Friday, February 17, 2006

Doa.

Alhamdulillah...

Rupanya Auntie tidak kesaorangan dalam merenung masa-masa yang akan datang. Ramai yang sekata merasa insaf.Harapnya kita tidaklah insaf sekejap saja.Kena sentiasa insaf.Amalan kita, ibadah kita mudah-mudahan tidak sia-sia. Minta-minta Allah tetap 'memandang' kita dan sentiasa memberi belas kasihanNya. Amin.

"Tuhan yang Menciptakan aku dan Dialah yang memberiku petunjuk.
yang memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku dan yang mematikan aku.Kemudian akan menghidupkan aku, dan yang aku harapkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat.(doa Ibrahim) Wahai tuhanku !Berikanlah aku Hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh."........(Ayat 78 - 83 Surah Asy Syuraa)

10 comments:

meandbaby said...

Auntie, tima kasih pasal renungan auntie menjadi renungan saya gak..dan kebetulan sama plak ngan topik forum perdana kat RTM1 semlm.

AuntieYan said...

Alhamdullah...macam orang RTM tahu pulak ya....AY pun boleh kata setiap minggu mengikuti Forum tu...nak pi dengar ceramah kat lain susah sikit...ha yg. ada kat dalam rumah tak lepas peluang lah....

ibuVouge said...

baguslah AY..ingatan di pagi jumaat..

maklang said...

Assalmualaikum Aunty Yan,

Maklang menyebok sikit... untung gak tak kerja hari Jumaat. Ada al-Kuliyah, ada Al-Hidayah....Ialah kita wajib ingat mengingati diantara kita kerana usia kita akan bertambah setiap hari dan semakin dekat untuk dipanggil pulang kepadaNya....

AuntieYan said...

ibuvogue:...kalau boleh kena ingat sentiasa...:-)...Auntie nih, cepat lupa.
------------

Waalaikum salam maklang: Untungnya tak kerja hari Jumaat. Masa ofis Auntie kat KL dulu, lunch time hari Jumaat dapat le balik rumah...memang tak pernah miss Al-Hidayah tu...petang pulak sampai je dari ofis, terkam pulak tengok Al-Kulliyyah....Hemmm...kita ni kalau selalu mendengar, insaffff...sikit...lama tak dengar...lupa pulak! (Auntie le tu).
--------------

AuntieYan said...

ONde-Onde : weekends ni tak kemana...relex kat rumah sajalah.

aNIe said...

Kak Yan...dulu hubby pernah mendengar ceramah di masjid berdekatan....ustaz tu beritau...seandainya kita ni dipanjangkan umur sehingga 60 tahun dan kita mengambil 10 minit untuk setiap kali solat...maka jika dihitung..dalam 60 thn itu kita cuma menghabiskan masa kita selama 9 bulan saja untuk menunaikan solat..

Anonymous said...

AY : Best ni, short and padat, ingat mengingati.

AuntieYan said...

Kak_Lady: Kalau nak diikutkan macam tulah....masa untuk beramal sangat sedikit...banyak masa terbuang dengan perkara duniawi....

----------------

tj: Auntie sebenarnya mengingatkan diri sendiri...selalu sangat terlupa.

Fara said...

saya suka Al-kuliyyah, sebab cakapnya lebih cool, aman maybe sebab dalam studio...

kalau forum Perdana RTM tu banyak terjerit2 ...

tapi, dua2 pon sy suka tgk ..