Tuesday, December 05, 2006

Family Day

Musim cuti sekolah ni ramai yang merancang nak bercuti. Ada yang dah pergi dan dah balik pun. Bagi Auntie, kalau nak bercuti tu pergilah sementara anak-anak masih kecil lagi. Memang agak susah dan leceh bawak anak kecik ni….tapi segala kelecehan itulah yang akan menjadi kenangannya nanti.

Bila anak-anak dah meningkat dewasa, dah tak berapa seronok dah….kalau masa depa kecik nak ke kolam renang kita kena tunggu tepi kolam tak pun sekali turun ke kolam demi menjaga keselamatan anak-anak.
Bila depa dah besar panjang, depa pi sendiri, kita dok berlengkau dalam bilik…where got fun kan????...itu pun nasib baik kalau anak-anak nak ikut sekali, ada masa, anak-anak dah takmo ikut kita bercuti, depa lebih seronok kat rumah je.

Last weekend Auntie dan keluarga ke Kuantan, lebih tepatnya ke Pantai Balok.. Nak kata bercuti pun tak jugaklah.Auntie pergi kerana mengikuti rombongan ofis. Ofis kami buat mesyuarat merangkap famili day sekali.

Makanya pepagi Jumaat tu kami dah berangakat menuju Kuantan. Asalnya Auntie cuma nak bawa si Jim, bila bagi tahu En.Amir, dia pun nak ikut serta kebetulan pada hari Jumaat dia dah tak de kelas. Terpaksalah pulak menjemput dia di Shah Alam sebelum pergi tuh. Jim pun happy jugaklah bila Amir ikut, at least dia akan ada kawan, walau pun En. Amir bakal membuli dia nanti tuh…

Malam sebelum pergi tu Cik Din dah bagitahu mak dia yang kami akan singgah makan tengahari kat Pekan. Memang pun, bila sampai je kat rumah MIL tu, makanan dah siap terhidang.Tinggal nak makan sajalah. Lepas makan dan solat dan sembang serba sikit, kami pun meneruskan perjalanan ke Kuantan. Dari situ kami ambil jalan ke Beserah menghala ke K.Terengganu. Orang sana kata ikut jalan pantai.

Jam 4.00, kami pun sampai ke tempat yang di tuju The Rhu Beach Resort…...Hotel lama…tak de lift pun…tapi oklah…bilik besar juga…ada kolam renang yang besar jugak…..anyway semuanya gomen tanggung, so apa nak komplen banyak kan????....nak yang best kena bayau sendirilah kan….

Acara kami bermula lepas dinner malam pertama. Jam 9.00-11.00 malam taklimat dan suai kenal pegawai baru. Kami ada 10 orang pegawai baru.

Esoknya, lepas b/fast kami ada meeting yang menyentuh banyak perkara…pasal kerja, disiplin, RMK9, SKT…Prestasi…perancangan untuk 2007…bla…bla….bla….sampai le pukul 1.00 baru selesai.

Petang jam 3.00 sukaneka pulak. Auntie cuma jadi tukang tengok dan tukang gelak je kat tepi padang…memang le kalako tengok gelagat depa yang ambil bahagian tuh….yang menang dapat hadiah , yang kalah pun dapat jugak.

Macam tahun lepas, lepas dinner ada karaoke pulak….bermula dengan bos yang menyanyikan lagu Dealova…seterusnya pegawai-pegawai baru…haru sungguh kalau dapat bos kaki karaoke nih…habis semua kena nyanyi….ramai yang sumbang sumbing….tapi semuanya seronok dan enjoy.

Ingatkan depa ni tak ingat Auntie dah….rupanya ada jugak malaon yang masih ingat Auntie nyanyi tahun lepas…Adui!!!!kenalah jugak pi nyanyi seround…he!!!...he!!!....orang lama, tentulah lagu pun pilihan lama…..kali ini Auntie mendendangkan lagu Tom Jones …last year lagu Beatles kan…Kali ni lagu Preety Ribbons pulak.Terima kasih pada Mak Andeh yang tak lama dulu tolong boh lagu tu kat blog ni….hari-hari dok nyanyi lagu tuh…so, kira dah praktis lama dah la Auntie ni….not bad jugak lah kan….Rupanya kali ini ada hadiah untuk best singer…..hemmm…of course tak dapat kat Auntie lah….uwaaaaa!!!!

Sessi karaoke tamat hampir jam 1.00 pagi…nasib baik Cik Din dan anak bujang Auntie tu tunggu jugak sampai selesai…memang depa tak pernah pun tengok orang berkaraoke ni….

Esoknya pulak lepas b/fast kami ada treasure hunt..tak le naik kereta bebagai…Cuma buat kat kawasan kolam renang je….Group Auntie dapat no. 3…oklah kan…dapat le hamper satu berbagi dengan 5 orang….selesai tresure hunt semua pakat terjun kolam pulak main bola dalam air….Auntie tak kose le nak masuk kolam tu takut nampak macam badak air pulak…so, duduk jelah kat pinggir kolam sambil tengok orang.

Lepas lunch, semua pun bersiap sedia balik ke destinasi masing-masing. Kami sampai rumah lebih kurang jam 7.00. sebelum tu ke Shah Alam menghantar En. Amir dulu.

Dah mula naik kerja barulah rasa letih badan ni…hemmm…rasa nak cuti le pulak.

11 comments:

Anonymous said...

Wahhh Kak Yan...kemain lagik ek. Hahaha...tak per, janji enjoy. Pretty Ribbon tu lagu Engelbert bukan Tom Jones :-)

Kalau nak praktis lagu untuk family day akan datang, meh bagi tahu saya nak lagu apa, nanti saya letakkan.

-tokeh nightclub silver tortoise-

Mama Rock said...

kenapa ek, selalunya lepas event kononnya nak re-charge staff, selalu terasa lebih letih lepas tu :) ...mama selalu ambik leave lepas teambuilding ke, offsite ke..

Anonymous said...

Ay saya baru balik bercuti di Kedah selama 2 minggu.syok jugak..dah dekat nak habis tahun nih AY..cuti jangan tak cuti..saya ada lagi 15 hari..nak carry forward untuk cuti pada bulan April dan May 2007.

AuntyN said...

Amboi, amboi sakan berkaraoke tu hehehe. Tahun depan ajak Cik Din Duet lah hehe

Jo Kontan said...

Pretty Ribbons tuu lebih kurang cam nii ker ?


Pretty paper, pretty ribbons of blue

Wrap your presents to your darling from you

Pretty pencils to write i love you

Pretty paper, pretty ribbons of blue
..........

AuntieYan said...

Mak Andeh...ha!...ha!...dah terconfius...antara Tom Jones dan Pak cik sorang tuh!...:-)
-----------------

mamarock...memang selepas acara tuh, letih sesangat..dan ramai yang bercuti...:-)
-----------------

En.Ari, saya pun masih ada 15 hari lagi cuti....mungkin akan bawa ke hadapan saja...masuk 'golden hand shake'.
------------------
N,....la ni dah start praktis untuk acara tahun depan...:-)
------------------

JO....tu Pretty Ribbon versi mana???

lagu dia something like this:

Pretty ribbon,
Tying up alittle love....
sending it a long to some one that I'm thinkking of...
Someone very special...

lebih kurang gitulah.....:-)

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Yan...

Apa khabar Kak Yan ?

Kak Yan gi mana ni...lama menghilang..

Kak Yan sihat ke?

Salam perkenalan dari saya.

Rina

aNIe said...

Hahaha...kak Yan...tergelak basar lady baca perkataan malaon tu...hahaha...dah lama tak dengar....

Nampaknya kita ni samalah kak yan...kalau terjun kolam nanti jadi buaya menyusur tepi kolam tu...hahahah

AuntieYan said...

Rina: KY ada....insyaallah sihat, cumanya dah hampir sebulan ni sibuk yg teramat sangat (kat ofis).Nak membaca blog kenkawan pun tak sempat, apa lagi nak memblog.

Salam perkenalan juga dar Akak. :-)
-----------------

Lady :...perkataan tu kerap digunakan oleh orang utara kot...la ni dah jarang kedengaran...dah macam-macam 'terms' sekarang ni...:-)
-----------------------

Arena said...

Aunty Yan,
ewah siap karaoke lagu preety ribbons lagi.. cayalah..

uDA said...

Salam eidul adha aunty yan dan selamat tahun baru 2007 :-)