Wednesday, July 26, 2006

...Satu Kepastian.

Gayanya sepanjang minggu ini Auntie akan sibuk bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja yang ditugaskan pada Auntie. Bos kecik Auntie tu pergi berkursus selama tiga hari. Tugasan yang diamanahkan pada Auntie berlambak atas meja. Bulan September nanti ada satu International Meeting yang akan melibatkan ofis ni....harap-harap Auntie tak terlibatlah walau pun Auntie juga membantu sedikit sebanyak dalam urusan persiapannya.

Semalam kita dikejutkan dengan pemergian Hani Mokhsin. Macam tak percaya. Tapi, itulah dia, kenyataannya. Pagi tu kat ofis dah tersibar berita kematiannya. Auntie pulak sibuk dengan kerja. telinga pasang jugak...sekali sekala bertanya juga minta kepastian.

Memang Auntie bukan kenalan Hani, bukan jugak peminat no.1 dia. Auntie minat lakonan dia, Auntie minat cara dia mengacarakan sesuatu majlis....dan setiap hari, Auntie memang rajin tengok Roda Impian. mana tak terkejut, tiap malam tengok muka dia di TV...esok dia tah pergi. Sedih jugak rasanya...apa lagi mengenangkan dia anak tunggal, mak ayah dah mati, isteri tiada...ada f/friend tak direstui....dia cuma ada anak dara sunti saja....of course....mungkin hartanya bertimbun...tapi, bila nyawa dah bercerai dari badan...apalah erti semua itu....Kematian adalah satu kepastian.!!!

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Amin

Al-Fatihah.

13 comments:

Anonymous said...

sarah rasa sedih sgt waktu tgh berita kat tv. sedih tgk hani karmila nangis, selama ni dia rapat dgn ayahnya.

~minat tgk arwah berlakon~

Anonymous said...

"Setiap yang hidup akan merasai mati.."

AuntieYan said...

Sarah arween: Ya, memang sedih tengok anak dia nangis...apa lagi dia masih kecil..itulah satu-satunya waris dia yang akan mendoakan rohnya.
-----------
En.Ari : memang betul, masa kita juga akan tiba, tapi tak tahu bila...
-----------

Anonymous said...

alfatihah untuk arwah..

Ramai yang tak tahu,kekadang seseorang itu nampak very fit,slim tetapi sebebnarnya ada cholestrol very very high menyumbat ssalur darah jantung..kerana penyakit keturunan hypercholestrolemia... selalunya mereka-mereka ini ada sejarah keluarga yanag meninggall waktu muda.

Anonymous said...

Untuk AY dan EL.
Selalunya orang akan kaitkan bakal pesakit segala jenis penyakit adalah orang yang gemuk atau terlebih gemuk(obese),dari pengalaman saya sejak kena sakit jantung..saya lah satu-satunya pesakit yang gemuk..!Pesakit lain yang telah saya jumpai di hospital..ada yang kurus,yang sedap mata memandang,dan ada yang macam ahli bina badan..hampir kesemuanya aktif bersukan..dan sangat mengambil berat tentang kesihatan dan pemakanan..dalam lingkungan umur 30an hingga awal 50an..kesemua kami menghadapi masalah arteri tersumbat antara satu sampai lima tempat..

AuntieYan said...

Easylady:...Tu Hero AY tuh...susah betul nak pujuk dia supaya buat check-up...Dia ni memang aktif bersukan dan rajin berexercise terutamanya berjogging...tapi sejak kebelakangan ni katanya dia rasa semput bila berjogging....so, dia buat brisk walking je....bila AY suruh gi check je...dia akan kata nantilah...one fine day....hemmm...rasa cam nak pulas je telinga dia tuh...!
--------------------

En. Ari: Memang benar, uncle Cik Din pun, kalau tengok badan dia ok je..tak gemok, tup-tup dapat sakit jantung....dia buat by-pass, after 3 bulan dia meninggal, sebab kidney failure pulak....
Tu...En.Ari...jagalah kesihatan...arwah ayah saya kena angin ahmar yang agak serius, tapi dia dapat bertahan hingga 7 tahun sebelum menyahut seruan Ilahi.
---------------

Keluarga Zulkarnain said...

Assalamualaikum kak Yan:)

AuntieYan said...

BTB:...kalau insaf tu, alhamdulillah....
Hemmm...gayanya insaf sekejap je....?...dah ajak kita joget pocho-pocho pulak...:-)

errr..joget apa tuh?? tak penah dengo pulak...
--------------
keluarga zulkarnain : Wa'alaikum salam dari Auntie....:-)

Anonymous said...

AY, radio tak bunyi ?

AuntieYan said...

En.Ari :...memang sound dia tak de...Nantilah, kalau Sound Engineer saya tu free dia akan repair & mungkin akan tukar lagu baru.....la ni dia tengah sibuk, nak buat sendiri tak pandai....:-)

maklang said...

Maklang pun sedih dengan pemergian dia. Moga2 dia dicucuri rahmatnya, InsyaAllah...

Anonymous said...

assalamualaikum auntie...

apa kabar hari ni? kat kl ni sejuk sbb pagi2 hujan. sarah nak bangun pun terasa liatnya..

AuntieYan said...

Mak Lang:..lagi sedih bila tengok Melodi hari Ahad, ada tunjuk jenazah dia....:-(
----------------

Miss Arwen :...Auntie pun rasa malas nak kerja....dah lama tak hujan pagi...:-)
----------------