Monday, October 30, 2006

Raya belum habis...

Alhamdulillah.....Auntie dah mula bekerja hari ini. Dah ada kat ofis. Masih ramai lagi yang bercuti, jadi masih terasa sunyi....yang ada pun macam masih tak bermood nak bekerja.

Rasa excited jugak nak ke ofis...maklumlah dah cuti lama...apa lagi masa nak cuti dulu tuh, kerja yang belum beres pun masih banyak. Kerja ni rasanya tak akan habis pun.

Auntie balik kampung pada hari Isnin...gara-gara nak elak kesesakkan jalan raya...maklum sajalah lebuhraya Utara Selatan. Lepas sahur kami berangkat ke kampung. Petangnya berbuka puasa yang terakhir untuk tahun ini.......memang best sesangat.Makan beramai dengan mak dan adik-adik serta anak-anak sedara. Ramai yang masih kecik dan tak berpuasa, depa yang lebih-lebihnya....Malamnya riuh rendah...yang tua sibuk mengemas...yang muda sibuk menyibuk.

Balik kali ini, mak Auntie nampak memang ceria walaupun dia kata dia tak sihat. Memang tahun ini dia hanya dapat berpuasa beberapa hari saja dek kerana keuzurannya..
Hari Raya pertama berlalu dengan suasana yang tenang...tak ramai sangat yang berkunjung, dapat le berehat dan melelapkan mata . Hari ke dua kami berzirah ke kubur.

Hari raya ke tiga Auntie dah balik semula ke KL.
Agak lewat juga sampai keKL, kereta banyak. Ada pulak dua accident. Ada kereta terbakar...

Hari raya ke empat, kami balik beraya ke Pekan Pahang pulak.

Esoknya balik semula ke KL...letih betul dok travel dari barat ke timur, dari timur ke barat...apa nak buat... dah satu dari Perak, satu dari Pahang.

Selamat hari Raya Untuk semua.....

9 comments:

Anonymous said...

Selamat kembali bertugas AY.Jalan sakan no..Saya dan keluarga dok PD saja raya ni..ada masalah sikit..tapi raya tetap meriah.

Anonymous said...

walaupun posa penuh tahun nih, tapi saya raya sederhana jek..tak bleh sakan2 sangat..ari nih abis masa dok buat report jek..dah 2 kali kena reject..muahahha..

salam aidilfitri jugak untuk A.Y sekeluarga

Arena said...

Salam aidilfitri untuk aunty Yan..

Mama Rock said...

selamat hari raya auntie yan and selamat kembali ke ibu kota

Jo Kontan said...

Hari Jemahat tuu kawan gi ke Pekan. Tapi tok sampailaa ker Bandor.. Tok kros sungei pun.

Gi Kampung Pulau Tambun, raya dengan seksedara Maam. Ingat ker nok juger singgah Pekan. Tapi dah malam sangat..

Selamat Bekerja Semula dan Kiyem Salam Cik Din.

MA said...

Kak Yan :

Kawan pun lalu ke Pekan gak, teringat kat Kak Yan tapi cepat sehari lah. Lalu gak kat Kontan - tingat kat Jokontan dgn Maam tapi tak singgah gak....

Raya pun sebulan...nanti kawan balik - kita raya-raya ler sesama ekk?

(heheh try nak ckp org pahang ;-) )

aNIe said...

Kak Yan...Lady baru juga abis beraya di kampung...dah pun abis beraya ...sebab cik abang kita dah terbang balik ke Jeddah...

Bila pulak kita nak beraya sama ye kak Yan?

uDA said...

selamat hari raya auntie yan. lebih kurang la kita, satu pahang satu lagi melaka. tapi alhamdulillah la dapat balik raya dua2 kampung hehe.

AuntieYan said...

Kepada yang telah meninggalkan komen Auntie ucapkan ribuan terima kasih...Dek kerana kesibukan tugas harian dan ditambah dengan 'ragam' blogspot' Auntie tak dapat nak membalas komen satu persatu....harap maaf.