pun macam tak sempat...walau pun sempat jugak tinggalkan jejak kat beberapa blog dan singgah menebeng kat tag-board.:-)
Hari ni pun masih menimbun kerja nak diselesaikan...Auntie jugak terpaksa ambil alih tugas seorang kawan yang bercuti kerana isterinya bersalin. Excited habis dia ni, almaklum dapat anak pertama....dia bantai cuti sampai 2 minggu!....wei!, orang Gomen la ni kalau isteri bersalin, suami dapat cuti 7 hari tau...tak termasuk cuti yang dah diperuntukkan setiap tahun tu....tujuannya supaya si suami dapat menguruskan hal peribadi/keluarga dengan lebih selesa.Tak tahu le suami tu, dia betul gunakan cuti tu untuk urusan keluarga atau pun dia lebih banyak rilek...sebab selalunya kalau isteri bersalin, mak/mak mertua yang sibuk datang memberi apa-apa bantuan.Lepas dua tiga hari, isteri dihantar balik kampung.
Auntie dulu pun gitu jugak le....lepas seminggu bersalin mak Auntie datang bawak balik kampung.Dia nak jaga segala makan minum dan segala pantang larang semasa dalam hari. Bertungku, berurut berbagai.
Mak Auntie ni walaupun dia agak conservative orangnya, dia tidak lah strict sangat masa Auntie dalam berpantang. Minggu pertama saja makan nasi dengan ikan bakar dan nasinya tak berkuah, lepas tu dia kata dah boleh makan berkuah macam kari...bubuh saja sikit-sikit....sayur pun dia suruh Auntie makan. Yang tak boleh langsung, minum ais. Memang Auntie tak sentuh langsung pun sehingga 3 bulan.
Kalau nak diikutkan banyak pantang larang yang perlu dipatuhi. Auntie pulak ikut yang mana logik dan sesuai saja. :-)
Bertungku yang paling perit buat Auntie.Satu hari kena tungku 3 kali, sekali pagi..."subuh-subuh sepei".....tengahari dan last sekali malam....adui! azab tu...mak Auntie dok stand by tepi katil untuk memastikan tiada "cheating"....sekali bertunggu lama jugak...kiranya sampai batu tungku tu dah tak panas...mak Auntie akan check samada masih panas atau dah boleh stop.....rimas!!!
Batu tungku ni dari batu sungai yang terpilih. Di bakar atas dapur dan di balut pulak dengan daun mengkudu sebelum dibungkus dengan kain tebal....bau daun mengkudu ni harum....Ada jugak tungku yang dibuat drp. besi dan ada jual dikedai....kalau kat KL, katanya boleh cari kat Chow Kit. Orang tua akan lebih prefer tungku batu sungai...lebih ori kata depa...:-)
Satu lagi, masa dalam pantang kena pulak pakai bengkong yang kain berjela dibelit-belit kat perut tuh....Auntie pakai bengkong dalam masa 2 minggu je. Lepas tu Auntie pakai girdle...he!..he! mudah dan ringkas...mak Auntie pun setuju. Sebelum pakai girdle tu, perut disapu dengan kapur sireh yang dicampur dengan air limau nipis....tujuannya supaya perut dan jugak peranakkan cepat kecut.
Selalunya pompuan dalam pantang disuruh ikat rambut tinggi atas kepala dan berparam...ha, yang ni memang Auntie tak amalkan, satunya sebab Auntie ni sokmo berambut kontot.....:-)
Ada jugak pompuan yang dalam pantang langsung tak diberi bergerak bebas...disuruh rehat je selain drp. dok menyusu anak. Auntie pulak, tak duduk diam, selain drp. melayan anak tukar lapin ke...Auntie jugak mandikan anak tu...dah sihat sikit dah pun siap tolong mak Auntie memasak dan berkemas....tu sebabnya lepas Auntie bersalin dan naik kerja semula, badan tak le debab sangat.....maintain gituuuu!
Bila Auntie bersalinkan si Jim (anak ke tiga & last, mind you!) Auntie tak balik kampung...masa tu arwah ayah Auntie terlantar sakit, jadi takmo le menyusahkan emak nak kena jaga dua orang yang 'helpless'
Cik Din sajalah yang jaga Auntie....ahhh...bukan susah nak jaga Auntie ni...pepagi sebelum dia pergi kerja, dia akan bakar tungku. Dia akan sediakan air mandi untuk baby.Dia tolong masak nasi. Tengahari dia balik bawak lauk dari kedai. Auntie pulak dah tahu tak de sapa yang nak mengawasi, pandailah pulak menjaga makan minum...hemm..takut jugak jadi mudarat pada diri sendiri kalau main taram je....
Yang paling Auntie suka waktu berpantang ni ialah masa sessi berurut. Selalunya urut ni dilakukan selepas 3 hari selepas melahirkan atau ikut keselesaan masing-masing. Kalau yang bersalin secara pembedahan tak berurut le jawapnya. Tukang urut ni pulak selaunya mak bidan. Uratan akan dilakukan seluruh badan.Best!..best!...
Semua diurutnya..;-) ;-) ;-)
Selesai mengurut, kena mandi pulak. Mandi ni pun best jugak. Mandi air panas suam yang dicampurkan beberapa jenis daun kayu, antaranya daun pandan, daun jambu batu, daun serai wangi.Ini antara daun-daun yang biasanya digunakan oleh orang-orang ditempat Auntie.Selesai mandi baru le bertungku dengan tunjuk ajar mak bidan.
Wei!..proses ni semua bukan free tau.Kena bayar. Kalau kat kampung tak le seberapa. selalunya situkang urut letak rega RM10 je...terpulang le kalau nak tambah.
Anak-anak Auntie pulak masa dalam berpantang tak banyak kerenah, cuma waktu siang tak tidur, bila malam depa tidur lena sampai pagi...tak banyak kerenah, tak lah Auntie susah berjaga malam.Semua ini pengelaman yang tak mudah untuk dilupakan.Pengelaman bagi setiap wanita yang bergelar ibu.Best kan?
22 comments:
saya masa dlm pantang mak jaga...but still mak panggil gak bidan kg a.k.a tukang urut. perut je dia tak urut. gitu2 je dia charge rm150...saya 44 hari berpantang mmg berstokin.. makan semua mak yg jaga.. yg lawaknya bab bertungku tu punyalah mak saya ni moden dia suh guna iron je..panaskan pastu bungkus tebal2 kahkahkah...
saya paling tak tahan masa pantang is bengkong... adoh, tak selesa sungguh...... nak susukan anak pun tak comfortable..asyek2 calculate je bila le nak abih 44 ari, so that leh kluar2 pijak tanah....anyway, gud experience....
haa..haa.. saya baru abis pantang setahun yg lepas. suami tanya bila nak yg ke-2. saya kata mengandung & melahirkan insyallah no hal. part berpantang yg tak tahan. melahirkan anak pertama tahun lepas saya terpaksa menjaga diri sendiri. 2 minggu pertama saya berseorangan di rumah dengan bantuan maid yg berusia 24 tahun! bayangkanlah!!
Edryna : Oh..mahalnya berurut kat kampung you tu...kat kampung Auntie masih lagi RM10, sekali urut, tapi boleh le kita bagi lebih sikit.
La...bertungku guna iron? Boleh jugak le drp. langsung tidak, cuma mungkin kurang le khasiatnya. Guna batu sungai dan letak pulak daun-daun kayu tu ada le sikit sebanyak menafaatnya.
-----------------
ct : ya, pakai bengkong memang tak selesa, tu sabab Auntie pakai gerdle je...ok jugak kan. Habis pantang dua tiga bulan pun masih pakai lagi.:-)
-----------------
Marlina : berpantang ni kalau stict sangat memang boring, nasib baik pengelaman Auntie tak le teruk sangat.
-----------------
pb : huh...siap makan telur puyuh lagi?..Auntie telan telur ayam kampung mentah, ada masa makan telur separuh masak taruk lada hitam...makan nasi panas-panas dengan lada hitam....hemmm sedap...ada pulak ikan masin..;-)
-----------------
Nora: Sungguh bernasib baik ada orang nak tolong. Best apa ? masa pantang...boleh rehat-rehat...boleh layan Astro...dulu mana ada Astro...
Jaga kesihatan noo...
mengimbau nostalgia masa berpantang rupanya. Semua tu jadi kemestian tu. Tapi ada sekali teringat masa dalam pantang tido atas tilam depan TV lah ni, kat rumag mak. Hulur tangan atas kepala terasa terpegang benda licin kat hujung tilam.
Bingkas bangun angkat tilam, rupanya ada ular tumpang "tido" kat situ, masa mana dia masuk pun tak tau. Nasib tak di patuknya. Besar dan hitam berbatik warna dia entah apa jenis pun tak tahu lah.
Nak katakan semak sampai jadi sarang ular tu tak lah pulak agaknya dia bau herba2 kut hehehe
N: uhhh...! sungguh menyeramkan. Nasib baik sungguh tak kena patuk...ular sesat tu...(ha, kena cerita sikit kat blog nanti.)
seronok baca cerita org dulu2 berpantang...dulu, saya tak berpantang sgt..sebab mak pun macam moden skit..bila dah 10 hari, baru bagi bertungku...bidan kat situ plak, urut tak best langsung..dia picit2 jek..bayar dekat 100 gak..tapi zama saya utk tahun depan, nak berpantang betui2..mana taknya, la nih perut pun dah boroi...so, next3-4 months, nak prepare kain utk jahit bengkung..err..bengkung utk ibu bersalin ada juai kat mana2 dak?
auntieyan masa sya pantang anak pertama, mak mertua yg jaga ngan mak. Bila ke 2 dan ke 3 mak dan mak mertua jaga bergilir dan yg ke 4 mak mertua dtg jaga. Mak mertua kalau dia jaga pun jaga makan pakai cucu dan anak2 dia. Yg sya dlm pantang ni bertungku sendiri, ikat barut sendiri. Yg panjnag tu .. ujungnya ikat kat grill pintu dan putar sendiri.. tiap hari sampai 40 hari 2 kali sehari.. mabuk rasanya
Kak Lady dulu bersalin 2 orang je arwah mak sempat jaga...arwah mak tu bukan main strict lagi menjaga kak lady masa berpantang...tapi kak lady ni jenis nakal sikit...arwah mak tu lepas masak masakan k.lady, suruh makan ubat, berbarut terus pegi keje..tinggal lah k.lady sesorang kat umah tu...bermaharajalela...tapi langgar pantang sikit2 tu takpelah...k.lady tak bertungku tapi berganggang...kalau cuti sekolah adik k.lady Al yang tukang tunggu & report...tengokkan samada k.lady ade 'cheating' tak masa berganggang..tp dia ni senang je..boleh upah kasih tutup mulut...heheheh...
Bab makan minggu pertama makan ikan asin & halia atau lada hitam...lepas dua minggu...makan lauk ayam kampung dimasak dgn halia/lada hitam...arwah mak memang strict...
Berurut tu memang wajib...
Kalau cerita bab berpantang ni...nanti penuh plak komen blog ni...mcm blog sendiri plak...nantilah k.lady buat posting pasal berpantang k.lady pulak yang selalu 'cheating'...heheheh
hmmm..
Autie Yan
Ketiga2 anak saya keluar ikut tingkap. Tapi saya tetap bertungku dan berurut cara kg. Cuma kalau bertungku tu jgn le letak kat atas tempat jahit tu, kang pecah pulak perut. Lain lak citer. Berurut pun seluruh badan kecuali kat tempat perut tu. Berurut tu sebenarnya utk mengembalikan tenaga dan perbetul urat saraf yg herot petot masa mengandung 9 bln dulu tu.
Setengah org yg caeserian tu takut nak pakai bengkung. Sebenornye tak apa kalau berbengkung. Lebih sedap rasa, perut pun tak le bergoyang2 je. Macam Auntie Yan juga, saya sapu limau nipis + kapur sireh kat perut, pastu pakai bengkung. Hasilnya, walaupun ketiga2 caeserian, perut saya maintain vogue gitewww. Badan pun slim melim.
hai auntie, orang kat sini tak berpantang. baru bersalin seminggu dah bawak anak pergi mall, minum air batu dan segala.
nih tgh fikir, kalau i beranak di sini, mana nak cari itu tukang urut eh?
teringat masa wife berpantang kat rumah, tinggal kitorang je, dia mintak sapukan param (ye ke?) kat muka dia.. hahaha dah tak pasal2 jadi make-up artist pakaikan org 'bedak sejuk' :)
AM had ceasarian, but still do some pantang yamg AuntyN mention tu. Banyak pengalaman auntyn pasal nie. Satu pedoman yang baik.
Sory, silap AuntyYan bukan AuntyN...Confused pulak pepagi nie.
adui..bab pantang ni la paling tak best sekali ekeke. mak saya pun lebih kurang mcm mak auntie yan jugak, tak la strict sgt. kdg tu, ada lauk sedap2 dia kasi juga rasa sikit2. hikhik. tapi kalau dgn MIL tak boleh..lauk semua letak lada hitam plak tu. lagi satu, bila kita dah sihat pun still kena jalan macam pengantin jugak. eii tak relaa
woitt... apa citer pasal pantang pelbagai nih! semua tu nostalgia... sis yan dah taraf nak jaga cucu dah ;-)
Oren : Walau macam mana moden pun kita,kena ikut jugak pantang larang nih...jangan yang bukan-bukan dah le....tak rugi pun kalau kita ikut, malah mendapat banyak manafaatnya di hari kemudian.
---------------------
Sya : sungguh bernasib baik mak & MIL bergilir menjaga...bab nak jaga diri sendiri tu memang le berat...tapi untuk kita jugak kan?
---------------------
Kak Lady :wah!...panjang lebar nampaknya...he..he...memang banyak yang yang nak kita cerita tentang pantang ni...elok Kak Lady juga tulis kat blog. :-)
---------------------
Jubeiz....Hemmm hingga tak terkomen?..elok juga ambil tahu, nanti dah ada isteri dah tahu apa yang patut dibuat.
pssttt!...bila nak mengakhiri jaman bujang???...;-)
---------------------
Rojak :....hemmm...seorang suami yang prihatin tentu sekali dapat bersabar...:-)
"Perasaan" isteri pun sama gak.
Satu je suami kena ingat....bukan senang nak keluarkan seorang manusia ke dunia...pengorbanan yang teramat besar seorang isteri....takkan tak boleh sabo??? tak lama pun ...errr..after 3 months.
----------------------
Salju : Ya, berurut untuk betulkan urat-urat yang telah terpeleot masa 9 bulan mengandung...dan jugak masa proses kelahiran.
---------------------
Ely :...jangan di ikut style Mat Saleh....depa lain sikit lah...lagi pun depa boleh togok alkohol/wine masa dalam pantang...
If ever you give birth again, make sure your darling yang urut...tentu best!
--------------------
Cyberdad : Selalunya para suami memang kesunyian semasa isteri dalam pantang apa lagi balik berpantang dikampung...kalau tak kuat iman...haru!! but, Auntie rasa Cyberdad is such a wonderful husband!:-)
------------------
AMnggerik : Sejak kebelakangan ni dah ramai wanita yang sedar akan kepentingan berpantang. Yang kena ceasarian pun berpantang jugak. Bukan senang nak maintain semula body tuh!
------------------
Uda : Memang ya pun...masa pantang yang paling tak best adalah dalam minggu pertama...semasa jahitan belum baik...adoi! nak duduk pun payah..seriauu!
----------------
Sri : Ka!...Kah!...sesaja..makcik teringat jaman muda...:-)
..errr..nak dapat cucu?...rasanya insyaallah lambat lagi kot..mungkin 4 atau 5 tahun lagi.
AuntieYan,
Mahap kawan betanyer..
"Sesekali ku rasa teringin.." ker ?
antie yan ni dalam pantang ke dah hampir seminggu tak update blog??
Onee : ;-) :-) :-)
--------------------
Jokontan :..mokcik dok fahe...!
-------------------
cl :...he! he!...lebih kurang cam tu le...!!!
AuntieYan .. MM tak lama lagi kena laa berpantang bertungku nih. Hmm tak tau ler camana nanti maklum laa nih baru first time ada baby. Tak tau ler samada balik kg ker tidak sebab mak and MIL pun dua2 bukannya kuat lagi nak jaga kite. Ni tgh nak survey2 kot2 ada tukang urut kat sini so takyah laa nak balik kg.
Post a Comment